INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian...

11
E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016 e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1) 15 INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT Khairil Faizal Khairi 1 , Nur Hidayah Laili, Hisham Sabri, Mohd Yazis Ali Basah & Nurhidayah Muhamad Sharifuddin Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia [email protected] 1 ABSTRACT Pembangunan institusi wakaf semakin meningkat dengan adanya kepelbagaian jenis wakaf di Malaysia. Salah satu wakaf yang telah diperkenalkan ialah wakaf korporat yang semakin mendapat tempat di negara ini. Penglibatan dari syarikat atau entiti korporat bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam membangunkan tanah wakaf yang terbiar melalui instrument wakaf korporat. Kajian ini juga akan meninjau isu-isu syariah yang terdapat di dalam wakaf korporat. Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis dokumen yang berkaitan dengan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak isu syariah yang telah dikenalpasti mengenai wakaf korporat seperti aset wakaf, pewakaf, penerima wakaf, manfaat wakaf dan lain-lain. Kata kunci: wakaf korporat, tanah wakaf, isu syariah, indeks syariah ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah (taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Menurut Osman Sabran (2002), Rasulullah SAW adalah orang yang pertama memperkenalkan amalan sedekah wakaf selepas perang Uhud pada tahun ke-3 hijrah. Diriwayatkan bahawa Ibn Saad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Muhammad bin Kaab: صلى م وقف رسولس أول صدقة في ا عليه رسولصبت فأموالي لحد وأوصى: أن أتل مخيريق بأ أمواله ق عليه وسلم وسلم. وتصدق بها.Terjemahan: “Sedekah wakaf yang pertama dalam Islam ialah harta wakaf yang diberikan oleh Rasulullah SAW selepas Mukhairiq mati dalam peperangan Uhud di mana Mukhairiq telah berwasiat: Jika aku mendapat agihan ghanimah maka ia untuk Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW mengambil harta tersebut dan mewakafkannya.” Di Malaysia, institusi wakaf semakin hari semakin berkembang. Banyak tanah-tanah kosong yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Namun, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada pihak yang terlibat dalam usaha membangunkan tanah wakaf di Malaysia. Salah satu cabaran yang dihadapi di dalam pembangunan tanah wakaf ini adalah kekurangan dana dan modal telah mendorong pembentukan instrument wakaf korporat di Malaysia. Oleh yang demikian, pendekatan melalui instrumen wakaf menjadi alternatif lain dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut. Kerjasama daripada syarikat-syarikat korporat ini sedikit

Transcript of INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian...

Page 1: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

15

INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT

Khairil Faizal Khairi1, Nur Hidayah Laili, Hisham Sabri, Mohd Yazis Ali Basah & Nurhidayah Muhamad Sharifuddin

Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia

[email protected]

ABSTRACT

Pembangunan institusi wakaf semakin meningkat dengan adanya kepelbagaian jenis wakaf di Malaysia. Salah satu wakaf yang telah diperkenalkan ialah wakaf korporat yang semakin mendapat tempat di negara ini. Penglibatan dari syarikat atau entiti korporat bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam membangunkan tanah wakaf yang terbiar melalui instrument wakaf korporat. Kajian ini juga akan meninjau isu-isu syariah yang terdapat di dalam wakaf korporat. Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis dokumen yang berkaitan dengan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak isu syariah yang telah dikenalpasti mengenai wakaf korporat seperti aset wakaf, pewakaf, penerima wakaf, manfaat wakaf dan lain-lain.

Kata kunci: wakaf korporat, tanah wakaf, isu syariah, indeks syariah

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah (taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Menurut Osman Sabran (2002), Rasulullah SAW adalah orang yang pertama memperkenalkan amalan sedekah wakaf selepas perang Uhud pada tahun ke-3 hijrah. Diriwayatkan bahawa Ibn Saad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Muhammad bin Kaab:

عليه وسلم أمواله قتل مخيريق بأحد وأوصى: أن أصبت فأموالي لرسول هللا عليه أول صدقة في االسالم وقف رسول هللا صلى هللا وسلم. وتصدق بها.

Terjemahan: “Sedekah wakaf yang pertama dalam Islam ialah harta wakaf yang diberikan oleh Rasulullah SAW selepas Mukhairiq mati dalam peperangan Uhud di mana Mukhairiq telah berwasiat: Jika aku mendapat agihan ghanimah maka ia untuk Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW mengambil harta tersebut dan mewakafkannya.”

Di Malaysia, institusi wakaf semakin hari semakin berkembang. Banyak tanah-tanah kosong yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Namun, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada pihak yang terlibat dalam usaha membangunkan tanah wakaf di Malaysia. Salah satu cabaran yang dihadapi di dalam pembangunan tanah wakaf ini adalah kekurangan dana dan modal telah mendorong pembentukan instrument wakaf korporat di Malaysia. Oleh yang demikian, pendekatan melalui instrumen wakaf menjadi alternatif lain dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut. Kerjasama daripada syarikat-syarikat korporat ini sedikit

Page 2: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

16

sebanyak memberi impak yang besar kepada ekonomi negara khususnya dalam membantu masyarakat di negara ini.

Oleh itu, kajian ini akan meninjau isu-isu syariah yang terdapat di dalam wakaf korporat seterusnya membuat cadangan penggunaan indeks syariah dalam wakaf korporat. Tinjauan literature akan dilakukan di dalam bahagian 2 berkaitan konsep wakaf dan wakaf korporat secara umum, pengertian indeks secara umum, konsep indeks syariah dan kepentingan indeks syariah di Malaysia serta kaedah pengiraan indeks. Seterusnya bahagian 3 membincangkan mengenai metodologi kajian dan bahagian 4 mengenai isu syariah di dalam wakaf korporat. Cadangan penggunaan indeks syariah dalam wakaf korporat turut dilampirkan di dalam bab ini. Terakhir, bahagian 5 mengandungi kesimpulan mengenai kertas kerja ini.

2. Tinjauan Literatur

2.1 Konsep wakaf

Wakaf berasal daripada perkataan arab iaitu waqafa yang membawa maksud berhenti atau al-habs iaitu menahan semata-mata atau al-man’ iaitu menegah (Ibn Manzur, Muhammad Ibn. Mukarram, 1990; Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syarf, 2005; Al-Sarakhsi, Syams al-Din, 1986; Mustafa al-Khin et al., 2009; Ahmad Hidayat Buang et al.,2007). Manakala waqaf dari sudut syarak ialah ia merupakan suatu bentuk pemberian hadiah berkonsepkan ‘ain atau aset tersebut kekal sekiranya digunakan dan manfaat yang diperolehi daripada aset tersebut disalurkan kepada penerima manfaat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pewakaf (Asharaf Mohd Ramli & Abdullaah Jalil, 2012). Menurut mazhab Syafie, wakaf didefinisikan sebagai menahan sejumlah harta yang bermanfaat yang telah diserahkan oleh seseorang untuk dimanfaatkan kepada orang lain dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt (Mustafa al-Khin et al., 2009; Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syarf, 2005). Status pemilikan harta pewakaf akan terputus lalu menjadi hak milik Allah swt untuk selama-lamanya dan pemilikan manfaat akan diberikan kepada orang ramai yang berkelayakan untuk menerimanya (Abd Shakor Borham, 2011).

Terdapat beberapa dalil pensyariatan wakaf di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah swt di dalam Surah A-Baqarah ayat 271:

Terjemahan: “Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus sebahagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan.”

Selain itu, firman Allah swt di dalam Surah Al-Lail ayat 18-21:

Terjemahan: “Yang menginfakkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkan (dirinya), dan tidak ada seorang pun memberikan nikmat padanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya yang maha tinggi. Dan nescaya kelak dia akan mendapat kesenangan (yang sempurna).”

Page 3: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

17

Tambahan daripada itu, firman Allah swt di dalam Surah Ali-Imran ayat 91:

Terjemahan: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu, sungguh Allah maha mengetahui.”

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim (Muhammad b. Ismail Al-Bukhary, 2002):

قد أردت عن ابن عمر قال : قال عمر للنبي صلى هللا عليه وسلم إن المائة سهم التي لي بخيبر لم أصب ماال قط أعجب إلي منها أن أتصدق بها فقال النبي صلى هللا عليه وسلم احبس أصلها سّبل ثمرتها

Terjemahan: Umar r.a telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:

"Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?"

Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:

"Jika engkau mahu, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya."

Hadith Uthman r.a. (Muhammad Bin Isa, 1975):

بئر رومة. فقال : من يشتري بئر رومة فيجعل غيريستعذب ن النبي صلى هللا عليه وسلم قدم المدينة، وليس بها ماء عن عثمان "أ دلوه مع دالء المسلمين بخير له منها في الجنة؟ فاشتريتها من صلب مالي. فيها

Terjemahan: Sesungguhnya Nabi SAW sampai di Madinah, dalam keadaan di Madinah tidak ada air yang boleh diminum melainkan air Perigi Raumah. Lalu baginda bersabda: “Siapakah yang mahu membeli perigi Raumah, lalu dia mewakafkannya sehingga dia meletakkan timbanya di telaga itu bersama timba-timba orang Islam, dengan ganjaran yang lebih baik baginya daripada perigi itu di dalam syurga?” lalu aku (Saidina Uthman r.a) pun membelinya dengan harta milikku sendiri sepenuhnya.

Wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf khayri (kebajikan) dan wakaf zurri (wakaf ahli keluarga dan keturunan). Terdapat dua tujuan wakaf iaitu wakaf umum atau am dan wakaf khas manakala aset wakaf juga terbahagi kepada dua iaitu aset wakaf alih (waqf al-manqul) dan aset wakaf tak alih (waqf al-‘aqar) (Asharaf Mohd Ramli, Suhaila Abdul Hamid, & Abdullaah Jalil, 2015).

2.2 Wakaf Korporat

Dalam konteks Malaysia, institusi wakaf merupakan salah satu institusi yang mula berkembang selaras dengan kemajuan dan keperluan semasa. Selain penumpuan terhadap pembangunan tanah, institusi ini telah mula mengambil langkah dengan memperkenalkan beberapa kaedah pembangunan wakaf yang bersifat kontemporari seperti wakaf tunai, wakaf sukuk, saham wakaf, wakaf saham dan lain-lain (Md. Nurdin Ngadimon, 2006). Menurut Magda (2013), wakaf korporat didefinisikan sebagai suatu aspek pengurusan harta-harta wakaf yang berbentuk harta alih seperti

Page 4: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

18

wang tunai, saham syarikat dan dividen saham yang diurus tadbir secara penuh oleh entiti korporat atau secara kerjasama di antara syarikat korporat dan pihak berkuasa wakaf (Magda Ismail Abdel Mohsin, 2013).

Di dalam wakaf korporat, terdapat beberapa elemen penting yang perlu dititikberatkan seperti aset wakaf perlu berbentuk harta alih dan pemegang amanah wakaf yang terdiri daripada syarikat korporat (dikenali sebagai mutawalli) serta penerima manfaat wakaf (Asharaf Mohd Ramli dan Abdullaah Jalil, 2012). Perlaksanaan wakaf korporat telah diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp) dan dipercayai ia pertama kali dilaksanakan oleh sebuah institusi bisnes korporat di dunia (Majalah Milenia Muslim, 2006). Wakaf korporat JCorp telah diuruskan oleh anak syarikatnya yang merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan JCorp sendiri iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). WANCorp berperanan sebagai ‘Maukuf Alaihi’ ke atas semua saham-saham dan bentuk sekuriti yang lain bagi syarikat JCorp disamping menguruskan aset dan saham-saham syarikat kumpulan JCorp yang telah diwakafkan (Khairil Faizal Khairi et al., 2015).

2.3 Indeks

2.3.1 Pengertian Indeks

Indeks adalah suatu sistem pengukuran nilai kebenaran atau pemastian keakuratan sesebuah operasi matematik secara kolektif dan terpadu. Indeks secara etimologi bererti ringkasan (Drs. Hendra BC dan A. Nur Widiastuti, 1953). Seperti yang diketahui secara umumnya indeks dikenali sebagai daftar isi yang menunjukkan kedudukan halaman bagi sesuatu istilah atau topik di dalam sesebuah dokumen. Menurut data yang diperolehi oleh Iin Fridayani Venorika Purba dan Malta Nelisa (2012), takrifan indeks oleh Mustafa (1994), ia berasal dari bahasa Latin indicare yang bermaksud menunjuk iaitu memberi petunjuk mengenai karya tulisan yang diterbitkan mengenai sesuatu subjek tertentu sama ada dalam bentuk majalah atau dokumen. Selain itu, Lasa (2009) mendefinisikan indeks sebagai daftar kata atau istilah yang disusun mengikut abjad dan kebiasaannya terletak di bahagian akhir sesuatu dokumen. Suwarno (2010) turut mentakrifkan indeks sebagai daftar yang mengandungi petunjuk yang sistematik seperti nama pengarang judul, konsep dan sebagainya.

2.3.2 Indeks Syariah

Indeks syariah merupakan satu usaha perintis dan kehadapan oleh pihak kerajaan bagi memperkukuhkan komitmen untuk memajukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan secara tidak langsung menilai tahap keseriusan Malaysia dalam melindungi, menyubur dan memantapkan prinsip serta nilai Islam melalui strategi yang pragmatic dan progresif berasaskan Islam (Info Ringkas: Indeks Syariah Malaysia). Indeks Syariah Malaysia merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang boleh menepati dua fungsi penting: pertama, untuk menilai keseriusan usaha kita dari tahun ke tahun dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan program kerajaan. Kedua, bagaimana untuk kita mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan, agar kita dapat menerima lebih banyak manfaat, hasil dari penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam (MStar, 2015). Elemen yang diterapkan di dalam indeks syariah yang telah dikenalpasti untuk mengukur tahap komitmen dan perlaksanaan prinsip dan nilai islam di Malaysia iaitu perundangan Islam, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial.

Page 5: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

19

2.3.3 Kepentingan Indeks Syariah

Teras utama pembinaan indeks syariah di Malaysia adalah untuk memajukan, menyubur dan memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, mewujudkan sebuah indikator komprehensif dan saintifik bagi menilai komitmen serta tahap keseriusan usaha dan bukannya semata-mata tahap pencapaian dalam menterjemahkan prinsip dan nilai Islam. Indeks syariah ini dilihat sebagai pelengkap untuk meninggikan syiar Islam di Malaysia, kemajuan setiap sektor, bidang dan komponen yang membentuk sebuah negara yang maju dan progresif mengikut model atau acuan Malaysia serta keharmonian dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

2.3.4 Pengiraan Indeks

Pendedahan indeks merupakan satu nisbah yang dikira dengan membahagikan jumlah skor sebenar bagi setiap firma dengan jumlah skor maksimum firma yang dijangka akan diperolehinya. Walau bagaimanapun, firma tersebut tidak salah sekiranya tidak mendedahkan maklumat yang diperlukan mengikut standard. Pendedahan skor indeks dikira menggunakan formula di bawah:

Jumlah skor sebenar firma

Pengiraan Indeks = --------------------------------------

Jumlah skor maksimum firma

3. Metodologi

Kajian ini adalah kajian kualitatif berdasarkan penelitian literatur yang dilakukan melalui pengumpulan maklumat menerusi kajian kepustakaan untuk meninjau isu-isu syariah yang terdapat di dalam wakaf korporat. Pengkaji merujuk buku-buku ilmiah, makalah, jurnal, dokumen-dokumen berautoriti, koleksi kertas kerja persidangan dan seminar, laporan penyelidikan, statistik data, laporan-laporan rasmi yang berkaitan serta penulisan-penulisan kontemporari berkaitan wakaf bagi membantu penyelidikan kajian ini. Di samping itu, bagi membentuk landasan konsep dan teori bagi kajian ini, maka rujukan dibuat terhadap bahan-bahan semasa yang terdapat dalam perpustakaan sama ada secara manual mahupun secara dalam talian mengenai tajuk yang berkaitan.

4. Isu Shariah dalam Wakaf Korporat

4.1 Aset Wakaf

Di dalam sesebuah instrumen wakaf, aset wakaf merupakan perkara yang paling utama untuk menjalankan sesuatu aktiviti wakaf. Hal ini kerana aset wakaf merupakan sumber atau dana yang diperlukan untuk membangunkan tanah-tanah yang telah diwakafkan. Oleh itu, syariah membenarkan aset wakaf seperti tunai, saham syarikat dan dividen saham digunakan sebagai wakaf (Asharaf Mohd Ramli dan Abduullaah Jalil, 2012). Jumlah wang yang diwakafkan disifatkan sebagai harta wakaf oleh badan fatwa semasa seperti Akademi Fiqh Antarabangsa (Majma’ Fiqh Islami) mengharuskan wakaf tunai pada mesyuaratnya yang ke 15 pada tahun 2004 (Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Ahmad Firdaus Kadir dan Muhamad Nasir Haron). Selain itu, di dalam aset wakaf, terdapat dua konsep yang telah digunapakai iaitu pelaburan hartanah wakaf dan “badal” iaitu gantian (Surita Hartini Mat Hassan. 2015). Konsep pelaburan hartanah wakaf digunakan bertujuan untuk mengekalkan “ain” hartanah wakaf iaitu dengan membina bangunan di atas tanah wakaf untuk memproduktifkan hartanah wakaf tersebut agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat secara

Page 6: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

20

berterusan. Manakala konsep “badal” pula ialah menukarkan harta wakaf dalam bentuk harta alih seperti wang tunai kepada harta kekal dengan membeli tanah atau bangunan yang boleh memberi manfaat jangka panjang dan berterusan kepada masyarakat.

4.2 Pewakaf

Di dalam wakaf korporat, aset-aset ini diwakafkan oleh individu dan institusi syarikat atau agensi korporat yang bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam pembangunan aset wakaf di Malaysia (Asharaf Mohd Ramli dan Abduullaah Jalil. 2012).

4.3 Penerima Manfaat Wakaf

Manfaat wakaf yang diperolehi itu diberikan kepada golongan individu yang berkelayakan untuk menerima manfaat tersebut iaitu golongan yang kurang berkemampuan (Asharaf Mohd Ramli dan Abduullaah Jalil. 2012). Keutamaan manfaat wakaf ini diberikan kepada golongan suri rumah, ibu tunggal. golongan berpendapatan rendah dan usahawan kecil yang ingin memulakan perniagaan (Nurul Asyikin Mahmood dan Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, 2013). Penerima manfaat wakaf diberikan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama serta ianya bertepatan dengan konsep dakwah bilhal (Mohd. Ali Muhamad Don 2011).

4.4 Tujuan Wakaf

Hasil manfaat wakaf yang diterima daripada pembangunan tanah wakaf tersebut dengan usahasama syarikat dan agensi korporat diagihkan untuk aktiviti kebajikan (wakaf khairi). Wakaf diagihkan dan disalurkan kepada pelbagai sektor seperti pendidikan, kesihatan, membiayai program kebajikan dan amal, pengurusan masjid, bantuan kewangan yang berkonsepkan pinjaman kebajikan (qardul hasan), penubuhan briged wakaf bagi menyediakan misi bantuan kecemasan seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya (Abd Shakor bin Borham, 2011; Syahnaz Sulaiman, 2012; Nurul Asyikin Mahmood dan Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, 2013; Asharaf Mohd Ramli dan Abduullaah Jalil, 2012). Selain itu, manfaat wakaf ini bukan hanya berorientasikan kebajikan semata-mata, namun ia seharusnya merangkumi juga pelbagai aspek iaitu ekonomi, sosial dan budaya umat Islam (Surita Hartini Mat Hassan, 2015).

4.5 Nazir/Mutawalli

Di dalam wakaf korporat, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal iaitu dikenali sebagai nazir atau mutawalli bagi semua wakaf dan dana wakaf dalam sesebuah negeri (Syahnaz Sulaiman, 2012). Selain itu, nazir turut dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan saham, dana, pengagihan manfaat dan menyalurkan hasil wakaf kepada penerima (Abd Shakor bin Borham, 2011). Nazir turut diberi keharusan untuk menerima upah daripada hasil saham wakaf. Namun sekiranya tidak disebut oleh pewakaf, maka nazir tidak berhak untuk menerima upah (Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugha dan Ali Asy-Syarbiji, 2009; Khairil Faizal Khairi et. al. 2015).

4.6 Pengurusan

Kaedah pelaksanaan wakaf korporat ini wujud dalam dua bentuk iaitu wakaf saham dan wakaf musytarak. Elemen wakaf musytarak membolehkan para pekerja JCorp untuk menerima pengagihan manfaat selain masyarakat umum. Syarikat mestilah pada setiap masa mendukung dan mematuhi prinsip-prinsip perniagaan dan mengamalkan amalan korporat (Asharaf Mohd Ramli dan Abduullaah

Page 7: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

21

Jalil, 2012), sistem pengurusan yang dijana oleh golongan professional yang beramanah, pemantauan audit luar dan dalam syarikat, mesyuarat agung tahunan selain perlindungan dari segi perundangan di bawah Akta Syarikat itu sendiri (Nurul Asyikin Mahmood dan Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, 2013).

4.7 Tempoh

Dana wakaf yang diwujudkan adalah bersifat kekal dan hanya hasil wakaf yang disalurkan kepada penerima serta tiada had tempoh yang tertentu di dalam wakaf (Asharaf Mohd Ramli dan Abduullaah Jalil, 2012).

4.8 Kontrak Pelaburan

Para fuqaha berpendapat bahawa wang tunai boleh dilaburkan dalam pelaburan yang boleh memelihara jumlah asal tunai yang diwakafkan dan mampu mengembangkan wakaf tunai tersebut. Aktiviti pelaburan dana wakaf berpandukan konsep wakalah iaitu wakalah bi al-istithmar dengan tidak mengenakan sebarang bayaran (Asharaf Mohd Ramli dan Abduullaah Jalil, 2012). Sebarang pelaburan yang ingin dilakukan daripada hasil keuntungan yang diperolehi daripada harta wakaf hanya boleh dibuat sekiranya disyaratkan oleh pewakaf (Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Ahmad Firdaus Kadir dan Muhamad Nasir Haron). Hasil keuntungan wakaf tunai dilaburkan semula supaya dapat memaksimumkan nilai pokok dan keuntungan pelaburan wakaf tunai.

4.9 Pembayaran Cukai

Sistem penstrukturan cukai bagi wakaf korporat dilihat berpotensi untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan institusi swasta dan korporat untuk turut sama terlibat di dalam aktiviti berwakaf (Asharaf Mohd Ramli, Suhaila Abdul Hamid dan Abduulllaah Jalil. 2015). Peruntukan cukai yang ditetapkan pada kadar 28% dan dibayar kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Mohd Ali Muhamad Don, 2011).

Cadangan Penggunaan Indeks Syariah Dalam Wakaf Korporat

BIL ISU YA TIDAK

1 Aset Wakaf

- Syariah membenarkan tunai, saham syarikat dan dividen saham digunakan sebagai wakaf.

- Terdapat dua konsep berkenaan wakaf korporat iaitu pelaburan hartanah wakaf dan badal.

/

/

2 Pewakaf

- Pewakaf terdiri daripada golongan individu dan institusi korporat

/

Page 8: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

22

3 Penerima Manfaat Wakaf

- Katogeri penerima manfaat wakaf adalah dari golongan individu

- Keutamaan diberi kepada golongan suri rumah, ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah dan usahawan kecil yang ingin memulakan perniagaan.

- Wakaf diberikan tanpa mengira bangsa dan agama

/.

/

/

4 Tujuan Wakaf

- Wakaf diagihkan kepada beberapa aspek seperti kebajikan, pembangunan modal insan, pendidikan, kesihatan, bantuan perniagaan, fisabilillah (pengurusan masjid) dan lain-lain.

- Manfaat ini bukan hanya berorientasikan kebajikan semata-mata malah merangkumi aspek ekonomi, sosial dan budaya umat Islam.

/

/

5 Nazir/Mutawalli

- Majlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf dan dana wakaf dalam sesebuah negeri.

- Nazir bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan saham, dana, pengagihan manfaat dan menyalurkan hasil wakaf kepada penerima.

- Peruntukkan undang-undang wakaf di Malaysia secara mutlak kepada MAIN sebagai pemegang amanah tunggal.

- Nazir dibenarkan untuk menerima upah daripada hasil saham wakaf.

- Konsep struktur pemegang amanah menguruskan wakaf wajib memenuhi sepenuhnya syarat asas pewakafan menurut hukum syarak.

/

/

/

/

/

Page 9: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

23

6 Pengurusan

- Syarikat yang terlibat di dalam wakaf korporat mestilah mendukung dan mematuhi prinsip-prinsip perniagaan dan mengamalkan amalan korporat

- Kaedah pelaksanaan wakaf korporat ini wujud dalam dua bentuk iaitu wakaf saham dan wakaf musytarak.

- Sistem pengurusan dijana oleh golongan professional yang beramanah, pemantauan audit luar dan dalam syarikat, mesyuarat agung tahunan dan pelindungan dari segi perundangan di bawah Akta Syarikat

/

/

/

7 Tempoh

- Wakaf tidak dihadkan dalam tempoh tertentu.

/

8 Kontrak Pelaburan

- Aktiviti pelaburan dana wakaf berpandukan konsep wakalah (wakalah bi al-istithmar) dengan tidak mengenakan sebarang bayaran.

/

9 Pembayaran Cukai

- Peruntukan cukai yang ditetapkan pada kadar 28% dibayar kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

/

5. Kesimpulan

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan mengenai isu-isu syariah di dalam wakaf korporat dapat disimpulkan bahawa hampir keseluruhan elemen wakaf korporat mematuhi kehendak syariah Islam. Antara elemen yang dikenalpasti di dalam wakaf korporat ialah mengenai aset wakaf, pewakaf, penerima manfaat, nazir, kontrak pelaburan, pembayaran cukai dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kajian ini masih dijalankan untuk melengkapkan indeks syariah berkaitan wakaf korporat. Penemuan-penemuan ini dibentangkan sebagai kerangka asas untuk memperkasakan indeks syariah tersebut bagi memperkukuhkan institusi berasaskan wakaf korporat di Malaysia. Oleh itu, dengan instrumen wakaf korporat ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah pembangunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya dapat menjana ekonomi umat Islam serta pembangunan sosial ummah pada masa hadapan.

Page 10: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

24

Rujukan

Abd Shakor bin Borham. 2011. Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): Satu Tinjauan; Asharaf Mohd Ramli dan Abduullaah Jalil. 2012. Model Perbankan Wakaf Korporat: Analisa Wakaf Selangor Muamalat.

Abd Shakor Borham (2011), Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): Satu Tinjauan, Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference of Humanities 2011 di Park Royal Hotel, Pulau Pinang pada 14-16 Jun 2011, 3.

Ahmad Hidayat Buang et al. (2007), Undang-Undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 245.

Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syarf (2005), al-Majmu’ Syarh al-Muhadhab, juz 16, Beirut: Dar al-Fikr, 225.

Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syarf (2005), al-Majmu’ Syarh al-Muhadhab, juz 16, Beirut: Dar al-Fikr, 225.

Al-Sarakhsi, Syams al-Din (1986), Al-Mabsut, jld. 12, Beirut: Dar al-Marifah, 27; Mustafa al-Khin et al. (2009), Al-Fiqh al-Manhaji, juz 2, cetakan 10, Damsyik: Dar al-Qalam, 213.

Asharaf Mohd Ramli & Abdullaah Jalil (2012), Model Perbankan Wakaf Korporat: Analisa Wakaf Selangor Muamalat, Kajian ini adalah sebahagian daripada penyelidikan yang bertajuk “Pembentukan Model Baru Wakaf Korporat di Malaysia” di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Kod Penyelidikan (FRGS/1/2012/SS07/USIM/03/1).

Asharaf Mohd Ramli, Suhaila Abdul Hamid, & Abdullaah Jalil. (2015) Cabaran Penstrukturan Cukai Bagi Wakaf Korporat. Kertas kerja ini dibentangkan di The International Conference on Waqf 2015 pada 10-11 Mei di UNISZA, Gong Badak Campus, Kuala Terengganu, 4.

Drs. Hendra BC dan A. Nur Widiastuti (1953). Jari Hitung Cepat ABC. Jakarta: PT Elex Media Komputindo. Ibn Manzur, Muhammad Ibn. Mukarram (1990), Lisan al’Arab, jld. 9. Beirut: Dar Sadr, 359.

Iin Fridayani Venorika Purba dan Malta Nelisa (2012). Pembuatan Indeks Beranotasi Jurnal Ilmiah Humaniora Di Perpustakaan Kopertis Wilayah X. Jurnal Ilmu Informasi Perpustakaan dan Kearsipan. Vol. 1, No. 1.

Info Ringkas: Indeks Syariah Malaysia, http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/info_ ringkas_ism.pdf

Khairil Faizal Khairi et al. (2015). Sumbangan Manfaat Wakaf Terhadap Pembangunan Ummah Di Malaysia: Satu Analisis Dalam Pengurusan Wakaf An-Nur Corporation (WANCorp). Kertas kerja ini telah dibentangkan di International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2015) yang bertempat di Langkawi pada 26-27 Ogos 2015.

Magda Ismail Abdel Mohsin (2013) “Corporate Waqf And Its Role In The Different Societies”, Kertas kerja ini dibentangkan di The 2nd International Conference on Islamic Economics and Economies of the OIC Countries (ICIE 2013) di Kuala Lumpur.

Page 11: INDEKS SYARIAH DALAM WAKAF KORPORAT - … 008... · Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan analisis ... dihadapi sehingga menyebabkan kesukaran kepada ... mengenai

E-PROCEEDING OF THE 2ND GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2016

e-Proceeding of the 2nd Global Conference on Economics & Management Sciences (GEMS 2016) 28th & 29th November 2016 at Adya Hotel, Langkawi, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home (e-ISBN : 978-967-0792-10-1)

25

Majalah Milenia Muslim, “Wakaf Korporat Pertama Di Dunia”, September 2006.

Md. Nurdin Ngadimon (2006), Pengembangan Harta Wakaf Menggunakan Instrumen Sukuk, Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Wakaf 2006 yang dianjurkan oleh JAWHAR, Jabatan Perdana Menteri pada 12-14 September 2006 di Kuala Lumpur.

Mohd Ali Muhamad Don. 2011. Wakaf Korporat Oleh Johor Corporation Berhad: Amalan dan Beberapa Isu Perlaksanaan.

MStar (2015). Teks Ucapan Penuh Perdana Menteri Pada Pelancaran Indeks Syariah Malaysia. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/02/10/teks-ucapan-penuh-pm-pada-majlis-pelancaran-indeks-syariah-malaysia/

Muhammad b. Ismail Al-Bukhary. 2002. Sahih Bukhary. Dar Ibn Kathir: Beirut. Kitab As-syurut, Bab As-syurut fil waqf. Hadis no 2737. H 675

Muhammad Bin Isa. 1975. Jami’ As-Sahih Sunan Attirmizi.n.pl : n.pb. Juzuk 5. Kitab mal-manaqib. Bab fi manaqib Uthman Bin Affan r.a.hadis 3705.

Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Ahmad Firdaus Kadir dan Muhamad Nasir Haron. Parameter Syariah Untuk Wakaf Tunai. http://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/islamic-my/document/my/en /islamic/scoe/knowledge-centre/research-paper/Paramater_Syariah_Wakaf_Tunai.pdf

Mustafa al-Khin et al. (2009), Al-Fiqh al-Manhaji, juz 2, cetakan 10, Damsyik: Dar al-Qalam, 213.

Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugha dan Ali Asy-Syarbiji. 2009. Kitab Fikah Mazhab Syafie. Terj. Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam Al-Shafie. h. 961.

Nurul Asyikin Mahmood dan Muhammad Hakimi Mohd Shafiai. 2013. Potensi Wakaf Korporat kepada Pemilikan Ekuiti Muslim: Kajian di Wakaf An-Nur Corporation. Kertas Kerja Perkem VIII, Jilid 1 (2013) 383 – 396.

Osman Sabran (2002) Pengurusan Harta Wakaf. Skudai Johor Darul Takzim. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Surita Hartini Mat Hassan. 2015. Kelestarian harta Wakaf Melalui Pelaburan Hartanah Wakaf: Satu Tinjauan Awal.

Syahnaz Sulaiman. 2012. Isu Pembangunan Wakaf Menggunakan Struktur Amanah Pelaburan Hartanah Islam Di Malaysa: Satu Tinjauan., http://emuamalat.islam.gov.my/sites /default/files/kertas_ilmiah/2016/01/pembangunan_wakaf_menerusi_pendanaan_kerajaan_dan_kerjasama_institusi_kewangan_dan_korporat_hala_tuju_cabaran_dan_harapan.pdf; Bajet 2013, Kementerian Kewangan Malaysia