Indikator kreativiti.docx

11
AMALAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Indikator Amalan Kreativiti bagi Proses Kreatif Terarah Setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah melibatkan kemahiran utama sebagai asas bagi fasa tersebut. Kemahiran utama itu pula diperincikan melalui indikator amalan kreativiti seperti yang diperlihatkan dalam Jadual 3a. Indikator dalam amalan kreativiti tersebut dapat dijadikan rujukan dan diaplikasikan oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Jadual 3a Indikator Amalan Kreativiti bagi Setiap Fasa Kemahiran Utama Indikator Amalan 1.0 Fasa Persediaan 1.1 Pemerhatian Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat. 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau. 1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh. 1.1.3 Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang sesuai. 1.1.4 Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen dengan betul. 1.1.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai. 1.1.6 Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat. 1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul. 1.1.8 Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling yang berkaitan. 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan 1

Transcript of Indikator kreativiti.docx

Page 1: Indikator kreativiti.docx

AMALAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Indikator Amalan Kreativiti bagi Proses Kreatif Terarah

Setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah melibatkan kemahiran utama sebagai asas

bagi fasa tersebut. Kemahiran utama itu pula diperincikan melalui indikator amalan kreativiti

seperti yang diperlihatkan dalam Jadual 3a. Indikator dalam amalan kreativiti tersebut dapat

dijadikan rujukan dan diaplikasikan oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran.

Jadual 3a Indikator Amalan Kreativiti bagi Setiap Fasa

Kemahiran Utama Indikator Amalan

1.0 Fasa Persediaan

1.1 Pemerhatian

Membuat pemerhatian

aktif untuk

mengumpul

maklumat.

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan,

rasa atau bau.

1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat

atau teks secara menyeluruh.

1.1.3 Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau

spesimen yang sesuai.

1.1.4 Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau

spesimen dengan betul.

1.1.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang

sesuai.

1.1.6 Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan

tepat.

1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul.

1.1.8 Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling

yang berkaitan.

1.2 Analisis

Menganalisis

maklumat dengan

menghuraikan

bahagian kepada

yang lebih kecil bagi

memahami sesuatu.

1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.

1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

1.2.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu.

1.2.5 Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa.

1.2.6 Mengkaji kesan baik dan kesan buruk

1.2.7 Mengimbas kembali idea.

1.2.8 Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong

1

Page 2: Indikator kreativiti.docx

Kemahiran Utama Indikator Amalan

berdasarkan fakta dan maklumat.

2.0 Fasa Imaginasi

2.1 Penjanaan idea

Menghasilkan idea-

idea yang berkaitan

dengan sesuatu

perkara.

2.1.1. Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang

mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik).

2.1.2. Menghasilkan idea secara berterusan.

2.1.3. Menghasilkan idea yang bermakna.

2.1.4. Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak

berdasarkan maklumat yang ada.

2.2 Sintesis idea

Menggabungkan

maklumat yang

berasingan untuk

menghasilkan dan

memilih sesuatu.

2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina

tajuk.

2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik –lukisan, kraf,

binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan

dan lakaran.

2.2.3 Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan

memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan.

2.2.4 Membuat keputusan tentang sintesis akhir.

2.2.5 Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau

kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir.

2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh

sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan.

2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan.

3.0 Fasa Perkembangan

3.1 Penambah

baikan

Membuat

penambahbaikan

untuk

mengembangkan

atau

mempelbagaikan

sesuatu idea untuk

meningkatkan mutu

3.1.1. Menokok tambah idea.

3.1.2. Mengubah suai idea.

3.1.3. Memberi pelbagai penerangan rasional

tentang idea.

3.1.4. Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan

tugasan.

3.1.5. Memberi pelbagai kategori atau aspek.

2

Page 3: Indikator kreativiti.docx

Kemahiran Utama Indikator Amalan

atau keindahan hasil

karya atau ciptaan

3.2 Menilai

Membuat

pertimbangan tentang

sesuatu perkara

3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak

idea.

3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan

keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti

atau alasan tertentu.

3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.

3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta

sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau

prasangka.

4.0 Fasa Tindakan

4.1 Pelaksanaan

Menyampaikan dan

mempersembahkan

idea atau

menghasilkan

prototaip

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang

lebih kecil dan khusus.

4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea

tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau

frekuensi ideanya kecil.

4.2 Amalan

berterusan

Peka kepada perkara

di sekeliling dan

menjana idea untuk

berkreatif.

4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling.

4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah,

kesilapan dan kelemahan.

4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea

baharu secara berterusan.

3

Page 4: Indikator kreativiti.docx

Jadual 3b Indikator Operasi Metakognisi

5.0 Operasi Metakognisi Indikator

5.1 Merancang

Mengenal pasti proses

berfikir sehingga dapat

dilaksanakan dengan

berkesan bagi mencapai

matlamat yang ditetapkan.

5.1.1 Mengenal pasti proses berfikir.

5.1.2 Mengenal pasti bagaimana proses pemikiran kreatif

dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai

matlamat.

5.1.3 Murid menentukan matlamat.

5.1.4 Mengenal pasti halangan dan cara mengatasi.

5.1.5 Meramal keputusan / memberi alasan.

5.1.6 Mengenal pasti konteks, membuat hubung kait dan

membuat analogi.

5.2 Memantau

Mengesan kemajuan

perancangan dan

pelaksanaan proses berfikir

serta membuat

pengubahsuaian secara

sedar.

5.2.1 Mengesan matlamat yang ingin dicapai.

5.2.2 Mengesan objektif setiap langkah dicapai.

5.2.3 Menentukan sama ada mereka telah mendapat

jawapan kepada persoalan.

5.2.4 Mengesan kesilapan dan halangan.

5.2.5 Tahu perkara yang masih belum diketahui.

5.2.6 Mengenal pasti keperluan untuk tindakan susulan.

5.2.7 Mereka bentuk struktur, kaedah dan pendekatan yang

sesuai.

5.2.8 Mengesan kaedah dan strategi betul.

5.2.9 Membuat keputusan untuk meneruskan atau

mengubah suai strategi dan kaedah.

5.3 Menilai

Mengimbas kembali untuk

menentukan kualiti produk

dan proses berfikir yang telah

dilalui.

5.3.1 Menentukan kualiti pencapaian matlamat.

5.3.2 Menilai ketepatan atau kesilapan keputusan.

5.3.3 Mengenal pasti keperluan untuk tindakan lanjutan.

5.3.4 Menentukan keberkesanan proses berfikir.

5.3.5 Mempertimbangkan untuk menggunakan proses

berfikir dalam situasi lain.

4

Page 5: Indikator kreativiti.docx

Jadual 4b Fokus Guru dan Murid

Fasa Terarah

Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ RangsanganP

erse

dia

an

Mewujudkan kesedaran, minat dan perasaan ingin tahu murid.

Menyediakan situasi/konteks pembelajaran yang bermakna.

Mengemukakan soalan/masalah untuk mencetus dan menjana idea murid.

Mencungkil idea murid dan membanding beza idea mereka.

Membuat pemerhatian secara aktif.

Menyampaikan idea individu.

Menghubung kait pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.

Menyediakan minda murid untuk aktiviti dan tugasan akan datang.

Orientasi idea, pengetahuan dan pengalaman.

Apa yang dimaksudkan dengan…?

Beritahu secara lanjut tentang..?

Apa yang buat anda berfikir sedemikian..?

Bagaimana anda pasti?

Bagaimana anda mendapat idea sedemikian?

5

Page 6: Indikator kreativiti.docx

Fasa Terarah

Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ Rangsangan

Imag

inas

i Menyediakan situasi yang lebih berfokus supaya murid dapat menjana idea.

Menyediakan pengalaman untuk sesuatu konsep atau pemahaman.

Meneroka dan menyiasat soalan murid.

Menguji dan membahaskan idea murid.

Mengenal pasti tahap kefahaman murid.

Mengesan miskonsepsi/salah tanggap yang wujud.

Memperkenalkan alat berfikir yang sesuai.

Membina pelbagai bentuk penjelasan berdasarkan bukti yang dikumpul.

Membandingkan penjelasan murid/kumpulan.

Melibatkan secara langsung dengan fenomena/bahan/ konsep/alat.

Membangunkan asas pengalaman bagi sesuatu konsep/ fenomena.

Membina idea baru. Membina asas kepada pengalaman yang selari untuk membantu mereka dalam proses perkongsian dan berkomunikasi.

Mentafsir maklumat/ bukti dan menjelaskan konsep/ fenomena/idea.

Bagaimana anda akan..?

Bagaimana anda boleh..?

Apa anda akan buat jika..?

Bagaimana anda tahu jika..?

Apa yang diperlukan untuk tahu lebih lanjut tentang...?

Mengapa anda menggunakan kaedah/ cara/teknik tersebut? Bagaimana anda dapat idea tersebut?

6

Page 7: Indikator kreativiti.docx

Fasa Terarah

Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ Rangsangan

Per

kem

ba

ng

an Mewujudkan

situasi/konteks baru untuk menguji kefahaman

Membina semula dan memberi penjelasan lanjut /kefahaman dalam pelbagai mod (bertulis, grafik, peta minda dll).

Membuat hubung kait pelbagai konsep yang berkaitan.

Aplikasikan pemahaman dengan aktiviti harian.

Bagaimana anda mengesahkan/ membuktikan…?

Apa akan berlaku jika…?

Apa lagi yang perlu diketahui..?

Apa lagi yang mungkin perlu dilakukan untuk memastikan…?

Tin

dak

an

Menggunakan pelbagai bentuk pentaksiran terhadap perubahan kefahaman, kemahiran dan sikap...

Menyelesaikan tugasan.

Mempersembahkan hasil akhir tugasan dalam pelbagai bentuk.

Membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru.

Apakah cara lain untuk mempersembahkan hasil tugasan anda/ saya?

Adakah anda/saya berpuas hati dengan hasil kerja anda/saya?

Apakah kemahiran/pengetahuan baru yang anda/saya peroleh?

Adakah cara lain untuk menyelesaikan masalah/tugasan anda/ saya?

7

Page 8: Indikator kreativiti.docx

Indikator Pemikiran kreatif

7.0 Kriteria Indikator

7.1 Kelancaran

Kebolehan

menghasilkan banyak

idea

7.1.1 Idea yang banyak berkaitan dengan tugasan yang mungkin

benar atau tidak benar tetapi logik.

7.1.2 Idea berterusan.

7.1.3 Idea yang bermakna.

7.2 Keluwesan

Kebolehan

mengembangkan atau

mempelbagaikan

sesuatu idea

7.2.1 Idea boleh ditokok tambah.

7.2.2 Idea boleh diubah suai.

7.2.3 Pelbagai penerangan rasional tentang idea.

7.2.4 Pelbagai contoh berkaitan tugasan.

7.2.5 Pelbagai kategori atau aspek.

7.3 Kejelasan

Kebolehan

menghuraikan idea

dengan terperinci

secara sistematik

7.3.1 Idea dihuraikan kepada butiran atau bahagian yang lebih

kecil dan khusus.

7.3.2 Idea tersusun dan mudah difahami.

7.4 Keaslian

Kebolehan

menghasilkan idea

baharu, luar biasa dan

hanya sebilangan kecil

individu yang

mengemukakannya

7.4.1 Idea tidak sama dengan orang lain.

7.4.2 Idea tidak seperti yang biasa.

7.4.3 Idea belum ada sebelumnya.

7.4.4 Frekuensi idea kecil.

8