Individ u

31
1.0 PENDAHULUAN Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua negara di dunia perlulah menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan kepentingan bersama. Negara serantau merupakan negara-negara yang bersempadan atau berhampiran dengan negara kita. Negara Malaysia telah menjalinkan dan mengeratkan hubungannya degan negara-negara serantau untuk mengembang dan memajukan ekonomi serta teknologi negara. Menurut Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, hubungan Malaysia dengan negara-negara lain telah dipereratkan berdasarkan peningkatan kerjasama dua hala dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan pelancongan.Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah yang kukuh dengan menjalinkan hubungan yang erat dengan negara- negara lain kerana hal ini amatlah menguntungkan negara Malaysia. Pada pandangan anda, apakah kebaikannya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara serantau? Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. . Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau. Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. Tidak ada yang mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru,negara Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar ASEAN mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas, dan berkecuali bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan negara-negara serantau. Dengan itu,kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara serantau.

description

indivuoi

Transcript of Individ u

Page 1: Individ u

1.0 PENDAHULUAN

Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua negara di

dunia perlulah menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan kepentingan bersama.

Negara serantau merupakan negara-negara yang bersempadan atau berhampiran

dengan negara kita. Negara Malaysia telah menjalinkan dan mengeratkan hubungannya

degan negara-negara serantau untuk mengembang dan memajukan ekonomi serta

teknologi negara. Menurut Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, hubungan Malaysia

dengan negara-negara lain telah dipereratkan berdasarkan peningkatan kerjasama dua

hala dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan

pelancongan.Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah yang kukuh dengan

menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara lain kerana hal ini amatlah

menguntungkan negara Malaysia. Pada pandangan anda, apakah kebaikannya negara

Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara serantau?

Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah

menjamin kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup

dalam keadaan yang aman dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. .

Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.

Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah

menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. Tidak ada yang

mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru,negara Malaysia telah mencadangkan

supaya Menteri-menteri Luar ASEAN mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai

zon aman, bebas, dan berkecuali bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di

Malaysia dan negara-negara serantau. Dengan itu,kestabilan politik di negara Malaysia

dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan

negara serantau.

Selain itu, hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan

ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara

ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia

asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat.Penubuhan AFTA

membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat .Buktinya,rakyat dari

negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan.

Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada

manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-

kata tersebut, pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh

untuk menguasai pasaran dalam rantau ini. Rakyat akan memilih untuk membeli

barangan yang berkualiti walaupun barang tersebut mahal harganya. Terbuktilah sudah

bahawa menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi

Page 2: Individ u

negara kita.

Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita

menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.Sehubungan dengan itu, negara

kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik antarabangsa

dan serantau. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan

keharmonian di Asia Tenggara. Penubuhan NAM telah berjaya mengelakkan campur

tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan menyelesaikan pertelingkahan

antara negara melalui rundingan dan persefahaman. Biar kita ambil contoh,negara

Malaysia mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara

serantau seperti negara Thailand dan Indonesia.Hal ini dapat mengekalkan keamanan

di negara Malaysia dan bukannya habis umpan kerong-kerong tidak dapat. Jangan

biarkan perahu hanyut tidak berpenghuni nati hanyutnya tidak singgah ke

pelabuhan.Lantaran itu, negara Malaysia yang ingin mengekalkan keamanan dan

keharmonian negara sendiri dannegara serantau haruslah menjalin hubungan yang baik

dengan negara serantau.

Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah

memudahkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan

menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik

dengan mereka . Dengan itu,sesebuah negara harus memberi bantuan apabila negara

lain memerlukan bantuan dari kuasa luar. Negara serantau akan memberi bantuan

dengan segera apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat

telah dijalinkan antara satu sama lain. Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara

serantau amat penting kepada negara kita.

Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin hubungan baik

dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Demi

menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti yang tersohor,kerjasama akademik telah

dijalinkan antara Universiti Malaya dengan universiti –universiti yang lain. Sesungguhnya

pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha

terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang. Justeru,sistem pendidikan perlu

ditingkatkan supaya negara dapat mencapai kemajuan dalam semua aspek.Universiti

tempatan harus bekerjasama dengan universiti di negara serantau agar taraf

pendidikan rakyat dapat ditingkatkan. Hal ini terbukti apabila akademik secara kajian

terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan sebagainya dijalankan dalam kerjasama

Universiti Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, serta Universitas

Gadjah Muda .Sesungguhnya,menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat

meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Justeru, negara kita harus menjalin

hubungan yang baik dengan negara serantau kerana hal tersebut amat menguntungkan

negara kita.

Page 3: Individ u

2.0 KONSEP

2.1 HUBUNGAN LUAR MALAYSIA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perkataan ‘hubung’ yang merupakan perkataan dasar bagi ‘Hubungan’ membawa

maksud sambung.1 Oleh hal yang demikian, hubungan bermaksud sambungan atau

sesuatu rangkaian hasil daripada daripada perbuatan berhubung. Perkataan ‘luar’ pula

membawa maksud selain daripada ruang lingkup dalam perspektif negara kita

bermaksud selain daripada negara Malaysia. Oleh itu, perkataan ‘hubungan luar’ ini

seterusnya bermaksud rangkaian hasil daripada perbuatan berhubung yang dilakukan

Malaysia di wilayah selain Malaysia. Melalui rujukan Kamus Dewan ini, dapat

disimpulkan bahawa hubungan luar Malaysia merupakan hubungan kerajaan Malaysia

dengan kerajaan-kerajaan di luar ruang lingkup Malaysia sama ada merentasi darat

mahupun laut.

Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘serantau’ ini berasal daripada kata dasar

‘rantau’. ‘Rantau’ membawa maksud daerah atau negeri yang berada di luar daerah

sendiri.2 Perkataan ‘serantau’ hasil gabungan perkataan ‘satu’ dan ‘rantau’ pula

membawa maksud daerah atau negeri yang berada di luar daerah sendiri tetapi dalam

erti kata terhad. Dalam konteks negara kita, serantau merujuk kepada wilayah yang

berada di luar Malaysia tetapi keluasannya adalah terhad. Di sebabkan kedudukan

Malaysia adalah di kawasan tenggara benua Asia, Malaysia dan negara yang berada

sekitarnya lebih dikenali dengan kawasan Asia Tenggara. Ianya terdiri daripada negara-

negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Timor Leste, Thailand,

Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.

1 Kamus Dewan. (2001). Kuala Lumpur. DBP

2 Ibid

Page 4: Individ u

3.0 DASAR LUAR MALAYSIA

3.1 PENGENALAN DASAR LUAR MALAYSIA

Menurut Yusof Ismail (2007), definisi dasar bermaksud merangkumi maklumat,

rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubungan dengan

negara lain.3 Menurut Ranjit Singh Malhi (1988), Dalam pengertian yang terhad, dasar

luar hanya mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk

mempengaruhi keadaan yang berlaku di luar kawalannya. Dasar ini biasanya berubah

bergantung kepada keadaan semasa. Malaysia mempunyai dasar luarnya yang

tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Kepentingan dasar luar Malaysia

merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia iaitu menjamin keselamatan

rakyat dan negara.

Matlamat dasar luar Malaysia juga untuk memelihara kepentingan nasional dan

mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, menggalakkan pembangunan dan

kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama

antarabangsa Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan

peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain,

iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada

hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia

mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah

Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan

dengan negara Asia yang lain, Amerika latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti

Britain dan Amerika Syarikat.

Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan

pertubuhan seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of South-

East Asian Nations (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam atau

Organisation of Islamic Conference (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau

Non-Allingned Movement (NAM) dan sebagainya.4 Pertubuhan serantau merupakan

satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran

antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik ,

ekonomi atau sosial. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan

3 Ismail, Y. (2007). Dasar-dasar Utama Kerajaan MALAYSIA. Kuala Lumpur: A.S. Nordeen.

4 Ibid

Page 5: Individ u

serantau yang telah dibentuk dan disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO

pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses

yang dinamik. Oleh itu, dalam beberapa tahun ini, dasar luar negara kita berkembang

dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global

yang sentiasa berubah. Tambahan pula, kemunculan globalisasi dan transformasi dalam

hubungan antara negara yang disebabkan oleh teknologi maklumat yang baru dan

berubah pantas, semestinya bermaksud dasar luar negara kita perlu diubah dan

diperhalus untuk menghadapi cabaran baru dalam dunia globalisasi. Gaya dan

pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza

mengikut personaliti setiap Perdana Mentari Malaysia yang dahulu dan sekarang. Satu

kajian penting terhadap dasar luar negara Malaysia sejak 1957 menunjukkan

perkembangannya yang stabil mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan

dalam pengawasan politik Malaysia.

3.2 MATLAMAT DASAR LUAR MALAYSIA

Ingin berbaik-baik dengan semua negara merupakan matlamat utama dalam

pengubalan dasar. Hal ini kerana, negara Malaysia merupakan negara yang boleh dikira

negara yang muda kerana kemerdekaannya kurang daripada 100 tahun dan banyak

pembangunan dan pembahruan yang perlu dilakukan oleh negara Malaysia bagi

menjamin kemakmuran rakyat sejagat. Di samping itu, dengan berbaik-baik dengan

semua anggota negara luar keselamatan dan keharmonian penduduk Malaysia dapat

dijaga tanpa ada percerobohan atau campur tangan daripada pihak luar. Bagi

memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan Malaysia perlu

mengekalkan hubungan dengan seluruh anggota negara lain tanpa mengira perbezaan

fahaman dan pegangan. Dengan dasar ini juga, kedaulatan negara kita sebagai negara

yang merdeka daripada penjajah dapat dijaga serta sistem kesultanan yang diguna sejak

berkurun tidak digugat seperti yang berlaku kepada negara Indonesia dimana sistem

kesultanan mereka telah dihapuskan dek kerana sistem penjajah yang kejam. Dengan

menjalinkan hubungan baik dengan negara lain sistem kesultan kita bukan sahaja tidak

tergugat bahkan diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut Cheah Boon Kheng, (2002) matlamat yang ditekankan dalam dasar

luar Malaysia juga adalah untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.5

Dimana apabila kita menjalinkan kerjasama bersama negara lain sistem yang ataupun

kemajuan teknologi dapat dikongsi melalui perjanjian atau persetujuan bersama.

5 Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation, Institut of Southeast Asian Studies, Singapore, 2002

Page 6: Individ u

Contohnya, Malaysia banyak menggunakan teknologi daripada negara Jepun dan

negara Jepun tidak kedekut untuk meminjamkan atau berkongsi pengatahuan bersama

negara Malaysia terutama sekali dalam kemajuan membuat kenderaan. Seperti kilang

automobil di Gurun, Kedah banyak mengunakkan teknologi Jepun dalam penghasilan

kereta bermutu tinggi dan berpatutan dengan harga semasa. Selain itu, demi

mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antabangsa juga merupakan

matlamat Malaysia dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar. Seperti

menghantar misi bantu kepada negara serantau yang ditimpa musibah atau malapertaka

seperti gempa bumi atau tsunami. Contohnya selepas berlakunya peristiwa hitam di

Indonesia dimana Indonesia telah diranap oleh ombak tsunami yang mengakiatkan

ratusan ribu rakyat Indonesia telah mati dan berbagai lagi kemusnahan. Oleh sebab itu,

kerajaan Indonesia terpaksa menampung kos perbelajaan negara yang tinggi bagi

memulikan kembali kerosakkan akibat musinah itu. Melihat kepada kejadian itu, Malaysia

terutama sekali telah menghulurkan bantu dengan menghantar bekalan makanan dan

memberi sumbangan bagi merengan beban rakyat mahupun negara Indonesia.

Beberapa bulan lepas, apabila berlaku banjir besar di Kelantan, Malaysia, Indonesia pula

telah menghantar bantu kepada rakyat di Malaysia terutama sekali di Kelantan bagi

meringankan beban yang perlu ditangung kerajaan. Justeru, jelaslah matlamat yang

ditekankan oleh Malaysia dalam menjalinkan hubungan baik dengan negara luar dapat

mendatangkan pelbagai feadah kepada negara mahupun rakyat Malaysia serta

menjadikan warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk

kesejahteraan dunia.

3.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DASAR LUAR MALAYSIA

3.3.1 SEJARAH

Dari segi sejarah, hubungan luar ini telah bermula sejak zaman Kesultanan

Melayu Melaka lagi seperti dengan China, Arab, dan juga negeri-negeri di Kepulauan

Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.

Berdasarkan Dr. Mohamad Zaini,(2006) hubungan Melayu serumpun di

Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan negara-negara yang pada hari ini dikenali

sebagai Indonesia, Brunei, Singapura6 dan Malaysia setelah mencapai kemerdekaan

Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik

dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Ini

6 Dr. Mohamad Zaini Abu Bakar, “Hubungan Etnik Dalam Kontrek Masyarakat Malaysia”, Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan etnik, 2006.

Page 7: Individ u

disebabkan pada masa itu Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang

disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis yang menggugat

keselamatan Malaysia telah mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro barat dan

anti komunis. Pada masa yang sama Malaysia masih bergantung kepada barat kerana

Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan sendiri.

3.3.2 EKONOMI

Malaysia juga menjalin hubungan baik degan negara-negara lain untuk

memajukan ekonominya yang mengamalkan pasaran bebas. Sejak zaman penjajahan

lagi Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Setelah mencapai

kemerdekaan Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal daripada negara

Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, Malaysia telah mengambil langkah untuk

menggalakkan pelaburan asing agar dapat meningkatkan ekonomi negara di samping

menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Menjelang tahun 1980an,

melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing dari negara di timur terutama Jepun

dan Korea digalakkan di samping menjalin hubungan baik dengan negara membangun

dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di

samping mengadakan pelaburan di negara yang berkenaan.

3.3.3 GEOGRAFI

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik, mempunyai sempadan daratan

dengan kebanyakan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Brunei. Malaysia

juga mempunyai sempadan lautan dengan Filipina, Indonesia dan Singapura. Malaysia

juga mempunyai perairan yang menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan dunia.

Contohnya Selat Melaka. Keselamatan Malaysia mempengaruhi keselamatan serantau.

3.3.4 POLITIK

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri

berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia amat menekankan

pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang

menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga

berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan piagam PBB bagi memelihara keamanan

dunia. Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah

diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

3.3.5 DEMOGRAFI

Page 8: Individ u

Malaysia mempunyai rakyat yang majoriti beragama Islam. Oleh itu, Malaysia

menjalin hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam seperti Arab Saudi.

Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Israel kerana

menceroboh dan menindas rakyat Palestin. Malaysia sebuah Negara pelbagai kaum

dan agama mengamalkan kebebasan budaya hidup dan agama. Oleh itu, Malaysia telah

menentang keras Dasar Aparteid yang mengamalkan perbezaan warna kulit di Afrika

Selatan. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan

sehinggalah dasar itu dihapuskan.

3.4 TAHAP PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

3.4.1 TAHAP PERTAMA

Menurut R. Emerson, (1993) dasar luar Malaysia tahap pertama berlaku

semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman dari tahun 1957 hingga 1970. Pada tahap ini,

dasar luar Malaysia lebih kepada dasar pro-Barat yang Anti-komunis. Pada waktu ini,

Malaysia telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.7

Anthony Short, (1975) menjelaskan bahawa faktor pertama yang membawa kepada

pelaksanaan dasar luar tahap pertama ialah ancaman komunis di negara-negara Asia

Tenggara dan di Malaysia oleh Parti Komunis Malaya.8 Oleh itu, Malaysia memerlukan

bantuan pertahanan dari negara-negara Komanwel, terutamanya Britain, Australia dan

New Zealand. Pada tahun 1956, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan

Inggeris – Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) untuk menyekat

pengaruh komunis. Dalam perjanjian tersebut, Britain berjanji akan memberi bantuan

kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara. Faktor seterusnya ialah faktor

sosial. Malaysia mengadakan dasar-dasar berbaik dengan negara-negara jiran kerana

timbul krisis dengan negara-negara jiran selepasa Malaysia mencapai kemerdekaan.

Contohnya konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963 hingga 1965. Pada masa

yang sama juga, telah terputus hubungan diplomatik dengan Filipina dan Singapura

telah keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Justeru, Malaysia telah mengambil

langkah memelihara hubungan dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian untuk

menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961

7 R. Emerson, MALAYSIA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993

8 Anthony Short, The Communist Insurrection in Malaya 1948-1960, New York, 1975.

Page 9: Individ u

bersama Thailand dan Filipina. Selain itu, MAPHILINDO turut ditubuhkan pada tahun

1963 bersama dengan Indonesia dan Filipina. Pertubuhan ASEAN pula ditubuhkan pada

1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Dari segi ekonomi pula,

Malaysia masih bergantung kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonominya.

Malaysia juga merupakan negara anggota blok sterling yang menjalankan perdagangan

dalam nilai matawang paun sterling. Di samping itu, Malaysia masih lagi memberi

tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan

sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Selain itu, pelabur

Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia, terutamanya

bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan kepada

Britain dan mencari pasaran baru, Malaysia mula membina rangkaian perdagangan

dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman

Barat.

3.4.2 TAHAP KEDUA

Dasar luar Malaysia bermula semasa pentadbiran Tun Abdul Razak (1972-

1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981). Pada tahap ini berlaku perubahan dasar luar

Malaysia iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan ini berlaku kerana

kurangnya perana yang dimainkan oleh perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu

(AMDA) dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Selain itu, perubahan juga

diakibatkan oleh pergolakan politik yang berlaku di Vietnam melibatkan dua kuasa

besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. Untuk mencapai matlamat dasar luar Malaysia,

beberapa usaha telah dilakukan oleh Malaysia seperti pengisytiharan Zon Aman Bebas

dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama

anggota ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan dengan negara-negara

berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,Vietnam dan Mongolia.

Seterusnya, pada tahun 1976, Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan

Vietnam. Hasil daripada hubungan ini, Malaysia telah berjaya mengatasi masalah

pelarian Vietnam di Malaysia. Hubungan diplomatik ini membuktikan kesungguhan

Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara khusunya negara jiran.

3.4.3 TAHAP KETIGA

Dasar luar Malaysia berlaku semasa Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad

Page 10: Individ u

menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003). Pada tahap ini, dasar-dasar luar tahap

kedua dikekalkan. Namun tumpuan pada tahap ini diberikan kepada kepentingan

ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan

terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun. Justeru, Malaysia

mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN. Sebagai contoh,

dalam menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea dalam mencapai matlamat dasar

tersebut. Dalam masa yang sama, Malaysia turut memperkenalkan Dasar Pandang ke

Timur pada tahun 1982. Pada masa yang sama ini, Jepun dan Korea Selatan telah

dijadikan model bagi membangunkan Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan

rakyat Malaysia mengambil dan menerimapakai nilai-nilai baik seperti semangat

mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

Di samping itu, Malaysia telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-

negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri , Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Carribean dan Pasifik Selatan.

Setiap kali dalam siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan

menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua

pihak. Dato Seri Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa Malaysia bukan sahaja harus

menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju tetapi juga

dengan negara-negara dunia Ketiga.

4.0 PERTUBUHAN

4.1 ANTARABANGSA

4.1.1 KOMANWEL

Pertubuhan KOMANWEL merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah

dijajah oleh negara Britain. Dimana kita tahu bahawa suatu ketika dahulu Britain

merupakan kuasa besar dunia dan mempunyai banyak kawasan jajahan termasuklah

Malaysia. Antara negara-negara dibawah KOMANWEL adalah Malaysia, Singapura,

India, Australia dan lain-lain. Matlamat penubuhan KOMANWEL adalah untuk membina

semangat setia kawan di kalangan negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam

segala bidang di kalangan negara anggota. Pelbagai feadah yang telah negara kita

perolehi dalam menyertai pertubuhan KOMANWEL seperti Negara-negara Komanwel

telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat

perjuangan Parti Komunis Malaya. Selain itu, Perjanjian pertahanan antara Malaysia

dengan Britain, Australia dan New Zealand akan mempertahankan negara sekiranya

diserang oleh musuh luar. Antara lain feadah-feadah Malaysia dalam pertubuhan ini

Page 11: Individ u

adalah Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989

di Kuala Lumpur, mengisytiharkan Deklarasi Langkawi, Malaysia menentang dasar

aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia dan Eksport

Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang

rendah. Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan

cukai yang rendah. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa

dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan,Malaysia telah berjaya menganjurkan

Sukan Komanwel pada tahun 1998.

4.1.2 PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945,selepas Perang Dunia Kedua

apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia

Kedua. Ibu pejabat asalnya di San francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New

York. Pada awal penubuhannya,PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi

sehingga tahun 2002 keanggotaannya meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia

telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957,setelah negara kita mencapai kemerdekaan.

Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB. Satu perjanjian antarabangsa

yang menggalurkan prinsip asas hubungan antarabangsa dikalangan negara-negara

anggota merupakan piagam PBB. Matlamat Pigam PBB adalah menjamin keamanan

dan keselamatan dunia. Kedua,menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara

anggota. Ketiga, bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan

melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit. Keempat,

menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota. Sejak memasuki

PBB, Malaysia banyak memberikan sumbangan kepada PBB seperti tahun 1960,

Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB

untuk menamatkan perang saudara di Congo. Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia

dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu

mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an Malaysia telah menghantar pasukan

pemerhati ke sempadan Iran-Iraq. Malaysia juga diminta untuk menghantar pemerhati

ketika menyelesai perang saudara di Kampuchea. Malaysia juga menjadi ahli Bank

Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945.

Hasil daripada usul Malaysia,satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna,Jun

1987 dan Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan. Pelbagai

feadah yang diperoleh oleh Malaysia apabila memasuki pertubuhan PBB seperti

mendapat bantuan melalui Bank Dunia dari segi kewangan dalam menyusun semula

dan membangunkan ekonomi negara. Memperolehi faedah dari segi kemasukan

pelabur-pelabur asing untuk membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakn

Page 12: Individ u

peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk

menjayakan rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA).

4.1.2 PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang

Dingin. Ahlinya merupakan negara- negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika

Selatan. Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara

sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan. Malaysia

menganggotai pada tahun 1970 setelah berlakunya pertukaran Dasar Luar daripada

dasar pro Barat dan anti komunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa

menyokong blok Barat atau Blok Kumunis. Mengekalkan campur tangan asing dalam hal

ehwal sesebuah negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui

perundingan dan persefahaman. Malaysia membuat beberapa usul bagi membela

kepentingan negara-negara sedang membangun dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di

New Delhi pada tahun 1987 merupakan sumbangan Malaysia. Malaysia membangkitkan

su Palestin,kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Malaysia telah mengemukakan

cadangan bagi menghapuskan dasar Apateid di Afrika Selatan dalam Sidang Kemuncak

Kelapan di Harare ( Zimbabwe). Malaysia diberi penghormatan apabila dipilih sebagai

Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia Pada tahun 1989.

Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke -13

pada tahun 2003 mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara

ahli,iaitu 31 Ketua Negara dan 32 Ketua Kerajaan.

4.2 SERANTAU

4.2.1 PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASA)

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) telah ditubuhkan pada 31 Julai

1961, hasil daripada satu mesyuarat yang diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan

Thailand dan Filipina. Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-

negara jiran serantau iaitu Thailand dan Filipina diancam hebat oleh pengaruh Komunis.

Di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) menyebarkan pengaruh fahaman komunis di

kalangan rakyat. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai

pengkalan gerakan gerila mereka. Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan

negara jiran agar dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Tunku Abdul

Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA untuk melindungi negara-negara

anggota daripada ancaman tersebut dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan

sosial. Antara matlamat penubuhan ASA ialah menjalinkan kerjasama dalam kalangan

Page 13: Individ u

negara anggota dalam bidang ekonomi,sains dan sosial. Matlamat kedua pula ialah

memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains

dan teknologi dalam kalangan negara anggota. Matlamat ketiga ialah untuk

mengekalkan dan menjamin keselamatan serta kestabilan politik negara-negara

serantau. Walaubagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana

ketiadaan kerjasama yang erat. ASA dianggap sebagai pertubuhan anti Presiden

Soerkarno di Indonesia. Akhirnya pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina

tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA

pada tahun 1963.

4.2.2 MAPHILINDO

Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina dan Indonesia timbul

disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Presiden Soekarno menganggap

pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru.

Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah mengadakan

rundingan dengan Filipina dan Indonesia dan akhirnya membawa kepada penubuhan

MAPHILINDO. Melalui MAPHILINDO, bantuan PBB dipohon bagi mendapatkan

pandangan rakyar Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan

Malaysia. Pada tahun 1963 Lawrence V. Michael More iaitu wakil PBB telah dihantar

bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Walaupun hasil tinjauan

mendapati majoriti rakyat kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong

pembentukan Malaysia, namun Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati. Matlamat

utama penubuhan MAPHILINDO adalah untuk meningkatkan perhubungan

persahabatan diantara negara anggota dan menyelesaikan pertelingkahan antara

Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia. Bagaimanapun, MAPHILINDO gagal bertahan

lama kerana Indonesia dan Filipina masih menentang pembentukan Malaysia.

Persengketaan berterusan dan menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

4.2.3 PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

Walaupun ASA dan MAPHILINDO gagal, hasrat Malaysia untuk berbaik-baik

dan bekerjasama dengan negara-negara jiran tetap diteruskan. Akhirnya, Deklarasi

Bangkok telah termeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN.

Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia,

Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggota bertambah menjadi

Page 14: Individ u

sepuluh kesemuanya apabila Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea

menyertainya. Antara matlamat penubuhannya termasuklah mengekalkan kestabilan

politik di Rantau Asia Tenggara dan membantu antara satu sama lain dalam bidang

ekonomi, sosial dan kebudayaan dan meningkatkan taraf hidup penduduk melalui

kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Selain itu, menurut Bakri Musa, (2002) negara-negara anggota ASEAN juga

saling berkerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan

hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.9 Kerjasama antara

negara anggota ASEAN semakin teguh hingga hari ini. Bagi memastikan perjalanannya

yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN telah dibentuk dengan diketuai oleh Menteri

Luar ASEAN dan dibantu oleh Jawatankuasa Tetap Sosial dan Jawatankuasa Tetap

Ekonomi. Antara kerjasama yang terjalin termasuklah mengistiharkan ASEAN

sebagai zon aman, bebas dan berkecuali pada tahun 1971, pengistiharan Zon Bebas

Senjata Nuklear pada tahun 1984 dan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN pada

tahun 1992.

Kita dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta

mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan kerjasama

dalam bidang politik ekonomi dan sosial Kita juga cuba menyekat pengaruh menyekat

pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi politik.Bersedia menerima

bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima bantuan dari segi social.Menyertai

mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel. Malaysia juga menjadi tuan

rumah mesyuarat CHOGM. Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi. Negara

Malaysia memberi bantuan teknikal dan pendidikan kepada negara-negara anggota.

Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakukan di Kampuchea. Usaha-usaha

yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan mengaktifkan ZOPFAN.

Kejayaan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN dapat dilihat daripada pelbagai

aspek terutama sekali dengan pengisytiharan negara-negara ASEAN zon aman, bebas

dan berkecuali (ZOPFAN). Selain itu, kita juga diberi tanggungjawab bagi mengadakan

mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. Seterusnya,

Indonesia yakin untuk Membentuk kerjasama projek perindustrian seperti projek baja

urea di Bintulu Sarawak dan di Acheh Indonesia. Wujudnya Kawasan Perdagangan

Bebas ASEAN (AFTA) menandakan kejayaan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN

dalam bidang ekonomi. Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan juga dapat

dicapai dengan Kerjasama dalam bidang pendidikan melalui penubuhan Pertubuhan

9 Bakri Musa, Malaysia In The Era of Globalization, United States of America, 2002.

Page 15: Individ u

Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Kerjasama dalam bidang kebudayaan

dan kesenian melalui penubuhanTabung Kebudayaan ASEAN menunjukkan kejayaan

kepada negara kita. Pengganjuran Sukan SEA untuk merapatkan hubungan antara

Negara anggota dan kerjasama dalam bidang pelncongan dengan mengadakan Tahun

Melawat ASEAN menjelaskan bahawa Malaysia memperolehi banyak feadah dalam

pertubuhan ASEAN, didalam negara mahupun di luar negara Malaysia.

5.0 PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM HUBUNGAN SERANTAU

Peranan yang dimainkan Malaysia dalam pertubuhan serantau adalah sangat

aktif. Pertama sekali, menurut Norani Othman dan Sumit K. Mandal (2000) Malaysia

menjadi Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) yang dibina di Pulau Pinang.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah sukan SEA yang diadakan untuk merapatkan

hubungan dalam kalangan negara anggota.10 Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat

Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November 1971 bagi

membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu dalam Asia Tenggara. Satu

deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali

sebagai Deklarasi Kuala Lumpur yang diketuai oleh wakil daripada Malaysia. Malaysia

bersama-sama dengan negara anggota telah mengisytiharkan negara-negara ASEAN

sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau dikenali sebagai ZOPFAN. Tujuan

penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di

rantau Asia Tenggara dan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat. Dalam

persidangan pada tahun 1982 di Kuala Lumpur, Malaysia bersama anggota yang lain

bersetuju dengan penubuhan Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. Dalam

persidangan ini, Malaysia memainkan peranan utama dalam penubuhan Kerajaan itu.

Pada tahun 1984, Menteri-menteri Luar ASEAN telah bersama-sama memutuskan

bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Larangan penggunaan perairan dan

pelabuhan rantau Asia Tenggara untuk kapal-kapal mengangkut bahan atau senjata

nuklear. Hal ini kerana, Malaysia tidak mahu berlaku sebarang pekara yang tidak diingini

dimana kita tahu nuklear boleh membawa banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Selain itu, Malaysia bersama anggota ASEAN yang lain bekerjasama dalam projek-

projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu Sarawak dan Acheh. Hal ini

kerana, pengeluaran baja urea Malaysia dan Indonesia adalah paling banyak dalam

anggota ASEAN dan apabila mereka bergabung boleh menjadi pengeluar terbesar

dunia dalam baja urea.

10 Noraini Othaman, Sumit K. Mandal , Malaysia Menangani Globalisasi, Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi, 2000.

Page 16: Individ u

Malaysia mewujudkan kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan

Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA). Dalam AFTA,

negara anggota dalam ASEAN akan dikenakan cukai yang rendah apabila sistem

eksport dan import dilakukan. Hal ini kerana, ASEAN mahu menjaga kepentingan

bersama dalam kalangan anggota. Malaysia mengemukakan idea memperluaskan skop

kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sisi melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan

yang dikenali sebagai EAEC. kerjasama turut diwujudkan antara negara ASEAN dengan

China,Jepun dan Korea serta Amerika Syarikat. Bekerjasama dalam bidang pendidikan

melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia bersama

negara anggota yang lain membuat pertukaran rancangan televisyen dan radio.

Contohnya dalam rancangan televisyen Malaysia juga terdapat rancangan televisyen

Indonesia seperti TV Pelangi dan sebagainya. Selain itu, Kerjasama dijalankan dengan

mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1992 Malaysia turut bekerjasama

dalam kempen Tahun Melawat ASEAN tahun 1992 bersama-sama Belia ASEAN.

Malaysia juga menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina dengan

MNLF. Malaysia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu

pencerobohan di Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu. Negara Malaysia juga bekerjasama

dengan Indonesia dalam menangani isu pengganas dengan membenarkan Indonesia

mengekstradisi rakyat Malaysia, iaitu Nordin Mat Top yang disyaki menjadi dalang

dalam beberapa siri keganasan. Malaysia juga memberi pengampunan kepada

pendatang tanpa izin dari negara Indonesia, Vietnam dan Myanmar yang memasuki

Malaysia secara haram.

Malaysia dapat menyelesaikan isu tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan

kerajaan Singapura dengan bijak. Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku

di selatan Thailand selaras dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara.

Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain berusaha menyelesaikan masalah

pelarian Vietnam. Malaysia berusaha bersama-sama dengan Nnegara anggota yang

lain menyelesaikan isu politik di Acheh. Malaysia telah menghantar tentera pengaman di

Timur Leste dan Kemboja. Mengadakan Forum Serantau ASEAN bagi menyelesaikan

konflik antara negara anggota disebabkan perbezaan politik, persempadanan dan

pembangunan ekonomi. Malaysia menyatakan pendirian kurang senang dengan

kewujudan pangkalan tentera Amerika di Singapura. Malaysia berusaha menyelesaikan

tuntutan bertindih Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang melibatkan Republik

China, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia.

6.0 FAEDAH HUBUNGAN SERANTAU KEPADA MALAYSIA

Antara faedah yang diperoleh Malaysia melalui hubungan serantau ialah

Page 17: Individ u

wujudnya kestabilan politik. Hal ini demikian kerana melalui ASEAN hasil daripada

Deklarasi Kuala Lumpur Malaysia telah mencadangkan supaya negara-negara ASEAN

diisytiharkan sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali ( ZOPFAN ). Dengan adanya

perisyitharan tersebut rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan

harmoni serta dapat menjamin kestabilan politik di negara ini. Secara tidak langsung

kedaulatan negara kita dapat dikekalkan. Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali

akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.

Sehubungan dengan itu, negara kita tidak terlibat dalam kancah peperangan dengan

negara lain atau melibatkan diri dalam konflik negara lain. Hal ini secara tidak langsung

telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara kita.Di samping itu juga

dalam memastikan negara kita bebas daripada ancaman senjata nuklear apabila

ASEAN mengisytiharkan rantau ini sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear yang tidak

membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan rantau ini untuk membawa

senjata nuklear.

Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah

memudahkan kita untuk mendapatkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara-

negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang

menjalin hubungan yang baik dengan mereka. Negara serantau akan memberi bantuan

dengan segera apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat

telah dijalinkan antara satu sama lain.Selain itu,hubungan baik dan erat dengan negara

serantau juga dapat meningkat dan memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana

penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran

yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan

piawaian produk dan perkhidmatan.Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari

negara serantau bersaing secara sihat . Dengan demikian rakyat Malaysia juga dapat

membeli barangan yang berkualiti dari negara ASEAN dapat membeli barang yang

berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Di samping itu zon kawasan perdagangan bebas

ASEAN juga memberi faedah dari segi perdagangan dan pasaran. Begitu juga dengan

Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC ) berdasarkan konsep dan idea ASEAN + 3

melibatkan negara Cina, Jepun dan Korea Selatan yang dikemukakan Malaysia telah

meluaskan lagi kerjasama ekonomi bagi rantau Asia dan Asia Tenggara.

Faedah lain yang turut dinikmati Malaysia ialah dari segi kerjasama projek –

projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan juga di

Acheh.Sementara itu dalam bidang sosial juga hasil daripada hubungan serantau yang

dijalinkan Malaysia maka wujudnya kerjasama kebudayaan dan kesenianPenubuhan

tabung kesenian ASEAN dan pertukaran rancangan televisyen antara negara-negara

ASEAN seperti rancangan Salam Muhibbah RTM-RTB, dan RTM-RRI. Malaysia juga

mendapat faedah dari segi pelancongan dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia

Page 18: Individ u

buat kali pertama pada tahun 1992 dan akan diteruskan pada tahun hadapan untuk kali

keempat dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Selain itu

dengan adanya hubungan serantau juga negara kita telah berjaya mengambil bahagian

dalam kejohanan SUKAN SEA dan pernah menjadi tuan rumah untuk kejohanan

tersebut.Malah Malaysia juga akan turut mengambil bahagian dalam kejohanan sukan

SEA yang akan diadakan di Myanmar pada tahun ini. Dengan adanya penglibatan

tersebut negara kita lebih dikenali dan berjaya menaikkan imej negara dengan meraih

kejayaan dalam sukan tersebut. Faedah seterusnya ialah dapat meningkatkan taraf

pendidikan di negara kita hasil daripada wujudnya kerjasama dalam bidang pendidikan

melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN ( SEAMEO ). Hasil daripada

kerjasama tersebut pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)

telah diadakan di Pulau Pinang.

Sebagai warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia

boleh menumbang kepada kesejahteraan serantau?Sebagai warga global rakyat

Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap

kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.

Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati

hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi

undang-undang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia

juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati

hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi

melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Malaysia juga berusaha untuk

menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga

berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman.

Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta

mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua

negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan

sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.

7.0 CABARAN MALAYSIA DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN SERANTAU

Antara cabaran yang dihadapi negara kita Malaysia dalam mengekalkan

hubungan dengan negara jiran ialah masalah persempadanan dengan negara jiran

terutamanya dengan Indonesia dan Singapura.Masalah sempadan dengan Indonesia

ialah berkaitan dengan Pulau Ambalat dan Pulau Sipadan.Manakala dengan Singapura

pula berkaitan dengan Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang. Masalah lain yang dihadapi

oleh Malaysia dengan negara jiran ialah masalah memperdagangan manusia,barangan

salah seperti senjata api,dadah,mercun,haiwan dan lain-lain lagi.Kebanyakan barang

Page 19: Individ u

salah yang masuk kenegara kita adalah dari negara jiran terutama yang bersempadan

dengan negara kita. Kemasukan pendatang asing tanpa izin atau PATI juga boleh

menjejaskan hubungan kita dengan negara jiran.Kebanyakan pedatang tanpa izin ini

adalah untuk mencari ekonomi di negara kita terutamanya dari Indonesia,Filipina dan

Vietnam.Terdapat juga perlarian politik dari negara jiran terutama pelarian Rohingya dari

Myanmar. Cabaran seterusnya yang dihadapai oleh Malaysia ialah isu bertindih tuntutan

bersama berkaitan kebudayaan terutama dalam nyanyian dan tarian pendet.Isu nyanyian

dan tarian ini telah dibangktkan oleh Indonesia yang mendakwa Malaysia merompak

hasil seni mereka.

Pecerobohan ruang angkasa oleh negra jiran terhadap negara kita juga boleh

menjejaskan hubungan baik kta dengan negara jiran.Contohya pencerobohan tentera

udara Singapura ke dalam ruang angkasa kita di Johor.Pencerobohan daratan juga

berlaku contohnya pencerobohan Sulu dari Filipina di Lahad Datu juga mecabar

hubungan kita dengan negara Filipina.Tidak ketinggalan juga pencerobohan maritim oleh

nelayan asing di perairan laut kita menyebabkan hubungan kita dengan negara jiran

tergugat Kebanyakan nelayan asing yang menceroboh perairan kita ialah dari Thailand

dan Vietnam. Selain dari itu masalah jenayah yang merentasi sempadan juga menggugat

hubungan kita dengan negara jiran.Contohnya masalah rompakan dan pengedaran

dadah oleh rakyat negara asing di negara ini sukar untuk kita mengambil tindakan.Ianya

memerlukan tindakan bersama dari negara jiran. Masalah pembakaan terbuka dan

jerubu oleh negara jiran juga mengggugat hubungan kita dengan negara jiran.Ini kerana

pembakaran yang berlelausa terutama di Indonesia telah merebak kenegara kita dan ia

mengancam kualiti udara di negara kita.

Tuntutan pemisah dari negar jiran juga mendatangkan masalah kepada negara

kita.Ini kerana mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari

perlindungan dari tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa di negara

mereka.Selain itu Malaysia juga diminta menjadi orang tengan dalam menyelesaikan

perikaian ini.Contohnya tuntutan pemisah Moro di Filipina dan pemisah diselatan

Thailand. Masalah kelonggaran undang-undang di nagara jiran juga menggugat

hubungan kita.Contohnya kelonggaran dari pemilikan senjata api dan pelacuran di

Thailand boleh menular ke negara kita. Kemasukan senjata api terutama dari Thailand

akan mengancam ketenteraman negara ini Dalam usaha untuk mengatasi cabaran-

cabaran tersebut Malaysia telah mengambil beberapa langkah yang dianggap

bersesuaia antaranya ialah mengadakan perundingan peringkat menteri contohnya

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.Dalam masyuarat tersebut beberapa isu yang

boleh mengggugat kerjasama akan di bincang dan diselesaikan. Penyelesaian melalui

Mahkamah Antarabangsa juga telah dilakukan terutama berkaitan sempadan yang

bertindih.Contohnya perebutan Pulau Batu Putih antara Ma;aysia dengan Singapura dan

Page 20: Individ u

Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Inonesia

Dalam menyelesaikan masalah jenayah sempadan kerjasama antara pasukan

keselamatan negara ini dengan negara jiran juga telah diwujudkan contohnya

menubuhkan APPM,UPP dan ESCOM.Kerjasama ini bertujuan untuk mengekang

kemasukan barang terlarang seperti sejataa api,dadah,mercun.haiwan dan lain lagi.

Latihan ketenteraan bersama antara pasukan tertera Malaysia dengan pasukan tertera

negara jiran akan dapat menjalinkan lagi hubungan baik dengan negara jran.Contohnya

latihan Malindo antara tentera Malaysia dendan tentera Thailand mengeratkan lagi

hubungan kita dengan Thailand.

Dalam mengeratkan lagi hubungan kita dengan negara jiran Malaysia telah

menghulur bantuan yang dipelukan oleh negara jiran apabila berlaku bencana

alam.Contohnya Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan keIndonesia dan

Filipiana apabila negara tersebut dilanda banjir dan gempa bumi.Selain itu kita juga

menghantar pasukan bomba untuk memadam kebakaran di Indonesia. Malaysia juga

telah menghulur bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara ASEAN yang lain

untuk membantu mereka menyambung pelajaran kepringkat yang lebih tinggi Selain itu

menyediakan peluang pelajaran kepada pelajar dari negara jran untuk belajar di negara

ini. Mengenai pelarian Rohingya negara kira terlah bekerjasama dengan PBB iaitu

menyediakan tempat untuk pelarian UNHCR dari Rohingya.Kita juga telah menyediakan

kemudahan perubatan,pendidikan,tempat ibadat dan lain lagi kepada pelarian tersebut

8.0 LANGKAH MENGATASI ISU DALAM HUBUNGAN SERANTAU

Sebagai seorang pemimpin, cara-cara untuk mengekalkan hubungan baik

dengan negara serantau adalah dengan berbaik-baik dengan semua negara tanpa

mengira ideologi dan menghormati kedaulatan negara-negara lain. Kita juga tidak harus

mencampuri urusan hal ehwal dalam negara lain, sebaliknya kita harus menghormati

kepelbagaian agama dan pengamalan demokrasi di negara-negara tersebut seperti

membantu menyelesaikan konflik secara rundingan krisis di selatan Thailand dan selatan

Filipina.

Dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau, kita juga boleh

mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai aspek dan mengamalkan sikap toleransi

contoh isu pembantu rumah dengan negara Indonesia. Selain itu sebagai pemimpin

juga ,kita harus mengutamakan keamanan dan keharmonian negara-negara serantau

dengan CARAberpegang teguh kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu(PBB) dan mengelakkan persaingan senjata antara negara serantau.

Kita mestilah menghormati hak asasi manusia contohnya dengan membantu

membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea dan prihatin terhadap isu-isu

Page 21: Individ u

kemanusiaan seperti pelaksanaan demokrasi dan krisis kemanusiaan di Rohingya

Myanmar. Sikap penting yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin untuk mengekalkan

hubungan baik dengan negara serantau adalah rasional dan berfikiran dinamik.

9.0 CADANGAN DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN SERANTAU

Hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara Malaysia pada masa ini ialah kita

mestilah mengekalkan dasar berkecuali. Selain itu kita perlu mengukuhkan hubungan

serantau seperti ASEAN. Meneruskan kerjasama erat dengan negara anggota serantau.

Kita perlu meneruskan Dasar Pandang ke Timur. Di samping itu mengamalkan

sikap diplomasi tentang tuntutan sempadan yang bertindih. Selain itu menjadikan

Malaysia sebagai tarikan pelabur luar seperti pelaburan dengan China dan pelaburan

dengan Singapura.

Seterusnya kita perlu mengurangkan pergantungan perdagangan dua hala

dengan Amerika Syarikat. Kita perlu mewujudkan usahasama ketenteraan dengan

negara-negara serantau yang lain supaya rantau ini sentiasa berada dalam keadaan

aman dan stabil.

Page 22: Individ u

10. RUJUKAN

Ismail, Y. (2007). Dasar-dasar Utama Kerajaan MALAYSIA. Kuala Lumpur: A.S. Nordeen.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=serantau