Induction

download Induction

of 4

Transcript of Induction

Induction(fasa 1)(DOWNLOAD MENUdisini)Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari.

Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1):1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.2. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.4. Semua jenis buah-buahan &jus buah-buahan5. Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muihdan semua produk bergandum.9. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.13. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein.Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.14. Sate yang diperap dengan gula@ madu.Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

Boleh Makan:1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.3. Ikan,Udang, Ketam-(kurangkansotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun,Rumpai laut.Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.10. Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.11. Minyak masak, olive oil & sebagainya.12. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.13. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

Syarat-syarat Induction: Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih. (Penting) Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pmatau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun) Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja.Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label!Periksa kiraan carb (pada setiap paket) Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah .Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula. Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

You may choose to stay in Induction if . . . You still have more than 30 pounds to lose.You should stay in Induction for now if . . You still have a large amount of weight to lose. Youre still struggling withcarb cravings Youve not been fully compliant with Induction. You still have elevated blood sugar or blood pressure levels. Your weight loss is slow and you arent physically active.TERUSKAN INDUCTION...!Berlangsung Weight Loss (OWL) fasa 2:Pada fasa ini, laju penurunan berat badan melambat ketika anda menambah kaya karbohidrat gizi untuk diet anda. Selama tempoh ini, anda akan meningkatkan keupayaan badan anda untuk membakar lemak serta memahami tubuh anda lebih baik. Anda akan menemui jumlah yang tepat dari karbohidrat yang anda boleh mengambil dan masih menurunkan berat badan. Tubuh anda juga akan mempersiapkan diri untuk pengurusan berat badan kekal. Jumlah karbohidrat yang boleh anda makan meningkat menjadi 25 gm pada hari untuk minggu pertama dan meningkat dalam tempoh lima ansuran gm selama beberapa minggu ke depan. Jika berat badan anda adalah signifikan, anda boleh meningkatkan asupan karbohidrat anda. Seseorang harus pada OWL sampai dia berada dalam tiga-lima kg berat tujuan mereka.Pra-rawatan - (fasa 3):Pra-rawatan adalah amalan yang dijalankan untuk rawatan seumur hidup. Pada tahap ini, anda cepat mendekati target anda. Selama anda terus menurunkan berat badan, anda boleh meningkatkan penjatahan mingguan anda daripada karbohidrat oleh lain gm 10. Anda akan berada di fasa ini sehingga anda mencapai tujuan anda dan tinggal di sana selama satu bulan. Tujuan utama di sini adalah untuk mencapai keadaan keseimbangan yang disebut Atkins 'Karbohidrat Equilibrium (ACE). ACE adalah tingkat individual asupan karbohidrat mana anda tidak mendapat atau menurunkan berat badan.Lifetime penyelenggaraan (fasa 4):Pada fasa ini, anda harus fokus pada ACE individu dan berusaha untuk tetap berada dalam dua kg berat badan ideal anda untuk sisa hidup anda. Dengan mengikuti rencana makan yang masuk akal, anda mendapatkan tenaga, kesihatan yang lebih baik dan kepercayaan pada diri sendiri.Dengan mengikuti empat tahap, anda tidak hanya mencapai berat impian anda, namun juga mampu mempertahankan itu sepanjang hidup anda. Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang diet ini dengan membaca buku, Dr Atkins 'New Diet Revolution. Namun, seperti dengan diet yang lain, rancangan ini juga mempunyai pro dan kontra. Titik baiknya adalah bahawa diet ini mengesyorkan sukan sebagai sebahagian penting daripada program penurunan berat badan. Hal lain yang perlu dicatat adalah bahawa anda tidak boleh memulakan karbohidrat selepas anda menurunkan berat badan kerana hal ini akan mengakibatkan anda mendapatkan kembali semua yang telah hilang.