Induksi - Wawasan 2020

23
KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM) K1 2/2011 WAWASAN 2020 DIPERKENALKAN PADA 28 FEBRUARI 1991 DALAM PERSIDANGAN PERTAMA MAJLIS PERNIAGAAN MALAYSIA. DASAR INI MENYATAKAN BAHAWA MENJELANG TAHUN 2020, MALAYSIA AKAN MENJADI SEBUAH NEGARA INDUSTRI YANG MAJU, MAKMUR DAN BERSATU PADU. HURAIKAN LIMA CABARAN YANG TELAH DIKENALPASTI UNTUK MEREALISASIKAN WAWASAN TERSEBUT. NAMA : ########################### NO. KP : ########################### NAMA SEKOLAH : ###########################

description

tugasan indivifu

Transcript of Induksi - Wawasan 2020

Page 1: Induksi - Wawasan 2020

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN

MALAYSIA (KISSM)

K1 2/2011

WAWASAN 2020 DIPERKENALKAN PADA 28 FEBRUARI 1991 DALAM PERSIDANGAN PERTAMA MAJLIS PERNIAGAAN MALAYSIA. DASAR INI MENYATAKAN BAHAWA MENJELANG TAHUN 2020, MALAYSIA AKAN MENJADI SEBUAH NEGARA INDUSTRI YANG MAJU, MAKMUR DAN BERSATU PADU. HURAIKAN LIMA CABARAN YANG TELAH DIKENALPASTI UNTUK MEREALISASIKAN WAWASAN TERSEBUT.

NAMA : ###########################

NO. KP : ###########################

NAMA SEKOLAH : ###########################

DITUJUKAN

Unit Latihan dan Kemajuan Staf

Jabatan Pelajaran Perak

Page 2: Induksi - Wawasan 2020

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 LIMA CABARAN WAWASAN 2020 4

2.1 CABARAN PERTAMA 4

2.2 CABARAN KEDUA 6

2.3 CABARAN KETIGA 8

2.4 CABARAN KEEMPAT 10

2.5 CABARAN KELIMA 11

3.0 RUMUSAN 13

4.0 RUJUKAN 15

2

Page 3: Induksi - Wawasan 2020

1.0 Pengenalan

Semasa melancarkan Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991,

Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir telah membentangkan satu

kertas kerja yang bertajuk ’Malaysia : Melangkah ke Hadapan’. Kertas kerja itu

mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja tentang arah pembangunan negara dan

langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju

menjelang tahun 2020. Gagasan pemikiran dan rangka kerja itu dikenali sebagai

‘Wawasan 2020’.

Wawasan 2020 bukanlah satu dasar yang khusus, tetapi lebih merupakan satu

tindak balas terhadap perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada

peringkat tempatan dan antarabangsa yang telah memberikan cabaran hebat kepada

negara. Wawasan 2020 berperanan sebagai garis panduan dan rangka kerja tentang

pendekatan yang perlu diambil oleh negara untuk menempuh cabaran pada masa akan

datang. Melalui wawasan ini, matlamat terakhirnya adalah menjadi sebuah negara

yang maju menjelang tahun 2020. ‘Kemajuan’ yang dimaksudkan tidak tertumpu

kepada bidang ekonomi semata-mata, malah merangkumi aspek sosial, politik,

kejiwaaan, kerohanian dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan

menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan

makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat

yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan

mempunyai daya ketahanan yang tinggi

3

Page 4: Induksi - Wawasan 2020

. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu

Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada

cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah

kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah

atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang

sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-

negara lain.

2.0 Lima Cabaran Wawasan 2020

Selaras dengan itu, semua objektif yang terkandung dalam Wawasan 2020

hanya boleh dicapai sekiranya rakyat Malaysia dapat menghadapi segala rintangan

yang datang dengan menganggapnya sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi.

Berdasarkan kepada Wawasan 2020, negara perlu menghadapi sembilan cabaran

untuk mencapai matlamat akhir. Hanya lima cabaran sahaja yang akan dibincangkan

dalam topik ini.

2.1 Cabaran Pertama

Cabaran pertama yang terkandung dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan

negara Malaysia bersatu yang membawa maksud negara perlu dibentuk daripada satu

bangsa yang bersatu padu dan mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi

bersama. Di antara ciri-ciri negara dan masyarakat yang akan terbentuk sekiranya

cabaran ini dicapai adalah Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman,

4

Page 5: Induksi - Wawasan 2020

berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama

dan bersatu sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang

mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Melalui ciri-ciri tersebut,

Malaysia akan berada dalam landasan yang betul iaitu menjadi sebuah negara yang

berkembang maju menurut cara dan acuannya sendiri.

Dalam konteks untuk mewujudkan negara Malaysia bersatu, beberapa strategi

pelaksanaan dilakukan untuk menyokong cabaran yang pertama ini. Di antara strategi

pelaksanaannya adalah mewujudkan Sekolah Wawasan dan Program Latihan

Khidmat Negara (PLKN).

Sekolah Wawasan diadakan bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum yang

terdapat di Malaysia. Sekolah Wawasan dapat melahirkan generasi yang mempunyai

sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang

bersatu padu. Sekolah Wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu Sekolah

Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

yang ditempatkan dalam satu kompleks atau kawasan.

Setiap jenis sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, setiap jenis sekolah

masih dapat mengekalkan identiti masing-masing. Kelainannnya ialah mereka

digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang

permainan dan padang bagi menggalakkan interaksi secara maksimum antara semua

warga sekolah. Interaksi tersebut juga dapat menggalakkan murid mempelajari

5

Page 6: Induksi - Wawasan 2020

pelbagai bahasa seterusnya dapat mengeratkan hubungan murid daripada pelbagai

kaum supaya lebih mesra dan terjalin semangat kekitaan yang teguh.

PLKN pula telah diperkenalkan pada tahun 2003 dan dilaksanakan pada tahun

2004. Ianya dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme di

kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional,

membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat

kesukarelaan, dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh

keyakinan diri.

Pelaksanaan strategi Sekolah Wawasan dan PLKN ke seluruh negara akan

dapat memastikan perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia terjamin. Melalui

kedua-dua strategi pelaksanaan ini, negara akan bertambah maju dan makmur kerana

rakyat dapat bersama-sama bekerja memajukan negara tanpa kerisauan atau gangguan

fizikal, mental dan psikologikal.

2.2 Cabaran Kedua

Cabaran kedua adalah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram

dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa jua yang

dicapai, serta mampu menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia mesti

dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua

kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara

lain.

6

Page 7: Induksi - Wawasan 2020

Dalam konteks untuk mengatasi cabaran yang kedua ini, salah satu strategi

pelaksanaan yang digunakan adalah cogan kata ’Malaysia Boleh’ yang telah

diperkenalkan pada tahun 1990 oleh Tun Dr. Mahathir yang ketika itu adalah Perdana

Menteri yang keempat. Konsep yang diperkenalkan adalah lebih dari cogan kata

semata-mata, ianya merupakan laungan keyakinan dan pernyataan bahawa Malaysia

mampu mencapai apa jua impian dalam semua bidang, termasuk mencapai taraf

negara maju menjelang 2020.

Kekuatan semangat yang lahir dari pernyataan ini telah menjadi pendorong

tenaga kepada rakyat Malaysia sehingga mampu mengumpul pingat emas kedua

terbanyak di kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, menawan puncak Everest

oleh M. Magendran dan N. Mohandas, mengelilingi dunia solo dengan perahu layar

oleh Datuk Azhar Mansor, berenang merentasi Selat Inggeris oleh Abdul Malik

Mydin, membina bangunan tertinggi di dunia dan mencapai banyak lagi kejayaan di

peringkat antarabangsa. Jika dijejaki atau ditelusuri, begitu banyak kejayaan

membanggakan dicapai dan dilakukan rakyat Malaysia dalam rentang masa 50 tahun

kemerdekaan negara. Itulah juga sebabnya timbul cogan kata dan semangat ’Malaysia

Boleh’ pada setiap ketika.

Dengan lahirnya masyarakat yang berkeyakinan dan mampu mengharungi

segala masalah atau rintangan yang mendatang, maka Malaysia mampu untuk

mencapai status negara maju menjelang 2020.

7

Page 8: Induksi - Wawasan 2020

2.3 Cabaran Ketiga

Cabaran ketiga adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan, bukan sahaja sebagai

pengguna teknologi, tetapi juga turut menyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa hadapan. Cabaran yang ketiga ini lebih menjurus kepada membentuk

masyarakat kita menjadi masyarakat yang inovatif dan kreatif. Tidak hanya sebagai

pengguna teknologi sedia ada, malah menggunakan teknologi yang ada untuk

membangunkan teknologi yang baru dan seterusnya menyumbang kepada negara dan

antarabangsa. Usaha ini perlu dilakukan pada peringkat bawah lagi iaitu di peringkat

sekolah. Hal ini berlaku kerana masyarakat perlu diberi pendedahan pada peringkat

awal untuk menjadi bangsa pencipta dan celik teknologi.

Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa strategi pelaksanaan untuk

menyokong cabaran ini. Di antara strategi yang dijalankan adalah dengan

mewujudkan projek infrastruktur mega Koridor Raya Multimedia (MSC) yang telah

dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif. MSC

adalah satu inisiatif bertaraf antarabangsa dan yang pertama seumpamanya di dunia,

untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menguji teknologi terkini dan

menyiapkan diri mereka dalam menghadapi masa hadapan.

MSC juga akan mempercepatkan kemasukan Malaysia ke era maklumat, dan

seterusnya membantu menjayakan Wawasan 2020. MSC buat pertama kalinya,

mewujudkan sebuah persekitaran bersepadu dengan semua elemen dan unsur unik

yang diperlukan untuk mencipta iklim multimedia global yang sempurna. Untuk

8

Page 9: Induksi - Wawasan 2020

memulakan pembangunan MSC dan mencorakkan persekitarannya, tujuh bidang

utama atau aplikasi perdana telah dikenalpasti iaitu kerajaan elektronik, kad pintar

pelbagaiguna, sekolah bestari, telekesihatan, kumpulan R&D, e-Perniagaan, dan

pembangunan usahawan teknologi.

Apabila memperkatakan berkenaan dengan celik teknologi, maka ianya perlu

dilakukan pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat sekolah. Maka, salah satu

‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) ialah Sekolah Bestari. Sekolah

Bestari merupakan strategi pelaksanaan Wawasan 2020 bagi menyokong cabaran

yang kedua.

Sekolah Bestari ialah sekolah biasa yang direka bentuk semula secara

sistematik dari segi amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah

bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang hidup di zaman maklumat. Sekolah

bestari mula diperkenalkan pada tahun 1999. Sekolah bestari ialah salah satu daripada

aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dibangunkan di

Malaysia. Pelaksanaan konsep sekolah bestari ialah sesuai dengan perkembangan

semasa dan bagi tuntutan di masa akan datang khususnya dalam melahirkan pekerja

ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif.

Pembinaan sekolah yang bertaraf tinggi ini juga mampu mendidik dan melatih

generasi masa kini ke tahap cemerlang dalam semua aspek bagi membentuk

masyarakat yang bersifat sains dan berdaya cipta dengan memanfaatkan teknologi

terkini serta menyumbangkan pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa

hadapan.

9

Page 10: Induksi - Wawasan 2020

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum di sekolah bestari ialah

dengan menggunakan kemudahan teknologi komputer yang terkini yang mampu

mengembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani,

emosi, dan jasmani. Perkembangan kemahiran generik dan perkembangan

kepelbagaian kecerdasan adalah diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum

sekolah bestari.

Pelaksanaan konsep sekolah bestari ke seluruh negara ialah suatu langkah

yang bestari dalam menyediakan generasi yang mampu bersaing di peringkat

antarabangsa.

2.4 Cabaran Keempat

Cabaran keempat adalah memastikan masyarakat yang adil dalam bidang

ekonomi. Cabaran ini membawa maksud iaitu semua pengagihan kekayaan negara

dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara

bersama dalam kalangan semua rakyat dalam suasana ekonomi yang berkembang.

Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum

berdasarkan fungsi ekonomi dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Pewujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial

memang tidak dapat disangkal sebagai cabaran besar yang perlu dihadapi bagi

pewujudan satu negara maju dan bersatu. Ini adalah kerana dalam sebuah negara maju

10

Page 11: Induksi - Wawasan 2020

tidak patut wujud keadaan dimana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya

sedangkan satu golongan lagi tercicir.

Pernyataan ini merupakan penekanan semula kepada isu yang dibawa oleh

Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian kemiskinan, penyusunan semula

masyarakat berdasarkan keseimbangan sosio-ekonomi di antara kaum, di antara

wilayah, di antara negeri, di antara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini rakyat

perlu faham dan sedar bagi setiap tindakan dan program yang dijalankan adalah untuk

kemajuan dan pembangunan negara bukannya memihak kepada kaum-kaum tertentu

sahaja. Usaha yang berterusan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah

diterjemahkan ke dalam Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui

program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.

2.5 Cabaran Kelima

Cabaran terakhir yang akan dibincangkan adalah mewujudkan masyarakat

yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mana warganegaranya kukuh dalam

nilai-nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi.

Dalam mengejar matlamat akhir Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara yang

benar-benar maju, kita tidak seharusnya mengikut jejak langkah negara-negara maju

yang lain. Kebanyakannya hanya mengejar kebendaan semata-mata dengan

meninggalkan nilai-nilai agama, moral dan etika. Matlamat yang ingin direalisasikan

dalam cabaran ini adalah mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada

falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.

11

Page 12: Induksi - Wawasan 2020

Amalan terhadap falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan

tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan

keharmonian yang berkekalan, sebaliknya banyak membawa kepada keburukkan dan

kehancuran kepada sesebuah negara bangsa. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di

dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman

untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

Oleh itu, kerajaan telah menjalankan salah satu strategi pelaksanaan yang

boleh merealisasikan cabaran kelima ini dengan mewajibkan supaya mata pelajaran

seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dipelajari oleh

pelajar-pelajar di sekolah. Tidak ketinggalan mata pelajaran Pendidikan Islam yang

juga diberi penekanan yang lebih kepada pelajar-pelajar Islam.

Mata pelajaran di atas yang diajar di sekolah menengah memberi tumpuan

kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui

penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam

agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu pelajar dapat

membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang

bermoral dan berakhlak mulia. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang

bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang

dilakukan.

Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan

insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-

prinsip itu adalah bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, berpegang

12

Page 13: Induksi - Wawasan 2020

teguh pada ajaran agama, prihatin kepada alam sekitar, mengekalkan keamanan dan

keharmonian hidup, bersemangat patriotik, menghormati hak asasi manusia dan

mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Prinsip-prinsip di atas perlu untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang

terkandung dalam Wawasan 2020. Sekiranya cabaran kelima ini dipenuhi ianya akan

melahirkan generasi yang bermoral dan berintegriti.

3.0 Rumusan

Wawasan 2020 bukanlah satu wawasan yang mementingkan soal

pembangunan ekonomi semata-mata, tetapi turut menyentuh pelbagai perkara yang

berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup masyarakat seperti pembentukan dan

keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan, pembangunan sumber manusia

dan lain-lain. Wawasan 2020 juga bukanlah satu cogan kata politik yang digunakan

untuk menarik perhatian rakyat, sebaliknya ianya lebih kepada satu rangka kerja

tindakan yang digubal secara menyeluruh dan rapi untuk negara dan rakyat

mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia mencapai taraf

negara maju menjelang tahun 2020.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Wawasan 2020 telah menggariskan

beberapa pengisian penting yang perlu dilaksanakan. Antara pengisian tersebut adalah

kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai

dalam kalangan rakyat, penekanan kepada usaha penyelidikan dan pembangunan

13

Page 14: Induksi - Wawasan 2020

dalam bidang sains dan teknologi, serta perancangan dan peranan sektor swasta yang

lebih dinamik. Semua ini memerlukan satu usaha yang bersungguh-sungguh dan

menuntut perancangan yang teliti dalam semua sektor tanpa mengira perbezaan kaum

dan agama. Sebaliknya jika kesungguhan ini tidak diberi perhatian yang serius, maka

semua ini akan tinggal sebagai wawasan yang tidak mungkin kesampaian.

14

Page 15: Induksi - Wawasan 2020

4.0 Rujukan

1. Mohd Shariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad

Sohaimi Lazim (2009). “Kenegaraan dan Ketamadunan. ”, Oxford

Fajar. 122-136

2. Chin Yee Mun, Ira Meilita Binti Ibrahim, Wong Khek Seng (2010).

“Kenegaraan Malaysia. ” Edisi Kedua , Pearson Custom Publishing.

448-451

3. Hasnah Hussin, Mardiana Nordin (2007). “Pengajian Malaysia. ” Oxford

Fajar. 274-276

4. Nadzan Haron, Rozeman Abu Hassan (2010). “Malaysia Melangkah

Kehadapan : Pengajian Malaysia Sejak 1945” Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd. 254-256

5. Ranjit Singh Malhi (1997). “Pengajian Am : Kenegaraan Malaysia.”

Federal Publications. 210-211

6. Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2008). “Falsafah Pendidikan dan

Kurikulum.” Quantum Books. 324-326

15

Page 16: Induksi - Wawasan 2020

7. 1 Klik. “Perspektif Wawasan 2020”

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=255:perspektif-wawasan-

2020&catid=88:dasar-dasar-negara

(capaian pada April 10, 2011).

8. Blog Adha. “Isu Pendidikan: Kosep Malaysia Boleh”

http://myadha.blogspot.com/2009/05/isu-pendidikan-konsep-malaysia-boleh.html

(capaian pada April 12, 2011).

16