Industri Takaful 1984-2004

download Industri Takaful 1984-2004

of 16

Transcript of Industri Takaful 1984-2004

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    1/16

    INDUSTRI TAKAFUL MALAYSIA 1984-2004

    Sempena ulang tahun ke-20 industri takaful Malaysia, rencanakhas ini memaparkan kedudukan industri takaful selepas 20 tahun

    diperkenalkan di Malaysia. Rencana ini juga memberi kupasantentang pengalaman Malaysia membangunkan industri takaful

    yang kukuh sebagai alternatif yang berdaya maju kepada insuranskonvensional.

    "Sesungguhnya Allah tiada mengubah keadaan sesuatu kaumkecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"

    Al-Qur'an, Surah Ar-Ra'd, 13:11

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    2/16

    Industri TakafulMalaysia

    - Maklumat Ringkas

    Apakah Takaful?Takaful ialah insurans yang berlandaskan prinsip Syariah.

    KonsepPenubuhan Industri Takaful di Malaysia

    Perkembangan industri takaful di Malaysiapada awal tahun 1980-an ialah hasil daripadakeperluan umat Islam pada ketika itu untukmempunyai alternatif kepada insuranskonvensional yang memenuhi kehendakSyariah serta bagi melengkapkan operasi bankIslam yang ditubuhkan pada tahun 1983.

    Kewujudan industri takaful dipengaruhisebahagian besarnya oleh keputusanJawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysiayang memutuskan bahawa insurans hayatdalam bentuk yang ada ialah suatu kontrakyang tidak sah kerana mempunyai unsur-unsurGharar (ketidaktentuan), Riba dan Maisir(perjudian).

    Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan oleh

    Kerajaan pada tahun 1982 untuk mengkajidaya maju penubuhan syarikat insurans secaraIslam.

    Berikutan syor Pasukan Petugas ini, AktaTakaful telah dikuatkuasakan pada tahun1984 dan pengendali takaful yang pertamatelah diperbadankan di Malaysia pada bulanNovember 1984.

    Peserta mencarum sejumlah wang dalam satu

    kumpulan wang bersama, yang akan digunakanuntuk saling membantu ahli-ahli yangmengalami kerugian atau kerosakan tertentu.

    Pengendali takaful yang diamanahkanuntuk mengurus kumpulan wang tersebut,menjalankan operasi secara komersial sebagaiusaha niaga perniagaan untuk mendapatkeuntungan.

    Sumber pendapatan pengendali takaful adalahdaripada:-

    - keuntungan daripada pelaburan kumpulan

    wang pemegang saham; - agensi/wakalah; - bahagian keuntungan pelaburan kumpulan

    wang takaful; dan/atau - lebihan kumpulan wang takaful.

    Pengendalian Takaful di Malaysia

    Takaful:-- Berasal daripada perkataan Arab yang

    bermaksud saling menjamin yangmelibatkan sekumpulan peserta yangbersetuju untuk saling menjamin sesamamereka terhadap kerugian tertentu.

    Tabarru:-- Tabarru bermakna derma, hadiah atau

    caruman. Peserta skim takaful bersetujuuntuk memberikan sebahagian tertentudaripada caruman dalam kumpulan wangtakaful sebagai derma untuk membantupeserta-peserta lain yang menghadapikesulitan;

    - Ia merangkumi unsur perkongsian

    tanggungjawab, indemniti bersama dansaling melindungi; dan

    - Ia merupakan teras kepada sistem takafulyang menjadikan unsur ketidaktentuandibenarkan di bawah kontrak takaful.

    Mudharabah/wakalah:-- Pengendali takaful ialah pentadbir

    kumpulan wang takaful dan menguruskumpulan wang tersebut sebagai amanahbagi pihak peserta, dan kontrak antarapeserta dengan pengendali ditentukan dibawah kontrak mudharabah (berkongsikeuntungan) atau wakalah (agensi);

    - Mudharabah memberikan hak kepadapihak yang berkontrak untuk berkongsikeuntungan, sementara liabiliti kerugianditanggung oleh peserta; dan

    - Berasaskan model wakalah, pengendalitakaful memperoleh bagi perkhidmatanyang diberikan sementara liabiliti kerugianditanggung oleh peserta. Fi yang berbeza-beza boleh dikenakan berdasarkan prestasi

    pengendali takaful.

    2

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    3/16

    Industri TakafulMalaysia

    - Maklumat Ringkas

    Perbandingan antara Insurans dengan Takaful

    Insurans Takaful Kontrak Kontrak pertukaran (jual dan beli) Gabungan kontrak tabarru'

    antara penanggung insurans dengan (derma) dan agensi ataupihak diinsuranskan. kontrak berkongsi keuntungan.

    Tanggungjawab Pemegang polisi membayar premium Peserta membuat carumanpemegang kepada penanggung insurans. ke dalam skim.polisi/peserta Peserta saling menjamin

    sesama sendiri di bawah skim. Liabiliti penanggung Penanggung insurans bertanggungjawab Pengendali takaful bertindakinsurans/pengendali membayar manfaat insurans seperti sebagai pentadbir skim dantakaful dijanjikan daripada asetnya (kumpulan membayar manfaat takaful

    wang insurans dan kumpulan wang daripada kumpulan wangpemegang saham). takaful.

    Sekiranya berlaku kekurangandalam kumpulan wang takaful,pengendali takaful akan

    menyediakan pinjaman tanpa faedah untuk menampung

    kekurangan berkenaan. Pelaburan kumpulan Tidak terdapat sekatan selain Aset kumpulan wang takafulwang sekatan yang dikenakan untuk dilaburkan dalam instrumen

    tujuan kehematan. yang memenuhi kehendak Syariah.

    Struktur InstitusiPengendali takaful dibenarkan mengendalikan takaful am dan takaful keluarga (hayat) (perniagaankomposit).

    1985 1990 1995 2000 2004 Bilangan pengendali takaful 1 1 2 2 4 Bilangan cawangan - 31 42 124 133 Bilangan ejen - - 1,210 4,567 16,316

    1986 1990 1995 2000 2004Pendapatan caruman 1.6 28.4 94.9 522.7 1,123.1 Keluarga 0.6 8.4 37.0 373.0 794.4 Am 1.0 20.0 57.9 149.7 328.7 Bahagian pasaran industri insurans (%) 0.8 1.0 3.8 5.1Aset 1.4 38.2 183.3 1,872.9 5,028.7 Keluarga 0.6 15.5 94.2 1,542.4 4,305.1 Am 0.8 22.7 89.1 330.5 723.5

    Bahagian pasaran industri insurans (%) 0.4 0.7 3.7 5.6Penembusan pasaran 0.1 0.3 2.5 5.1

    Penunjuk Utama

    1 Dalam RM juta2 Tahun akhir kewangan pertama adalah pada 19863 Bilangan sijil takaful berkuat kuasa dibahagi dengan jumlah penduduk Terlalu kecil

    3

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    4/16

    Industri takaful Malaysia telah mengalami pertumbuhan dan transformasi pesat sejakia mula diperkenalkan 20 tahun lalu. Daripada sebuah industri yang mempunyaihanya satu pengendali takaful dengan produk asas yang terhad, ia berkembangmenjadi industri yang berdaya maju yang telah diintegrasikan ke dalam arus perdanasistem kewangan. Ini dicapai melalui usaha bersepadu Bank Negara Malaysia danpengendali-pengendali takaful dalam membangunkan industri takaful yang dinamik,berdaya tahan dan cekap.

    Industri TakafulMalaysia selepas

    Dua Dekad

    Pengendali Pengendali komposit tunggal dengan Empat pengendali komposit denganmodal RM10 juta sebagai asas untuk setiap satu mempunyai modal minimumindustri ini. RM100 juta yang meningkatkan

    persaingan.

    Pelabur/ Sebuah bank Islam serta majlis dan Pelbagai pelabur yang terdiri daripadapemegang yayasan Islam negeri. pelabur swasta, kumpulan perbankan,saham penanggung insurans dan satu

    penanggung insurans semula, dengansatu pengendali takaful disenaraikan di

    Bursa Malaysia.

    Kerajaan/ Menyediakan asas bagi pengenalan Mewujudkan persekitaran yangpengawalselia takaful dengan mengadakan membolehkan perkembangan industri pengawalseliaan asas. takaful dan menetapkan hala tuju

    strategik bagi jangka sederhana dan jangka panjang.

    Produk Produk yang terhad dan tertumpu Campuran produk yang pelbagai denganpada takaful motor, kebakaran ciri-ciri yang sofistikated.

    dan gadai janji.

    Produk takaful am mendominasi Produk takaful keluarga mendominasipasaran dengan bahagian sebanyak 63% pasaran dengan bahagian sebanyak 71%(dari segi caruman). (dari segi caruman).

    Pelanggan Kebanyakannya umat Islam. Umat Islam dan bukan Islam dengankehendak, keutamaan dan permintaanyang berbeza-beza.

    Saluran Cawangan dan pegawai pemasaran. Cawangan, pegawai pemasaran, tenagaagihan agensi, banktakaful, broker, internet dan

    hubungan strategik.

    Saluran Tertumpu pada deposit Islam dan Instrumen pelaburan yang lebih pelbagaipelaburan sekuriti Islam Kerajaan. dikeluarkan oleh Kerajaan dan sektor swasta.

    Perubahan Industri Takaful Malaysia 1984-2004

    1984 2004

    4

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    5/16

    Industri TakafulMalaysia selepas

    Dua Dekad

    Dalam membangunkan industri takaful di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah mengguna pakaipendekatan secara berperingkat yang dibahagikan kepada tiga fasa:

    Fasa I (1984-1992) bermula dengan penggubalan undang-undang pengawalseliaan khusus iaituAkta Takaful 1984 dan penubuhan pengendali takaful pertama pada tahun 1984. Tumpuan utamasepanjang tempoh ini ialah penyediaan infrastruktur asas bagi industri takaful. Akta yang masihdigunakan ini telah digubal untuk mengawal pengendalian perniagaan takaful dan mengehendakipengendali takaful didaftarkan. Ia juga memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Syariah untukmemastikan bahawa operasi perniagaan pengendali takaful mematuhi prinsip Syariah pada setiapmasa.

    Fasa II (1993-2000) merupakan tempoh persaingan diperkenalkan dengan kemasukan satu lagipengendali takaful. Tempoh ini juga menyaksikan peningkatan kerjasama di kalangan pengendalitakaful di rantau ini termasuk pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 danpenubuhan ASEAN Retakaful International (L) Ltd. pada tahun 1997. Ini telah memudahkanpengaturan takaful semula (insurans semula) di kalangan pengendali takaful di Malaysia dan dirantau ini, iaitu Brunei, Indonesia dan Singapura.

    Fasa III (2001-2010) bermula dengan pengenalan Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) pada tahun2001 dengan objektif, antara lain, menambah baik keupayaan pengendali takaful dan memperkukuhrangka kerja perundangan, Syariah dan pengawalseliaan. Bahagian PISK yang berkaitan dengan

    perbankan Islam dan takaful merupakan hala tuju strategik ke arah merealisasikan hasrat Malaysiauntuk menjadi pusat antarabangsa bagi kewangan Islam. Setakat ini, tempoh ini telah menyaksikanpeningkatan tahap perkembangan dan persaingan dengan pemberian lesen kepada tiga pengendalibaru. Untuk terus menggalakkan perkembangan industri takaful, Persatuan Takaful Malaysia(PTM), sebuah persatuan pengendali-pengendali takaful telah ditubuhkan pada tahun 2002. PTMberhasrat memperbaik pengawalseliaan sendiri industri melalui keseragaman amalan pasaran danmenggalakkan kerjasama pada tahap yang lebih tinggi di kalangan pengendali takaful dalam usahamemperkembangkan industri takaful.

    Perniagaan takaful dikawal selia di bawah akta khusus iaitu Akta Takaful 1984untuk memastikan bahawa perniagaan dijalankan secara berhemat tanpamenjejaskan kepentingan peserta dan industri.

    Ketua Pengarah Takaful (yang juga Gabenor Bank Negara Malaysia):- - Tan Sri Dato Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

    Sejak Mei 2000 - Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman September 1998 - April 2000 - Tan Sri Dato Ahmad bin Mohd Don

    Mei 1994 - Ogos 1998

    - Tan Sri Dato Jaffar bin Hussein 1988 - Mei 1994 - Sebelum 1988, industri takaful adalah di bawah bidang kuasa Kementerian

    Kewangan.

    Pengawalseliaan dan Pengawal

    5

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    6/16

    Kronologi Peristiwa Industri Takaful Malaysia

    Okt. 1982 - PenubuhanPasukan Petugas Khasuntuk mengkaji daya majupenubuhan syarikat insuranssecara Islam.

    Nov. 1984 - PemerbadananSyarikat Takaful Malaysia Sdn.Berhad (STMB).

    Dis. 1984 - Akta Takaful 1984digazetkan.

    Ogos 1985 - STMBmemulakan operasi.

    Mei 1988 - BankNegara Malaysia diberitanggungjawab mengawaldan menyelia industri insuransdan takaful.

    Fasa I Okt. 1993 - MNI-Takaful Sdn.Berhad memulakan operasi.

    Okt. 1995 - PenubuhanKumpulan Takaful ASEAN.

    Mei 1997 - Pelantikan ahli-ahli Majlis Penasihat SyariahKebangsaan bagi PerbankanIslam dan Takaful.

    Mei 1997 - PemerbadananASEAN Retakaful International(L) Ltd. di Pusat Kewangan LuarPersisir Antarabangsa, Labuan.

    Nov. 1998 - MNI-Takafulbertukar nama kepada TakafulNasional Sdn. Berhad.

    Feb. 2001 - Penubuhan InstitutPerbankan dan Kewangan IslamMalaysia.

    Mac 2001 - Pelancaran PelanInduk Sektor Kewangan.

    Jul. 2002 - Mayban TakafulBerhad memulakan operasi.

    Nov. 2002 - PenubuhanPersatuan Takaful Malaysia.

    Jul. 2003 - Takaful Ikhlas Sdn.Berhad memulakan operasi.

    Nov. 2004 - Kelulusan secaraprinsip diberikan kepadaCommerce Asset-HoldingBerhad untuk menjalankanperniagaan takaful.

    Fasa IIFasa III

    Pengendalian takaful yang berasaskan komersial yang dijalankan di Malaysia telah menyumbangdengan ketara terhadap kejayaan industri takaful. Pendekatan ini menekankan pemberian pulanganyang berpatutan kepada peserta, pengendali takaful dan pemegang saham. Ia berbeza daripada konseptakaful kerjasama yang dilaksanakan di beberapa negara lain dengan skim takaful dijalankan semata-mata untuk tujuan sosial.

    Di samping itu, peranan Kerajaan dan sokongannya yang berterusan dalam memperkembangkan industritakaful merupakan faktor penting bagi menggalakkan pertumbuhan industri takaful Malaysia. Kerajaantelah berupaya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan menentukan hala tuju yang jelas bagi

    perkembangan industri ini.

    Takaful dari Perspektif Pihak Berkepentingan

    Industri TakafulMalaysia selepas

    Dua Dekad

    6

    Takaful berasaskankomersial (Takaful

    Tijari)

    PELANGGAN Memenuhi permintaan terhadap beberapa produkperlindungan dan tabungan pada kos yang berpatutansetanding dengan kos produk insurans konvensional.

    PENGENDALI Berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiranuntuk mengurus dan mentadbir skim takaful denganpakej imbuhan yang kompetitif.

    KERAJAAN Menubuhkan takaful sebagai alternatif kepada insurans

    konvensional dalam sistem kewangan Islam yangkomprehensif.

    PELABUR/ Menyediakan pulangan berpatutan atas pelaburanPEMEGANG mereka setanding dengan penanggung insuransSAHAM konvensional.

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    7/16

    Berdaya Maju, Progresif, Berdaya TahanIndustri takaful di Malaysia mencatat pertumbuhanyang kukuh dan konsisten dalam tempoh 20tahun yang lalu. Ia terbukti berdaya tahandalam menghadapi persaingan sengit daripadaindustri insurans yang lebih maju. Industri takafulmencatat kadar pertumbuhan tahunan purata

    sebanyak 57.9% bagi aset dan 44% bagi carumanbersih sejak tahun 1986. Kini, industri takafulmencapai penembusan pasaran sebanyak 5.1%,yang menunjukkan kesedaran yang bertambahdi kalangan orang ramai tentang manfaat skimtakaful. Dalam tempoh dua dekad, kekukuhanindustri takaful, dari segi jumlah aset kumpulanwang takaful, telah meningkat daripada RM1.4

    juta pada awal penubuhan kepada RM5 bilionpada akhir tahun 2004. Industri takaful telah

    membuktikan daya tahan sepanjang tempohkrisis kewangan Asia, dengan mengekalkankadar pertumbuhan tahunan purata yang kukuhsebanyak 61.9% dari segi aset dari tahun 1997hingga 2000. Jumlah caruman bersih bagikedua-dua perniagaan takaful am dan takafulkeluarga juga meningkat dengan ketara sepanjangtempoh tersebut kepada RM1.1 bilion pada akhirtahun 2004. Perniagaan takaful keluarga, yangmemenuhi keperluan perancangan kewanganpenduduk dalam memastikan jaminan kewangan

    jangka panjang, telah berkembang denganmencakupi bahagian sebanyak 70.7% daripada

    jumlah caruman bersih berbanding dengan hanya37.5% pada tahun 1986. Keadaan ekonomi yangmenggalakkan dan peningkatan pendapatan bolehguna memberikan petanda baik bagi perniagaantakaful keluarga.

    Empat pengendali takaful semasa telah mencapaipertumbuhan yang mapan setanding denganpenanggung insurans domestik. Industri takafulterbukti berdaya maju dengan pencapaianpulangan ekuiti purata sebanyak 22.1% antara

    Ciri-Ciri PentingIndustri Takaful Malaysia

    Tahun 2005

    Aset

    Caruman Bersih

    Pertumbuhan tahunan duaangka yang berterusan.

    Tidak terjejas dengan krisiskewangan.

    Muncul sebagai antarasyarikat domestik yangterbaik dalam industritakaful dan insurans.

    Perkara penting

    7

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    8/16

    Ciri-ciri PentingIndustri Takaful Malaysia

    Tahun 2005

    tahun 2000 hingga 2004. Bahkan, satu pengendali takaful telah muncul sebagai salah satu daripadalima syarikat domestik terbaik dari segi saiz aset kumpulan wang hayat dan keluarga dalam sektorinsurans.

    Komponen Penting Sistem Kewangan IslamDalam membangunkan sistem kewangan Islam, Malaysia telahmengambil pendekatan yang komprehensif dengan memberikan

    penekanan yang sama atas semua komponen teras bagikeseluruhan sistem kewangan Islam, iaitu perbankan Islam,takaful serta pasaran wang dan modal Islam. Pembangunankomponen teras secara teratur mewujudkan sinergi, seterusnyamenyediakan persekitaran yang kondusif untuk sistemkewangan Islam menjadi penggembleng sumber yang cekap danmenyediakan pembiayaan bagi aktiviti ekonomi yang produktif.Ini membolehkan pengendali takaful bergerak seiring denganpengendali insurans konvensional dalam menyediakan produk yang kompetitif, yang diluluskan olehSyariah. Struktur yang komprehensif juga mempertingkatkan daya tahan dan kemantapan sistem

    kewangan Islam untuk menghadapi kejutan kewangan dan menyumbang ke arah meningkatkankestabilan keseluruhan sistem kewangan Islam Malaysia.

    Saling Berhubungan antara Peserta Pasaran

    Pengendali takaful menyokongpasaran modal Islam melaluipenyertaan aktif merekamelanggan instrumen kewanganIslam yang memenuhi keperluankewangan jangka sederhana dan

    jangka panjang.

    Pengendali takafulmenyediakan perlindungansecara Islam untuk produkkewangan Islam yangditawarkan oleh bank-bankIslam.

    Bank dan pengendali takafulmemaksimumkan peluangmelalui pengaturan banktakafuluntuk menjangkau segmenyang tidak dicapai oleh tenagaagensi tradisional.

    Pengendali takaful, bank danpeserta pasaran modal terusmemberi tumpuan padagabungan produk untukmenawarkan produk yanglebih menarik yangmemenuhi kepelbagaiankeperluan pelanggan.

    Bekalan instrumen kewanganberkualiti yang mencukupi yangditawarkan oleh pasaran modalIslam meningkatkan keupayaanpengendali takaful untuk menjanapulangan pelaburan yang menarikkepada pihak berkepentingan.

    TAKAFUL

    PASARAN MODALPERBANKAN

    Perkara Penting

    Takaful ialah komponenteras sistem kewanganIslam yang komprehensif.

    Hubungan yang rapatdi kalangan komponenteras mewujudkansinergi dan menyediakanpersekitaran yangkondusif bagi sistemkewangan Islam.

    Terdiri daripada 9 penanggung insurans dan 4 pengendali takaful

    8

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    9/16

    Tadbir Urus SyariahBank Negara Malaysia terus menambah baik rangka kerja Syariahsupaya selari dengan perkembangan industri takaful. Ini adalahpenting untuk memastikan keseragaman pentafsiran Syariahdalam usaha mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan industrikewangan Islam. Rangka kerja Syariah yang kukuh meningkatkankeyakinan pengguna dan memberikan fleksibiliti yang lebih luaskepada pengendali takaful untuk berinovasi dalam ruang lingkupSyariah. Struktur rangka kerja Syariah dua-peringkat yang sedia adaadalah seperti yang berikut:

    Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan di Bank Negara Malaysia Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan (sekarang dikenali sebagai Majlis Penasihat Syariah bagi

    Perbankan Islam dan Takaful) telah ditubuhkan di Bank Negara Malaysia pada bulan Mei 1997 denganobjektif untuk menentukan keputusan Syariah mengenai urus niaga perbankan Islam, kewangan Islamdan takaful yang dijalankan oleh institusi kewangan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.Majlis ini mempunyai kuasa mengharmonikan apa-apa perbezaan pentafsiran Syariah bagi perkara-perkara di bawah bidang kuasanya. Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Akta Takaful 1984 telahdipinda pada tahun 2003 bagi memperkukuh peranan Majlis Penasihat Syariah serta memberikanpengiktirafan undang-undang sebagai badan yang mempunyai kuasa mengenai perkara-perkaraSyariah yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam. Di samping itu, status MajlisPenasihat Syariah telah dinaik taraf sebagai tempat rujukan oleh mahkamah dan penimbang taradalam apa-apa pertikaian yang melibatkan isu Syariah mengenai kes-kes yang melibatkan perbankandan kewangan Islam.

    Jawatankuasa Syariah Pengendali takaful dikehendaki di bawah undang-undang untuk menubuhkan Jawatankuasa Syariah

    sebagai sebahagian daripada tadbir urus dalaman bagi memastikan pematuhan terhadap Syariah.Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah

    bagi Institusi Kewangan Islam untuk terus memperkukuh tadbir urus Syariah bagi institusi kewanganIslam. Garis Panduan ini dikeluarkan untuk meningkatkan keseragaman keputusan Syariah dengan caramenyelaraskan fungsi dan kewajipan Jawatankuasa Syariah dalam industri dengan Majlis Penasihat

    Syariah. Garis Panduan ini juga menetapkan tahap kompetensi setiapahli Jawatankuasa Syariah sebagai usaha menambah ahli Syariahyang kompeten dalam perbankan Islam dan takaful.

    Rangka Kerja FleksibelPengendali takaful mempunyai fleksibiliti untuk mengendalikanperniagaan takaful mereka di bawah model pengendalian takaful

    yang berbeza-beza. Model pengendalian yang diguna pakai oleh

    Model yang fleksibeldiguna pakai denganparameter dibuatberdasarkan prinsipSyariah dan keperluankehematan.

    Rangka kerjaperundanganmemberikan sokonganyang secukupnya.

    Perkara pen

    ting

    Ciri-ciri PentingIndustri Takaful Malaysia

    Tahun 2005

    Perkara Penting

    Rangka kerja Syariahyang berkesanmemastikankeseragaman dankeharmoniankeputusan Syariah.

    Syariah bertindaksebagai pembolehkepada inovasi dan

    kreativiti.

    9

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    10/16

    pengendali takaful ialah:

    Model Mudharabah (BerkongsiKeuntungan)Dua pengendali takaful menggunapakai model mudharabah (berkongsikeuntungan) dalam pengendalianperniagaan mereka, dengan beberapavariasi dari segi olahan perbelanjaanpengurusan, reka bentuk produkdan saluran pengagihan. Di bawahkontrak mudharabah, pengendalitakaful bertindak sebagai mudharib(pengusaha) dan peserta sebagairabbul mal (penyedia modal). Kontrakini menentukan bagaimana lebihandaripada pengendalian takaful dikongsiantara pengendali takaful denganpeserta. Di bawah kontrak mudharabah,kerugian ditanggung oleh peserta selakupenyedia modal. Walau bagaimanapun,bagi melindungi kepentingan peserta,pengendali takaful dikehendakimematuhi peraturan berhemat termasukmemberi pinjaman tanpa faedah kepadakumpulan wang risiko takaful sekiranyaberlaku kekurangan dalam kumpulanwang risiko takaful.

    Model Wakalah (Agensi) Dua pengendali lain mengguna

    pakai model wakalah dalam operasiperniagaan mereka. Konsep wakalahpada dasarnya adalah perhubunganantara ejen-prinsipal, yang manapengendali takaful bertindak sebagaiejen bagi pihak peserta dan dibayar fibagi perkhidmatan yang disediakan.Fi boleh dikenakan sebagai amauntetap atau berdasarkan nisbah yangdipersetujui atas keuntungan pelaburan

    atau lebihan kumpulan wang takaful.

    1. Peserta membayar caruman di bawah skim.2. Bergantung pada model yang diguna pakai oleh pengendali

    takaful, caruman dibahagikan kepada: Fi Wakalah (diguna pakai untuk model wakalah); Akaun Peserta; dan Akaun Risiko Peserta, juga dikenali sebagai Akaun Khas

    Peserta.Pembahagian antara FW, AP dan ARP adalah berdasarkannisbah yang dipersetujui terlebih dahulu seperti ditetapkandi bawah kontrak.

    3. FW yang terdiri daripada komisen dan perbelanjaanpengurusan akan dibayar kepada pemegang saham.

    4. Kumpulan wang AP dan lebihan dalam ARP selepas ditolakperbelanjaan pengendalian, akan dilaburkan dalam aset,terutamanya seperti yang berikut: Instrumen Islam Kerajaan; Sekuriti hutang swasta secara Islam dan ekuiti; Aset tetap; dan Akaun wang tunai dan akaun pelaburan.

    5. Keuntungan pelaburan, sekiranya ada, akan diagihkanantara pengendali takaful dengan kumpulan wang takaful(peserta) dalam bentuk perkongsian keuntungan ataufi prestasi berdasarkan nisbah yang dipersetujui terlebihdahulu antara pengendali takaful dengan peserta. Amaundalam AP akan dikumpul dan dibayar kepada peserta ataskematian, serahan atau matang.

    6. Amaun dalam ARP akan digunakan untuk membayartuntutan, takaful semula dan rizab.

    7. Lebihan dalam ARP pada akhir tahun (setelah ditolaktuntutan, takaful semula dan rizab) akan diagihkan kepadapengendali takaful dan peserta. Pengagihan lebihanberdasarkan nisbah yang telah dipersetujui terlebih dahuluyang ditetapkan di bawah kontrak.

    8. Pemegang saham akan menggunakan FW dan keuntunganpelaburan (bagi model mudharabah) untuk membiayaiperbelanjaan pengendalian.

    Gambar rajah 1: Aliran Pengendalian Produk Jangka Panjang

    Ciri-ciri PentingIndustri Takaful Malaysia

    Tahun 2005

    10

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    11/16

    Dalam menjalankan perniagaan takaful dibawah kedua-dua model pengendalian,pengendali takaful dikehendaki mematuhiprinsip Syariah dan keperluan kehematan.Pengendali takaful juga tertakluk pada pelbagaigaris panduan dan pekeliling di bawah bidang-bidang berikut:

    Memastikan kecukupan perlindungankumpulan wang takaful

    Garis Panduan dan pekeliling telahdikeluarkan untuk melindungi kumpulanwang takaful bagi memastikan kumpulanwang itu tidak berkurang melaluipenggunaan yang tidak wajar danpelaburan yang tidak bijak.

    Garis Panduan mengenai KosPengendalian Perniagaan TakafulKeluarga - mengenakan hadbagi mengawal kos perolehan,mempertingkat kecekapan pengendalianpengendali takaful dan menyediakannilai yang lebih baik kepada carumanpeserta.

    Garis Panduan Amalan PenyelesaianTuntutan - menetapkan standardminimum untuk bayaran tuntutandengan segera dan adil dan juga bagimemastikan bayaran tuntutan dibuattepat pada masanya.

    Peraturan-peraturan (Institusi Kewangan,Pinjaman dan Pelaburan yangDitetapkan) 2003 - menetapkan saluranpelaburan aset kumpulan wang takafulbagi memastikan keseimbangan antaramemaksimumkan keuntungan denganpengurusan berhemat kumpulan wangtakaful.

    Memperkukuh tadbir urus korporat dan

    amalan pengurusan risiko Bagi memastikan keberkesanan pengurusan

    keseluruhan, pengendali takaful dikehendakimematuhi Garis Panduan mengenai Jawatan

    Gambar rajah 2: Aliran Pengendalian Produk JangkaPendek

    1. Peserta membayar caruman.2. Caruman dibahagikan kepada:

    Fi Wakalah (diguna pakai untuk model wakalah); dan Kumpulan Wang Takaful Berkumpulan/Am.Pembahagian antara FW dengan KWTBA berdasarkannisbah dipersetujui terlebih dahulu antara peserta dengan

    pengendali takaful seperti ditetapkan di bawah kontrak.3. FW yang terdiri daripada komisen dan perbelanjaanpengurusan akan dibayar kepada kumpulan wangpemegang saham.

    4. Lebihan dalam KWTBA [selepas ditolak perbelanjaanpengendalian (diguna pakai untuk model mudharabah)]akan dilabur dan pendapatan pelaburan akan dimasukkanbalik dalam kumpulan wang. Pengendali takaful akanmenerima bahagian pendapatan pelaburan yang telahdipersetujui sebagai fi prestasi.

    5. Lebihan pada akhir tahun (setelah ditolak tuntutan, takafulsemula dan rizab) akan diagihkan kepada pengendalitakaful dan peserta berdasarkan nisbah yang telahdipersetujui terlebih dahulu seperti ditetapkan di bawahkontrak.

    6. Pemegang saham akan menggunakan FW dan keuntunganpelaburan (bagi model mudharabah) untuk membiayaiperbelanjaan pengendalian.

    Ciri-ciri PentingIndustri Takaful Malaysia

    Tahun 2005

    11

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    12/16

    Pengarah bagi Pengendali Takaful , yang mengawal pelantikan pengarah dan ketua eksekutif danpenubuhan jawatankuasa lembaga pengarah, termasuk jawatankuasa pengurusan risiko. Selainitu, pengendali takaful juga dikehendaki mematuhi had kehematan dan syarat yang dikenakanatas penggunaan perkhidmatan pihak ketiga bagi pengurusan kumpulan wang takaful. Ini untukmemastikan kumpulan wang takaful diurus dengan betul dalam lingkungan rangka kerja pengurusanrisiko yang diterima pakai.

    Menambah baik penzahiran dan ketelusan Pengendali takaful di Malaysia juga tertakluk kepada surat pekeliling dan garis panduan bagi

    memastikan penzahiran yang wajar dan mempertingkatkan ketelusan kepada pelbagai pihakberkepentingan. Dengan memberikan maklumat relevan yang tepat pada masanya, semua pihakberkepentingan dapat memainkan peranan secara berkesan dalam memastikan pengurusanberhemat dalam pengendalian takaful.

    Garis Panduan mengenai Larangan Terhadap Amalan yang Tidak Adil dalam Perniagaan Takaful- menggalakkan amalan perniagaan yang bijak dan layanan yang adil kepada pengguna denganmemastikan terma dan syarat kontrak yang saksama. Terdapat juga sekatan tertentu terhadapsalah nyata mengenai pelan takaful.

    Garis Panduan mengenai Penyata Kewangan bagi Pengendali Takaful - menambah baikpenzahiran dan ketelusan dalam penyata kewangan. Garis Panduan ini juga membantu pelbagaipihak berkepentingan untuk menilai dan menaksir kedudukan kewangan dan prestasi pengendalitakaful.

    Sistem Statistik Pengendali Takaful - menambah baik kualiti dan ketepatan masa pelaporankewangan oleh pengendali takaful bagi membolehkan pengendali mengemukakan data bulanandan tahunan kepada Bank Negara Malaysia melalui sistem berdasarkan laman web dalam talian.Ia memudahkan pelaporan yang komprehensif tentang prestasi kewangan pengendali takafuldan membolehkan Bank Negara Malaysia menganalisis data kewangan dan mengesan sebarangkemerosotan dalam kedudukan kewangan pengendali takaful.

    Industri yang Dinamik Berpaksikan PenggunaBerbagai-bagai usaha telah dijalankan oleh pengendali takafuluntuk memahami keperluan pelbagai segmen pengguna, menjalin

    hubungan pengguna yang lebih baik dan memenuhi kehendaksegmen pelanggan tertentu. Lebih banyak produk seperti anuiti,produk berkaitan pelaburan serta perubatan dan kesihatan sekarangini boleh didapati untuk memenuhi keperluan pelanggan. Usaha-usaha ini dibuat berdasarkan hakikat bahawa penerimaan olehpelanggan adalah penting bagi kejayaan industri takaful.

    Bank Negara Malaysia juga memberi penekanan pada usaha memperbaik rangka kerja perlindunganpengguna. Rangka kerja pengawalseliaan untuk mengawal amalan pasaran oleh penyedia perkhidmatankewangan telah diperkukuh seperti mempertingkatkan keperluan penzahiran minimum bagi caruman,

    manfaat, pengecualian dan had yang dikenakan atas produk takaful. Untuk membantu pengguna dalampertikaian dengan pengendali takaful, Bank Negara Malaysia telah melancarkan Biro PengantaraanKewangan baru-baru ini sebagai badan penyelesai pertikaian yang bersepadu bagi hal-hal berkaitanperbankan dan insurans.

    Ciri-ciri PentingIndustri Takaful Malaysia

    Tahun 2005

    Penerimaan penggunamerupakan kuncikepada kejayaan.

    Semua pengendalitakaful menggunakanpendekatan bersepaduuntuk mengekalkankeyakinan orang ramai.

    Perkara P

    enting

    12

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    13/16

    Memastikan Mengembangkan portfolio produk berasaskan pilihan pelangganKerelevanan Anuiti - membenarkan peserta menikmati pendapatan tetap selepas bersara.

    Berkaitan pelaburan - menggabungkan perlindungan takaful dengan pelaburan dalamportfolio aset berdasarkan unit saham.

    Perubatan dan kesihatan - melindungi kos rawatan perubatan swasta, seperti kosmasuk wad dan penjagaan kesihatan, sekiranya peserta disahkan menghidapipenyakit tertentu atau terlibat dengan kemalangan.

    Waqaf - membolehkan peserta menabung secara berterusan dengan tujuanmengumpulkan dana yang boleh didermakan di bawah sistem waqaf.

    Meningkatkan kesedaran melalui kempen kesedaran pengguna yang aktif Minggu Perbankan Islam & Takaful dan Ekspo Perbankan Islam & Takaful ialah

    kempen di seluruh negara untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentangperbankan Islam dan takaful melalui penerbitan rencana, program televisyen danradio, forum eksklusif dan pondok pameran.

    Program Pendidikan Pengguna 10 Tahun Bank Negara Malaysia, dikenali sebagaiInfoInsurans yang termasuk penerbitan siri buku kecil tentang takaful yangmemberikan maklumat yang relevan kepada pengguna mengenai produk takaful,kos dan manfaat, proses dan dokumentasi yang terlibat dalam urus niaga takaful disamping hak dan tanggungjawab pelbagai pihak di bawah kontrak takaful.

    Memudahkan Meningkatkan penggunaan infrastruktur sendiriAkses Lebih daripada 130 cawangan di kawasan strategik yang merangkumi kawasan

    bandar dan luar bandar. Lebih daripada 16,000 ejen dan eksekutif pemasaran yang mempunyai kelayakan

    yang lebih tinggi untuk memasarkan produk takaful. Memudahkan pelanggan memperbaharui kontrak takaful tepat pada masanya secara

    dalam talian. Meningkatkan sinergi dengan menggunakan infrastruktur kumpulan Banktakaful dengan bank dalam kumpulan yang sama.Meningkatkan kecekapan dengan memanfaatkan hubungan strategik Banktakaful dengan bank tempatan dan asing. Saluran pengagihan alternatif melalui entiti yang mempunyai jangkauan meluas di

    seluruh negara seperti Pos Malaysia Berhad dan Lembaga Tabung Haji.

    Menambah Penubuhan rangka kerja berstruktur penyelesaian pertikaianBaik Unit aduan khusus oleh pengendali takaful untuk menyelesaikan aduan pada tahapPerlindungan pertama.

    LINK2 Bank Negara Malaysia untuk penyelesaian aduan pada tahap kedua. Biro Pengantaraan Kewangan untuk memberikan pengantaraan yang cepat dan

    berkos efektif dalam menangani aduan pelanggan mengenai tuntutan sehingga: - RM200,000 (takaful motor dan takaful kebakaran) - RM5,000 (kerosakan harta benda pihak ketiga) - RM100,000 (lain-lain) Bahagian khusus di Mahkamah Tinggi untuk mengadili semua perkara perbankan dan

    kewangan Islam.

    Objektif Pendekatan dan Tindakan Terperinci

    Ciri-ciri PentingIndustri Takaful Malaysia

    Tahun 2005

    2 Laman Informasi Nasihat dan Khidmat

    13

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    14/16

    Pemangkin Perkembangan Takaful di Peringkat GlobalDi peringkat global, pengendali takaful Malaysia telah mengambillangkah-langkah tambahan untuk menggalakkan dan menyokongperkembangan takaful di peringkat global. Kejayaan yangmenggalakkan di dalam negeri dan penerimaan yang lebihluas terhadap model pengendalian takaful telah memudahkanpengendali takaful Malaysia memulakan usaha sama di seberanglaut melalui penyertaan ekuiti dan pengurusan termasuk jugaperkongsian pengetahuan teknikal dan kepakaran.

    Selaras dengan semangat kerjasama antarabangsa, Malaysia telahmenandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BankPembangunan Islam untuk menggalakkan pelaburan di kalangannegara-negara Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC),termasuk perkembangan takaful dan takaful semula. Di bawahMoU ini, Malaysia telah bersetuju menerajui inisiatif menggalakkanpenubuhan syarikat takaful dan pembangunan industri takaful dantakaful semula di kalangan negara-negara anggota OIC. Malaysia

    juga telah mengambil inisiatif untuk membantu kumpulan LapanNegara-negara Islam Membangun (D-8) menubuhkan syarikat

    takaful di negara-negara anggota. Untuk tujuan ini, Malaysia telahmenganjurkan beberapa seminar dan bengkel tentang takafulsebagai sebahagian daripada usaha berkongsi pengalaman dankepakaran dengan negara-negara anggota. Untuk menambah baikinfrastruktur takaful global, ASEAN Retakaful International (L) Ltd.telah dikenal pasti sebagai salah satu wahana untuk menambahbaik pengaturan takaful semula di kalangan pengendali takaful dinegara-negara anggota.

    Ciri-ciri PentingIndustri Takaful Malaysia

    Tahun 2005

    Objektif Pendekatan dan Tindakan Terperinci

    Garis Panduan/arahan pengendalian pasaran Garis Panduan mengenai larangan terhadap amalan yang tidak adil dalam perniagaan

    takaful. Garis Panduan mengenai amalan nasihat yang wajar bagi pengendali takaful dan ejen

    perniagaan takaful keluarga. Standard minimum penzahiran produk dan ketelusan dalam pemasaran pelan takaful

    perubatan dan kesihatan.

    Pengendali takafuldi Malaysia menjadipemangkinperkembangan takaful diperingkat global.

    Malaysia menerajuiperkembangan takafuldan takaful semula dinegara-negara D-8 danOIC.

    Perkara Penting

    Usaha-usaha untuk

    Meningkatkan PerkembanganTakaful di Peringkat Global

    Indonesia Ekuiti Pengurusan

    Perkongsian maklumat Bantuan teknikal

    Singapura Perkongsian maklumat Bantuan teknikal

    Brunei Perkongsian maklumat

    Bantuan teknikalArab EkuitiSaudi Pengurusan Perkongsian maklumat Bantuan teknikal

    Sri Lanka Ekuiti Pengurusan Perkongsian maklumat Bantuan teknikal

    Pakistan Perkongsian maklumat

    Bantuan teknikalTartarstan Perkongsian maklumatMalawi Perkongsian maklumatAfrika Perkongsian maklumatSelatan

    Negara Jenis Penyertaan

    14

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    15/16

    Pertumbuhan perniagaan takaful pada tahun-tahun mendatangterus memberangsangkan. Ini disokong oleh peningkatankesedaran orang ramai terhadap produk takaful, ditambah puladengan saluran pengagihan yang lebih cekap dan pelbagai yangmembolehkan akses lebih luas kepada lebih banyak segmenpenduduk. Sektor takaful telah muncul sebagai komponenpenting sistem kewangan dan berjaya berintegrasi dengan

    komponen-komponen lain sistem kewangan Islam. Persekitaranyang kondusif melalui penyediaan rangka kerja perundangan,pengawalseliaan dan Syariah yang kukuh akan terus memudahkanindustri takaful mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Inovasiproduk dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang akanterus menjadi pemboleh utama pertumbuhan industri takafulpada masa hadapan. Di peringkat antarabangsa, wawasanKerajaan memperkembangkan takaful di peringkat globalmenjadi pendorong kepada pengendali takaful Malaysia untukmeningkatkan kehadiran mereka di peringkat global. Kapasiti yang

    bertambah baik dan kewujudan sumber-sumber, khususnya sumbermanusia adalah penting bagi mempercepat kemajuan usaha-usaha ini. Di pihak pengawal selia pula, cabaran terletak padamenyediakan persekitaran yang kondusif untuk inovasi produk yanglebih banyak dan pada masa yang sama memastikan mekanismemengurangkan risiko tersedia.

    Usaha mewujudkan industri takaful yang berdaya tahan dankukuh dalam ruang lingkup sistem kewangan Islam yang dinamik,walaupun merupakan tugas yang mencabar, namun ia adalahpengalaman yang berharga. Sektor kewangan Islam yang cekaphasil daripada usaha ini akan menyumbang ke arah pertumbuhanekonomi dan kemakmuran negara keseluruhannya.

    ProspekMasa Hadapan

    15

  • 8/12/2019 Industri Takaful 1984-2004

    16/16

    Syarikat Takaful Malaysia BerhadTarikh pemerbadanan 29 November 1984Pemegang saham utama BIMB Holding BerhadMaklumat perhubungan Tingkat 2, Blok Annex Menara Tun Razak Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Malaysia Tel: +603 2693 3211 Faks: +603 2693 7076 Laman web: www.takaful-malaysia.com.my

    Takaful Nasional Sdn. BerhadTarikh pemerbadanan 20 September 1993Pemegang saham utama Malaysian National Insurance BerhadMaklumat perhubungan Aras 14, Bangunan Dato' Zainal 23, Jalan Melaka 50100 Kuala Lumpur Malaysia

    Tel: +603 2612 5000 Faks: +603 2698 1010 Laman web: www.takafulnasional.com.my

    Mayban Takaful BerhadTarikh pemerbadanan 22 Oktober 2001Pemegang saham utama Malayan Banking BerhadMaklumat perhubungan Aras 15, Menara MaybanLife Dataran Maybank No. 1, Jalan Maarof 59000 Kuala Lumpur Malaysia

    Tel: +603 2297 3999 Faks: +603 2283 2277 Laman web: www.maybank2u.com.my

    Takaful Ikhlas Sdn. BerhadTarikh pemerbadanan 21 April 2003Pemegang saham utama Malaysian National Reinsurance BerhadMaklumat perhubungan Tingkat 9, Bangunan Malaysian Re No. 17, Lorong Dungun Damansara Heights Beg Berkunci 11094 50990 Kuala Lumpur

    Malaysia Tel: +603 2084 1000 Faks: +603 2093 1192 Laman web: www.takaful-ikhlas.com.my

    SenaraiPengendali Takaful

    Malaysia