Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang...

25
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 13/4 - 1236/2013 ANTARA AHMAD KHALIL HUSAIRI BIN ABD RAHMAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN HICOM AUTOMOTIVE MANUFACTURERS (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO. 496 TAHUN 2015 DI HADAPAN : Y.A. TUAN EDDIE YEO SOON CHYE - PENGERUSI TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 28.08.2013 TARIKH SEBUTAN : 29.10.2013; 08.01.2014; 24.02.2014; 10.04.2014; 09.05.2014; 02.06.2014; 01.12.2014; 19.01.2015; 04.03.2015; 09.03.2015; 07.04.2015. TARIKH BICARA : 05.08.2014; 21.10.2014. HUJAHAN SYARIKAT DIFAILKAN : 04.12.2014; 09.03.2015 (Hujahan Balas). HUJAHAN YANG MENUNTUT DIFAILKAN : 06.01.2015, 27.03.2015 (Hujahan Balas). PERWAKILAN : Encik Mohd Yusri Athanasius Abdullah, Pegawai Perhubungan Perusahaan dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan Dan Sekutu (NUTEAIW), mewakili Yang Menuntut 1 dan 2. Cik Nur Ezzah Mohamed Nor dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), mewakili Responden. RUJUKAN: Ini adalah satu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (“Akta”) pada 28 Ogos 2013 mengenai pembuangan kerja Ahmad Khalil Husairi Bin Abd Rahman (“Yang Menuntut 1”), Azhar Bin Idris (“Yang Menuntut 2”) dan Romaino Bin Taib (“Yang Menuntut 3”) oleh Hicom Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Responden”) pada 26 Februari 2013. 1

description

Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Transcript of Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang...

Page 1: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. 13/4 - 1236/2013

ANTARA

AHMAD KHALIL HUSAIRI BIN ABD RAHMAN DAN2 ORANG PERAYU LAIN

DAN

HICOM AUTOMOTIVE MANUFACTURERS (MALAYSIA) SDN. BHD.

AWARD NO. 496 TAHUN 2015

DI HADAPAN : Y.A. TUAN EDDIE YEO SOON CHYE - PENGERUSI

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur

TARIKH RUJUKAN : 28.08.2013

TARIKH SEBUTAN : 29.10.2013; 08.01.2014; 24.02.2014; 10.04.2014;09.05.2014; 02.06.2014; 01.12.2014; 19.01.2015;04.03.2015; 09.03.2015; 07.04.2015.

TARIKH BICARA : 05.08.2014; 21.10.2014.

HUJAHAN SYARIKATDIFAILKAN : 04.12.2014; 09.03.2015 (Hujahan Balas).

HUJAHAN YANGMENUNTUT DIFAILKAN : 06.01.2015, 27.03.2015 (Hujahan Balas).

PERWAKILAN : Encik Mohd Yusri Athanasius Abdullah, Pegawai Perhubungan Perusahaan dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan Dan Sekutu (NUTEAIW),mewakili Yang Menuntut 1 dan 2.

Cik Nur Ezzah Mohamed Nor dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF),mewakili Responden.

RUJUKAN: Ini adalah satu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (“Akta”) pada 28 Ogos 2013 mengenai pembuangan kerja Ahmad Khalil Husairi Bin Abd Rahman (“Yang Menuntut 1”), Azhar Bin Idris (“Yang Menuntut 2”) dan Romaino Bin Taib (“Yang Menuntut 3”) oleh Hicom Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Responden”) pada 26 Februari 2013.

1

Page 2: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

A W A R D

1. Ini adalah satu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia di bawah

seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (“Akta”) pada 28 Ogos

2013 mengenai pembuangan kerja Ahmad Khalil Husairi Bin Abd

Rahman (“Yang Menuntut 1”), Azhar Bin Idris (“Yang Menuntut 2”) dan

Romaino Bin Taib (“Yang Menuntut 3”) oleh Hicom Automotive

Manufacturers (M) Sdn. Bhd. (“Responden”) pada 26 Februari 2013.

2. Melalui Award No. 503 Tahun 2014 bertarikh 10 April 2014, satu

Award Persetujuan telah diturunkan bagi merekodkan penyelesaian untuk

Yang Menuntut 3, Romaino Bin Taib. Perbicaraan kes ini yang melibatkan

Yang Menuntut 1 dan 2 dijalankan pada 5 Ogos 2014 dan 21 Oktober 2014.

Wakil Responden, Persekutan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) telah

memfailkan Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti pada 4 Disember 2014 dan

Hujahan Balas pada 9 March 2015 manakala Wakil Yang Menuntut 1 dan 2,

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan

Dan Sekutu (NUTEAIW) telah memfailkan Hujahan Bertulis pada 6 Januari

2015 dan Hujahan Balasan pada 27 Mac 2015. Apabila kes ini disebut pada

7 April 2015, kedua-dua pihak memohon kes ini ditutup untuk penurunan

Award.

2

Page 3: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

FAKTA RINGKAS

3. Pihak Yang Menuntut 1 telah memulakan pekerjaan dengan Syarikat

sebagai Operator 1 (Gred 274) di Jabatan Body Shop Mercedes-Benz

mulai 14 Mei 2012 (COB-1, muka surat 1). Pihak Yang Menuntut 2 telah

memulakan pekerjaan dengan Syarikat Sri Saujana Services (Automotive

Manufacturers (M) Sdn. Bhd.) sebagai Assembler mulai 5 Jun 1996 (COB-2,

muka surat 1).

4. Melalui “Surat Tunjuk Sebab Dan Penggantungan Kerja”

bertarikh 12 Februari 2013 (COB-1 dan COB-2, muka surat 6) yang

ditandatangani oleh Ahmad Zafir Bin Abd. Samad, Ketua Jabatan,

Pembangunan Modal Insan, pihak Syarikat telah menerima laporan bahawa

kedua-dua Yang Menuntut 1 dan 2 telah melakukan kesalahan serius iaitu

ditangkap merokok di kawasan “Dilarang Merokok” dan merokok bukan

dalam waktu rehat yang dibenarkan.

5. Syarikat telah memutuskan supaya kedua-dua Yang Menuntut 1 dan 2

digantung kerja selama 14 hari dan dibayar separuh gaji berkuatkuasa dari

12 Februari 2013 hingga 25 Februari 2013 untuk tujuan siasatan dan bekerja

semula pada 26 Februari 2013. Yang Menuntut 1 telah memberi jawapan

bertulis kepada Syarikat yang diterima pada 15 Februari 2013 (COB-1, muka

surat 8) seperti berikut:

3

Page 4: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

“Pada 8 Februari 2013, jam 9.30 pagi saya membuang air ditandas. Selepas itu saya berdiri di tepi tandas sambil berbual dengan seorang pekerja dan pada masa itu saya tidak langsung menghisap rokok.”

6. Yang Menuntut 2 telah memberi jawapan bertulis kepada Syarikat

yang diterima pada 15 Februari 2013 (COB-2, muka surat 8) seperti berikut:

“Pada 8 Februari 2013 (Jumaat), jam 9.30 pagi, saya membuang air di tandas. Selepas itu saya berdiri di tepi tandas sambil berbual dengan seorang pekerja dan pada masa tersebut saya tidak langsung menghisap rokok.”

7. Syarikat telah meneliti jawapan surat tunjuk sebab Yang Menuntut 1

dan 2 dan pihak Syarikat tidak menerima jawapan yang diberikan dan

memutuskan untuk mengadakan Siasatan Dalaman pada 20 Februari

2013 melalui Notis Siasatan Dalaman bertarikh 15 Februari 2013 (COB-1

dan COB-2, muka surat 9) yang ditandatangani oleh Rodzal Bin Had, Ketua

Jabatan Pembangunan Modal Insan. Tuduhan terhadap kedua-dua Yang

Menuntut adalah seperti berikut:

“ Pada 8 Februari 2013 (Jumaat) jam 9.30 pagi, anda telah ditangkap merokok di kawasan “Dilarang Merokok” iaitu di dalam “Tandas B17” dan merokok bukan dalam waktu rehat yang dibenarkan.

Dengan ini anda didapati telah melanggar Dasar dan Tatacara Tatatertib dibawah Kesalahan Berat Lampiran DTT2 (37). ”

8. Mengikut Laporan Panel Sesi Siasatan Dalaman oleh Sharifunizam Bin

Johari (PP1), Abd. Aziz Bin Katif (PP2) dan Norita Binti Ibrahim (PP3)

keputusan Panel adalah “Bersalah” bagi Yang Menuntut 1 seperti dalam

4

Page 5: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

COB-3, muka surat 3 dan “Bersalah” bagi Yang Menuntut 2 seperti dalam

COB-4, muka surat 5.

9. Melalui surat “Keputusan Siasatan Dalaman” bertarikh 22 Februari

2013 (COB-1 dan COB-2, muka surat 11) yang ditandatangani oleh Rodzal

Bin Had, pihak Syarikat telah memutuskan bahawa kedua-dua Yang

Menuntut didapati bersalah seperti berikut:

“ Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan, Panel Siasatan Dalaman telah memutuskan bahawa anda didapati BERSALAH seperti yang disebut di dalam pertuduhan yang dikemukakan kepada anda bertarikh 15 Februari 2013.

Memandangkan salah laku anda adalah serius, dengn ini pihak Syarikat tiada pilihan kecuali mengenakan Penamatan Perkhidmatan terhadap anda berkuatkuasa pada 26 Februari 2013. Walau bagaimanapun anda diberi peluang untk membuat rayuan bertulis kepada Ketua Pegawai Operasi dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat ini dikeluarkan. ”

10. Yang Menuntut 1 melalui surat rayuan bertarikh 3 Mac 2013 (COB-3,

muka surat 2) telah membuat rayuan agar pihak Syarikat dapat

meringankan hukuman yang dikenakan terhadapnya. Yang Menuntut 2

melalui surat rayuan yang diterima oleh Syarikat pada 4 Mac 2013 (COB-4,

muka surat 2) telah memohon Syarikat agar dapat menukar hukuman

penamatan perkhidmatan terhadapnya kepada hukuman yang lebih ringan.

5

Page 6: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

KES RESPONDEN DAN HUJAHAN

11. Syarikat memanggil Rodzal Bin Had (COW1) Ketua Divisyen

Bahagian Modal Insan sebagai saksi pertama. COW1 mengetuai jabatan

modal insan yang merangkumi segala bidang berkaitan human capital,

disiplin, latihan dan pengalaman pekerja. COW1 menandatangani memo

larangan merokok dan Notis Siasatan Domestik dan keputusan Siasatan

Domestik. Sebab kedua-dua memorandum dikeluarkan adalah kerana

kesalahan merokok dipandang serius oleh Syarikat dan untuk mencegah

kebakaran dalam kawasan kilang sebab kawasan ini mudah terbakar.

Merokok menyebabkan kekotoran dan kerosakan dalam tandas. Masa yang

dibenarkan untuk merokok adalah sebelum waktu kerja, 10.00 – 10.20 pagi

(waktu rehat), 1.00 – 2.00 petang (waktu rehat tengahari) dan selepas

waktu kerja.

12. COW1 menjelaskan Yang Menuntut 1 dan 2 diberi akses kepada

memorandum yang ditampal di papan kenyataan, emel kepada ketua

jabatan dan salinan kepada pihak Kesatuan. Syarikat mengambil keputusan

bahawa Yang Menuntut 1 dan 2 bersalah serta menamatkan perkhidmatan

mereka kerana Syarikat menganggap ini merupakan kesalahan serius dan

adalah satu pengajaran dan teladan kepada pekerjaan lain. Setiap pekerja

baru diberi taklimat mengenai Buku Dasar dan Tatacara Tatatertib (COB-1,

muka surat 31) dan merujuk kepada Lampiran DTT-2 “Kesalahan Berat”

6

Page 7: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Perkara 37 (COB-1, muka surat 79) yang menyatakan bahawa “Merokok di

kawasan Dilarang Merokok atau Mudah Terbakar atau merokok bukan dalam

waktu rehat dibenarkan.”

13. Saksi Responden yang kedua ialah Ahmad Zafir Bin Abd. Samad

(COW2) Pengurus Modal Insan dan merupakan Pegawai Pendakwa dalam

Siasatan Dalaman. Sebagai Pegawai Pendakwa COW2 memberi ulasan

ringkas fakta kes dan membawa saksi majikan untuk memberi keterangan.

Memandangkan kes merokok memang kes serius, tindakan segera diambil

untuk keluarkan surat tunjuk sebab (COB-1, muka surat 6). Nota Prosiding

Siasatan Dalaman dikemukakan dalam COB-1, muka surat 13 – 30.

14. COW3 Sharifunizam Bin Johari, Manager Plant Support adalah

Ketua Panel Sesi Siasatan Dalaman. Beliau menyatakan bahawa siasatan

dalaman perlu dipastikan berjalan lancar. Yang Menuntut 1 dan 2 diberi

peluang membentangkan kes dan mereka diwakili oleh pihak Kesatuan.

Mengikut COW3, prinsip keadilan asasi dipatuhi semasa siasatan dalaman.

15. COW4 Rusli Bin Ladin, Head of Division VW Operation berjumpa

Yang Menuntut 1 dan 2 di dalam tandas merokok. Pada pagi 8 Februari

2013 masuk ke tandas dan terbau asap rokok yang kuat dan nampak salah

seorang Yang Menuntut tengah mencangkung sambil hisap rokok dekat luar

pintu. Seorang lagi Yang Menuntut lari masuk tandas dan buang rokok

7

Page 8: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

tersebut. COW4 panggil kedua-dua Yang Menuntut dan tanya mereka

kenapa hisap rokok. Bila ditanya Yang Menuntut 1 dan 2, mereka nafikan

merokok dan merayu tidak diambil tindakan. Kedua-dua Yang Menuntut

mengenali COW4 dan meminta maaf dari COW4. COW4 memberitahu

pegawai atasan mereka, Encik Bakri dan Encik Sharbani tentang kejadian ini

dan laporan dibuat terhadap Yang Menuntut 1 dan 2. Jarak stesen kerja

dengan tandas B17 adalah lebih kurang 200m. Waktu Yang Menuntut 1 dan

2 didapati merokok bukan dalam waktu merokok yang ditetapkan dan bukan

tempat yang dibenarkan.

16. Wakil Responden telah berhujah bahawa keterangan kedua-dua Yang

Menuntut adalah satu penafian semata-mata. Syarikat bergantung kepada

keterangan terus oleh COW4 untuk menjadi asas dan bukti. Adalah

munasabah bagi Syarikat setelah siasatan dalaman dan kedua-dua Yang

Menuntut didapati bersalah memutuskan bahawa pemecatan kerja kedua-

dua Yang Menuntut merupakan satu hukuman yang setimpal dengan salah

laku. Pemecatan kedua-dua Yang Menuntut adalah dengan sebab yang

patut dan munasabah mengikut peraturan yang dibenarkan Syarikat.

KES YANG MENUNTUT 1 DAN 2 DAN HUJAHAN

17. Yang Menuntut 1, Ahmad Khalil Husairi Bin Abd. Rahman

(CLW1) telah memberi keterangan utama dalam kes ini seperti dalam

8

Page 9: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Pernyataan Saksi CLWS-1. CLW1 merujuk kepada surat tunjuk sebab yang

menyatakan “saya mengharapkan pihak tuan dapat menilai semula serta

mengkaji tuduhan terhadap saya” kerana CLW1 tidak hisap rokok

sepertimana dituduh oleh saksi majikan, Rosli Bin Ladin. CLW1 seperti biasa

pergi ke tandas untuk membuang air kecil dan selepas itu berbual dengan

rakan sekerja tentang isu di tempat kerja. CLW1 dalam keterangan

menyatakan bahawa pada 8 Februari 2013 (Jumaat) jam 9.30 pagi, telah

pergi ke tandas B17 untuk buang air dan selepas itu CLW1 mencuci tangan

dan CLW2 (Azhar Bin Idris) berdiri sebelahnya dan beliau bertanya tentang

hal elaun test drive kereta keluar. CLW1 tidak pasti tentang kehadiran Rosli

Bin Ladin dan beliau tanya nama CLW1 dan kemudian menuduh CLW1

menghisap rokok dalam tandas dan marah CLW1 dengan nada yang tinggi.

CLW1 merujuk kepada surat “Keputusan Siasatan Dalaman” bertarikh

22 Februari 2013 (COB-1, muka surat 11) dan menyatakan bahawa syarikat

tanpa bukti yang kukuh telah menamatkan perkhidmatan CLW1.

18. Yang Menuntut 2, Azhar Bin Idris (CLW2) telah memberi

keterangan utama dalam kes ini seperti dalam Pernyataan Saksi CLWS-2.

CLW2 merujuk kepada surat tunjuk sebab yang menyatakan “saya

mengharapkan pihak tuan dapat menilai semula serta mengkaji tuduhan

terhadap saya” kerana CLW2 tidak hisap rokok sepertimana dituduh oleh

saksi majikan, Rosli Bin Ladin. CLW2 seperti biasa pergi ke tandas untuk

membuang air kecil dan selepas itu berbual dengan rakan sekerja tentang

9

Page 10: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

isu di tempat kerja. CLW2 dalam keterangan menyatakan bahawa

pada 8 Februari 2013 (Jumaat) jam 9.30 pagi, telah pergi ke tandas B17

untuk buang air dan selepas itu CLW2 mencuci tangan dan CLW1 (Ahmad

Khalil Husairi) berdiri sebelahnya dan beliau bertanya tentang hal elaun test

drive kereta keluar. CLW2 tidak pasti tentang kemunculan Rosli Bin Ladin

dan beliau bertanya CLW2 sama ada menghisap rokok atau tidak. CLW2

merujuk kepada surat “Keputusan Siasatan Dalaman” bertarikh 22 Februari

2013 (COB-2, muka surat 11) dan menyatakan bahawa syarikat tanpa bukti

yang kukuh telah menamatkan perkhidmatan CLW2.

19. Wakil Yang Menuntut 1 dan 2 telah mengemukakan hujahan bertulis

bahawa Syarikat telah gagal untuk secara adil mengemukakan bukti yang

kukuh melalui COW4 dan imbangan kebarangkalian dalam kes ini hendaklah

memihak kepada kedua-dua Yang Menuntut. Kedua-dua Yang Menuntut 1

dan 2 mendakwa bahawa pemecatan kerja oleh Syarikat adalah tidak adil

dan sah.

ISU DALAM KES INI

20. Isu yang wujud di Mahkamah dalam kes ini adalah sama ada

pemecatan kerja Yang Menuntut 1 dan 2 oleh Responden itu adalah

bersebab atau beralasan adil.

10

Page 11: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

BEBAN PEMBUKTIAN

21. Mahkamah Rayuan dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara

v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 memutuskan

seperti berikut:

“ Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala perkara-perkara teknikal berkenaan perbezaan beban bukti atau rukun keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam mahkamah undang-undang. Mahkamah Perusahaan mesti dibenarkan untuk menjalankan prosidingnya sebagai satu “mahkamah timbangtara” dengan membenarkan beberapa kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia mengambil kira keteguhan merit dalam kes dalam kes dan membuat keputusan menurut ekuiti dan dengan kemurnian. Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan tidak boleh diklasifikasikan sebagai “sivil” atau “jenayah” dengan beban kebuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi.

Dengan demikian dalam pendengaran kes tuntutan ketidakadilan pemecatan di mana pekerja dipecat berdasarkan pertuduhan kesalahan jenayah seperti kes curi harta syarikat, Mahkamah Perusahaan tidak perlu memenuhi kehendak melangkaui batasan keraguan bahawa kesalahan itu telah dilakukan. Beban kebuktian yang perlu dipakai adalah standard sivil iaitu imbangan kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kabarangkalian yang diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan.”

SIASATAN DALAMAN

22. Bidang kuasa Mahkamah Perusahaan terhad kepada menimbangkan

sama ada terdapat suatu kes prima facie terhadap Yang Menuntut 1 dan 2

apabila siasatan dalaman dijalankan. Pendekatan ini dapat dilihat dalam kes

11

Page 12: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Bumiputra Commerce Bank Bhd v. Mahkamah Perusahaan Malaysia

& Anor [2004] 7 CLJ 77.

23. Mahkamah Rayuan dalam kes Jye Tai Precision Industrial (M)

Sdn Bhd v. Victoria Arulsamy [2008] 1 CLJ 760 di muka surat 771

memutuskan seperti berikut:

“But let us be reminded that under s. 30 (5) of the Act, “The court shall act in according to equity, good conscience and the substantial merits of the case without regard to technicalities and legal form” when making an award. When this applies to Industrial Court's proceedings then more so it should be to domestic inquiry which, as all parties were given an opportunity to present their case and their versions duly considered by the panel then its finding cannot be said to be inequitable.”

24. Tugas Mahkamah adalah untuk memberi pertimbangan sama ada

siasatan dalaman ini adalah sah dan sama ada siasatan dalaman dijalankan

secara adil dan saksama. Mahkamah perlu melihat sama ada pemecatan

Yang Menuntut adalah beralasan adil atau bersebab dan dapatan siasatan

adalah berdasarkan keterangan yang dikemukakan. (Metroplex

Administration Sdn Bhd v. Mohamed Elias [1998] 5 CLJ 467)

25. Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat

Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344

di muka surat 345 memutuskan seperti berikut:

12

Page 13: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

“ [4] The defect is natural justice by the respondent could and ought to be cured by the inquiry in the Industrial Court. The Industrial Court is an independent quasi-judicial statutory body capable of reaching fair result by fair method. Despite the initial defect by the respondent in dismissing the appellant, the hearing before the Industrial Court should be taken as sufficient opportunity for the appellant to being heard to satisfy natural justice and thereby rectify the omission to hold domestic inquiry. There is no ground for the Industrial Court to complain that for it to inquire into the merits of the question of just cause and excuse would be grossly unfair. ”

PENILAIAN KETERANGAN DAN DAPATAN

26. Mahkamah Rayuan dalam kes Hong Leong Equipment Sdn. Bhd.

v. Liew Fook Chuan & Other Appeals [1997] 1 CLJ 665 di muka surat

716 memutuskan seperti berikut:

“The fact that an employer has conducted a domestic inquiry against his workman is, in my judgment, an entirely irrelevant consideration to the issue whether the latter had been dismissed without just cause or excuse. The findings of a domestic inquiry are not binding upon the Industrial Court which rehears the matter afresh. However, it may take into account the fact that a domestic inquiry had been held when determining whether the particular workman was justly dismissed.”

27. C.P. Mills dalam buku Industrial Disputes Law in Malaysia, Edisi

Kedua 1984 menyatakan seperti berikut di muka surat 78:

“Unless there is clear evidence to support the charge of misconduct, the employer's decision against the workman will not be upheld by the Court.

13

Page 14: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Even where there were reasonable grounds before the employer for concluding that the workman was guilty of the misconduct alleged against him, but in the proceedings before the Court the evidence does not permit any firm conclusion that the workman did commit the acts in question, the dismissal will not be sustained.”

28. Mahkamah perlu menganalisa keterangan yang dikemukakan semasa

perbicaraan dan memutuskan sama ada salah laku disebabkan oleh kedua-

dua Yang Menuntut. Mahkamah akan meneliti keterangan berdasarkan

salah laku yang dinyatakan dalam surat pemecatan kerja yang

bertarikh 22 Februari 2013. Adalah menjadi satu fakta yang tidak

dipertikaikan bahawa pekerjaan Yang Menuntut 1 dan 2 dengan Syarikat

Responden telah ditamatkan pada 26 Februari 2013. Persoalan yang

wujud kini untuk penentuan dan keputusan Mahkamah adalah sama ada

pemecatan kerja Yang Menuntut 1 dan 2 oleh Responden adalah dengan

sebab atau alasan yang adil.

29. Fungsi Mahkamah Perusahaan telah dihuraikan dengan jelas dalam

kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Bhd [1981] 2 MLJ 129 di muka

surat 136 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:

“Where representations are made and are referred to the Industrial Court for enquiry, it is the duty of that court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him, the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the

14

Page 15: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper inquiry of the court is the reason advanced by it and that court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it.”

30. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap apabila

Mahkamah Perusahaan dirujuk mengenai kes pemecatan kerja yang

melibatkan salah laku, dua perkara yang perlu diputuskan iaitu pertama

sama ada salah laku yang dilaporkan oleh majikan telah dapat dibuktikan

dan kedua sama ada salah laku yang terbukti mengasaskan sebab atau

alasan yang adil untuk pemecatan kerja Yang Menuntut. Mahkamah

Persekutuan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4

CLJ 449 di muka surat 455, telah memutuskan seperti berikut:

“As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995] 2 MLJ 753, the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s. 20 is two-fold firstly, to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established, and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal.”

31. Dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance

Sdn. Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344 di muka surat 352,

Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:

“On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under s. 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of the reference) is to determine whether the misconduct or

15

Page 16: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

irregularities complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal.”

32. Mahkamah Perusahaan dalam kes Mohd Rashid Sulong v. Tenaga

Nasional Berhad [2011] 2 LNS 0059 memutuskan seperti berikut:

“Where, as in this case, a domestic inquiry has been held, this court's jurisdiction is limited to considering whether there is a prima facie case against the claimant. See the High Court case of Bumiputra Commerce Bank Bhd. v. Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [2004] 7 CLJ 77 which was endorsed by the Court of Appeal in Jye Tai Precision Industrial (M) Sdn Bhd v. Victoria Arulsamy [2008] 1 CLJ 760. The court should first consider whether or not the domestic inquiry held against the claimant was valid and the inquiry notes accurate.”

“As far as the court can discern from the inquiry notes the inquiry was valid, the rules of natural justice had been adhered to and the panel's findings were correct based on the evidence before it. The respondent therefore comes to this court with an already established prima facie case.”

33. Minit Siasatan Dalaman Jabatan Divisyen Modal Insan dikemukakan

dalam COB-1 dan COB-2, muka surat 13 – 30 di mana siasatan dalaman

yang dijalankan pada 20 Februari 2013. Mahkamah merujuk kepada Laporan

Panel Sesi Siasatan Dalaman bagi Yang Menuntut 1 (COB-3, muka surat 3)

dan Yang Menuntut 2 (COB-4, muka surat 5) yang menyatakan keputusan

Panel “Bersalah” dan “kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh tidak boleh

dipertikaikan”.

16

Page 17: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

34. Mahkamah perlu menganalisa keterangan yang dikemukakan dan

memutuskan sama ada salah laku disebabkan oleh Yang Menuntut 1 dan 2.

Adalah menjadi satu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa perkhidmatan

Yang Menuntut 1 dan 2 dengan Responden telah ditamatkan. Persoalan

yang wujud kini untuk penentuan dan keputusan Mahkamah adalah sama

ada pemecatan kerja Yang Menuntut 1 dan 2 oleh Responden adalah

dengan sebab atau alasan yang adil.

Sama ada Yang Menuntut melakukan salah laku?

35. Mahkamah membuat dapatan fakta dalam keadaan kes ini bahawa

Responden gagal membuktikan salah laku merokok di kawasan “Dilarang

Merokok di dalam tandas dan merokok bukan dalam waktu rehat yang

dibenarkan” ke atas Yang Menuntut 1 dan 2 yang menjadi sebab tunggal

penamatan perkhidmatan. Yang Menuntut 1 telah membuat penjelasan

dalam pemeriksaan balas apabila disoal oleh wakil Responden tentang

reaksinya apabila COW4 masuk ke dalam tandas. Yang Menuntut 1

menjelaskan pada masa itu beliau langsung tidak menghisap rokok. Yang

Menuntut 1 tahu di mana tempat yang dibenarkan merokok iaitu di kawasan

yang disediakan pada waktu rehat sahaja (10.00 pagi dan 1.00 tengahari)

dan pada jam 9.30 pagi, Yang Menuntut sedang mencuci tangan. Mengikut

keterangan dalam pemeriksaan balas Yang Menuntut 2 berkata beliau tidak

hisap rokok dan pergi dalam tandas B17 untuk buang air dan cuci tangan.

17

Page 18: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

36. Responden dalam keadaan kes ini tidak mengemukakan keterangan

yang menyakinkan berkaitan salah laku bahawa kedua-dua Yang Menuntut

ditangkap merokok di kawasan “Dilarang Merokok iaitu di dalam tandas B17

dan merokok bukan dalam waktu rehat yang dibenarkan.” Pihak Syarikat

hanya bergantung kepada keterangan COW4 bahawa “pada pagi 8 Februari

2013, telah masuk ke tandas dan terbau asap rokok yang kuat dan nampak

salah seorang Yang Menuntut tengah mencangkung sambil hisap rokok

dekat luar pintu. Seorang lagi Yang Menuntut lari masuk tandas dan buang

rokok tersebut.” COW4 tidak dapat mengecam Yang Menuntut 1 atau 2

berkaitan dengan salah laku dalam Notis Siasatan Dalaman. Persoalannya

Yang Menuntut yang mana yang tengah mencangkung sambil hisap rokok

dekat luar pintu dan Yang Menuntut yang mana yang lari masuk ke tandas

dan buang rokok tersebut? Pertuduhan ke atas kedua-dua Yang Menuntut

adalah berkaitan dengan merokok di dalam tandas B17 dan bukan

menghisap rokok di luar dekat luar pintu. Butiran berkenaan tempat dan

COW4 tidak mengecam Yang Menuntut dengan positif menggagalkan

pembuktian pertuduhan dan manfaat keraguan hendaklah diberikan kepada

kedua-dua Yang Menuntut.

Siapa dia orang ketiga dalam kejadian ini?

37. Mahkamah mendapati wujud orang ketiga dalam kejadian ini dan

identitinya tidak dinyatakan. Percanggahan keterangan COW4 berkenaan

18

Page 19: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

kewujudan orang ketiga dalam tandas selain daripada Yang Menuntut 1 dan

2 membawa lebih banyak kemusykilan daripada kebenaran berkaitan dengan

kejadian seperti dalam pertuduhan. COW4 dalam pemeriksaan balas telah

dengan jelas menunjukkan percanggahan dalam keterangannya:

S9: Selain daripada kedua-dua Yang Menuntut, ada orang lain

dalam tandas?

J: Tidak ada.

S13: Sebenarnya ada 3 orang dalam tandas termasuk seorang

kontraktor dan orang ketiga ini yang hisap rokok?

J: Setuju.

38. Mahkamah Perusahaan dalam kes Ireka Construction Berhad v.

Chantiravanathan a/l Subramaniam James [1995] 2 ILR 11 di muka

surat 15 telah memutuskan seperti berikut:

“It is a basic principle of industrial jurisprudence that in a dismissal case the employer must produce convincing evidence that the workman committed the offence or the offences the workman is alleged to have committed for which he has been dismissed. The burden of proof lies on the employer to prove that he has just cause and excuse for taking decision to impose the disciplinary measure of dismissal upon the employee. The just cause must be, either a misconduct, negligence or poor performance based on the facts of the case.”

19

Page 20: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Penguatkuasaan Peraturan Larangan Merokok

39. Pihak Syarikat melalui Memo “Penguatkuasaan Peraturan Larangan

Merokok” bertarikh 3 Disember 2012 (COB-1, muka surat 4) yang

ditandatangani oleh COW1 dan Adnan Bin Zainun, Pengerusi Kesatuan

Sekerja menyatakan seperti berikut:

“Berkuatkuasa serta merta rondaan dari masa ke semasa akan dilakukan dan tumpuan adalah di dalam tandas-tandas. Perlu diingatkan kepada semua jika mana-mana kakitangan yang ditangkap kerana melanggar peraturan ini, maka pihak Pengurusan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan “Penamatan Perkhidmatan” serta merta setelah peringatan berulangkali dibuat. Merokok di dalam tandas telah menyebabkan kekotoran dan kerosakan di dalam tandas dan pihak Syarikat terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membaikinya.”

40. Melalui Memo “Penguatkuasaan Peraturan Larangan Merokok”

bertarikh 7 Februari 2013 (COB-1, muka surat 5) makluman disampaikan

kepada semua kakitangan seperti berikut:

“ Perlu diingatkan kepada semua jika mana-mana kakitangan yang ditangkap kerana melanggar peraturan ini, maka pihak Pengurusan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas seperti berikut:

1. Tangkapan yang dilakukan di dalam, di luar atau berhampiran kawasan Paint Shop atau kawasan yang mudah terbakar dan di dalam tandas akan dikenakan tindakan “Penamatan Perkhidmatan” jika disabitkan kesalahan.

20

Page 21: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

2. Tangkapan selain kawasan di atas, di tempat merokok atau bukan di tempat yang dibenarkan serta di luar waktu yang dibenarkan merokok, kakitangan yang ditangkap akan didenda sebanyak RM100.00. Bagi kesalahan kali kedua, tindakan Penamatan Perkhidmatan akan dikenakan jika disabitkan kesalahan. ”

41. Mengikut COW1, setiap pekerja baru diberi taklimat mengenai Buku

Dasar dan Tatacara Tatatertjb (COB-1, muka surat 31) dan “Kesalahan

Berat” merujuk kepada “Merokok di kawasan Dilarang Merokok atau Mudah

Terbakar atau merokok bukan dalam waktu rehat dibenarkan”. Memo

“Penguatkuasaan Peraturan Larangan Merokok” bertarikh 3 Disember 2012

menunjukkan tindakan penamatan perkhidmatan hanya diambil setelah

peringatan berulang kali diberikan. Memo “Penguatkuasaan Peraturan

Larangan Merokok” bertarikh 7 Februari 2013, tangkapan selain kawasan di

atas, di tempat merokok atau bukan di tempat yang dibenarkan serta di luar

waktu yang dibenarkan, kakitangan yang ditangkap hanya didenda. Terdapat

percanggahan ketara antara Dasar dan Tatacara Tatatertib dengan Peraturan

Larangan Merokok di mana kakitangan yang ditangkap merokok di dalam

tandas tidak akan ditamatkan perkhidmatan serta merta.

42. Berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan setelah

memberi pertimbangan kepada Hujahan Bertulis kedua-dua Wakil Yang

Menuntut dan Responden, Mahkamah ini membuat dapatan dalam keadaan

dan fakta kes ini bahawa sebab penamatan perkhidmatan Yang Menuntut 1

dan 2 pada 26 Februari 2013 bagi salah laku yang dikemukakan oleh

21

Page 22: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Responden dalam Notis Siasatan Dalaman telah gagal dibuktikan oleh

Responden di atas imbangan kebarangkalian.

RUMUSAN

43. Sebagai rumusan, setelah mengambil kira keseluruhan keterangan

yang dikemukakan oleh Pihak Yang Menuntut dan Syarikat Responden

dengan mengambil kira seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967

untuk bertindak mengikut ekuiti, perasaan hati nurani dan merit kes yang

substantial tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan

berbentuk undang-undang, Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa

penamatan perkhidmatan Yang Menuntut 1 dan 2 oleh Responden

pada 26 Februari 2013 adalah tanpa sebab atau alasan yang adil.

REMEDI

44. Yang Menuntut 1 dan 2 memplidkan pengembalian kedudukan

jawatan di Pernyataan Kes, perenggan 14 dan Mahkamah ini berpendapat

bahawa remedi ini adalah tidak wajar dalam keadaan dan fakta kes ini.

Mahkamah ini memutuskan bahawa pengembalian kedudukan jawatan Yang

Menuntut 1 dan 2 dalam kes ini adalah tidak selaras dengan keharmonian

perusahaan. Adalah penting untuk industri memperlihatkan elemen saling

percaya-mempercayai di antara majikan dengan pekerja demi menjamin

suasana keharmonian pekerjaan. Dengan itu, adalah wajar dan adil untuk

22

Page 23: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Mahkamah ini mengawardkan gantirugi kewangan kepada Yang Menuntut 1

dan 2.

UPAH KEBELAKANGAN (BACK WAGES)

45. Dalam mengawardkan upah kebelakangan, upah kebelakangan tidak

boleh melebihi 24 bulan gaji kebelakang berdasarkan gaji terakhir Yang

Menuntut 1 dan 2 bagi pemecatan kerja tanpa sebab atau alasan yang adil.

Gaji pokok Yang Menuntut 1 pada masa diberhentikan perkhidmatan sebagai

Operator adalah RM 900.00 sebulan dan gaji pokok Yang Menuntut 2

pada masa diberhentikan perkhidmatan sebagai Operator 3 adalah

RM 1,223.00 sebulan. Jika kedua-dua Yang Menuntut memperolehi

pendapatan selepas pemecatan kerja, satu peratusan yang munasabah

daripada pendapatan berkenaan yang akan diputuskan oleh Mahkamah

hendaklah ditolak daripada gaji kebelakang. Memandangkan kedua-dua

Yang Menuntut kini memperolehi pendapatan selepas pemecatan kerja,

Mahkamah membuat potongan peratusan pendapatan berkenaan sebanyak

20% daripada gaji kebelakang.

PAMPASAN GANTIAN PENGEMBALIAN KEDUDUKAN JAWATAN (COMPENSATION IN LIEU OF REINSTATEMENT)

46. Adalah menjadi amalan Mahkamah untuk mengawardkan pampasan

gantian pengembalian kedudukan jawatan berlandaskan perkiraan sebulan

23

Page 24: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

gaji untuk setiap tahun genap perkhidmatan pekerja dengan Syarikat.

Dalam kes ini, Yang Menuntut 1 telah berkhidmat dengan Responden untuk

tempoh masa kurang dari setahun (14 Mei 2012 hingga 26 Februari 2013).

Oleh yang demikian, Mahkamah tidak mengawardkan pampasan gantian

pengembalian kedudukan jawatan kepada Yang Menuntut 1. Yang Menuntut

2 telah berkhidmat dengan Responden untuk tempoh masa 16 tahun (5 Jun

1996 hingga 26 Februari 2013).

47. Memandangkan Yang Menuntut 1 hanya bekerja selama 10 bulan

dengan Responden, Mahkamah dengan ini memerintahkan Responden

membayar Yang Menuntut 1 upah kebelakangan sebanyak lima (5) bulan

berdasarkan gaji bulanan terakhir Yang Menuntut 1 sebanyak RM 900.00

dan ditolak 20% bagi pendapatan selepas pemecatan kerja. Pengawardan

upah kebelakang berdasarkan perkiraan ini adalah adil dan wajar dalam

keadaan kes ini. Perkiraan upah kebelakang kepada Yang Menuntut 1

adalah seperti berikut:

10 bulan x RM 900.00 - 20% = RM 7,200.00

48. Bagi Yang Menuntut 2, Mahkamah memerintahkan Responden

membayar Yang Menuntut upah kebelakangan sebanyak 12 bulan

berdasarkan gaji bulanan terakhir Yang Menuntut 2 sebanyak RM 1,223.00.

Pengawardan upah kebelakang berdasarkan perkiraan ini adalah adil dan

24

Page 25: Industrial Court Award:::AWARD NO. 496 TAHUN 2015 Dismissal / Salah-Laku - Merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

wajar dalam keadaan kes ini. Perkiraan upah kebelakang kepada Yang

Menuntut 2 adalah seperti berikut:

12 bulan x RM 1,223.00 - 20% = RM 11,740.80

Mahkamah memerintahkan Responden membayar Yang Menuntut 2

pampasan gantian pengembalian kedudukan jawatan sebanyak:

16 bulan x RM 1,223.00 = RM 19,568.00

PERINTAH MUKTAMAD

49. Sebagai perintah muktamad, Mahkamah ini memerintahkan

Responden untuk membayar Yang Menuntut 1 melalui jumlah sebanyak

RM 7,200.00 dan Yang Menuntut 2 jumlah sebanyak RM 31,308.80

(RM 19,568,00 + RM 11,740.80) dengan tolakan statutori jika ada melalui

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan

Dan Sekutu (NUTEAIW) dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh Award ini.

DITURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 27 APRIL 2015

t.t.

( EDDIE YEO SOON CHYE )PENGERUSI

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIAKUALA LUMPUR

25