info burung hantu

download info burung hantu

of 2

description

maklumat ringkas

Transcript of info burung hantu

Burung yang amat sukar dilihat tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Kenali Burung HantuBurung hantumerupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam. Sedikit berbeza dengan spesis burung-burung lain dimana muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya bulat mengadap ke hadapan.

Burung hantumempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa tetapi sebenarnya burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.

Burung hantuadalah haiwan maging. Makanan utamanya adalah haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung kecil dan sebagainya. Oleh kerana itu ianya menjadi binatang peliharaan di ladang-ladang sawit dan juga di sawah padi sebagai pemangsa kepada haiwan perosak tanaman ini.Keistimewaan Burung HantuMataburung hantumempunyai keistimewaan dimana ia dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun burung hantu juga mempunyai kelemahan iaitu masalah rabun dekat. Ia tidak dapat melihat dengan jelas jika sesuatu berada betul-betul di hadapannya.Burung hantujuga mempunyai kemahiran yang mengagumkan. Ia juga boleh menjadi hantu. Maksud hantu disini adalah kemampuannya mampu menghilangkan diri. Burung hantu cukup bijak menyamarkan diri sehingga ianya sukar dilihat. Cubalah anda lihat sendiri...

Kepercayaan Khurafat Tentang Burung HantuAda juga yang percaya, kalau terdengar bunyi burung hantu dimalam hari, maknanya ada perkara buruk akan berlaku. Janganlah percaya perkara khurafat ini.

Rasulullah SAW bersabda:Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung-burung berterbangan, tidak ada sial padaburung hantudan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis.(Riwayat Bukhari dan Muslim).