info padi

5
Kerajaan menyeragamkan harga padi di Semenanjung Malaysia kepada RM1,200 setan metrik berkuatkuasa musim penuaian akan datang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Justeru itu, katanya kilang-kilang swasta yang membeli padi daripada pesawah diwajibkan mengikut harga yang ditetapkan itu. “Jika mereka membeli padi tidak mengikut harga yang ditetapkan, kita akan menarik balik lesen pembelian padi mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub-Sektor Padi dan Beras di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong, Binjai, Kelantan. Beliau berkata setakat ini, harga pembelian padi di negeri-negeri tidak seragam termasuk di Kelantan yang berharga RM980 setan metrik, Kedah (RM1,050) dan Selangor (RM1,200). Menurutnya langkah menyeragamkan harga pembelian padi itu bertujuan menghapuskan peranan ‘orang tengah’ yang sering memanipulasi aktiviti penjualan padi hingga merugikan petani. “Akibat aktiviti ‘orang tengah’ yang semakin berleluasa, petani kerugian atau memperolehi keuntungan kecil selain bergantung kepada ‘orang tengah’ se.hingga tidak dapat lari daripada cengkaman mereka,” katanya. Dato’ Sri Ismail Sabri berkata bagi menghapuskan peranan ‘orang tengah’, kesemua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan digerakkan bagi membeli padi terus daripada pesawah dan membawanya ke kilang memproses padi BERNAS. Penentuan mutu sebenar padi di pusat pembelian padi yang dikendalikan oleh PPK, MADA dan KADA itu akan melibatkan PPK, Petani dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), dan pemutuan sebenar padi turut diwajibkan di kilang padi swasta. PPK, MADA dan KADA juga akan menyediakan khidmat mekanisasi, membekalkan input pertanian, mewujudkan dana kebajikan dan pinjaman mudah kepada petani yang selama ini khidmat tersebut dimonopoli oleh ‘orang tengah’. Sementara itu, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata bagi memantapkan lagi pengagihan jualan beras subsidi ST15 kepada golongan berpendapatan rendah, pengagihan beras itu kepada petani akan dilaksanakan di Pusat Belian Padi, PPK dan kilang-kilang beras BERNAS mulai 1 April ini. Beras itu juga tidak akan dipasarkan di pasaraya besar sebaliknya hanya dijual di kedai berdekatan golongan sasar seperti Kedai AgroBazar, Kedai

description

maklumat padi

Transcript of info padi

Kerajaan menyeragamkan harga padi di Semenanjung Malaysia kepada RM1,200 setan metrik berkuatkuasa musim penuaian akan datang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.Justeru itu, katanya kilang-kilang swasta yang membeli padi daripada pesawah diwajibkan mengikut harga yang ditetapkan itu.Jika mereka membeli padi tidak mengikut harga yang ditetapkan, kita akan menarik balik lesen pembelian padi mereka, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub-Sektor Padi dan Beras di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong, Binjai, Kelantan.Beliau berkata setakat ini, harga pembelian padi di negeri-negeri tidak seragam termasuk di Kelantan yang berharga RM980 setan metrik, Kedah (RM1,050) dan Selangor (RM1,200).Menurutnya langkah menyeragamkan harga pembelian padi itu bertujuan menghapuskan peranan orang tengah yang sering memanipulasi aktiviti penjualan padi hingga merugikan petani.Akibat aktiviti orang tengah yang semakin berleluasa, petani kerugian atau memperolehi keuntungan kecil selain bergantung kepada orang tengah se.hingga tidak dapat lari daripada cengkaman mereka, katanya.Dato Sri Ismail Sabri berkata bagi menghapuskan peranan orang tengah, kesemua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan digerakkan bagi membeli padi terus daripada pesawah dan membawanya ke kilang memproses padi BERNAS.Penentuan mutu sebenar padi di pusat pembelian padi yang dikendalikan oleh PPK, MADA dan KADA itu akan melibatkan PPK, Petani dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), dan pemutuan sebenar padi turut diwajibkan di kilang padi swasta. PPK, MADA dan KADA juga akan menyediakan khidmat mekanisasi, membekalkan input pertanian, mewujudkan dana kebajikan dan pinjaman mudah kepada petani yang selama ini khidmat tersebut dimonopoli oleh orang tengah.Sementara itu, Dato Sri Ismail Sabri berkata bagi memantapkan lagi pengagihan jualan beras subsidi ST15 kepada golongan berpendapatan rendah, pengagihan beras itu kepada petani akan dilaksanakan di Pusat Belian Padi, PPK dan kilang-kilang beras BERNAS mulai 1 April ini.Beras itu juga tidak akan dipasarkan di pasaraya besar sebaliknya hanya dijual di kedai berdekatan golongan sasar seperti Kedai AgroBazar, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai TUKAR, Kedai Peladang, Kedai Koperasi, Kedai e-kasih, Kedai Felda, kedai runcit di perumahan awam kos rendah dan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) serta kedai runcit di kawasan luar bandar.Kampit beras ST15 akan dilabelkan dengan Kegunaan Isi Rumah Warganegara Malaysia Sahaja dan pembelian dihadkan kepada dua kampit untuk satu keluarga sebulan, katanya.Harga beras kekal - * RM1.65-RM1.80 sekilo * Padi dari RM650 ke RM750 setan

Ketika kebanyakan negara dunia mengalami kenaikan harga makanan secara mendadak ekoran krisis bekalan, kerajaan hari ini sebaliknya membuat keputusan mengekalkan harga kawalan beras Super Tempatan 15 peratus antara RM1.65 sekilogram hingga RM1.80 sekilogram yang ditetapkan mengikut zon. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, selain meneruskan status beras hancur 15 peratus sebagai barang kawalan yang banyak digunakan oleh sebahagian besar rakyat, kerajaan juga membuat keputusan untuk menetapkan harga siling beras Super Special Tempatan (SST) lima peratus dan SST 10 peratus. Sebelum ini, kedua-dua beras gred itu tidak dikenakan kawalan harga. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Abdullah memberitahu, bagi beras SST lima peratus, harga siling yang ditetapkan ialah RM2.80 sekilogram manakala harga siling SST 10 peratus ialah RM2.70 sekilogram. Kedua-dua harga siling itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini. Keputusan tersebut dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Abdullah di Parlimen hari ini. Selepas mesyuarat itu, Abdullah mengeluarkan kenyataan yang menggariskan lima tindakan komprehensif bagi menangani isu kenaikan harga padi dan beras. Pihak jawatankuasa juga telah membuat ketetapan untuk mengapungkan harga beras import termasuk beras putih Thai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kerajaan turut membenarkan pemindahan padi di antara negeri-negeri secara berperingkat selain bersetuju menaikkan Harga Minimum Terjamin (HMT) padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan metrik, katanya. HMT pada paras RM750 setan metrik kini ialah harga terendah padi yang dijamin oleh kerajaan. Kerajaan sebelum ini melarang penjualan padi antara negeri-negeri. Pada masa lepas, padi yang dihasilkan di Selangor, misalnya, hanya dibenarkan dijual di Selangor. Walaupun ada kilang padi dari Kedah ingin membeli padi seseorang pesawah dari Selangor pada harga lebih tinggi, ia tidak dibenarkan. Dasar itu akan dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Berhubung kenaikan harga HMT padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan metrik yang menguntungkan petani, Perdana Menteri berkata, ia wajar dinaikkan ke paras lebih tinggi untuk faedah pesawah-pesawah padi berikutan kenaikan harga beras. Pemindahan padi antara negeri-negeri juga perlu dikaji bagi menjadikan harga jualan padi lebih kompetitif dan dapat membantu menambah pendapatan pesawah-pesawah, tambah beliau. Berdasarkan rekod Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, harga beras ST 15 peratus pada tahun lalu hanyalah RM1.52 sekilogram berbanding harga pada ketika ini antara RM1.65 hingga RM1.80 sekilogram. Harga beras SST lima peratus pada tahun lalu pula adalah RM1.95 sekilogram sementara harganya ketika ini mencecah sehingga RM3.26 sekilogram. Justeru, langkah kerajaan menetapkan harga SST lima peratus pada paras RM2.80 sekilogram adalah 46 sen lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Dalam kenyataannya, Perdana Menteri turut menjelaskan mengenai implikasi lima langkah khusus yang diambil oleh kerajaan untuk menangani harga padi dan beras. Katanya, apabila kesemua langkah itu diambil, kerajaan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM725 juta sebagai subsidi untuk pengimportan 500,000 tan beras bagi memastikan harga runcitnya di negara ini dapat dikekalkan. Beliau berkata, langkah-langkah yang diputuskan itu berkuat kuasa serta-merta kecuali penetapan harga siling bagi beras SST lima peratus dan SST 10 peratus. Keputusan yang diambil oleh jawatankuasa hari ini adalah berasaskan kepada kepentingan semua pihak dengan bermatlamatkan kebajikan pengguna dan pesawah padi terpelihara. Dengan cara ini sahaja kerajaan dapat meringankan beban pengguna ketika harga barangan semakin meningkat, katanya. Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui kenaikan harga beras di pasaran dunia telah memberi tekanan kepada harga padi dan beras di Malaysia. Harga beras di pasaran dunia naik mendadak berbanding tahun lalu. Harga beras putih Thai lima peratus telah meningkat sebanyak 164 peratus iaitu daripada AS$371 setan metrik (2007) kepada AS$980 setan metrik pada ketika ini. Beras putih Vietnam pula telah naik sebanyak 212 peratus iaitu daripada AS$352 pada tahun lalu kepada AS$1,100 setan metrik pada tahun ini, katanya lagi. Mengenai langkah menetapkan harga siling beras SST lima peratus dan 10 peratus, Abdullah memberitahu, harga kedua-dua beras gred itu telah naik mendadak kerana kerajaan tidak mengenakan kawalan harga ke atas beras gred tersebut. Kerajaan hanya mengawal beras ST 15 peratus tetapi isunya sekarang berlaku kekurangan bekalan di pasaran kerana pengilang lebih berminat untuk mengeluarkan SST lima peratus dan 10 peratus. Keadaan itu memerlukan kerajaan bertindak segera bagi memastikan bekalan beras ST 15 peratus mencukupi dan pada masa sama membendung kenaikan berterusan harga beras SST lima peratus dan 10 peratus, katanya.