INFO PEKA - lpp.gov.my · S etiap manusia yang dicipta Allah SWT perlu memikul amanah. Tidak kira...
Transcript of INFO PEKA - lpp.gov.my · S etiap manusia yang dicipta Allah SWT perlu memikul amanah. Tidak kira...
Setiap manusia yang dicipta Allah SWT perlu memikul amanah. Tidak kira yang kecil, besar, muda,
tua, wanita atau lelaki sedang memikul amanah masing-masing. Rasulullah SAW bersabda bermaksud; “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang kepimpinanmu”- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Amanah memang tidak nampak dan tidak boleh dipegang dengan tangan. Ibarat asap rokok, nampak tetapi tidak boleh dipegang. Amanah jelas kelihatan pada hasilnya.Sebagai penjawat awam, tidak kira berpangkat rendah, pertengahan atau atasan, juga memikul amanah yang berat. Mengabaikan amanah, boleh membawa ke neraka. Amanah yang paling berat adalah “memikul” masa. Jika ada lapan jam waktu berkerja sehari. Adakah kita menggunakan sepenuhnya masa berkerja kita? Jika tidak cukup kerana ada urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan, adakah kita sanggup
menggantikannya dengan balik lewat atau kerja lebih masa? Jika tidak sanggup, jadilah kita di kalangan orang yang paling rugi di dunia dan akhirat kerana telah gagal memikul amanah yang diberikan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 27 yang bermaksud; “ Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui salahnya ” Dalam konteks perkhidmatan awam, jika seseorang pemimpin atau ketua jabatan tidak amanah, organisasi diketuainya akan pincang pengurusannya, terhina atau diperlekehkan oleh pegawai bawahan dan orang awam. Apatah lagi jika ketua sendiri terlibat dengan jenayah rasuah atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan peribadi atau keluarganya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud; “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji”- Hadis riwayat Ahmad.
Semoga kita semua tidak tergolong di kalangan orang-orang yang gagal memikul amanah Allah SWT dan semoga setiap kerja yang diamanahkan kepada kita sentiasa diberkati Allah SWT
Sumber :Unit Integriti MOA
PEKAINFO
PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Apabila
Diabaikan
Tahun 2018
PEKA
Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi.
DaripadaPERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGPERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
PEKA
Tahniahybhg. tuan haji hamzah
bin haji bahari
Ketua PengarahLembaga Pertubuhan Peladang
mulai 2 april 2018
ybhg. tuan haji hamzahybhg. tuan haji hamzahKepada
Ketua Pengarah
Diatas PelantikanSebagai
TahniahKepada
Diatas PelantikanSebagai
ybhg. tuan haji hamzahbin haji bahari
Ketua PengarahLembaga Pertubuhan Peladang
mulai 2 april 2018