Info Pengakap

download Info Pengakap

of 26

description

word

Transcript of Info Pengakap

[Lencana Keahlian] HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP MUDA

5.0 HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP MUDA

Hormat PengakapSalam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga pengertian:

Kaedah Memberi PenghormatanSalam PenghormatanKepada ketuaKepada bendera yang dinaikkanKaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkanKepada jenazah

Salam BiasaKepada pembesar-pembesar negeri atau NegaraKepada pemimpinKepada saudar Pengakap

Kaedah Memberi Persetiaan

"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap"

Salam PersetiaanWaktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak tangan hadapan)

Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)

Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) - Buat Sehabis BaikPengakap Muda (Boy Scout) - Selalu SediaPengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan LuasPengakap Kelana - BerkhidmatPengakap Budika - Berkhidmat

http://pengakap-tms.blogspot.com/2011/02/lencana-keahlian-hormat-pengakap-dan.htmlHormat dan Cogan Kata Pengakap

Hormat Pengakap

- diberikan semasa :

a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau orang kenamaan.

b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah

c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.

Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak : Buat Sehabis Baik

Pengakap Muda : Selalu Sedia

Pengakap Remaja : Pandang Luas

Pengakap Kelana : Berkhidmat

http://faiz4342.wordpress.com/_pengakap-malaysia/Koleksi Lagu-Lagu PengakapEnjit-EnjitSemut

Enjit-enjit semut

siapa sakit naik atas

Enjit-enjit semut

siapa sakit naik atas

Enjit-enjit semut

siapa sakit naik atas

Enjit-enjit semut

siapa sakit naik atas

You may have burger

We have ketupat

You may have Bruce Lee

We have Hang Jebat

You have playstation

We fly wau bulan

You ride dragon boat Ooi ooi

We ride our sampan Hey

You have your Ah Lian

We have our minah

You wear your sari

They wear kebaya

Friendly and preety

Sexy dashyatnya

No need for flowers Ooi ooi

Crazy for Vespa Hey

Enjit-enjit semut

siapa sakit naik atas 4x

SenamanMonyet

Satu ekor monyet (2x)

gayut atas pokok (2x)

garu2 pinggang

goyang2 pinggul

TepiGunung

Tepi gunung air terjun

tempat orang bermain

tempat tinggal tukang kebun

dan anaknya mahani

sungguh cantik paras anihidung mancung seludangbetis bagai beting paditak jemu mata memandang

tidur malam mimpi-mimpiani datang ke rumahtapi sayang ani pergihati ani berubah

Lagu Rasmi Persekutuan PengakapMalaysia

Kami Pengakap MalaysiaHarapan nusa dan bangsaBerikrar setiaPada pertiwi tercinta

Melatih generasi mudaMenjadi insan yang bergunaPersetiaan pengakapTeras dipegang bersama

Menolong orang setia masaMenabur bakti di mana sahajaDemi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudaraTaat, menurut perintahKami bangga junjung cita-citaPengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-citaPengakap, Pengakap Malaysia

http://skmerbausempak.wordpress.com/Masakan Rimba

Apabila berbicara tentang masakan rimba, seringkali kita akan melihat Pengakap sebagai panduan. Roti Lilit adalah sinonim dengan masakan rimba. Saya merasakan bahawa masakan rimba mempunyai ertikata yang luas. Bukan sekadar menghasilkan Roti Lilit tetapi kaedah masakan yang dihasilkan adalah perlu diterapkan kepada pelajar.

Secara umumnya ada beberapa cara masakan rimba boleh dihasilkan. Antaranya adalah dengan kaedah merebus, memanggang atau membakar makanan terus ke dalam api. Kaedah-kaedah ini boleh digunakan untuk jenis makanan yang bersesuaian. Seperti ubi kayu. Juadah ini boleh disediakan dengan dua cara iaitu merebus atau membakar. Ubi kayu yang telah dibersihkan dari kotoran seperti tanah dan sebagainya boleh dimasukkan ke dalam api atau bara api. Setelah beberapa ketika anda boleh keluarkan dan kikis bahagian luarnya dan kemudian patahkan. Hasilnya ubi kayu yang sudah boleh dimakan dengan rasa yang lebih enak.

Penyediaan makanan secara masakan rimba

Bagi jenis makanan yang boleh direbus seperti ubi, telur ataupun beras, buluh yang sesuai boleh digunakan untuk menggantikan periuk. kekuatan api yang sesuai boleh menentukan kadar masa masakan tersebut masak dengan baik.

Kreativiti dalam aktiviti ini harus ada. Jangan terlalu mengikut apa yang orang lain buat tetapi cipta sesuatu yang baru, selamat dan boleh diguna pakai oleh orang lain. Selamat beraktiviti.

http://latihkrsn9.blogspot.com/2011/12/masakan-rimba.html

http://www.docstoc.com/docs/74942343/nota-pandu-puteri-kadet

IKHTIAR HIDUP

PENGENALAN

Kegiatan luar merupakan satu bidang rekreasi yang bersikap aktif kerana mempunyai cabaran dan risiko tertentu serta memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi membolehkan seseorang melakukan dan menghadapinya . Cabaran dan risiko inilah yang akan melahirkan apa yang disebut sebagai adventure. Pada masa ini semakin ramai masyarakat kita yang telah menjadikan kegiatan luar sebagai sebahagian aktiviti rekreasi yang boleh memenuhi masa lapang.

Dalam melaksanakan kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung nyawa.

TUJUAN MENGETAHUI DAN MEMPELAJARI IKHTIR HIDUP

Para pencinta kegiatan luar sememangnya telah bersedia dengan setiap cabaran yang pasti akan dihadapi. Persediaan mental dan fizikal yang kukuh adalah diharapkan akan dapat membantu setiap ahli yang melakukan kegiatan luar agar mereka tidak mudah menyerah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika kegiatan luar. Diharapkan dengan mengetahui teknik ikhtiar hidup yang betul para peserta akan dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan mereka, khususnya dalam saat-saat yang memerlukan kemahiran tersebut.

Kemahiran dan teknik yang dipelajari juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh kepada setiap peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu. Sebenarnya alam ciptaan Tuhan ini penuh dengan pelbagai khazanah yang boleh diterokai seperti firmannya yang bermaksud:

Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan dengan perutnya (menjalar) dan sebahagiannya berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah mencipta apa yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas apa juga ( Surah Al-Nur: 45)

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan

yang tidak berjunjung, pokok kurma. Tanam-tanaman yang bermacam- macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warna) dan tidak sama ( rasanya)

( Surah Al-Anam: 141)

Kedua-dua maksud ayat di atas sudah cukup jelas kepada kita bahawa Tuhan telah mencipta alam ini dengan penuh kesempurnannya. Hanya kita perlu berikhtiar untuk mendaptkan segala yang disediakan oleh Allah s.w.t. Ini amat berkait rapat dengan apa yang sedang kita bincangkan. Penggunaan akal dan ikhtiar hidup yang sempurna sudah pasti dapat membimbing kita untuk terus memanfaatkan segala yang ada.

PRINSIP PRINSIP IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar Hidup merupakan satu usaha yang dipelbagaikan dan memerlukan pemilihan yang bijaksana bagi mengatasi rintangan atau risiko yang dihadapi berdasarkan kepada keadan dan situasi tertentu, maka dinyatakan beberapa prinsip ikhtiar hidup yang diharapkan dapat membantu dan membimbing kita dalam menghadapi situasi yang agak genting. Antara prinsip-prinsip ikhtiar hidup yang dicadangkan dan perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

Penggunaan Alam sekeliling

Pemerhatian yang tajam

Tumbuhan dan Haiwan

Bentuk muka bumi Bukit, sungai, laut dll

Cakerwala

Kemudaratan yang minima

Berkeyakinan

Berprinsip

Beriman

Percaya dan berkeyakinan kepada diri sendiri

Bekerjasama dalam kumpulan

Tidak mementingkan diri sendiri

Bermuzakarah dan bermuafakat

Patuh kepada keputusan kepimpinan ( muwakal)

Berpegang kepada kata-kata nasihat berikut:

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Berkemahiran Tinggi

Mempunyai latihan yang cukup

Kejurulatihan

Pendidikan seumur hidup

Tidak Mudah Berputus Asa

Berusaha sedaya upaya

Berkeyakinan

Keiltizaman

Sujud kepada Tuhan

Ketakwaan

Beriman

Sentiasa berdoa

Dan apakah mereka tidak memerhatikan bumi. Berapakah banyaknya kami tumbuhkan dibumi itu pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang baik ?

(Surah Al-Syuara:7 dan 8)

Undang-undang asas ikhtiar hidup

Menyediakan tempat perlindungan

Menghidupkan api

Mencari sumber makanan

Rehat yang mencukupi

Kemahiran dan teknik ikhtiar hidup

Beberapa teknik dan kemahiran ikhtiar hidup yang dianggap penting dan boleh membantu di saat menghadapi situasi kegentingan adalah seperti berikut:

Kemahiran membina tempat perlindungan sementara / Membuat Pondok

Beberapa pertimbangan haruslah diambil kira oleh individu untuk membina tempat perlindungan sementara di dalam hutan. Pondok hutan ini adalah sebahagian daripada kemahiran yang perlu ada pada seseorang jika mengalami masalah di dalam hutan . Perkara berikut perlu diberi perhatian:

Pemilihan tempat

Keselamatan daripada binatang buas dan serangga

Kemudahan mendapatkan bekalan dan sumber air

Kemudahan mendapatkan sumber makanan

Kemudahan untuk mendaptkan sumber untuk membina pondok.

Sumber atau bahan untuk membina pondok

Rotan atau akar untuk menggantikan tali

Daun-daun yang lebar untuk membuat atap dan alas tempat tidur

Banir pokok sebagai dinding atau penghadang

Jangka Masa Kediaman

Jangka masa pendek memadai dengan membina secara sementara sahaja (kurang kukuh)

Jangka masa panjang memerlukan pembinaan yang lebih kukuh

Makanan

Buah-buah hutan

Pucuk kayu

Ikan dan kerang

Binatang dan burung

Bilangan anggota

Untuk satu orang

Untuk dua orang

Untuk lebih daripada dua orang

Jenis-jenis pondok

Pondok pelindung angin

Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk V terbalik. Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang. Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan sebagainya. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit , kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.

Pondok Pisang Sesikat

Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang. Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang. Bumbung dibuat curam kebelakang.Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar).Pondok ini juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja. Di mana bahagian bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.

Pondok satu minggu

Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta mempunyai tangga.Berbumbong seperti pondok yang lain. Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap. Pondok ini baik kerana boleh didirikan dalam apa juga keadaan muka bumi. Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa satu minggu. Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.

Pondok Atas Paya

Pondok ini didirikan sama sahaja bentuknya dengan pondok satu minggu. Perbezaannya cma pondok ini didirikan dengan tiang yang tinggi melebihi tinggi satu orbg berdiri. Bahagian-bahagian yang terdapat dalam pondok ini terdiri dari bumbung, tiang, lantai dan tangga. Dibahagian bawah pondok disediakan gelagar tempat memasak. Pondok ini dibina bagi mengelakkan dari kawasan berair.

Perlindungan Semulajadi

Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua , banir pokok , anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh. Walau bagaimanapun pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek keselamatan. Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang,sarang serangga dan sebagainya.

Kemahiran Memasak Tanpa Alat

Dalam konteks ikhtiar hidup kemahiran memasak tanpa alat amat perlu dipelajari dan dipraktikan oleh semua orang. Tanpa sebarang pengetahuan tentang ilmu hutan, tentulah amat sukar bagi kita untuk memasak tanpa dapur dan peralatan lain, Namun pengetahuan tentang ilmu hutan telah membuktikan persekitaran luar mempunyai banyak bahan untuk menggantikan perlatan harian. Antara bahan yang boleh digunakan untuk memasak ialah daun pisang, buluh, ubi kentang, tanah liat, ubi keledek dan berbagai bahan lain.

Memasak nasi menggunakan buluh

Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi. Teknik yang digunakan sama seperti memasak lemang. Seruas buluh dipotong dan dibersihkan. Ambil daun pisang muda dan gulungkan lalu masukkan ke dalam ruas buluh, Kemudian masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut.Semasa memasak , tutup lubang buluh dengan menggunakan daun. Setelah air menjadi kering, kayu api perlu disuraikan bagi mengelakkan nasi menjadi hangus.

Nasi juga boleh dimasak menggunakan ruas buluh yang diletakkan secara melintang. Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang.Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air bagi mengelakkan nasi menjadi keras atau sebaliknya.

Memasak Nasi dengan menggunakan daun pisang atau menggunakan skaf

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan rendamkan beras terlebih dahulu.Jika telah kembang bungkuskan beras tersebut dengan daun.Kemudian ikatkan dengan ketat. Beras yang telah siap dibungkus bolehlah direbus menggunakan buluh atau bekas lain. Sementara itu teknik memasak menggunakan skaf atau kain ialah dengan cara membungkuskan beras yang telah direndam tadi. Kemudian basahkan kain / skaf tersebut sebelum ditanam. Buatkan lubang yang tidak berapa dalam sekadar menimbus skaf tersebut. Kemudian pasangkan api di atasnya. Adalah baik jika di masak di atasnya terdapat bara api yang kuat.

Memasak telur dalam keledek atau ubi kentang

Potong sebiji ubi keledek atau ubi kentang yang lonjong kepada dua bahagian, kemudian korek sebahagian isi di dalamnya. Masukkan telur ke dalam ubi tersebut dan tangkupkan dengan sebatang kayu halus. Kemudian mesukkan ubi ke dalam lubang yang ditutup dengan penutup tin biskut yang mempunyai arang bakar di atasnya.

Memasak telur menggunakan batang pisang

Batang pisang boleh digunakan untuk merebus telur. Potong batang pisang dan buangkan bahagian dalamnya. Lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal. Masukkan telur ke dalam batang pisang tersebut dan tangkupkan kedua-dua batang pisang tersebut. Kemudian ikatkan dengan tali yang mengambil masa yang lama untuk terbakar.

Menggoreng telur di atas batu

Panaskan sebiji batu yang agak besar. Apabila telah cukup panas kuiskan batu tersebut ke tepi. Ambil daun pisang atau daun hutan yang boleh digunakan untuk memasak dan letakkan di atas batu yang sedang panas lalu pecahkan telur di atas daun pisang tersebut. Dalam beberapa minit sahaja telur tersebut akan menjadi masak. Dan hasilnya pasti memuaskan.

Memasak telur di dalam tanah atau disalut dengan tanah liat

Telur yang telah disalut dengan tanah liat di masukkan ke dalam api atau bara api yang masih kuat.Apabila tanah liat telah kering, satu letupan kecil akan kedengaran untuk menandakan telur tersebut telah masak. Selain itu kaedah lain yang boleh digunakan ialah dengan membuat lubang kecil pada tanah dan masukkan telur tersebut. Tutupkan lubang tersebut dengan tanah.Kemudian pasangkan api di atasnya.

Memanggang burung , ayam dan ikan

Burung atau ayam yang hendak dipanggang dibungkus dengan tanah liat tanpa membuang buluhnya. Kemudian masukkan ke dalam bara api. Apabila telah masak bulu ayam atau burung akan tertanggal daripada kulitnya dan melekat di tanah liat. Selain daripada itu ikan atau daging juga boleh dibakar di atas bara api. Caranya dengan mengpitkan ikan atau daging tersebut dengan sebatang buluh yang telah diubahsuai sebagai penyepit. Masak di atas bara api bagi mengelakkan masakan tersebut menjadi hangus.Daging atau ikan menjadi lebih sedap lagi jika dibubuh dengan perasa seperti garam, kicap dan sebagainya.

Membuat roti twist

Roti ini dibuat daripada tepung gandum yang telah diuli dengan sedikit garam dan air. Sebatang buluh atau kayu kecil digunakan untuk melilit tepung tersebut.Semasa melilit tepung tersebut pastikan ianya tidak terlalu tebal kerana jika tebal bahagian di dalamnya akan menjadi lambat masak. Jika perlu majerin atau keju boleh disapulan di bahagian atasnya apabila telah masak bagi menambahkan keenakkannya.

Kemahiran Menghidupkan Api

Api sangat penting untuk memasak, memanaskan badan pada waktu malam dan menakutkan atau menghalau haiwan liar. Sementara asapnya dapat melindungi diri daripada serangan nyamuk dan agas. Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan untuk menghidupkan api iaitu:

i. Ranting kering Ranting yang digunakan untuk menyalakan api

ii. Kayu lambat terbakar Kayu yang menghasilkan bara untuk

memanggang

iii. Kayu cepat terbakar Kayu yang terbakar dengan kuat.

Tapak yang digunakan untuk menghidupkan api mestilah dalam keadaan kering, jauh daripada khemah atau pokok dan dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke tempat lain. Walau bagaimanapun tidak dinafikan akan timbul masalah jika dalam keadaan hari hujan. Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar dicari. Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba. Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar. Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering. Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat bunga jarau. Gunakan bahagian dalam yang kering.

Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat dibuat dengan menggunakan kaedah berikut:

Geselan buluh dengan buluh

Buluh yang digunakan adalah buluh yang betul-betul kering .Jika perlu dijemur hingga kering.Buluh yang pertama dibelah sebesar 2 cm. Dipotong melintang sedikit sahaja ditengah-tengahnya seperti lurah. Disebelah dalam buluh itu ditebuk sedikit supaya buluh itu mudah mendapatkan api apabila digeserkan. Ditempat itu juga akan diletakkan rabuk untuk menangkap api yang telah terhasil dari geseran buluh. Sebatang lagi buluh lagi yang sama besarnya dibuat bagi tujuan pengepit rabuk dan dicantumkan kedua dua bahagian dalam buluh yang pertama tadi. Kemudian ambil sebatang buluh lagi yang lebih kurang sama besarnya ditajamkan sebelahnya sahaja seperti mata parang. Cara untuk mendapatkan api dilakukan dengan mengesel bahagian buluh yang tajam pada buluh yang telah dicantumkan tadi.Pada permulaan buluh digeselkan dengan

perlahan-lahan dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya.Buluh yang menjadi panas akan mengeluarkan api. Api

itu kemudian akan ditangkap oleh rabok yang telah diletakkan , cara untuk mengetahui bahawa buluh itu telah menangkap api ialah apabila asap telah keluar daripada geseran.

Panah dengan busar (Kayu dengan kayu / kayu dengan buluh)

Dalam, teknik membuat api secara ini alat-alatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Bahagian Panah

Siapkan sebatang kayu bulat sebesar ibu jari disatu hujungnya Ditajamkan. Di hujung satu lagi dibuat lubang yang berupa jarum.Ambil sekeping kayu untuk busar buatkan lubang ditengah, Dihujung tadi diikat dengan tali dan hujung yang satu lagi diikat. Piring berbentuk leper bulat yang berlubang ditengah dimasukkan dahulu sebagai pengimbang.

ii. Bahagian kedua (Pelapik)

Bahagian pelapik ialah sebatang kayu atau juga menggunakan Buluh. Caranya ialah buat sedikit tapak untuk busir memusing. Selepas semuanya siap, panah tadi dipusingkan sedikit kepada Tali busir, seterusnya dihenjutkan supaya ia terus berpusing dengan piring pengimbang sehingga keluar asap.Setelah cukup Panas keluarkan panah dan tiup kayu pelapik pada kayu yang Berasap di sinilah api akan dihasilkan.

Gobek Api

Selain dari cara yang diterangkan di atas,penggunaan gobek api boleh juga menghasilkan api.Cara membuatnya dengan mencari teras kayu yang keras seperti cengal,meranti dan sebagainya.Tebuk satu lubang gobek yang dalamnya lebih kurang 3 cm, besar lubang sebesar anak jari kemudian cari kayu yang keras juga untuk

Dijadikan anak gobek. Besar anak gobek yang hendak dibuat adalah semuat dengan lubang gobek tadi, dihujung anak gobek diraut sedikit kemudian dililit dengan benang dan disapukan dengan lemak binatang, tujuannya untuk mengetatkan lubang tersebut, dihujung batang anak gobek tadi juga dibuat sedikit lubang untuk diletakkan rabok. Setelah persiapan dibuat masukkan anak gobek dimulut lubang gobek dan pukul dengan cara mengejut (menggunakan tapak tangan) dengan cara mengejut juga anak gobek ditarik keluar, cepat lihat, api akan terhasil dirabok pada hujung gobek

Pembalik cahaya

Untuk mendapatkan api menggunakan cara ini ialah dengan memasukkan rabok pada tengah pemancar lampu suloh, kemudian pancarkan ke matahari. Bentuk pancaran matahari ke rabok akan menjadikan satu titik halus yang bersilau.Tunggu dalam beberapa saat.Api akan terhasil apabila pancaran matahari tersebut cukup panas dan terus membakar.

Kemahiran Membina Jerat/perangkap dan alat tangkapan

Kemahiranmembina jerat/perangkap dan alat tangkapan juga amat perlu diketahui oleh individu yang gemarkan kegiatan luar. Malang tidak berbau. Jika berlaku sesuatu di dalam hutan atau kawasan pergunungan dengan kemahiran yang ada sudah pasti dapat membantu mengurangkan risiko yang dihadapi. Banyak sumber alam sama ada di kawasan hutan dan pergunungan yang dapat dijadikan alat untuk membuat jerat dan alat tangkapan lain. Antara bahan yang biasa digunakan adalah seperti buluh, rotan, anak kayu dan akar kayu. Sementara bahan-bahan yang boleh dijadikan umpan seperti buah-buahan, denak dan benda yang busuk (bangkai haiwan)

Jenis Jerat dan alat tangkapan

Lukah untuk menangkap ikan

Bubu

Serkap

Jerat pintas

Jebak

Getah Terap

Lembing untuk menangkap ikan

Jerat lubang

Jerat bakul atau kotak

Perangkap terbahagi kepada dua:

i. Perangkap berumpan

Perangkap jenis ini kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan. Dengan menggunakan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. Tempat yang hendak di pasang hendaklah bersesuaian dengan jenis binatang yang hendak ditangkap.Tentukan terlebih dahulu apakah binatang yang hendak ditangkap dan apakah umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan

Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang. Tetapi yang perlu dalam persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum. Kebiasannya jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang. Asalkan binatang melalui sahaja perangkap ia pasti akan terjerat. Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.

Jerat Bidas

Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak. Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat, Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.

http://akuniezams.blogspot.com/2010/02/ikhtiar-hidup.htmlIKHTIAR HIDUPPENGENALAN

1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

DIFINISIBerikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

OBJRKTIFKognitif Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya. Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

Psikomotor Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.

Afektif Membina keyakinan diri untuk terus hidup. Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab. Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUPDalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-a. Kelaparanb. Kehausanc. Kesakitand. Kesejukan dan kepanasane. Keletihanf. Kesepian dan ketakutan

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUPFaktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-a. Perubatan:-i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.ii. Lomotil untuk cirit biritiii. Cadusil untuk radang perut.iv. Antibiotikv. Ubat gatalvi. Plaster, pembalut dan ubat luka.b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.ii. Bungkusan glukusiii. Bungkusan gulaiv. Bungkusan garamv. Pil-pil vitamin

TUMBUH-TUMBUHAN HUTANDalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHANKebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.a. rasa kelat dan sepatb. rasa loyac. rasa gatal-gatal dedaun mulut.4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-a. rasa mualb. sakit perutc. demam dan sakit sendi tulang5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-1. Jangan memendekkan ujian.2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUNDalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.2. Minum air bersih yang telah dimasak.3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

TEMPAT PERLINDUNGANDalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGANSebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGANBeberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.

2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.

3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang.

BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-a. Daun palas gajah dan palas biasa.b. Daun rumbia atau nipah.c. Daun bertamd. Daun pokok kabung dan enau.e. Daun mengkuang.f. Buluh dan kulit kayug. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.

http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/ikhtiar-hidup_10.html