inovasi dalam kurikulum KHSR

18
7 1.0 PENDAHULUAN Kurikulum merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan pada masa akan datang. Kurikulum bukannya satu entiti yang konstan tetapi bersifat fleksibel dan berubah mengikut scenario dan tuntutan ekonomi, sosial dan politik tanah air. Kurikulum Kemahiran Hidup juga tidak boleh lari dari mengalami perubahan semenjak pendidikan pra vokasional diperkenalkan pada tahun 1965, banyak perubahan yang dinamik telah berlaku yang memenuhi hasrat kerajaan dan halatuju pendidikan. 2.0 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (KHSR) Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat kea rah mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif (KPM, 2002). Kurikulum Kemahiran Hidup direkabentuk untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika sebelum 1979, pendidikan hanya difokuskan kepada pendidikan akademik dan peperiksaan tetapi setelah menyedari sistem itu tidak dapat

description

Tugasan Individu Semester 2

Transcript of inovasi dalam kurikulum KHSR

Page 1: inovasi dalam kurikulum KHSR

7

1.0 PENDAHULUAN

Kurikulum merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi

akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu

sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun

keperluan pada masa akan datang. Kurikulum bukannya satu entiti yang konstan

tetapi bersifat fleksibel dan berubah mengikut scenario dan tuntutan ekonomi, sosial

dan politik tanah air.

Kurikulum Kemahiran Hidup juga tidak boleh lari dari mengalami perubahan

semenjak pendidikan pra vokasional diperkenalkan pada tahun 1965, banyak

perubahan yang dinamik telah berlaku yang memenuhi hasrat kerajaan dan halatuju

pendidikan.

2.0 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (KHSR)

Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia

dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat kea rah mempertingkatkan

produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan

produktif (KPM, 2002).

Kurikulum Kemahiran Hidup direkabentuk untuk merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Jika sebelum 1979, pendidikan hanya difokuskan kepada

pendidikan akademik dan peperiksaan tetapi setelah menyedari sistem itu tidak

dapat merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan, kurikulum Kemahiran Hidup

telah direkabentuk dan dijadikan satu matapelajaran wajib bagi semua pelajar tahap

dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Matapelajaran ini diperuntukkan 2 waktu (1 jam) dalam

seminggu. Subjek ini dibekalkan dengan sukatan pelajaran (SP), huraian sukatan

pelajaran (HSP), buku teks dan buku sumber. Matapelajaran Kemahiran Hidup ini

tidak dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi

wajib ada penilaian di peringkat sekolah.

Page 2: inovasi dalam kurikulum KHSR

8

Objektif matapelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan

membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan kemahiran asas

rekacipta, pertukangan, jahitan, tanaman dan pengetahuan berasaskan teknologi

dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri,

merekacipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya

kerja yang baik. Ini adalah langkah pertama sebelum individu ini menjejakkan kaki ke

dunia industri.

Ini juga merupakan platform untuk individu tersebut mengembangkan bakat

dan potensi diri sebagai persediaan awal menyediakan diri untuk menjalani

kehidupan yang bermakna. Matapelajaran ini juga bertujuan untuk menjadi satu mata

pelajaran yang dapat mengembangkan JERIS murid seterusnya menjadi pemangkin

kepada peningkatan penerimaan minda terhadap mata pelajaran lain.

2.1 Analisis Terhadap Sukatan Pelajaran KHSR

Organisasi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah ini telah

diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta

Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada

beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan

pengetahuan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

JADUAL : PEMETAAN KANDUNGAN SUKATAN

BIDANG/UNIT/TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN

4

TAHUN

5

TAHUN

6

1. Reka Bentuk dan Teknologi 27 27 27

1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel 1

a. Peraturan Keselamatan √

b. Organisasi Bengkel √

1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7

Page 3: inovasi dalam kurikulum KHSR

9

BIDANG/UNIT/TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN

4

TAHUN

5

TAHUN

6

a. Pengenalan Kreativiti √

b. Kajian reka bentuk dan kefungsian

produk√ √

c. Penyelesaian masalah √

d. Penghasilan projek reka cipta √

e. Pendokumentasian√ √ √

1.3 Reka bentuk dan Penghasilan Projek 5 5

a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek

gabungan kayu dengan bahan kitar

semula bukan logam

b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek

berasaskan logam dan bahan kitar

semula

1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5

a. Penghasilan projek elektrik √

b. Penghasilan projek elektronik √ √

1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan 1 1 5

a. Peneyenggaraan alatan tangan √

b. Penyenggaraan bahagian bangunan √

c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan

pada mesin mudah√

d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan

pada perabot√

1.6 Jahitan 2 2

a. Membaiki pakaian √

b. Penghasilan artikel √

1.7 Tanaman Hiasan 8

Page 4: inovasi dalam kurikulum KHSR

10

BIDANG/UNIT/TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN

4

TAHUN

5

TAHUN

6

a. Pengenalan √

b. Pemilihan biji benih √

c. Penanaman √

d. Penjagaan √

1.8 Ikan Hiasan 8

a. Pengenalan √

b. Penyediaan bekas √

c. Pengurusan √

1.9 Tanaman Sayuran 8

a. Penyediaan tapak √

b. Penanaman dan penjagaan √

c. Pemungutan hasil √

2. Perniagaan dan Keusahawanan 8 8 8

2.1 Barang Jualan 2

a. Kumpulan sasaran √

b. Jenis barang yang sesuai dijual √

c. Sumber bekalan √

2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan 2 2 2

a. Membuat rancangan jualan √ √ √

b. Menyediakan barang jualan √ √ √

2.3 Mempromosi Jualan 1 2 2

a. Promosi melalui pembungkusan √

b. Promosi melalui poster √

c. Promosi melalui katalog √

2.4 Mengurus Jualan 1 2 1

a. Melayan pelanggan √

b. Mendapatkan pesanan √

c. Menyusun atur barang √

Page 5: inovasi dalam kurikulum KHSR

11

BIDANG/UNIT/TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN

4

TAHUN

5

TAHUN

6

2.5 Merekod Jualan 2

a. Merekod barang √

b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan √

c. Mengira untung atau rugi √

2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2

a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan √

b. Merancang perbelanjaan √

2.7 Risiko Dalam Perniagaan 1

a. Risiko dan cara mengurangkannya √

2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2

a. Mendapatkan maklumat barang √

b. Etika perniagaan dan hak pengguna √

JUMLAH 35 35 35

2.1.1 Bidang Rekabentuk dan Teknologi

Bidang pelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan

menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1992). Bidang ini member penekanan kepada sembilan unit

iaitu keselamatan dan organisasi bengkel, kreativiti dan rekacipta, rekabentuk dan

penghasilan projek, elektrik dan elektronik, baik pulih dan penyelenggaraan, jahitan,

tanaman hiasan, ikan hiasan dan tanaman sayuran. Secara keseluruhannya

sebanyak 27 tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan ditawarkan dalam

bidang ini.

Kemahiran dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid

mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Bidang Reka Bentuk dan

Teknologi membekalkan murid Tahun Empat dengan pengetahuan dan kemahiran

Page 6: inovasi dalam kurikulum KHSR

12

asas teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan

proses reka bentuk. Untuk tujuan ini, murid didedahkan kepada mengenal bentuk-

bentuk asas, melakar dan pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian

reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses

pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula

bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu, murid juga

menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang

telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa

melakukan aktiviti turut diberi penekanan.

Bagi murid Tahun Lima pula, bidang ini menyediakan murid-murid dengan

pengetahuan yang sedikit kompleks berbanding semasa mereka berada dalam

Tahun Empat. Murid didedahkan bagaimana merekabentuk dan menghasilkan projek

yang melibatkan bahan berasaskan logam dan bahan kitar semula. Mereka juga

diperkenalkan dengan komponen-komponen elektronik dan menghasilkan projek

elektronik. Selain itu, murid diajar cara melakukan kerja penyenggaraan bangunan.

Di samping itu, murid diajar cara membaiki pakaian dan memelihara ikan hiasan.

Murid-murid Tahun Enam pula ditawarkan dengan aktiviti yang lebih

mencabar. Bidang ini menyediakan murid-murid dengan pengetahuan tentang

penyenggaraan dan mebaiki kerosakan pada mesin mudah dan memperbaiki

perabot. Mereka juga diajar cara penghasilan artikel. Murid-murid juga belajar

bagaimana teknik yang betul dalam menanam tanaman sayuran.

2.1.2 Bidang Perniagaan dan Keusahawanan

Manakala bagi bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula, ia membekalkan murid

dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini

member penekanan terhadap lapan unit iaitu barang jualan, merancang dan

menyediakan jualan, mempromosi jualan, menguruskan jualan, merekod jualan,

mengurus perbelanjaan diri, risiko dalam perniagaan dan sikap pengguna yang bijak.

Page 7: inovasi dalam kurikulum KHSR

13

Bidang ini menawarkan 18 pecahan tajuk berdasarkan unit-unit berkaitan.

Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, tajuk merancang dan menyediakan jualan

adalah tajuk yang amat dititik beratkan dalam bidang ini kerana kekerapan yang

ditunjukkan dalam jadual pemetaan.

Bidang Perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid Tahun Empat

dengan pengetahuan asas dalam mengenal pasti kumpulan sasaran bagi sesuatu

jenis barang dan mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan sumber bekalan.

Murid juga diajar merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan

semasa aktiviti jual beli. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan secara

bungkusan, melayan pelanggan dan merekod jual beli dengan lebih sistematik.

Bagi murid Tahun Lima pula, unit merancang dan menyediakan jualan masih

lagi diterapkan. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan cara membuat promosi

jualan melalui poster. Murid turut didedahkan cara menguruskan jualan dan

pengurusan perbelanjaan diri yang bijak.

Murid Tahun Enam pula masih lagi ditawarkan unit merancang dan

menyediakan jualan. Mereka juga dibekalkan dengan kemahiran mempromosi jualan

melalui Katalog. Murid juga diterapkan dengan kemahiran mengurus jualan dan

mereka juga diajar tentang risiko dalam perniagaan dan sikap pengguna yang bijak.

2.2 Kesesuaian Kandungan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

2.2.1 Kesesuaian Kandungan

Kesesuaian kandungan dalam sesuatu sukatan pelajaran merupakan elemen

penting dalam merealisasikan kurikulum yang digubal. Berdasarkan penelitian yang

telah dibuat jelas menunjukkan bahawa Sukatan Pelajaran – KHSR mempunyai

kesesuaian dari segi kandungannya. Kandungannya yang menekankan bidang reka

bentuk dan teknologi amat relevan dalam mencetuskan pembentukan kreativiti

Page 8: inovasi dalam kurikulum KHSR

14

dalam diri murid-murid. Kreativiti amat perlu untuk menjadikan murid lebih cenderung

menghasilkan sesuatu yang baru. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa negara

kita ini kekurangan yang boleh mencorakkan ekonomi negara berbanding dengan

negara luar.

Selain daripada itu, mengikuti kajian yang dijalankan oleh Mohd Bakari (2007),

matapelajaran Kemahiran Hidup ini diminati oleh murid samada pelajar yang cerdas

atau pelajar yang agak lemah. Pemupukan kreativiti dalam kandungan sukatan

secara praktikal menjadi pemangkin kepada peningkatan penerimaan minda

terhadap matapelajaran lain sekaligus dapat mengatasi masalah sosial dikalangan

pelajar. Ini kerana minat yang mendalam terhadap projek rekacipta maka sedikit

sebanyak dapat membenteras masalah sosial dikalangan mereka. Jelas disini

kurikulum Kemahiran Hidup amat sesuai kandungannya dalam membentuk intelek,

emosi dan sosial pelajar sebagaimana yang ditetapkan dalam falsafah pendidikan

kebangsaan.

Kandungan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan pula amat

bersesuaian dalam memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan

berdaya saing.

Kandungan Kurikulum Kemahiran Hidup juga bersesuaian dalam

meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar,memupuk kemahiran berfikir secara

kritis dan kemahiran membuat keputusan bagi melahirkan warganegara yang cukup

pakejnya iaitu berpengetahuan,melaksanakan pengetahuan dan menyampaikan

kepada orang lain untuk keberuntungan bersama.Contoh yang jelas dapat dilihat

dalam unit kreativiti dan rekacipta.Dalam unit ini mereka didedahkan tentang berfikir

secara kritis dalam mengenal pasti idea,membuat keputusan dalam pemilihan idea

terbaik dan seterusnya berkomunikasi dalam membuat persembahan hasil dan

binaan secara lisan.

Page 9: inovasi dalam kurikulum KHSR

15

2.2.2 Kesesuaian Susunan Kandungan

Susunan kandungan dalam sukatan memberikan impak yang besar terhadap

keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penelitian yang

dilakukan terhadap sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

mendapati bahawa sukatan ini bersesuaian dari aspek susunan kandungannya.

Kandungan pembelajarannya disusun mengikut kesesuaian tahap

perkembangan murid dalam sesuatu tahun.Bagi murid tahun empat topik-topik

yang disusun terdiri dari topik-topik peringkat asas sahaja. Manakala bagi tahun

lima,isi pelajaran dan kemahiran adalah lebik kompleks berpanding pelajaran

tahun empat. Bagi tahun enam pula, skop pengajaran dan pembelajaran adalah

lebih luas berbanding tahun sebelumnya.

Selain daripada itu, kemahiran yang diterapkan dalam isi kandungannya

juga disusan mengikut aras.Kemahiran dan aras tertentu amat bersesuaian

dalam tujuan membantu guru menyampaikan pengajarannya secara lebih

berkesan dengan mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan murid.

2.3 Cadangan inovasi – inovasi dalam sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Meskipun kurikulum yang telah digubal dan dilaksanakan pada waktu ini amat

bersesuaian dari segi kandungannya,namun perlu kita sedari bahawa Malaysia

membangun dengan begitu pantas. Oleh itu beberapa penambahbaikan perlu

dibuat demi menjamin kurikulum yang diguna pakai sentiasa releven dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah 2002 dilihat telah mengalami beberapa inovasi.

Aspek objektif dan matlamat

Matlamat dan objektif sukatan kemahiran Hidup Tahun 2002 tidak banyak

berubah berbanding sukatan Kemahiran Hidup Tahun 1993. Namun begitu

beberapa objektif baru diperkenalkan seperti melakar bentuk asas secara 2D

dan 3D,mengenalpasti komponen elektrik dan elektronik dan memelihara ikan

hiasan.

Page 10: inovasi dalam kurikulum KHSR

16

Aspek organisasi kandungan

Terdapat inovasi yang besar berlaku dari segi aspek ini. Kurikulum

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tahun 1993 dibahagikan kepada tiga tajuk

utama iaitu menyenggara,membaiki kerosakan dan menghasilkan barang,

mengusahaniagakan barang dan mengurus diri dan kerja.Setiap tajuk utama

terdapat tajuk-tajuk kecil di dalamnya.Perincian sukatan dibahagikan kepada

lima lajur iaitu :

Tajuk kecil

Kemahiran

Pengetahuan

Nilai/sikap

Cadangan aktiviti

Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tahun 2002 pula mengalami

inovasi apabila organisasi kandungannya dibahagikan kepada dua bidang iaitu

rekabentuk dan teknologi dan perniagaan dan keusahawanan. Terdapat

beberapa unit dibawah setiap bidang.Huraian sukatan dibahagikan kepada tiga

lajur iaitu :

Bidang / unit / tajuk pembelajaran

Hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti pembelajaran

Penambahbaikan juga dapat dilihat ketara dalam lajur hasil pembelajaran

dimana ia dibahagikan kepada tiga aras pengetahuan. Inovasi yang dibuat ini

dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan dengan mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan murid.

Page 11: inovasi dalam kurikulum KHSR

17

Aspek Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan pembelajaran

Aspek ini memperlihatkan terdapat beberapa perubahan berlaku dalam

Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 2002 di mana terdapat

penambahan kemahiran yang murid perlu lakukan sendiri secara aktif dalam

pelbagai aktiviti. Antara penekanan kemahiran yang ditambah adalam membuat

lakaran bentuk asas, mengenal pasti dan membezakan litar elektrik dan

elektronik serta menghasilkan tumbuhan hiasan dan memelihara ikan hiasan.

Aspek isi kandungan

Beberapa perubahan berlaku dari segi kandungannya berlaku dalam

Kurikulum Kemahiran Sekolah Rendah 2002 . Terdapat kandungan yang

terdapat dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

1993digugurkan. Antara isi kandungan yang digugurkan adalah :

Menyesuaikan diri dengan orang lain.

Menggunakan masa.

Merancang dan mengurus kerja.

Selain daripada itu, terdapat isi kandungan baru yang diserapkan dalam

Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 2003. Antara kandungan yang

diserapkan adalah:

Penghasilan artikel jahitan

Membaiki pakaian

Tanaman sayuran

Pendedahan kepada asas rekabentuk

Memelihara ikan hiasan

Cadangan inovasi baru dalam kurikulum akan datang

Walaupun dikatakan kurikulum sedia ada telah mencukupi namun beberapa

inovasi perlu dijalankan demi merealisasikan harapan untuk menjadi negara

maju terlaksana. Ini dapat dicapai melalui penerapan penggunaan ICT di sekolah

Page 12: inovasi dalam kurikulum KHSR

18

rendah.Ini adalah amat penting untuk mengatasi masalah kegugupan

penggunaan perisian yang lebih sukar semasa di sekolah menengah nanti.Murid

dicadangkan untuk belajar penggunaan rotate 90 ̊ ,copy,paste dan beberapa ikon

asas sebagai persediaan untuk mempelajari autocad semasa di sekolah

menengah nanti.

Selain itu satu satu tambahan baru untuk sekolah rendah ialah lukisan

grafik dibawah bidang rekabentuk dan teknologi. Di bawah tema ini murid akan

melukis sendiri grafik projek yang akan dibangunkan bagi mendedahkan murid

secara perlahan-lahan ke dalam arena rekabentuk grafik. Dengan kurikulum

ini,kreativiti murid dapat dibentuk dengan lebih mudah dan interaktif.

Inovasi baru yang boleh dicadangkan dalam tajuk pertanian adalah

pengenalan terhadap peralatan dan mesin-mesin pertanian yang canggih.Murid-

murid boleh di perkenalkan mesin-mesin terkini supaya menimbulkan keterujaan

terhadap bidang pertanian dan menyingkirkan pandangan negatif murid terhadap

bidang pertanian yang dianggap kolot.

3.0 Rumusan

Segala perkembanga dan penambahan baru harus disedari,difahami,dinilai dan

dikaji secara teliti dan rasional oleh guru-guru kemahiran hidup supaya dapat

menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran semasa dalam bidang ini.Dengan

menerima dan mencuba kaedah-kardah dan pendekatan dalam pedagogi

Kemahiran Hidup yang mungkin berbeza.Pelaksanaan matapelajaran Kemahiran

Hidup jelas telah memainkan peranan penting dalam reformasi pendidikan

Malaysia.Diharapkan kurikulum inidapat melahirkan pelajar yang berfikiran

kritis,kreatif dan inovatif,berkemahiran,bersedia dengan alam duniapekerjaan

dan mempunyai nilai-nilai murni yang menjadi sumbangan kea rah kejayaan

negara.

Page 13: inovasi dalam kurikulum KHSR

19

4.0 BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang .(2003). Penilaian Tahap Kecekapan Skim PerkhidmatanGuru :

Kompetensi Fungsi/ Khusus (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran).

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya,Selangor.

Ee Ah Meng .(1996). Pendidikan di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, guru dan

Sekolah. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor

Abdullah Sani Yahaya. (2005) . Mengurus Sekolah.PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

Ee Ah Meng .( 2003) . Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas

(semester 1 ) , S e l a n g o r , P e n e r b i t a n F a j a r B a k t i S d n .

B h d .

Mohd Daud Hamzah. (1994) . Reka Bentuk Kurikulum Sekolah .Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perekembangan kurikulum. (2002) Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu. Kementerian Pelajaran Malaysia .

Hj. Mohd Bakari Bin Zakaria, Hatta Bin Ismail dan Mohamad Bin Abdullah.

“Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Daerah Besut,

Terengganu”. Kertas dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut

Perguruan di Batu Lintang pada tahun 2007.

http// www.moe.gov.my

http://www.btpnjl.edu.my/index.php