inovasi guna semula

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA TERENGGANU. LAPORAN INOVASI DALAM BIDANG PENGUKUHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Inovasi : bekas dari bahan terbuang Tajuk : Guna Semula Bahan Konsep Sains : Bahan baru dan bahan terbuang INOVASI YANG DIHASILKAN Bekas dari benda terbuang dihasilkan untuk memudahkan murid lebih memahami konsep sains yang ingin ditekankan. Jika sebelum ini murid hanya didedahkan dengan botol, kertas surat khabar dan plastik sebagai bahan terbuang dan bahan inovasi ini membuka minda murid tentang bahan-bahan terbuang yang lain. Kami bertiga telah memulakan inovasi ini bermula dari tarikh 28 April 2012 sehinggalah pada 12 Mei 2012 dengan menggunakan kotak kasut dan kertas majalah untuk menghasilkan bekas yang menarik.Kertas digulung dan ditampal disekeliling kotak kasut. Kain perca juga dijadikan bunga dan ditampal disekeliling kotak. SEBELUM INOVASI Sebelum inovasi ini dibuat, alat radas yang hendak diagihkan kepada murid disusun diatas meja dan murid bergilir mengambil untuk di agihkan kesetiap kumpulan. Ini sudah tentu membazir masa mereka. Di dalam kelas pula, kapur dan buku disudut bacaan biasanya bertaburan dan selari dengan program 3K yang mahukan kelas yang bersih dan ceria, maka sudah tentu bekas ini sangat berguna.

description

laporan inovasi

Transcript of inovasi guna semula

Page 1: inovasi guna semula

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA TERENGGANU.

LAPORAN INOVASI DALAM BIDANG PENGUKUHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Inovasi: bekas dari bahan terbuang

Tajuk : Guna Semula Bahan

Konsep Sains : Bahan baru dan bahan terbuang

INOVASI YANG DIHASILKAN

Bekas dari benda terbuang dihasilkan untuk memudahkan murid lebih memahami

konsep sains yang ingin ditekankan. Jika sebelum ini murid hanya didedahkan dengan botol,

kertas surat khabar dan plastik sebagai bahan terbuang dan bahan inovasi ini membuka

minda murid tentang bahan-bahan terbuang yang lain.

Kami bertiga telah memulakan inovasi ini bermula dari tarikh 28 April 2012

sehinggalah pada 12 Mei 2012 dengan menggunakan kotak kasut dan kertas majalah untuk

menghasilkan bekas yang menarik.Kertas digulung dan ditampal disekeliling kotak kasut.

Kain perca juga dijadikan bunga dan ditampal disekeliling kotak.

SEBELUM INOVASI

Sebelum inovasi ini dibuat, alat radas yang hendak diagihkan kepada murid disusun

diatas meja dan murid bergilir mengambil untuk di agihkan kesetiap kumpulan. Ini sudah

tentu membazir masa mereka.

Page 2: inovasi guna semula

Di dalam kelas pula, kapur dan buku disudut bacaan biasanya bertaburan dan selari

dengan program 3K yang mahukan kelas yang bersih dan ceria, maka sudah tentu bekas ini

sangat berguna.

Keadaan di dalam bilik sains keadaan di dalam kelas

SELEPAS INOVASI

Pembahagian alat dan radas dalam bilik sains lebih cepat dan sistematik. Masa juga

dapat dijimatkan.

Penjimatan kos – tidak perlu membeli bakul.

Page 3: inovasi guna semula

Suasana bilik sains dan kelas lebih kemas dan ceria.

Selepas inovasi di dalam bilik sains Di dalam kelas

Page 4: inovasi guna semula

FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN.

1. Kreativiti

Bilik sains dan kelas yang kemas dapat membekalkan iklim pembelajaran

yang sesuai dan ini juga dapat menarik minat murid untuk belajar.

Murid akan dapat menghasilkan beberapa bekas yang lebih menarik dengan

menambah beberapa lagi bahan terbuang seperti straw, lidi, butang dan

sebagainya.

2. Signifikan

Inovasi ini dapat memperkukuhkan lagi konsep sains tentang bahan terbuang

dan bahan baru. Murid juga dapat menambah pengetahuan sedia ada mereka

tentang bahan terbuang kerana mereka hanya terdedah kepada botol, plastik

dan kertas surat khabar sebelum ini.

3. Kecekapan

Bahan ini dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik sains kerana masa untuk mengagihkan bahan dan alat radas sains

dijimatkan.

4. Replicability

Inovasi ini boleh digunakan juga oleh guru-guru lain jika terdapat acara-acara

sekolah sebagai tempat meletak pamplet atau sebagai jambangan bunga.

Page 5: inovasi guna semula

5. Keberkesanan kos

Tiada kos yang besar diperlukan. Majalah, kain perca dan kotak kasut diambil

dari bahan terbuang. Hanya gam sahaja menggunakan sedikit kos.

6. Potensi Pelaksanaan

Didapati kelas kelihatan kemas kerana tiada lagi kapur dan buku yang

bertaburan. Bekas ini juga telah dijadikan tempat meletak bunga di dalam

kelas.

Suasana semasa sebelum eksperimen lebih teratur di dalam bilik sains.

7. Komitmen Pengurusan Atasan

Pihak pengurusan memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap bahan

yang dihasilkan.

Tiada bantahan bahan digunakan di dalam bilik sains, bilik darjah dan semasa

acara-acara sekolah dijalankan.