INOVASI PEDAGOGI

2
INOVASI PEDAGOGI ( DUSTBIN MARKS ) Inovasi pedagogi yang saya kemukakan adalah DUSTBIN MARKS. Dalam menghasilkan inovasi ini, saya mendapat idea daripada permasalahan yang timbul sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pelbagai aktiviti telah dirancangkan bagi menarik minat murid untuk belajar.Hasilnya murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Permasalahan yang timbul sewaktu saya ingin menjalankan aktiviti ialah pengawalan kelas dari segi tingkah laku murid. Mereka sangat berminat untuk menyertai setiap aktivti yang dijalankan. Namun begitu, mereka sukar sekali dikawal kerana murid- murid berebut-rebut untuk menonjolkan diri bagi menjawab soalan. Situasi begini menyebakan saya agak sukar untuk mengendalikan murid dan menyebabkan suasana bilik darjah bising. Situasi sebegini jika dibiarkan berlarutan dan berterusan sudah tentu akan menimbulkan satu keadaan yang tidak baik dalam bilik darjah dan menggangu hasil pembelajaran. Bagi membolehkan murid dikawal dan semua murid melibatkan diri secara aktif,saya telah mencipta satu penyelesaian dengan membuat satu kaedah penggunaan DUSTBIN MARKS. Konsep “DUSTBIN MARKS” ialah setiap murid akan diberi bintang markah . Setiap murid akan diberi sebuah kotak yang berbentuk seperti tong sampah. Setiap kali murid membuat tindakan yang positif atau negatif satu bintang kecil akan diberi

description

Praktikum fasa 3

Transcript of INOVASI PEDAGOGI

INOVASI PEDAGOGI ( DUSTBIN MARKS )Inovasi pedagogi yang saya kemukakan adalah DUSTBIN MARKS.Dalam menghasilkan inovasi ini, saya mendapat idea daripada permasalahan yang timbul sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pelbagai aktiviti telah dirancangkan bagi menarik minat murid untuk belajar.Hasilnya murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Permasalahan yang timbul sewaktu saya ingin menjalankan aktiviti ialah pengawalan kelas dari segi tingkah laku murid. Mereka sangat berminat untuk menyertai setiap aktivti yang dijalankan. Namun begitu, mereka sukar sekali dikawal kerana murid- murid berebut-rebut untuk menonjolkan diri bagi menjawab soalan. Situasi begini menyebakan saya agak sukar untuk mengendalikan murid dan menyebabkan suasana bilik darjah bising. Situasi sebegini jika dibiarkan berlarutan dan berterusan sudah tentu akan menimbulkan satu keadaan yang tidak baik dalam bilik darjah dan menggangu hasil pembelajaran. Bagi membolehkan murid dikawal dan semua murid melibatkan diri secara aktif,saya telah mencipta satu penyelesaian dengan membuat satu kaedah penggunaan DUSTBIN MARKS.Konsep DUSTBIN MARKS ialah setiap murid akan diberi bintang markah . Setiap murid akan diberi sebuah kotak yang berbentuk seperti tong sampah. Setiap kali murid membuat tindakan yang positif atau negatif satu bintang kecil akan diberi kepada murid supaya di masukkan ke dalam DUSTBIN MARKS tersebut. Bintang merah mewakili tingkahlaku negatif dan bintang hijau mewakili tingkah laku positif. DUSTBIN MARKS akan di letakkan di belakang kelas untuk menguji kejujuran murid murid. Saya akan membuat rekod penyimpanan data bagi melihat kesinambungan isi bintang di dalam DUTBIN MARKS adalah sama. Ini bertujuan untuk melihat kejujuran murid bagi memupuk nilai murni di dalam diri mereka. Pada akhir setiap topik, saya akan membuat pengiraan jumlah bintang positif dan jumlah bintang negatif setiap murid. Pengumpul bintang positif terbanyak akan di beri ganjaran dan pengumpul bintang negatif terbanyak akan di beri teguran sebab dan akibat daripada perbuatan mereka. Saya tidak akan mengenakan denda kepada murid pengumpul bintang negatif terbanyak kerana untuk mengelakkan murid rasa di pinggirkan dan menjatuhkan semangat mereka. Oleh itu,saya tidak akan mendenda murid yang mengumpul bintang negatif terbanyak malahan saya akan memberi ganjaran yang bersesuaian. Proses ini akan berjalan sepanjang tempoh pengajaran saya di sekolah tersebut.