Inovasi - Teknik,Kaedah,Strategi

4
INOVASI PEDAGOGI – KAEDAH TOKEN EKONOMI Seorang guru atau pasangan suami isteri, seringkali merasa kebingungan bagaimana harus mengawal tingkahlaku anak. Kadang kala, guru dan ibu bapa merasa kecewa dengan tingkah laku anak. Mereka agak kebingungan bagaimana cara menghentikan perilaku negatif anak. Token Ekonomi adalah satu daripada kaedah yang telah digunakan secara meluas dalam membentuk sesuatu tingkah laku. Ubah suai terhadap sesuatu tingkah laku dipanggil sebagai modifikasi tingkah laku. Token ekonomi dapat meneguhkan lagi sesuatu tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengan 'token'? Token ini adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai nilai (value) yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan tingkahlaku. Kebaikan token ekonomi ini adalah boleh ditukar secara serta merta. Dan ianya boleh digandingkan dengan mana-mana peneguhan yang lain. Strategi Token Ekonomi merupakan strategi terbaik untuk mengawal tingkah laku murid Pendidikan Khas. Sistem yang digunakan ialah konsep hukum dan ganjaran. Setiap tingkah laku yang positif diberi pelekat sebagai salutasi kepada murid manakala tingkah laku negatif akan ditarik semula pelekat tersebut. Token Ekonomi mempunyai jangka masa tertentu dan hadiah akan diberikan kepada murid berdasarkan bilangan pelekat yang diperolehi sepanjang tempoh pelaksanaan. Saya telah mengaplikasikan strategi ini pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di setiap kelas yang saya ajar. Dengan kaedahi ini, saya dapat mengawal tingkah laku sebahagian murid yang bermasalah tingkah laku.

description

Praktikum

Transcript of Inovasi - Teknik,Kaedah,Strategi

INOVASI PEDAGOGI KAEDAH TOKEN EKONOMI

Seorang guru atau pasangan suami isteri, seringkali merasa kebingungan bagaimana harus mengawal tingkahlaku anak. Kadang kala, guru dan ibu bapa merasa kecewa dengan tingkah laku anak. Mereka agak kebingungan bagaimana cara menghentikan perilaku negatif anak.Token Ekonomi adalah satu daripada kaedah yang telah digunakan secara meluas dalam membentuk sesuatu tingkah laku. Ubah suai terhadap sesuatu tingkah laku dipanggil sebagai modifikasi tingkah laku. Token ekonomi dapat meneguhkan lagi sesuatu tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengan 'token'? Token ini adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai nilai (value) yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan tingkahlaku. Kebaikan token ekonomi ini adalah boleh ditukar secara serta merta. Dan ianya boleh digandingkan dengan mana-mana peneguhan yang lain.

Strategi Token Ekonomi merupakan strategi terbaik untuk mengawal tingkah laku murid Pendidikan Khas. Sistem yang digunakan ialah konsep hukum dan ganjaran. Setiap tingkah laku yang positif diberi pelekat sebagai salutasi kepada murid manakala tingkah laku negatif akan ditarik semula pelekat tersebut. Token Ekonomi mempunyai jangka masa tertentu dan hadiah akan diberikan kepada murid berdasarkan bilangan pelekat yang diperolehi sepanjang tempoh pelaksanaan. Saya telah mengaplikasikan strategi ini pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di setiap kelas yang saya ajar. Dengan kaedahi ini, saya dapat mengawal tingkah laku sebahagian murid yang bermasalah tingkah laku.INOVASI PEDAGOGI TEKNIK SOAL JAWABSecara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru kerana hampir kesemua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan teknik penyoalan.

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Teknik soal jawab dianggap teknik terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Melalui teknik ini, kita akan dapat mengenali dan mendampingi pelajar kita dengan sebaiknya.. Harus diingat, kaedah ini juga dapat digunakan untuk menilai hasil pelajaran atau aras yang dicapai oleh seseorang guru. Kerana itu, mereka perlulah menguasai kaedah dan juga teknik bersoal jawab. Kemahiran ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang dengan sebaik-baiknya.

Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KSSR ataupun KSPK. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

INOVASI PEDAGOGI STRATEGI BERPUSATKAN MURID

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Aktiviti secara kumpulan, bermain dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan teknik berpusatkan murid di kelas K2 dalam mata pelajaran Kemahiran Manipulatif.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik dan murid digalakkan memberi pendapat mereka. Teknik ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. Di bawah teknik berpusatkan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Saya telah mengadakan aktiviti penghasilan clay dengan menggunakan tepung pulut dan permainan doh dengan tanah liat yang selaras dengan kemahiran motor halus dalam standard kandungan dan pembelajaran untuk KSSR Tahun 4. Saya telah mewujudkan teknik berpusatkan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan kedua-dua aktiviti ini. Objektif pembelajaran telah dicapai secara langsung atas kerjasama murid.