Insomnia

3
Tidur merupakan suatu keadaan dimana badan berehat secara semula jadi. Keadaan ini dialami semuafauna. Secara saintifik, perkataan ‘tidur’ (sleep) didefinisikan sebagai satu keadaan tubuh dan minda yang lazimnya berulang selama beberapa jam setiap malam di mana sistem saraf tidak aktif, mata tertutup dan otot-otot postural dalam keadaan santai. Tidur yang berkualiti menjunjung makna badan mempunyai jangka masa rehat yang secukupnya yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar sepanjang hari. Tidur yang cukup setiap hari dapat memantapkan kecergasan minda. Fungsi otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang individu tidak dapat meperolehi tidur yang mencukupi dan otak akan mengambil masa yang lama untuk pulih yakni kembali ke keadaan sedia ada. Semasa seseorang tidur, sel-sel di dalam badan individu tersebut melalui proses pemulihan. Allen Nicholson (Penyelaras klinikal di Pusat Gangguan Tidur, Hospital Columbus Community Ohio) menjelaskan bahawa semasa tidur, badan seseorang akan mengeluarkan hormon pertumbuhan (growth hormone) yang fungsinya adalah untuk memperbaiki sel-sel yang rosak. Selain itu, penyimpanan maklumat jangka panjang (long-term memory) di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Tidur juga dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Dr. Tom Mackay, (Pakar berhubung penyakit-penyakit sistem pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edingburgh Royal Infirmary Scotland) menyimpulkan bahawa jangka waktu tidur yang tidak mencukupi menyebabkan beberapa perubahan kimia di dalam badan dan ini meningkatkan risiko seseorang menghidap penyakit kencing manis, sakit jantung, strok dan sebagainya.

description

article

Transcript of Insomnia

Tidur merupakan suatu keadaan dimana badan berehat secara semula jadi. Keadaan ini dialami semuafauna. Secara saintifik, perkataan tidur (sleep) didefinisikan sebagai satu keadaan tubuh dan minda yang lazimnya berulang selama beberapa jam setiap malam di mana sistem saraf tidak aktif, mata tertutup dan otot-otot postural dalam keadaan santai. Tidur yang berkualiti menjunjung makna badan mempunyai jangka masa rehat yang secukupnya yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar sepanjang hari. Tidur yang cukup setiap hari dapat memantapkan kecergasan minda. Fungsi otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang individu tidak dapat meperolehi tidur yang mencukupi dan otak akan mengambil masa yang lama untuk pulih yakni kembali ke keadaan sedia ada. Semasa seseorang tidur, sel-sel di dalam badan individu tersebut melalui proses pemulihan. Allen Nicholson (Penyelaras klinikal di Pusat Gangguan Tidur, Hospital Columbus Community Ohio) menjelaskan bahawa semasa tidur, badan seseorang akan mengeluarkan hormon pertumbuhan (growth hormone) yang fungsinya adalah untuk memperbaiki sel-sel yang rosak. Selain itu, penyimpanan maklumat jangka panjang (long-term memory) di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Tidur juga dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Dr. Tom Mackay, (Pakar berhubung penyakit-penyakit sistem pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edingburgh Royal Infirmary Scotland) menyimpulkan bahawa jangka waktu tidur yang tidak mencukupi menyebabkan beberapa perubahan kimia di dalam badan dan ini meningkatkan risiko seseorang menghidap penyakit kencing manis, sakit jantung, strok dan sebagainya. Keperluan jangka waktu tidur adalah berbeza bagi setiap orang. Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Ramai yang mempunyai persepsi yang bahawa apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Hakikatnya, bukan usia yang menentukan keperluan untuk tidur tetapi kemampuan untuk tidur menurun apabila usia meningkat. Tanpa menyedari, hampir satu per tiga masa kita masa dalam tempoh kehidupan seseorang diluangkan untuk tidur. Namun, ada segelintir individu yang menghadapi masalah gangguan tidur. Jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan Menghadapi pelbagai masalah yang kronik.Gangguan tidur (Somnipathy) adalah gangguan perubatan dari pola tidur. Ada beberapa jenis gangguan tidur yang kronik berpotensi mengganggu fungsi fizikal, mental, sosial dan emosi seseorang individu. Polysomnography dan actigraphy adalah ujian umum memerintahkan untuk beberapa gangguan tidur. Apabila seseorang mengalami masalah untuk tidur dan atau tidur tanpa sebab yang jelas, ia disebut sebagai insomnia. Faktor menyebabkan penyakit insomnia adalah pelbagai. Jet lag adalah salah satu penyebab insomnia. Perubahan waktu tidur secara tiba-tiba dalam rutin seharian akan menyebabkan masalah gangguan tidur. Individu terbabii tidak dapat melelapkan mata semasa masa tidur yang tidak lazim. Selain itu, stres juga adalah antara penyebab yang mengundang penyakit masalah tidur. Situasi yang membebankan minda dengan pelbagai masalah akan mengakibatkan seseorang untuk tidak boleh tidur dengan tenang. Rentetan itu, pengeluaran daripada ubat, alcohol, ubat penenag atau ubat perangsang juga akan menyebabkan masalah gangguan tidur. Disingkap dari punca jangka waktu panjang atau Long-Term Insomnia kronik, majoriti penyebab insomnia kronik biasanya dikaitkan dengan keadaan jiwa atau fisiologi.Insomnia boleh dirawati dengan ubat-ubatan tertentu tetapi keberkesanannya adalah untuk jangka waktu yang pendek. Justeru, kaedah natural boleh diamalkan untuk mengubati penyakit ini. Terdapat beberapa kaedah-kaedah natural yang dapat diamalkan untuk menghindari gangguan tidur antaranya adalah menghindari cahaya semasa tidur kerana cahaya terang dapat merangsang proses produksi hormon melatonin dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk tidur. Keduanya, senaman dapat membantu mengatasi masa tidur sekali gus menyihatkan tubuh badan. Selain itu, tabiat merokok dan minum alkohol perlu dielakkan kerana nikotin dan kafein dapat membantu tubuh semakin terjaga. Pengaturan jadual tidur yang sesuai juga dapat membantu untuk tidur dengan aman mengikut masa yang ditetapkan manakala suasana tempat tidur yang nyaman juga dapat merangsang seseorang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.Rasionalisasinya, Insomnia adalah satu gejala yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan emosi,perubahan fisiologi, perubahan rutin seharian dan perubahan kegunaan ubat-ubatan. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang sesuai seperti ubat perangsang tidur dan sebagainya. Namun, adalah digalakkkan untuk menggunakan kaedah natural untuk mengubati penyakit ini.