INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ...

11
CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 1 | Mukasurat INSPITARI 2014 : MARTABAT KARYA TARI KREASI BARU SARAT ELEMEN TRADISI KUALA LUMPUR: Kita mungkin pernah melihat karya tari seperti Inang, Joget dan Zapin namun sedarkah kita betapa Malaysia mepunyai lebih daripada apa yang seringdipaparkan kepada khalayak? Jika fenomena ’Oppa Gangnam Style’ menggemparkan dunia apabila persembahan gerak tari yang diolah daripada gerakan menaiki kuda dan gaya hidup masyarakat Korea di bandar Gangnam menjadi inspirasi kepada penghibur Korea yang tersohor Psy, manakala Bollywood juga pernah membanjiri pasaran industri filem antarabangsa dengan koreografi tari yang memikat, apa pula dengan Malaysia yang ternyata memiliki khazanah tari yang kaya hasil masyarakat berbilang kaum yang menghuninya? Menyedari pengaruh tari mampu mencetuskan fenomena tersebut, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berusaha mengadakan Malam Gala Inspitari sekali lagi dan penganjuran kali ini dicetuskan atas sambutan cukup hebat sejak tahun 2010. Ia sebagai manifestasi lanjutan ke arah pembangunan industri kreatif yang mampu memperkasakan Seni Budaya Negara. Inspitari yang memperkenalkan tema Pencarian Tari Kreasi Baru, merupakan satu garapan daya cipta dan kreativiti ditampilkan dalam simbolik persembahan tarian ciptaan baru berasaskan imej dan identiti setiap negeri di Malaysia serta keunikan masyarakat Malaysia yang cuba dikupas oleh Kumpulan Kesenian JKKN seluruh Negara menerusi olahan tari. Program kesinambungan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) menyaksikan acara anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini kali ini sekali lagi dipersembahkan di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur sebagai lokasi utama Malam Gala ini.

Transcript of INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ...

Page 1: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 1 | M u k a s u r a t

INSPITARI 2014 : MARTABAT KARYA TARI KREASI BARU SARAT ELEMEN TRADISI

KUALA LUMPUR: Kita mungkin pernah melihat karya tari seperti Inang, Joget dan Zapin namun sedarkah kita betapa Malaysia mepunyai lebih daripada apa yang seringdipaparkan kepada khalayak? Jika fenomena ’Oppa Gangnam Style’ menggemparkan dunia apabila persembahan gerak tari yang diolah daripada gerakan menaiki kuda dan gaya hidup masyarakat Korea di bandar Gangnam menjadi inspirasi kepada penghibur Korea yang tersohor Psy, manakala Bollywood juga pernah membanjiri pasaran industri filem antarabangsa dengan koreografi tari yang memikat, apa pula dengan Malaysia yang ternyata memiliki khazanah tari yang kaya hasil masyarakat berbilang kaum yang menghuninya?

Menyedari pengaruh tari mampu mencetuskan fenomena tersebut, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berusaha mengadakan Malam Gala Inspitari sekali lagi dan penganjuran kali ini dicetuskan atas sambutan cukup hebat sejak tahun 2010. Ia sebagai manifestasi lanjutan ke arah pembangunan industri kreatif yang mampu memperkasakan Seni Budaya Negara. Inspitari yang memperkenalkan tema Pencarian Tari Kreasi Baru, merupakan satu garapan daya cipta dan kreativiti ditampilkan dalam simbolik persembahan tarian ciptaan baru berasaskan imej dan identiti setiap negeri di Malaysia serta keunikan masyarakat Malaysia yang cuba dikupas oleh Kumpulan Kesenian JKKN seluruh Negara menerusi olahan tari. Program kesinambungan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) menyaksikan acara anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini kali ini sekali lagi dipersembahkan di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur sebagai lokasi utama Malam Gala ini.

Page 2: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 2 | M u k a s u r a t

PENGENALAN Inspitari 2014 merupakan program kesinambungan Inspitari yang telah bermula sejak tahun 2010 hingga 2014 yang melibatkan 15 Kumpulan Kesenian JKKN. Gabungan dua (2) perkataan iaitu INSPIRASI dan TARI yang bermaksud menggarap idea baharu tari yang kreatif dan inovatif menerusi kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh koreografer seluruh negara dan menggarapnya dalam bentuk olahan tari yang dinamik namun masih mengekalkan keaslian dan tradisinya. Penganjuran Inspitari merupakan medium dalam melahirkan karya-karya dan produk baharu yang lebih dinamik dan malar segar. Program Inspitari adalah platform khusus untuk pencernaan idea dan garapan ilham oleh koreografer-koreografer Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di semua negeri. Inspitari dimulakan pada tahun 2010 dengan tujuan murni untuk memperkayakan vokabulari dan khazanah tari tanah air dengan memperbanyakkan koleksi tarian-tarian mengikut identiti negeri masing-masing. Inspitari pertama pada tahun 2010 telah membuahkan hasil membanggakan apabila di antara 14 tarian baru yang dipentaskan ketika itu, sekurang-kurangnya enam tarian telah dimantapkan dan dimasukkan di dalam repertoire persembahan yang dilaksanakan oleh JKKN untuk acara-acara yang dikendalikan samada di peringkat negeri, nasional atau antarabangsa. Sejak 2010 sebanyak 57 naskah tarian telah diolah semula dan juga tarian ciptaan baru yang bercirikan tempatan dan sarat dengan elemen tradisi telah diperkenalkan. Diantaranya ialah tarian Ketam Bangkang – tarian orang Asli Seletar Johor, ‘Ronggeng Pak Ungku’ yang diinspirasikan daripada salah satu hobi Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang gemar ‘Meronggeng’, Tarian Asli Rekas (JKKN Melaka), Tarian ‘Iluk Sumandak’ yang mengisahkan “Iluk Semandak” atau Tarian Anak Dara daripada suku kaum Tidong daerah Tawau mempamerkan kepakaran mereka menari di atas ‘lalai’ ataupun piring (Sekadar menyebut beberapa karya Inspitari 2013). INSPITARI 2014

Inspitari pada tahun 2014 ini menyaksikan kesemua 16 tarian yang dihasilkan lebih variasi sifatnya serta keseluruhan naskah tari ini diolah semula dan telah diberi nafas segar dari segi pola lantai, pergerakan dinamik mahupun susunan lagu dan busana.

Page 3: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 3 | M u k a s u r a t

KUMPULAN KESENIAN JKKN IBU PEJABAT : ‘KIUT’ & ‘KABBADI’

Kumpulan Kesenian JKKN Ibu Pejabat yang terdiri daripada 22 orang Artis Budaya turut mempersembahkan dua buah tarian iaitu ‘Kiut’ dan ‘Kabbadi’.

Di ilhamkan dari sebuah tarian karya baharu yang berasal daripada Tarian Indung (Pahang). Bagi memperkayakan koleksi tarian rakyat terkini, penambahbaikan telah dilakukan di dalam irama lagu dan gerak tari. Tarian ini menggambarkan aktiviti merumput padi di sawah atau huma yang menggunakan alat yang dipanggil ‘kiut’ atau ‘keri’.

Manakala Tarian ‘Kabbadi’ pula diilhamkan dari permainan tradisi masyarakat India Kabaddi. Karya baharu yang dinamakan Kabaddi Attam ini, diinspirasikan dari permainan yang begitu popular dalam masyarakat India iaitu Kabaddi. Jika dibuat perbandingan, Kabaddi mempunyai sedikit persamaan dengan permainan Galah Panjang. Pergerakan dalam permainan ini telah diolah untuk disesuaikan dengan karya baharu berdasarkan elemen pertarungan antara dua pasukan. Gerak tari seperti tolak dan tarik merupakan gerak dominan yang menonjolkan kekuatan dan kehebatan kedua-dua pasukan.

KUMPULAN KESENIAN JKKN PERLIS : TARIAN RAMBONG KRATHONG

Tidak mahu ketinggalan, JKKN Perlis membawakan tarian ‘Rambong Krathong’. Rambong bermaksud tarian dan Krathong bermaksud hiasan berbentuk bunga teratai. Tarian ini diilhamkan daripada perayaan Loy Krathong yang disambut oleh komuniti Siam Perlis. Rambong Krathong menyaksikan kemeriahan pesta tari-menari dengan menggunakan krathong yang dihias indah. Terdapat adegan gurau senda dan pikat-memikat di antara pemuda-pemudi semasa menyambut perayaan Loy Krathong. Ia digambarkan di dalam karya ini dengan iringan lagu berunsur tradisi komuniti masyarakat Siam Perlis.

KUMPULAN KESENIAN JKKN KEDAH : ‘MET KETOK’

Sementara itu, Kumpulan Kesenian JKKN Kedah mempertaruhkan Met Ketok adalah gabungan perkataan met (mata) dan ketok (hari). Tarian ini diadaptasikan daripada keindahan cahaya matahari sebagai simbolik tanda terima kasih dan rasa syukur masyarakat Orang Asli suku kaum Kensiu. Keunikan tarian ini terletak pada gerak kaki seperti jalan itik. Pola lantai asas

Page 4: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 4 | M u k a s u r a t

bulatan masih dikekalkan sebagai perlambangan acara keramaian. Seterusnya, imej dan busana suku kaum Kensiu dalam tarian ini masih dikekalkan. Lagu yang mengiringi karya ini merupakan ciptaan baharu gubahan dan nyanyian Artis Budaya Kumpulan Kesenian (KK JKKN) Kedah, Othman bin Ariff dan Ali bin Ariff (ARJAMRA). Manakala liriknya disusun semula oleh Pengarah JKKN Kedah sendiri, Abdul Mutalib bin Abdul Rahman.

KUMPULAN KESENIAN JKKN PULAU PINANG : ‘GHEMEH’

Manakala Kumpulan Kesenian JKKN Pulau Pinang mengolah tarian kreasi baru yang diinspirasikan daripada Siput Remis atau Ghemeh dalam loghat utara yang dikenali juga sebagai siput Lala kecil. Iaitu sejenis moluska bercengkerang yang boleh didapati di pesisir pantai. Karya baharu ini menggambarkan tentang keseronokan dan keghairahan mencari Ghemeh. Gerakan tari Ghemeh diasimilasikan daripada pergerakan tangan (mengorek) dan kaki (menguis).

KUMPULAN KESENIAN JKKN PERAK : ‘RONTAK KUDO’

Kumpulan Kesenian JKKN Perak pula mempersembahkan tarian karya baharu yang diangkat daripada salah sebuah kesenian masyarakat etnik Rawa, Gopeng Perak. Pada asalnya kesenian Rontak Kudo ini hanya berbentuk persembahan nyanyian berbalas pantun sahaja. Namun, ragam tari cuba dilahirkan berdasarkan nama kesenian ini. Ia digambarkan melalui gelagat seekor kuda yang sedang menari, serta lenggok badan dan kepala yang ditunjukkan oleh kuda tersebut. Di samping itu, koreografer turut menyelitkan ragam manusia yang menunggang kuda. Manakala dari segi muzik pula, ia telah digubah baharu menjadi lebih rancak yang mana pada asalnya hanyalah bunyi paluan rebana asli yang seakan-akan bunyi tapak kuda. Gubahan tersebut dibuat oleh Abdul Sufi bin Abdul Rashid, dan dinyanyikan oleh artis budaya KK JKKN PERAK.

KUMPULAN KESENIAN JKKN SELANGOR : ‘KERONCONG BERDENDANG KASIH’

Dalam gerak tari karya baharu ini, JKKN Selangor menonjolkan gerak tari berasaskan irama keroncong. Gerak tari keroncong ini mempamerkan nilai-

Page 5: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 5 | M u k a s u r a t

nilai kasih sayang melalui perincian gerak tarinya. Di samping itu, kesantunan gerak tari teruna dan dara juga dikekalkan. Lagu keroncong dipilih untuk Inspitari kali ini kerana muzik keroncong telah diangkat dan diiktiraf oleh kerajaan negeri Selangor sebagai “sound of Selangor” dan merupakan jati diri negeri Selangor dalam aspek muzik.

KUMPULAN KESENIAN JKKN KUALA LUMPUR : ‘LENGGANG BUKIT BINTANG’

Sesuai dengan kewujudan kumpulan ini yang berada di bandaraya kosmpolitan, Kuala Lumpur, maka pastinya Inspitari menjadi medan sengit bagi kumpulan ini. 2013, Kumpulan Kesenian JKKN WPKL mempertaruhkan tarian ‘Joget Kasih LRT’ yang diolah hasil daripada suasana harian setiap manusia di Kuala Lumpur yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api. Ia berbeza dengan 2014 ini apabila menghasilkan ‘Lenggang Bukit Bintang’ merupakan satu bentuk tarian ciptaan baharu. Tarian ini diilhamkan daripada suasana di sekitar simpang empat Bukit Bintang. Ia memperlihatkan suasana yang sentiasa sibuk dengan ribuan pengunjung yang ingin melintas jalan menuju ke destinasi masing-masing. Karya ini disuntik dengan elemen percintaan sepasang kekasih untuk menjadikannya lebih menarik. Keunikan Lenggang Bukit Bintang ini dapat dilihat daripada corak persembahan yang menggunakan gerak dan langkah asas inang. Irama dan rentak lagu yang mengiringi tarian ini pula telah diolah mengikut kesesuaian gerak tari bagi menguatkan jalan cerita Lenggang Bukit Bintang.

KUMPULAN KESENIAN JKKN NEGERI SEMBILAN : ‘GHONTAK BONGAI’

Merupakan sebuah tarian karya baharu yang diolah daripada sebuah lagu bergenre Bongai dari Negeri Sembilan yang bertajuk Donak Donai. Gerakan baharu yang digunakan melambangkan identiti masyarakat Negeri Sembilan. Terdapat gerak - gerak yang tidak terdapat dalam tarian zapin dari negeri Johor. Ia ditampilkan begitu bagi menunjukkan sebuah tarian zapin baharu yang tidak terikut dengan zapin dari negeri lain khasnya negeri Johor. Tarian ini juga diselitkan dengan elemen-elemen bergurau senda dan usik mengusik.

Page 6: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 6 | M u k a s u r a t

KUMPULAN KESENIAN JKKN MELAKA : ‘TARI NAZAM’

JKKN Melaka pula kali ini mempertaruhkan Tari Nazam merupakan tarian ciptaan baharu yang diinspirasi dari kesenian Nazam yang terkenal di negeri Melaka. Pada asalnya persembahan Nazam tidak mempunyai tarian dan hanya dipersembahkan dalam posisi duduk dalam satu barisan. Walau bagaimanapun, gerak tari dicipta dan pergerakannya tertumpu pada gerak kaki serta ditarikan dengan menggunakan kayu pendek (pemukul tabuh) sebagai prop. Teknik gerak memukul lantai dalam karya ini disesuaikan mengikut rentak dengan cara tersendiri untuk menghasilkan bunyi dan sebagai satu identiti kepada tarian ini.

KUMPULAN KESENIAN JKKN JOHOR : ‘MAPPA DUPPA’

Mappa Duppa yang membawa erti Selamat Datang merupakan tarian ciptaan baharu yang dinspirasikan daripada Maduppa Bosara iaitu tarian yang popular dalam masyarakat Bugis di daerah Pontian, Johor. Tarian ini merupakan acara menyambut dan menjamu tetamu. Mereka dihidang dengan pelbagai jenis hidangan yang diletakkan di atas talam atau tepak yang ditutup dengan tudung saji kecil yang dipanggil ‘busarak’. Maduppa bermaksud menjemput atau mempersilakan. Tarian Mappa Duppa ini ditarikan secara berpasangan antara lelaki dan wanita, yang mana berbeza dengan tarian asal yang ditarikan oleh wanita sahaja.

KUMPULAN KESENIAN JKKN PAHANG : ‘LENGGOK CHE’ NOR’

Lenggok Che’Nor merupakan sebuah karya ciptaan baharu di mana ia mengisahkan tentang seorang wanita yang telah membuka warung dan dikenali ramai pada ketika itu. Beliau seorang yang dermawan, baik budi, bijaksana, disegani dan dihormati di sebuah pekan. Disebabkan itu pekan tersebut diberi nama Chenor sempena nama wanita berkenaan. Terhasilnya karya ini diadaptasi dari watak dan keperibadian Che’Nor itu sendiri dan gabungan muzik yang indah.

KUMPULAN KESENIAN JKKN TERENGGANU : ‘REJAM JENGA’

Tarian Rejam Jenga diadaptasi daripada tarian Awang Kasim Gila dalam kesenian tradisional - Saba. Gerak tari Rejam Jenga menggambarkan suasana sedang berlayar, berlabuh dan bersawai. Istilah ‘rejam’ bermaksud

Page 7: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 7 | M u k a s u r a t

menghentakkan kaki, manakala ‘jenga’ bermaksud ‘Kuala Jengal’ dalam loghat orang Hulu Dungun. Gabungan kedua-dua istilah ini maka terhasillah nama tarian Rejam Jenga. KUMPULAN KESENIAN JKKN KELANTAN : ‘MEK BUNGO’ Tarian Mek Bungo adalah garapan daripada gerakan memetik bunga di Taman Serendah Sekebun Bunga. Kejelitaan si anak dara (Mek Dara) sering membuat hati pemuda (Abe) terpaut. Tujuh kuntum bunga disulam bersama pemuda (Abe) untuk disisipkan pada sanggul sebagai pemanis si anak dara. Sementara itu JKKN Sarawak pula mengilhamkan Tarian ‘Menyak’ iaitu tarian yang menggambarkan kehidupan masyarakat suku kaum Melanau yang hidup di pesisir pantai Negeri Sarawak. Kegiatan harian mereka ialah menangkap ikan dan juga membuat Sagu. Sagu pula adalah salah satu makanan ruji bagi masyarakat suku kaum Melanau dulu-dulu. Gerak geri di dalam tarian ini menggambarkan kegiatan pemprosesan sagu dari memotong pokok Rumbia, mengikis, menginjak untuk mengeluarkan inti tepungnya ataupun tepung Lemantak hinggalah ke peringkat akhir apabila sagu di hasilkan. KUMPULAN KESENIAN JKKN SABAH : ‘ULUN MADAI’ Kaya dengan kepelbagaian etnik JKKN Sabah pula menghasilkan tarian ini yang mengisahkan kehidupan masyarakat suku kaum Idaan yang tinggal di daerah Lahad Datu, Kunak ketika mencari rezeki dengan mengutip sarang burung di Gua Madai. Setibanya musim mengalap iaitu mengutip, pelbagai karenah dan ragam dapat dilihat yang memaparkan jalinan kerjasama hidup bermasyarakat. Tarian ini berasaskan tarian Mengalap dan diadaptasikan dalam bentuk karya baharu yang dinamakan Tarian Ulun Madai. KUMPULAN KESENIAN JKKN SARAWAK : ’NGALAI APU’ BUSAK’ Ngalai Apu’ Busak diadaptasikan daripada lagu rakyat Busak Pakui suku kaum Lun Bawang yang majoritinya menetap di pedalaman utara negeri Sarawak. Tarian ini diolah mengikut kegiatan dan kerja harian mereka ke hutan untuk mencari sumber makanan dan keperluan lain; sehinggalah mereka terjumpa (apu’ – dalam loghat Lun Bawang) sejenis bunga (busak – dalam loghat Lun Bawang) yang sangat cantik dan unik. Bunga itu melambangkan keanggunan, kelembutan dan keindahan; dipamerkan menerusi gerak tangan dan lenggok badan penari wanita. Kesinambungan gerak tari dan alunan muzik melambangkan pertemuan bunga yang unik, maka lahirlah sebuah karya baharu iaitu Ngalai Apu’ Busak. KESIMPULAN INSPITARI 2014

Page 8: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 8 | M u k a s u r a t

Sekalipun bertunjang komersial, keaslian dan disiplin dalam tarian tradisional masih dikekalkan. Improvisasi yang diketengahkan bertujuan menghasilkan persembahan yang lebih menarik, relevan dan seiring dengan tuntutan peredaran zaman. Kesemua 14 kumpulan mewakili seluruh negara sebelum ini telah melalui pengisian program seperti bengkel dan latihan kumpulan yang berlangsung pada lalu. Tugasan yang diberikan kepada para koreografer seluruh Negara adalah mudah : iaitu menghasilkan sebuah tarian sama ada berasaskan tarian sedia ada masyarakat setempat di negeri masing-masing. Membuat olahan semula agar ia lebih menarik dan segar, sesuai dengan keadaan masa kini agar dapat dihindari dari kepupusan, sebaliknya akan terus dilestarikan oleh generasi masa kini. Atau, garap sebuah tarian baru berasaskan kehidupan masyarakat setempat masa silam atau masa kini. Menurut YBhg. Datuk Norliza Rofli, aspirasi JKKN yang kini berada di bawah naungan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, adalah menterjemahkan karya tari lama dan ‘authentic’ atau olahan tari baru yang sarat dengan elemen tradisi dan tempatan kepada suntikan komersil dan bersifat dinamik agar lebih relevan dalam arus industri tari mahu pun seni persembahan. Menurut beliau lagi, berdasarkan penyelidikan dan olahan semula, 16 tarian yang dikoreografkan oleh 16 orang koreografer pada Malam Gala Inspitari ini telah melibatkan 276 orang Artis Budaya di bawah JKKN. Apa yang telah dipersembahkan mungkin bukan sempurna sepenuhnya, namun setidak-tidaknya, idea baru dan garapan segar telah mula dibenihkan melalui persembahan pada malam ini. Justeru, hasil daripada ‘pembenihan’ idea kreatif ini akan menjadi satu bentuk repertoire apabila JKKN mengadakan persembahan sama ada di dalam mahupun luar negara bersesuaian dengan produk seni tari sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke Malaysia. Ujarnya lagi, JKKN akan terus melaksana usaha ‘pembenihan idea kreatif’ ini dan Inspitari menjadi makmal utama menyaksikan keghairahan para pereka tari JKKN ini untuk berkarya dan melihat penanda aras dan maklum balas dari penonton. JKKN amat menggalakkan karyawan seni tempatan untuk terus berkarya dan bereksperimen di samping membantu memberi nilai tambah terhadap penciptaan mereka agar sejajar dengan arus pemodenan dunia tanpa sempadan kini. JKKN sentiasa peka mencari inisiatif untuk memberi nilai tambah, pembaharuan ke arah transformasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan seni budaya tanahair dalam mengiktiraf karyawan seni budaya tempatan dengan menyediakan landasan untuk mereka mempersembahkan hasil karya bermutu untuk dikongsi dan dihayati bersama.

Page 9: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 9 | M u k a s u r a t

Atas dasar tersebut maka Malam Gala Inspitari dijadualkan bermula pada 6 dan 7 September ini jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Orang ramai boleh melayari fan-page facebook mysenibudaya atau www.jkkn.gov.my untuk keterangan lanjut. Juga tempahan pas masuk PERCUMA di talian 03-26148200 (Waktu Pejabat sahaja). Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tel : 03-2614 8323 (Ezlina Alias) E-mail : [email protected] 1 September 2014

Page 10: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 10 | M u k a s u r a t

LAMPIRAN

SENARAI SUSUNAN PERSEMBAHAN MALAM GALA INSPITARI 2014

BIL JKKN TAJUK TARIAN KOREOGRAFER

1. Persembahan Pembukaan

2. Pengenalan 16 orang Koreografer JKKN seluruh negara

3. Segmen 1 : Persembahan 5 kumpulan pertama

3.1 JOHOR Mappa Duppa Hamly Shah Ramli

3.2 PERAK Rontak Kudo Zuri Azmir Zukpli

3.3 KEDAH Met Ketok Nor Azreen Aznan

3.4 PULAU PINANG Ghemeh Abd Razak Abd Malek

3.5 KELANTAN Mek Bungo Mohd Radzi Yusof

4 Persembahan Jemputan

4.1

MAWARKU ( Pertubuhan Warisan Seni Tari dan Muzik Melayu )

4.2 Kelab Tunas Budaya

JKKN Selangor Ya Nars

Tari Rampaian

Rakyat

5. Segmen 2 : Persembahan 5 kumpulan kedua

5.1 MELAKA Tari Nazam Suhaib Daud

5.2 SABAH Ulun Madai Hasni binti Abu Hasan

5.3 IBU PEJABAT Kiut Amran Nunet

5.4 PERLIS Rambong Krathong

Novriadi Jamalus

5.5 PAHANG Lenggok Che’Nor

Mohd Ash’ari Osman

Page 11: INSPITARI 2014 - jkkn.gov.my Media Inspitari 2014.pdf · menggunakan alat yang dipanggil ˘kiut ˇ atau ˘keri ˇ. ... Manakala dari segi muzik pula, ia ... masyarakat suku kaum Melanau

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT JKKN © 11 | M u k a s u r a t

6 Persembahan Jemputan

6.1 WAKAKA CREW Urban 1 Malaysia

7. Segmen 3 : Persembahan 5 kumpulan ketiga

7.1 SELANGOR Keroncong Berdendang Kasih

Muhammad Muhaldin Jamin

7.2 SARAWAK Ngalai Apu’ Busak Soffina Ahmad

7.3 TERENGGANU Rejam Jenga Muhammad Suwandi Paiman

7.4 N. SEMBILAN Ghontak Bongai Nor Shaifulnizam Ramli

7.5 IBU PEJABAT Kabaddi Attam Siti Suhaila Taman

7.6 WP KUALA LUMPUR Lenggang Bukit Bintang

Raziff Abd Rahman

8. Persembahan Penutup