INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN & · PDF fileKerja Kursus dan Pembentangan Projek...

6
PROGRAM SIJIL HARTA TANAH INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Transcript of INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN & · PDF fileKerja Kursus dan Pembentangan Projek...

PROGRAM SIJIL HARTA TANAH

INSTITUT PENILAIAN NEGARAJABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH

Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN adalah program pertama yang seumpamanya yang dijalankan di Malaysia yang bertujuan melahirkan tenaga kerja separa profesional dengan kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di

tempat kerja. Berikut ialah kelebihan - kelebihan yang ditawarkan kepada para graduan:

• Graduan layak mendapat gaji yang lebih tinggi daripada pemegang sijil SPM iaitu P1T9 untuk jawatan Pembantu Penilaian (W17) bila bekerja di sektor awam

• Pengecualian kredit daripada UWS Australia yang memberi penjimatan selama 1 tahun berbanding 3 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Business and Commerce (Property) Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN telah diiktiraf setaraf dengan diploma di Australia.

• Pengecualian kredit daripada QUT Australia yang memberi penjimatan selama 1 ½ tahun berbanding 4 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Urban Development (Property Economics)

• Graduan layak menduduki Peperiksaan Profesional, Pertubuhan Jurukur Di-Raja Malaysia (RISM) iaitu Property Management, Valuation & Estate Agency Surveying Division (PMVS)

OBJEKTIF PROGRAM

• Untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja penilaian harta tanah.

• Untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bagi jawatan pembantu penilaian di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Negeri, Badan Berkanun, PBT dan sektor swasta.

• Untuk membuka peluang kepada graduan INSPEN melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi; samada dalam dan luar negara.

KERJAYA

Graduan Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN berpeluang bekerja dalam sektor awam dan swasta di seluruh negara. Dalam sektor awam, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan beberapa jabatan serta agensi kerajaan yang lain menawarkan jawatan Pembantu Penilaian (W17).

Dalam sektor swasta pula, peluang kerjaya sebagai pembantu atau penolong eksekutif penilaian amat luas ditawarkan oleh firma penilaian swasta dan pemaju harta tanah. Senarai firma-firma berdaftar yang mengamalkan kerja penilaian boleh didapati daripada laman sesawang rasmi Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) iaitu di www.lppeh.gov.my.

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN adalah seperti berikut:

Syarat Am• Warganegara Malaysia;• Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan• Lulus peperiksaan SPM atau setaraf

Syarat SPM• Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu• Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan;• Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip Perakaunan/

Perdagangan atau mana-mana mata pelajaran lain;• Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan• Lulus dalam 1 mata pelajaran lain.

STRUKTUR PROGRAM

TEMPOH PENGAJIAN 2 Tahun Sepenuh Masa

LATIHAN INDUSTRI 14 Minggu dalam Semester 4

PENILAIAN KURSUSKerja Kursus dan Pembentangan

Projek dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan

RAN

GKA

PEN

GAJIA

N

SEMESTER SATU

1 Real Estate Valuation

2 Introduction to Law

3 Valuation Mathematics

4 Principles of Economics

5 Computer

6 English I

7 Islamic / Moral Studies

SEMESTER DUA

8 Real Estate Valuation II

9 Introduction to Property Law

10 Introduction to Property Management

11 Building Technology and Services

12 Drawing Skills in Valuation

13 English II

SEMESTER TIGA

14 Introduction to Property Taxation

15 Malaysian Studies

16 English III

SEMESTER EMPAT

17 Industrial Training

SEMESTER LIMA

18 Real Estate Agency and Marketing Practice

19 Principles of Town and Country Planning

20 Building Maintenance

21 Land Economics

22 Principles of Accounting

23 Co-curriculum

SIAPA ITU PENILAI HARTA TANAHPenilai harta tanah berperanan dalam memberi nasihat dan pendapat tentang nilai harta tanah. Selain itu penilai juga berperanan sebagai perunding harta, perunding projek dan penasihat dalam pelaburan harta tanah, pelelong harta dan pengurus bangunan. Dalam konteks ini, Penilai boleh memberi nasihat tentang pelaburan dan pembiayaan pembangunan harta tanah kepada ahli lembaga syarikat atau orang perseorangan yang inginkan nasihat tentang perkara yang melibatkan tanah dan bangunan dalam aspek sewaan, jual beli, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi.

PERANANPenilai harta tanah memberi perkhidmatan profesional dalam menilai kepentingan sesuatu harta tanah, loji dan jentera serta peralatan, pada suatu tempoh tertentu. Penilaian diperlukan untuk pelbagai tujuan termasuk:

1. Penilaian aset2. Penilaian berkanun3. Penjualan atau pembelian, pinjaman perumahan, gadai-

janji, jualan paksa (lelongan), rujukan mahkamah, penentuan sewa, penentuan pampasan bagi pengambilan tanah oleh kerajaan, insurans kebakaran dan lain-lain.

Kepakaran lain lebih istimewa melibatkan profesion penilaian termasuk yang berkaitan dengan penilaian hospital swasta, lapangan kapal terbang, hotel, perladangan dan harta tanah khas seperti tanah lombong dan kuari, stesen minyak, kompleks membeli belah, bangunan binaan khas pejabat, loji dan jentera serta peralatan.

SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH

Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN adalah program pertama yang seumpamanya yang dijalankan di Malaysia yang bertujuan melahirkan tenaga kerja separa profesional dengan kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan

cabaran di tempat kerja. Berikut ialah kelebihan - kelebihan yang ditawarkan kepada para graduan:

• Pengecualian kredit daripada UWS Australia yang memberi penjimatan selama 1 tahun berbanding 3 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Business and Commerce (Property)

• Pengecualian kredit daripada QUT Australia yang memberi penjimatan selama 1 ½ tahun berbanding 4 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Urban Development (Property Economics) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN telah diiktiraf setaraf dengan diploma di Australia

• Diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

• Disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Pertubuhan Juruukur Di-Raja Malaysia (RISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).

OBJEKTIF PROGRAM

• Untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja pengurusan harta tanah.

• Untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bagi pembantu pengurus harta/bangunan/fasiliti di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Negeri, Badan Berkanun, PBT dan sektor swasta.

• Untuk membuka peluang kepada graduan INSPEN melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi; samada dalam dan luar negara.

KERJAYA

Graduan Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN berpeluang berkerja dalam sektor awam dan swasta seluruh Negara. Ini selaras dengan objektif penubuhan program ini iaitu melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja pengurusan harta tanah. Dalam sektor awam, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan serta agensi kerajaan yang lain menawarkan jawatan Pembantu Penilaian (W17).

Dalam sektor swasta pula, peluang kerjaya sebagai eksekutif bangunan amat luas ditawarkan oleh firma-firma pengurusan harta tanah swasta dan pemaju harta tanah. Senarai firma-firma yang mengamalkan kerja pengurusan harta tanah berdaftar boleh di dapati daripada laman sesawang rasmi Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) iaitu di www.lppeh.gov.my

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN adalah seperti berikut:

Syarat Am• Warganegara Malaysia;• Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan• Lulus peperiksaan SPM atau setaraf

Syarat SPM• Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu• Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan;• Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip Perakaunan/

Perdagangan atau mana-mana mata pelajaran lain;• Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan• Lulus dalam 1 mata pelajaran lain.

STRUKTUR PROGRAM

TEMPOH PENGAJIAN 2 Tahun Sepenuh Masa

LATIHAN INDUSTRI 14 Minggu dalam Semester 4

PENILAIAN KURSUSKerja Kursus dan Pembentangan

Projek dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan

RAN

GKA

PEN

GAJIA

N

SEMESTER SATU

1 Property Management I and Information Technology

2 Building Technology

3 Introduction to Law

4 Eonomics of Real Estate

5 Islamic/Moral Studies

6 English I

SEMESTER DUA

7 Property Management II

8 Introduction to Property Law

9 Building Services

10 Building Drawing

11 Principles of Valuation and Technique

12 English II

SEMESTER TIGA

13 Building Maintenance

14 Malaysian Studies

15 English III

SEMESTER EMPAT

16 Industrial Training

SEMESTER LIMA

17 Real Estate Agency & Marketing

19 Property Taxation and Introduction to Town Planning

19 Principles of Accounting

20 Property Management III

21 Building Performance and Defect

22 Co-Curriculum

SIAPA ITU PENGURUS HARTAPengurus harta adalah seorang yang dilantik atau dipilih oleh tuan punya sesuatu bangunan untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan harta. Peranan pengurus harta adalah menjaga dan mentadbir pelaburan pada tahap yang terbaik dan munasabah. Tugas dan tanggungjawab pengurus harta lazimnya merangkumi pembiayaan dan belanjawan mengurus bangunan, pengurusan penyewaan, pengurusan penyenggaraan, perundangan dan dokumentasi kontrak, pengurusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, insurans dan sebagainya.

PERANANPengurusan harta tanah melibatkan pengurusan bagi pihak pemilik atau Perbadanan Pengurusan sesuatu bangunan yang melibatkan individu atau organisasi bagi memastikan pulangan yang optimum ke atas pelaburan harta tanah dan pemilikan. Pencapaian dan matlamat pengurusan adalah seperti berikut:

1. Pengurusan bangunan dan peralatan melalui program penyelenggaraan yang berkesan dan cekap;

2. Memastikan tahap penghunian tertinggi dan sewa yang maksimum untuk memastikan keuntungan optimum;

3. Kawalan caj dan perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada nilai perkhidmatan yang terbaik pada masa yang sama mengekalkan standard dan kualiti pengurusan;

4. Menyemak dan mengkaji kos operasi; dan5. Pengurusan akaun dan pendapatan sewa bangunan

SIJIL AGENSI HARTA TANAH

Sijil Agensi Harta Tanah INSPEN adalah program ketiga yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini berbeza dengan program lain di peringkat pengajian tinggi kerana fokus utamanya adalah melahirkan seseorang yang profesional dalam agensi harta tanah. Program ini merupakan

laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Program ini bertujuan untuk melahirkan ejen harta tanah yang dapat berfungsi secara efektif serta dapat mencapai tahap kepakaran yang dikehendaki dalam bidang industri agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah.

Program ini dilaksanakan dalam dua mod iaitu separuh masa dan sepenuh masa. Perbezaan antara dua mod adalah dari segi umur iaitu tiada had umur bagi pelajar CEA separuh masa manakala sepenuh masa untuk pelajar yang berumur 17 hingga 21 tahun.

Program CEA telah:

• Mendapat akreditasi dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH) pada 11 Julai 2011 (setaraf dengan peperiksaan Estate Agent untuk bahagian I dan II dibawah LPPEH).

OBJEKTIF PROGRAM

Para graduan akan dapat:

• Memberikan pengetahuan dan kepakaran teknikal di dalam bidang agensi harta tanah.

• Menghasilkan teknik perundingan, penjualan dan pemasaran harta tanah yang efektif.

• Membentukkan imej ejen harta tanah yang profesional yang mana mempunyai keyakinan diri dan berketerampilan dalam menjalankan urusan berkaitan agensi harta tanah.

• Laluan alternatif untuk menjadi sseorang ejen harta tanah berdaftar.

KERJAYA

Program Sijil Agensi Harta Tanah INSPEN merupakan laluan alternatif kepada graduan untuk ditauliahkan sebagai Ejen Harta Tanah Berdaftar oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH). Kursus yang ditawarkan dalam dua mod (sepenuh masa dan separuh masa) ini telah mendapat pengiktirafan dan pengesahan daripada LPPEH (setaraf dengan Ujian Bertulis Bahagian I dan Bahagian II, Peperiksaan Agen Harta Tanah). Untuk mendapatkan senarai firma-firma yang mengamalkan ejen harta tanah berdaftar boleh di dapati daripada laman sesawang rasmi LPPEH iaitu di www.lppeh.gov.my.

SIAPA ITU EJEN HARTA TANAHEjen harta tanah bertindak mewakili tuan tanah samada untuk tujuan jualan atau sewaan sesuatu harta tanah. Urusniaga yang melibatkan harta tanah adalah rumit kerana kompleksiti sifat harta tanah itu sendiri. Harta tanah terdiri daripada berbagai jenis iaitu tanah pertanian, bangunan kediaman, bangunan perniagaan dan industri. Setiap jenis harta tanah memerlukan kepada kepakaran tertentu terutamanya berkaitan dengan aspek perundangan dan pentadbiran hartatanah, kemahiran rundingan, sistem percukaian, polisi-polisi kerajaan dan sebagainya.

Di samping itu, transakasi harta tanah melibatkan sejumlah wang yang besar dan tidak semua orang mampu memilikinya. Oleh yang demikian, strategi pemasaran yang berkesan dan meluas serta melibatkan masa yang panjang menyebabkan seseorang itu memerlukan seorang wakil (ejen harta tanah) bertindak mewakili pihaknya dalam urusan tersebut. Oleh itu, keperluan kepada seorang ejen harta tanah yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang ini adalah diperlukan bagi memastikan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi adalah terjamin.

PERANANSkop kerja ejen harta tanah meliputi semua sektor harta tanah bagi pihak pemilik, pelabur atau penghuni dan termasuk perkhidmatan seperti berikut:

1. Penyewaan dan pemajakan2. Penjualan dan pembelian3. Perundingan pelaburan4. Pemasaran harta tanah

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Agensi Harta Tanah INSPEN (MOD SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA) adalah seperti berikut:

Syarat Am• Warganegara Malaysia;• Mod Sepenuh Masa: Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan• Mod Separuh Masa: Tiada had umur• Lulus peperiksaan SPM atau setaraf.

Syarat SPM (Mod Sepenuh & Separuh Masa)• Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,• Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, atau Sains, atau Perdagangan, atau

Prinsip Akaun,• 1 Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

ATAU (Kelayakan Tambahan untuk Mod Separuh Masa sahaja)• Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dari INSPEN, atau• Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dari INSPEN, atau• Diploma di dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam Malaysia (JPA), atau• Ijazah di dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam Malaysia (JPA).

STRUKTUR PROGRAM

SEPENUH MASA SEPARUH MASA

TEMPOH PENGAJIAN 15 Bulan 14 Bulan

LATIHAN INDUSTRI 3 Bulan 6 Bulan

PENILAIAN KURSUSKerja Kursus, Pembentangan Projek

dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan

RAN

GKA

PEN

GAJIA

N

SEMESTER SATU

1 Principles of Accounting

2 Introduction to Law

3 Principles of Economics

SEMESTER DUA

4 Laws Relating to Property

5 Principle of Property Investment and Valuation

6 Principles and Practice of Marketing

7 Real Estate Agency Practice

8 Integrated Paper I

SEMESTER TIGA

9 Property Taxation

10 Land Economics

11 Ethic and Professional Practice

11 Building Technology and Maintenance

12 Integrated Paper II

SEMESTER EMPAT

13 Industrial Training

SESI PENGAMBILAN

SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH & SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH• Tawaran kemasukan akan dibuka bermula Mei hingga September setiap tahun• Pendaftaran dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi INSPEN iaitu www.inspen.gov.my.• Sesi pengajian akan bermula pada November setiap tahun.

SIJIL AGENSI HARTA TANAH (SEPENUH MASA & SEPARUH MASA)• Tawaran kemasukan akan dibuka bermula Mei hingga September setiap tahun• Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman web rasmi INSPEN iaitu www.inspen.gov.my.• Mod Sepenuh Masa: Sesi pengajian bermula pada November setiap tahun.• Mod Separuh Masa: Sesi pengajian bermula pada Januari setiap tahun.

YURAN PENGAJIAN

SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH & SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH YURAN SETIAP SEMESTER (RM)

Pengajian 200.00

Kemudahan 80.00

Lain-lain 85.00

JUMLAH 365.00

SIJIL AGENSI HARTA TANAH (SEPENUH MASA & SEPARUH MASA)SEPENUH MASA SEPARUH MASA

YURAN SETIAP SEMESTER YURAN SEKALI BAYAR

Pengajian RM 200.00 Pendaftaran Kursus RM 45.00

Kemudahan RM 80.00 Pengajian RM 8,700.00

Lain-lain RM 85.00 JUMLAH RM 8,745.00

JUMLAH RM 365.00 JUMLAH RM 8,745.00

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Kediaman, makan, perpustakaan, wi-fi serta fasiliti sukan dan riadah.

PENGESAHAN & PENGIKTIRAFAN

DESTINASI GRADUAN

DIPLOMA IJAZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

QUEENSLAND UNIVERSITY OF TECHNOLOGYUNIVERSITY OF WESTERN SYDNEY

SWASTA KERAJAAN

FIRMA PENILAI SWASTAFIRMA PENGURUSAN HARTA TANAH

PEMAJU HARTA TANAH

JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTAPIHAK BERKUASA TEMPATAN

JABATAN & AGENSI-AGENSI LAIN

DESTINASI GRADUAN INSPEN

BELAJAR?

BEKERJA?

INST

ITU

T PE

NIL

AIAN

NEG

ARA

ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS,

MALAYSIA

BOARD OF VALUERS, APPRAISERS & ESTATE

AGENTS, MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGIMARA

UNIVERSITI TEKNOLOGIMALAYSIAJABATAN

PERKHIDMATANAWAM MALAYSIA

2 TAHUN PRAKTIKAL DI MANA-MANA FIRMA HARTA TANAH

DESTINASI GRADUAN CEA

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

BERDAFTAR SEBAGAI EJEN HARTA TANAH PERCUBAAN

MENDUDUKI TEST OF PROFESSIONAL COMPETENCE (TPC)

DITAULIAH SEBAGAI EJEN HARTA TANAH BERDAFTAR

INSTITUT PENILAIAN NEGARAJABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA

KEMEN TERIAN KEWANGAN MALAYSIAPERSIARAN INSPEN, 43000 KAJANG, SELANGOR, MALAYSIA.

q: +603 8911 8800 | p: +603 8925 8100 | H: www.inspen.gov.my | P: 2.956498, 101.728055

Membina Organisasi Berilmu

facebook.com/inspenJPPH

twitter.com/inspen_jpph

[email protected]