INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA...

15
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS, Blok 4G4, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 WP Putrajaya Malaysia Tel: + 603-8871 3795 Laman Web: http://www.iyres.gov.my

Transcript of INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA...

Page 1: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

SEBUT HARGA BAGI

PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN

INDEKS BELIA MALAYISA 2020

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Aras 10, Menara KBS, Blok 4G4, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 WP Putrajaya Malaysia

Tel: + 603-8871 3795 Laman Web: http://www.iyres.gov.my

Page 2: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 1

SEBUT HARGA IPPBM : BIL. 25/2020

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI

PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020

1. PELAWAAN SEBUT HARGA

1.1 Sebut harga ini adalah dipelawa kepada kontraktor tempatan yang

berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibawah

kod bidang 221801 atau 221802 bagi mengemukakan sebut harga bagi

Perkhidmatan Insurans Berkelompok bagi Pelaksanaan Kerja Lapangan

Kajian Indeks Belia Malayisa 2020.

2. SPESIFIKASI BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

2.1 Spesifikasi Bekalan dan Perkhidmatan

2.1.1 Perkhidmatan Insurans Berkelompok bagi Pelaksanaan Kerja

Lapangan Kajian Indeks Belia Malayisa 2020. Spesifikasi adalah

seperti di Lampiran 1.

2.2 Pelaksanaan Perkhidmatan

2.2.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menyerahkan dan

menyempurnakan bekalan dalam tempoh dua (2) minggu dari

tarikh Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance) dikeluarkan.

3. TAWARAN HARGA

3.1 Harga yang dinyatakan hendaklah dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM)

tawaran dalam mata wang selain Ringgit Malaysia akan ditolak.

3.2 Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga hendaklah termasuk semua

cukai dan duti Kerajaan.

3.3 Penyebut harga hendaklah menyatakan jumlah harga berdasarkan angka

harga yang tepat.

3.4 Penyebut harga dikehendaki mengisi satu jadual harga berdasarkan

format seperti di LAMPIRAN 2.

Page 3: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 2

3.5 Segala yang tertakluk dan dicadangkan di dalam jadual harga merupakan

kos sebenar projek dan tidak melibatkan mana-mana kos tambahan.

3.6 Tempoh penyerahan tawaran sebut harga adalah tujuh (7) hari dari tarikh

iklan dikeluarkan.

4. ARAHAN LAIN

4.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan SATU cadangan

sahaja. Jika penyebutharga mengemukakan lebih dari satu cadangan,

cadangan pertama sahaja yang akan diterima.

4.2 Penyebut harga dikehendaki mengisi satu jadual harga berdasarkan

format seperti di LAMPIRAN 2.

4.3 Penyebut harga adalah diingatkan supaya TIDAK menggunakan nama,

alamat dan logo syarikat atau apa-apa tanda pengenalan pada setiap

muka surat dokumen tawaran sebut harga yang dikemukakan KECUALI

pada surat litup (covering letter) dokumen berkenaan sahaja.

4.4 Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan tawaran semasa

perjalanan penghantaran.

4.5 Penyebut harga adalah diwajibkan mematuhi segala syarat dan arahan

yang terkandung di dalam tawaran sebut harga dan jadual-jadual yang

berkaitan.

5. PENYERAHAN SEBUT HARGA

5.1 Tawaran sebut harga perlu dikemukakan melalui secara manual.

5.2 Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan

dokumen sebut harga ini adalah di atas tanggungan penyebut harga yang

menyertai pelawaan ini.

5.3 Setiap tawaran manual hendaklah dikemukakan dalam tiga (3) set

Cadangan Kewangan (1 Asal dan 2 Salinan) dan tiga (3) set Cadangan

Teknikal (1 Asal dan 2 Salinan) dalam dua (2) sampul surat berlakri

(sealed) berasingan iaitu:

Page 4: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 3

a) Sampul surat PERTAMA yang mengandungi:

i. Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

ii. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dengan

kod bidang berkaitan yang masih tidak tamat tempoh;

iii. Salinan Sijil Kontraktor Bumiputera (jika berkenaan);

iv. Borang sebut harga untuk bekalan/ perkhidmatan

(LAMPIRAN Q) yang lengkap bertandatangan;

v. Jadual Harga (LAMPIRAN 2);

vi. Latar Belakang dan Pengakuan Penyebut harga

(LAMPIRAN 3 dan 4).

Pada sampul surat ini ditandakan di sudut sebelah atas kiri sampul

surat dengan perkataan “CADANGAN KEWANGAN”.

b) Sampul surat KEDUA yang mengandungi :

i. Jadual Spesifikasi yang ditawarkan dan Pematuhan

Teknikal (LAMPIRAN 1);

ii. Profil Kakitangan yang terlibat dalam projek (LAMPIRAN 5);

iii. Jadual Pelaksanaan (LAMPIRAN 6);

iv. Kertas Cadangan Perkhidmatan perlu dilampirkan.

Pada sampul ini ditandakan di sudut sebelah kiri sampul surat

dengan perkataan “CADANGAN TEKNIKAL”.

Kedua-dua sampul surat ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul

surat berlainan yang berlakri (sealed) dan ditandakan seperti berikut:

“PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI PELAKSANAAN

KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020” di

hujung sebelah kiri sampul surat.

Kegagalan mematuhi syarat ini, sebut harga tidak akan

dipertimbangkan.

5.4 Tawaran manual yang telah dilengkapkan hendaklah dimeterai dengan

rapi dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di :-

Page 5: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 4

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS,

No.27, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62570 Putrajaya

sebelum jam 12.00 tengah hari pada atau sebelum 29 Oktober 2020

(Khamis).

5.5 Bagi tawaran manual IYRES tidak bertanggungjawab di atas kelewatan

penerimaan sebut harga serahan tangan dan tidak terikat untuk menerima

tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan.

5.6 Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan

dokumen sebut harga ini adalah di atas tanggungan penyebut harga yang

menyertai pelawaan ini.

6. KESALAHAN RASUAH

6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada

dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009.

6.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar

atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke

pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran.

Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di

bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

6.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

6.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja yang dibuat atau tiada

barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada

perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang

mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Page 6: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 5

7. PENUTUP

7.1 Penyebut harga yang berjaya akan dihubungi oleh pihak IYRES secepat

mungkin selepas proses pemilihan dijalankan. IYRES adalah tidak terikat

untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga

atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga.

Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

8. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan sebut harga ini bolehlah menghubungi:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Aras 10, Menara KBS

No.27, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62570 Putrajaya

Telefon : 03-8871 3795

Page 7: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 6

Lampiran 1 (Sampul Teknikal)

SPESIFIKASI BAGI PERKHIDMATAN INSURANS BERKELOMPOK BAGI

PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020

Bil. Spesifikasi Pematuhan **

Keterangan Ya Tidak

SYARAT-SYARAT AM

1. Brochure/ Maklumat Produk

Setiap penyebut harga yang menyertai sebut harga ini

mestilah mengemukakan dokumen rujukan seperti

brochure atau dokumen lain-lain sebagai rujukan bagi

Perkhidmatan Insurans Berkelompok yang ingin

dibekalkan.

2. Pelan dan Jadual Pelaksanaan

Penyebut harga dikehendaki menyempurnakan kerja-

kerja bagi Perkhidmatan Insurans Berkelompok bagi

Kajian Indeks Belia Malaysia 2020 kepada IYRES dalam

tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pelantikan tidak

termasuk hari Sabtu dan Ahad. Penyebut harga WAJIB

mengisi jadual pelaksanaan di Lampiran 6.

Nota : Maklumat ini perlu dilengkapkan di dalam

Lampiran 6 - Jadual Pelaksanaan yang perlu dikepilkan

bersama dokumen teknikal.

3. Pengurusan Perkhidmatan

i. Penyebut harga WAJIB mengemukakan senarai

kakitangan yang akan bertanggungjawab dalam

kerja-kerja perkhidmatan ini. Berikut adalah maklumat

kakitangan syarikat yg diperlukan :

a) Nama;

b) No. Kad Pengenalan;

c) Kelulusan; dan

d) Pengalaman.

Nota : Maklumat ini perlu dilengkapkan di dalam

Lampiran 5 - Profil Kakitangan Yang Terlibat Dalam

Projek yang perlu dikepilkan bersama dokumen teknikal.

Page 8: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 7

Bil. Spesifikasi Pematuhan **

Keterangan Ya Tidak

SKOP PROJEK

1. Penyebut harga mestilah mematuhi semua skop perkhidmatan yang diperlukan di bawah

item (A) seperti berikut:

(A) Perkhidmatan Insurans Berkelompok (Group Personnel Accident & Group Term

Life Assurance):

Manfaat Insurans Berkelompok (Group Personnel

Accident & Group Term Life Assurance):

i. Manfaat kematian akibat kemalangan / hilang

upaya kekal;

ii. Manfaat Keilatan Menyeluruh dan Kekal (sebab

kemalangan);

iii. Manfaat Keilatan Separa Kekal (sebab

kemalangan);

iv. Manfaat Kos Pengebumian / Pemulangan;

v. Manfaat Pemulihan Denggi; dan

vi. Manfaat Bayaran Balik Perbelanjaan Perubatan

Khidmat Sokongan:

Menyediakan perkhidmatan sokongan bagi memudahkan

penyelesaian tuntutan atau untuk mendapatkan maklum

balas lanjut ketika berurusan.

Nota: Sila nyatakan platform khidmat sokongan yang

disediakan. Contohnya, no.telefon agen/ careline

yang berdaftar.

Jumlah perlindungan :

1015 orang

Had umur :

65 tahun

Page 9: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 8

Bil. Spesifikasi Pematuhan **

Keterangan Ya Tidak

Tempoh kontrak/ perkhidmatan :

Tempoh kontrak selama 2 bulan

(26 Oktober 2020 – 26 Disember 2020)

Nota: Tempoh pengaktifan polisi ini bergantung

kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Kelebihan/ Keunikan :

Sila senaraikan kelebihan/keunikan perkhidmatan anda

berbanding yang lain.

Anugerah/ Pengiktirafan :

Sila senaraikan Anugerah dan Pengiktirafan yang telah

diterima.

Tempat Penghantaran Perkhidmatan:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

(IYRES), Aras 10, Menara KBS, No.27 Persiaran

Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62570 Putrajaya

Nota:** Tandakan (√) di tempat yang berkaitan

Page 10: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 9

LAMPIRAN 2

(Sampul Kewangan)

JADUAL HARGA

BIL.

PERKARA

KUANTITI

HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH

(RM)

CATATAN

1.

Perkhidmatan Insurans Berkelompok bagi Pelaksanaan Kerja Lapangan Kajian Indeks Belia Malayisa 2020

JUMLAH KESELURUHAN

Page 11: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 10

LAMPIRAN 3

(Sampul Kewangan)

LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

(ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA – Semua butir–butir di dalam borang ini

hendaklah diisikan oleh pihak penyebut harga dengan betul dan lengkap dan

dikembalikan bersama-sama dengan Dokumen Sebut Harga. Kegagalan berbuat

demikian boleh mengakibatkan sebut harga ditolak).

1. Nama Syarikat :__________________________________________________________

2. Alamat Syarikat :__________________________________________________________

__________________________________________________________

3. No. Telefon/ Fax:__________________________________________________________

4. No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan : ___________________________

5. No. Kod Bidang yang didaftarkan :______________________________________

6. Tarikh Didaftarkan :_______________________________________________________

7. Tempoh Sah Pendaftaran :_________________________________________________

8. Taraf Bumiputera, Nyatakan :

i. Ya (sila kemukakan sijil pendafataran bumiputera) / Tidak *

ii. Tarikh Berkuatkuasa : _______________________________________

iii. Tarikh Tamat :______________________________________________

Page 12: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 11

9. Carta Organisasi Syarikat (sila lampirkan)

10. Senarai cawangan-cawangan syarikat (sekiranya ada)

11. Salinan penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir (Julai, Ogos dan September 2020) (sila lampirkan)

*Potong yang tidak berkenaan

Page 13: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 12

LAMPIRAN 4

(Sampul Kewangan)

PENGAKUAN PENYEBUT HARGA

1. Nama Syarikat :_______________________________________________ 2. Alamat :_______________________________________________ 3. Tempoh Tamat

Sebut Harga :_________________ (hari) 4. Tempoh Penyerahan (Delivery Period) :_________________ (Bulan / Minggu*)

PENGAKUAN SYARIKAT:

Kami/ Saya dengan ini bersetuju menerima semua syarat–syarat spesifikasi

pelawanan sebut harga ini dengan harga yang disahkan seperti berikut:-

Jumlah Kos : RM _____________________________________________________

(Ringgit:_________________________________________________)

________________________ _______________________

(Tandatangan Syarikat) (Tandatangan Saksi)

Nama :…………………………. Nama :………………………

No.KP :……………………….... No. KP :………………………

Jawatan :……………………… Jawatan :……………………...

Tarikh : Tarikh :

Cop Syarikat:-

*Potong yang tidak berkenaan

Page 14: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 13

LAMPIRAN 5 (Sampul Teknikal)

PROFIL KAKITANGAN YANG TERLIBAT DALAM PROJEK

BIL. NAMA DAN

NO. KAD PENGENALAN KELULUSAN DAN PENGALAMAN

Page 15: INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA harga/1. BORANG TAW… · BAGI PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYISA 2020 INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

SEBUT HARGA IPPBM BIL.25/2020 Muka Surat 14

LAMPIRAN 6 (Sampul Teknikal)

JADUAL PELAKSANAAN

Nota: *Sila gunakan lampiran jika ruangan ini tidak mencukupi