Integriti Guru

9
INTEGRITI GURU, KEBERKESANAN MEMBENTUK JATI DIRI INTEGRITI GURU Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak- anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan

description

semoga bermanfaat

Transcript of Integriti Guru

Page 1: Integriti Guru

INTEGRITI GURU, KEBERKESANAN MEMBENTUK JATI DIRI

INTEGRITI GURU

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat.

Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia

berkait rapat dengan integriti.

Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk

mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru

harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi.

Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok

pendidikan.

Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah

anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa

masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding

perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang

menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang

tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend

masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga

seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru

melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. 

Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti

tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas

soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal

menghabiskan sukatan pelajaran apabila peperiksaan semakin hampir dan pelbagai

lagi isu teknikal yang berkaitan.

Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang

timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme,

melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi

perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas

Page 2: Integriti Guru

mengaitkan juga kegagalan ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak

mereka.

Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping

tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak

dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan

tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata tetapi perlu bersama-sama

memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar tersebut berada.

Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan

mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik

sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal

sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah pelajar.

Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi

kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah

dicelah-celah perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita

membicarakannya semakin parah keadaannya.

Pepatah “Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari” perlulah difahami maksudnya

dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu

sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana

sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka.

Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika

sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan

mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi

berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana sahaja.

 

Page 3: Integriti Guru

NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU

            Sebagai seorang guru yang perlu mematuhi standard guru di bawah domain

nilai, Nilai BITARA boleh dijadikan panduan. Terdapat enam aspek guru yang berkesan

seperti yang digariskan dalam nilai Bitara. Nilai BITARA yang pertama ialah integriti.

INTEGRITI

Nilai Bitara yang pertama untuk menunjukkan ciri-ciri guru yang berkesan dalam

pengajaran ialah integriti. Terdapat empat aspek sebagai aras petunjuk bagi nilai

integriti yang perlu bagi seorang guru untuk meningkatkan pengajaran.

            Petunjuk pertama ialah ADIL. Guru mestilah adil dengan diri sendiri menunaikan

tanggungjawap terhadap kelas iaitu mestilah tepat memulakan dan menamatkan kelas

yang telah dijadualkan. Guru tidak menggunakan masa didalam kelasnya untuk

mencuri tulang. Contohnya, menanda buku di dalam kelas, berurusan perniagaan

melalui telefon semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, melayari laman web

semasa mengajar dan sebagainya. Guru seharusnya adil dengan diri sendiri dan murid.

Kerana murid berhak mendapat yang terbaik dan guru sepatutnya memberikan yang

terbaik.

            Amanah dalam menjalankan tanggungawab guru juga tergandung dalam aspek

integriti. Guru seharusnya amanah dalam mendidik murid-murid, menjaga serta

menyayangi harta sekolah. Dalam konteks amanah dalam pengajaran, guru

seharusnya amanah dalam menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan subjek yang diajar. Dalam pada itu, guru tidak seharusnya hanya

menumpu semasa di dalam kelas. Adakalanya pengajaran dan pembelajaran secara

tidak langsung diluar kelas turut memberikan impak yang positif dalam diri murid-murid.

Disinilah kadangkala timbulnya nilai didikan membentuk akhlak murid-murid.

            Guru haruslah telus dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Maksu telus disini ialah bersesuaian dengan skema pembelajaran dalam tempoh masa

yang ditetapkan. Contohnya pada minggu pertama persekolahan, guru sudah mengajar

topik pertama. Tetapi adakalanya terpaksa berterusan dalam minggu kedua

berdasarkan kepada kemampuan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut.

Page 4: Integriti Guru

            Sikap akauntabiliti perlulah dipamerkan dengan melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh dalam pendidikan seni visual, murid-murid diminta melukis bunga

hiasan yang terdapat di kawasan sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran ini

sesuai dilaksanakan di luar kelas. Pengajaran dan penbelajaran kurang berkesan

sekiranya guru melaksanakan di dalam kelas dan hanya menggunakan imaginasi

murid-murid untuk melukis pokok-pokok tersebut. Segala arahan dan peraturan dari

pihak atasan samada guru besar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri

ataupun Kementerian. Contohnya seperti membuat ‘headcount’, ini merupakan

penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk menilai tahap murid dan perlu

diserahkan kepada Jabatan dalam masa yang telah ditetapkan. Segala arahan yang

diberi perlulah dilaksanakan dan bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan

sepenuhnya. Kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri.

Page 5: Integriti Guru

INTEGRITI SEORANG GURU......!!!! 

Baru-baru ni ada kawan saya balik dari kursus Induksi. Dia dok cerita tentang INTEGRITI. Kami pakat dengar saja lah. Semangat bukan main dia dok cerita. Maklumlah orang baru balik induksi. Tak dengar dia kata kami tak integriti pula. Kadang-kadang saya senyum saja bila dia dok cerita bab integriti tu. Tak pa la. Setidak-tidaknya dia dah mula faham tentang integriti. 

Sebenarnya, integriti itu apa? Integriti yang pernah saya dengar dalam kursus-kursus yang saya pernah hadiri, banyak penceramah memberi makna menjurus kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu yang berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, seperti kita guru-guru ni dilihat sebagai satu tugas berat, amanah besar dan memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan sebagai landasan untuk mencari kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri bukan organisasi, menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah ( kalau dah jadi cikgu, kita kena fahamlah..bukan saja mengajar di dalam kelas, banyak lagi tugas yang kita kena buat. Jadi guru kokurikulum la, menganggotai jawatankuasa itu la..ini la, dan macam-macam lagi..Kalau tidak jangan jadi cikgu...pesan kat anak-anak no!!!) dan macam-macam lagi lah. Setiap guru mesti bekerja dengan jujur, tekun dan rajin serta berdedikasi di samping melayan murid-murid dengan penuh berertika dan berhemah. Pendek cerita, seorang guru itu kena jadi seperti sepohon pokok. Pokok memberi khidmat dan manfaat kepada semua. Contohnya, :1. Pokok berbunga dan berbuah - dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan2. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan biji benihnya3. Unggas, haiwan bertenggek selesa di dahannya yang selamat4. Akarnya membantu menyimpan air dan hakisan tanah5. Rimbunan dedaunnya menjadi tempat berteduh

Begitulah pokok. Bertarung dengan angin, sang ribut yang semberono, tetapi angin dan ribut itu hilang dan kecewa dengan keutuhan pokok (umpama datang godaan, kita masih tak lut...). Pokok tetap berdiri teguh siang dan malam. Pokok tak pernah merungut. So, begitu teruk pun kerja kita, kita janganlah merungut. Buatlah kerja itu dengan ikhlas dan jujur. SIBUK? Semua orang sibuk. Jangan dok anggap kita saja yang sibuk. Apa yang penting pengurusan masa harian kita. Dah tua? atau dah lama buat sesuatu kerja yang diberikan? Tak mau buat kerja/tugasan yang diberikan? Lu fikirla sendiri...(pinjam sat kata-kata Si Nabil Raja Lawak tu..) Selagi tak pencen, selagi bergelar guru dan selagi kita masih dok makan gaji, makanye kita...kena buat kerja macam orang lain juga la. Macam guru-guru lain juga, tak kira guru tua (maaf guru lama) atau guru muda. Sama saja. Kalau "fed-up" jadi guru letak jawatan. Abis cerita. Tak menyusahkan orang lain.Kita dah matang. Fikirlah...itu adalah kerja buat kita. Kita yang pilih jadi guru. Jangan salahkan orang lain. Bidang inilah merupakan tapak yang kita pilih untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal buat anak isteri/suami/keluarga kita. Terimalah hakikatnya....So, janganlah dok merungut dan

Page 6: Integriti Guru

marilah sama-sama kita menjadi seorang guru yang BERINTEGRITI. "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...SELAMAT HARI GURU!!!!!!!

Dicatat oleh Boss Kemanusiaan di 11:57 PG 

*****************************************************************

Dipetik daripada :

 http://eyesnews.wordpress.com/2012/04/11/penilaian-integriti-pendidik-berterusan-

metro/

 

Penilaian integriti pendidik berterusan

KUALA LUMPUR: Penilaian tahap integriti guru dan warga pendidik perlu dilaksanakan

dari semasa ke semasa supaya kefahaman serta kesedaran kepentingan nilai mulia

dalam perkhidmatan pendidikan dapat dipertingkatkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian itu turut akan

membantu Kementerian Pelajaran mengenal pasti aspek yang boleh dilakukan

penambahbaikan.

“Usaha ini perlu dilaksanakan untuk menyebar luas maklumat berkaitan amalan dan

budaya integriti warga pendidik supaya tahap kefahaman serta kesedaran mengenai

kepentingannya dapat dipertingkatkan,” katanya dalam ucapan perasmian penutup

Pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru, Piala Menteri Pelajaran

2012, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia

(IIM), Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar

Mahmud dan Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, proses pemantapan integriti

Page 7: Integriti Guru

memerlukan pembabitan dan usaha bersungguh-sungguh semua peringkat pengurusan

pendidikan.

“Justeru, strategi dan pelan tindakan berfokus diharap dapat dilaksanakan secara

kolektif untuk memastikan tahap integriti warga pendidik sentiasa tinggi.

  

“Saya yakin kerjasama pintar sedia terjalin antara Institut Pendidikan Guru dan IIM

dikembangkan lagi untuk menyemarakkan amalan serta budaya integriti di kalangan

warga pendidik di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, krisis ekonomi di Barat dan kemunculan kembali pemikiran menekankan

kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat menjadi peringatan semua

pihak tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan.

 

Jangan pandang ringan soal integriti guru

Warga pendidik digesa supaya tidak melihat isu integriti sebagai sesuatu yang remeh

sebaliknya konsep itu perlu perluaskan dalam amalan seharian terutamanya di sekolah.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata,

dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan

malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.

Justeru, katanya, konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan

penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam

mendidik dan kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka.

“Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha kita

untuk mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang

mampu memberi kesan yang mendalam kepada guru-guru.

“Kita yakin dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh

integriti, kita mampu melonjakkan tahap pendidikan negara,’’ katanya.

Hassan berkata demikian pada Majlis Penutup Seminar Integriti Warga Pendidik

Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah di Sekolah Menengah Teknik Juasseh

di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah, Mat Rohani

Kamar.

Hassan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah turut menyerahkan cek tajaan akhbar

Page 8: Integriti Guru

Utusan Malaysia bernilai RM10,170 kepada 36 sekolah di daerah ini.

Cek itu kemudiannya diserahkan kepada Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 4,

Kumpulan Utusan, Zailani Md. Ali.

Hassan turut menjelaskan, tugas menyemarakkan integriti dalam masyarakat perlu

dipikul oleh semua pihak terutamanya warga pendidik.

“Kita mahu melihat supaya sekolah dijadikan sebagai tempat lahirnya golongan

berintegriti hasil didikan guru-guru. Kita yakin sekiranya komitmen ini diberikan usaha

ini akan mencapai matlamatnya,” katanya.