Integriti guru.docx

2
Integriti guru Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain (Institut Integriti Malaysia, 2004). Maka, tanggungjawab seorang amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Seorang guru yang berintegriti juga tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam proses menyelesaikan masalah pelajar. Dari segi P&P pula, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar

Transcript of Integriti guru.docx

Page 1: Integriti guru.docx

Integriti guru 

Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang

wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat

dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-

hari. Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan

amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang penjawat

awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara

atau kaum kerabat sendiri.

Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan tulus, selain memikul

pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain (Institut

Integriti Malaysia, 2004). Maka, tanggungjawab seorang amat berat dalam mendidik pelajar

dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada

masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik

dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan

didikan yang terbaik buat semua pelajar. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya

dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Seorang

guru yang berintegriti juga tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam

proses menyelesaikan masalah pelajar.

Dari segi P&P pula, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk

memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa

difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang

berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi

melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika seorang guru yang

berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap

pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani

perwatakan guru mereka.

Namun begitu, profesion guru yang dulunya dipandang tinggi kini mulai dipandang rendah

oleh masyarakat disebabkan wujudnya sebahagian kecil guru-guru di sekolah yang tidak

mengamalkan integriti dalam kehidupan mereka sebagai seorang guru. Hal ini dapatlah

digambarkan bak kata perumpamaan Melayu kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga´