INTEGRITY INFO - customs.gov.my Info 2015.pdf · -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang...

6
1 INTEGRITY INFO Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Ianya bagus kerana program ini sedikit sebanyak mem- berikan pendedahan ten- tang integriti terhadap pegawai-pegawai di JKDM ” -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang dibincangkan? Pengenalan Cawangan Integriti Kes-kes tatatertib Prosedur kerja JKDM Hal-hal integriti dan lain-lain perkara Para peserta Program Mesra Integriti di Wisma JKDM, Ipoh, Perak PROGRAM MESRA INTEGRITI Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Cawangan Integriti, Ibu Pejabat kepada semua warga Jabatan di seluruh Malaysia dan juga untuk membudayakan integriti dida- lam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). OBJEKTIF Meningkatkan kesedaran integriti terhadap warga Jabatan. Memastikan warga Jabatan menjalankan tugas dengan mengikut prosedur dan pros- es kerja yang telah ditetapkan. . CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT OKTOBER 2015

Transcript of INTEGRITY INFO - customs.gov.my Info 2015.pdf · -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang...

Page 1: INTEGRITY INFO - customs.gov.my Info 2015.pdf · -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang dibincangkan? Pengenalan Cawangan Integriti Kes-kes tatatertib Prosedur kerja JKDM Hal-hal

1

INTEGRITY INFO

“Diharapkan program ini

dapat diteruskan pada

masa akan datang. Ianya

bagus kerana program ini

sedikit sebanyak mem-

berikan pendedahan ten-

tang integriti terhadap

pegawai-pegawai di

JKDM ”

-Penolong Kanan Pengarah

Kastam I

Apa yang

dibincangkan?

Pengenalan

Cawangan Integriti

Kes-kes tatatertib

Prosedur kerja JKDM

Hal-hal integriti dan

lain-lain perkara

Para peserta Program Mesra Integriti di Wisma JKDM, Ipoh, Perak

PROGRAM MESRA INTEGRITI

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Cawangan Integriti, Ibu Pejabat kepada semua warga Jabatan di seluruh Malaysia dan juga untuk membudayakan integriti dida-lam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

OBJEKTIF

Meningkatkan kesedaran integriti terhadap warga Jabatan.

Memastikan warga Jabatan menjalankan tugas dengan mengikut prosedur dan pros-es kerja yang telah ditetapkan.

.

CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT OKTOBER 2015

Page 2: INTEGRITY INFO - customs.gov.my Info 2015.pdf · -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang dibincangkan? Pengenalan Cawangan Integriti Kes-kes tatatertib Prosedur kerja JKDM Hal-hal

2

Program Pengukuhan Integriti

Kelana Jaya, 17 April 2015 :

Cawangan Integriti, Ibu pejabat telah menjalankan satu program

kerohanian pada April yang lalu dan ia telah berlangsung di Surau

Kuarters Kastam WPKL. Program yang telah dijalankan dengan

kerjasama diantara Cawangan In-

tegriti, Ibu Pejabat bersama Badan

Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA)

Ibu Pejabat dan juga JKDM WPKL.

Program yang berlangsung selama

2 hari ini merangkumi program

bacaan yaasin perdana, ceramah

keagamaan dan juga qiyamullail.

Ceramah telah disampaikan oleh

Mufti Wilayah Persekutuan, SS

Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri .

Program juga telah dihadiri oleh Ket-

ua Pengarah Kastam Malaysia ber-

sama dengan Timbalan-Timbalan

Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Ihya’ Ramadhan 2015

Putrajaya, 11 Jun 2015 :

Satu program semasa bu-

lan Ramadhan telah dijal-

ankan di Ibu Pejabat

Kastam Diraja Malaysia,

Putrajaya.

Program yang diterajui oleh

Unit pengukuhan Integriti

Ibu Pejabat telah dijalankan

di Dewan Semarak Jati dan

penceramah yang dijemput

adalah Imam Besar Masjid

Tuanku Mizan Zainal Abidin

Putrajaya Ustaz Hj. Haza-

rudin Bin Hj. Baharudin.

Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Program Ceramah dan Qiyamullail di Surau Kuarters Kastam WPKL

Penghargaan kepada SS Mufti Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur

Page 3: INTEGRITY INFO - customs.gov.my Info 2015.pdf · -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang dibincangkan? Pengenalan Cawangan Integriti Kes-kes tatatertib Prosedur kerja JKDM Hal-hal

3

PENGENALAN CAWANGAN INTEGRITI

Sebelum Cawangan Integriti ditubuhkan secara rasminya, Unit Pem-

atuhan Integriti telah ditubuhkan diletakkan di bawah Cawangan Pen-

gurusan Prestasi dan Tatatertib (CPPT) Bahagian Khidmat Penguru-

san dan Sumber Manusia di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Ia

adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat JKKMKPK pada 19

Ogos 2010 untuk menubuhkan Unit Pematuhan Integriti di semua Ke-

menterian dan Jabatan Kerajaan.

Pada Ogos 2013, Cawangan Integriti telah ditubuhkan secara ras-

minya dan telah diterajui oleh Tn. Razim Bin Mohd Noor (gambar kanan) iaitu pegawai kader

daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ke hari ini. Sehingga

kini terdapat 24 orang pegawai yang telah menggerakkan cawangan ini dengan melakukan

program-program yang boleh meningkatkan Integriti warga JKDM.

Perkara yang anda

perlu tahu

Segala aduan tatake-

lakuan anggota boleh

dihantar terus ke Unit

Pengurusan Aduan

samada melalui e-

Aduan, emel, messag-

ing, telefon ataupun

surat menyurat.

Majlis penutupan Mesyuarat Kajian Semula Pencapaian Prestasi Setengah Tahun 2015 Cawangan Integriti yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Khazali Bin Hj. Ahmad di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Turut bersama Pengarah Kastam Negeri Melaka, Dato’ Syed Mohri Bin Syed Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Cawangan Integriti Tn. Razim Bin Mohd Noor.

UNTUK MENYEPADUKAN SEMUA PENGURUSAN HAL-HAL

YANG BERKAITAN DENGAN INTEGRITI DI BAWAH SEBUAH

CAWANGAN YANG KHUSUS BERTUJUAN IANYA DAPAT DIL-

AKSANAKAN DENGAN SECARA YANG LEBIH FOKUS DAN

TERANCANG SUPAYA ELEMEN PENGINSTITUSIAN INTEGRI-

TI, PENCEGAHAN, PEMATUHAN DAN PENGESANAN SALAH

LAKU DAPAT DIKUATKUASAKAN SECARA EFISEN DAN MEN-

CAPAI KEBERHASILAN YANG OPTIMUM

OBJEKTIF CAWANGAN INTEGRITI

Lencana Integriti Kastam

Page 4: INTEGRITY INFO - customs.gov.my Info 2015.pdf · -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang dibincangkan? Pengenalan Cawangan Integriti Kes-kes tatatertib Prosedur kerja JKDM Hal-hal

4

Pasukan Naziran Integriti bersama Pengarah Kastam Negeri Melaka, Dato’ Syed Mohri Bin Syed Abu Bakar

NAZIRAN PEMATUHAN INTEGRITI

Melaka, 27 April 2015 :

Satu naziran integriti telah dijalankan oleh pasukan Unit Pemerik-

saan dan Pematu-

han, Cawangan

Integriti di JKDM

Melaka. Naziran

yang diketuai oleh

Tn. Mohd Halim

Bin Mohd Yusof

dan pegawai-

pegawai daripada

Cawangan Integriti

ini menjurus kepada naziran Akaun Belum Terima (ABT), naziran

kehadiran dan juga pemeriksaan wang saku. Naziran telah dijal-

ankan di beberapa buah stesen terpilih di Negeri Melaka dan ini

termasuklah di Wisma Kastam Melaka sendiri.

Tujuan naziran ini dilakukan adalah supaya warga Kastam patuh

dan sentiasa mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jab-

atan. Dengan naziran ini juga pegawai akan selalu diingatkan ten-

tang kepentingan untuk mengikut segala SOP yang telah ditetap-

kan.

INFO MENGENAI UNIT

PEMERIKSAAN &

PEMATUHAN

Melaksanakan atau bekerjasa-

ma dengan unit-unit pematu-

han yang khusus seperti Baha-

gian Audit Dalaman dan Baha-

gian Penguatkuasaan dalam

hal-hal yang berkaitan dengan

pelanggaran tatakelakuan dan

ketidakpatuhan prosedur kerja

bagi tindakan susulan oleh unit

integriti dalam aspek tatatertib.

Mengadakan pemeriksaan ber-

jadual dan mengejut serta nazi-

ran terhadap pelaksanaan tu-

gas dan tanggungjawab yang

telah ditetapkan di Bahagian/

Cawangan/Unit yang telah

dikenalpasti bagi memastikan

pematuhan terhadap dasar,

undang-undang, kod etika dan

peraturan yang berkaitan telah

ditetapkan berdasarkan Aku-

Janji Piagam Pelanggan; (cth:

pemeriksaan wang saku, urine

test, Kertas Siasatan, ABT dan

sebagainya.)

Tn. Mohd Halim Bin Mohd Yusof menjalankan pemeriksaan wang saku terhadap pegawai di lapangan

Page 5: INTEGRITY INFO - customs.gov.my Info 2015.pdf · -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang dibincangkan? Pengenalan Cawangan Integriti Kes-kes tatatertib Prosedur kerja JKDM Hal-hal

5

Program Pengukuhan Integriti Zon Utara

Langkawi, 1 September 2015 :

Unit Pengukuhan Integriti telah

menjalankan satu program di

AKMAL Langkawi pada bulan Sep-

tember yang lepas. Program yang

dikenali sebagai Program Penguku-

han Integriti merupakan program

tahunan yang dijalankan untuk

semua pegawai Jabatan Kastam

Diraja Malaysia (JKDM).

Program yang berlangsung selama

4 hari ini merangkumi peserta-

peserta daripada zon utara dari

negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pu-

lau Pinang. Program yang dianjur-

kan oleh Cawangan Integriti

mendapat kerjasama daripada

pihak JAKIM sendiri.

Sepanjang program ini berlangsung

terdapat banyak aktiviti

yang dijalankan ber-

tujuan untuk meningkat-

kan tahap integriti para

pegawai dan se-

terusnya membentuk

jati diri untuk lebih ber-

integriti.

Majlis penutup dirasmi-

kan oleh Pengarah

Kastam Negeri Kedah,

Dato’ Abdul Latif Bin

Abdul Kadir.

Para peserta Program Pengukuhan Integriti Zon Utara bersama Pengarah Kastam Negeri Kedah, Dato’ Abdul Latif Bin Abdul Kadir, Pengarah Kastam Negeri Perak Dato’ Awai Bin Mamat, Pengarah AKMAL Langkawi Tuan Zulkurnein Bin Abd Rahman dan pihak Urusetia daripada Cawangan Integriti

Page 6: INTEGRITY INFO - customs.gov.my Info 2015.pdf · -Penolong Kanan Pengarah Kastam I Apa yang dibincangkan? Pengenalan Cawangan Integriti Kes-kes tatatertib Prosedur kerja JKDM Hal-hal

6

MAJLIS

HARI RAYA

AIDILFITRI

CAWANGAN

INTEGRITI