Interaksi 13
-
Upload
gladys-tan-jiao-qi -
Category
Documents
-
view
12 -
download
2
description
Transcript of Interaksi 13
Interaksi 13 (14.4.2014 – 18.4.2014)
Tajuk: Program Pendidikan Untuk Murid Bekeperluan Khas (Integrasi & Inklusif)
Sumber:
Muhamad Azizi bin Jazmi. (2008). Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI). Dicapai pada
14 April 2014, daripada http://www.skbr.edu.my/ppki.php.
PKKI SKTPR. (2012). Inklusif. Dicapai pada 14 April 2014, daripada
http://infopkbpsktpr.blogspot.com/2012/07/inklusif.html.
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
DASAR PENDIDIKAN KHAS
MEMASTIKAN MURID BEKEPERLUAN KHAS MENDAPAT AKSES DAN EKUITI KEPADA
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
KEBANGSAAN.
MISI PPKI
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN ASAS YANG KUKUH DAN BERKESAN SERTA BERDAYA
MAJU KEPADA MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BANDAR
RINCHING DAN MEMBENTUK MURID MENJADI INSAN YANG BERDISIPLIN, BERILMU
SERTA DAPAT BERDIKARI DAN MEMBERI SUMBANGAN BAKTI KEPADA AGAMA,
BANGSA DAN NEGARA.
VISI PPKI
MENGHASILKAN MURID - MURID YANG MEMPUNYAI DAYA KEYAKINAN YANG
TINGGI DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM
SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DISAMPING MEMINIMAKAN MASALAH TINGKAHLAKU
DAN MEMAKSIMUMKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA MURID PPKI SK BANDAR
RINCHING
RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima
pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara
menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan
pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi
keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas,
teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu
bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini
membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial
agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk
membolehkan mereka:
1. Menguasai kemahiran komunikasi
2. Menguasai kemahiran bergaul
3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan
alam sekeliling
4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Tiada kecacatan fizikal yang teruk
Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar
dikawal),ganas atau mental yang teruk
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain.
(percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)
INKLUSIF
Latar Belakang
Pendidikan inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi
dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka
diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang
bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih bekesan.
Rasional
Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek,
taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara.
Program insklusif akan dapat memastikan:
perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.
peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.
pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.
pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.
peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.
menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.
Matlamat
Pendidikan inklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-
kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada
kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti
yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua
aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang
berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.
Objektif
Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada
mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk
belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural
dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model)
Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama , mereka
dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama.
Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong
dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas’ sekelas mereka. Mereka juga dapat
belajar memahami rakan- rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbeza, kekurangan dan
kecacatan.
Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa
untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
Strategi Pelaksanaan Program Pendidikan Program Perlaksanaan Pendidikan Inklusif
Pada peringkat permulaan pendidikan insklusif dijalankan secara ‘Partikal
Integration’ sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi
memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan
inovatif sabagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam menjayakan
program pendidikan insklusif. Pada tahun 2006 sabagai tahun permulaan, program
pendidikan insklusif ini dijalankan secara ‘Partikal Inclusion’. Berikut disenaraikan langkah-
langkah yang telah dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini.
1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal
yang akan terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan insklusif.
2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti
program pendidikan insklusif.
3. Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.
4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalm bilik
darjah biasa.
5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa
mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.
9. Menjalani P& P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
10. Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif dijalankan secara berperingkat-
peringkat.