Interaksi Antara Organisma Hidup

download Interaksi Antara Organisma Hidup

of 2

description

sains

Transcript of Interaksi Antara Organisma Hidup

INTERAKSI ANTARA ORGANISMA HIDUP: MANGSA PEMANGSA, PERSAINGAN, SIMBIOSIS, KOMENSALISME, MUTUALISME DAN PARASITISME

Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme, mutualisme dan juga parasitisme. Jom kita kupas satu persatu.

1) Mangsa-PemangsaIni adalah hubungan antaraorganisma yang memakanorganisma lain dan jugaorganisma yang kena makan. Bagi organisma yang memakan organisma lain, kita sebut sebagai pemangsa, manakala organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa.Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.

2) Persaingana) Persaingan IntraspesiesHubungan antara organisma yangbersainguntuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalamspesies yang sama.

Sebagai contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.

b) Persaingan InterspesiesHubungan antara organisma yangbersainguntuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalamspesies yang berlainan.

Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika berebutkan makanan yang sama.

3) SimbiosisHubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.

a) KomensalismeKomensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengansatu organisma mendapat faedahdaripada organisma laintanpa menjejaskannya.

Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)

b) MutualismeMutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengankedua-duanya mendapat faedah.

Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya.Kerbau tidak perlu garu sebab gatal.

c) ParasitismeParasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengansatu organisma mendapat faedah, manakala yangsatu lagi mendapat kerugian.

Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.