Interaksi Antara Tamadun dunia lama

download Interaksi Antara Tamadun dunia lama

of 27

Transcript of Interaksi Antara Tamadun dunia lama

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    1/27

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    2/27

    kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia, tanpa menafikan hak ketuanan Melayu sebagai

    bangsa peribumi dan bangsa yang menunjang ke arah pembinaan dan perkembanagn tamadun

    negara ini.

    2.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

    2.1.1 Kepimpinan

    Faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun di Asia.

    Ini kerana seandainya pemimpin atau raja bersikap adil dan toleran, maka interaksi akan

    berlaku dalam aman dan damai. Fenomena sebaliknya akan berlaku seandainya pemimpin

    bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi kepada rakyat jelata. Sejarah telah

    membuktikan dua sikap berbeza di kalangan para pemimpin seperti contoh di bawah:

    * Nabi Muhammad SAW: Tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan

    Madinah, sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.

    * Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul di India: Bertoleransi kepada penganut Hindu

    malah pegawai dilantik dari kalangan mereka.

    Terdapat juga contoh pemimpin yang tidak bertoleransi seperti yang dapat dilihat pada Sultan

    Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut Hindu. Demikian juga

    dengan Han Wu Ti dalam Dinasti Han telah melaksanakan dasar memihak kepada

    cendikiawan Konfusianisme berbanding sami Buddha.

    2.1.2 Sikap Golongan Agama

    Faktor ini menjadi tunggak kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni. Golongan

    ini wujud dalam setiap masyarakat beragama tamadun Asia. Golongan agama dalam

    Tamadun Islam dimiliki oleh para ulama. Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu

    disandang oleh minoriti kasta Brahmin. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula

    didokong oleh sami. Golongan agama dalam fahaman Krisitian pula dikuasai oleh paderi.

    Kesemua golongan agama berusaha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan

    sifat keinsanan. Sebagai contohnya, sikap dan akhlak mulia yang dipamerkan ulama Islam di

    Alam Melayu memudahkan berlakunya interaksi dan Islamisasi. Mereka telah berjaya

    memberi tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar kepada penduduk Alam Melayu.

    Mereka juga telah membentuk pendidikan formal dengan mendirikan beberapa institusi yang

    dikenali dengan pelbagai nama seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh).

    Hasilnya, muncul ramai ulama di rantau Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf

    al-Singkeli dan lain-lain.

    Walaupun ada sikap sesetengah golongan agama yang mencetuskan konflik namun tragedi ini

    tidak mengguris sedikit pun martabat agama dalam pemikiran masyarakat Asia. Agama dan

    golongan penguasanya tetap berada pada kedudukan yang tinggi. Antara contoh sikap

    golongan agama yang mencetuskan konflik seperti tindakan Paus Urban II sama ada

    mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun

    1095 M. Beliau menyeru penganut Kristian supaya memerangi orang Islam yang dikatakan

    bertindak zalim pada penganut Kristian. Demikian juga sikap seorang pemerintahan Dinasti

    Han yang menangkap dan memenjarakan segolongan sami dan penganut Buddha. Kedua-dua

    tindakan pemimpin ini telah mencetuskan konflik dalam masyarakat.

    2.1.3 Kedudukan Geografi

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    3/27

    Kedudukan geografi melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan dalam

    sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah membuktikan kedudukan geografi memainkan

    peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Contoh berikut memperlihatkan

    peranan geografi:

    i. Cina: Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana terdapat 2 laluan iaitu laluan

    sutera yang menggunakan jalan darat dan jalan laut. Laluan perhubungan ini telah

    menyebabkan Cina mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun 3 Masihi lagi.

    Laluan sutera darat ini telah menghubungkan Cina dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang

    hingga ke Peking. Laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan

    Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina. Laluan ini membolehkan kedua negara ini

    berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan. Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal

    Cina telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi.

    ii. Pelabuhan MelakaKedudukan geografi yang strategik dan terlindung dari angin monsun

    menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgahdi pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka.

    2.1.4 Perkahwinan

    Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun

    Asia. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di

    rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi dengan pedagang Arab

    sahingga terdapat sebilangan pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana

    telah bermukim di pelabuhan Alam Melayu dalam beberapa waktu sementara menunggu

    angin monsun. Secara tidak langsung perkembangan ini telah menjurus ke arah proses

    Islamisasi kerana bagi membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang

    beragama Islam, wanita tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu. Sejarah turut mencatatkan,

    perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis tempatan yang dikahwini pedagang Arab,

    tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja

    berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di kalangan golongan bangsawan dan

    pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

    2.1.5 Perdagangan

    Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun. Sebagaicontohnya hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan

    laut. Hubungan telah terjalin sejak 3 Masihi lagi dan semakin rancak pada abad 8 Masihi.

    Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan seperti di Kwang Cho (Canton), Chang

    Chow dan Chuan Cow. Mereka juga telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou.

    Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah ini.

    Contoh lain ialah interaksi yang terjalin antara tamadun Alam Melayu di Asia Tenggara

    dengan negara Arab. Jalinan ini berlaku secara tidak langsung apabila pedagang Arab yang

    menuju ke Cina terpaksa singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang sesuai

    sebelum ke Cina atau pulang ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan interaksi baru di

    rantau Alam Melayu. Hal yang lebih menguntungkan ialah berlakunya proses Islamisasi dipelabuhan ini sebagaimana catatan Marco Polo tentang pengislaman Perlak pada tahun 1292

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    4/27

    M. Para pedagang telah berjaya menarik minat penduduk Perlak terhadap Islam dan akhirnya

    mereka bersediaanutan baru ini. Kejayaan para pedagang yang boleh dikatakan sebagai

    serampang dua mata banyak bergantung kepada keyakinan mereka kepada hadis Rasulullah

    SAW yang bermaksud "Sampaikan dariku walaupun satu ayat." Selain itu, wujud juga

    interaksi antara Tamadun India dengan rantau Alam Melayu sejak kurun pertama masihi lagi.

    Kesan interaksi ini menyebabkan nama wilayah Asia Tenggara dicatat dalam kitab Ramayanaseperti isrilah Suvarnadvipa yang bermaksud Semenanjung Emas dan Suvarnabhumi yang

    bermaksud Bumi Emas.

    2.1.6 Misi Politik

    Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni

    sebagaimana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan Cina.

    Berdasarkan catatan sejarah Melaka hubungan diplomatik dengan Cina telah terjalin sejak

    tahun 1404 M. Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka telah menerima beberapa utusan dari

    Cina yang kemudiannya Melaka telah membalas utusan tersebut. Tujuan Melaka mengadakan

    hubungan baik dengan Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari ancaman Siam.Persetujuan Cina terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam

    ke Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu yang

    bertujuan politik secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu.

    Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama kepada negeri-negeri di Kepulauan

    Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya.

    2.2 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

    Di antara persamaan dan perbezaan antara tamadun adalah merangkumi aspek-aspek berikut:

    2.2.1 Teologi/ketuhanan dan kerohanian

    Semua tamadun menekankan konsep ketuhanan dan mempunyai dokrin serta amalan-amalan

    tertentu sama ada berbentuk spiritual mahupun ritual. Begitu juga dari sudut kepercayaan lain

    seperti kehidupan selepas mati, kepercayaan terhadap pembalasan perbuatan manusia di dunia

    dan lain-lain yang bersangkutan dengan perbuatan manusia. Perbezaan yang ketara berpunca

    daripada manifestasi ketuhanan yang ada pada setiap agama.

    Konsep ketuhanan dalam tamadun Islam adalah tauhid. Konsep tauhid dalam Islam berbeza

    dengan manoteisme dalam agama Kristian dan Hindu. Tauhid menekankan kepercayaan

    kepada Tuhan yang Maha Esa. Syirik adalah lawan kepada kepercayaan Tauhid dan ditolakoleh Islam. Dalam tamadun Islam, hak kebebasan beragama adalah terpelihara seperti tercatat

    dalam Perlembagaan Madinah. Perkhabaran ini disampaikan terus dari Allah SWT melalui

    firman-Nya yang bermaksud:

    Katakanlah: Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

    Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada satupun yang setanding

    dengan-Nya.

    (al-Ikhlas: 1-3)

    Pada peringkat awal, agama Kristian merupakan agama samawi yang mempercayai Tuhan

    yang Esa (tauhid). Namun ia telah dipengaruhi oleh unsur-unsur khurafat dan pemujaankepada Isa al-Masih apabila Paul menganut Kristian pada tahun 38 M. Sebelum menerima

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    5/27

    agama Kristian, beliau merupakan penentang kuat agama dan penganut Kristian (An-Nadawy,

    1984:32). Ini merupakan titik peralihan dalam pengajaran agama Kristian (Ahmad Shalaby,

    1978: 67) Hal ini dirakamkan dalam Bible atau al-Kitab1, bab kisah para rasul 9: 19b-20:

    Ketika itu juga ia memberitakan Jesus di rumah-rumah ibadat, dan mengatakan bahawa Jesus

    adalah anak Allah.

    Sehubungan itu, muncul fahaman baru dalam ajaran Kristian. Kepercayaan monoteisme

    dalam agama Kristian telah diubahsuai berasaskan kepada Trinity atau Tri-Tunggal yang

    terdiri daripada tiga oknum iaitu Tuhan anak, Tuhan bapa dan Roh al-Kudus (Ahmad

    Shalaby, 1978: 82-83) yang bersatu menjadi satu. Inilah yang dikatakan Tiga dalam satu dan

    satu dalam tiga.

    Demikian juga teologi agama Hindu. Moniteisme dalam agama Hindu berasaskan kepada

    Trimurti iaitu menempatkan tiga dewa yang menjadi sembahan mereka, (A. Rahman

    Abdullah, 1989:25) iaitu:

    1. Brahma - Dewa pencipta sebagai sumber kepada semua kewujudan.2. Vishnu - Dewa pemelihara.

    3. Siva - Dewa pemusnah

    Pada asasnya, penganut Hindu mempercayai kewujudan satu Tuhan yang agung iaitu Brahma

    (M. Arif Kasmo, 1999). Namun penyembahan terhadap Tuhan Yang Satu tidak dapat

    dipertahankan kerana agama Hindu membolehkan Tuhan digambarkan dalam pelbagai bentuk

    dan penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Malah ada

    yang berpendapat konsep ketuhanan dalam agama Hindu adalah bersifat Politeisme.

    Konsep hidup selepas mati dalam Islam merupakan sebahagian daripada kepercayaan

    terhadap hari akhirat. Manusia akan diadili dan diperlihatkan segala amal semasa di dunia.

    Allah berfirman yang bermaksud:

    Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihat

    (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun nescaya dia

    akan melihat (balasan)nya pula.

    (al-Zalzalah: 7-8)

    Pada masa ini segala perbuatan manusia yang baik akan dibalas baik seperti menikmati

    kehidupan syurga. Manakala yang durhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan

    keburukan seperti kesengsaraan hidup di neraka. Allah berfirman yang bermaksud:

    Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) keneraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah

    sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir

    di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap

    mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang

    yang takut kepad Tuhannya.

    (al-Bayyinah: 6 - 8).

    Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu mempunyai persamaan

    dengan doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep re-inkarnasi

    (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpalterhadap usaha dan perlakuan manusia yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    6/27

    balasan buruk (Azhar Mat Aros dll, 2000:63). Inilah yang disebut sebagai hukum karma

    dalam masyarakat Melayu.

    Terdapat perbezaan dalam konsep re-inkarnasi dalam agama Hindu dan Buddha. Konsep re-

    inkarnasi dalam agama Hindu membawa maksud seseorang itu akan menjelma semula selepas

    kematiannya dalam bentuk manusia. Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewaHindu. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula

    yang berulang-ulang mengundang kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya.

    Kelahiran semula yang berulang-ulang dan terus menerima kesengsaraan dikenali sebagi

    Samsara. Penganut Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai

    tahap mokhsa (M. Arif Kasmo, 1999).

    Peringkat pertama ajaran Buddha berpusat kepada ajaran untuk melenyapkan karma,

    memutuskan lingkaran Samsara dan seterusnya mencapai Nirwana. Cara untuk mencapai

    pembebasan mutlak dari lingkaran Samsara terdapat pada doktrin Aryasatyani yang disebut

    sebagai Empat Kebenaran Utama (A. Rahman Abdullah: 23), iaitu:

    * Hidup adalah penderitaan.* Penderitaan disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia.

    * Penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak.

    * Cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan Lapis.

    Dalam aspek perbuatan manusia yang mengaitkan dosa dan pahala, Islam meletakkan konsep

    taubat kepada Allah SWT sebagai jalan pengampunan terhadap dosa-dosa yang telah

    dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Manakala dalam agama Kristian pengampunan boleh

    didapati dengan jalan membuat pengakuan dihadapan seorang padri di gereja.

    Dalam konteks Malaysia, hak-hak kebebasan beragama telah dijamin oleh Perlembagaan

    Persekutuan Malaysia, Perkara 11 (1) yang menyebutkan seperti berikut:

    Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada

    Fasal (4) untuk mengembangkan agamanya.

    Sehubungan itu, untuk mewujudkan suasana bersatu padu walaupun rakyatnya terdiri dari

    pelbagai kaum dan kepercayaan, Malaysia wajar menetapkan Rukun Negara 1 (Kepercayaan

    kepada Tuhan) kerana kewujudan Tuhan diakui oleh semua agama.

    2.2.2 Undang-undang atau peraturan hidup bermasyarakat

    Undang-undang merujuk kepada peraturan-peraturan hidup yang wujud dalam masyarakat,sama ada secara lisan mahupun secara bertulis. Undang-undang ini dihormati dan dipatuhi

    oleh setiap ahli dalam masyarakat. Semua tamadun mempunyai undang-undang dan peraturan

    dan perbezaannya hanyalah dari segi sumber, penguatkuasaan dan beberapa persoalan pokok

    lain.

    Tamadun Islam mempunyai sumber asas yang hakiki iaitu bersumberkan wahyu dalam bentuk

    al Quran dan al Sunnah. Sifatnya yang kekal, memiliki kekuatan dan ketahanan dalam

    menempuh tentangan zaman. Di samping sumber ijtihad para cendikiawan muslim, terdapat

    sumber lain yang diperakui daripada tamadun terdahulu yang menepati sifat keterbukaan

    tamadun Islam.

    Dalam konteks hidup bermasyarakat, Islam menggalakkan hidup saling kenal mengenal

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    7/27

    antara satu sama lain seperti yang termaktub dalam pengertian surah al-Hujurat: 13 yang

    bermaksud :

    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan

    perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya

    kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnyasemulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan

    Yang lebih keturunan atau bangsanya).

    Malah diskriminasi adalah merupakan satu jenayah. Di bawah konsep hidup bersama dan

    saling mengenali ini lahir dasar-dasar lain seperti kebebasan beragama, hak keselamatan,

    keadilan dan perundangan yang semuanya dijamin oleh pemerintah. Inilah yang diamalkan

    oleh negara Islam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW dan prinsip ini kekal hingga

    ke hari kiamat (Idris Zakari, 2003: 29-46).

    Manakala sumber undang-undang dan peraturan hidup dalam tamadun lain terletak pada

    pemikiran para pujangga dan cerdik pandai di kalangan mereka. Contohnya, Tamadun Cinaberasaskan kepada falsafah Kung Fu Ze dan Taoisme serta ajaran Gautama Buddha.

    Pemikiran mereka mengandungi beberapa peraturan, tata cara atau perilaku seseorang dalam

    kehidupan dan persekitaran. Dalam hal ini, Kung Fu Ze menekankan konsep kesederhanaan

    atau jalan tengah sebagai dasar panduan bagi perhubungan dan kesusilaan. Dalam masyarakat,

    kasih sayang ditujukan kepada sekelian manusia.

    Dalam Tamadun Melayu, orang Melayu telah mengenal Hukum Kanun Melaka dan Undang-

    Undang Laut Melaka lebih sepuluh abad yang lalu (Undang-Undang Melaka, 2003)

    seterusnya diikuti oleh undang-undang negeri yang lain. Orang Melayu juga memiliki

    peraturan hidup bermasyarakat yang disebut sebagai hukum adat atau sistem nilai Melayu

    (Ali Taib & Hashim Musa, 1978: 84). Hukum adat orang Melayu tidak menyimpang daripada

    kehendak syara. Seperti kata perbilangan Melayu:

    Adat bersendi hukum

    Hukum bersendi kitabullah

    Dalam konteks hidup bermasyarakat, orang Melayu masih kental dengan semangat perpaduan

    dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Perasaan persaudaraan dan sikap saling

    bantu membantu ini tergambar dalam melakukan kerja-kerja berat secara bersama. Bak kata

    pepatah Melayu:

    Serasa sepenanggungan

    Ke bukit sama didakiKe lurah sama dituruni

    Yang berat sama di pikul

    Yang ringan sama dijinjing

    Hati gajah sama di lapah

    Hati kuman sama dicicah

    Bulat air kerana pembetung

    Bulat manusia kerana muafakat

    Inilah gambaran kehidupan bermasyarakat di kalangan orang Melayu yang amat sesuai

    dengan cara hidup Islam seperti yang terakam dalam beberapa surah al Quran di bawah :

    Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    8/27

    dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu

    beroleh rahmat.

    (al Hujurat : 10)

    Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlahkamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-

    musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga

    kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu

    orang-orang Islam yang bersaudara

    (ali Imran : 103)

    dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan

    janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan

    bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi

    sesiapa Yang melanggar perintahNya).

    (al Maidah : 2)

    Fenomena ini telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian, malah jati diri bangsa Melayu

    (Hamdan Hassan & Sofian Mohamad, 1978:17-40).

    Dalam konteks Malaysia, penggunaan undang-undang syara terletak dalam bidang kuasa

    negeri-negeri yang meletakkan raja sebagai ketua agama seperti yang termaktub dalam

    Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan. Bagi negeri-negeri yang tidak beraja dan wilayah-

    wilayah persekutuan kuasa agama terletak di bawah bidang kuasa Yang Di Pertuan Agong

    sebagai ketua agama. Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (3)

    dan Undang-Undang Anak Negeri yang masih diamalkan dikalangan masyarakat bumiputera

    Sabah dan Sarawak. Dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia, walaupun berbilang

    kaum dan keturunan serta kepercayaan, sikap berbaik-baik dan saling menghormati antara

    satu sama lain menjadi kunci perpaduan bagi meneruskan tamadun bangsa. Amalan berbudi

    bahasa dan saling menghormati kini dijadikan slogan Negara, Berbudi bahasa amalan hidup

    kita. Anjuran amalan hidup begini tiada tentangan daripada pelbagai kaum di Malaysia

    2.2.3. Etika

    Etika merupakan perilaku atau tingkah laku yang baik, disanjung dan diambil berat oleh

    setiap tamadun Asia. Perbezaan dari sudut sumber dan pandangan sarwa jagat setiap tamadunboleh dilihat pada aspek-aspek berikut:

    i. Aspek politik dan Pemerintahan

    Kebanyakan tamadun tradisional di dunia menekankan aspek moral dan akhlak sebagai asas

    politik dan kerajaan. Islam meletakkan politik dan kepimpinan sebagai suatu perkara penting

    dalam cara hidup Islam atau ad-Din. al-Quran dan al-Sunnah merupakan rujukan dalam

    pemerintahan dan kepimpinan. Prinsip utama yang diberikan penekanan oleh Rasulullah

    SAW ialah prinsip syura, adalah, musawah dan hurriyah. Oleh itu, pemimpin dilantik dari

    kalangan individu yang layak dan mampu melaksanakan keadilan dan menunaikan amanah

    kepimpinan. Amanah ini merupakan tunggak kepada kesejahteraan masyarakat. Sistem syura

    yang diamalkan membawa keadilan sejagat. Konsep mesyuarat atau syura ini telah diteruskanoleh para khalifah selepas kewafatan Nabi SAW.

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    9/27

    Konsep dewaraja telah diamalkan dalam tamadun awal masyarakat Melayu. Raja merupakan

    manusia suci yang mesti dihormati dan dipatuhi (A. Rahman Abdullah:26-27). Lanjutan itu,

    konsep daulat dan kesetiaan kepada raja mengambil tempat selepas kedatangan Islam. Raja

    dianggap sebagai wakil Tuhan atau dikenal sebagai khalifah dalam Tamadun Islam (lihat al-

    Baqarah, 2:30) Konsep kesetiaan kepada raja melahirkan kata-kata Pantang Melayuderhaka. Penderhakaan merupakan jenayah paling berat dalam budaya Melayu seperti

    hukuman yang diterima oleh Hang Jebat. Dalam tradisi Islam, raja atau pemerintah dituntut

    supaya berlaku adil dan menjauhi kezaliman. Trajedi yang berlaku terhadap Megat Seri Rama

    seperti mana yang digambarkan dalam sejarah Sultan Mahmud Mangkat dijulang perlu

    dijadikan sempadan. Hubungan raja dengan rakyat digambarkan dengan kata-kata; Raja adil

    raja disembah, raja zalim raja disanggah (A. Aziz Deraman, 2005:111-142). Contoh

    pembesar atau pegawai kerajaan yang baik dibawakan oleh Hang Tuah sebagai pahlawan

    Melayu yang patuh dan setia kepada raja. Demikian juga kesetiaan Tun Perak kepada Sultan

    Melaka.

    Selepas melalui era penjajahan lebih empat abad lamanya (1511-1957M), Tanah Melayu telahwujud sebagai sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Negara ini mengamalkan sistem

    politik dan pemerintahan Raja Berperlembagaan, iaitu Raja sebagai payung negara dan rakyat

    berlindung di bawahnya. Yang Dipertuan Agong merupakan pelindung kepada hak-hak

    istimewa orang Melayu seperti yang tercatat pada Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Ia

    kemudiannya diikat kukuh dengan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum yang

    ada di Malaysia.

    Dalam Tamadun Cina, ajaran Konfusius telah memberi garis panduan hubungan antara

    pemerintah dengan rakyat. Pemerintah mesti berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya.

    Maknanya, seorang raja mesti memiliki moral yang tinggi kerana berfungsi sebagai pelindung

    kepada rakyat. Jika sebaliknya yang berlaku, mandat ini akan ditarik balik oleh Tien (Tuhan),

    namun rakyat tidak dianjurkan supaya menentang raja. Seorang pengikut Konfusius

    menyifatkan raja umpama kapal manakala rakyat umpama air (Azhar Mad Aros.: 70). Di sini

    wujud konsep bantu-membantu antara satu sama lain dan raja mesti bersikap adil terhadap

    rakyat.

    Tamadun Barat mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan selepas berada dalam

    pemerintahan bersifat otokrasi atau sistem beraja yang bersifat monarki yang berlanjutan. Ia

    diambil dari sistem demokrasi Yunani yang berkonsepkan pemimpin dilantik oleh orang

    ramai, dikalangan orang ramai dan untuk orang ramai (Ahmad Rashidi Hasan, 2005: 44). Ini

    adalah kesan dari gerakan Renaissance (1350-1600M) yang wujud dalam tamadun Barat.

    ii. Aspek pendidikan

    Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam setiap tamadun. Ia bertujuan membentuk

    peribadi seseorang individu dan menghapus kejahilan yang boleh menghalang peningkatan

    minda dan intelektual masyarakat. Menyebar dan mencari ilmu pengetahuan merupakan tugas

    manusia yang dipandang mulia oleh setiap tamadun.

    Dalam Tamadun Islam, pendidikan Islam berteraskan tauhid. Proses pendidikan bermula pada

    peringkat seawalnya, iaitu sejak kelahiran seseorang hinggalah ke saat kematian. Ia bukan

    saja melibatkan proses pemindahan dan pembudayaan ilmu seperti yang terkandung dalamsurah al-Alaq: 1-5, tetapi turut menjurus kepada proses mendidik roh, akal dan jasad yang

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    10/27

    mampu melahirkan seorang insan berakhlak mulia, intelektual dan profesional. Elemen ini

    amat penting dan merupakan pra-syarat bagi seorang manusia yang akan berfungsi sebagai

    penggerak tamadun.

    Dalam Tamadun Melayu, isu pendidikan begitu ketara apabila orang Melayu menerima Islam.

    Wujud dua institusi pendidikan Islam terawal di kalangan orang Melayu, iaitu rumah alimulama, tuan guru dan juga istana. Institusi ini menainkan peranan penting dalam

    pembentukan budaya ilmu masyarakat Melayu. Pada zaman seterusnya, institusi pendidikan

    lebih beroperasi ditempat yang disediakan khusus untuk melaksanakan pendidikan

    masyarakat Melayu, iaitu di madrash, surau, pondok, pesantren, dayah dan lain-lain.

    Pada masa pemerintahan British, anak-anak bangsawan Melayu mendapat pendidikan di

    institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh British seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar pada

    tahun 1905. Pendidikan di sekolah ini tidak berteraskan pendidikan Islam. Dengan kata lain,

    sekolah ini menggunakan kurikulum yang berbeza dari pendidikan yang rata-rata diterima

    oleh sebahagian besar masyarakat Melayu. Tahap tertinggi pendidikan di sekolah ini ialah

    menyambung pelajaran ke institusi pendidikan di Barat terutamanya di London. Bagimasyarakat Melayu bawahan, mereka masih tetap mendapat pendidikan tertinggi dalam

    sistem pendidikan Islam. Mereka berpeluang meneruskan pengajian ke universiti di Timur

    Tengah seperti Universiti al-Azhar di Mesir, Universiti Madinahmahupun institusi pengajian

    tinggi di Mekah (Abdullah M. Zin, 2005:18)

    Pendidikan Barat di Alam Melayu bermula dengan tertubuhnya sekolah-sekolah bercorak

    keagamaan ala-barat. Sekolah pertama adalah Sekolah St. Paul di Melaka yang didirikan oleh

    Francis Xavier pada tahun 1550-1553 M (Khoo Kay Kim, 1992:62). Selain itu, terdapat

    banyak lagi sekolah-sekolah missionari yang didirikan seperti Sekolah Methodist, Convent,

    St. John, St Teresa, St. Gabriel dan lain-lain.

    Ajaran agama Buddha dan Hindu turut menekankan aspek pendidikan yang berlaku melalui

    proses mencari diri sendiri (self-discovery). Ilmu dan amalan kerohanian juga merupakan

    elemen penting dalam melahirkan seorang yang baik.

    iii. Aspek ekonomi

    Kelangsungan sistem ekonomi dalam tamadun awal manusia menjadikan moral sebagai paksi

    utama. Dari fahaman ini muncul hak-hak kehidupan yang seimbang antara ekonomi dan

    moral. Nilai yang hampir sama wujud dalam semua tamadun. Antaranya menolak amalan

    rasuah, penipuan dan penindasan. Sebagai gantinya amalan-amalan murni dalam kegiatanekonomi seperti membuat kebajikan, bersedakah dan membela golongan miskin dan lemah

    amat dianjurkan.

    Kegiatan ekonomi dalam Islam turut berfungsi untuk mempertingkatkan akhlak individu dan

    masyarakat. Konsep halal dan haram serta untung rugi banyak dibicarakan di dalam al-

    Quran. Ini bertujuan untuk menjelaskan pentingnya konsep ini diambil kira dalam kehidupan

    seharian. Penipuan, riba dan bentuk-bentuk penyelewengan lain adalah ditegah dalam Islam.

    Walaupun terdapat banyak batasan mengenai kegiatan ekonomi dalam Islam, Rasulullah

    SAW tetap menekankan kepentingan aktiviti ekonomi melalui sabdanya yang bermaksud

    Sembilan persepuluh rezeki adalah daripada sumber peniagaan dan perdagangan.

    Zakat pula merupakan unsur ekonomi Islam yang berfungsi memberi jaminan sosial kepada

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    11/27

    masyarakat Islam. Zakat tidak hanya tertumpu kepada zakat fitrah atau zakat badan yang

    berfungsi untuk membersih diri, tetapi juga zakat perniagaan dan lain-lain. Ia merupakan satu

    bentuk kebajikan dalam masyarakat Islam terutama kepada golongan yang berhak

    menerimanya yang terdiri daripada 8 asnaf. Malah zakat mampu mempertingkat kualiti

    kehidupan golongan fakir dan miskin dan menjana ekonomi mereka di samping umat Islam

    seluruhnya. (Norsiah Sulaiman, 2004:84-85). Pelbagai sektor ekonomi digalakkan oleh Islamtermasuk pertanian, penternakan, pembuatan, perlombongan, perindustrian dan aktiviti import

    dan eksport yang hasilnya menjadi sumber pendapatan negara Islam yang terkumpul di dalam

    institusi kewangan umat Islam yang dikenali sebagai Baitulmal.

    Ajaran Buddha menganjurkan Jalan Lapan Lapis (eight fold path). Ia bertujuan supaya

    manusia dapat menjalani hidup dalam keadaan suci dan bersih daripada sebarang runtunan

    hawa nafsu yang disebut sebagai Astamarga.

    Tamadun Cina yang dipengaruhi kuat oleh falsafah Konfusius memandang rendah kepada

    golongan pedagang kerana menganggap golongan ini sentiasa terlibat dengan penipuan dan

    keuntungan yang dilihat sebagai elemen-elemen buruk. Justeru itu, fahaman ini lebih memberiperhatian kepada golongan petani.

    Tamadun Barat yang berasaskan pemikiran sekular dan ideologi manusia memperkenal sistem

    ekonomi kapitalis yang lebih mengutamakan keuntungan material dan kebangkitan individu

    atau kumpulan tertentu sebagai kuasa pasar. Sistem ini berdasarkan teori Adam Smith (1723-

    1790M). Bagi Smith, sistem pengeluaran sesebuah negara terdiri daripada tiga unsur iaitu

    sumber alam, sumber manusia dan stok barang (kapital) yang ada. Hal ini jelas dibicarakan

    dalam bukunya Wealth of Nation (1776) yang menghuraikan secara terperinci pertumbuhan

    ekonomi kapitalis (Boediono, 1982:14). Pengamalan sistem ekonomi kapitalis telah

    mendorong ke arah penubuhan institusi kewangan atau bank di Barat seawal tahun 1587M.

    Dalam konteks Malaysia, negara ini mengamalkan ekonomi konvensional, namun ekonomi

    Islam telah mula dilaksanakan dalam bidang kewangan Islam apabila tertubuhnya Bank Islam

    Malaysia Berhad dibawah Akta Bank Islam 1982. Selanjutnya Takaful Islam telah

    diwujudkan di bawah Akta Takaful 1984, Pajak Gadai Islam (al-Rahn), Sekuriti Islam dan

    Bon Islam. Hari ini sistem muamalat Islam telah diterima sebagai suatu sistem yang diterima

    pakai oleh semua kaum di Malaysia.

    iv. Aspek kekeluargaan

    Aspek kekeluargaan dan masyarakat diterima oleh hampir semua tamadun di dunia. TamadunIslam meletakkan institusi keluarga sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat. Apabila

    masyarakat baik, maka wujudlah ummah dan negara yang baik. Sumber masyarakat baik

    adalah al-Quran, Sunnah Rasul-Nya dan ijtihad para ulama. Tamadun Islam menetapkan

    darjat manusia semua adalah sama di sisi Allah SWT. Kelebihan seseorang dalah

    ketaqwaannya kepada Allah SWT dan juga pemilikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

    Oleh kerana itu, tidak ada kelebihan orang Arab dari orang ajam (bukan Arab)

    Ajaran Konfusius yang menjadi asas Tamadun Cina menekankan pentingnya hubungan kasih

    sayang dan hiraki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Kasih sayang mewujudkan

    hubungan harmoni dalam masyarakat. Konfusius memperkenalkan konsep Li yang menekan

    lima jalinan hubungan sesama manusia seperti berikut:* Hubungan maharaja dengan rakyat

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    12/27

    * Hubungan bapa dengan anak

    * Hubungan abang dengan adik

    * Hubungan suami dengan isteri

    * Hubungan kawan dengan kawan

    Tamadun India yang diasaskan kepada agama Hindu membahagikan manusia kepada empatgolongan atau tingkat tertentu iaitu golongan Brahmin, Kesatriya, Vaisya dan Sudra.

    Kekeluargaan dalam Tamadun Melayu pula berasaskan kepada fahaman ajaran Islam.

    Hubungan yang terjalin antara ahli keluarga begitu erat. Ibu, bapa, anak-anak dan sanak

    saudara menjalankan tugas dan memahami tanggungjawab masing-masing. Fahaman

    mengenai setiap tanggungjawab amat berkait rapat dengan ajaran agama Islam. Sebagai

    contohnya, tanggungjawab bapa mencari rezeki dan memberi perlindungan kepada keluarga

    terlaksana dengan jayanya. Demikian juga tanggungjawab ibu mendidik anak ditunaikan

    dengan sempurna.

    v. Aspek Kesenian dan Kebudayaan

    Maksud hadis yang mengatakan Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan menjadi

    titik tolak seni Islam. Islam percaya bahawa kesan dari kehidupan beragamalah yang

    melahirkan seni dalam Islam. Oleh yang demikian, karya seni dalam Islam merupakan

    kefahaman muslim terhadap keindahan syurga yang tidak mampu dinukilkan. Keindahan

    yang paling hebat ini adalah untuk menyatakan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT sebagai

    Maha Pencipta. Seni bina dalam Tamadun Islam juga telah mampu melahirkan banyak seni

    bina indah seperti masjid di serata dunia sehingga menjadi mercu tanda kegemilangan

    Tamadun Islam hingga ke hari ini. Begitu juga dengan seni khat yang mempunyai pelbagai

    jenis seperti Khat Kufi, Nasakh, Thuluth dan Farisi mampu mempesonakan sesiapa saja.

    Perbezan seni Islam dengan seni dari tamadun lain terlihat pada falsafah seni Islam yang

    berteras tauhid walaupun terhasil pada pelbagai aneka karya seni. Contohnya, seni Barat lahir

    dari penghayatan terhadap konsep ketuhanan yang digambarkan dalam bentuk pahatan

    patung-patung. Tamadun Barat yang bersandar pada Tamadun Yunani berpegang pada

    fahaman kesempurnaan Tuhan dan manusia yang dicernakan pada karya seni terutama seni

    arca dan seni pahatan. (Ahmad Rashidi Hassan, 2005:48-49). Malah pada zaman Renaissance,

    penghasilan seni masih bertemakan cerita-cerita dari Bible di samping cerita dewa-dewi

    Yunani kuno. Kebanyakan lukisan dibuat untuk kepentingan gereja (A. Djelantik, 1999:124)

    Seni atau keindahan menurut agama Buddha dapat diklasifikasikan kepada empat jenis iaitukeindahan perhiasan, keindahan jasmani, keindahan tingkah laku dan keindahan batin.

    Menurut Buddha, manusia dapat memiliki keindahan melalui dua Darma indah yang terdiri

    dari Khanti dan Soracca (A. Djelantik, 1999:192). Dalam Tamadun India, kesenian lahir dari

    usaha para seniman untuk mewujudkan bentuk dari sesuatu yang tidak berbentuk semasa

    berlaku kosentrasi diri atau proses meditasi. Gambaran dewa-dewa dihubungkan dengan

    sikap, warna dan ekspresi tertentu dan gambaran dewa-dewa timbul dalam gambaran fikiran.

    Akhirnya seniman melukiskan gambaran tersebut dalam media seperti kanvas dan bentuk

    arca. Dalam ajaran Hindu dan Buddha terdapat kesamaan idea dan pandangan yang

    mengatakan bahawa dalam fikiran dan gambaran dalam jiwalah yang dapat dikatakan sebagai

    seni (Ibid:195) . Dalam Tamadun Cina, karya seni rupa merangkumi seni lukis dan seni

    kaligrafi. Seni lukis Cina menjadikan unsur alam harmoni sebagai tema utama. Penghasilankarya tema ini jelas terpapar pada unsur tumbuh-tumbuhan terutaam pokok buluh, unsur

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    13/27

    haiwan terutama burung bangau putih dan unsur alam sekitar terutama sungai. Konsep dan

    teknik keindahan seni ini meresap dalam seni rupa yang lain.

    Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan keturunan mempunyai bentuk-

    bentuk kesenian yang pelbagai. Rakyat Malaysia lahir dari rasa cintakan perpaduan dan

    keamanan. Pemerintah telah membentuk satu dasar kebudayaan Malaysia yang menetapkanseni dan budaya Malaysia ialah seni dan budaya Melayu, walaupun dasar ini masih menerima

    seni dan budaya etnik lain. Dasar budaya ini dikenal sebagai Kebudayaan Kebangsaan. Oleh

    itu, dasar ini menggabungkan semua unsur budaya masyarakat yang ada di Malaysia.

    (Hamdan Hassan:11-16).

    vi. Aspek alam sekitar

    Tamadun Islam dan tamadun Asia lain amat menyanjung alam sekitar. Islam menghargai

    alam sekitar yang merupakan tanda-tanda kewujudan Allah SWT. Seluruh alam dan

    persekitarannya merupakan amanah kepada manusia sebagai khalifah yang berfungsi sebagai

    pembangun alam ini seperti yang dapat difaham pada firman Allah dalam surah Hud: 61.

    Demikian juga Tamadun Melayu dan masyarakat peribuminya turut menghargai alam sekitar.

    Malah, bagi masyarakat peribumi Malaysia seperti etnik Iban dan Senoi mereka memuja alam

    terutama semasa upacara pesta menuai. Mereka percaya wujud unsur-unsur roh yang

    menyelinap ke dalam semua kejadian alam seperti tumbuh-tumbuhan. Menurut doktrin

    Hindu, alam semesta ini terdiri dari Jamudvipa. Di tengah-tengah alam semesta terdiri

    Gunung Meru yang di kelilingi oleh matahari, bulan dan bintang. Sehingga dikatakan Gunung

    Meru dibawa separuh ke Pulau Jawa dari Jamudvipa, India untuk menjadi tempat tinggal

    Betara Guru di Pulau Jawa.

    Lao Tze telah mengemukakan falsafah tao sebagai suatu kekuatan di mana manusia cuba

    menjalin dirinya dengan alam. Konsep ini menyamai konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius

    yang mendorong manusia mengambil jalan pertengahan antara dua aktiviti tertinggi dan

    istirehat tertinggi. Mereka menafsir bahawa kehidupan yang berlaku di alam ini adalah hasil

    dari pergerakan alam yang berterusan. Seseorang dianggap dapat berhubung dengan alam

    apabila dia berjaya menghubungkan dirinya dengan tao melalui pembersihan jiwa atau

    mengosongkan diri dari dua perkara yang keterlaluan. (Idris Zakaria: 40)

    vii. Aspek institusi agama

    Setiap agama memiliki institusi tersendiri sebagai pusat kegiatan keagamaan mereka.

    Institusi-insitutusi ini adalah seperti berikut:

    a. Masjid

    Ia merupakan institusi agama dalam Islam. Masjid bermaksud tempat sujud atau tempat

    beribadah kepada Allah SWT. Sebagaimana ibadah dalam Islam amat luas maksudnya, begitu

    jugalah fungsi masjid. Masjid tidak terbatas sebagai tempat sembahyang semata-mata. Hal initelah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW semasa hayatnya dengan menjadikan masjid

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    14/27

    tempat segala aktiviti umat Islam. Antaranya, masjid berperanan sebagai tempat

    bermesyuarat, tempat mengadili masalah masyarakat Islam, tempat menerima dan merawat

    pejuang Islam yang cedera dan pelbagai fungsi lain. (S. A. H. Mokhtar,1997:116).

    Kepentingan masjid dalam masyarakat Islam menyebabkan pembinaan masjid merupakan

    langkah awal semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Justeru itu terbinalah masjid

    pertama dalam Islam iaitu masjid Quba. Ini diikuti dengan pembinaan Masjid Nabawi diMadinah, Masjid al-Haram di Mekah, Masjid al-Aqsa di Palestin dan Masjid al-Azhar di

    Mesir.

    Dalam bidang pendidikan, masjid merupakan institusi terpenting dalam Islam. Di sini umat

    Islam memulakan pendidikan awal terutama golongan kanak-kanak. Kanak-kanak dilatih

    mengaji al-Quran, selain latihan di rumah yang dijalankan oleh ibu bapa sendiri. Masjid juga

    berfungsi sebagai pusat pendidikan pelbagai ilmu Islam dan informasi setempat. Sejarah para

    ulama awal dalam Islam membuktikan hal ini. Imam Shafie, Imam Maliki dan imam-imam

    lain menerima pendidikan ilmu Islam yang luas di masjid-masjid utama di atas.Lanjutan dari

    hal ini, para ulama merupakan tenaga pengajar dan tempat rujukan masyarakat dalam

    pelbagai hal (Ibid:117).

    Masjid utama dalam Islam ialah Masjid al-Haram. Ini diikuti dengan Masjid Nabawi, masjid

    Aqsa dan lain-lain. Keutamaan masjid-masjid ini bergantung kepada pengakuan dan sejarah

    Islam yang bermula pada zaman Rasulullah SAW. Pada satu sudut yang lain, masjid

    mempunyai beberapa keistimewaan yang membezakan masjid sebagai tempat ibadat umat

    Islam dengan rumah ibadat penganut agama lain. Kewujudan masjid juga berada di segenap

    pelusuk dunia. Justeru itu, masjia terbina dalam pelbagai bentuk seni bina. Kesemuanya

    bentuk seni bina masjid dapat dibahagi kepada tujuh bentuk, iaitu (Ibid:124-128):

    Maghribi

    Andalusia

    Mesir

    Turki Saljuk

    India

    Iran Safawi

    Turki Uthmani

    b. Kuil dan Candi

    Kuil merupakan rumah ibadat bagi penganut agama Hindu dan Buddha. Fungsi kuil lebih luas

    pada peringkat awal perkembangan dua agama ini. Ia menjadi pusat pendidikan yang

    diperlukan oleh sami-sami Hindu dan Buddha. Golongan Brahmin dalam agama Hindu

    merupakan sami-sami Hindu yang terpelajar. Mereka adalah golongan yang layak memahamikitab-kitab suci Hindu seperti kitab Veda, Mahabrata dan Ramayana yang ditulis dalam

    bahasa Sanskrit. Begitu juga dalam agama Buddha, sami-sami Buddha menjadikan kuil

    sebagai pusat pendidikan dalam memahami ajaran-ajaran Buddha. Sami-Sami Buddha

    menyampaikan pengajaran mereka dalam bahasa Pali dan Sanskrit.

    Candi merupakan bangunan yang dikaitkan dengan aspek keagamaan. Candi yang terkenal di

    rantau Alam Melayu antaranya ialah Candi Borobudur. Candi ini terletak di kaki Gunung

    Merapi di kota Jogyakarta, Indonesia yang dibina ketika Dinasti Sailendara sekitar tahun 778-

    825M2. Candi ini dipenuhi dengan sangkar-sangkar batu berisi patung Buddha.

    c. GerejaDalam tamadun Barat gereja masih memainkan peranan sebagai tempat ibadat, pusat

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    15/27

    pemahaman agama Kristian dan juga aktiviti masyarakat setempat. Perkembangan ini

    akhirnya melahirkan sekolah-sekolah missionary. Dalam bentuk yang formal sekolah

    missionari mendapat pembiayaan pihak gereja. (Bhg. II: 147-150)

    2.3 Nilai dan Kepentingannya

    Nilai adalah satu konsep yang diertikan dengan berbagai maksud dan konotasi. Antaranya,

    nilai bermaksud satu kualiti sama ada baik (positif) mahupun buruk (negatif) yang

    menghasilkan sesuatu yang dikehendaki. Ia juga bermaksud dasar-dasar moral, prinsip, piawai

    ataupun suatu ideal yang dijunjung tinggi oleh sesebuah masyarakat.

    Secara amnya, nilai akan ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau

    sesuatu kumpulan. Misalnya, seseorang yang menghayati nilai tanggungjawab akan

    menunjukkan nilai tersebut dalam percakapan dan perlakuan. Individu ini juga akan

    mempertahankan nilai tersebut dan akan mengkritik orang lain yang bersikap tidak

    bertanggungjawab. Nilai juga boleh berubah mengikut peredaran masa ataupun terus unggul

    mengikut suasana ataupun idealisme sesebuah masyarakat. Contohnya, nilai hormat kepadaorang yang lebih tua telah terhakis dalam masyarakat kosmopolitan tetapi ia kekal dan penting

    dalam masyarakat Timur sama ada yang membangun ataupun yang masih mundur.

    Matlamat dan tindakan yang dilaksanakan oleh seseorang juga ditentukan oleh nilai. Ini

    kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang disediakan oleh anggota

    masyarakat untuk menjalani kehidupan. Nilai adalah suatu piawai yang berkekalan, atau

    dalam pengertian yang luas, suatu piawai yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Nilai juga

    menentukan sesuatu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan

    sosial, mahupun mengenai matlamat-matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya. Nilai juga

    akan bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam

    sesuatu isu sosial ataupun moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah

    kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah

    bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain. Nilai juga berfungsi sebagai

    dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan.

    (Abdul Rahman Md Aroff, 1999)

    Walaupun semua nilai mempunyai ciri dan fungsi am seperti yang disebutkan di atas, namun

    nilai juga boleh dikategorikan dalam kelompok tertentu seperti berikut;

    Nilai agama (Contoh: Kesucian, kesyukuran)

    Nilai Ekonomi (Contoh: Produktiviti, kejayaan) Nilai Etika (Contoh: Kejujuran, pemurah)

    Nilai Estetika (Contoh: Keindahan, keselesaan)

    Nilai Politik (Contoh: Hak asasi, patriotisme)

    Nilai Sosial (Contoh: Kejiranan, budi pekerti)

    Sistem nilai dalam Tamadun Islam tersimpul pada satu skema yang tersedia dalam ajaran dan

    tradisi agama Islam. Sungguhpun wujud kedinamikan dalam hukum-hukum Islam tetapi ia

    tidak boleh bercanggah dengan sistem nilai yang disepakati oleh majoriti cerdik pandai Islam.

    Sistem nilai dalam Tamadun Islam terdiri daripada hukum berikut (Azhar Hj Mad Aros,

    2002);

    Wajib: Nilai yang dilakukan akan mendapat ganjaran/pahala dan jika ditinggalkan berdosa.

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    16/27

    Terdapat dalil-dalil atau ayat-ayat al-Quran yang jelas mengenai hal ini.

    Sunat: Nilai yang dilakukan akan menghasilkan ganjaran/pahala dan jika ditinggalkan tidak

    berdosa.

    Haram: Nilai yang wajib ditinggalkan. Jika dilakukan akan menghasilkan dosa. Terdapat

    banyak dalil-dalil dari firman Allah dalam al-Quran yang melarang melakukan nilai ini.

    Makruh : Perkara yang dibenci. Jika ditinggalkan mendapat pahala dan sekiranya dilakukantidak berdosa.

    Harus: Nilai yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan. Hukum ini merupakan hukum

    asal sesuatu perkara kecuali wujud penjelasan hukum mengenai hal ini.

    2.3.1 Nilai Asia dan Nilai Universal

    Nilai dalam Tamadun Asia dianggap bersifat kolektif manakala nilai dalam Tamadun Barat

    dikatakan bersifat individualistik. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa nilai kolektif

    yang menjadi sifat Tamadun Asia ini dipegang kuat oleh masyarakat Timur. Antaranya seperti

    kesopanan, kasih sayang, sederhana, menghormati tradisi, ketaatan, kesetiaan, menghormati

    keluarga dan orang yang lebih tua, berpegang kepada agama dan pemaaf. (Kapoor, Blue,

    Konsky & Drager: 2000)

    Nilai universal pula adalah sesuatu yang abstrak. Berdasarkan laporan UNESCO, nilai

    universal yang patut dicambahkan oleh setiap negara ialah ;

    Nilai kedamaian

    Nilai kebebasan dan hak asasi manusia

    Nilai demokrasi

    Nilai pembangunan

    Nilai-nilai universal seperti kebebasan dan hak asasi kemanusiaan yang selalu diwar-warkan

    oleh pemimpin Barat tidak kurang juga dicurigai oleh pemimpin Asia kerana dianggap cuba

    melegitimasikan faham liberalisme politik Barat tanpa mengambil kira kelainan budaya yang

    terdapat di Asia. Sebagai tindak balas terhadap tuntutan Barat yang mahukan dunia bukan

    Barat menghayati nilai-nilai universal berkenaan, maka lahirlah konsep Nilai Asia.

    Konsep Nilai Asia menjadi popular sekitar tahun 1970 an bila ia mula dijadikan retorik oleh

    pemimpin Asia seperti Lee Kuan Yew dan diikuti oleh pemimpin Asia lain. Menurut Kishore

    Mahbubani (1998), Nilai Asia merujuk kepada sebuah set pengajaran moral dan sosial yang

    membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negara-negara Asia sejak beberapa

    dekad yang lepas. Nilai-nilai ini termasuklah attachment to the family as an institution,

    deference to societal interest, thrift, conservatism in social mores, respect for authority.

    Konsep Nilai Asia ini telah menerima kritikan termasuk oleh sarjana Asia. Antara kritikanyang kerap dikemukakan ialah Nilai Asia sering digunakan sebagai senjata budaya yang

    menolak liberalisme Barat, malah membawa kepada menghalalkan ideologi politik sektarian

    dan corak pemerintahan kuku besi. Ini menjadikan Nilai Asia nampak jelik selepas

    dilabelkan sebagai satu senjata politik pemimpin Asia yang autoritarian. Namun, kritikan ini

    tidak dapat menafikan wujudnya satu perbezaan nilai antara negara-negara di Asia dengan

    negara bukan Asia khususnya Barat.

    Pada mulanya perbincangan tentang Nilai Asia lebih kerap di sinonim dengan ajaran

    Konfusius. Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan politik Asia

    kerana konsep Demokrasi Konfusian mencadangkan penerimaan hierarki dalam

    masyarakat, keperluan dalam keharmonian sosial, rasa hormat pada keluarga dan kerajaanyang bertanggungjawab. Dalam konteks politik menunjukkan keakuran kepada autoriti

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    17/27

    pemerintah untuk mendapat kebaikan bersama sehingga menjadikan rakyat akur dan

    menerima kedudukan dan hierarki pemerintah.

    Nilai yang ditekankan dalam tanggapan seperti di atas sebenarnya hanya terjurus kepada nilai

    ekonomi yang ada dalam ajaran Konfusius. Falsafah Konfusius dijadikan sandaran dan

    disesuaikan mengikut kehendak pemuka awal konsep Nilai Asia. Hasilnya, nilai etika dansosial yang lebih menyeluruh telah diabaikan. Penonjolan nilai-nilai dari tradisi agama Asia

    yang lain khususnya Islam dan Hindu mula dibicarakan secara lebih meluas kerana setiap

    agama pada asasnya mempunyai kekuatan masing-masing dalam memperkatakan soal moral,

    etika, kekeluargaan, politik dan lain-lain.

    2.3.2 Nilai-Nilai Universal Asia

    Tamadun-tamadun Timur mempunyai keserasian antara satu dengan lain sehingga

    memudahkan interaksi. Ini disebabkan adanya nilai-nilai sepunya antara mereka. Prof. Syed

    Naquib al-Attas (1972) mengungkapkannya sebagai nilai kesejajaran. Sejak awal tahun 1970

    an lagi beliau telah menyeru ke arah sikap terbuka dalam menilai interaksi antara tamadun diAsia khususnya di Malaysia dan menekankan hakikat kepentingan pandangan hidup atau

    world view yang berteraskan nilai agama dan akhlak dalam sesebuah tamadun. Perspektif

    tentang adanya nilai-nilai universal yang sejajar dalam tamadun di Asia yang telah disuarakan

    oleh beliau (1972:70) dalam bukunya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu berbunyi;

    Keadaan bertumpunya agama-agama agung di dunia ini di Malaysia janganlah hendaknya

    kita anggap sebagai satu kelemahan besar, satu bibit perceraian masyarakat kita; kita harus

    mengangapnya sebagai satu keistimewaan dan kebesaran kita di dunia; kita harus tahu

    bahawa dalam pandangan hidup agama-agama ini semua lebih banyak terdapat titik

    pertemuan daripada yang terdapat dalam ideologi-ideologi politik, bahawa dalam keluhuran

    falsafah-falsafah agama-agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan ajaran Lao Tzu dan Kung

    Fu Tze ada terdapat kesejajaran fahaman dalam bidang-bidang penting yang tentu akan dapat

    membantu ke arah memupuk faham keperibadian Malaysia

    Namun ciri dan identiti khusus setiap agama khususnya aspek teologi akan tetap berbeza.

    Seperti yang ditekankan oleh Prof. Naquib dalam tulisan beliau, persamaan nilai yang

    terdapat dalam tamadun-tamadun Asia hanyalah satu kesejajaran dan bukanlah satu keselarian

    ataupun persamaan yang hakiki. Kesejajaran yang cuba diketengahkan oleh Prof. Naquib ini

    tidaklah sehingga membawa kepada pluralisme dalam nilai hidup dan agama sehingga semua

    agama dianggap sama. Perbezaan tetap ada. Ini ditegaskan lagi oleh Osman Bakar (1997);

    with reference to Asia, it means that Asian cultures do share a set of core human valueand at the same time exhibit differences in their value system

    Bagaimanapun pemikiran sempit yang menonjolkan particularism tamadun masing-masing

    amat tidak sesuai dalam perkembangan dunia hari ini; apatah lagi dalam usaha serius untuk

    mengadakan interaksi antara tamadun. Hal ini akan menggagalkan dialog ketamadunan yang

    sedang diusahakan oleh pelbagai pihak.

    2.3.3 Nilai-Nilai Universal Tamadun Asia

    Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang

    telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari TanahBesar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    18/27

    diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut;

    Berlandaskan idea keagamaan

    Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan

    Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan

    Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan Menghargai alam sekitar

    Mementingkan ilmu dan orang berilmu

    2.3.3.1 Berlandaskan idea keagamaan

    Peranan agama dalam semua tamadun Asia sangat penting kerana ia membantu memantapkan

    struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun Asia sama ada berasaskan

    agama samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama

    inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada

    dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran

    keagamaan agama lain juga di hormati.

    Sebagai contohnya, Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini

    bermaksud tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam. Justeru

    itu, asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini

    merupakan komponen dalam agama Islam. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli

    iaitu sumber wahyu. Sumber ini menjadi sumber asas, manakala sumber aqli iaitu yang

    berdasarkan akal merupakan sumber sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak

    bercanggah dengan sumber naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat

    dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang dan

    bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama

    iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat

    penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.

    Contoh lain pula dapat dilihat pada Tamadun Cina. Masyarakat Cina tetap percaya kepada

    konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka.

    Antaranya, penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan

    Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang

    menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya, kecuali Buddhisme.

    Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk kepada

    dewa yang terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian kewujudanTuhan. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit (supreme being)

    yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan

    kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Ia juga mungkin menyebabkan

    kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan salah. Kepercayaan terhadap

    konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah laku bagi mengelakkan dari

    mendapat balasan dari tian.

    Tamadun India juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan agama dan

    kerohanian yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep

    ketuhanan dan kerohanian. Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu percaya kepada

    ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva (TuhanPemusnah).

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    19/27

    2.3 3.2 Institusi Kekeluargaan dan Aspek Kemanusiaan

    Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen rite de passage iaitu adat istiadat dari saat

    kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini

    menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Sebagai contohnya, dalamperspektif Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu munakahat yang mengatur

    pembinaan institusi keluarga bermula dari proses mencari jodoh, tanggungjawab suami isteri

    dan seterusnya.

    Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum minaLlah) dan hubungan

    yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat dengan ukhuwah

    Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah kecuali orang

    yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama

    manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan

    bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan yang baik

    sesama manusia amat perlu dijaga, malah andainya seorang Islam tidak mempunyai hubunganyang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan

    Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga.

    Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia

    terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan

    maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan.

    Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini

    merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. Dalam

    Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada

    tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang.

    2.3.3.3 Menekankan Tatacara dan Etika Dalam Kehidupan

    Etika dalam Islam adalah manfaat daripada penghayatan syariat. Syariat diutuskan Allah

    kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni.

    Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan

    hubungan manusia sesama manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat.

    Syariat Islam juga merangkumi akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang

    beretika. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah

    SAW, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran dan termasuk sesama manusiawalaupun dengan bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam

    persekitaran seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penegasan soal etika dalam ajaran Islam

    menjadi faktor utama Rasulullah SAW diutus oleh Allah kepada manusia. Justeru itu,

    Rasulullah merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia

    seluruhnya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud:

    Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan yang baik bagimu iaitu

    bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak

    mengingati Allah.

    (al-Ahzab: 21)

    Dalam Tamadun Asia lain seperti China terdapat konsep Dao (jalan). Begitu juga pemikiran

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    20/27

    tentang Li (Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan

    peraturan kehidupan berasaskan 3 perkara berikut:

    i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan.

    ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.

    iii. Peraturan perhubungan politikSelain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan. Segala

    perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

    Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin

    perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas

    buruk. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik

    dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.

    2.3.3.4 Mementingkan kebijaksanaan kepemimpinan

    Pemimpin adalah khalifah di muka bumi sinonim dengan kepemimpinan dalam Islam.Politik Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik

    adalah tauhid, risalah dan khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan,

    persamaan, syura dan akauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dan sunnah

    rasul-Nya, di samping ijtihad dan ijmak ulama.

    Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral kepada manusia, antaranya

    membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta yang paling penting

    untuk dimiliki oleh setiap pegawai. Dalam hal ini, Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka

    dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga. Ini merujuk kepada maksud raja

    adalah wakil Tuhan di bumi. Justeru itu mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal,

    mandat akan ditarik semula. Selain itu, ajaran Konfusius juga menekankan pemerintahan yang

    berdasarkan zheng ming, iaitu nama yang betul untuk menjelaskan di antara perkara yang

    benar dan salah. Ia bermaksud, peranan dan tanggungjawab adalah mengikut nama yang

    disandang. Tujuannya adalah untuk membezakan antara perkara yang betul dan salah.

    Pemerintah juga perlu memperbaiki diri sendiri atau zheng ji.

    Dalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan panduan tingkah laku yang

    wajar dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu

    dan mengamalkan toleransi.

    2.3.3.5 Menghargai alam sekitar

    Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang sebarang tingkah

    laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal

    oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal dan Haram.

    Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada manusia untuk

    dimanfaatkan sebaik mungkin. Allah berfirman yang bermaksud:

    Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar

    Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya.

    (al-Kahfi: 7)

    Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan berlayar di lautan.

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    21/27

    Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurkan bahtera itu membawa

    orang-orang yang berada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira

    kerananya. (Dan apabila) datanglah angin badai dan (apabila) gelombang dari segenap

    penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya) maka

    mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata.

    (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilahkami termasuk orang-orang yang bersyukur.

    (Yunus: 22)

    Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Justeru itu, Allah

    telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk ghaib.

    Dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di anggap sebagai ibu atau Dao. Ini

    menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhism dan Shinto pula,

    hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia

    dan alam saling memerlukan.

    Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan menghargai dan

    memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya petir

    sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi melarang menebang pokok tanpa

    niat untuk digunakan atau membunuh binatang tanpa niat untuk dimakan. Perbuatan ini akan

    mengundang kemarahan Tuhan dan akan diturunkan bala bukan sahaja kepada pesalah, malah

    seluruh komuniti mereka. Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar agar

    berada dalam ekologi yang seimbang.

    2.3.3.6 Mementingkan ilmu dan orang berilmu

    Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu dan orang yang berilmu. Seorang invidu

    di dalam masyarakat Islam hanya diterima sebagai ulama jika persiapan ilmunya sempurna

    dan tercermin pada kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Selaras dengan ini, Allah

    SWT berfirman yang bermaksud:

    Sesungguhnya yang takut kepada Alllah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama.

    (al-Fatir: 28)

    Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku

    (Taha: 114)

    Katakanlah wahai Muhammad, adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak

    mengetahui. Bahawasanya yang mengingati ialah orang-orang yang menggunakan fikirannya

    (ulul al-bab).(al-Zumar: 9)

    Ulama memainkan peranan besar dalam Islam. Antaranya sebagai pembimbing umat,

    penyelesai masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladan dalam masyarakat Islam.

    Justeru itu, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadithnya yang bermaksud:

    Ulama merupakan pewaris para nabi.

    Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi (orang budiman) yang bermaksud orang

    yang berilmu dan tahu akan kewajaran sesuatu. Salah satu tingkat dalam empat perjalanan

    hidup (Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah Bramacarya yang memerlukan pengisian

    ilmu pengetahuan. Tingkat Asramas yang lain adalah tahap Ghastra, Vanaprahastra,Sanayasa.

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    22/27

    Ringkasnya, Tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak Asia mula

    didiami oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan dan bersifat

    sepunya antara tamadun-tamadun di Asia. Nilai kesejagatan ini telah membentuk jalinan

    interaksi harmoni antara tamadun walaupun antara tamadun ini memiliki dasar pegangan

    agama yang berbeza.

    Peranan Islam sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dari ajaran agama diiktiraf sebagai

    pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba moden ini. Umat Islam

    sebagai ummatan wasata (umat pertengahan) boleh menjadi perantara yang baik dalam

    berinteraksi dengan tamadun moden mahupun tamadun tradisional. Nilai pertengahan ini juga

    termasuklah tidak terlalu bersifat kebendaan dan juga tidak menolak dunia secara total. Selain

    itu, Tamadun Islam juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang dapat dilihat pada

    nilai-nilai transenden (kudus) yang merentas batas daerah dan budaya. Nilai ini mampu

    menjadi nilai universal tamadun manusia.

    2.4 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

    Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga

    bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili

    pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan

    etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang

    mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat. Kesan ini

    dikategorikan kepada kesan positif mahupun negatif.

    2.4.1 Kesan Positif

    Kesan positif telah wujud sejak dari awal interaksi bangsa di Malaysia yang berlaku sebelum

    merdeka hinggalah pada zaman kemerdekaan, selepas merdeka dan hingga kini. Kesan ini

    telah menghasilkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia. Berdasarkan pengalaman ini

    kerajaan Malaysia telah terdorong menggubal beberapa dasar untuk mengukuhkan lagi jalinan

    ini. Kesan tersebut adalah seperti berikut:

    * Pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek.

    Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi

    antara bangsa. Di bawah merupakan sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud

    hasil interaksi.

    Makanan dan buahan

    Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki),

    tauhu, kincam (sayur kering), lai, laici, teh, behon, toyu, samsu, tamar.

    Pakaian dan barang dagangan

    Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai,

    gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 tahil) , 1 inci),tohar, tokok, angklong, candu, kaci.

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    23/27

    Rumah dan peralatan

    Loting, pangkin, angloh, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca,

    langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, takpi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok

    (belenggu tengkok haiwan ), cacing, kincir.

    Manusia dan ehwalnya

    Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin, kuntau,gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai,

    lancong.

    Permainan

    Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai, mahjong.

    * Kebudayaan

    Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu

    komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut:

    i. Budaya Baba-Nyonya

    Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka. Olehkerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita

    tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan

    perniagaan tetapi dalam institusi keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba

    dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri

    mereka sebagai Baba atau Peranakan. Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya

    mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan

    mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar.

    Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-

    beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku. Komuniti ini telah menyerapkan

    Bahasa Cina dalam perbualan seharian mereka terutama kata pinjaman dari dialek Hokkein

    yang berkaitan adat, kekeluargaan dan agama. Kata-kata serapan ini terus mengalami

    penyesuaian dari segi sebutan dan makna. Sebagainya contohnya, lau-teng = loteng, Put-Go =

    Datuk Uco (nama satu dewa Buddha ). Selain itu, perkataan Melayu juga mengalami

    perubahan bunyi dan makna. Sebagai, contoh, malaikat = malaikat ( roh nenek moyang ),

    kawan = kawan (suami ). Komuniti ini tidak banyak menggunakan imbuhan dalam perbualan,

    sebaliknya hanya menggunakan kata dasar sahaja seperti Dia tulis surat. Perkataan punya

    menggantikan partikel milik nya seperti bukunya disebut dia punya buku. Ringkasnya,

    komuniti ini berusaha meniru pelbagai aspek budaya Melayu hingga kepada aspek makanan

    dan masakan. Justeru itu, masakan Baba dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereka turut

    meniru gaya makan orang Melayu menggunakan tangan. Generasi yang lebih tua pula

    berminat menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian.

    ii. Budaya China Peranakan

    Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang

    dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai

    Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing

    sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat. Antara kesan interaksi

    yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya

    Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan

    fesyen pakaian. Wujud juga sifat saling menghormati dan lahir cita rasa yang sama antara

    mereka dengan penduduk tempatan seperti kegemaran kepada wayang kulit, permainan

    mahjong, wayang gedek dan menora. Namun ciri budaya Cina asal masih kekal pada merekakhususnya pada aspek agama. Mereka kekal berpegang pada agama asal warisan mereka

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    24/27

    terutamanya agama Buddha.

    Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina

    Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun

    mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka

    juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapatciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti

    masyarakat Melayu.

    * Kesenian

    Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman

    awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan

    masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai

    seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid

    Tengkera, di Melaka. Demikian juga masjid Kampong Laut di Kelantan, masjid Demak di

    Jawa Timur dan beberapa tempat lain di rantau Alam Melayu. Malah, identiti reka bentuk

    masjid pada zaman sebelum Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkandari bangunan Pagoda. Reka bentuk bumbung masjid-masjid ini dihasilkan secara bertingkat-

    tingkat. Sekurang-kurangnya terdapat 3 tingkat bumbung masjid.

    * Dasar Pendidikan Negara

    Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk yang

    telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah Penyata

    Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata Razak dan Penyata

    Rahman Talib. Semua dasar-dasar ini berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan

    pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan

    dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman ini lebih menjamin

    perpaduan rakyat. Selain itu, dasar ini juga mengambilkira perkembangan pendidikan di

    Sabah dan Sarawak.

    * Dasar Integrasi Nasional

    Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi yang

    lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah. Sehubungan ini,

    Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan identiti nasional di

    kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan dan penempatan. Sehubungan itu,

    Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober

    1990 dengan objektif berikut:

    1. Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional.

    2. Memberi bantuan khidmat masyarakat.3. Membangun masyarakat Orang Asli.

    4. Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara.

    5. Menyelaras program kependudukan dan pembangunan negara.

    Untuk menjayakan kementerian baru ini beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan

    Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,

    Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

    * Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan

    Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai

    bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Namun,bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi peranan bahasa Melayu dalam

  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    25/27

    masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.

    2.4.2 Kesan Negatif

    Di samping kesan positif yang tersemat dalam lembaran sejarah masyarakat majmuk diMalaysia, interaksi kaum turut terdedah dengan beberapa kesan negatif. Kesan negatif yang

    paling penting hingga ke hari ini adalah seperti berikut:

    * Jurang ekonomi

    Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku kerana

    sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan masalah

    rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat Melayu sentiasa

    dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan orang

    Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada

    masyarakat bandar. Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan mengusahakan tanaman sara diri

    sahaja, sedangkan masyarakat imigran di kawasan bandar terutamanya Cina terus sibuk dan

    maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import. Ini bermakna, penjajah hanyamembenarkan masyarakat Melayu menjadi pekebun kecil sahaja. Jika terdapat perkampungan

    baru, orang Melayu dikenakan syarat tertentu seperti hanya menanam padi, kelapa dan buah-

    buahan.

    Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan di kawasan yang bersedia

    menerima perubahan. Ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih cepat

    mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan penjajah

    memberi penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina. Ringkasnya,

    akibat dasar pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor ekonomi.

    Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan perlombongan,

    sementara India di ladang. Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan antara kawasan

    antara desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah.

    * Jurang Sosial

    Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok

    masyarakat kaya yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan masyarakat

    miskin yang wujud di kalangan masyarakat luar bandar. Secara tidak langsung, keadaan ini

    telah mengubah struktur masyarakat Melayu dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks

    dan berkelas. Kelas atasan terdiri sari golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan

    pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat

    etnik Cina dan sedikit dari golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain

    kaum bumiputera. Kelas bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Inimemberi kesan seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas

    perkauman.

    * Pencapaian Tidak Seimbang

    Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya pendidikan.

    Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik etnik di

    Malaysia. Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik. Masyarakat Melayu

    dengan pendidikan Melayu, etnik India dengan pendidikan berteras bahasa Tamil dan etnik

    Cina dengan teras bahasa Mandarin. Sementara komuniti peribumi yang terdiri dari Orang

    Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan.

    Posted by Ustaz Abd Aziz Harjin at8:43 PM

    http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2037650203843902911&postID=5589234667819969285&from=pencilhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.html
  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    26/27

    0 comments:

    Post a Comment

    Newer PostOlder PostHome

    Subscribe to:Post Comments (Atom)

    About Me

    Ustaz Abd Aziz HarjinPensyarah Tamadun Islam, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti

    Teknologi MARA Perlis, 02600 Arau, Perlis. Tel: 013-4006 206

    View my complete profile

    Blog Archive

    2009(6)o December(6)

    Silabus 1 - Konsep Tamadun Islam 2 - Interaksi antara tamadun 3 - Islam dan Tamadun Melayu 4 - Tamadun Islam di India 5 - Tamadun Islam di China

    Followers

    http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/3-islam-dan-tamadun-melayu.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/1-konsep-tamadun-islam.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/1-konsep-tamadun-islam.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/http://ctu551az.blogspot.com/http://ctu551az.blogspot.com/http://ctu551az.blogspot.com/feeds/5589234667819969285/comments/defaulthttp://ctu551az.blogspot.com/feeds/5589234667819969285/comments/defaulthttp://ctu551az.blogspot.com/feeds/5589234667819969285/comments/defaulthttp://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/silabus.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/silabus.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/1-konsep-tamadun-islam.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/1-konsep-tamadun-islam.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/3-islam-dan-tamadun-melayu.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/3-islam-dan-tamadun-melayu.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/4-tamadun-islam-di-india.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/4-tamadun-islam-di-india.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.htmlhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Profile&widgetId=Profile1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Image&widgetId=Image1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Profile&widgetId=Profile1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Image&widgetId=Image1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Profile&widgetId=Profile1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Image&widgetId=Image1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Profile&widgetId=Profile1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Image&widgetId=Image1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Profile&widgetId=Profile1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Image&widgetId=Image1&action=editWidget&sectionId=sidebarhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/4-tamadun-islam-di-india.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/3-islam-dan-tamadun-melayu.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/1-konsep-tamadun-islam.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/silabus.htmlhttp://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://www.blogger.com/profile/02010134503365489672http://ctu551az.blogspot.com/feeds/5589234667819969285/comments/defaulthttp://ctu551az.blogspot.com/http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/1-konsep-tamadun-islam.htmlhttp://ctu551az.blogspot.com/2009/12/3-islam-dan-tamadun-melayu.html
  • 7/27/2019 Interaksi Antara Tamadun dunia lama

    27/27

    http://www.blogger.com/rearrange?blogID=2037650203843902911&widgetType=Followers&widgetId=Followers1&action=editWidget&sectionId=footer