Interaksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Santhe

download Interaksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Santhe

of 115

description

TITAS sem 1 PISMP

Transcript of Interaksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Santhe

Interaksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Dunia

Nama Ahli Kumpulan :Santhekumar SekarSanthiskumar SivalingamTamilcelvaa BalakrishnanPreshant SathasivamInteraksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Dunia

PENDAHULUANTamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia yang menciptakan sistemtulisannyayang tersendiri. Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai The Painted Culture dan The Black Pottery Culture.Mempunyai ciri budaya, kepercayaan, keadaan sosial, politik dan sejarah tersendiri yang menarik.Latar belakang tamadun China : - Zaman Permulaan, Zaman Pertengahan/keagungan, Zaman Peralihan,Zaman Moden

Tamadun China dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia Hubungan antara China dan Nusantara tidak pernah putus. ( Menurut rumusan sekumpulan pengkaji Cina ketua: W.P.Groeneveldt,1880 ).

Semasa pemerintahan Empayar Wu (222-280) :

- Rajanya, Shu Quan menghantar dua orang pengutus , Zhu Ying & Kang Tai ke puluhan empayar dan kerajaan di Asia Tenggara termasuk Tantam (sekitar Kota Bharu), Pu Luo Zhong (sekitar Johor) dan Wu Wen di Semenanjung Malaysia.

SEBABNYA ? : Utusan Muhibah

Hubungan China Asia Tenggara penting bagi mengekalkan kuasa pentadbiran dan ketenteraannya.

Kesan yang memberikan implikasi terhadap landskap demografi penduduk dan perhubungan antara etnik Cina, India dan Melayu di Nusantara :

- Kemasukan banyak kaum Cina dan India ke wilayah Nusantara menjelang abad ke-18.

- Akibatnya, sehingga tahun 1891, hampir separuh penduduk negeri Selangor, Perak & Sg.Ujong berbangsa Cina.

- 1921-1957 : 2/3 orang cina daripada jumlah penduduk bandar Semenanjung Malaysia.

- Peningkatan kaum cina turut di Sarawak, Sabah, Singapura & Indonesia

Dengan ini, pengaruh kebudayaan antara China dan tamadun lain (Melayu) berlaku kerana terdapat bukti-bukti interaksi dan asimilasi antara tamadun-tamadun tersebut. Interaksi ini berlaku kerana China mempunyai sifat terbuka dengan tamadun dunia lain.

KEPERCAYAANKepercayaan Masyarakat ChinaMenganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam.Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze.Agama & kepercayaan tamadun china : - Konfusianisme, Buddhisme cina, Daoisme, Moisme, Legalisme yang mengarahkan penganutnya hidup bermoral dan berbudi baik terhadap diri sendiri, keluarga & masyarakat

mempercayai kewujudan pengaruh roh

mementingkan aspek yang memberikan kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan

Cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia.Dewa-dewi dan kuasa ghaib

Tidak bercanggah dengan adat dan budaya. (cth:mementingkan keamanan)

Tuhan orang Cina banyak digambarkan dalam bentuk dewa-dewi

mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan hubungan manusia dengan kebaikan dunia danakhirat.

Pandangan Semesta Animisme

Pegangan dan kepercayaan penduduk primitif cina yang memuja binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman Neolitik dengan bangsa Yangshao dan Longshan..

Konsep Tian ( langit sebagai makhluk unggul supreme being )

Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.

Makna dalam konteks kepercayaan konfusianisme : prinsip tertinggi dalam alam semesta.

Kitab Daoisme dan Yijing menceritakan Tian adalah segala-galanya. Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao.

Konsep Yin dan Yang [ Pencipta : Dong Zhongshu (179SM-104 SM ]

insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu, wujud satu pertalian antara insan dengan Tian.

Kesalahan yang dilakukan oleh duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai manifestasi amarannya.

Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki aktif, panas, cerah,kering, keras.

Dalam bentuk fizikal : Yang langit dan Yin bumi.

Di/Ti

Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara.

Kepercayaan Berdasarkan Ahli Falsafah Agama Buddha dan falsafahnya

Agama Dao dan Falsafahnya

Konfusianisme dan Falsafahnya

Taoisme / Daoisme dan Falsafahnya

Agama Buddha dan falsafahnyaDiasaskan oleh Siddhartha Gautama.

Seorang sami bernama Fa Hsien dikatakan bertanggungjawab membawa ajaran buddha ke China dari India.

Agama buddha berkembang pesat setelah kitab ajaran atau falsafah buddha diterjemahkan ke dalam bahasa cina dan lebih dikenali sebagai buddhaisme Cina

Agama Dao dan Falsafahnya Agama Dao adalah agama yang sedia ada dalam warisan China.

Ketua agama Dao : Lao Zi

Agama ini diperdewakan Lao Zi dan Zhuang Zhi.

Sejarah tertumbuhnya mempunyai masa yang panjang sejak dari Han Timur dan Dinasti Wei Jan selatan dan utara.

Agama Dao mengganggap Dao melahirkan nasfas dan nafas melahirkan segala benda.

Aliran falsafah Dao ;

Dao melahirkan satu (kasih sayang), satu melahirkan dua (jimat cermat), dua melahirkan tiga (tidak berani berlumba-lumba) dan tiga melahirkan jutaan benda.

Budaya agama Dao bersumber pada :

- Lao Zi bicara tentang konsep Dao dan ini juga merupakan pegangan yang paling tinggi dalam agama Dao

- Zhuang Zi mengemukakan konsep Zhen Ren ( orang tulen). Zhi Ren (nabi/pendeta) & Sheng Ren(orang dewa)

Kebudayaan Kewujudan jalinan hubungan / interaksi Melayu-China : - melalui perdagangan

Kehadiran orang China mempelihatkan ciri-ciri masyarakat pluralistik Alam Melayu dan wujud unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik di Alam Melayu.

Kesan Pengaruh budaya China ke dalam peradaban Melayu : kewujudan Masyarakat Baba & Nyonya.

Asal usul masyarakat baba & nyonya bermula dengan hubungan dan sejarah awal dengan penduduk tempatan (orang melayu), Indonesia dan masyarakat Thai.

Proses akulturasi menjadi mudah melalui perkahwinan campur pada zaman pembinaan komuniti peranakan Cina.

Masyarakat baba dan Nyonya mengalami proses asimilasi dalam sosio budaya Melayu tetapi agama dan kepercayaan asal mereka tetap dikekalkan & diamalkan.

Proses asimilasi kaum Baba dan Nyonya dari aspek :

MaterialBukan MaterialpemakaianfalsafahmakananAdat resammasakanPemikiran dan agamaBahasa ( Bahasa Melayu)

Proses pembudayaan Melayu berlaku terhadap orang Cina kerana interaksi positif dan perkahwinan campur.

Perkahwinan campur ( orang China melayu tempatan ) melahirkan budaya kacukan cina-melayu yang unik yang dikenali sebagai budaya baba dan nyonya.

Hasil daripada penyerapan budaya Baba & Nyonya juga memberikan kesan terhadap ragam bahasa yang membentuk dialek komuniti mereka sebagai bahasa pertuturan yang dikenali sebagai bahasa Melayu Baba.

Dialek Melayu baba Melaka diasaskan kepada ragam bahasa melayu pasar yang menjadi lingua franca dalam perdagangan dalam kalangan pelbagai bangsa.

Dialek melayu baba juga mempunyai beberapa perkataan pinjaman bahasa cina, Indonesia & Inggeris & ia agak berbaza dengan bahasa melayu baku dalam beberapa perkara.

Cth : kata pinjaman daripada bahasa cina ( hokkien) diserapkan dalam bahasa melayu dengan mengalami proses penyesuain dari segi sebutan dan makna.

> lau-teng = loteng, put-co = Datuk Uco (nama satu dewa buddha) - perkataan melayu juga mengalami perubahan makna dan bunyi.

> kawan = kawan (suami), malaikat = malikat (roh nenek moyang)

Pertuturan Melayu Baba agak ringas kerana hanya menggunakan kata dasar sahaja.

Sosial

Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian sosial, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan.

Asas utama hubungan sosial ini ialah konsep jen-ching tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat.

Konsep-konsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat CinaKonsep Ren / Jen

- Kasih sayang yang merangkumi keseluruhan hidup masyarakat meliputi diri sendiri, anak-anak, suami isteri dan sesama rakan serta ibu bapa. - Confucious menjelaskan Jen love man ( kasih sayang terhadap manusia)- Mencius menjelaskan Jen kebaikan dalaman manusia.- Neo-Confucianisme menganggap Jen mendisplinkan diri seseorang.- Glongan ortodoks menganggap Jen kunci sebuah kerajaan yang baik. Moral yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah.

b. Konsep Junzi

- Memberikan penekanan kepada sifat kebaikan yang harus diamalkan sesama manusia- Junzi membawa maksud personality yang ideal berbudi bahasa, bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan

Lima aspek dalam konsep lima hubungan ( Konsep Wu Lun ) :

Hubungan antara suami dengan isteri Hubungan bapa dengan anak Hubungan adik beradik Hubungan pemerintah dan rakyat Hubungan antara kawan-kawanc. Konsep lima hubungan (kekeluargaan) terkandung dalam falsafah konfusianisme

d. Konsep Wu Chang

Lima sifat mulia dalam masyarakat cina :

Ren kemanusian

Yi kesaksamaan

Li tatasusila atau kesopanan

Zhi kebijaksanaan (hikmah)

Xin amanah atau kepercayaan

e. Amalan penyembahan roh nenek moyang

Orang cina percaya bahawa orang tua merupakan golongan yang telah banyak berjasa kepada keturunannya

Penyediaan makanan dan minuman keras di tempat tertentu atau di tokong sebagai tanda penghormatan kepada nenek moyang.

Mengikut kepercayaan, nenek moyang dianggap perantara manusia antara tuhan di peringkat rendah dan percaya nenek moyang akan menjadi tuhan pada masa akan datang selepas mencapai tahap tertentu.

2 peringkat semasa upacara penyembahan :

Peringkat keluarga dilakukan oleh mereka yang mempunyai pertalian atau hubungan rapat dengan si mati.

Peringkat Zuriat dilakukan oleh sesebuah persatuan milik keluarganya sendiri terutama mereka yang mempunyai nama yang sama seperti Chan dan Han. Biasanya, kubur cina di tempat yang kelihatan seperti bukit kerana dipercayai akan memperolehi kedudukan dan balasan yang baik.

Kompas

dicipta di China lebih daripada 1700 tahun yang lalu.

Lagenda China kompas dicipta oleh Maharaja Huang Di.

Bezanya di antara kompas China dari Eropah ( yang kita gunakan sekarang ), adalah arahannya menghadap ke selatan.

Shen Kua (1086 M semasa Dinasti Song) esei Dream Pool (kolam mimpi) menekankan tentang kompas dan mengandungi diskripsi terperinci tentang bagaimana geomancer memagnitis jarum.

Buku Zhu Yu PingZhou Ke Tan (meja cakap PingZhou) pada 1117 rekod terawal penggunaan kompas pada pengemudian.

Pengemudian mengetahui tentang geografi, melihat bintang-bintang pada waktu malam & matahari pada waktu hari ; apabila gelap melihat kompas.

Serbuk Letupan

dicipta oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dan karbon.

Dinasti Tang penggunaannya dalam peperangan oleh tentera.

Zaman pemerintahan Dinasti Han ( 206-220 SM ) sifat-sifat magnet ditemui di China.

Penggunaan bahan letupan sampai ke Eropah dan Arap pada kurun ke-13.

Pembuatan kertas

Pembuatan kertas oleh Cai Lun dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105M.

Teknologi pembuatan kertas diperkenalkan di dunia barat dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Percetakan

diperkenlkan semasa pemerintahan Dinasti Tang.

Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak dan mula menggunakannya secara umum.

Ciptaan kertas dan kemajuan dalam bidang percetakan membawa kepada perubahan terhadap tamadun Barat kerana dengan adanya penemuan tersebut, maka bermulah zaman Reformasi di Eropah.

Ilmu Pengetahuan Objektif utama masyarakat cina menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.

3 peringkat pendidikan tamadun China :

Peringkat rendah - tumpuan pendidikan kepada kegiatan mengenal & menghafal tulisan ideogram dan 9 buah buku suci tanpa memahami maknanya.

Peringkat menengah tumpuan pada karangan & sastera

Peringkat tinggi tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.

Pendidikan di China lebih fokus kepada kepentingan untuk pentadbiran.

Tiga tahap dalam peperiksaan awam kerajaan Tamadun China :

Tahap Pertama Hsiu Tai setaraf dengan ijazah pertama ; dijalankan di daerah ; LULUS:pegawai kerajaan

Tahap Kedua Chun-Jen setaraf dengan sarjana ; dijalankan di ibu kota daerah

Tahap Ketiga Chin Shih setaraf dengan doktor falsafah , dijalankan di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja ; LULUS : Pendidik

Peperiksaan awam tahap ketiga pula diadakan 3 kali setahun.

Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia

KESUSASTERAAN DAN KESENIANKONFUSIONISMEGLOBALISASI SAINS DAN TEKNOLOGIKEKUATAN TAMADUN CHINA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN

KESUSASTERAAN

Bermula seawal kurun ke-14 dan diteruskan perkembangannya sehingga lebih 300 tahun.Bahasa Cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China perna ditakluki oleh orang asing seperti Monggol dan orang Manchu.Ini adalah kerana tulisan China tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan China dan penyebarannya.Terdapat pelbagai genre sastera China klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen.Antologi puisi China yang terawal ialah Shi Jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM 771 SM) hingga zaman Musim Bunga dan Musim Luruh (770 SM 476 SM)Antologi ini dikumpul pada masa kofusius (551 SM 479 SM) di kawasan Lembah Hwang Ho.Puisi berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat.Puisinya juga lebih neratif atau diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.

Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas.Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi, prosa berirama, rapsodi, dan puisi bersifat prosa.Prosa klasik atau dikenali sebagai guwen adalah dominan dalam sastera China dan mempunyai fungsi sosial dan politik.Drama China berkembang agak lewat kerana penaklukan Dinasti Yuan (1279-1368). Walau bagaimanapun, drama China dari jenis zaju drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat berseramak pada zaman dinasti Yuan.Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou er yuan (ketidakadilan Yuan).Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum.Dari sini, lahirla opera Cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat China dalam drama.Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika.

KESENIAN

Seni kaligrafi Salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun Cina.Merupakan seni khat yang menggunakan berus Cina.Kaligrafi menggunakan bahan-bahan seperti dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera.Digunakan selama 4ooo tahun dalam penulisan.Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk.

Menekankan keharmonian, keseimbangan, impule dan momentum semasa menulis.Hurufnya mempunyai teks yang berbeza dari segi bentuk, gaya dan pergerakan yang digelar penulisan kai, xing, cao, li dan da zhuan.Kai dan xing- bentuk normalCao dan li berbentuk cakart dan ditulis dengan cepatDa zhuan bentuk seperti tulisan cina purba- jia gu wen (tulisan Han)

Kaligrafi yang baik disamakan dengan gerak-geri dalam sesebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, impulse, momentum dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang.Kaligrafi dikatakan mempuyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi.Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi.Seni lukisan pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus)

Seni lukislukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.Mempunyai persamaan dengan kaligrafi dari segi teknik dan teori.Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap.Alatan yang digunakan : berus, dakwat, batu dakwat dan kertas atau sutera.

Aspek yang diutamakan dalam lukisan- ketebalan dan ton garisan berusWarna hanya memainkan peranan kecil dalam perlambangan dan perhiasanLukisan Cina zaman dahulu monokratik iaitu menggunakan satu warna sahaja.Lukisan dihasilkan secara spontan, hanya melakar objek di hadapan mata

Memerlukan kemahiran yang tinggi dalam penguasaan berusCara sapuan : dian (dot)Heng (melintang)Jian (memanjang dan menajam)Orang cina beranggapan bahawa melukis adalah cara terbaik untuk menenangkan diri dan mengasuh budiman, perangai seseorang supaya lebih jujur dan bertenang serta berakhlak.

SENI BINAkayu merupakan bahan binaan struktur utama yang juga sebagai medium kesenian seperti ukiran, lukisan dan perhiasan tradisional.Struktur bangunan yang diperbuat daripada batang kepingan kayu yang disambung dengan rekan cantuman yang khas dan tanpa dipaku atau dibebat.Tiang terdiri daripada kayu balak besar, menyokong bumbung dan batu, batu kapurJubin digunakan untuk membuat dinding, lantai dan membina makam, jambatan dan tugu peringatan.

4 ciri bangunan menunjukkan identiti seni bina China :Dagoba- Tugu peringatan yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur Buddhisme.Pagoda- Kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada banyak tingkat.Pavilion- Bangunan kecil menyerupai pondok yang berfungsi sebagai temapt teduhan, bertafakur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial.Stupa- kubah Buddha yang menegak bertujuan untuk memperingatai seeorang yang berjasa atau sebagai tempat kesucian.

Pembinaan tembok besar Cina pada masa Dinasti Qin. Pada masa Dinasti Zhou sudah bina beberapa tembok besar dan disambung semasa Dinasti Qin oleh Maharaja Qin Shi Huang (ShiHuangDi). Pembinaan tembok ini mengambil masa dari tahun 228SM hingga 210SM, panjangnya 2410km,tinggi 40 hingga 50 kaki. Sumbangan teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar Cina merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina yang unik dan menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.

Seni Kung FuKung fu- seni mempertahankan diri berasal dari India diperkenalkan semasa penyebaran agama buddha di kuil shaolin.Kuil shaolin- tempat berkembangnya seni kung fuCabangan seni kung fu :Wu dang, er mei, dan hua shanKung fu mencergaskan fizikal seseorang, menunjukkan cara cara penggunaan jenis senjata seperti pedang, kayu dan tali

Seni muzikAlat muzik tradisional Cina dibuat daripada buluhOrang-orang Mongol bawa masuk alat muzik Hu Qinatau Kecapi,dimain seperti BiolaMuzik berkembang pada zaman Dinasti YuanMaharaja Dinasti Tang menubuhkan kolej Pear Garden untuk latih wayang bangsawan CinaDrama dan teater (golongan bangsawan) berlaku pada zaman Dinasti YuanMuzik merupakan sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan diletakkan pada satu kedudukan pada fahaman konfusius.Pada abad ke-8, kemasukan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di China terutamanya dengan kemasukan tamadun India dan Asia Tengah.

KONFUSIANISME

Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang terdapat dalam ajaran confusius.Asas konfusianisme berasal daripada tulisan klasik yang diterbitkan atas nama konfusius.Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.

Diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negeri Lu pada tahun 551 S.M oleh ibunya Chiang Tsai yang berumur 15 tahun ketika itu. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Masyarakat Cina telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Konfusius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat Cina.

57

Ajaran Konfucius:Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.

Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.

Kitab analects, konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai:- perikemanusiaan (ren)kesusilaan (li) ketaatan ibu bapa (xiao).Kesemua ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi)

Ia dikembangkan oleh muridnya Mencius ke seluruh China dengan beberapa perubahan.Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa.Pengagungan yang luarbiasa kepada Konfucius telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya.

Mencius (372 SM-289 SM)Seorang pengikut konfusianisme menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan.Oleh itu, manusia dikatakan berpotensi mencapai empat jenis sifat yang baik :-Perikemanusiaan (ren)Kewajaran (yi)Kesusilaan (li)Kearifan (zhi)

GLOBALISASI

Tamadun China yang telah lama bertapak mula berinteraksi dengan luar apabila orang-orang Cina mula berhijrah ke tempat luuar. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil telah menggalakkan penghijrahan orang Cina ke luar sama ada untuk melakukan aktiviti ekonoimi ataupun mencari penempatan baru.Penggabungan etnik-etnik Cina yang kemudiannya dikenali sebagai orang Han atau Cina telah membentuk tamadun yang besar dan berpengaruh. Interaksi tamdun China dengan tgamadun luar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu interaksi budaya Cina dengan kawasan bulatan budaya dan juga interaksi budaya China denga kawasan luar lingkaran bulatan budaya.

Bagi kebudayaan Cina, bulatan budayanya meliputi kawasan Korea, Jepun dan Vietnam. Di peringkat luar bulatan budaya, kebudayaan Cina telah berinteraksi dengan kebudayaan di rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Parsi (Islam), dan Eropah. Han- kelompok etnik yang berasal dari China. Sebagai kelompok etnik yang merupakan kaum Cina yang terbesar, ia juga merupakan kelompok etnik yang terbesar di dunia,

SAINS DAN TEKNOLOGI

66

Menekankan dua aspek iaitu fungsi dan kepentingannya secara menyeluruh.Sumbangan terbesar kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

67

Menggunakan kaedah penanaman secara batas sejak abad ke -6 SM menggunakan alat semaian dan cangkul besi. Alat membajak menggunakan tanaga krrbau.Abad ke 2 SM alat menampi bijiran lebih canggih dicipta iaitu kipas penampi berputar yang membolehkan pengasingan habuk daripada bijiran dengan lebih cepat.Teknologi PertanianBidang MatematikAbad ke-2, penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali dalam karya ahli matematik Xu Yue.Abad ke-3, Ahli matematik Cina mengenalpasti nilai pai, sistem pecahan dan sistem perpuluhan dan abad ke-13 perkembangan aljabar bermula.Angka positif (melambangkan untung, angka negatif (melambangkan hutang) juga wujud dalam matematik cina.

Sumbangan besar melalui penyediaan katalog bintang serta rekod tepat tentang gerhana dan komet. Mencipta alat untuk astronomi Gnomom (digunakan untuk menentukan latitud matahari dengan mengukur kedudukan panjang bayang-bayang ketika waktu tengah hari) dan Clepsdra (mengukur masa)Astronomi dan KalendarPerubatan dan kesihatanidea peredaran darah terdapat dalam buku perubatan tertua The yellow emperors manual of corporel medicine.Pakar perubatan cina telah menulis sebuah buku yang bertajuk Systematic treasury of medicine yang mengandungi maklumat pecegahan penyakit dan beberapa diet seimbang.Masyarakat pertama yang menggunakan kaedah suntikan untuk mencegah penyakit cacar.

Falsafah fizik tamadun Cina berkait rapat dengan ying yang . Memberi konsep tentang suatu fenomena sama ada turun naik gelombang air, elektromagnet atau atom.Bidang kimia telah dikembangkan oleh pengikut Tao. Mereka mencari foemula supaya manusia hidup selamanya lalu menghasilkan eliksir kehidupan yang mengandungi bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Ujikaji mencampurkan pelbagai bahan telah menghasilkan penciptaan lain yang bermakna.Dalam bidang biologi tamadun Cina telah mencapai kemajuan dalam bidang ternakan dan pertanian. Fizik, Kimia dan BiologiKomunikasi, Pengangkutan dan PelayaranMasyarakat pertama yang mencipta peta bantuan yang mengandungi garis kontur yang menunjukkan ketinggian sesuatu kawasan.Membina terusan pengangkutan yang paling awal di dunia.

Menggunakan gas beracun dalam bidang peperangan. Gas beracun digunakan untuk membunuh serangga perosak pada awalnya tetapi telah dijadikan senjata peprangan pada abad ke-4 s.m. gas beracun disembur ke dalam kota musuh yang telah dikepung.Senjata lain yang digunakan adalah busur silang, serbuk letupan, panah berapi, bom bunyi petir, periuk api dan bom isyarat.

Teknologi PeperanganPenciptaan Lain Penciptaan kompas yang diperbuat daripada bijih besi dan mempunyai magnet. ( bedasarkan dokumen Cina ada menyatakan masyarakat negeri Cheng menggunakan alat petunjuk bagi mencari jed ) Mencipta kertas daripada fiber tumbuh-tumbuhan oleh Cai Lun pada tahun 105 dan diperkenal ke eropah. alat percetakan telah dicipta pada abad ke-7 dan membawa kepada kemajuan dalam bidang kesusasteraan.

Ikhtibar daripada Tamadun IndiaPandangan semesta dan nilai-nilai yang relevansi kepada Malaysia

Zaman Prasejarah

Zaman Paleolitik - memburu dan mengumpul makanan.Zaman Mesolitik - bertani dan menternak.Zaman Neolitik - alat batu digilap, bertani, menternak, tembikar, pembinaan drp kayu. Permulaan kemunculan tamadun Harrapa (3000-1500SM) di Lembah Sg Indus.

Zaman Protosejarah

Bermula tahun 3000SM di Lembah Sg Indus.Budaya Lembah Sg. Indus meliputi Punjab, Sind, utara Rajasthan dan Kathiawar di barat India.Memiliki perancangan bandar dan peraturan kesihatan, pertanian besar-besaran.Tulisan Indus - logosillabik (piktograf)

Zaman Sejarah Awal

Kedatangan org Arya (1500SM) membawa peradaban baru di barat laut India.

Zaman Vedik (1500SM-500SM)Org Arya berasal dari Poland dan Asia Tengah. Muncul budaya komposit di utara India dikenali Budaya Indo Arya (Budaya Vedik).Mencipta teks-teks agama atau Veda-veda.Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya.Cukai tanah merupakan cukai asas.Aktiviti ekonomi : pertanian, penternakan, nelayan, tukang dobi, tukang gunting rambut, industri tembikar, peminjam wang dan pedagang.

Empayar Maurya (321-185SM)

Pengasas : Chandragupta Maurya.Penasihat : Kautalya atau ChanakyaMenakluki kawasan Indus, Ganges dan barat laut India.279SM, Chandragupta memeluk agama Jaina.Takhta diserah kpd Bindusara.Asoka Piyadassi - peluk agama Buddha (ahimsa).Mahindra - mengembangkan agama Buddha di Ceylon.Arthasastra - teks tentang kerajaan dan ekonomi disusun oleh Kautalya.

Kemerosotan Empayar (200SM-300M)

Empayar Maurya diganti oleh dinasti Shunga (keluarga Brahmin) diketuai oleh Pushyamitra pada 180SM).Dinasti Kanva - menguasai India Selatan.Kerajaan Indo - Greek (Bactria) pada 200SM.Dinasti Shaka (Scythia) pada 80SM.Dinasti Kushana oleh puak Yueh-chi. Penyebaran agama Buddha ke China dan Asia Tengah.India Tengah (kaw. Deccan) - Dinasti Satavahana kurun pertama SM.

Zaman Gupta (300-600M)

Zaman Klasik atau zaman keemasan - kebudayaan Hindu semakin kukuh di utara India.Tokoh penting - Chandra Gupta II bergelar maharajadhiraja.Samudra Gupta - meluaskan pengaruh, pulihkan konsep devaraja dan asamedha.

Zaman Sangam

India Selatan - rekod2 kesusasteraan Sangam - peristiwa politik.Peperangan antara krjn Chera (barat), Chola (timur) dan Pandya (selatan),Pd 200SM, Chola kuasai Ceylon Utara.

Zaman Pallava (600-900sm.)

Raja-raja Pallava menggunakan gelaran kadavarPallava Awal (250-340) - Raja Sivaskandavarman merasmikan upacara-upacara asvamedha, vajapeya dan agnishtoma, bahasa Prakrit dan Sanskrit.Pallava Pertengahan (340-595) - Peperangan menentang Guta, Vakataka, Kadamba, Chalukya dan Chola. Agama Buddha dan Jain diberi keutamaan.Pallava Akhir (575-900) - Zaman kegemilangan menguasai India selatan. Pemulihan agama Hindu. Bahasa Tamil. Pembinaan kuil-kuil.

Zaman Chola (850-1200sm)

Raja-raja termasyhur adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga, menggunakan gelaran Chakravarthigal. Menakluki seluruh kawasan India Selatan.Pembinaan kuil-kuil, menggalakkan kerja-kerja talian air, menyelenggara sekolah dan hospital. Menjalinkan hubungan perdagangan luar dgn Kepulauan Melayu dan negeri-negeri lain di Asia Tenggara.Bentuk pemerintahan lebih kurang sama dgn kerajaan Pallava-empayar dibahagikan kpd beberapa wilayah, daerah dan kampung. Cukai tanah adalah sumber pendapatan kerajaan.

Ikhtibar daripada Tamadun India

1. Masyarakat dan Budaya

Dibahagikan kepada dua golongan besar iaitu Indo Arya dan Dravidia.Dari segi demografi, Indo Arya menetap di utara India dan orang Dravidia di selatan India.

2. Sistem Keluarga

Tujuan berkeluarga untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat (keturunan).Disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama.

3. Kedudukan Wanita

Zmn Veda Awal (1500SM-1000SM) : wanita dihormati dan diberi kebebasan serta menjadi pertapa dan membawa mazmur-mazmur suci.Zaman Vedik Kemudian (1000SM-500SM) : wanita dikenakan banyak sekatan. Peranannya hanya dalam lingkungan rumahtangga.Zaman Sangam (kurun ke-3 SM. 3 M.) : kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Sifat keibuan suatu nilai yang mulia.Pujangga wanita mencipta puisi dan ada juga ygan menjadi pertapa.

4. Sistem Kasta

Pembahagian kelas sosial yg tetap hierarkinya.Dibahagikan kpd lima kategori iaitu:Brahmin - golongan guru agama, pendeta, pengendali upcara di kuil, golongan terpelajar.Kshatriya - kelas pemerintah dan keselamatan.Vaishya - kelas perekonomian.Shudra - berkhidmat kepada ketiga-tiga golongan di atas.Panchama/Chandala - golongan murtad dan dibuang varna.

Agama dan Falsafah Hinduisme

Bersifat agama semulajadi.Tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat.Nama asal ialah Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yg kekal abadi.Bukti terawal ditemui dalam Lembah Sg. Indus berusia lebih kurang 4000 tahun. Penemuan patung-patung, mohor, objek shiva linga dan kolam mandi.

Pandangan semesta dan nilai-nilai yang relevansi kepada Malaysia

Sifat penerimaan

Tamadun India dpt meresap, mengubahsuai dan kekal dgn elemen-elemen dari dalam dan luar India. Membentuk masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping perbezaan kasta, kawasan dan bahasa.

Kepelbagaian dlm masyarakat mneyumbang kpd unsur-unsur kontradiksi spt kebaikan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi. Tetapi tidak berpecah belah kerana pandangan semesta yg menekankan perpaduan dalam kepelbagaian.Pandangan semesta organik yg mengharmonikan kecenderungan - kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur walaupun berasaskan sifat kerohanian. Menekankan sifat perpaduan di satu peringkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain.

Sifat Toleransi

Pandangan semesta organik mengalami perubahan selepas kedatangan kuasa British ke India.Menerima pandangan semesta atomisitik yang mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian.

Pandangan semesta ini menyatakan dua benda utk wujud bersama tidak boleh mempunyai unsur-unsur kontradiksi.Penyebaran idea-idea baru seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesedaran batin.Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta.

Nilai-Nilai

Dharma : Dharma dikaitkan dgn tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna kpd kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kpd peranannya dlm hidup.Kepercayaan kpd Tuhan : kepercayaan kpd satu entiti yg melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama org Hindu.

Karma prinsip asas bg aliran pemikiran falsafah dan agama yg berasal dari India.Ahimsa Mengelak drp melakukan kekejaman atau mencederakan. Berdasarkan unsur positif spt kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri.Satya kebenaran merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan, ucapan dan pemikiran yg benar serta realiti mutlak atau Tuhan.Perpaduan menggalakkan hubungan erat dan keharmonian antara masyarakat drpd pelbagai kaum dan agama.

Relevansi kepada Malaysia

Pandangan semesta organik perbezaan diterima sbg suatu realiti sosial.Perpaduan antara kaum etnik, dan interaksi antara kaum berlangsung dgn penuh tanggunjawab persaudaraan, hormat menghormati dan persefahaman.Tahun-tahun selepas 1970 di Malaysia muncul pandangan semesta atomisitik.

Sumbangan Tamadun Jepun Dalam Aspek Politik, Ekonomi, Agama, Sosial dan Pendidikan Yang Relevensi Kepada Malaysia

PengenalanKepercayaan utama

Shinto Buddhisme Konfuciasme

Keutamaan keindahan berpegang kepada warisan tinggalan nenek moyang

Mementingkan ketinggian budaya

Merupakan sebuah negara yang sangat pantas

menerima dan membuat perubahan.

Ciri-ciri orang JepunMasyarakat yg berasaskan hirarki vertikalmementingkan fahaman `on` atau hutang budi.Sangat terikat dengan membalas budiMempunyai cara latihan rohani yang sangat berbeza dengan orang Barat.Sikap khas terhadap tahap-tahap pertumbuhan ahli keluarga.Menerima pengaruh China pada peringkat awal bahasatulisanCara hidup

Ciri-ciri orang JepunKesungguhan bekerja dan rajin berusahaMengutamakan budaya dan warisan nenek moyangSangat berbudi bahasaKekuatan jati diriMempunyai daya kreativitiMempunyai kekuatan untuk menterjemah unsur-unsur luar

Sumbangan dari Aspek PolitikMengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan dengan ciri-ciri yang tersendiriMaharajatunggak pemerintahan dan bertindak sebagai ketua negara berkuasa memilih pembesar dan pegawai-pegawai untuk membantu urusan pentadbiranPerdana Menteri dan kabinet bertanggungjawab kpd maharajamempunyai kuasa yang penuhpelindung, lambang perpaduan dan keamanan negarapentadbiran yang mempunyai kuasa mutlak

Sumbangan dari Aspek EkonomiMaharaja Meiji telah menyerapkan sistem ekonomi Barat ke JepunMemajukan semua aspek ekonomi kususnya penekanan kepada kemajuan perindustrian.Menggalakkan para cendekiawan Jepun terlibat dalam mereka ciptaUsaha peniruan dan pengubahsuaian dari Barat yang pantas.Memperkenalkan mata wang YenPenubuhan bank dan istitusi kewangan menyebabkan sistem kewangan yang cekap dan pengaliran modal.Menggalakkan sektor pertanian dengan membangunkan sistem pengairan dan penyelidikan pertanian.

Memperkenalkan teknologi pertanian seperti jentera menanam dan menuai.Pemodenan dalam sistem pengankutan dan perhubungan. Jalan raya dan jalan kereta api dibina dan ini merancakkan lagi kegiatan ekonomi. Kepesatan perhubungan telefon juga sangat membantu perkembangan ekonomi.Sikap jepun yang banyak belajar dan bukan hanya mengimport teknologi. Orang Jepun tidak membenarkan Barat menguasai ekonomi jepun .Pembangunan dalam industri perkapalan.Perubahan sikap masyarakat yang menganggap golongan peniaga sebagai susun lapis terbawah telah berubah kerana kepesatan perindustrian.

Sumbangan dari Aspek Sosial dan PendidikanMasyrakat Jepun dibahagikan kpd lima lapisan iaitu golongan bangsawan, askar, petani, tukang dan peniaga.Orang Jepun menyanjung tinggi adat resam setempat sebagai sumber peraturan dan tingkah laku mereka.Ketelitian dan kesopanan orang Jepun semasa makan, berpakaian kemas, membongkokan badan sebagai tanda hormat.Kehidupan budaya dan agama masyarakat Jepun sangat menghargai alam persekitaran.Manusia dan alam sekitar perlu bersatu untuk mencapai kedamaian dan keharmonian.

Adat minum the sebagai satu warisan tradisional yang sangat bermakna kerana ada kaitan dengan spritual dan juga budaya menghormati tetamu dan orang lain.Sentiasa mengubahsuai dan menambah murni sehingga akhirnya menjadi nilai Jepun.Pendidikan berkembang luas pada zaman Meiji.Jepun mewajibkan masyarakatnya menuntut ilmu dan mendapatkan kemahiran.Setiap rakyat diwajibkan mendapat pendidikan rendah selam lapan tahun dan empat tahun peringkat menengah.Ramai pelajar dihantar ke luar negara khususnya di Barat untuk menimba ilmu sains, teknologi dan pentadbiran

Pembanguan pendidikan telah menyebabkan Kementerian Pelajaran ditubuhkan.Sistem pendidikan Jepun dibahagikan kepada lima peringkat iaitu: tadika, sekolah rendah, sekolah menengah peringkat rendah, sekolah mengeah atas dan peringkat universiti.Seluruh sistem pendidikan memenuhi keperluan kebangsaan Jepun, iaitu menjadi warganegara yang terlatih, berdisiplin, menghormati maharaja dan negara Jepun.

Sumbangan dari Aspek AgamaTiga kepercayaan iaitu Shinto , Buddha, ConfuciosSistem kekeluargaan dan pemerintahan di Jepun banyak dipengaruhi oleh ajaran Confucious.Ajaran Confucious telah mempengaruhi falsafah dan pemikiran masyarakat Jepun melelaui lima prinsip iaitu.:1.Hubungan raja dengan rakyat2.Hubungan anak lelaki dengan ayah3.Hubungan adik dengan abang4.Hubungan isteri dengan suami5.Hubungan kawan dengan kawan.Ajaran Buddha banyak mempengaruhi masyarakat Jepun dalam bidang seni, menghargai keindahan, falsafah kehidupan, sopan santun dan upacara kematian.

Faktor PemodenanJepun merupakan negara satu bangsa dan tidak menghadapi masalah dari segi ras, agama, bahasa, kasta dan kebudayaan.Sikap megutamakan pelajaran dan pendidikan.Sikap bersungguh-sungguh dan pragmatik dalam pekerjaan.Masyarakat yang stabilDisiplin dan ketaatan

Sikap bersaingRangsangan pengalaman pahit dalam Perang Dunia Kedua dan kesedaran untuk bangkit semulaKebijaksanaan Maharaja Jepun dan pemerintah mengimbangkan kuasa dengan Barat menyebabkan Jepun tidak tidak menghadapi kerugian kerana kehadiran Barat seperti negara lain yang dijajah. Hubungan tersebut menyebabkan jepun dapat meningkatkan ekonomiya dan perkembangan ilmu dan pemindahan teknologi yang pesat.

Nilai Etika JepunDiamalkan secara tegas dan bersifat kolektifOrang Jepun sangat berani, sopan, patuh dan cintakan keindahan dan kedamaian. Antara nilanya:BushidoAsalnya untuk golongan kesatria, tentera atau samurai.Berkaitan dengan kesetiaan dan sanggup mempertahankan maruah sehingga rela mengorbankan diri demi ketua dan negara.Sikap ini telah menyebabkan kebangkitan Jepun selepas perang Dunia kedua.

Mura-IshikiBermaksud kesedaran sekampungMenimbulkan semangat kekitaan atau semangat kedaerahan yang kuat.Menimbulkan sikap kerjasama, gotong royong dan saling membantu dalam lingkungan kedaerah dan negara Jepun.Semangat ini menjadikan Jepun sangat mengaagungkan bangsa dan bahasa mereka sehingga semua pelajar asing yang ingin belajar di Jepun perlu berbahasa jepun.

On dan Giri-NinjoBermaksud hutang budi.Orang Jepun menganggap rakyat terhutang budi kepada maharaja dan pemerintah kerana kemakmuran yang diwujudkanNilai ini memberi kesan positif kepada kedua pihak pemberi dan penerimaMenyebabkan orang jepun seolah-olah terkonkong dalam lingkaran`berhutang budi` dan` membalas budi`.Memberi pengajaran yang berguna untuk memupuk nilai menghormati, mengenang jasa, menghargai dan berbakti.

Menepati Janji Dan BerdisiplinOrang jepun sangat patuh kepada peraturan dan etika kerja, menepati masa sangat malu jika terlewat.Menyebabkan mereka bertanggungjwaba, tekun dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas.Sifat ini telah memantapkan nilai-nilai etika seperti berdisiplin, amanah, tepati janji dan masa, tidak berbohong dan berdalih serta sentiasa patuh dengan arahan dan peraturan.

Wa atau KerukunanOrang Jepun menginginkan kerukunan dan kesejahteraan hidup dalam aspek zahir dan batin.Mengajar mereka supaya berusaha melakukan perkara yang terbaik dan mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan kerukunan

Budaya MaluOrang Jepun peka dengan masyarakat sekeliling.Budaya ini dijadikan ukuran untuk b ertindak dan bagi memeprtimbangkan sesuatu perkara itu sama ada benar atau salah, wajar atau tidak dan baik atau buruk.Nilai ini menyebabkan orang Jepun kuat bekerja, bersungguh-sungguh, tidak sambil lewa, tidak buang masa dan tidak berbual bual semasa bekerja.

RumusanNegara Jepun dikatakan sangat cepat membangun dan maju bermula daripada zaman Meiji.Nilai keistimewaan Jepun itu menyebabkan mereka cepat menerima perubahan dan pemodenan.Kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan tamadun mereka patut menjadi contoh kepada negara lain.Dalam kontek pembinaan tamadun Malaysia, nilai-nilai positif Jepun seperti kesungguhan, kuat semnagat, rajin, ketelitian, penjagaan alam sekitar dan mengutamakan budaya sendiri patut menjadi panduan rakyat Malaysia.

Terima Kasih!!!