Internal Memorandum · Web viewKeganasan dalam keluarga tidak diterima Tahukah anda bahawa kadar...

2
Keganasan dalam keluarga tidak diterima Tahukah anda bahawa kadar keganasan domestik (FDV) di WA kedua tertinggi selepas NT dan bahawa terdapat lebih daripada 50,000 kejadian yang dilaporkan di negeri ini dalam tempoh 2016-17? Malangnya, masalah keganasan dalam keluarga semakin berleluasa dalam komuniti kita. Penderaan yang berlaku, sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologi, kerap kali berlaku di rumah-rumah sewa. Atas sebab inilah kami kini mengubah undang-undang penyewaan kita. Pada masa ini, seseorang yang meninggalkan rumah sewa atas notis yang singkat disebabkan keganasan dalam keluarganya mesti membayar sewa sehinggalah penghuni baru ditemui ataupun sehingga tamat tempoh perjanjiannya. Ini mungkin mahal dan mungkin bermakna bahawa mangsa FDV, termasuklah kanak-kanak, terpaksa tinggal di rumah yang dipenuhi keganasan ataupun menghadapi risiko menjadi gelandangan. Dengan perubahan yang dicadangkan ini, penyewa yang terjejas oleh FDV diberi pilihan baru, iaitu: menamatkan kontrak penyewaan terus dengan tuan rumah / pemberi pajak atau pengurus kediaman, jika dia menunjukkan bukti (contohnya Perintah Larangan Keganasan Dalam Keluarga atau borang yang ditandatangani oleh pegawai polis, doktor, pekerja sosial, atau pakar psikologi); tinggal di rumah sewa itu jika dia memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mengusir pelaku salah dari situ (tidak boleh dilakukan pada masa ini); menangani pertikaian tentang kerosakan rumah, sewa yang belum dibayar, dan pembayaran bon; menukar kunci tanpa izin tuan rumah untuk menghalang kemasukan pelaku salah, dengan syarat sesalinan anak kuncinya diberikan kepada tuan rumah; mengetatkan pengawalan keselamatan di rumah sewa itu atas belanjanya sendiri, contohnya memasang CCTV; dan memohon agar namanya dikeluarkan daripada pangkalan data penyewa jika dia tersenarai hitam disebabkan oleh FDV, supaya dia tidak dilarang menyewa pada masa akan datang. Jika anda memiliki harta pelaburan, anda mungkin perlu tahu perubahan ini dan kosnya. Sebenarnya, tuan rumah mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Tuan rumah juga mendapat pelbagai manfaat... Berdasarkan pengalaman yang lepas, rumah sewa selalunya ditinggalkan begitu sahaja dalam keadaan yang rosak disebabkan keganasan dalam keluarga. Selain itu kesalahan kewangan juga berlaku, iaitu pelaku salah tidak membayar sewa. Jika orang yang terjejas oleh FDV diberi peluang memaklumkan perkara sebenar dan menamatkan kontrak penyewaan dengan baik, rumah itu mungkin tidaklah ditinggalkan tanpa dijangka dan penyewa mungkin tidaklah ingkar membayar sewa. Jika kedua-dua pihak diberi pilihan untuk meneruskan kontrak penyewaan, maka rumah itu kurang berkemungkinan dibiarkan kosong. Jika penyewa tahu bahawa dirinya terancam dan tidak boleh menghubungi tuan rumah, maka keputusannya untuk menukar kunci boleh menghalang berlakunya jenayah yang serius di rumah yang disewanya itu. Dengan memastikan mangsa keganasan dalam keluarga tidak dimasukkan ke dalam pangkalan data penyewa yang tidak sesuai atas sebab kesalahan pelaku lain, tuan rumah disediakan dengan pilihan lebih ramai penyewa yang bagus. Hakikatnya, keganasan dalam keluarga menjejaskan manusia daripada segenap lapisan masyarakat dan menelan belanja berbilion-bilion dolar setahun, dengan itu merugikan ekonomi negara ini. Hal ini ialah urusan setiap orang dan kita perlu memainkan

Transcript of Internal Memorandum · Web viewKeganasan dalam keluarga tidak diterima Tahukah anda bahawa kadar...

Keganasan dalam keluarga tidak diterima

Tahukah anda bahawa kadar keganasan domestik (FDV) di WA kedua tertinggi selepas NT dan bahawa terdapat lebih daripada 50,000 kejadian yang dilaporkan di negeri ini dalam tempoh 2016-17? Malangnya, masalah keganasan dalam keluarga semakin berleluasa dalam komuniti kita. Penderaan yang berlaku, sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologi, kerap kali berlaku di rumah-rumah sewa. Atas sebab inilah kami kini mengubah undang-undang penyewaan kita.

Pada masa ini, seseorang yang meninggalkan rumah sewa atas notis yang singkat disebabkan keganasan dalam keluarganya mesti membayar sewa sehinggalah penghuni baru ditemui ataupun sehingga tamat tempoh perjanjiannya. Ini mungkin mahal dan mungkin bermakna bahawa mangsa FDV, termasuklah kanak-kanak, terpaksa tinggal di rumah yang dipenuhi keganasan ataupun menghadapi risiko menjadi gelandangan.

Dengan perubahan yang dicadangkan ini, penyewa yang terjejas oleh FDV diberi pilihan baru, iaitu: menamatkan kontrak penyewaan terus dengan tuan rumah / pemberi pajak atau pengurus

kediaman, jika dia menunjukkan bukti (contohnya Perintah Larangan Keganasan Dalam Keluarga atau borang yang ditandatangani oleh pegawai polis, doktor, pekerja sosial, atau pakar psikologi);

tinggal di rumah sewa itu jika dia memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mengusir pelaku salah dari situ (tidak boleh dilakukan pada masa ini);

menangani pertikaian tentang kerosakan rumah, sewa yang belum dibayar, dan pembayaran bon;

menukar kunci tanpa izin tuan rumah untuk menghalang kemasukan pelaku salah, dengan syarat sesalinan anak kuncinya diberikan kepada tuan rumah;

mengetatkan pengawalan keselamatan di rumah sewa itu atas belanjanya sendiri, contohnya memasang CCTV; dan

memohon agar namanya dikeluarkan daripada pangkalan data penyewa jika dia tersenarai hitam disebabkan oleh FDV, supaya dia tidak dilarang menyewa pada masa akan datang.

Jika anda memiliki harta pelaburan, anda mungkin perlu tahu perubahan ini dan kosnya. Sebenarnya, tuan rumah mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Tuan rumah juga mendapat pelbagai manfaat... Berdasarkan pengalaman yang lepas, rumah sewa selalunya ditinggalkan begitu sahaja

dalam keadaan yang rosak disebabkan keganasan dalam keluarga. Selain itu kesalahan kewangan juga berlaku, iaitu pelaku salah tidak membayar sewa. Jika orang yang terjejas oleh FDV diberi peluang memaklumkan perkara sebenar dan menamatkan kontrak penyewaan dengan baik, rumah itu mungkin tidaklah ditinggalkan tanpa dijangka dan penyewa mungkin tidaklah ingkar membayar sewa.

Jika kedua-dua pihak diberi pilihan untuk meneruskan kontrak penyewaan, maka rumah itu kurang berkemungkinan dibiarkan kosong.

Jika penyewa tahu bahawa dirinya terancam dan tidak boleh menghubungi tuan rumah, maka keputusannya untuk menukar kunci boleh menghalang berlakunya jenayah yang serius di rumah yang disewanya itu.

Dengan memastikan mangsa keganasan dalam keluarga tidak dimasukkan ke dalam pangkalan data penyewa yang tidak sesuai atas sebab kesalahan pelaku lain, tuan rumah disediakan dengan pilihan lebih ramai penyewa yang bagus.

Hakikatnya, keganasan dalam keluarga menjejaskan manusia daripada segenap lapisan masyarakat dan menelan belanja berbilion-bilion dolar setahun, dengan itu merugikan ekonomi negara ini. Hal ini ialah urusan setiap orang dan kita perlu memainkan peranan mencegahnya. Ikuti perkembangan Rang Undang-undang ini di www.dmirs.wa.gov.au/familyviolence.

Kerajaan Australia, dengan kerjasama Jabatan Lombong, Peraturan Industri dan Keselamatan, menyediakan khidmat Perlindungan Pengguna di IOT.