International Islamic University Malaysia - 29- 31 JANUARI 2020 … Buku PROGRAM.pdf · 2020. 2....
Transcript of International Islamic University Malaysia - 29- 31 JANUARI 2020 … Buku PROGRAM.pdf · 2020. 2....
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
Kemunculan kumpulan Islamic State of Iraq and Syria (ISIS)
dan penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan ini merupakan salah
satu ancaman kepada keselamatan negara. Anak-anak muda ini menjadi
sasaran kerana mereka terdedah kepada pelbagai propaganda media
terutamanya media sosial. Pendidikan mereka sering disogokkan dengan
pelbagai dakyah dan ideologi serong yang boleh menghuru-harakan
masyarakat. Ahli-ahli kumpulan ISIS ini menggunakan kesempatan ini
dengan berkongsi pelbagai video bergambar dan informasi yang
menunjukkan tragedi dan insiden melibatkan kematian Muslim dalam
konflik awam. Motif kumpulan ini adalah untuk meraih simpati mana-
mana pihak yang menonton dan mengunjungi laman sosial mereka.
Satu kajian yang dilakukan oleh Institute for Youth Research
Malaysia (IYRES) menunjukkan golongan muda mendapat maklumat
mengenai ISIS melalui media sosial seperti Facebook, Telegram, Wechat
dan Whatsapp. Berdasarkan bukti dan fakta ini, golongan muda lebih
gemar menggunakan Telegram berbanding Twitter kerana capaian dan
kepadatan maklumat terperinci lebih mudah diakses. Secara umum, media
sosial merupakan saluran utama untuk menyebarkan propaganda ISIS.
29 – 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
Sumber daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN),
sehingga bulan Ogos 2019, sebanyak 519 kes penangkapan dan
penahanan oleh PDRM yang melibatkan terorisme di bawah Akta POTA
dan SOSMA. Tambahan pula, sebanyak 266 akaun media sosial telah pun
ditutup. Daripada jumlah keseluruhan penahanan, sebanyak 175 orang
telah disabitkan kesalahan dan lebih kurang 82% daripada yang ditangkap
berumur daripada 40 tahun ke bawah. Lebih 50% pula adalah belia
sebagaimana tafsiran belia mengikut Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007 (Akta668).
Dasar Belia Malaysia (DBM) telah menyediakan khidmat
bimbingan dan metod untuk menangani ekstremisme atau radikalisme
belia iaitu berdasarkan Pembangunan Belia Positif (PYD) yang mana
menekankan usaha pemulihan, pencegahan dan penyerlahan potensi
dilaksana.
Pemilihan profil dan implementasi kaedah konvensyen ini juga
memberi penekanan untuk memupuk kesedaran dan pencerahan;
penyampaian maklumat dan ilmu; dan yang paling penting sekali
pemberdayaan belia sebagai benteng utama masyarakat terhadap
ekstremisme dan pemangkin aktiviti-aktiviti berkaitan kesedaran dan
pencegahan di peringkat belia itu sendiri.
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
i. Untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan belia
dalam isu keganasan ekstremisme dan terorisme melalui
pelbagai kaedah yang mencakupi undang-undang , forum
Islam dan dialog
ii. Memberi inspirasi kepada generasi milenial dan generasi-
generasi lain mengenai matlamat hidup , kepentingan institusi
keluarga dan hubungan rakan sebaya
iii. Menyediakan khidmat atau kempen kesedaran dan
perkongsian pengalaman langsung oleh bekas tahanan
mengenai simptom keganasan ekstremisme , terorisme dan
pemulihan diri
iv. Memberi khidmat latihan dan membina pemberdayaan belia
melalui pendedahan kajian berfaktor keganasan ekstremisme,
latihan kaedah temuramah motivasi untuk membantu belia
berisiko, pencegahan naratif dan kempen media social , dan
simulasi media social.
MASA ATURCARA INPUT PROGRAM
8.00 pagi – 9.30
pagi
Pendaftaran peserta & Sarapan
9.30 pagi –
10.30 pagi
Taklimat Konvensyen
Oleh: Prof Madya Dr. Danial Bin Mohd. Yusof,
Timbalan Dekan Akademik dan
Penyelidikan, Institut Antarabangsa
Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC
IIUM)
Pengenalan kepada pengertian
setiap istilah yang digunakan yang
terkait dengan aktiviti keganasan
dan bahayanya kepada belia dan
masyarakat serta taklimat ringkas
slot sepanjang konvensyen.
10.30 pagi –
11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi –
12.30 tengahari
Dasar Belia Malaysia: Kuasa Anak Muda
Oleh: Dr Zainah Binti Shariff
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian
Pembangunan Belia,
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Membincangkan mengenai latar
belakang Dasar Belia Malaysia
dalam menyerlahkan potensi modal
insan belia dan seterusnya menjadi
pemacu kepada pembangunan
negara..
12.30 tengahari
– 2.00 petang
Makan Tengahari dan Solat Zohor
HARI PERTAMA (29 JANUARI 2020)
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
2.00 petang –
4.00 petang
Belia dan Terorisme
Oleh: Dato’ Ayub Khan Mydin Pitchay
Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism,
Cawangan Khas (E8),
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Taklimat mengenai trend
semasa penglibatan belia
Malaysia dalam kegiatan
berkaitan terorisme. Sesi
perkongsian turut
memaparkan punca belia
terjebak dalam gejala ini dan
pendekatan serta tindakan
yang diambil PDRM dalam
membanteras kegiatan ini.
4.00 petang –
6.00 petangPelaksanaan Program Deradikalisasi Banduan/ Tahanan
Radikal di Institusi Penjara
Oleh: TPP Dzulhilman Bin Roslan
Timbalan Penguasa Penjara Bahagian
Banduan/ Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi,
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Penerangan dan perkongsian
yang akan melibatkan
kerjasama Jabatan Penjara
Malaysia mengenai
pelaksanaan Program
Deradikalisasi Banduan/
Tahanan Radikal di Institusi
Penjara
5.30 petang –
8.00 malamMinum Petang & Makan Malam
8.00 malam –
10.00 malam
Mencari Matlamat Hidup Dikalangan Belia
Milennial Z
Oleh: i. En Wan Mohd Ashmirullah Bin Wan
Abdullah
Kaunselor
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
ii. En Fahmi Bin Shamsudin
Ketua Pegawai Eksekutif
Global Peace Malaysia
iii. Uncle Kuan @ Uncle Kentang
Aktivis Kemasyarakatan
Ceramah motivasi yang
dikendalikan oleh Jabatan
Kaunseling dan Kerjaya UIAM
bersama tetamu jemputan bertujuan
untuk berkongsi kisah positif
pemberdayaan pemuda dan
idealisme sebagai pemangkin untuk
perubahan sosial.
MASA ATURCARA INPUT PROGRAM
7.00 pagi –
8.30 pagi
Sarapan
8.30 pagi –
10.30 pagi
Terorisme dan Media Sosial
Oleh: En. Thomas Koruth Samuel,
Regional Consultant,
United Nations Office of Drugs and
Crime (UNODC)
ii. Cik Amanda Sangeetha Thomas dan
Puan Jasmine Jawhar
Pegawai Penyelidik
Southeast Asia Regional Centre for
Counter-Terrorism (SEARCCT)
Sesi penerangan dan perkongsian
mengenai bagaimana media
sosial mendorong belia terlibat
dalam kegiatan ini.
10.30 pagi –
11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi –
1.00 petang
Pencegahan Fahaman Ekstremisme &
Radikalisme Dalam Kalangan Belia dan
Masyarakat
Oleh: Pn. Shahhanim Binti Yahya
Eksekutif Penyelidik Kanan
Institut Penyelidikan Pembangunan
Belia
Malaysia (IYRES)
Perkongsian kajian yang dihasilkan
oleh IYRES mengenai garis panduan
dalam pencegahan fahaman
ekstremisme dalam kalangan belia dan
masyarakat yang secara tidak langsung
memberi penjelasan kepada semua
pihak mengenai bahaya fahaman yang
terkait dengan keganasan.
1.00 petang –
2.30 petang
Makan Tengahari
HARI KEDUA (30 JANUARI 2020)
WADI BUDI, UIAM GOMBAK
MASA ATURCARA INPUT PROGRAM
1.00 petang –
2.30 petang
Makan Tengahari
2.30 petang –
6.30 petang
Lawatan Pendedahan Pelbagai Rumah
Ibadat
Lawatan ke rumah ibadat dan sesi dialog
bersama para pemimpin masyarakat
pelbagai agama untuk meningkat
kefahaman agama, kepentingan
keharmonian dan perpaduan dikalangan
rakyat Malaysia agar menghormati dan
sensitif dengan pegangan/ agama kaum
lain.
6.30 petang –
8.00 malam
Makan Malam
8.00 malam –
10.00 malam
Tayangan Video: Road to Radicalism
Kupasan video oleh:
En. Zan Azlee
Fat Bidin Media dan United States
Embassy, Kuala Lumpur
Dengan kerjasama Fat Bidin Media dan
United States Embassy Kuala Lumpur,
En. Zan Azlee yang juga pengarah dan
penemuramah didalam video ini,
mengupas temuramah ekslusif beliau
bersama belia yang telah terlibat didalam
aktiviti keganasan.
HARI KEDUA (30 JANUARI 2020)
WADI BUDI, UIAM GOMBAK
MASA ATURCARA INPUT PROGRAM
8.00 pagi –
9.00 pagi
Sarapan
9.00 pagi –
11.00 pagi
Sesi Perkongsian: Rehabilitasi Teroris Belia
Oleh: i. Dr. Ahmad El-Muhammady
Penyelidik Kanan
Extremism and Analytical Research
Unit.
Institut Antarabangsa Tamadun dan
Pemikiran Islam (ISTAC)
ii. En Sudirman
iii. En Nazri
Ceramah dan perkongsian yang
melibatkan kerjasama Jabatan
Penjara Malaysia, panel
desentralisasi Extremism and
Analytical Research Unit (EARU),
ISTAC, dan bekas tahanan
keganasan untuk manfaat peserta
konvensyen.
11.00 pagi –
11.30 pagi
Minum Pagi
11.30 pagi –
12.30
tengahari
Majlis Penutup
Oleh: YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman
Menteri Belia dan Sukan
12.30
tengahari –
1.30 petang
Makan Tengahari/ Bersurai
HARI KETIGA (29 JANUARI 2020)
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
DR DANIAL YUSOF memperolehi Sarjana Muda (Sains Politik), MA
(Agama, Politik dan Masyarakat) dan PhD (Pemikiran Islam dan Sains
Sosial) dari IIUM, University of Leeds dan University of Birmingham
masing-masing. Beliau adalah penerima Biasiswa Chevening dan Fulbright
dan telah berada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
selama 20 tahun. Pada masa ini, Danial adalah Profesor Madya dan
Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan) di Institut Antarabangsa
Tamadun Islam & Dunia Melayu (ISTAC-IIUM). Beliau juga merupakan
Felo Penyelidik Bersekutu di Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi
Nasional (NaHERI / IPPTN), Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tahun
2012, Penilai (Sains Sosial) untuk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
sejak tahun 2008 dan ahli kehidupan PenDaPaT Persatuan Pengajian Dasar
dan Pembangunan Penyelidikan Malaysia) sejak 2016. Danial adalah
Penyelidik Utama untuk Unit Analisis Extremism ISTAC-IIUM, yang
mengetuai projek penyelidikan utamanya dan kerjasama penyelidikan
dengan Konsortium Kebangsaan untuk Kajian Keganasan dan Tindak Balas
Keganasan (START) , Universiti Maryland pada 2018-2020.
DR ZAINAH BINTI SHARIFF merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda
(BA) dalam Science of Human Development (1990-1994) dan Ijazah
Sarjana (MA) dalam Science in Human Resource Development (2002-
2004) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Ijazah Falsafah
Kedoktoran (PhD) dalam Human Resource Development (Graduated May
2013) daripada Victoria University Melbourne, Australia. Beliau sekarang
bertugas di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai Timbalan Ketua
Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara
serta telah berkhidmat dalam perkhidmatan selama 25 tahun. Antara
beberapa penerbitan beliau ialah YOURS’17 : Ke Arah Aspirasi Belia Masa
Hadapan”, Malaysia Journal of Youth Studies – (2018) dan Belia Ekstremis
(2017)
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
DATO’ AYUB KHAN BIN MYDIN PITCHAY merupakan Penolong
Pengarah Counter Terrorisme, Cawangan Khas (E8), Polis Diraja Malaysia
(PDRM). Pada April 2019, Bahagian Kaunter Keganasan (E8) Cawangan
Khas Bukit Aman memperoleh Anugerah Perkhidmatan Sterling Star 2019
atas usahanya untuk memastikan negara selamat dari ancaman pengganas.
Selain daripada tugas-tugas operasi yang dinyatakan terhadap militan yang
bergabung dengan Al-Qaeda, Jemaah Islamiah, Harimau Pembebasan
Tamil Eelam, Kumpulan Abu Sayyaf, Darul Islam, Gerakan Islam
Turkestan Timur dan Babbar Khalsa International, tanggungjawab
pekerjaan Dato 'Ayob Khan Mydin Pitchay termasuk menyusun
deradicalization , pemulihan dan program jangkauan awam untuk
mewujudkan kesedaran tentang ancaman keganasan domestik, serantau dan
global. Beliau telah mewakili Polis Diraja Malaysia dalam menyampaikan
persembahan di pelbagai platform antarabangsa.
TPP DZULHILMAN BIN ROSLAN, merupakan Timbalan
Penguasa Penjara Bahagian Bantuan / Tahanan Radikal dan
Berisiko Tinggi di Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Beliau
menerima Ijazah Sarjana Muda di dalam Kewangan dan
Perbankan Islam di Univerisiti Utara Malaysia, Kedah (Julai 2007
– Oktober 2010). Kini, beliau merupakan Pegawai Khas kepada
Ketua Pengarah Penjara Malaysia, IPPM (Januari 2020- kini).
Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Ketua Bhagian Pengurusan
Banduan, Pusat Koreksional Dungun (Oktober 2016- November
2019). Beliau juga telah menghasilkan lebih daripada 20 buah
buku dan berpengalaman menyunting lebih 20 buah buku dan
majalah.
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
EN. WAN ASHMIRULLAH BIN WAN MUHAMAD merupakan seorang
kaunselor di Unit Kaunseling, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM).
EN. FAHMI BIN SHAMSUDDIN, Ahmad Fahmi bin Mohd
Samsudin, 33 tahun merupakan anak kelahiran Kg Telaga,
Kuala Berang,Terengganu. Merupakan graduan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda
Ekonomi. Ketika ini beliau berperanan sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) di Global Peace Mission (GPM)
Malaysia iaitu NGO Antarabangsa yang terlibat dalam gerak
kerja misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar
negara.Dalam misi bantuan kemanusiaan, beliau terlibat
dalam Misi Konvoi Perpaduan “Ambulances for Syria”
(2017) iaitu konvoi terbesar di dunia melibatkan 100 buah
ambulans yang dihantar ke Syria melalui United Kingdom-
Perancis-Italy-Greece-Bulgaria. Beliau sehingga kini kerap ke
Syria bersama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS)
bermula 2014 dalam Misi Kemanusiaan sempena Ramadhan
dan Aidil-Adha dan Misi Musim Sejuk. Tulisan beliau
berkenaan pengalaman di Syria ini telah mendapat tempat
pertama dalam Pertandingan Penulis Muda Kemanusiaan
2016 yang bertemakan 'The Power of Humanity’ dalam
kategori bukan wartawan anjuran Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC). Beliau boleh dihubungi melalui email
di ([email protected]) dan twitter: fahmi_samsudin
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
UNCLE KUAN @ UNCLE KENTANG, merupakan aktivis
kemasyarakatan di Malaysia.
MR. THOMAS KORUTH SAMUEL, merupakan Regional Consultant, di
United Nations Office of Drugs and Crime (UNDOC). Beliau bermula
sebagai Pegawai Kesihatan sukarela untuk World Vision East Timor pada
tahun 2003 dan kemudian berpindah ke Bahagian Penyelidikan dan
Penerbitan di SEARCCT pada tahun 2004. Beliau berkhidmat sebagai
pengarah bahagian dari 2010 hingga 2016 sebelum mengambil alih
kedudukan semasa dengan DSCD. Beliau memiliki ijazah kepujian dalam
Teknologi Biomedikal (2000) dan Ijazah Sarjana dalam Strategik dan
Pengajian Pertahanan (2005) dari Universiti Malaya, Malaysia. Beliau kini
mengejar PhD. dalam bidang radikalisasi belia. Bidang utama
penyelidikannya termasuk naratif para pengganas dan kisah balas
kontroversial berikutnya, proses radikalisasi, komunikasi strategik dan
penglibatan belia dalam keganasan. Beliau juga sangat berminat dengan
pengantaraan, penyelesaian konflik dan 'pengurusan spoiler' semasa konflik.
Beliau sering bercakap mengenai keganasan balas dan keselamatan
antarabangsa, dan telah menyampaikan kuliah di Australia, Bangladesh,
Belgium, Kemboja, China, Mesir, Jerman, Indonesia, Jepun, Laos, Maldives,
Nepal, Filipina, Qatar, Republik Korea, Singapura , Taiwan, Thailand,
Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. Beliau juga mewakili Malaysia
dan mengetuai delegasi sebagai pegawai Kementerian Luar Negeri. Beliau
telah menulis beberapa artikel, kertas dan monograf dan telah ditemuduga di
radio. Beliau juga merupakan Felo Kanan dengan Pusat Kecemerlangan
Antarabangsa untuk Mengimbangi Extremism yang Kekerasan (Pusat
Hedayah) yang berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Dia boleh
dihubungi di thomas_samuel @ searcct. gov.my OR
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
EN. ZAN AZLEE, ialah wartawan bebas, penulis, dan pensyarah
Komunikasi Massa, serta juga penerbit dan pengarah filem Malaysia.
Beliau ialah pengasas dan pemilik Fat Bidin Media, sebuah syarikat yang
mengkhususkan dalam kandungan media baharu. Zan kini merupakan
perunding kandungan kepada True Sense Sdn. Bhd. serta pensyarah
sambilan untuk kursus penyiaran dan Media Baharu di Kolej Universiti
HELP. Antara buku yang ditulisnya termasuk Best Way to: A Guide to
Effective Internet Use yang diterbitkan oleh GoodBasic Media Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya pada 2006.
PN. JASMINE JAWHAR, merupakan Penolong Pengarah di Pusat
Serantau Asia Tenggara untuk Keganasan Kaunter (SEARCCT),
Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Dia memegang B.A. (Kepujian)
Hubungan Antarabangsa dari Universiti Queensland, Australia (2010)
di mana beliau menyelesaikan tesisnya mengenai Jemaah Islamiyah
(JI) dan manipulasi agama dalam keganasan. Beliau juga memegang
Sijil Pengajaran Keganasan dari Universiti St. Andrews, Scotland
(2015). Sebelum kedudukannya sekarang, beliau adalah seorang
penyelidik di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, yang memfokuskan
perkembangan keselamatan di rantau Asia Tenggara. Beliau
menerbitkan sebuah monograf yang bertajuk Penggunaan Internet
Pengganas: Kes Daesh pada Disember 2016 dan juga mengarang
monograf bertajuk The Incestion Lahad Datu dan Kesannya terhadap
Keselamatan Malaysia yang diterbitkan pada 2016. Pada masa ini,
bidang penyelidikannya termasuk penggunaan pengganas Internet,
pengambilan dan pengganas dalam talian di pantai timur Sabah.
29- 31 JANUARI 2020
AUDITORIUM UTAMA, UIAM GOMBAK
DR. AHMAD EL-MUHAMMADY merupakan penganalisis dan perunding
dengan agensi domestik dan antarabangsa dalam aktiviti penyelidikan dan
kaunter keganasan. Beliau adalah Ahli Panel untuk pemilihan Pasukan
Pemulihan Khas oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Polis Diraja
Malaysia, Bahagian Kauter Keganasan. Beliau juga merupakan Pakar Panel
untuk Bahagian Cawangan Khas RMP untuk menyediakan analisis bagi kes-
kes yang disiasat di bawah Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012.
Selain itu, Ahmad adalah seorang Ahli Pakar untuk memberi keterangan di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam
banyak kes keganasan di Malaysia. Baru-baru ini, beliau telah dilantik sebagai
Perunding kepada Institut Penyelidikan Pemuda Malaysia (IYRES),
Kementerian Belia dan Sukan untuk membangunkan profil belia yang terlibat
dalam militan. Laporan yang bertajuk Keganasan Remaja akan diterbitkan oleh
IYRES pada April 2019. Ahmad kini menjadi penyelidik utama untuk
penyelidikan selama dua tahun di Unit Analisis Extremism IIUM-ISTAC
dengan kerjasama Konsortium Kebangsaan untuk Kajian Keganasan dan
Tindak Balas Keganasan (START), University of Maryland (2018-2020).
Beberapa penerbitannya yang terkenal adalah Peranan Universiti dan Sekolah
dalam Penentangan dan Pencegahan Ekstremisme yang Kekerasan:
Pengalaman Malaysia, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam &
Konrad Adeneur Stiftung, Singapura; Mengalahkan Ancaman Daesh di
Malaysia (2016), Pengajian Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam & Konrad
Adeneur Stiftung, Singapura; Konflik Luaran dan Keselamatan Negara
Malaysia: Kes Daesh (2016), Jurnal Pertahanan dan Keselamatan, Kuala
Lumpur: Kementerian Pertahanan
CIK AMANDA SANGEETHA THOMAS, merupakan Regional
Consultant, di United Nations Office of Drugs and Crime (UNDOC). Cik
Amanda mempunyai pengalaman kerja dalam pelbagai industri yang
membangun kandungan, strategi dan analisis. Beliau memulakan
kerjayanya sebagai penganalisis perniagaan. Beliau kemudian berpindah
ke industri penyiaran, di mana dia adalah pengeluar kandungan digital
untuk stesen radio Inggeris No.1 di Malaysia. Amanda kini merupakan
penganalisis kaunter keganasan digital di SEARCCT, yang menumpukan
kepada penciptaan dan penyebaran naratif balas dan mewujudkan
kempen untuk perubahan positif dalam komuniti.