Internet dalam pendidikan u · PDF fileKings Internet Dalam Penggunaan Pendidikan Pengenalan...

download Internet dalam pendidikan u · PDF fileKings   Internet Dalam Penggunaan Pendidikan Pengenalan Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang

If you can't read please download the document

Transcript of Internet dalam pendidikan u · PDF fileKings Internet Dalam Penggunaan Pendidikan Pengenalan...

  • Kings http://www.ppdbesut.net

    Internet Dalam Penggunaan Pendidikan Pengenalan

    Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol

    rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet

    Protocol). Rangkaian ini diasaskan oleh sekumpulan komputer yang dihubungkan bersama-sama pada tahun

    1960-an melalui sebuah projek penyelidikan yang diberi nama ARPA (Advanced Research Project Agency) oleh

    Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang

    membolehkan proses pemindahan data yang selamat di antara komputer-komputer tentera yang terletak di tempat-

    tempat yang berbeza dengan menggunakan beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Semenjak pertengahan

    1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat, National Science Foundation (NSF) dan lain-lain badan kerajaan

    diberi kuasa mengawal capaian kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihak NSF mula longgarkan peraturan dan

    membenarkan kegunaan Internet untuk tujuan komersial. Pada April tahun 1995, kerajaan Amerika Syarikat

    seterusnya menyerahkan kawalan Internet kepada suatu badan bebas dan sekaligus menghapuskan sekatan

    capaian Internet.

    Di Malaysia, Internet bermula pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah

    disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat

    awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik

    menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990

    dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000.. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan

    pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum

    pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di

    Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu

    kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh

    negara.

    Penggunaan E-mel dalam Pendidikan

    Aplikasi paling asas teknologi Internet yang boleh diketengahkan dalam bidang pendidikan khususnya di

    peringkat sekolah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali sebagai mel elektronik. Melalui aplikasi ini, pelajar-

    pelajar boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan apa yang telah dipelajari dengan serta-merta.

    Contohnya, pelajar boleh menanya guru soalan atau masalah yang dihadapi semasa belajar di perpustakaan atau di

    rumah melalui e-mel. Dengan itu, guru boleh menjawab atau membantu pelajar tersebut menyelesaikan masalah

    yang dihadapi melalui e-mel atau guru boleh menjadikan soalan atau masalah yang ditanya itu sebagai persediaan

    untuk pengajaran pada hari yang berikutnya. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap

    kerja rumah yang diberi melalui e-mel.

    Menurut Dr. Jane Lasarenko (1997), kebaikan yang utama menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan guru

    melalui e-mel ialah ini dapat menanam semangat yang tinggi di kalangan pelajar dalam pembelajaran mereka.

    Bukan itu sahaja, pelajar tidak lagi ada alasan untuk menghantar kerja rumah lewat kerana mereka boleh

    menggunakan e-mel untuk menghantar kerja rumah pada hari yang ditetapkan sehingga tamatnya hari tersebut.

    Selain itu, Cisco System Inc. iaitu sebuah syarikat teknologi maklumat yang menceburi bidang pendidikan

    menyebut bahawa melalui e-mel, para guru dan pelajar juga boleh berkomunikasi dengan sekolah-sekolah di

    seluruh negara bahkan di serata dunia hanya melalui makmal komputer atau bilik-bilik darjah. (Jamaludin

    Badusah et al. 2000). Aplikasi ini membolehkan mereka bertukar-tukar mesej semasa, berkongsi idea dan bahan-

    bahan pendidikan di antara satu sama lain memandangkan e-mel bukan sahaja cepat malahan juga murah

    berbanding dengan mel biasa atau menggunakan faksimili.

  • Kings http://www.ppdbesut.net

    Internet Sebagai Sumber Rujukan

    Kemudahan Internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat. Tambahan pula, sebagai gedung

    ilmu yang luas sifatnya, kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih

    menyeluruh. Kandungannya turut mencakupi keperluan maklumat pendidikan semasa sama ada untuk kegunaan

    golongan profesional, pendidik, keluarga, pelajar dan orang ramai. Lebih dari itu, Internet turut menyediakan

    pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan. Pencapaian maklumat tersebut adalah

    cepat dan mudah dikendalikan. Contohnya, jika mengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat

    pendidikan, maka dengan usaha yang agak mudah kita boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Usaha

    tersebut dapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat

    membantu penggunanya seperti pelayar Web dan enjin pencarian atau Pencarian Maklumat Luas (Global

    Information Browsing) yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah dan tidak kira di mana

    maklumat itu berada. Dengan itu, kategori laman-laman Web yang boleh disifatkan sebagai bermaklumat dan

    sesuai untuk tujuan pendidikan termasuklah laman Web bagi institusi pengajian tinggi maya, agensi berita,

    majalah dan akhbar dalam talian yang kandungan mereka ketengahkan bersifat lebih terperinci mudah dicapai.

    Kini bukan lagi satu khayalan apabila seseorang individu dengan mudah dapat melawat masuk ke dalam sebuah

    perpustakaan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, pengajian

    rentas budaya, mempertingkatkan penguasaan bahasa asing, bertukar-tukar pendapat atau sekadar belajar dengan

    rakan sebaya. Contohnya jelas ketika ini apabila sudah terdapat perpustakaan elektronik di dalam Internet yang

    boleh membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka. Perpustakaan tersebut akan

    menyediakan sebuah pintu masuk yang bersifat maya untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai

    sumber maklumat yang turut diperkayakan dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar, bunyi dan video

    yang pasti menyeronokkan pelajar. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet yang mempunyai

    perpustakaaan yang tersendiri yang dipanggil virtual library. Guru boleh mendapatkan maklumat atau bahan

    rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan dalam kelas. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber

    untuk mendapatkan maklumat, sudah pastilah corak pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam

    suasana yang menyeronokkan.

    Penggunaan Laman Web Sekolah

    Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mengambil

    bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang

    memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala

    kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu

    laman Web tersebut juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh

    negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web tersebut untuk

    mengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-anak mereka tanpa berkunjung ke

    sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi.

    Secara tidak langsung, hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian,

    masalah-maslah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat

    ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung ke sekolah untuk

    berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satu alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu

    bapa anak muridnya.

    Perkongsian Maklumat dengan Internet

    Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer, Kementerian Pendidikan dan

    MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada

    pelajar dan pendidik. Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan oleh

    Kementerian Pendidikan. Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian

    maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertaraf

  • Kings http://www.ppdbesut.net

    dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan

    teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapat kemudahan mailing list (kumpulan perbincangan

    berasaskan topik yang menggunakan e-mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan listserv

    atau senarai perkhidmatan dan terdapat lebih 3000 listserv di dalam Internet yang boleh difikirkan oleh manusia

    (Jamaludin Badusah et. al 2000).

    Penggunaan Internet oleh Guru

    i.) meluaskan pengetahuan guru Kemudahan Internet juga memberi peluang kepada guru mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka

    melalui pelbagai maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh para guru boleh mengakses bahan-bahan akedemik

    dan mencari maklumat pendidikan melalui perpustakaan siber universiti-universit