Internet Desa
-
Upload
cornelius-adam -
Category
Documents
-
view
52 -
download
0
description
Transcript of Internet Desa
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
PENGENALAN
Sejak hampir dua dekad telah berlalu, usaha-usaha untuk memperkenalkan teknologi
maklumat dan komunikasi di Malaysia telah dilaksanakan dalam pelbagai bentuk,
pelbagai peringkat, pelbagai cara oleh pelbagai pihak. Kini usaha-usaha yang sama masih
lagi diteruskan dan didapati dilaksanakan semakin agresif sejajar dengan perkembangan
teknologi semasa yang berkaitan. Keadaan ini semata-mata bagi membolehkan mereka
yang bakal menerima berupaya memperolehi apa jua manfaat.
Ternyata kini arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan
satu jambatan yang mendekatkan secara realiti atau maya antara individu dengan
individu, individu dengan komuniti, komuniti dengan komuniti, perkembangan ini
menjadikan masyarakat pada masa kini lebih aktif dan positif dalam era ledakan
teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK atau ICT).
Perubahan yang berlaku ini selaras dengan kehendak pembangunan yang dianjurkan di
Malaysia sejak 1990an lagi dengan berlandaskan kepada falsafah Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Cabaran Ke-enam Wawasan 2020 ialah
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi
dan sentiasa memandang ke hadapan. Untuk memenuhi berbagai cabaran yang
terkandung dalam falsafah berkenaan, dasar dan polisi pembangunan masa kini bukan
hanya semata-mata menekankan kepada pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan
insan. Inisiatif khusus dilaksanakan untuk memesatkan pembangunan sumber manusia,
teknologi maklumat dan komunikasi, infrastruktur, sains dan teknologi, keupayaan
1
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
penyelidikan dan pembangunan serta pengenalan mekanisme kewangan yang
bersesuaian. Pada masa yang sama, program telah dilancarkan untuk memastikan
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan tidak menyebabkan wujudnya jurang
pengetahuan.
Oleh yang demikian, arah tuju negara maju Malaysia 2020 mesti dilengkapi dengan
tenaga kerja yang berpengetahuan (knowledge workers atau k-workers) yang dibentuk
daripada pengwujudan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan (information and
knowledge society or k-society) melalui TMK bagi menghadapi cabaran globalisasi pada
masa kini. Adalah dijangkakan anjakan dalam masyarakat untuk menerima (embrace)
TMK sepenuhnya dalam kehidupan mereka akan memberi manfaat kepada negara, baik
dari segi pembangunan politik, ekonomi atau sosial dan juga pembangunan diri individu
itu sendiri. Bagi membolehkan perubahan, pembangunan dan pencapaian diperolehi
secara menyeluruh dan memberi impak positif sama ada ke atas individu atau komuniti
mahupun masyarakat maka usaha-usaha untuk menjayakannya perlu dilaksanakan
terutama sekali membolehkan jurang digital dapat dirapatkan bagi membantu
mempercepatkan proses pembangunan seumpama ini. Perkara telah disentuh sewaktu
pelancaran Program Medan Info Desa oleh YB. Datuk Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, antara lain menyebut “dapat menggerakkan dengan
lebih cepat lagi usaha untuk memperkenal dan membudayakan ICT (TMK) serta
merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar dan juga antara kawasan-
2
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
kawasan di luar bandar”. Perkara ini bersesuaian dengan hala tuju pembangunan
Malaysia masa kini yang menjadikan ICT sebagai pemacu. Secara konseptualnya
dapatlah diperjelaskan bahawa kepentingan TMK pada masa kini adalah bagi
membolehkan usaha pembangunan (dalam semua bentuk) dapat dipercepatkan dengan
membawa teknologi baru ini ke dalam masyarakat yang belum lagi menerimanya secara
menyeluruh. Penerimaan sepenuhnya dilihat apabila segala faedah yang boleh diperolehi
daripada TMK akan dapat dimanfaat. Ketika inilah baru dikatakan bahawa jurang digital
telah dapat dijambatkan dengan baik dalam lingkungan masyarakat setempat.
Persoalannya adakah usaha-usaha ini dapat dijayakan? Bagaimanakah jurang (digital)
yang sedia wujud dapat dirapatkan? Lebih-lebih lagi mewujudkan satu jaringan
masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan merupakan satu cabaran yang cukup besar
dan perlu ditangani dengan cara yang terbaik. Tambahan pula masyarakat yang bakal
dibentuk itu perlu mengadaptasikan dengan suasana baru seperti pembentukan komuniti
maya (virtual) dan dihubungkan juga secara realiti. Menerima pelbagai macam teknologi
baru yang sentiasa berlaku seiring dengan ledakan informasi yang begitu cepat dan
mencabar, justeru itu juga mereka perlu untuk menerima segala macam perubahan ini
dengan cepat disamping mampu untuk mengadaptasikannya dengan baik.
Secara teknikalnya untuk berada dalam masyarakat berpengetahuan (K-society)
bukannya sesuatu yang sukar dicapai tetapi untuk menerima dan menerapkan amalan
budaya yang seumpama itu yang menjadi cabaran besar kepada masyarakat secara
keseluruhannya. Ini memandangkan bahawa keperluan bagi mencapai hasrat ini
memerlukan penerimaan secara menyeluruh dengan kata lain membudayakan diri dengan
3
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
nilai dan ciri-ciri budaya masyarakat baru yang bakal dibentuk. Justeru dari segi
penerimaan, penyesuaian, adaptasi dan seterusnya mengangkatnya menjadi sebahagian
budaya yang baru memerlukan pelbagai bentuk “pengorbanan”.
Walau bagaimanapun menurut Tun Mahathir (mantan Perdana Menteri Malaysia ke-
Empat) pernah menyatakan pada tahun 20023 bahawa masyarakat (Malaysia) telah
bersedia untuk menyahut cabaran bagi melaksanakan usaha bersepadu dan komited ke
arah pembentukan Bangsa Malaysia yang lebih mantap dan kukuh. Justeru itu usaha-
usaha yang dijalankan di bawah Agenda IT Kebangsaan (NITA – National IT Agenda)
telah mula mendapat perhatian sejak 7 tahun dulu. Kini telah mula menampakkan
hasilnya, masyarakat Malaysia di bandar atau di luar bandar mengakui hakikat peri
pentingnya TMK dalam kehidupan masa kini.
Namun, Malaysia kini ternyata sedang menghadapi cabaran bagi merealitikan
wawasannya untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan dan bermaklumat sekiranya
masalah mengenai jurang digital tidak dapat diatasi. Masyarakat yang berdepan dengan
masalah yang sedemikian akan menyebabkan anggota masyarakatnya akan terpisah,
terasing dan tersisih disebabkan adanya strata dari segi hak pemilikan dan penggunaan
pengetahuan khususnya yang berasaskan kepada TMK. Lantaran itu, jurang digital adalah
ancaman baru dalam pertumbuhan pembangunan pada masa kini, terutama sekali dari
segi pekerjaan, pendidikan, akses kepada maklumat dan lain-lain lagi.
4
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
Sekiranya tidak diimbangi dan diatasi masalah ini, dalam jangka masa panjang akan
meninggalkan kesan ke atas sosio-ekonomi tempatan. Justeru jurang antara mereka yang
mampu dengan yang tidak mampu, jurang antara penduduk bandar dengan luar bandar,
jurang di antara lelaki dan wanita, jurang pengetahuan dan lain-lainnya akan menggugat
usaha penerusan pembangunan yang sedang berlangsung. Oleh yang demikian akses
kepada TMK sangat diperlukan dan dijangka akan dapat menyelesaikan masalah yang
akan membelenggu masyarakat berkenaan hingga boleh menyebabkan mereka menjadi
kumpulan ‘masyarakat terpinggir’ yang baru.
Dalam usaha untuk menangani masalah jurang digital yang dijangkakan akan
menjejaskan atau membantutkan usaha untuk mencapai matlamat negara maju pada tahun
2020, strategi dan langkah bersepadu telah pun dimulakan sejak 1990an. Langkah untuk
menukar riak kepada gelombang teknologi maklumat dilakukan dengan
kewujudan National IT Agenda yang dilaksanakan melalui Dasar IT Negara antara lain
kandunganya telah digariskan dalam Rancangan Malaysia ke 85. Tujuan utama
melaksanakan agenda TMK (ICT) seperti mana yang digariskan dalam Dasar IT Negara
adalah untuk membolehkan lapan matlamat dicapai antara lainnya ialah pembangunan e-
komuniti. Di bawah dasar yang sama juga pembangunan insan, infostruktur dan aplikasi
dititikberatkan dengan tujuan bagi membolehkan pembentukan masyarakat maju
berasaskan nilai, menekankan kepada kepentingan mencapai matlamat keadilan dan
persamaan bagi mencapai maklumat, penciptaan nilai-nilai murni serta pertukaran
5
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
PEMBANGUNAN E-KOMUNITI DI MALAYSIA
E-komuniti mula dibangunkan di Malaysia sebagai usaha untuk merapatkan jurang digital
di kalangan mereka di bandar dan di luar bandar dan juga di antara kumpulan masyarakat
tertentu. Langkah ini digerakkan oleh badan-badan kerajaan persekutuan, negeri dan
badan bukan kerajaan, pihak swasta, individu iaitu penduduk setempat dan individu yang
mempunyai minat yang sama mewujudkan laman-laman web untuk berkongsi maklumat
dan menaikkan taraf sosioekonomi rakyat luar Bandar dengan menggunakan laman e
komuniti untuk mempromosi bahan dagangan. Kertas ini akan menyentuh inisiatif yang
dijalankan oleh Kerajaan persekutuan melalui Majlis Teknologi Maklumat Negara,
kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan pihak swasta (syrikat
telekomunikasi), dan kerjasama antara pihak swasta. Inisiatif yang paling besar
digerakkan di peringkat pusat melalui Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) yang
mengeluarkan biaya hingga kini sebanyak RM150 juta yang dikeluarkan kepada projek-
projek yang dikenali sebagai Demonstator Application Grant Scheme (DAGS) yang
berpotensi. Kini terdapat lebih 70 projek sedemikian di seluruh negara. DAGS yang
dimulakan dalam tahun 1998, dengan peruntukan awal sebanyak RM50 juta bertujuan
mewujud dan memupuk kumpulan e-komuniti yang interaktif. Di bawah rancangan
Malaysia kelapan sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan. Antara projek DAGS yang
diterima di seluruh dunia ialah ARBEC, yang mempunyai jaringan dengan museum
musuem sejarah (natural history museum) yang besar di Eropah dan Amerika Syarikat,
FamilyPlace yang diterima oleh Global Knowledge Partnership; dan Cybercare, sebuah
e-komuniti anak-anak yatim yang menjadi anak angkat Microsoft Foundation; e-Pekak,
yang menerima Anugerah Bangsa-bangsa Bersatu kerana merapatkan jurang digital di
6
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
kalangan orang pekak; TaniNet, yang dipilih sebagai satu daripada 10 cerita kejayaan;
dan SMASY, sebuah e-komuniti desa yang diterima oleh Worldview Foundation untuk
dicontohi di Sri Lanka. Projek yang dibiayai oleh DAGS selain meliputi projek e-
komunti termasuk juga projek e-ekonomi seperti TaniNet, dan e-pendidikan. Namun
demikian, matlamat e-ekonomi dan TaniNet juga untuk menghubungkan masyarakat
yang mempunyai matlamat yang sama. Ini tidak berbeza daripada matlamat e-komuniti
sendiri.
Walaupun kerajaan telah menubuhkan serta melaksanakan berbagai dasar awam untuk
meningkatkan penggunaan ICT sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan
perkembangan ekonomi negara, akan tetapi, kebanyakan dasar ICT kerajaan yang
ditubuhkan pada peringkat awal banyak memberikan fokus kepada penggunaan ICT
antara lain, di peringkat kerajaan, perniagaan, pendidikan dan sosial - khususnya di
kalangan penduduk masyarakat bandar. Ini secara langsung telah menyebabkan jurang
digital antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar semangkin meningkat.
Untuk menangani masaalah ini, kerajaan telah mengambil beberapa langkah, antaranya
termasuklah menubuhkan beberapa program dan initiatif untuk menggalakkan
penggunaan ICT secara meluas di serata negara. Perkara ini juga jelas dinyatakan dalam
laporan Rancangan Malaysia Ke Tujuh, seperti yang digariskan berikut:
“Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), kemajuan
dalam ICT dijangka memberi kesan yang besar ke atas proses
pembangunan dan gaya hidup penduduk. Menyedari tentang potensi
7
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
ICT, usaha akan ditumpukan kepada penggalakan penggunaan dan
pemakaiannya secara meluas. Dalam hubungan ini, infrastruktur ICT
akan diperluas dan beberapa program serta projek kebangsaaan
berkaitan ICT akan dilaksanakan untuk mempercepatkan penggunaan
ICT secara meluas dalam berbagai sektor ekonomi negara”.
RM7 (1996:477)
Berhubung dengan petikan sebahagian daripada laporan RM7 yang digariskan di atas,
Kerajaan telah menubuhkan beberapa program dan initiatif untuk meningkatkan taraf
hidup masyarakat luar bandar. Ini termasuklah perlaksanaan program Gerakan Desa
Wawasan dan program Internet Desa yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
penduduk luar bandar untuk membangunkan serta meningkat taraf penghidupan kawasan
persekitaran perkampungan mereka melalui antara lain penggunaan komputer serta
teknologi maklumat lain (RM8:388). Program-program sebegini amatlah penting,
khususnya dalam usaha pembangunan luar bandar dan antara lain ianya bertujuan untuk
merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar serta
memberikan peluang kepada masyarakat luar bandar untuk memperolehi berbagai jenis
maklumat dan informasi samaada dalam negeri mahupun luar negara. Ini jelas
dinyatakan dalam sebahagian daripada laporan RM8, seperti yang digariskan di bawah:
“Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), usaha yang lebih
bersepadu akan dibuat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing dengan
8
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
menggunakan ICT bagi mendorong pembangunan. Dalam hubungan
ini, infrastruktur ICT akan diperluas terutamanya di kawasan luar
bandar bagi merapatkan jurang digital dan membolehkan semua
penduduk mendapat peluang yang saksama untuk memperolehi
maklumat dan pengetahuan.
RM8 (2001:385)
Petikan daripada Laporan RMKe-8 yang digariskan di atas jelas menunjukkan bahawa
untuk merealiasasikan hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 dan sejajar dengan
usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT secara meluas di kalangan
semua lapisan masyarakat Malaysia, kerajaan telah mengambil initiatif untuk
memberikan pendedahan yang secukupnya kepada masyarakat luar bandar mengenai
pertama, penggunaan komputer dan kedua, bagaimana komputer boleh digunakan dengan
cara strategik dan berkesan untuk meningkatkan pendapatan penduduk masyarakat luar
bandar. Secara khusus, objektif penubuhan program Internet Desa akan dibincangkan
dengan lebih terperinci di bahagian seterusnya.
Untuk tujuan ini, kerajaan juga telah memperuntukkan perbelanjaan sejumlah RM1 bilion
ringgit di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dalam mendirikan berbagai projek serta
program untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan penduduk luar bandar.
9
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
PROGRAM INTERNET DESA (PID)
Program Internet Desa (PID) merupakan inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan
Komunikasi dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad. Program ini telah dilancarkan
secara rasminya pada Mac tahun 2000. Pusat Internet Desa ditubuhkan secara
berperingkat di seluruh negara. Sehingga kini terdapat 42 buah PID di seluruh negara.
Walaupun baru dilancarkan dan pengguna masih lagi di peringkat ‘learning curve’,
program ini terus memberi manfaat dan faedah yang signifikan kepada masyarakat.
Penduduk-penduduk di sekitar PID terutamanya, bukan sahaja dapat menjadi seorang
yang celik IT, malah dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk memajukan lagi
hidup mereka.
Objektif Penubuhan Program Internet Desa
Antara program-program yang diambil untuk mengurangkan jaringan digital di kalangan
masyarakat luar bandar termasuklah perlaksanaan program Internet Desa, yang di
lancarkan pada bulan March tahun 2000. Projek Internet Desa ini merupakan salah satu
projek perintis yang ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang
bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat luar bandar untuk
meningkatkan penggunaan komputer. Pada peringkat awal, program Internet Desa ini
telah dilancarkan di dua kawasan perintis iaitu Sungai Ayer Tawar di Selangor dan
Kanowit di Sarawak. Menurut laporan laporan RM8, program ini antara lain,
“melibatkan penyediaan kemudahan infrastruktur ICT di pejabat pos dan pelancaran
laman web yang membekalkan maklumat tentang perkhidamatan kerajaan, acara penting
10
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
dan aktiviti setempat, mel elektronik (9-mel) percuma serta kemudahan Internet”
(RM8:388-389).
Sejajar dengan program Gerakan Desa Wawasan, antara objektif-objektif khusus
penubuhan program Internet Desa termasuklah:
Menarik penglibatan aktif penduduk tempatan dalam pembangunan desa,
khususnya melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di
kalangan penduduk setempat
Memberi harapan di atas keupayaan penduduk desa untuk membentuk
generasi kedua yang cemerlang melalui pendedahan yang diberikan kepada
penggunaan komputer serta peningkatan kepada ilmu pengetahuan
Mempertingkatkan keupayaan penduduk desa untuk membentuk senario desa
2020 sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menubuhkan masyarakat dan
ekonomi yang berteraskan informasi dan maklumat
Mempertingkatkan kemahiran pengupayaan (empowerment)
Walaupun penilaian pada peringkat awal mengenai keberkesanan perlaksanaan program
Internet Desa menunjukkan pencapaian yang positif di mana seramai antara 55 hingga 70
pengguna, kebanyakannya di kalangan pelajar sekolah di dapati menggunakan
kemudahan komputer serta peralatan-peralatan lain (seperti pencetak) yang disediakan
dalam tempoh purata satu minggu di pusat-pusat Internet Desa di sekitar negara, namun
terdapat beberapa implikasi yang tercetus hasil daripada perlaksanaan program Internet
11
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
Desa ini (RM8:389). Implikasi ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi di
bahagian yang seterusnya.
TINJAUAN KAWASAN YANG MELAKSANAKAN PID
Daripada tinjauan yang dilihat di negeri Perlis Indera Kayangan, Encik Nik Mohd Nasir
Nik Megat, penyelia PID Simpang Empat, Perlis. PID ini telah memenangi beberapa
anugerah termasuk tempat pertama bagi anugerah Pusat Internet Desa Terbaik di Minggu
ICT Malaysia 2004.
Menurut Encik Nik, PID Simpang Empat yang ditubuhkan pada November 2003 telah
memberi banyak manfaat kepada penduduk komuniti setempat walaupun baru
ditubuhkan lebih kurang 3 tahun yang lalu. PID ini sentiasa menjadi tumpuan penduduk
daripada pelbagai peringkat umur, pekerjaan dan taraf ekonomi untuk menggunakan
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Katanya, pada peringkat awal, satu komiti ahli jawatankuasa yang terdiri daripada
individu-individu yang terlibat dalam pelbagai bidang telah dibentuk. Di bawah ahli
jawatankuasa tersebut terdapat juga wakil-wakil kaum Cina, India dan Siam. Dengan
adanya individu-individu yang berpengaruh dalam komuniti masing-masing dan juga
promosi yang berterusan, pengguna mahupun peserta PID semakin bertambah.
“Seterusnya kami juga turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai
pihak seperti Pos Malaysia Berhad, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kastam,
12
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
polis juga guru-guru dan pelajar dari sekolah menengah dan rendah di
sekitar. Ini secara langsung memberi peluang kepada penglibatan yang
lebih luas kepada semua pihak,” katanya.
Tambah beliau, dengan kerjasama MADA, PID dapat menarik golongan petani dan
pesawah untuk datang ke PID. MADA telah membekalkan cakera padat interaktif yang
penting untuk petani dan pesawah. Sebagai contoh, salah satu cakera padat yang
dibekalkan mengandungi teknik-teknik penanaman padi yang dapat meningkatkan hasil
sehingga 10 tan sehektar. Justeru itu, bagi golongan pesawah mereka perlu hadir ke PID
untuk mendapatkan cakera padat itu bagi mengetahui teknik-teknik tersebut. Mereka
yang tidak mempunyai komputer boleh menggunakannya di PID. Secara tidak langsung,
ini akan membuka minat mereka untuk mempelajari komputer dan Internet.
Malah ujar Encik Nik, PID mempunyai pengguna tetap yang terdiri daripada golongan
pesawah serta petani yang telah mengikuti kursus di PID dan kini mempunyai kemahiran
komputer juga Internet. Dengan menggunakan Internet mereka biasanya mencari
maklumat tentang baja, teknik penanaman dan benih-benih tanaman. Petani di PID ini
juga pernah berbual menerusi talian dengan petani di Balik Pulau.
Selain latihan komputer dan Internet yang diadakan secara berjadual untuk penduduk
sekitar, PID juga pernah mengadakan latihan membina laman web bagi pelajar-pelajar
Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang bagi membolehkan mereka menyertai
Pertandingan Membina Laman Web Bridging Community Maxis di Kuala Lumpur.
13
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
Tambahnya, PID Simpang Empat juga menjadi pusat untuk masyarakat mendapatkan
nasihat dan menggunakan aplikasi-aplikasi dalam talian yang disediakan kerajaan seperti
ePerolehan, semakan saman polis dan JPJ, semakan status KWSP dan permohonan
jawatan kosong. Katanya lagi, terdapat lebih 20 syarikat kontraktor yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan menggunakan aplikasi ePerolehan di PID Simpang
Empat. PID juga menjadi tempat untuk pelajar lepasan SPM mendapatkan borang
permohonan belajar secara ‘online’ untuk ke politeknik dan matrikulasi.
Maklumat juga diperolehi dari Encik Muzita @ Amran bin Abdul Khalid seorang
pengusaha kuih tradisional di Simpang Empat. Katanya, kemudahan di PID ini memberi
manfaat kepada masyarakat terutamanya kepada pengusaha dan peniaga sepertinya.
“Latihan dan khidmat nasihat yang boleh saya dapati di sini merupakan
keistimewaan PID. Walaupun terdapat banyak kafe siber dan kemudahan
komputer dan Internet di tempat lain, di sini stafnya berdedikasi serta
banyak menolong terutamanya dalam memberi tunjuk ajar menggunakan
perisian komputer juga khidmat nasihat untuk meluaskan perniagaan.
Perkhidmatan berbayar di sini juga rendah berbanding di tempat lain,”
ujarnya.
Misalnya kata beliau, staf PID banyak membantunya menyiapkan kertas kerja bagi
mendapatkan pinjaman untuk membeli mesin pemprosesan untuk perniagaannya.
14
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
Katanya juga perniagaannya semakin berkembang maju dan dengan bantuan pihak
MADA produknya telah dipasarkan ke Singapura, Brunei, China dan Thailand.
Bagi Encik Nik sendiri, jika dahulu PID hanyalah sebagai pusat latihan tetapi sekarang
PID telah menjadi Community Knowledge Centre atau Pusat Ilmu Pengetahuan
Komuniti. PID merupakan tempat untuk pengguna dan pengunjung berkongsi
pengetahuan dan mendapatkan maklumat terkini. PID juga menjadi pusat untuk
mengumpul maklumat terkini yang berkaitan dengan kawasan setempat dan diletakkan di
laman web PID untuk diakses. Kata beliau, maklumat seperti perusahaan yang dikatakan
sebagai 'Satu PC Satu Rumah'.
Kini, kepentingan komputer dan teknologi ICT tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai sebuah
Negara yang ingin mewujudkan masyarakat berpengetahuan menjelang tahun 2020,
inisiatif untuk meluaskan penggunan komputer dan ICT amat penting sekali. PID
merupakan salah satu inisiatif kerajaan menerusi KTAK untuk merapatkan jurang digital.
Jika dilihat perkembangannya, ternyata PID dapat menjadi inisiatif yang berkesan dalam
usaha memberi manfaat yang luas kepada masyarakat luar bandar. Penduduk setempat
dan aktiviti-aktiviti seni budaya yang diletakkan di laman web tersebut merupakan salah
satu usaha untuk mempromosikan produk tempatan. Beliau pernah dihubungi oleh
kakitangan Istana Budaya yang mahu mengetahui maklumat lanjut mengenai Kumpulan
Hadrah Sungai Baru, Simpang Empat yang terdapat dalam laman web itu.
15
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
Katanya lagi, dengan adanya PID fikiran masyarakat di sekitar lebih terbuka untuk
memiliki komputer peribadi di rumah. Ini juga adalah aspirasi kerajaan sendiri untuk
mewujudkan apa Staf PID membantu seorang pengunjung menyemak maklumat
MyKadnya Encik Muzita seorang pengusaha kuih tradisional bangga menunjukkan kertas
kerja pinjaman bank untuk membeli mesin pemprosesan yang dibantu pembikinannya
oleh staf PID dan dicetak di PID
Sejauh Manakah Keberkesanan Projek Program Internet Desa
Pada keseluruhannya, kajian ini telah berjaya memperolehi berbagai penemuan dan
reaksi dari penyelia di kawasan pusat Internet Desa yang melaksanakannya. Pada
dasarnya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa perlaksanaan program Internet Desa
di terima dengan baik dan dialu-alukan oleh pengguna serta penduduk di kawasan luar
bandar. Ini adalah kerana dengan adanya pusat-pusat seperti ini, ianya bukan sahaja
memberikan kemudahan kepada penduduk di kawasan perkampungan untuk
mendapatkan akses kepada penggunaan komputer, tetapi ianya juga membantu dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat luar bandar mengenai bidang
pengkomputeran yang terdapat di negara ini.
Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dari segi
jumlah pengguna dan pengunjung di pusat-pusat Internet Desa, iaitu daripada 55 hingga
70 pengguna dalam tempoh masa satu minggu, seperti mana yang dilaporkan dalam
laporan Rancangan Malaysia ke 8 (m/s 366) kepada sejumlah 30 hinggan 40 pengguna
16
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
dalam tempoh masa satu hari, seperti mana yang dinyatakan oleh penyelia di pusat-pusat
Internet Desa yang menggunakannya.
Dari segi bilangan perkakasan komputer yang terdapat di pusat-pusat Internet Desa, hasil
kajian menunjukkan setakat ini terdapat hanya 5 hingga 7 komputer di setiap pusat
Internet Desa di seluruh negara dan bilangan ini nyata tidak mencukupi untuk
menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat. Oleh itu, lebih banyak peralatan
komputer, termasuklah scanner dan mesin cetak diperlukan untuk membolehkan
pengguna mempelajari menggunakan semua peralatan komputer yang disediakan dengan
berkesan. Begitu juga dengan jumlah kakitangan yang bertugas, di mana jelas
menunjukkan bahawa jumlah ini adalah tidak mencukupi dan ianya haruslah ditingkatkan
kepada sekurang-kurangnya 3 atau 4 orang supaya kesemua keperluan pengguna,
termasuklah pembelajaran dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan.
Berhubung dengan keluasan pasarana serta kawasan di pusat-pusat Internet Desa yang
terdapat di seluruh negara, hasil kajian menunjukkan bahawa ruang yang lebih besar
diperlukan untuk membolehkan lebih banyak peralatan komputer dapat dimuatkan dan
membolehkan lebih ramai pengguna untuk mengunjungi pusat-pusat ini pada satu masa.
Dengan terdapatnya lebih banyak perkakasan serta peralatan komputer, pengguna
bolehlah menggunakan komputer serta peralatan yang disediakan pada kadar masa yang
lebih panjang, iaitu melebihi satu jam untuk setiap pengguna pada satu masa.
17
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
Begitu juga dengan waktu rasmi pembukaan pusat-pusat Internet Desa, iaitu dari Isnin
hingga Jumaat, bermula dari 9 pagi hingga 5 petang. Waktu ini secara dasarnya dilihat
sebagai tidak bersesuaian dan terlalu singkat. Ini adalah kerana kebanyakan pengguna
lebih gemar mengunjungi pusat-pusat Internet Desa pada waktu petang atau malam
kerana waktu siang, mereka samaada di sekolah atau bekerja. Selain itu, waktu malam
juga dilihat sebagai waktu yang strategik untuk membolehkan lebih ramai pengguna
warga tua untuk menggunakan kemudahan komputer serta peralatan yang disediakan,
memandangkan waktu siang mereka mungkin sibuk dengan tugas masing-masing. Oleh
itu, adalah lebih baik sekiranya pusat-pusat Internet Desa turut dibuka kepada orang
ramai pada hujung minggu, iaitu hari Sabtu dan Ahad disamping waktu operasinya
dilanjutkan hingga ke malam.
Secara keseluruhannya, penemuan-penemuan kajian yang digariskan di atas adalah
berbentuk konstruktif yang bertujuan semata-mata untuk mempertingkatkan lagi mutu
serta keberkesanaan pengendalian pusat-pusat Internet Desa di seluruh negara.
KESIMPULAN
Kajian menunjukkan masyarakat Malaysia sudah mula menerima perkhidmatan atas
talian. Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengetahui apa itu perkhidmatan atas talian.
Namun, masih ramai yang belum terdorong untuk menggunakan aplikasi secara
elektronik. Ini disebabkan oleh rasa kurang yakin dan percaya terhadap sistem rangkaian
dan aplikasi urusan secara elektronik di atas talian. Beberapa saranan dikemukakan di
sini untuk pertimbangan pihak yang berkenaan.
18
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
Walaupun banyak isu dan cabaran dalam membentuk masyarakat jaringan di Malaysia,
sebenarnya perancangan yang dibuat oleh kerajaan seperti projek MSC telah menjadi satu
katalis kepada pembangunan ICT negara. Sebenarnya, projek pembangunan ICT negara
telah banyak berjaya sejak sembilan tahun ia bergerak secara aktif, iaitu pada Ogos 1996.
MSC telah berjaya membentuk dan membangun lebih 1,200 syarikat yang mempunyai
status MSC, menyedia 26,000 pekerjaan berasaskan pengetahuan. Sebagai contoh, e-
perolehan merupakan salah satu projek dibawah e-kerajaan; telah berjaya diimplementasi
dengan sokongan ICT untuk memberi perkhidmatan kepada entiti awam dan swasta.
Aplikasi e-perolehan telah menunjukkan agensi kerajaan dapat menyedia satu
perkhidmatan secara elektronik kepada rakyat secara efisyen dan transparen. Pada April
2005, hampir 95,000 pembekal mendaftar dibawah e-perolehan. Jelas kita nampak,
kolaborasi diantara pihak kerajaan dengan swasta dan masyarakat telah membentuk satu
jaringan yang lebih integriti dan dipercayai melalui jaringan elektronik.
Oleh itu, perkataan “dunia tanpa sempadan” atau “bordeless world” telah berada
bersama-sama kita sekarang ini, tetapi ia akan menjadi sesuatu yang nyata apabila kita
mengguna ICT dalam kehidupan untuk membina “masyarakat jaringan”. Inovasi
teknologi seperti telefon selular, teknologi broadband, wi-fi, wi-max, 3G, sumber terbuka
(open source) dan lain-lain dapat membantu menyelesai isu dan cabaran pembentukan
jaringan, perkongsian maklumat dan kolaborasi diantara komuniti atau masyarakat.
19
KOM3305 : MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT PROGRAM INTERNET DESA
RUJUKAN
Rancangan Malaysia ke 8 (2001) Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Noor Sharifah, (2002). Perancangan Pusat Ict Bagi Masyarakat Luar
Bandar Di Semenanjung Malaysia
Mohd Azul Mohamad Salleh & Norizan Abdul Razak. 2005. Komunikasi dalam E
Pembelajaran Menggunakan Peralatan Teknologi Komunikasi dan Maklumat
(ICT), Proceeding, International Conference on Social Sciences and Humanities
(ICOSH), 14-16 Disember, ms. 291-299
Noor Sharifah Sutan Saidi. 2001. “Garis Panduan Perancangan Pusat ICT bagi Kawasan
Luar Bandar Semenanjung Malaysia”. Projek IRPA. Pusat Kajian Perancangan
Luar Bandar, Fakulti Alam Bina, UTM.
Musa Abu Hassa n, Narimah Ismail, Siti Zobidah Omar dan Jusa ng Bolong. (2008).
Kesan terhadap peserta yang mengikuti projek ICT di luar bandar. Pertanika
Journal of Social Sciences and Humanities, 16(1), 85-94.
Mohamad Zaki Ibrahim & Mohd Yusof Hussain. 2004. Jurang Digital di Kalangan
Penduduk Berpendapatan Rendah di Kuala Lumpur: Satu Tinjauan Awal,
Proceeding, Seminar Kebangsaan Sains Teknologi dan Sains Sosial 2004, 31 Mei-
Jun, ms 34-39
20