INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

117
1 INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret- tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek Bagi menjawab Inventori Personaliti Sidek ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20 hingga 30 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling dan berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil IPS Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau mengutamakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan

Transcript of INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

Page 1: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

1

INVENTORI PERSONALITI SIDEK

Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-

tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’

atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat

menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS

misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.

Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau

mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi,

Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal,

Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan

untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.

Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek

Bagi menjawab Inventori Personaliti Sidek ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20

hingga 30 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling dan berkesan meskipun jangka masa yang

sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam

bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan

meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian

supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.

Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil IPS

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau

mengutamakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil

ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan

Page 2: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

2

hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris

menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan.

Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan

pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan ‘Ya’ yang perlu dibuat baris demi

baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor maksimum yang boleh

diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus

dengan didarabkannya dengan 10. Untuk 0/10 tukar markah kepada 1% dan 10/10 tukar kepada

99%. Hal ini kerana, tiada manusia yang tiada tret personaliti tersebut dan tiada manusia yang

sempurna personalitinya.

Andaian Asas Pentafsiran Profil IPS

Menurut Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah, dalam erti kata sebenar, personaliti sesorang itu

tiada yang gagal. Selain itu, tiada individu yang sempurna personalitinya ata yang kosong/sifar

pada personalitinya. Tambahnya lagi, personaliti dalah kualiti intrisik manusia yang boleh

berubah.

Page 3: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

3

Pentafsiran Profil IPS

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran skor

yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut;

Agresif Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah seorang individu yang

agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam

kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah

merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan

matlamat anda tercapai. Menunjukkan anda adalah

seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri.

Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak

anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan

orang lain anda jaga.

Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam

kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain

memanipulasi diri dan perasaan anda.

Analitikal Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif

kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri

sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat

pemerhatian, penyelidikan dan analisis.

Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah

sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di

tahap sederhana.

Page 4: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

4

Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau

tidak berminat dengan perkara-perkara yang

memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah

individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan

orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.

Autonomi Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya

dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan

menentukan aktiviti-aktiviti seharian.

Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap

sederhana

Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang

lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.

Bersandar Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain.

Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya

mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang

lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda

selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang

harus anda tuju.

Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap

sederhana.

Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka

berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan

Page 5: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

5

melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak

bergantung kepada orang lain.

Ekstrovert Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda

suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di

samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.

Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri

sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial anda

adalah sederhana.

Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau

tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi

dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam

kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada situasi kerja

bersendirian atau satu sama satu.

Intelektual Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi

cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas

dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas

dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.

Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di

tahap sederhana.

Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara-

perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat

dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur,

Page 6: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

6

praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya

adalah kerja-kerja berkemahiran.

Introvert Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial

dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda

berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja

bersendirian atau satu sama satu.

Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap

sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu

rendah.

Menunjukkan anda adalah individu yang suka

melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan

suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah

seorang yang sosial.

Kepelbagaian Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi

yang dapat memberikan peluang-peluang untuk

pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada

perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang

baru. Anda adalah seorang yang adventures.

Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di

tahap sederhana.

Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi

pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa

Page 7: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

7

dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman

baru.

Ketahanan Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai

ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda

akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah

dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda

sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.

Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap

sederhana.

Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari

fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan

sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan

lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau

yang berkaitan dengan orang ramai.

Kritik Diri Skor Tinggi (70-99%)

Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang

tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu

merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap

apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia

telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang

mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan

mendapat faedah daripada kaunseling individu.

Sementara, individu yang mendapat skor lebih

Page 8: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

8

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

daripada 70% dikatakan sangat memerlukan

kaunseling individu.

Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi

dan psikologinya

Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan

yang bersalah adalah orang lain.

Mengawal Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah individu yang suka

mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka

memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih

kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti

Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera,

Ahli politik dan lain-lain.

Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan

anda adalah di tahap sederhana.

Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada

memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah

setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan

lain-lain.

Menolong Skor Tinggi (70-99%)

Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada

memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah

setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan

lain-lain.

Page 9: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

9

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap

sederhana

Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi

dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan

kepada diri sendiri.

Sokongan Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai

keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat

simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait

personaliti menolong menunjukkan anda adalah

individu yang sangat mementingkan diri.

Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap

sederhana.

Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara

emosi kepada orang lain

Struktur Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada

perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci.

Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang

memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan

berulang-ulang.

Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda

beradadi tahap sederhana.

Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti

yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.

Page 10: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

10

Pencapaian Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)

Menunjukkan anda adalah individu yang sangat

bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu

matlamat.

Menunjukkan motivasi anda berada di tahap

sederhana.

Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan

tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa

dalam kerjayanya.

Kejujuran Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam

menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk

tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah

tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke

dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.

Page 11: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

11

INVENTORI PERSONALITI WARNA

Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai

format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat

ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna

atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukuran

ini telah dibina oleh Sidek et. al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam Kaunseling

untuk pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia,

Terengganu.

Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur

atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan

Jingga.

Pentadbiran Inventori Personaliti Warna – IPW

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian

ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam

bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu,

segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang

mengambil ujian.

Page 12: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

12

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil Personaliti Warna – IPW

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati..

Pentafsiran Profil Inventori Personaliti Warna – IPW

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien

anda. Umumnya, setiap individu mempunyai keempat-empat jenis personaliti, namun jenis

personaliti yang memperolehi skor tertinggi adalah mewakili personaliti dominant individu.

Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut.

Page 13: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

13

PENTAFSIRAN KHUSUS

INVENTORI PERSONALITI WARNA - IPW

Boleh Dipercayai Berdasarkan Teori

Keibubapaan Ingin Tahu

Bertanggungjawab Kompleks

Ikut Peraturan Falsafah

Adat resam Panjang Akal

Tradisional Tenang

Konservatif Sabar

Sistematik Berpengetahuan

Romantis Tidak Suka Peraturan

Harmoni Adventures

Tulin Spontan

Kerjasama Gopoh Gapah

Unik Berani

Berseni Suka Pertandingan

Empati Bahaya Tetapi Seronok

Setia Berkemahiran

PERATURAN FIKIRAN

PERASAAN KEBEBASAN

EMAS

JINGGA BIRU

HIJAU

Page 14: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

14

Personaliti Emas

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, pratikal, waras fikiran, boleh

dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh

perhatian.

Kata kunci utama: Peraturan dan Bertanggungjawab

Ciri-ciri Diri

Mengikut peraturan dan menghormati

pihak berkuasa

Sangat bertanggungjawab

Taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia

Tahu apa yang baik dan buruk dalam

kehidupan

Bersifat teliti dan wajar

Menepati masa

Mahu dianggap sebagai orang yang

berguna

Setia, stabil, ada peraturan dan

sistematik

Menghargai hidup berkeluarga, tradisi

dan rumah tangga

Mengekalkan adat resam

Bersifat konkrit

Ciri-ciri di Tempat Kerja

Menjaga kestabilan, menyusun atur

atau mengorganisasikan tempat kerja

Berkebolehan untuk mengendalikan

urusan yang perlu perincian.

Sanggup nekerja keras

Prinsip bekerja dulu baru bermain

Kerja mengikut peraturan,

bekerjasama dan mengikut kebiasaan.

Dapat menyesuaikan diri dengan

mudah

Page 15: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

15

Personaliti Hijau

Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam

menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep,

berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan

sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik.

Kata kunci utama: Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi.

Ciri-ciri Diri

Cekap dan berkebolehan menjalankan

tugas dengan sempurna.

Bersifat ingin mengetahui, berminat

tentang konsep, gagasan, tanggapan dan

idea.

analitikal, investigatif dan hipotetikal

Mempunyai pengetahuan yang luas

berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir

dan panjang akal

Mempunyai sikap yang tenang dan

sabar, berprinsip dan jujur.

Mempunyai falsafah dan memerlukan

penjelasan dan jawapan.

Pemikiran yang lebih matang daripada

umur sebenar

Ciri-ciri di Tempat Kerja

pemikir konsep yang bebas.

kerja itu adalah suatu permainan.

Sering menghadapi cabaran tugas

dengan tenang.

suka mereka cipta model, meneroka

idea, atau membina sistem bagi

memenuhi keinginan untuk

menonjolkan pembaharuan.

setelah menyempurnakan sesuatu

idea, saya suka beralih ke projek lain

dan membiarkan orang lain menjaga

dan mengendali projek yang lama.

Page 16: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

16

Personaliti Biru

Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami

perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi

inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.

Kata kunci utama: Romantis serta Sukakan Keharmonian.

Ciri-ciri Diri

mudah bersimpati, berperibadi, dan

selalu mencari makna dalam kehidupan.

Inginkan perhubungan yang mesra dan

mengasihani

berkebolehan untuk menyelami

perasaan dan pemikiran orang lain.

Bersedia dan sanggup memberi

penjelasan untuk memberikan

penerangan.

Mesra, taat, menyayangi dan baik hati.

Mudah terasa dan lemah lembut.

suka berkarya dan memberi ilham dan

puitis

romantis, bersemangat, gembira dan

imaginative

suka membelai dan membantu orang

lain.

Ciri-ciri di Tempat Kerja

mempunyai dorongan yang kuat

untuk mempengaruhi orang lain

supaya mereka menikmati hidup yang

lebih bermakna.

bekerja dalam bidang seni,

komnikasi, pendidikan, dan profesion

menolong orang lain.

mahir dalam memberi motivasi dan

berinteraksi dengan orang lain.

Page 17: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

17

Personaliti Jingga

Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada

pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment,

berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani,

tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut dan

berkemahiran.

Kata kunci utama: Suka Mengembara atau Adventurous.

Ciri-ciri Diri

Bertindak secara spontan, suka

berjenaka, pandai dan menawan

Menganggap hidup sebagai satu

permainan.

Cergas, giat dan pandai menggunakan

kesempatan yang ada.

Sukakan keseronokan dan sesuatu yang

memberangsangkan.

Sukakan aktiviti yang bercorak

persaingan.

Tabah menghadapi sesuatu dan tidak

gentar.

Kadang kala mengambil tindakan yang

tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan

Ciri-ciri di Tempat Kerja

Sering bosan dan gelisah jika dapat

kerja yang berstruktur, rigid dan

mengikut rutin.

Berpuas hati dalam kerja yang

memberikan kebebasan, dapat

menggunakan koordinasi fizikal, dan

alatan.

seorang perfomer yang semula jadi.

sifat suka bersaing dan inginkan

kegembiraan atau keseronokan.

Suka bekerja yang melibatkan fizikal

Page 18: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

18

boleh menimbulkan kesan yang

mendalam.

Seorang yang realistik, tidak

dipengaruhi sentiment dan berfikiran

terbuka.

Gemar kepada pengalaman yang luar

biasa iaitu berbahaya tetapi

menyeronokkan.

Page 19: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

19

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR (JEPI)

Inventori Personaliti Eysenck Junior atau JEPI telah diperkenalkan Hans Jurgan Eysenck.

Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun 1947

melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang askar yang

neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama ialah faktor Neurostima (N) dan faktor Ekstrovert

(E).

Neurostisme / Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12

mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripada 12 mewakili keadaan

yang stabil. Begitu juga keadaannya dengan kontinum bipolar untuk Ekstroversi / Introversi yang

mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan yang ekstrovert dan skor kurang daripada 12

termasuk dalam keadaan yang introvert.

Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang dikenalpasti

bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical Questionnaire

(MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai satu dimensi personaliti (Eysenck,

1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan

analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley

Personality Inventory (MPI) telah dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme

dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality

Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat

dan akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory.

Page 20: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

20

Pentadbiran Inventori Personaliti JEPI

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian

ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam

bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu,

segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang

mengambil ujian.

Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil JEPI

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-

hati. Untuk itu, anda memerlukan borang jawapan dan stensil pemarkatan.

Pentafsiran Profil JEPI

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.

Penafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti dalam Rajah

berikut;

Page 21: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

21

Panduan Pentafsiran Inventori Personaliti Eysenck Junior JEPI

Nota : Istilah-Istilah Melankolik, Kolerik, Phlegmatik, dan Sanquine telah dikemukakan oleh

Hippocrates.

Sanquine - Blood (darah)

Phlegmatik - Phlegm (Kahak)

Kolerik - Bile (Hempedu)

Muram Mudah Tersinggung

Cemas Gelisah

Bimbang Agresif

Tidak Fleksibel atau Rigid Ghairah

Pendiam Mudah Berubah

Tidak Peramah Impulsif

Pesimis Optimistik

Tenang Aktif

Kuadran I Kuadran II

Kuadran III Kuadran IV

Pasif Peramah

Berhati-hati Gemar Bercakap

Bertimbang Rasa Responsif

Tenang Bebas

Terkawal Kepimpinan

Jujur Bersemangat

Boleh Diharapkan Selesa

MELANKOLIK KOLERIK

PHLEGMATIK SANGUINE

Page 22: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

22

Melankolik - Black Bile (Hempedu Hitam)

** Kuadran terbaik ialah SANQUINE.

Personaliti Melankolik – Kuadran I

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-neurosis. Antara ciri-ciri utama

termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti muram, cemas, bimbang, kaku, pendiam, tidak

peramah, pesimis dan nampak tenang.

Personaliti Kolerik – Kuadran II

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-neurosis. Antara ciri-ciri utama

termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif, ghairah, mudah

berubah, impulsif, optimistik dan aktif.

Personaliti Phlegmatik – Kuadran III

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri utama

termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal,

jujur, boleh diharapkan dan tenteram.

Personaliti Sanguine – Kuadran IV

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-stabil. Antara ciri-ciri utama

termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas,

kepimpinan, bersemangat, dan selesa.

Page 23: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

23

SKALA KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)

Skala Konsep Kendiri Tennessee atau singkatannya TSCS adalah alat yang boleh digunakan untuk

mengukur konsep kendiri iaitu perincian kepada personaliti individu. Alat ukuran ini telah dibina

oleh William H. Fitts pada tahun 1965. alat ukuran TSCS mempunyai 100 item yang terdiri

daripada item positif dan negatif yang memberikan respons jawapan berbentuk skala likert lima

mata. Alat ukuran yang sama boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis. Perbezaan

antara keduanya adalah daripada segi permarkatan. Stensil pemarkatan untuk tujuan kaunseling

dan diagnosis adalah berbeza antara satu sama lain.

Alat ukuran TSCS untuk tujuan kaunseling dapat mengenal pasti 8 komponen yang

membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri,

Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial.

Ia juga mempunyai segala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri.

Pentadbiran Skala Konsep Kendiri Tennessee – TSCS

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini

perlu diselesaikan dalam 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang

selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala

arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang

mengambil ujian.

Page 24: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

24

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil TSCS

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

Pentafsiran Profil TSCS

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien.

Pentafsiran profil TSCS boleh dilakukan secara individu dan berkelompok. Markah yang

diperolehi hendaklah dibandingkan dengan skor min seperti yang terkandung dalam manual. Skor

min adalah skor yang setara dengan Skor T dan Skor Persentil 50. pentafsiran skor yang diperolehi

berhubung dengan skala-skala berkenaan seperti berikut:

1) Kritik Diri Skor min untuk subskala Kritikan-Diri ialah 36. umumnya, skor di

bawah min adalah dianggap baik kerana ia menggambarkan individu

stabil daripada segi psikologi. Skor yang berada di atas min dianggap

kurang baik atau tidak baik kerana ia dikaitkan dengan individu yang

kurang stabil daripada segi psikologinya. Ia ini juga dikaitkan dengan

konflik rendah diri. Bahagian ini memberi gambaran sejauh mana

individu menerangkan kelemahan atau kekurangan dirinya

berdasarkan kenyataan-kenyataan yang biasanya diakui oleh

kebanyakan individu.

2) Jumlah Skor Skor min untuk skala TSCS secara keseluruhan ialah 348. skala ini

menjelaskan konsep kendiri secara keseluruhan tanpa melihat kepada

komponen-komponen yang membentuk konsep kendiri. Skor di atas

Page 25: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

25

min bererti konsep kendiri individu secara keseluruhannya adalah

positif atau tinggi. Skor di bawah min pula bererti konsep kendiri

individu secara keseluruhannya adalah negatif atau rendah.

3) Identiti

Kendiri

Skor min untuk subskala ini ialah 127. Skor di atas min bererti identiti

individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti identiti

kendiri individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan

dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan tentang ‘Siapa

DiriKu’. Di sini, individu akan memberikan gambaran tentang identiti

dirinya atau bagaimana ia melihat dirinya.

4) Kepuasan

Kendiri

Skor min untuk subskala ini ialah 104. Skor di atas min bererti

kepuasan kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah

min bererti kepuasan kendiri individu adalah negatif atau rendah.

Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang

menerangkan bagaimana perasaan individu terhadap dirinya sendiri.

Secara umum, bahagian ini akan mencerminkan tahap penerimaan

individu terhadap dirinya dan setakat mana individu berpuas hati

tentang dirinya.

5) Kendiri

Tingkah Laku

Skor min untuk subskala ini ialah 115. Skor di atas min bererti tingkah

laku kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min

menunjukkan kendiri tingkah laku individu adalah negatif atau rendah.

Subskala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang

menerangkan tentang ‘Inilah kelakuan saya atau cara saya bertindak’.

Page 26: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

26

Ia memberi gambaran tentang persepsi individu terhadap perlakuannya

dan bagaimana dirinya berfungsi.

6) Kendiri Fizikal Skor min untuk subskala ini ialah 73. Skor di atas min bererti kendiri

fizikal individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti

kendiri fizikal individu adalah negatif atau rendah. Dalam bahagian

ini, individu memberikan pandangannya tentang keadaan tubuh

badannya, keadaan kesihatan, wajah, perawakan fizikal, seksualiti dan

kemahiran-kemahiran yang dimilikinya.

7) Kendiri Moral

dan Etika

Skor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di atas min menunjukkan

kendiri moral dan etika individu adalah positif atau tinggi. Skor di

bawah min pula bererti kendiri moral dan etika individu adalah negatif

atau rendah. Bahagian ini memberi gambaran kendiri individu

daripada sudut moral dan susila. Ia menyentuh soal harga diri,

perhubungan dengan tuhan, perasaan sebagai orang ‘baik’ atau orang

‘jahat’ dan rasa puas hati atau sebaliknya terhadap penglibatannya

dalam agama yang dianutinya.

8) Kendiri

Peribadi

Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi

gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi.

Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif atau

rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang

dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu iaitu perasaan dan

penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak berkait dengan tubuh

Page 27: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

27

badan atau perhubungannya dengan orang lain. Misalnya, ‘Saya

sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah miliki sekarang ini.”

9) Kendiri

Keluarga

Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi

gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi.

Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif atau

rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang

dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu iaitu perasaan dan

penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak berkait dengan tubuh

badan atau perhubungannya dengan orang lain. Misalnya, ‘Saya

sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah miliki sekarang ini.”

10) Kendiri Sosial Skor min untuk subskala ini ialah 68. Skor di atas min menunjukkan

kendiri sosial individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min

menggambarkan bahawa kendiri sosial individu adalah negatif atau

rendah.

Page 28: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

28

VARIABILITY

Jumlah V / Total V Jumlah V menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara satu

bahagian dengan bahagian yang lain.

Skor min ialah 48. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna 8

komponen yang membentuk keseluruhan konsep kendiri individu adalah

pelbagai daripada satu bahagian konsep kendiri ke satu bahagian konsep

kendiri yang lain. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep

kendiri individu adalah seimbang daripada satu bahagian konsep kendiri

ke satu bahagian konsep kendiri yang lain.

Jumlah Lajur V

atau Column Total

V

Variasi antara lajur atau column. Skor tinggi menunjukkan wujudnya

kepelbagaian skor yang berkaitan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan

Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial.

Skor min ialah 29. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud

kepelbagaian berkaitan dengan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika,

Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Skor rendah iaitu

skor di bawah min bererti konsep-konsep kendiri ini berada dalam

keadaan seimbang.

Jumlah Baris V

atau Row Total V

Variasi merentas baris atau row. Skor tinggi menunjukkan wujudnya

kepelbagaian skor yang berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan

Kendiri dan Tingkah Laku Kendiri.

Skor min ialah 19. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud

kepelbagaian berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri dan

Page 29: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

29

Tingkah Laku Kendiri. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti

konsep-konsep kendiri ini berada dalam keadaan seimbang.

Sebaran D Skor min ialah 120. Skor tinggi iaitu skor di atas min menerangkan

individu sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau

kenyataan-kenyataan mengenai dirinya. Skor ini mempunyai kaitan

dengan kesahan jawapan individu yang menjawab ujian. Skor rendah

iaitu skor di bawah min pula menerangkan bahawa individu kurang atau

tidak sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau

kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan dirinya.

Page 30: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

30

INVENTORI PERSONALITI PLUS

Personaliti Plus diperkenalkan oleh Florence Littaeur. Inventori ini diambil daripada

Florence Littauer’s Personality Plus: How to Understand Others by Understanding Yourself.

Inventori ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Inventori

Personaliti Plus ini terdiri daripada 160 item atau sifat diri. 80 item adalah untuk profil keupayaan

“strengths profile” dan 80 item yang lain adalah untuk profil kelemahan “weaknesses profil”.

Inventori ini juga dibentuk berdasarkan 4 konstruk utama mengenai jenis personality iaitu choleric,

melancholy, sanguine dan phlegmatic.

Pentadbiran InventoriPersonaliti Plus

Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10

hingga 15 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang

sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam

bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan

meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian

supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Individu perlu

menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya dan

bukan berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan baik atau orang kata baik. Jawapan spontan

adalah jawapan yang terbaik.

Bagi menjawab ujian ini, calon dikehendaki menanda X pada satu perkataan yang

menggambarkan diri calon daripada 4 pilihan perkataan pada setiap lajur. Jika calon tidak pasti

perkataan yang paling tepat, calon boleh bertanya kepada ahli keluarga atau rakan atau fikirkan

diri sendiri semasa zaman kanak-kanak. Calon juga diingatkan supaya mengelak dari menjawab

Page 31: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

31

dari sudut kerja dan kerluarga kerana banyak protokol dan prosedur yang perlu diikut. Kemudian,

calon dikehendaki memindahkan semua sifat/perkataan yang telah ditanda X dari Profil Personaliti

kedalam kotak didalam Kertas Skor Personaliti. Calon mestilah diingatkan bahawa susunan

perkataan dalam kedua-dua kertas adalah tidak sama.

Bagi mengira markah ujian ini, calon dikehendaki menambah keseluruhan markah jawapan

bagi setiap empat baris dalam Kertas Skor Personaliti dan jumlahkan kedua-dua kekuatan dan

kelemahan. Calon akan mengetahui dominan personaliti dengan melihat markah yang paling

tinggi. Selain itu calon juga dapat mengetahui kombinasi personaliti diri dengan melihat markah

kedua tertinggi.

Interpretasi Inventori Personaliti Plus

1. Popular Sanguine

Popular Sanguine (Burung

Merak)

Unsur alam: tanah

Maksud :bermuka merah

Sifat: ekstrovert, peramah,

optimis

Kata Kunci: Fun, Excitement

Motto Fun, Fun, Fun

Kerjaya Jurujual, hiburan, public speaking

Suara Kuat dan laju; banyak idea, inginkan

perhatian

Kekuatan Promoters, enthusiastic, creative, high

energy, sentiasa bersedia

Kekurangan Pelupa, tidak suka peraturan, emosi tidak

menentu, mudah ubah fikiran

Pakaian Stylish, flamboyant, coloutrful

Perkara yang

tidak disukai

Tidak dapat bergembira, facts and figures,

bersendirian

Page 32: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

32

Realiti Pergi kursus sorang-sorang, balik

kursus 5 orang;

Suka hadiah – walaupun kecil tetapi

sangat gembira, sebulan tak habis

cerita;

Spontan – boleh gantikan pengacara

majlis walaupun short notice;

Pelupa – lupa park kereta, lupa letak

pen-drive ; banyak buang masa

mencari;

Mudah ubah fikiran- pagi lain, petang

lain.

2. Perfect Melancholic

Perfect Melancholic (Burung

Hantu)

Unsur alam: angin

Maksud :sayu, murung, hiba,

sugul yang sempurna

Sifat: introvert, pemikir,

pesimis

Motto Lets get the facts and figures

Kerjaya Accountant, engineer, research

Suara Soft & polite

Kekuatan Organized, planners, accurate, persistent,

follow through, romantic, loyalty

Kekurangan Over analytical, hard to please, lonely, suka

merajuk

Pakaian Formal, conservative

Page 33: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

33

Kata Kunci: why, graphs,

charts, research

Perkara yang

tidak disukai

Pushy people, no facts, being late

Realiti Sidai baju – teratur, ikut sistem; mula

yang besar dahulu baru , baru sidai

yang kecil-kecil;

Lipat baju – pun sama, lipat kain dulu,

kemudian baju, seluar, seluar dalam,

akhirnya nasi lemak kat atas sekali;

jadi piramid.

Cara picit ubat gigi – kena picit di

bawah dulu, mesti ikut peraturan.

Menonton filem - beremosi, nangis

dulu sebelum pelakonnya menangis.

3. Powerful Choleric

Pwerful Choleric (Burung

Helang)

Unsur alam: api

Motto Gets out of my way

Kerjaya CEO, attorney, airline pilot

Suara Forceful with volume

Kekuatan Focused, goal oriented, intense, berdikari,

bakat kepimpinan

Page 34: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

34

Maksud :cepat marah, lekas

meradang, sangat kuat,

berkuasa

Sifat: ekstrovert, pelaksana,

optimis

Kata Kunci: money, power,

control, to the point, gila kerja

Kekurangan Ego, domineering, unteachable, impatient,

short tempered, tiada tolernsi, kurang

fleksibel

Pakaian Dress for success

Perkara yang

tidak disukai

Indecision, chit-chat, losing control

4. Peaceful Phlegmatic

Peaceful phlegmatic (Burung

Merpati)

Unsur alam: air

Maksud :air yang tenang dan

dingin, dingin kepala,

berdarah dingin

Sifat: introvert, pemerhati,

pesimis

Kata Kunci: team, together,

relationship, family

Motto Let’s be friends

Kerjaya Teacher, nurse, counselor

Suara Soft and gentle

Kekuatan Dependable, team player, patient, supportive,

nurturing, calm, good listener

Kekurangan Over sensitive, followers, not goal oriented

Pakaian Casual and comfortable

Perkara yang

tidak disukai

Pushy people, bullies, conflict

Page 35: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

35

PROFIL PERSONALITI TAJMA (PPT-R)

Profil Personaliti TAJMA (PPT-R) merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina

untuk mengukurdimensi personaliti seseorang individu. Profil ini mempamerkan 11 tret personaliti

diri yang diukur menerusi 83 item. Profil personaliti ini telah diperkenalkan oleh Mohd. Tajudin

Ninggal. Skala pemarkahan profil ini adalah berdasarkan Likert-scale yang didatangkan dengan 3

pilihan jawapan iaitu A. Sangat benar; B.Benar dan C. Tidak Benar.

Pentadbiran Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)

Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 15

hingga 20 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang

sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam

bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan

meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian

supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.

Berdasarkan tiga pilihan jawapan iaitu A. Sangat benar; B.Benar dan C. Tidak Benar, calon

dikehendaki menanda hanya satu jawapan yang pertama sekali terlintas di fikiran selepas membaca

pernyataan tersebut. Bagi pemarkahan, calon dikehendaki mengisi markah/nilai bagi setiap item

di borang jawapan yang telah disediakan. Nilai bagi setiap jawapan adalah seperti berikut;

Page 36: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

36

Skala Nilai

A Sangat Benar 2

B Benar 1

C Tidak Benar 0

Kemudian, calon dikehendaki mencampur semua nilai yang diberikan mengikut kategori

seperti yang telah disediakan didalam borang jawapan.

Interpretasi Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)

Page 37: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

37

INSTRUMENT FIRO-B

Firo-B, diasaakan oleh William Schutz merupakan instrumen personaliti yang berupaya sebagai

alat mengukur bagaimana seseorang selalunya bertingkahlaku (jalinan hubungan interpersonel)

dengan orang lain dan bagaimana sesorang itu selalu inginkan orang lain bertingkahlaku (jalin

hubungan interpersonel) terhadap dirinya. FIRO adalah berdasarkan instrument yang

mengandungi Element B: Behavior (asalnya FIRO-B), Element F: Feeling (asalnya FIRO-F) dan

Element S: Self-concept. Prinsip utama dalam hubungan interpersonal adalah orientasi-tingkahlaku

(FIRO-B).

Instrumen FIRO-B ini digunakan untuk membantu individu memahami keperluan interpersonal

dirinya sendiri. Selain itu, ia juga digunakan untuk mempengaruhi cara berkomunikasi dan cara

berpelakuan dengan orang lain. Disamping itu, FIRO-B juga dapat meningkatkan hubungan

personal dan membantu persembahan profesional seseorang individu.

Pentadbiran Instrument FIRO-B

ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit.

Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan

asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu

diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Instrumen ini mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian 1 (16 item), Bahagian 2 (11 item),

Bahagian 3 (13 item), dan Bahagian 3 (14 item). Wajaran Instrumen ini adalah sebanyak 6

skala.calon dikehendaki menulis nomborskala pilihan yang dipilih didalam borang jawapan yang

disediakan. Semua jawapan yang dipilih hendaklah melambangkan diri sendiri.

Page 38: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

38

Interpretasi Instrumen FIRO-B

INCLUSION CONTROL AFFECTION

Expressed (E) Expressed (E) Expressed (E)

EI EC EA

Wanted (W) Wanted (W) Wanted (W)

WI WC WA

SKALA INTERPRETASI

9

8

7

6

5

4

3

2

1

TINGGI

RENDAH

Page 39: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

39

SOSIAL DAPATAN

SKOR

INTERPRETASI

EI Tinggi

Anda seorang yang ‘Social Oriented’.Mudah meluahkan idea,

pendapat dan perasaan. Anda mudah menjangkakan orang lain

juga seperti anda.

Anda sangat berharap individu lain boleh bekerjasama dengan

anda dalam semua hal. Mungkin anda berangapan anda betul

dan jika harapan tidak dihargai dan tercapai anda mudah

sensitif dan kecewa

WI Tinggi

EI Tinggi

Anda suka bergaul dan cepat mesra. Bagi anda komunikasi

adalah aset utama untuk menyatakan kehendak anda.

Anda tidak berharap apa yang anda katakan perlu diterima oleh

orang lain. Mungkin menyebabkan orang lain manganggap

anda tidak serius dan sukar difahami kehendak anda. Anda

menggunakan defense mechanism untuk membela diri

WI Rendah

EI Rendah

nda seorang yang pendiam dan berhati-hati dalam pergaulan.

Memilih kawan yang boleh diajak berkomunikasi dan

kongruen serta boleh menerima anda seadanya

Mudah mengambil kata-kata orang lain sebagai janji dan

harapan. Anda kuat berpegang kepada peraturan. Orang lain

mungkin sukar memahami apa sebenarnya yang tersirat dalam

hati anda(banyak kerenah). Pendengar yang baik dan boleh

diharap untuk menyimpan rahsia diri dan orang lain.

WI Tinggi

Page 40: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

40

EI Rendah

Tahap penerimaan anda kepada orang lain sangat rigid. Terlalu

berhati-hati dan menyebabkan anda sukar bergaul dengan

orang lain.

Keistimewaan anda adalah anda tidak bergantung kepada orang

lain. Tidak kisah dengan apa yang berlaku yang penting anda

boleh menerima diri anda seadanya.

WI Rendah

KAWALAN DAPATAN

SKOR

INTERPRETASI

EC Tinggi

Karismatik dalam berhujah. Pemimpin berwawasan. Bijak

mengawal situasi dan keadaan. Bijak mengarah dan membina

peraturan baru. Walaubagaimana pun anda terlalu bergantung

kepada orang bawahan untuk bertindak . Jika tidak terkawal

anda menjadi pemimpin yang autokratik. Perlu menjadi

pendengar yang baik untuk mengawal diri dan situasi

WC Tinggi

EC Tinggi

Menepati pemimpin yang jujur dan berhemah jika

menggunakan potensi yang positif.Berupaya memberi idea dan

pendapat kepada orang lain. Komunikasi secara mengarah dan

berfokus. Anda tidak mengharap kepada orang lain. Oleh itu

anda mudah tidak mempercayai orang bawahan anda. Jika anda

bijak berkomunikasi anda menjadi orang yang mudah

disenangi dan tempat untuk orang lain bergantung harap

WC Rendah

Page 41: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

41

EC Rendah

Kepimpinan anda lebih berfokus kepada tingkahlaku yang

menjurus kepada pencapaian matlamat yang diinginkan.

Komunikasi hanya terbatas kepada keperluan. Kehendak anda

sukar dijangka. Anda lebih banyak mengikut dan akur dengan

peraturan serta rutin. Memerlukan idola untuk dijadikan

panduan untuk menjadi pemimpin yang baik

WC Tinggi

EC Rendah

Sifat anda gemar kepada kepimpinan‘low-profile’. Komunikasi

juga kurang terserlah . Jangkaan dan harapan kepada orang lain

juga tidak menentu dan sukar diramal. Memerlukan sifat asertif

terutama dalam membuat keputusan. Anda selesa dengan

situasi sedia ada dan tidak perlu dikongsi oleh orang lain.

WI Rendah

KASIH

SAYANG

DAPATAN

SKOR

INTERPRETASI

EA Tinggi

Seorang yang romantik dan bijak menuturkan kata-kata

semangat pujian dan pujukan. Berupaya mempengaruhi orang

lain dan bersifat enterprising. Motivasi dan pengharapan diri

yang tinggi. Jika tuntutan dan harapan tidak kesampaian,

mudah kecewa dan berputus harap. Akan tetapi cepat

mengseimbangkan diri kerana mudah berkongsi masalah dan

luahan kepada orang lain

WA Tinggi

EA Tinggi

Anda mempunyai sifat menolong yang tinggi. Berupaya

meyakinkan orang lain dan bersifat empati. Kebolehan anda

Page 42: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

42

WA Rendah mempengaruhi orang lain tanpa meminta balasan

menyebabkan anda dihargai. Kemungkinan anda kurang asertif

kerana kurang bergantung kepada orang lain.

EA Rendah

anda mudah menjaga imej kendiri tetapi sukar untuk dikongsi

bersama orang lain. Kasih sayang yang diberikan bukan melalui tutur

kata tetapi lebih kepada tindakan. Kemahuan anda sukar diramal

menyebabkan anda terlalu ‘demand’

Anda setia yang tidak berbelah bahagi kepada sesaorang jika

anda yakin dan mempercayainya.

WA Tinggi

EA Rendah

Anda serba ringkas dan tidak terlalu dominan dalam pergaulan.

Mudah mengubah situasi jika berlaku konflik. Ada kalanya

anda mempunyai sikap berdikari yang positif tanpa

mengharapkan orang lain. Kehidupan anda serba ringkas dan

melambangkan keceriaan tanpa menyusahkan orang lain. Anda

perlu asertif terutama dalam membuat keputusan yang penting

dalam hidup anda.

WA Rendah

Page 43: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

43

THE KEIRSEY TEMPERAMENT SORTER (KTS)

The Keirsey Temperament Sorter ini diasaskan oleh Dr. David Keirsey pada tahun 1978. Ia

diasakan berdasarkan satu inventori personali yang dibina oleh Isabel Myers dan katherine Briggs

iaitu The Myers-Briggs Type Indicator (1962).

KTS digunakan secara meluas oleh perniagaan, agensi kerajaan,pertubuhan agama, kolej dan

universiti untuk menentukan jenis tingkah laku indivdu terutamanya bagi tujuan team building.

KTS juga digunakan untiuk memahami diri dan tingkah laku bagi menghargai dan mendapat

manfaat daripada kekuatan individu untuk melihat perbezaan perspektif dan pendekatan kepada

masalah komunikasi dengan lebih berkesan. KTS juga dapat mebantu dalam memilih bidang

profesional untuk meningkatkan kerjasama dalam menyelasaikan masalah organisasi dan peribadi.

KTS dibina berdasarkan 4 kombinasi daripada 2 ciri-ciri untuk setiap kombinasi iaitu 1) ekstrovert

vs Introvert; 2) Sensing vs intuitive; 3) Thinking vs Feeling; dan 4) Judging vs Perceiving. KTS

terdiri daripada binaan 70 item. Pilihan jawapan bagi KTS ialah A atau B.

Pentadbiran The Keirsey Temperament Sorter (KTS)

Bagi menjawab KTS ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20 hingga 30 minit. Tempoh

masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan

ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising

dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir

ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan

yang telah disediakan di dalam borang soalan. Calon juga diingatkan bahawa jawapan yang

diberikan mestilah berkaitan dengan diri calon untuk masa sekarang dan bukan untuk masa lalu

Page 44: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

44

atau masa depan. Calon dikehendaki menanda (X) untuk pilihan jwapan di borang jwapan yang

telah disediakan.

Calon dikehendaki untuk menjumlahkan semua skor yang diperoleh pada setiap bahagian.

Kemudian calon dikehendaki memindahkan jumlah skor mengikut anak panah seperti yang

ditunjukkan dalam rajah di bawah. Keudian calon dikehendaki menjumlahkan kesemuanya dan

akhir sekali calon dikehendaki memilih markah yang tertinggi pada setiap bahagian dan tuliskan

abjad tersebut diruangan yang telah disediakan.

Borang Jawapan The Keirsey Temperament Sorter

a b a b a b a b a b a b a b

1 x 2 x 3 x 4 x 5 x 6 7 x

8 x 9 x 10 x 11 x 12 x 13 14 x

15 x 16 x 17 x 18 x 19 x 20 21 x

22 x 23 x 24 x 25 x 26 x 27 28 x

29 x 30 x 31 x 32 x 33 x 34 35 x

36 x 37 x 38 x 39 x 40 x 41 42 x

43 x 44 x 45 x 46 x 47 x 48 49 x

50 x 51 x 52 x 53 x 54 x 55 56 x

57 x 58 x 59 x 60 x 61 x 62 63 x

64 x 65 x 66 x 67 x 68 x 69 70 x

1 2 3 4 3 4 5 6 5 6 7 8 7

E I S N T F J P

Page 45: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

45

Interpretasi The Keirsey Temperament Sorter (KTS)

Personaliti Huraian

Ekstrovert (E) 1. Lebih tertarik kepada faktor luaran

2. Tidak sabar dengan pekerjaan perlahan dan berpanjangan

3. Suka menyapa orang lain

4. Berminat ketahui org lain buat kerja

5. Suka bercakap di telefon, perlu kepada perhubungan dan mudah meluahkan

perasaan

6. Suka bekerja dgn orang lain

7. Cepat bertindak tanpa berfikir

8. Cenderung berkomunikasi

9. Memerlukan introversi untuk keseimbangan

Introvert (I) 1. Suka ketenangan utk penumpuan

2. Menghadapi masalah mengingat nama dan rupa. Pendiam dan susah dikenali.

3. Ambil masa panjang utk laksana tugasan

4. Tidak suka gangguan telefon, suka menyendiri & simpan perasaan

5. Suka kerja sendirian

6. Berfikir sblm bertindak.

7. Cenderung komunikasi secara b’tulis

8. Cenderung belajar melalui bacaan

9. Memerlukan extroversi untuk keseimbangan

Sensing (S) 1. Suka ketenangan utk penumpuan

2. Menghadapi masalah mengingat nama dan rupa. Pendiam dan susah dikenali.

Page 46: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

46

3. Ambil masa panjang utk laksana tugasan

4. Tidak suka gangguan telefon, suka menyendiri & simpan perasaan

5. Suka kerja sendirian

6. Berfikir sblm bertindak.

7. Cenderung komunikasi secara b’tulis

8. Cenderung belajar melalui bacaan

9. Memerlukan extroversi untuk keseimbangan

Intuitive (N) 1. Sedar cabaran dan kemungkinan baru

2. Tidak suka kerja berulang kali

3. Gemar guna kemahiran baru

4. Bekerja tekun dan bertenaga

5. Berkemungkinan membuat keputusan dengan cepat

6. Mengikut inspirasi dan gerak hati

7. Mempersoalkan mengapa sesuatu keadaan itu seperti seadanya

Thinking (T) 1. berkebolehan menetukan sesuatu di dalam susunan yang logical

2. memberi galakan balas kepada pendapat

3. perlu layanan adil

4. cenderung tegas dan berhentikan pekerja jika perlu

5. berkebolehan untuk menegur secara terus terang

6. kemungkinan menyakitkan hati orang lain tanpa sedar

7. mempunyai bakat di dalam menganalisa sesuatu masalah

Page 47: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

47

Feeling (F) 1. Suka kepada keharmonian dan tekun utk mencapainya

2. Memberi gerakbalas kpd nilai orang lain lebih drp perasaan & pemikiran

mereka

3. Perlu kepada pujian sekali sekala

4. Cenderung bersimpati

5. Tidak suka memberitahu sesuatu yg tidak menyenangkan kpd org lain

6. Gemar menyenangkan hati org lain

Judging (J) 1. Suka menetapkan dan menyelesaikan sesuatu tugas

2. Tidak suka mengganggu sesuatu projek yang sedang mereka lakukan

untuk perkara yang lebih penting

3. Puas setelah mencapai sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara,

situasi atau seseorang

4. Hanya perlu asas sahaja sebelum memulakan kerja

5. Jadualkan projek

6. Gunakan senarai sebagai agenda untuk bertindak

Perception (P) 1. Tidak kisah & boleh biarkan sesuatu utk diubah saat akhir

2. Boleh sesuaikan diri dgn situasi yg berubah-ubah

3. Kesukaran utk buat keputusan krn rasa maklumat masih x cukup

4. Tangguhkan kerja yg tidak menyenangkan

5. Ingin mengetahui sesuatu kerjasecara menyeluruh

6. Dpt selesaikan byk tugasan di saat akhir walau di dalam tekanan

7. Gunakan senarai sbg peringatan utk tugasan yg perlu selesai.

Page 48: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

48

INVENTORI GAYA BERCINTA

Pentafsiran Umum IGB

Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB. Skor tertinggi yang

diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang dominant untuk

diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki;

☺ Cinta Persahabatan – Storage

Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara

mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang kala orang yang bercinta tidak

menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini

akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan

untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang panjang.

Sebaliknya, mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.

☺ Cinta Romantis – Eros

Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat

kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahuan penyatuan dan

perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan

pasangannya. Contohnya, dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama.

Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk

hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi

nilainya.

Page 49: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

49

☺ Cinta Permainan - Ludus

Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan

tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam

sesuatu sama. Ini adalah kerana adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya

melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya

ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya

mereka suka memainkan perasaan ataupun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah

perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya

ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat

hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini, hubungan mereka jarang sekali mesra

terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan

tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

☺ Cinta Logikal – Pragma

Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari

pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan

yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah

ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan ditangguh hubungan cintanya

sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang

dikehendakinya.

Page 50: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

50

☺ Cinta Pengorbanan – Agape

Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf.

Gaya bercinta ini terlalu ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang

dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini

juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza

personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela

hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup

melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka

rela mengenepikan cita-cita ataupun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya

mendapatkan apa yang dikehendakinya.

☺ Cinta Kepunyaan – Mania

Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin

bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama.

Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan diri sendiri. Mereka

juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa

yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu, mereka ini sentiasa mencurigai

kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.

Page 51: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

51

SELF- DIRECTED SEARCH (SDS)

Alat ukuran Self-Directed Search (SDS) telah dibina oleh John L. Holland. Alat ukuran ini

mengandungi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk mengukur minat

kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Alat ukuran SDS yang mengandungi 192 item mewakili

116 sub-skala pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising

(E), dan conventional (C).

Alat ukuran SDS mempunyai tiga bahagian utama iaitu Bahagan I (Kesukaan), Bahagian II

(kecekapan) dan Bahagian III (Senarai Nama Pekerjaan). Selain itu, alat ukuran SDS adalah lebih

sesuai digunakan untuk remaja atau pelajar sekolah menengah kerana SDS mempunyai ketiga-tiga

aspek kesukaan, kecekapan dan senarai nama pekerjaan yang lebih mudah untuk difahami.

PENTADBIRAN UJIAN SDS

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu

diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa,

lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan

yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil

ujian.

PENGIRAAN SKOR UJIAN SDS

Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

PENTAFISRAN UJIAN PROFIL SELF DIRECT SEARCH [SDS]

Page 52: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

52

REALISTIK [R]

TEMA: Pertanian / Perhutanan / PerkhidmatanPerlindungan / Pekerjaan Berkemahiran /

Kejuruteraan

PENERANGAN - Individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal.

- Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan

binatang.

- Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan,

lukisan mekanikal, mesin atau haiwan.

- Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh.

- Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.

- Individu ini menghadapi persekitaran secara konkrit dan fizikal.

- Digambarkan sebagai materialistik, stabil dari segi emosi, tidak

bersifat sosial

CONTOH

KERJAYA

Jurutera Awam, Jurutera Automobil, Jurutera Keretapi, Jurutera

Mekanikal, Operator Mesin, Mekanik Kapal terbang, Mekanik Kereta,

Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan, Tukang Besi dan Tukang

Kayu. Mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip,jurutera,

juruukur am, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik,ahli penternak ikan,

juru kamera wayang gambar, juru teknik makmal

CIRI-CIRI Suka Menyendiri - Akur - Natural - Tidak Fleksibel- Jujur – Normal-

Berhemat - Tulen - Keras Hati - Tiada/Kurang Celik Akal - Keras Kepala

- Praktikal

Page 53: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

53

INVESTIGATIF [I]

TEMA: Matematik & Sains / Kaitan dgn Perubatan /Perubatan

PENERANGAN - individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu,

membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan

masalah melalui penyelidikan.

- mempunyai kemahiran saintifik dan metamatik serta meminati

kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

- mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kecerdasan,

memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan dan lambang-

lambang.

- Digambarkan sebagai individu yang mengelak daripada situasi

sosial dan bersifat introvert.

- Kajian-kajian secara pemerhatian, perlembagaan, dan bersistem.

CONTOH

KERJAYA

Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Doktor Gigi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi,

Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kajibintang, Ahli Kimia,

Ahli Kajibumi, Pegawai Sains, Penyelidik Sains, Ahli Psikologi dan Ahli

Antropologi.

CIRI-CIRI Analitikal - Autonomi - Rasional Berhati-hati - Intelektual - Menyisihkan

diri - Kritikal - Introspektif – Pendiam - Kompleks - Pesimistik - Rendah

hati - Ingin tahu - Jitu - Tidak Popular

Page 54: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

54

ARTISTIK [A]

TEMA: Seni & Hiburan / Persuratan & Perundangan

PENERANGAN - individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.

- mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang

tidak atau kurang berstruktur.

- tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau

berulang-ulang.

- menggunakan imaginasi dan kreativiti

- mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai seni kreatif

- Melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan

cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya.

- Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni,

muzik, drama dan penulisan.

- Sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan perniagaan.

- Sensitif kepada persekitaran.

CONTOH

KERJAYA

Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu, Pelakon,

Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun

dan Juruhias Dalaman, penerbit drama TV dan Radio

CIRI-CIRI Rumit - Imaginatif - Intuitif - Tunggang-terbalik - Tidak Praktikal - Tidak

Akur - Emosional - Impulsif - Tulin - Ekspresif - Bebas - Sensitif -

Idealistik – Introspektif - Terbuka

Page 55: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

55

SOSIAL [S]

TEMA: Sukan / Perkhidmatan Persendirian / Perkhidmatan Sosial

PENERANGAN - individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.

- mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir

berkomunikasi dengan orang lain.

- Matlamat utama - adalah membuat kebajikan.

- Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang lain seperti

memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan

- Suka dirinya dilantik sebagai ketua dan mendapat perhatian

- Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang dalam

bidang teknikal dan kerja tangan.

- Mengelak diri daripada aktiviti yang sistematik yang melibatkan

benda, pekakas, atau mesin.

- Mahir berkomunikasi

CONTOH

KERJAYA

Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua Sekolah, Jururawat, Pegawai Perhubungan

Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor

Kerjaya dan Kaunselor Peribadi

CIRI-CIRI Berpengaruh - Suka Menolong- Bertanggungjawab - Bekerjasama -

Idealistik- Sabar - Empati - Bijaksana - Peramah - Baik Hati - Memahami

- Pemurah - Pemujuk - Mesra

Page 56: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

56

ENTERPRISING [E]

TEMA: Pentadbiran Perniagaan / AnalisisPerniagaan / Urus Niaga

PENERANGAN - individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.

- minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus

individu lain, pandai dan mahir memanipulasi orang lain.

- Matlamat akhir adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan

keuntungan ekonomi.

- Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan.

- Mempunyai kebolehan memimpin, interpersonal, dan memujuk

tetapi kurang dalam perkara-perkara saintifik

- Menerima dirinya sebagai agresif, popular, mempunyai keyakinan

diri, sosial, dan ada kecekapan bercakap.

- Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan.

- Mempunyai kemahiran dalam bidang penjualan.

- Sukakan status dan kepimpinan.

CONTOH

KERJAYA

Spekulator, Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan,

Pengarah Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus

Hotel, Pengurus Bank dan Jurujual Insuran

CIRI-CIRI Sukakan Pencapaian - Bertenaga - Suka Menggoda - Suka Mengembara -

Suka Menunjuk - Optimistik - Mudah Bersetuju - Mengembirakan – Yakin

diri - Bercita-cita Tinggi - Berusaha - Sosial - Angkuh - Ekstrovert - Suka

Bercakap

Page 57: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

57

CONVENTIONAL [C]

TEMA: Perkeranian

PENERANGAN - individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.

- Menghadapi persekitaran dengan memilih matlamat dan kegiatan

yang direstui oleh masyarakat.

- Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut

arahan.

- mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian,perniagaan,

komputer serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam

mengguna nombor.

- Digambarkan sebagai individu yang stereotaip dan tidak asli,

sentiasa kemas,dan konservatif

- suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data-

data dengan sistematik.

- Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, memberatkan

kepada aspek-aspek perbualan ataupun topik-topik yang dirancang.

CONTOH

KERJAYA

Akauntan, Guru Perdagangan, Guru Perakaunan, Penyimpan Kira-Kira,

Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer,

Penilai Harta, Jurujual Insuran dan Kerani Insuran.

CIRI-CIRI Berhati-hati - Sukar Dilentur - tabah Hati - Akur - Memendam Rasa -

Praktikal - Teliti - Mengikut Aturan - Bersopan Santun - Defensif - Menurut

Perintah - Cermat - Cekap - Berstruktur - Tidak Imaginatif

Page 58: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

58

VOCATIONAL PREFERENCE INVENTORY (VPI)

Alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang dibina oleh John L.Holland

mengandungi 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dan jenis personaliti

seseorang. VPI mengenduni 160 itrm dengan pilihan jawapan “Suka” atau “Tidak Suka”. Alat ini

dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu boleh dikumpulkan kepada

enam jenis personality yang memperlihatkan minat dan kecekapan dalam pekerjaan.

Alat VPI ini mengandungi dua skala ukuran iaitu skala primer dan skala skunder. Enam personality

yang terdapat dalam skala primer adalah sama seperti yang terdapat dalam Self-Directed Search

(SDS) iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional. Manakala,

skala skunder mewakili Kawalan Diri atau Self-Control (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status

(ST), Infrequency (INF) dan Acqueiscene (AC). Kesemua sebelas subskala dalam skala primer dan

skunder merupakan subskala bagi VPI.

Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192 item berbanding VPI 160 item, ia hanya mengandungi

6 sub-skala pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising

(E), dan conventional (C). Ini menjelaskan bahawa alat ukuran VPI lebih ekstensif berbanding

dengan alat ukuran SDS. Alat ukuran minat kerjaya VPI adalah sesuai digunakan untuk orang

dewasa.

PENTADBIRAN UJIAN VPI

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu

diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa,

lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan

Page 59: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

59

yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil

ujian.

PENGIRAAN SKOR UJIAN VPI

Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

PENTAFSIRAN PROFIL UJIAN VPI

Skala Primer

Personaliti Ciri-Ciri Pekerjaan

Realistik

☺ Mempunyai kemahiran atletik atau

mekanikal.

☺ Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan,

tumbuhan, dan binatang.

☺ Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di

dalam bangunan

☺ Jurutera Awam

☺ Jurutera Kereta Api

☺ Operator Mesin

☺ Mekanik Kapal Terbang

☺ Mekanik Kereta

☺ Juruteknik Elektronik

☺ Ahli Ilmu Perkebunan

☺ Tukang Kayu

Page 60: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

60

Investigatif

☺Suka membuat pemerhatian, mempelejari,

menyelidik, menganalisis, menilai dan

menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.

☺ Mempunyai kemahiran saintifik dan

matematik serta meminati kerja-kerjaya

saintifik dan beberapa kerjaya bercorak

teknikal.

☺ Ahli Kaji Cuaca

☺ Ahli Biologi

☺ Ahli Botani

☺ Ahli Agronomi

☺ Ahli Fizik

☺ Ahli Kaji Bintang

☺ Ahli Kimia

☺ Ahli Kaji Bumi

☺ Penyelidik Sains

☺ Antropologis

Artistik

☺ Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.

☺ Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja

dalam situasi yang tidak atau kurang

berstruktur.

☺ Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau

berulang-ulang dan selalu menggunakan

imaginasi dan kreativiti.

☺ Penyair

☺ Pemimpin Orkestra

☺ Penyanyi Konsert

☺ Penggubah Lagu

☺ Pengarang

☺ Pelukis Perdagangan

Page 61: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

61

☺ Pelukis Potret

☺ Wartawan

☺ Pelukis Kartun

☺ Penghias Rmuah

☺ Arkite

Sosial

☺ Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.

☺ Berminat dalam memberitahu, menolong,

melatih, memperkembang, mengubati dan

membuat kebajikan pada orang lain.

☺ Mempunyai kemahiran menggunakan kata-

kata serta mahir berkomunikasi dengan orang

lain.

☺ Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

☺ Ahli Sosiologi

☺ Guru

☺ Pengetua Sekolah

☺ Pegawai Perhubungan

Awam

☺ Pengarah Kem Belia

☺ Pengarah Agensi Kebajikan

☺ Kaunselor Kerjaya

☺ Kaunselor Peribadi

☺ Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. ☺ Spekulator

☺ Aktuaris

Page 62: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

62

Enterprising

☺ Mempunyai minat dalam mempengaruhi,

mengarah, memimpin, dan mengurus

individu lain.

☺ Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.

☺ Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai

keuntungan organisasi dan keuntungan

ekonomi.

☺ Eksekutif Pengiklanan

☺ Eksekutif Perniagaan

☺ Pengarah Syarikat

☺ Pengarah Publisiti

☺ Peguam

☺ Ahli Politik

☺ Pengurus Hotel

☺ Pengurus Bank

☺ Jurujual Insurans

Conventional

☺ Suka bekerja denga data dan nombor.

☺ Mempunyai kemahiran dalam bidang

perkeranian serta mempunyai kebolehan dan

kemahiran dalam menggunakan nombor.

☺ Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat

akur, dan mengikut arahan.

☺ Penyimpan Kira-Kira

☺ Guru Perdagangan

☺ Akauntan

☺ Jurutrengkas

☺ Kerani Bank

☺ Pakar Cukai

☺ Kerani Gaji

Page 63: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

63

☺ Operator Komputer

☺ Penilai Harta

☺ Jurujual Insurans

☺ Kerani Insurans

Skala Skunder

STATUS

(ST)

Skor Tinggi (8-14) Menunjukkan individ memberikan nilaian dan persepsi

yang tinggi pada kerjaya-kerjaya yang pada

anggapannya mempunyai status yang tinggi.

Skor Rendah (0-7) Menunjukkan individu tidak begitu mementingkan

status dalam pekerjaanya.

Maskuliniti-

Feminiti

(MF)

Skor Tinggi (8-14) Dikaitkan dengan individu yang memiliki ciri-ciri

kelakian yang selalu dikaitkan dengan kerjaya seperti

polis, tentera, mekanik dan juruteknik.

Skor Rendah (0-7) Menunjukkan individu mempunyai ciri-ciri kewanitaan

yang selalunya dikaitkan dengan kerjaya perempuan

seperti guru, pragawati, jururawat dan setiausaha

Skor Tinggi (8-14) Menunjukkan individu mempunyai kawalan diri yang

baik yang selalu dikaitkan dengan mempunyai lokus

kawalan dalaman yang tinggi atau proaktif.

Page 64: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

64

Kawalan Diri

(SC)

Skor Rendah (0-7) Menunjukkan individu kurang mampu mengawal diri

sendiri yang selalu dikatakan mempunyai lokus luaran

yang tinggi atau reaktif dan sangat mudah dipengaruhi

oleh factor persekitaran

Infrequency

(IF)

-skala

kebolehpercayaan

VPI

Skor Tinggi (11-20) Menunjukkan jawapan klien tidak konsisten dan

dengan itu profil minat kerjaya yang diperoleh tidak

boleh dipercayai.

Skor Rendah (0-10) Menunjukkan jawapan klien adalah konsisten dan

jawapan tersebut boleh dipercayai.

Acquiescence

(AC)

-skala keesahan

VPI

Skor Tinggi (16-30) Menunjukkan jawapan klien mungkin dipengaruhi

factor-faktor lain seperti pandangan masyarakat dan

sebagainya. Sekaligus menyebakan profil minat

kerjaya yang diperoleh adalah tidak sah.

Skor Rendah (0-15) Menunjukkan klien menjawab berdasarkan kepada apa

sebenarnya tentang minatnya tanpa dipengaruhi factor

lain dan menunjukkan jawapan yang diberi klien adalah

sah.

Page 65: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

65

BORANG MINAT ROTHWELL – MILLER – BMRM

Alat ukuran BMRM ini telah dibentuk oleh Miller dan telah diperbaiki dan dikemaskini oleh

Rothwell. Alat ukuran ini dibina dalam 2 borang yang berlainan iaitu borang lelaki dan borang

wanita serta mengandungi 108 item yang terdiri daripada nama pekerjaan. Alat ukuran BMRM ini

mengandungi 12 sub-skala iaitu Kerja Luar, Mekanikal, Pengiraan, Saintifik, Bujukan, Estetik,

Sastera, Muzik, Perkhidmatan Sosial, Keranian, Praktikal dan Perubatan.

PENTAFSIRAN ALAT UKURAN BMRM

Umumnya, ujian ini mestilah ditadbirkan dalam bilik yang mempunyai kemudahan asas seperti

meja, kerusi dan kipas angin. Keadaan bilik darjah mestilah selesa dan jauh daripada gangguan

dan kebisingan. Masa untuk menyelesaikan ujian ini adalah tidak dihadkan, namun kebiasannya

ujian ini dapat diselesaikan dalam masa 30 minit.

KAEDAH PEMARKAHAN BMRM

Untuk membuat permarkahan secara manual, kita memerlukan borang soalan yang telah lengkap

dijawab dan borang panduan mengira skor seperti dalam jadual 1.

PENTAFSIRAN PROFIL BMRM

Jumlah skor terkecil adalah menunjukkan bidang minat yang utama, sementara jumlah skor

terbesar menunjukkan bidang minat tersebut paling tidak penting pada individu berkenaan.

Page 66: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

66

PANDUAN MEMBUAT ANALISIS

Miller (1969), individu setiap kategori tersebut mempunyai minat-minat yang tersendiri seperti

berikut:

KATEGORI MINAT JANTINA CONTOH PEKERJAAN

Luar Rumah Tidak suka kerja rutin

dan teratur.

Lelaki Petani, Pengawas Hutan, Juru Ukur

Tanah, Peneroka, Penjaga Binatang,

Nelayan, Pemandu, Pekebun Sayur.

Perempuan Petani, Guru Pendidikan Jasmani,

Jurulatih Suka, Penternak Haiwan,

Penternak Ayam, Pekebun Bunga.

Mekanikal Suka bekerja dengan

mesin, alat-alat

perkakas mekanikal.

Lelaki Jurutera, Juru Elektrik, Mekanik,

Tukang Jam, Pengikat.

Perempuan Pemasang Alat-alat, Operator Mesin,

Pelayan Pam Minyak, Juru Permata.

Pengiraan Suka dengan angka-

angka.

Lelaki Akaun Kos, Statistik, Juru Audit, Penilai

Cukai Pendapatan, Guru Matematik,

Juruwang.

Perempuan Operator Mesin Akaun, Penyimpan

Kira-kira, Kerani Akaun.

Saintifik Aktiviti analisis dan

penyiasatan dalam

aktiviti sains.

Lelaki Ahli Kimia Industri, Ahli Kaji Cuaca,

Botani, Kaji Bintang, Geologi,

Pembantu Makmal.

Page 67: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

67

Perempuan Ahli Sains Pertanian.

Bujukan Minat bercakap,

membujuk, bincang,

bahas dan bergaul

dengan orang lain,

interpersonal baik.

Lelaki Juru Hebah Radio, Jurujual, Pengiklan,

Jurulelong, PRO, Wakil Insuran.

Perempuan Pengurus Jualan Fesyen, Penemuduga,

Demonstrator, Jurusolek.

Estatik Aktiviti seni warna,

rekaan kecantikan dan

yang mempunyai nilai

seni.

Lelaki Pelukis, Arkitek, Pengukir Permata,

Pereka Pentas.

Perempuan Juru Hias Dalaman, Pereka Tekstil, Guru

Lukisan, Pereka Fesyen, Juru Hias

Tingkap.

Sastera Minat buku, membaca,

mengarang karya-karya

Lelaki Wartawan, Novelis, Sejarawan,

Pustakawan, Penulis.

Perempuan Penulis, Pelakon, Penulis Majalah,

Pengulas, Penyair.

Muzik Minat bermain atau

mendengar alat muzik,

menghayati muzik.

Lelaki Pemain Piano Konsert, Pemimpin

Orkestra, Penggubah Lagu.

Perempuan Pengkritik Muzik, Guru Muzik,

Pustakawan, Rakaman (Muzik).

Perkhidmatan

Sosial

Suka menolong dan

membimbing orang

menghadapi masalah.

Lelaki Ahli Psikologi, Guru Besar, Pekerja

Sosial, Kaunselor, Pengakap, Pekerja

Kelab Belia.

Page 68: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

68

Perempuan Guru Sekolah, Pendakwah, Pekerja

Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri.

Perkeranian Kerja pejabat yang

bersifat rutin dan perlu

ketelitian dan ketetapan.

Lelaki Pengurus Bank, Kerani Insuran, Kerani

Pos.

Perempuan Setiausaha, Jurutaip, Penyambut

Tetamu, Pekerja Pejabat.

Pratikal Kerja-kerja mengguna

tangan, membina,

membuat dan membaiki

alat (tenaga fizikal).

Lelaki Tukang Kayu, Batu, Cat Rumah, Tukang

Paip.

Perempuan Tukang Jahit, Pembuat Tembikar,

Pendandan Rambut, Pembalut Coklat,

Penjaga Rumah, Tukang Dobi, Tukang

Masak.

Perubatan Suka mengubati orang,

meringan pesakit dan

penyakit.

Lelaki Doktor Bedah, Ahli Farmasi, Juru X-

Ray, Jurupulih Anggota.

Perempuan Doktor Sakit Puan, Doktor Haiwan,

Jururawat.

Page 69: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

69

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek atau singkatan INPS adalah satu inventori yang digunakan untuk

mengenalpasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori nilai pekerjaan

ini adalah inventori yang mempunyai format jawapan skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S),

Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS) dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada

item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan

individu. Ujian Nilai Pekerjaan Sidek misalnya, dapat mengukur 6 kategori nilai pekerjaan iaitu

konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, citarasa dan monotoni yang terdiri daripada 21 nilai

pekerjaan. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian I: Deskripsi Pekerjaan dan

Bahagian II: Perbandingan Nilai Pekerjaan. Pentafsiran skor yang diperolehi dari ujian nilai

pekerjaan adalah seperti berikut;

PENTADBIRAN UJIAN INPS

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini

perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik

yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu,

segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang

mengambil ujian.

Page 70: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

70

PENGIRAAN SKOR DAN PEMBENTUKAN PROFIL INPS

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian nilai pekerjaan perlu dibuat dengan teliti dan hati-

hati.

PENTAFSIRAN PROFIL INPS

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Umumnya,

pentafsiran profil adalah berasaskan kategori nilai pekerjaan dan fokus adalah kepada skor

tertinggi dan skor terendah. Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap

sederhana dan 1 hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut sangat penting

kepada individu, sementara skor rendah menunjukkan nilai bahawa nilai tersebut adalah tidak

penting kepada individu. Pentafsiran profil INPS yang diperolehi berhubung dengan nilai-nilai

tersebut adalah seperti berikut;

BAHAGIAN A: DESKRIPSI PEKERJAAN

1. Manusia

Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah anda mesti suka kepada aktiviti-aktiviti yang

berorientasikan manusia. Banyak masa anda akan digunakan untuk berhubung dan berinteraksi

dengan orang lain. Peranan anda termasuklah menyelia, memujuk dan menolong, mengajar,

memberi khidmat kaunseling dan menasihat merupakan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin

akan anda lakukan.

Page 71: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

71

2. Data

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki bekerja dengan idea-idea maklumat-

maklumat, dan rekod-rekod. Anda mungkin dikehendaki mengumpul maklumat-maklumat,

membanding, menyalin di samping berkemungkinan melakukan kerja-kerja menyelaras dan

menganalisis data. Kebolehan membuat kesimpulan dan rumusan dari data-data yang ada

mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis ini. Minat anda yang mendalam untuk

bermain-main dengan data memungkinkan anda berjaya di dalam kerjaya ini.

3. Benda

Pekerjaan ini memerlukan anda bekerja dengan objek samaada objek kecil atau objek besar.

Anda adalah dikehendaki mengendalikan dan menyelenggara objek dari kerja yang sehalus-

halusnya hinggalah kepada operasi jentera-jentera yang besar. Perhubungan sesama manusia

adalah minima. Anda mungkin terlibat dalam merekabentuk, merekacipta, membina dan

memperbaiki benda-benda.

4. Pembantu

Pekerjaan ini memerlukan anda supaya bertanggungjawab ke atas orang lain, mengikut

undang-undang dan peraturan-peraturan. Anda adalah dikehendaki supaya sentiasa mengikut

arahan ketua dan memberi perhatian penuh kepada tugas yang diberikan kepada anda. Anda

juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah dipersetujui. Kesediaan anda

untuk diarah dari melakukan sesuatu mengikut kehendak sendiri memungkinkan anda berjaya

dalam kerjaya jenis ini.

5. Altruisme

Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang penting untuk

pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja anda dihabiskan dengan kerja-kerja kebajikan. Anda

Page 72: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

72

mungkin dikehendaki membina perhubungan dengan orang yang tidak mempunyai kawan,

menolong mereka yang tidak bernasib baik serta orang lain yang memerlukan pertolongan.

6. Pemimpin

Ciri-ciri utama di dalam pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki memegang jawatan yang

mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Anda perlu memberitahu tentang apa yang

perlu mereka buat, mengarah, dan mengawal tingkah laku mereka. Anda juga

bertanggungjawab untuk membuat keputusan-keputusan penting untuk kumpulan. Anda akan

dianggap sebagai ketua yang mempunyai prestij dan pengaruh yang membuatkan orang lain

menghormati dan bertanggungjawab kepada anda.

7. Autonomi

Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting di dalam pekerjaan jenis

ini. Anda dengan bebas boleh pergi dan balik dari tempat kerja sesuka hati. Anda juga bebas

menjadual masa bekerja dan melakukan kerja mengikut cara yang anda suka. Kebebasan dalam

membuat keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada kejayaan anda

8. Intelektual

Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa anda untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan

ilmu pengetahuan. Kerja-kerja anda banyak melibatkan fikiran demi mencari kebenaran dan

menambah khazanah ilmu pengetahuan. Daya imaginasi dan taakulan adalah perlu, begitu juga

kebolehan anda mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam kerja-kerja yang

melibatkan perkara-perkara abstrak dan teoritikal, anda dikehendaki mengkritik, menyoal,

menganalisis dan mengabungkan keterangan-keterangan.

Page 73: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

73

9. Kreatif

Perkara jenis ini memerlukan individu-individu yang mempunyai idea-idea dan persembahan

diri yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin amat sesuai untuk bidang kerjaya

jenis ini. Ketulinan dan keaslian dalam rekacipta adalah dipraktikkan dalam penyelesaian

masalah dan penyelenggaran kerja. Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara

mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian.

10. Kejayaan

Kejayaan dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri utama pekerjaan jenis

ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi adalah dikehendaki. Anda akan menghadapi

kerja-kerja yang mencabar dan mungkin juga masalah-masalah yang berat dan rumit. Jika anda

mempunyai semangat dan kesungguhan lebih daripada yang biasa dimiliki oleh kebanyakan

orang, berkemungkinan besar anda akan berjaya di dalam pekerjaan ini.

11. Organisasi

Salah satu pra-syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah kebolehan anda menyusun

dan menyelenggara barang-barang di bawah jagaan anda supaya kelihatan kemas dan teratur.

Anda perlu menyusun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang akan berlaku secara

sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas harian anda, kecuaian dan ralat-ralat kecil

biasanya tidak dapat diterima. Kebolehan anda menyusun sesuatu kerja lebih awal dan

terperinci adalah perlu dan amat ditekankan.

12. Keuntungan

Pekerjaan jenis ini memberikan peluang kepada anda untuk menjadi kaya. Kerjaya ini

memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang memungkinkan anda berupaya memiliki

barang-barang berkualiti tinggi yang anda inginkan seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-

Page 74: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

74

lain lagi. Walaupun kadang kala anda terpaksa berhadapan dengan risiko, tetapi potensi untuk

mendapatkan keuntungan yang besar adalah tinggi.

13. Promosi

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang memberikan anda

peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi selangkah. Anda mempunyai peluang untuk

naik ke atas menjadi orang yang berpengaruh dan berautoriti. Walaupun anda mungkin

terpaksa memulakan kerjaya anda dengan jawatan yang rendah, anda boleh meningkat dengan

cepat di dalam sesebuah organisasi

14. Masa Lapang

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan anda di luar masa

kerja. Waktu kerja anda adalah pendek dan anda mempunyai banyak masa untuk bercuti. Anda

akan mempunyai banyak masa untuk bergembira dan anda juga berpeluang untuk meneruskan

kegemaran, minat dan aktiviti-aktiviti harian anda.

15. Pengiktirafan

Dalam pekerjaan jenis ini anda akan menjadi perhatian dan tumpuan masyarakat umum. Anda

akan dikenali dan dianggap penting oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan wajah

anda akan dikenali secara meluas. Pujian kepada diri anda dan kerja-kerja yang anda lakukan

adalah banyak. Kedudukan anda mempunyai martabat yang tinggi dan dianggap penting oleh

ahli masyarakat.

16. Sokongan

Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong anda. Sebagai seorang pekerja

dan sebagai seorang individu, anda akan dilayan dengan kasih sayang dan kebaikan. Ketua dan

Page 75: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

75

pembantu-pembantu anda amat memahami, bertimbang rasa dan selalu memberi galakan dan

dorongan. Mereka begitu mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraan anda. Anda

juga biasanya ditawarkan bantuan jika anda memerlukan.

17. Keselamatan

Pekerjaan jenis ini membolehkan anda merasa bebas dari kebimbangan, kehilangan pekerjaan

dan punca pendapatan. Anda merasa selamat dengan perubahan-perubahan semasa yang

berlaku di sekeliling anda kerana anda mengetahui anda dan keluarga anda kekal, stabil boleh

dijangkakan. Secara keseluruhannya, pendapatan anda tidak dipengaruhi oleh kesempitan

hidup.

18. Kebudayaan

Untuk berjaya di dalam kerjaya ini anda mestilah berkebolehan menikmati dan menghargai

seni. Keupayaan anda untuk menghayati bentuk, imbangan, kelembutan, keharmonian dan

kecantikan sesuatu benda adalah amat berguna dan berharga. Anda mungkin dikehendaki

mengumpulkan benda-benda yang seni, cantik dan mempunyai erti. Anda juga dikehendaki

supaya memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya.

19. Agama

Sala satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini ialah anda mesti mempunyai

pengetahuan aras yang tinggi dan luas. Anda akan selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang

berkaitan dengan keagamaan. Peluang untuk berdakwah mengajar, menjadi model dan

berkongsi nilai-nilai yang berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang

diberikan kepada anda.

Page 76: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

76

20. Kepelbagaian

Pekerjaan jenis ini memerlukan anda berhadapan dengan keadaan-keadaan dan masalah-

masalah baru dan berbeza untuk diselesaikan. Anda mungkin dikehendaki mengendali dan

membuat penyelidikan berkaitan dengan persekitaran fizikal dan sosial anda. Banyak masa

anda mungkin akan dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang anda tidak biasa.

Risiko sama ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Anda mesti bersedia untuk mengalami

perubahan yang akan berlaku.

21. Aktiviti

Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini adalah minat dan cinta kepada aktiviti-

aktiviti fizikal. Anda perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Kesihatan, kekuatan, dan

ketabahan yang tinggi adalah satu kemestian. Anda mungkin dikehendaki mengangkat benda-

benda yang berat, bekerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan. Minat anda

terhadap pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu untuk kejayaan di

dalam kerjaya ini.

Page 77: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

77

BAHAGIAN B: PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN

Frasa-frasa berikut menerangkan setiap pekerjaan dengan ringkas sekali lagi. Nombor muka surat

disediakan sekiranya anda ingin merujuk keterangan yang lengkap.

1. Manusia

Banyak masa digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan manusia.

2. Data

Bekerja dengan nombor-nombor, idea, maklumat serta rekod termasuk menyelaras dan

menganalisis data.

3. Benda

Bekerja dengan objek samada kecil atau besar termasuk merekacipta dan memperbaiki benda.

4. Pembantu

Bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut peraturan dan arahan.

5. Altruisme

Baik hati, suka menolong, memberi perhatian, murah hati dan mengasihi orang lain.

6. Pemimpin

Mempunyai pengaruh dan prestij. Berautoriti tetapi mempunyai tanggungjawab yang berat

terhadap orang lain.

7. Autonomi

Kebebasan melakukan sesuatu dan membuat keputusan. Berinisiatif dan berdikari dalam

sesuatu.

Page 78: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

78

8. Intelektual

Melihatkan banyak masa dengan aktiviti keilmuan dan cintakan kebenaran.

9. Kreatif

Keaslian dan ketulenan dipraktikkan dalam menyelesaikan masalah dan penyelenggaran

kerjasama.

10. Kejayaan

Mempunyai cita-cita dan pencapaian tinggi. Bekerja keras, kerja-kerja mencabar dan rumit,

perlukan semangat dan kesungguhan untuk berjaya

11. Organisasi

Struktur, kekemasan dan ketelitian dalam menjalankan tugas adalah suatu kemestian,

sistematik dan ralat-ralat kecil tidak dapat diterima.

12. Keuntungan

Faedah ekonomi yang tinggi dan mempunyai peluang yang besar untuk menjadi kaya

13. Promosi

Adanya peluang kenaikan pangkat yang memberikan ruang untuk maju dan meningkat.

14. Masa Lapang

Waktu kerja pendek di mana ada banyak masa untuk berehat, bergembira dan meneruskan

kegemaran.

15. Pengiktirafan

Dikenali, dipuja dan dianggap penting oleh orang lain. Kedudukan mempunyai martabat serta

menjadi tumpuan umum

Page 79: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

79

16. Sokongan

Persekitaran kerja yang menyokong dan mesra. Ketua dan rakan memahami dan bertimbang

rasa, memberi galakan dan dorongan.

17. Keselamatan

Bebas dari kebimbangan pekerjaan dan punca pendapatan. Kedudukan kewangan stabil dan

tidak dipengaruhi oleh kesempitan hidup.

18. Kebudayaan

Menghargai dan menikmati seni, bentuk, imbangan, kelembutan. Kecantikan dan kebudayaan.

19. Agama

Berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai yang berkaitan dengan agama.

20. Kepelbagaian

Berhadapan dengan masalah-masalah baru yang berbeza serta risiko yang tidak dapat

dielakkan.

21. Aktiviti

Aktiviti-aktiviti fizikal di mana kesihatan dan ketabahan yang tinggi diperlukan. Perlu tenaga

dan kekuatan.

Page 80: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

80

PENTAFSIRAN KESELURUHAN INPS

1. Kategori Konteks

MANUSIA

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi daripada segi kontek terhadap

manusia. Daripada segi pekerjaan, banyak

masa digunakan untuk berhubung dan

berinteraksi dengan orang lain.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

DATA

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi daripada segi kontek terhadap data.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

BENDA

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi daripada segi kontek terhadap

benda. Daripada segi pekerjaan, banyak masa

digunakan untuk bekerja dengan benda.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Page 81: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

81

2.Kategori Hubungan

PEMBANTU

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada hubungan pembantu.

Daripada segi pekerjaan, individu perlu

bertanggungjawab kepada orang lain,

mengikut peraturan dan arahan.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

ALTRUISME

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi daripada kepada hubungan

altruisma. Daripada segi pekerjaan, individu

perlu menunjukkan ciri-ciri baik hati, suka

menolong, memberi perhatian, murah hati dan

mengasihi orang lain

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

PEMIMPIN

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada hubungan sebagai

pemimpin. Daripada segi pekerjaan, individu

mempunyai pengaruh dan prestij, berautoriti,

Page 82: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

82

di samping mempunyai tanggungjawab yang

berat terhadap orang lain.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

AUTONOMI

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan

nMenunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada hubungan pembantu.

Daripada segi pekerjaan, individu inginkan

kebebasan dalam melakukan sesuatu dan

membuat keputusan di samping berinisiatif

dan berdikari

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

3.Kategori Fungsi

INTELEKT-

UAL

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada fungsi intelektual.

Daripada segi pekerjaan, individu perlu

melibatkan diri dengan aktiviti keilmuan di

samping cintakan kebenaran.

Page 83: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

83

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

KREATIF

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada fungsi kreatif. Daripada

segi pekerjaan, individu perlu menunjukkan

dan mempraktikkan ciri-ciri keaslian dan

ketulinan.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

KEJAYAAN

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada fungsi kejayaan. Daripada

segi pekerjaan, individu perlu mempunyai cita-

cita dan pencapaian tinggi, di samping bekerja

keras. Individu juga perlu melakukan kerja-

kerja yang mencabar dan rumit yang

memerlukan semangat dan kesungguhan.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada fungsi organisasi. Dari segi

Page 84: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

84

AUTONOMI

pekerjaan, individu perlu memiliki ciri-ciri

struktur yang tinggi, kekemasan dan ketelitian.

Individu perlu melakukan secara sistematik di

mana ralat-ralat kecil tidak dapat diterima.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

4. Kategori Ganjaran

KEUNTUN-

GAN

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada ganjaran keuntungan.

Daripada segi pekerjaan, individu akan

mencari pekerjaan yang memberikan faedah

ekonomi yang tinggi dan peluang untuk

menjadi kaya.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada ganjaran promosi.

Daripada segi pekerjaan, individu akan

Page 85: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

85

PROMOSI

mencari pekerjaan yang memberikan peluang

untuk kenaikan pangkat dan meningkat maju

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

MASA

LAPANG

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada ganjaran masa lapang.

Daripada segi pekerjaan, individu akan

mencari pekerjaan yang waktu kerjanya

pendek di mana individu mempunyai masa

untuk berehat, bergembira dan meneruskan

kegemaran harian.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

PENGIKTIR

AFAN

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada ganjaran berupa sokongan.

Daripada segi pekerjaan, individu akan

mencari pekerjaan yang memberikan peluang

kepada dirinya untuk dikenali, dipuja dan

dianggap penting oleh orang lain. Individu

mempunyai martabat tinggi serta menjadi

tumpuan umum

Page 86: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

86

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

SOKONGA

N

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada ganjaran berupa sokongan.

Daripada segi pekerjaan, individu akan

mencari pekerjaan yang menyokong dan mesra

di mana ketua dan rakan-rakan memahami dan

bertimbang rasa, memberi galakan serta

dorongan.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

KESELAMA

TAN

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada ganjaran keselamatan

Daripada segi pekerjaan, individu akan

mencari pekerjaan yang memberikan jaminan

daripada segi pekerjaan serta pendapatan.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Page 87: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

87

6. Kategori Monotoni

KEPELBAG

AIAN

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada nilai kepelbagaian.

Daripada segi pekerjaan, individu akan

memberikan peluang untuk berhadapan

dengan masalah-masalah baru yang berbeza.

Risiko dalam pekerjaan tidak dapat dielakkan.

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

AKTIVITI

Skor Tinggi (16-21) Menunjukkan individu memberikan nilaian

yang tinggi kepada nilai aktiviti. Daripada segi

pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan

yang memberikan peluang untuk melibatkan

diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal di mana

kesihatan dan ketabahan yang tinggi

diperlukan. Tenaga dan kekuatan adalah

sangat diperlukan

Skor Sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting

Skor Rendah (1-6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting

atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Page 88: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

88

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY /

MOONEY PROBLEM CHECK LIST (MPCL)

Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk mempunyai satu

kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi oleh para remaja. Pada tahun

1941 dan 1942, edisi pertama yang merangkumi tiga borang untuk bidang pendidikan telah

diterbitkan buat pertama kalinya. Prosedurnya adalah mudah di mana klien hanya perlu membaca

sepintas lalu item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan

dan membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah yang

sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhirnya. Alat ini sesuai

digunakan bagi mengenal pasti masala-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar sekolah, pelajar

kolej dan juga golongan dewasa.

Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah

yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan dibahagikan

kepada 11 kategori yang mana setiap kategori mengandungi 20 item. Antara kategori masakah

tersebut ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks,

social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian

serta kurikulum dan pengajaran. Penggunaan alat ini adalah bertujuan sebagai persediaan kepada

temubual dalam sesi kaunseling. Selain itu, alat ini juga boleh digunakan sebagai alat persediaan

kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan tindakan serta sebagai asas kepada

pembentukan kelompok bimbingan dan program orientasi.

Page 89: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

89

Pentadbiran Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini

perlu diselesaikan dalam 30 hingga 45 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang

selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala

arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang

mengambil ujian.

Terdapat 3 langkah yang perlu diikuti oleh calon. Pertama, calon dikehendaki membaca senarai

masalah yang diberi dengan teliti. Kemudian gariskan masalah yang dirasakan menganggu calon

dan tandakan [ / ] di ruangan Masalah Tahap 1. Setelah selesai, semak semula masalah-masalah

yang telah ditandakan [ / ] dan pilih mana-mana masalah yang dirasakan benar-benar menganggu

dan tandakan masalah-masalah ini dengan memberi tanda [ // ] di ruangan Masalah Tahap 2.

Yang terakhir calon dikehendaki menjawab soalan-soalan rumusan di akhir borang.

Seterusnya calon dikehendaki mengira kekerapan item yang ditanda [ / ] dan [//] mengikut kategori

soalan yang telah ditetapkan dan mengisi borang jawapan dibawah.

Kekerapan yang

ditanda

Bil. Kategori masalah Susunan item [/] [//]

1 Kesihatan dan fizikal 1-10 111-120

2 Kewangan dan kehidupan 11-20 121-130

3 Kegiatan sosial dan hiburan 21-30 131-140

4 Perkhawinan dan seks 31-40 141-150

5 Perhubungan sosial dan Psikologikal 41-50 151-160

Page 90: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

90

6 Masalah Psikologikal 51-60 161-170

7 Masalah Moral dan Agama 61-70 171-180

8 Masalah Keluarga dan Rumahtangga 71-80 181-190

9 Masalah Akademik dan Kerjaya 81-90 191-200

10 Masalah Penyesuaian dalam kerja 91-100 201-210

11 Masalah Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran

101-110 211-220

Pentafsiran Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)

Setelah calon/pelajar menandai masalah-masalah yang dirasakan menganggu kehidupannya, guru

atau kaunselor perlu meneliti item-item yang ditandakan dan megenal pasti masalah-masalah yang

terlalu menganggu kehidupan pelajar atau calon tersebut. Kategori yang paling banyak ditanda

dengan [ // ] boleh diklafikasikan sebagai masalah utama yang mengganggu klien atau pelajar

tersebut. Bagi kaunselor, borang ini boleh digunakan untuk tujuan sesi kaunseling. Bagi guru,

borang ini dapat membantu guru untuk menolong pelajar menyelesaikan atau meringkan masalah

yang ditanggung pelajar.

Page 91: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

91

SOAL SELIDIK GAYA KEPIMPINAN

Kepimpinan ialah satu kegiatan atau snei mempengaruhi orang lain agar mahu bekerjasama

yang didasarkan pada kemampuan ornag tersebut dalam mencapai tujuan-tujuan yang diinginkan

kelompok. Kepimpinan juga adalah kemampuan seseorang mempengaruhi dan memotivasi orang

lain untuk melakukan sesuatu sesuai tujuan bersama. Kepimpinan meliputi proses mempengaruhi

dalam menentukan tujuan organisasi, memotivasi perilaku pengikut untuk mencapai tujuan,

mempengaruhi untuk memperbaiki kelompok dan budayanya. Kepimpinan adalah berdasarkan

tiga teori utama iaitu teori sifat (traits theory of leadership), teori tingkahlaku (behavioural theory)

dan teori kontigensi (contingency theory).

Teori sifat menerangkan bahawa manusia mewarisi sifat-sifat tertentu iaitu sebagai

pemimpin dalam menjalankan fungsi kepimpinan. Teori tingkahlaku pula menerangkan

bagaimana sikap kepimpinan itu harus dan boleh dibentuk dan dididik. Manakala, teori kontigensi

pula memfokuskan kepada gaya kepimpinan yang paling sesuai untuk situasi tertentu. Teori ini

juga turut merumuskan bahawa tiada gaya kepimpinan yang terbaik dalam segala situasi.

Soal –selidik Gaya Kepimpinan ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kepimpinan

seseorang individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil sifat-sifat kepimpinan dalam

diri seseorang serta kecekapannya untuk memimpin. Soal selidik ini juga bertujuan untuk

menerapkan kebolehan meneraju, merancang, menggerak, dan mempengaruhi seseorang ke arah

kebaikan dan positif serta menggalakkan individu melaksanakan sesuatu dengan berlandaskan visi

yang jelas serta mempertimbangkan segala risiko. Inventori Kepimpinan Informasi ini

mengandungi 90 item yang mewakili 9 konstruk utama tantang gaya kepimpianan iaitu Strategic

Leadership (STR), Tranformational Leadership (TRN), Visisoner Leadership (VIS), Charismatic

Leadership (CHR), Empathy Leadership (EMP), Moral Leadership (MRL), Services Leadership

Page 92: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

92

(SVR), Enterprising Leadership (ENT), dan Innovative Leadership (INO). Setiap konstruk

mempunyai 10 iteam. Soal selidik mengandungi dua pilihan jawapan sahaja iaitu “Ya” atau

“Tidak” sahaja.

Pentadbiran Soal Selidik Gaya Kepimpinan

Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan

asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan

perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon dikehendaki memilih satu

jawapan sahaja samada “Ya” atau “Tidak” sahaja. Kemudian calon dikehendaki mengira bilangan

yang bertanda “Ya” sahaja dan mengisi jumlah tersebut menhikut kategori yang telah disediakan

di dalam borang jawapan. Kemudian calon dikehendaki mengira peratusan (%) setiap kategori.

Formulanya adalah :

% = �憲兼健欠ℎ 嫌倦剣堅 決結堅建欠券穴欠 Yaなど � などど

Sebagai contoh:

% = 7怠待 � などど

= 70%

Kemudian, calon dikehendaki membina garaf mengikut peratusan setiap kategori.

Page 93: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

93

Intepretasi Soal-selidik Gaya Kepimpinan

Bagi interpretasi gaya kepimpinan, calon boleh melihat gaya kepimpinan mana yang mempunyai

peratus yang paling tinggi dan itu menunjukkan gaya kepimpinan yang paling dominan kepada

dirinya. Interpretasi ini dapat dibahagikan kepada 3 skala pemarhan utama iaitu 1-40% merupakan

tahap rendah, 41-70% merupakan tahap pembangunan dan 71-100% merupakan tahap cemerlang.

Bil. Gaya Kepimpinan Huraian

1. Strategik Leadership (STR)

- Focus decision maker

- Bijak merancang masa depan

- Bersifat Proaktif dan pragmatik

- Fokus kepada kaedah sinergi

- Tekun dalam berusaha tetapi mudah sensitif

- Terkadang ingin menjadi perfect dan sempurna

2. Tranformational Leadership

(TRN)

- Developmental decision

maker

- Berupaya mengubah secara drastik

- Tumpuan kepada the whole

- Fokus kepada penampilan bakat

- Optimis dan yakin diri

3. Visioner Leadership (VIS)

- Logical decision maker

- Berfikiran terbuka dan bebas

- Idea dan jangka panjang yang luas

- Sanggup menghadapi risiko

- Orientasi masa depan

- Persekitaran dan peluang unsur perubahan yang

utama.

Page 94: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

94

4. Charismatic Leadership (CHR)

- Supportive coach

- Wibawa/watak pemimpin semulajadi

- Berupaya mengolah corak kepimpinan

- Mempunyai kuasa mutlak dan berpengaruh

- Energetic dan berdaya juang

- Orientasi Here and Now

- Fikiran yang beragenda

5. Emphaty Leadership (EMP)

- Adaptable problem solvers

- Emosi , fikiran dan tindakan yang tenang

- Orientasi budi bicara, boleh dibawa berbincang.

- Berperikemanusiaan

- Mengharap sokongan untuk bertindak

- Fleksibel dalam membuat keputusan

- Fokus kepada kebajikan dan nilai

6. Moral Leadership (MRL)

- Value base decision maker

- Pemikiran dan tindakan melambangkan

nilai/kualiti individu

- Orientasi kepada integriti

- Menjaga imej dan penampilan

- Sering memikirkan orang lain / orang yang

dipimpin

- Sebagai model / suri teladan

7. Service Leadership (SVR)

- Management setting

- Pemikiran dan tindakan berasaskan kepentingan /

bidang tugas

- Rigid dengan prosedur dan rutin

- Pemantauan dan ‘follow-up’ senjata kejayaan

Page 95: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

95

- Berupaya memisahkan kepentingan peribadi

dengan kepimpinan

- Orientasi akur perintah dan arahan

- Fokus kepada disiplin dan tatatertib

- Utamakan hasil

8. Enterprising Leadership (ENT) - Tindakan berasaskan kepentingan dan manfaat

diri dan orang lain

- Fokus kepada sesuatu

- Hasil dan produk diutamakan

- Memerlukan sokongan dan dorongan orang lain

- Mudah dipengaruhi oleh situasi yang memberi

faedah kepada diri

- Berupaya memenuhi kehendak orang yang

dipimpinnya

9. Innovative Leadership (INO)

- Creativity maker

- Tindakan yang tersusun dan berperancangan

- Orientasikan kepada sesuatu yang baru

- Berupaya mencetuskan idea dan pemikiran yang

berbeza

- Kritikal dan prihatin

- Energetik dan selalu bersemangat

- Jati diri yang tinggi

- Pengalaman merupakan kunci kejayaan

Page 96: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

96

EMOTIONAL QUOTIENT INVENTORY (EQ)

Emotional Quotient (EQ) diperkenalkan oleh Peter Salovey dan John D. Mayer pada tahun

1990. Mayer (197) dalam bukunya Emotional Development and Emotional Intelligence

mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk menakul emosi yag terbahagi kepada

empat perkara iaitu mempersepsi emosi; menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami

emosidan mengurus emosi. Menurut Goleman, kecerdasan emsosi merujuk kepada keupayaan

seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya dan perasaan orang lain, mempunyai

motivasi kendiri, boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin hubungan dengan mesra

dan baik.

Emotional Quotient (EQ) adalah bertujuan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi serta

mengenal pasti emosi diri sendiri. Didalam EQ, terdapat lima domain utama yang diberi perhatian.

Domain-domain tersebut ialah Self Awareness (menyedari emosi kendiri), Self Regulation

(mengawal emosi kendiri), Self Motivation (motivasi kendiri), Emphaty (empati) dan Social Skill

(kemahiran sosial).

Ujian Emotional Quotient ini mengandungi 50 item dan 5 konstruk utama iaitu kesedaran

kendiri, pengurusan masa, motivasi diri, empati dan hubungan interpersonal. Ujian ini didatangi

dengan 3 pilihan jawapan iaitu ”Ya”, ”Adakalanya”, dan ”Tidak”.

Page 97: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

97

Pentadbiran Ujian Emotional Quotient

Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan

kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah

mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah

disediakan di dalam borang soalan. Calon dikehendaki menjawab soalan mengikut skala yang telah

diberikan. Skala markat tersebut adalah YA:2, ADAKALANYA:1, dan TIDAK:0. Setiap jawapan

hendaklah dimasukkan markat skala. Sebagai contoh; Saya boleh mengawal perasaan marah saya

dalam sebarang situasi: Ya maka dimasukkan (2).

Untuk pengiraan markah, calon dikehendaki mengira markah bagi item yang bertanda

“ya”dan “adakalanya” sahaja. Kiraan markah hendaklah dicampur mengikut lajur dari atas ke

bawah seperti yang terdapat didalam boring jawapan.

Interpretasi Ujian Emotional Quotient

Skala pemarkahan bagi Emotional Quotient adalah seperti berikut

Skor Jumlah Tahap

0 – 5 Rendah

6 – 15 Sederhana

16 – 20 Tinggi

Page 98: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

98

Berikut merupakan interpretasi bagi 5 konstruk utama yang terdapat dalam emotional quotient:

Konstruk Huraian

1. Kesedaran Kendiri - Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang

mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman

mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya.

- Goleman (1999): Mempunyai penilaian yang realistik

tentang keupayaan diri dan keyakinan diri yang utuh.

- Weisenger (1998): kesedaran kendiri ialah kebolehan

memantau diri, menguasai tindakan dan tindak balas

kearah sesuatu matlamat.

2. Pengurusan Emosi - Mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya

mengganggu dalam menyelesaikan tugasan.

- Berhemah dan menangguhkan sementara perasaan untuk

memuaskan hati dalam mengejar matlamat, dan cepat pulih

daripada tekanan emosi (Goleman 1999).

- Weisenger (1998): kawalan kendiri ialah memahami emosi

terbabit dan menggunakan emosi tadi secara positif untuk

mengawal keadaan.

3. Motivasi Diri - Adalah dengan menggunakan kehendak utama hati dalam

menggerak dan memandu arah seseorang untuk mencapai

tujuan.

Page 99: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

99

- Membantu dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-

sungguh untuk memperbaiki diri, dan tetap tabah apabila

menghadapi masalah dan kekecewaan (Goleman 1999).

- Menggunakan emosi untuk merangsang dalam mencapai

sesuatu matlamat atau menyelesaikan sesuatu tugasan,

projek dan lain-lain.

4. Empati - Boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat atau

memahami sudut pandangan orang lain.

- Boleh mencetus dan menyuburkan kemesraan dan

keserasian dengan individu yang pelbagai latarbelakang

(Goleman 1999).

- Melihat sesuatu daripada sudut pandangan seseorang,

memahami paradigma mereka dan juga memahami

perasaan mereka sepenuhnya secara emosional dan juga

intelektual.

5. Perhubungan

Interpersonal

- Dapat mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam

perhubungan.

- Mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan

matlamatnya serta mahir memujuk dan memimpin

- Berunding dan menyelesaikan konflik untuk mewujudkan

kerjasama dan semangat berpasukan (Goleman 1999).

Page 100: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

100

MULTIPLE INTELLIGENCE TEST / UJIAN KECERDASAN PELBAGAI

Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983)

menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences):

merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi.

Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang,

kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa setiap

kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam

sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut

beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar

yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan

menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Bagi inventori kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) ini mengandungi 50 item yang disertai

dengan jawapan berasaskan Likert-scale berdasarkan julat 1-5. Kesemua item-item ini diwakili

oleh 10 konstruk yang berbeza iaitu verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, logik-

matematik, visual-ruang, kinestatik, musik, naturalis, moral, dan spiritual. Setiap konstruk

mewakili 5 item. Pilihan jawapan bagi ujian kecerdasan pelbagai ini mempunyai 5 pilihan jawapan

iaitu 1. Tidak pernah; 2. Sekali-sekala; 3. Kadang-kadang; 4. Sering kali; dan 5. Setiap kali.

Pentadbiran Multiple Intelligence Test

Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10

hingga 20 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang

sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam

bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan

Page 101: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

101

meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian

supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.

Calon dikehendaki menjawab soalan mengikut skala yang telah diberikan. Skala markat

tersebut adalah TIDAK PERNAH:1, SEKALI-SEKALA:2, KADANG-KADANG:3, SERING

KALI:4, dan SETIAP KALI:5. Kemudian, calon dikehendaki memindahkan markah kedalam

jawapan mengikut nombor item yang telah ditetapkan. Kesemua markah hendaklah dicampur

mengikut kategori seperti yang terdapt didalam borang jawapan. Seterusnya, calon dikehendaki

mengenalpasti tiga kategori kecerdasan yang mendapat markah yang paling tinggi.

Interpretasi multiple Intelligence Test

Jenis Kecerdasan Sifat Diri Kerjaya yang Sesuai

Verbal Linguistik

- Suka membaca, menulis dan bercerita

- Penggunaan tatabahasa yang baik

- Mencipta puisi dan cerita

- Bermain dengan kata-kata, teka-teki

dan berpuisi

- bertutur dan menulis dengan bahasa

yang baik

*Guru

*Pemberita

*Peguam

*Penceramah

*Pegawai perhubungan

*Jurujual

*Perunding

Interpersonal/

Sosial Emosi

- Suka berkawan

- Bekerjasama dalam kumpulan

- Memahami dan memotivasikan orang

lain

*Guru

*Jurulatih

*Fasilitator

*Mentor

Page 102: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

102

- peka terhadap orang lain dan mampu

berinteraksi secara berkesan

- Keprihatinan terhadap keperluan orang

lain

*Kaunselor

*Ahli politik

*Ketua masyarakat

*Jurujual

*Pekerja sukarela

Intrapersonal - Tahu kekuatan & kelemahan diri

- menggunakan pengetahuan sebagai

panduan membuat keputusan &

menetapkan matlamat

- mampu mengawal perasaan sendiri

- belajar melalui pemerhatian &

mendengar dengan teliti

- menggunakan pemikiran metakognisis

*Ahli Psikologi

*Ahli Falsafah

*Novelis

*kaunselor

*guru

Logik-Matematik - menangani masalah secara logik

- mengenal & menyelesaikan masalah

yang memerlukan penakulan

- suka bekerja dengan nombor &

menganalisi situasi

- menunjukan ketepatan dalam

menyelesaikan masalah

*ahli matematik

*akauntan

*juruwang

*jurutera

*ahli fizik

*pengurus bank

*doctor

Visual-Ruang - Berfikir dalam 3 dimensi, peka

berkaitan objek dalam ruang

- Baca peta

* Arkitek

* Pereka grafik

* Perancang Bandar

Page 103: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

103

- Suka terhadap susunan gambar (jigsaw

puzzle/teka kata)

- Lukis /warna lukisan 3-D

* Hiasan dalaman

* Kartunis

Muzikal - Peka kepada bunyi bukan hanya lisan

tetapi termasuk melodi dan nada rima

- D engar dan bermain muzik

- Menyanyi dan menari

- Boleh bekerja sambil mendengar lagu

- Mengubah lagu

- Pengubah lagu

- Penyanyi

- Penerbit

- Penari

- Konduktor

- Guru muzik

Naturalis - Mudah melihat perkaitan pola dalam

alam tumbuhan dan haiwan. Peka

terhadap alam sekitar

- Menghargai dan meminati alam sekitar

- Suka Mermerhati

- Petani

- Pendaki gunung

- Permal cuaca

- Ahli ekologi

- Ahli zoology

- Nelayan

Kinestatik - Berkomunikasi dengan gerak badan

yang sesuai bagi menyampaikan mesej

secara berkesan.

- Berminat dengan aktiviti sukan dan

fizikal yang cergas

- Guna bahasa badan

- Suka menari dan berlakon

- Ahli sukan

- Penari

- Mekanik

Page 104: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

104

Moral dan Etika - Pengamal disiplin diri yang patuh

kepada undang-undang.

- Sering menegakkan kebenaran dan

keadilan serta jujur

- Menunjukkan komitmen terhadap isu-

isu moral

- Berani menegakkan kebenaran dan

keadilan

- Jujur, yakin, dan mempunyai integrity

diri yang tinggi

- Peguam

- Pemimpin agama

- Ahli falsafah

- Pakar undang-undang

- Kaunselor

- Guru agama dan moral

Spiritual - Sentiasa mencari kebenaran dan erti

kehidupan.keupayaan menghubungkan

manusia dengan pencipta dan mampu

menghubungkaitkan jasad dan roh

- Memahami kewujudan tuhan.

- Mencari hubungan manusia dan tuhan.

- Mencari keseimbangan antara fikiran,

jasad, roh @ semangat dan

persekitaran.

- Ahli falsafah

- Ulama’

- Pendakwah

Page 105: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

105

Penerangan yang lebih jelas tentang lapan jenis kecerdasan adlah seperti berikut:

1. Verbal-

Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan

penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna

perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh

berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur,

membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap

pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk

merangsang emosi.Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan

ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui

pengajaran serta penerangan lisan.Penyair, penulis, pemberita,

penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai

kecerdasan verbal-linguistik.

2. Logik-

Matematik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat

perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan,

boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan

nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan

kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik,

contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak

menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong

dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini

belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah,

Page 106: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

106

inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Ahli matematik,

jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer

menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang tinggi.

3. Visual-Ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna

dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual

dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini

boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya.

Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif

menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi

yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara,

video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada

projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar,

jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik

mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

4. Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan

untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti

koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang

mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan

aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka

Page 107: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

107

gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap

dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan

untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main

peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari,

mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

5. Muzik

Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran

mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang

mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif

kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang

mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada

yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap

bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan

menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan

muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan

suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan

muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor

muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.

6. Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang

lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh

bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau

tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini

Page 108: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

108

termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif

kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal

yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat

orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai

kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui

pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan

dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan

interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik,

guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja

sosial.

7. Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan,

hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri

sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal

perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai

keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai

pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.

Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai

daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar

bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan

berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh

Page 109: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

109

kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli

psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

8. Naturalis

Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-

tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput

rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai

kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang

rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang

mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui

aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan,

pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran

mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.

Page 110: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

110

DEPRESSION, ANXIETY AND STRESS SCALE (DASS)

Depression, anxiety and stress scale (DASS) dicipta oleh Peter Lovinbond pada tahun

1995. Versi asal DASS mengandungi 42 item. Manakala DASS yang telah diubahsuai dan

dipendekkan mengandungi 21 item. DASS yang mengandungi 21 item telah diaptasikan kepada

Bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat Malaysia. Penggunaan DASS adalah meluas digunakan di

premis-premis kesihatan di Malaysia. Alat ujian DASS digunakan sebagai pengesanan awal

kesihatan mental selain dapat dikenal pasti melalui pemerhatian dan komunikasi. Bagi kaunselor,

alat ini dapat digunakan sebagai petanda awal yang perlu dirujuk jika diperlukan. DASS digunakan

untuk mengesan tahap depression (kemurungan), anxiety (kebimbangan) dan stress (tekanan).

DASS menggunakan skala pemarkahan four-point Likert-scale antara 0-3. Skala

pemarkahan 0 menggambarkan penyataan yang tidak lansung menggambarkan keadaan klien. 1

mewakili penyataan yang sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan klien. Markah 2

menggambarkan penyataan yang banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan klien. Dan 3,

mewakili penyataan yang sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya.

Pentadbiran Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)

Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-

kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam

borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon juga diingatkan

untuk tidak mengambil masa yang terlalu lama dalam menjawab sesutau penyataan tersebut. Calon

dikehendaki menandai setiap penyataan antara 0-3. Setelah selesai menjawab, calon dikendaki

memindahkan markah kedalam borang jawapan mengikut nombor-nombor penyataan / item yang

telah diberikan. Depression mewakili item 3, 5, 10, 13, 16, 17 dan 21. Manakala Anxiety mewakili

Page 111: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

111

item 2, 4, 7, 9, 15, 19 dan 20. Stress pula mewakili item 1, 6, 8, 11, 12, 14 dan 18. Kemudian,

calon dikehendaki untuk menjumlahkan item-item tersebut.

Interpretasi Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)

`Terdapat dua cara interpretasi DASS boleh dilakukan. Yang pertama penetapan wajaran

dibahagikan kepada 5 tahap wajaran iaitu normal, ringan, sederhana, teruk/akut dan sangat akut.

Yang kedua penetapan wajaran dibahagikan kepada tiga tahap wajaran iaitu simptopm ringan,

simptom sederhana dan imptom akut

1. Penetapan wajaran DASS (lima tahap wajaran)

Tahap Wajaran Depression Anxiety Stress

NORMAL 0-5 0-4 0-7

RINGAN 6-7 5-6 8-9

SEDERHANA 8-10 7-8 10-13

TERUK/AKUT 11-14 9-10 14-17

SANGAT AKUT 15+ 11+ 18+

Interpretasi Ringkas

NORMAL Kehidupan yang selesa

RINGAN Sihat

SEDERHANA Harus mencari pengetahuan mengenai pengurusan mental

TERUK/AKUT Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor untuk mengurus kesihatan

mental dengan lebih positif

Page 112: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

112

SANGAT AKUT Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor serta merujuk kepada

psikiatris jika perlu.

2. Penetapan wajaran DASS (tiga tahap wajaran)

Stress

Simptom ringan (0-7) Mengalami simptom ringan dalam membangkitkan

situasi tidak ‘relaks’ rasa gementar yang normal serta

permakanan yang biasa, rasa meradang yang tidak

berlarutan dan menunjukkan sedikit kurang kesabaran

Simptom Sederhana (8-14) Mengalami situasi kurang bertenang, gementar dan

berdebar-debar yang sederhana, kadang-kadang

meradang tidak tentu arah dan kurang bersabar serta

cepat bertindak yang agresif

Simptom Akut (15-21) Tidak tenteram dn mengalami gangguan emosi dan

pemikiran, debaran jantung yang kencang, berperasaan

marah dan kemungkinan agresif.

Anxiety

Simptom ringan (0-4) Perasaan bimbang yang tiba-tiba tetapi masih terkawal,

rasa ketegangan otot-otot dan mengalami pemikiran

bimbang terhadap sesuatu pengalaman lampau.

Simptom Sederhana (5-12) Perasaan risau dan takut datang secara tiba-tiba.

Regangan otot-otot yang sederhana serta keletihan.

Peristiwa dan pengalaman lalu yang

Page 113: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

113

menakutkan/bimbangkan semakin terasa dan

memerlukan masa agak panjang untuk meredakannya.

Simptom Akut (13-21) Mempunyai simptom kemimbangan yang akut. Ada

kalanya wujud masalah kekejangan otot. Serta illusi dan

delusi mulai menganggu pemikiran dan emosi.

Depression

Simptom ringan (0-7) Simpton ringan terhadap emosi dan pemikiran yang

tiada tempat memohon belas, dysphoria (rasa sedih)

yang tiba-tiba , kurang berinteraksi, kurang melibatkan

diri , hilang rasa seronok (abhendonia) dan sendi-sendi

terasa lengai/kaku(inertia)

Simptom Sederhana (8-14) Pemikiran dan emosi mulai tidak seimbang tapi masih

terkawal. Dysphoria yang sederhana dan mungkin

menangis, kurang berinteraksi dan menyendiri

keseronokan yang terenggut dan badan terasa

lengai/kaku jika dilayani perasaan dan emosi sedih.

Simptom Akut (15-21) Simptom akut terhadap emosi sedih yang terlalu berat

untuk diluahkan. Memerlukan rawatan dan tindakan

susulan. Menyendiri dan psikosomatif yang hebat jika

tidak dirawat.

Page 114: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

114

INVENTORI TAHAP STRESS

Inventori Tahap Stress ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap stress yang dialami oleh

seseorang individu. Inventori ini juga diguna untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang

stress yang dialami serta adakah individu tersebut boleh mengawal stress tersebut atau tidak.

Inventori ini terdapat dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Inventori Tahap Stress ini terdiri daripada 20 item yang diwakili oleh 4 konstruk utama

iaitu Stress Master, Stress Expert, Stress Novice dan Stress Out. Skala pemarkahan bagi inventori

ini pula adalah menggunakan kaedah Likert-scale berdasarkan julat markah antara 1-5. 1 mewakili

jawapan Kerap, 2 untuk Selalu, 3 untuk Kadang-kadang, 4 pula untuk Jarang-jarang dan 5 untuk

Tidak Pernah.

Pentadbiran Inventori Tahap Stress

Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan

kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah

mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah

disediakan di dalam borang soalan.

Calon dikehendaki mengisi markah antara 1 hingga 5 yang menggambarkan situasi

berkenaan bertepatan dengan apa yang dialami calon didalam kotak yang telah disediakan.

Kemudian, calon dikehendaki mencampur kesemua markah bagi 20 item tersebut. Tahap stress

boleh dikenalpasti berdasarkan jadual berikut.

Page 115: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

115

Markah Tahap Stress

20 – 35 Stress Master

36 – 49 Stress Expert

50 – 75 Stress Novice

76 – 100 Stressed Out

Interpretasi Inventori Tahap Stress

Stress Master Individu yang berada pada tahap ini merupakan seorang yang pandai dan

tahu bagaimana untuk berhadapan dengan stress. Dia juga boleh menguasai

teknik mengatasi stres dengan baik.

Stress Expert Individu yang berada pada tahap ini tahu bagaimana untuk mengatasi stress.

Tetapi, kadang kala, dia juga tetap mengalami stress atas beberapa perkara.

Walaubagimanapun, stress tersebut tidak mengganggu kehidupannya.

Stress Novice Individu yang berada pada tahap stress novice masih mampu mengawal

stress namun hanya sebentar.

Stressed Out Individu yang berada pada tahap ini telah mengalami stress yang agak

kritikal. Individu ini langsung tidak tahu bagaimana untuk mengatasi stress

dan stress ini juga mengganggu kehidupannya.

Page 116: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

116

INVENTORI PENGURUSAN STRESS

Stress adalah tindakbalas fizikal, emosi, dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau

tuntutan. Inventori Pengurusan Stress mengandungi 24 item yang berkaitan dengan kehidupan

seharian. Calon dikehendaki menilai setakat mana item-item tersebut benar tetang diri calon. Ujian

ini adalah bertujuan untuk menilai tahap seseorang dalam mengurus atau menghadapi masalah-

masalah dalam kehidupan serta meihat adakah masalah-masalah tersebut boleh menyebabkan

stress dalam kehidupannya.

Skala pemarkahan yang digunakan dalam Inventori Pengurusan Stress ini adalah five-point Likert-

scale berdasarkan julat antara 1-5. Nombor 1 adalah bagi pernyataan yang menunjukkan sangat

tidak setuju. 2 mewakili pernyataan yang menunjukkan kurang setuju. 3 menujukkan pernyataan

yang neutral.4 mewakili pernyataan yang menunjukkan setuju dan 5 menunjukkan pernyataan

yangsangat setuju.

Pentadbiran Inventori Pengurusan Stress

Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan

asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan

perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon dikehendaki menanda satu skala

sahaja bagi setiap pernyataan yang dirasakan paling benar tentang dirinya. Kemudian, setelah

selesai, calon dikehendaki mencampuur semua markah bagi item-item tersebut berdasarkan skala

pemarkahan yang diberikan.

Page 117: INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

117

Interpretasi Ringkas Inventori Pengurusan Stress

Skor Huraian

24 – 50 Melakukan dengan baik

Calon boleh mempelajari fakta-fakta dan teknik pengurusan stres yang baik

51 – 75 Bagus sekiranya anda mencegah

Calon boleh memanfaatkan dengan mempraktikkan teknik-teknik

pengurusan stres yang berkesan

76 – 100 Calon bakal menghadapi stress

Calon perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dengan

mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres

101 – 120 Calon sedang menghadapi stress

Calon perlu melakukan perubahan dalam amalan cara hidup. Calon juga

dimestikan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres. Jika perlu,

calon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti kaunselor.