IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA … · OBJEKTIF: Pada akhir tugasan ... Dalam kajian...

3
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS, PAHANG JADUAL PENENTUAN TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU MATA PELAJARAN : BMM 3111- SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU SEMESTER : PISMP SEMESTER 6 HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat: 1.Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat. 2.Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian. 3.Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa. 4.Menerangkan skema tata cara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantic peristilahan BahasaMelayu. 5.Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa. OBJEKTIF: Pada akhir tugasan ini pelajar dapat: 1. Memberikan definisi, takrif, dan konsep Semantik dan Makna, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama. 2. Memberi huraian tentang Kerangka Generatif Chomsky. 3. Menjelaskan proses penerbitan kata berdasarkan Kerangka Generatif Chomsky. 4. Membuat analisis tentang sumber perolehan istilah bahasa Melayu.

Transcript of IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA … · OBJEKTIF: Pada akhir tugasan ... Dalam kajian...

Page 1: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA … · OBJEKTIF: Pada akhir tugasan ... Dalam kajian semantik, ... Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS, PAHANG

JADUAL PENENTUAN TUGASAN PROJEK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU MATA PELAJARAN : BMM 3111- SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU SEMESTER : PISMP SEMESTER 6 HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat:

1.Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat.

2.Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian.

3.Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa.

4.Menerangkan skema tata cara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantic peristilahan BahasaMelayu.

5.Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa.

OBJEKTIF: Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:

1. Memberikan definisi, takrif, dan konsep Semantik dan Makna, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama.

2. Memberi huraian tentang Kerangka Generatif Chomsky.

3. Menjelaskan proses penerbitan kata berdasarkan Kerangka Generatif Chomsky.

4. Membuat analisis tentang sumber perolehan istilah bahasa Melayu.

Page 2: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA … · OBJEKTIF: Pada akhir tugasan ... Dalam kajian semantik, ... Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

NAMA GURU PELATIH :

MATA PELAJARAN / KURSUS BMM 3111 – SEMANTIK DAN PERISTILAHAN

KUMPULAN: PISMP SEMESTER 6

TARIKH MULA : 27 JULAI 2011

TARIKH HANTAR : 29 OGOS 2011

Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan Makna terlebih dahulu. Dari sudut linguistik, semantik ditakrifkan sebagai sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan ayat. Sesuatu kata, frasa dan ayat dengan sendirinya mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza. Peristilahan pula membawa maksud pembentukan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang Peristilahan sangat penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, untuk melihat perkaitan antara semantik dengan peristilahan, pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan projek. Dalam pelaksanaan projek ini, pelajar dikehendaki : a) Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama.

b) Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran, penyusunan semula dan

peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses transformasi tersebut. Penjelasan perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya satu ilustrasi seperti gambar rajah pohon.

c) Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut iaitu:

i. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu ii Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 – 1,500 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu. Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.

Page 3: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA … · OBJEKTIF: Pada akhir tugasan ... Dalam kajian semantik, ... Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna

Arahan tugasan: 1. Hasil projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial , saiz 12 dan langkau satu setengah baris (1.5)

2. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA) 3. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran). 4. Semua tugasan ialah hasilan kerja kumpulan.( 2 orang satu kumpulan).. 5. Tugasan yang telah lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 29 Ogos 2011.