IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG kdpm.pdf · 2 TUGASAN Bidang : Fonologi Jawab...

6
1 IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP) KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM) KURSUS DALAM CUTI (KDC) SEMESTER III 2010, AMBILAN NOVEMBER 2008 Institut : IPGKTAA Mata Pelajaran : BAHASA MELAYU ELEKTIF Unit : 3 PENGAJIAN TAMIL (3 PT) Tarikh Mula : JUN 2010 Tarikh Hantar : OGOS 2010 Kandungan Kursus “Bahasa Melayu Elektif” memberikan tumpuan kepada aspek lisan, penulisan, rumus tatabahasa dan unsur sastera dan budaya dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaannya berdasarkan teori dan praktikal. Bagi memenuhi keperluan sekolah bestari, proses pembelajaran secara kolaboratif, koperatif dan reflektif serta pemikiran inovatif, kritis dan kreatif diberi keutamaan. Antara objektif kursus ini adalah untuk melahirkan guru yang mampu mengajar subjek Bahasa Melayu dan: 1. menguasai kecekaan berbahasa dan ilmu kebahasaan bagi membolehkan mereka mengajar di sekolah dengan berkesan. 2. mencintai, menghargai dan membanggai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan serta bahasa ilmu. 3. Berketrampilan merancang, menilai, memilih, mengolah dan menggunakan strategi agar P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. 4. Bijaksana dan berkeyakinan mendidik anak bangsa bagi menguasai bahasa Melayu dalam arus perubahan dan perkembangan teknologi maklumat. 5. Menghargai dan menghayati serta memanfaatkan unsur-unsur dan nilai dalam karya sastera dan budaya bagi meningkatkan penguasaan bahasa. 6. Menyebatikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar serta mengintegrasikan sistemteknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan amalan harian.

Transcript of IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG kdpm.pdf · 2 TUGASAN Bidang : Fonologi Jawab...

Page 1: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG kdpm.pdf · 2 TUGASAN Bidang : Fonologi Jawab semua soalan 1. Jelaskan kedudukan dan fungsi organ tutur yang berikut: a) Lelangit

1

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM)

KURSUS DALAM CUTI (KDC) SEMESTER III 2010, AMBILAN NOVEMBER 2008

Institut : IPGKTAA

Mata Pelajaran : BAHASA MELAYU ELEKTIF Unit : 3 PENGAJIAN TAMIL (3 PT)

Tarikh Mula : JUN 2010 Tarikh Hantar : OGOS 2010

Kandungan Kursus “Bahasa Melayu Elektif” memberikan tumpuan kepada aspek lisan, penulisan, rumus tatabahasa dan unsur sastera dan budaya dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaannya berdasarkan teori dan praktikal. Bagi memenuhi keperluan sekolah bestari, proses pembelajaran secara kolaboratif, koperatif dan reflektif serta pemikiran inovatif, kritis dan kreatif diberi keutamaan. Antara objektif kursus ini adalah untuk melahirkan guru yang mampu mengajar subjek Bahasa Melayu dan: 1. menguasai kecekaan berbahasa dan ilmu kebahasaan bagi membolehkan mereka mengajar di sekolah dengan berkesan. 2. mencintai, menghargai dan membanggai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan serta bahasa ilmu. 3. Berketrampilan merancang, menilai, memilih, mengolah dan menggunakan strategi agar P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. 4. Bijaksana dan berkeyakinan mendidik anak bangsa bagi menguasai bahasa Melayu dalam arus perubahan dan perkembangan teknologi maklumat. 5. Menghargai dan menghayati serta memanfaatkan unsur-unsur dan nilai dalam karya sastera dan budaya bagi meningkatkan penguasaan bahasa. 6. Menyebatikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar serta mengintegrasikan sistemteknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan amalan harian.

Page 2: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG kdpm.pdf · 2 TUGASAN Bidang : Fonologi Jawab semua soalan 1. Jelaskan kedudukan dan fungsi organ tutur yang berikut: a) Lelangit

2

TUGASAN

Bidang : Fonologi Jawab semua soalan

1. Jelaskan kedudukan dan fungsi organ tutur yang berikut:

a) Lelangit lembut dan lelangit keras b) Lidah c) Pita suara

2. Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak, Gambarkan kedudukan rongga tersebut dalam organ pertuturan manusia.

3. Jelaskan kriteria yang menentukan pengeluaran bunyi vokal

4. Nyatakan perbezaan cara membunyikan konsonan [t] dan [d]

5. Pilih satu petikan daripada sumber majalah bahasa Melayu dan berikan 5 contoh perkataan bagi setiap diftong [ai], [au] dan [oi]

Page 3: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG kdpm.pdf · 2 TUGASAN Bidang : Fonologi Jawab semua soalan 1. Jelaskan kedudukan dan fungsi organ tutur yang berikut: a) Lelangit

3

Bidang : Morfologi

Secara individu, anda dikehendaki:

1. Mendapatkan petikan rencana daripada sumber akhbar bahasa Melayu.

2. Anda diminta memilih dan mengklasifikasikan perkataan-perkataan daripada rencana tersebut berdasarkan kriteria berikut: i. Pembentukan Kata a) Kata Tunggal b) Kata Terbitan c) Kata Majmuk d) Kata Ganda ii. Golongan Kata a) Kata Nama - Kata nama am - Kata nama khas - Kata ganti nama - Kata nama terbitan b) Kata Kerja - Kata kerja tak transitif - Kata kerja transitif c) Kata Adjektif: kata adjektif sifatan, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, cara, perasaan dan jarak.

d) Kata Tugas: kata hubung, kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pangkal ayat, kata bantu, kata penguat,

kata penegas, kata naïf, kata pemeri, kata sendi nama, kata pembenar, kata bilangan, kata arah, kata adverb, kata pembenda dan kata penekan (Peringatan: Jika terlalu banyak contoh perkataan untuk satu-satu kriteria, nyatakan sekurang-kurangnya 10 contoh sahaja dan jika tidak terdapat contoh perkataan dalam petikan, nyatakan ‘tiada dalam petikan’)

Page 4: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG kdpm.pdf · 2 TUGASAN Bidang : Fonologi Jawab semua soalan 1. Jelaskan kedudukan dan fungsi organ tutur yang berikut: a) Lelangit

4

PANDUAN 1. Kedua-dua tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.

2. Maklumat berdasarkan tajuk kerja kursus hendaklah ditaip dengan menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah (1.5) baris.

3. Hasil tugasan perlu disertakan dengan petikan majalah dan keratan rencana akhbar yang dipilih.Majalah dan akhbar yang dipilih hendaklah yang diterbitkan pada tahun semasa (2010)

4. Pada muka surat hadapan kerja kursus anda perlu menyatakan:

- Tajuk petikan dan rencana - Nama majalah / akhbar - Tarikh majalah / akhbar diterbitkan

5. Hasil tugasan perlu dihantar secara dokumen bercetak (hardcopy) dan secara e-mel kepada pensyarah pembimbing masing-

masing.

6. Hasil tugasan perlu dihantar pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan dan anda akan dianggap gagal menyiapkan tugasan jika tidak mematuhi tarikh penghantaran.

7. Sumber maklumat perlu dinyatakan mengikut format penulisan bibliografi.

8. Bahagian kulit luar perlu dilengkapkan dengan maklumat yang berikut.

a) Nama pelajar b) Nama unit c) No. Kad Pengenalan d) Nama mata pelajaran e) Nama pensyarah pembimbing f) Tarikh mula dan tarikh serahan tugasan

Page 5: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG kdpm.pdf · 2 TUGASAN Bidang : Fonologi Jawab semua soalan 1. Jelaskan kedudukan dan fungsi organ tutur yang berikut: a) Lelangit

5

SKEMA PEMARKAHAN

A. Pemerolehan Ilmu (20%)

• Mencari dan mengumpul sumber – 10%

• Kefahaman maklumat – 10%

B. Penguasaan Ilmu dan Kemahiran (50%)

• Mengaplikasikan pengetahuan dalam kerja kursus.

C. Pemindahan Pembelajaran (20%)

• Penghasilan bahan kerja kursus

D. Sikap dan Sahsiah (10%)

SUMBER RUJUKAN

1. Akhbar / majalah berbahasa Melayu (Dewan masyarakat, Pelitaa Bahasa, Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya)

2. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu atau Edisi Ketiga

3. Buku-buku tatabahasa yang bersesuaian

• Tajuk soalan juga boleh dilayari di laman web Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAA di alamat:

http://www.jpmipgmtaa.webs.com

JBI – Penyelaras BME KDPM PT

Page 6: IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG kdpm.pdf · 2 TUGASAN Bidang : Fonologi Jawab semua soalan 1. Jelaskan kedudukan dan fungsi organ tutur yang berikut: a) Lelangit

6