isi 1

3
Peranan dan tanggungjawab guru terhadap perkembangan Negara amatlah penting. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah. Oleh itu, guru perlu mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru perlulah menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang diutamakan dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Seseorang guru yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum untuk membentuk personality unggul. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Selain itu, guru harus membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi

description

grdgd

Transcript of isi 1

Peranan dan tanggungjawab guru terhadap perkembangan Negara amatlah penting. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah. Oleh itu, guru perlu mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.Guru perlulah menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang diutamakan dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Seseorang guru yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum untuk membentuk personality unggul. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Selain itu, guru harus membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.Bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika Profesion Keguruan tekah digubal. Tanggungjawab utama guru ialah kepada muridnya. Guru hendaklah memastikan keperluan setiap murid terjaga. Perhatian dan pengajaran hendaklah diberi kepada semua murid tanpa mengira agama, bangsa atau kepercayaan. Selain daripada itu, guru juga haruslah mengesan, menerima perbezaan individu dalam kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangan potensi mereka dari segi jasmani, intelek dan daya cipta masing-masing. Guru tidak harus menerima sebarang bayaran daripada muridnya untuk pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.Guru hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Pupuk nilai dan sikap murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Para guru tidak harus melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan mereka sebagai guru atau warga pendidik. Peranan dan tanggungjawab guru terhadap perkembangan Negara amatlah penting. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjwab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru harus memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga diamalkan supaya murid memperolehi model yang baik.Tanggungjawab guru kepada masyarakat dan negara diperlihatkan dalam bentuk perlakuan seperti tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun bertentangan dengan Rukun Negara. Guru perlu memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati orang yang lebih tua.