Isi Congkak

15
1.0 PENGENALAN Permainan tradisonal merupakan salah satu simbol identiti sesebuah masyarakat, menerusi peredaran zaman permainan tradisional yang bukan sahaja terdapat di Malaysia malah di seluruh dunia mengalami proses asimilasi dan perubahan samaada dari segi cara bermain ataupun peralatan yang digunakan. Sebagai contoh permaian congkak yang mengalami proses perubahan kalau dahulunya dimainkan dengan menggunakan tujuh buah pada setiap kampung, kini permainan tersebut boleh dimainkan hanya dengan menggunakan tiga buah sahaja. Sekiranya pada zaman dahulu permainan tradisional hanya dimainkan oleh sesetengah golongan sahaja seperti golongan sultan dan bangsawan, kini tidak lagi, permainan tradisional kini menjadi salah satu wadah ataupun medium yang mampu mengeratkan hubugan silaturahim antara masyarakat setempat misalnya. Oleh itu, bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 ambilan Januari 2013 untuk subjek elektif Pendidikan Jasmani kami diberikan tugas untuk menghidupkan semula permainan tradisional yang kini semakin hilang ditelan zaman akibat saingan dengan permainan elektronik di pasaran, dan bagi tugasan tersebut kami telah memilih permainan congkak untuk tugasan kami. 2.0 SEJARAH ASAL USUL PERMAINAN CONGKAK Permainan congkak merupakan permainan tradisional ataupun permainan rakyat yang terdapat di negara kita dan beberapa negara Asia Tengggara seperti Indonesia, Singapura dan Filipina. Walaupun permainan congkak sudah lama diwarisi dan dimainkan sejak nenek moyang namun permainan ini terdapat asal usulnya sebelum menjadi permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak negara kita pada hari ini.

description

qq

Transcript of Isi Congkak

1.0PENGENALANPermainan tradisonal merupakan salah satu simbol identiti sesebuah masyarakat, menerusi peredaran zaman permainan tradisional yang bukan sahaja terdapat di Malaysia malah di seluruh dunia mengalami proses asimilasi dan perubahan samaada dari segi cara bermain ataupun peralatan yang digunakan. Sebagai contoh permaian congkak yang mengalami proses perubahan kalau dahulunya dimainkan dengan menggunakan tujuh buah pada setiap kampung, kini permainan tersebut boleh dimainkan hanya dengan menggunakan tiga buah sahaja.Sekiranya pada zaman dahulu permainan tradisional hanya dimainkan oleh sesetengah golongan sahaja seperti golongan sultan dan bangsawan, kini tidak lagi, permainan tradisional kini menjadi salah satu wadah ataupun medium yang mampu mengeratkan hubugan silaturahim antara masyarakat setempat misalnya. Oleh itu, bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 ambilan Januari 2013 untuk subjek elektif Pendidikan Jasmani kami diberikan tugas untuk menghidupkan semula permainan tradisional yang kini semakin hilang ditelan zaman akibat saingan dengan permainan elektronik di pasaran, dan bagi tugasan tersebut kami telah memilih permainan congkak untuk tugasan kami.

2.0SEJARAH ASAL USUL PERMAINAN CONGKAKPermainan congkak merupakan permainan tradisional ataupun permainan rakyat yang terdapat di negara kita dan beberapa negara Asia Tengggara seperti Indonesia, Singapura dan Filipina. Walaupun permainan congkak sudah lama diwarisi dan dimainkan sejak nenek moyang namun permainan ini terdapat asal usulnya sebelum menjadi permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak negara kita pada hari ini. Terdapat dua pendapat mengenai kedatangan permainan congkak ke Asia Tenggara. Salah satunya, pendapat yang mengatakan bahawa permainan ini berasal dari Afrika dan Arab. Walau begitu, pendapat ini tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan asal usul congkak berasal dari Afrika. Namun, terdapat bukti kepingan batu kapur yang dapat mengukuhkan pendapat tentang kedatangan permainan congkak dari Arab. Bukti tertua ini merupakan kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari yang bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM yang dijumpai oleh cari gali purba Persatuan National Geographic di Jordan. Dari Arab, pedagang-pedagang Arab telah menyebar permainan congkak ke Asia Tenggara. Di Asia Tenggara, permainan congkak mungkin mula berkembang di Melaka yang merupakan pusat perdagangan pada masa dahulu. Permainan congkak dimain oleh golongan bangsawan di negeri-negeri Kesultanan Melayu dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah untuk menunjukkan status kehidupan mereka. Terdapat pelbagai papan congkak yang diukir berbentuk ikan, angsa, ayam, biawak, naga yang diukir oleh tukang pembuat congkak pada masa dahulu. (gambar pelbagai bentuk papan congkak, sila rujuk lampiran ms.) Ukiran di badan papan congkak lebih kepada corak geometri, flora dan fauna yang menunjukkan kehebatan seni ukiran yang hebat pada masa dahulu. Meskipun, rakyat jelata meminati permainan congkak, mereka hanya mampu bermain congkak dengan mengorek lubang di dalam tanah memandangkan mereka tidak berupaya memiliki papan congkak yang mewah. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan keturunan BabaNyonya Melaka turut meminati permainan ini.Keseronokan bermain permainan tradisional ini, telah dibawa ke peringkat yang lebih tinggi lagi dengan adanya permainan congkak secara maya melalui computer internet mahupun melalui telefon bimbit, sebagai contoh syarikat membuat telefon bimbit Nokia telah memperkenalkan permainan congkak dalam salah satu aplikasi permainan yang terdapat dalam telefon bimbit keluaran mereka, permainan congkak diberi nama bantumi dan mendapat sambutan hangat bagi semua lapisan generasi.

3.0CARA BERMAINBerikut adalah CARA permainan congkak :i. Permainan ini hanya melibatkan dua orang pemain sahaja. Dua orang peserta berkenaan akan duduk berhadapan menghadap papan congkak.ii. Permainan dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan iaitu mengikut arah pusingan jam.iii. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.iv. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Ini dikenali sebagai tembak.v. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.vi. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. vii. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.viii. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.ix. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.x. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.xi. Permainan akan tamat sekiranya pemain sudah bosan atau salah satu pihak pemain telak mengaku kalah.

4.0SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN CONGKAK SISTEM LIGA KALAH MATISeiring dengan Kerja Kursus PJM3123E yang memerlukan kami mempersembahkan permainan tradisional yang kami pilih dalam Karnival Permainan Tradisional, kumpulan kami telah mengubah sedikit peraturan permainan congkak dengan menggunakan sistem liga kalah mati. Berikut merupakan peratusan bagi permainan congkak sistem liga kalah mati.i) Permainan ini hanya melibatkan 2 orang pemain untuk satu papan congkakii) Permainan hanya boleh dimulakan sekiranya mendapat tiupan wisel ataupun isyarat daripada pengadiliii) Pergerakan haruslah mengikut arah jamiv) Sekiranya pemain telah memegang buah yang terdapat di kampungnya sediri, pemain tersebut hendaklan menggunakan buah yang terdapat pada kampung tersebut, dan tidak dibenarkan membuat pilihan baru.v) Sekiranya pihak lawan secara tidak sengaja meletakkan buah di Rumah pihak lawannya, buah tersebut dikira hangus dan markah akan diberikan kepada pihak lawan.vi) Buah yang mati di kampung lawan dan sekiranya di kampung pihak lawan tersebut tidak mempunyai buah, giliran pemain akan tamat dan akan diberikan kepada pihak lawanvii) Sekiranya buah mati di tempat sendiri dan kampung tersebut kosong, dan kampung yang berlawanan mempunyai buah, pemain boleh mengambil buah yang terdapat pada kampung tersebut dan dimasukan ke rumah.viii) Pemain yang melebihi masa 3 saat untuk membuat pergerakan akan dikenakan penalty dengan memberikan 3 buah kepada pihak lawannya.ix) Pemain yang didapati menipu akan dibatalkan penyertaan dan pihak lawan akan menang akan mara ke peringkat seterusnya.x) Pertukaran pemain adalah tidak dibenarkan sama sekalixi) Pemain yang menerima bantuan ataupun tunjuk ajar daripada pihak luar akan dibatalkan penyertaanxii) Sekiranya terdapat soalan ataupun kekeliruan, pemain dikehendaki menghubungi pengadil yang bertugas.xiii) Di akhir permainan sekiranya berlaku seri pemenang akan ditentukan dengan permainan one two sum.xiv) Keputusan pengadil adalah muktamad.

2.0STRUKTUR DAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PEMBENTUKKAN CONGKAKgambar 1 : papan congkak

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahagian utama iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Bilangan lubang kampung boleh ditentukan oleh tukang pembuat congkak sehingga Sembilan lubang sebaris. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm.Kebanyakkan papan congkak dibuat daripada kayu yang tahan dan sesuai diukir seperti kayu merbau, keruing, balau, kayu rambutan, nangka dan sebagainya. Congkak juga dihasilkan daripadalogamataupuntanahdi kawasan pendalaman. Lubang kampung dan lubang rumah akan menggunakan tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah dan selesa semasa memegang buah congkak. Namun, congkak yang diperbuat daripada kayu agar berat dan susah dibawa ke mana-mana. Oleh itu, congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras, kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak juga dikenali sebagai biji congkak. Lazimnya buah congkak menggunakan bijiguli,buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah mengikut kawasan masing-masing yang senang mengumpul biji tersebut. Di kawasan yang berdekatan dengan sungai, kanak-kanak akan mengumpul biji batu sebagai buah congkak, manakala kanak-kanak akan mengumpul batu kerikil atau cangkang kerang sekiranya mereka menetap di tepi laut. Oleh itu, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.

GRAF JADUAL PERLAWANAN LIGA KALAH MATIPERMAINAN CONGKAKgambar 2 : Jadual perlawanan kalah mati

7.0PROSES SEBELUM PERTANDINGAN7.1Proses penyediaan alatanBagi penyediaan alatan permainan congkak ini hanya memerlukan 3 alatan utama itu :i) Papan congkakii) Buahiii) Papan permarkahan

i) Papan congkakMemandangkan pensyarah mengalakkan kami untuk melibatkan semua pelajar untuk bermain permainan congkak, ahli kumpulan kami telah memilih untuk membuat papan congkak yang diperbuat daripada cup ataupun cawan kertas, kerana kos yang murah dan papan yang dihasilkan lebih ringan meskipun mengambil masa yang agak lama untuk menyediakannya, hasilnya kami sanggat berpuas hati.

gambar 3 : susun cawan kertas 14 kampung 2 rumah

gambar 4: Gariskan dan gunting separuh cawan

gambar 5 : hasil yang telah digunting

gambar 6 : steplerkan kesemua sambungan

gambar 7 : papan congkak yang telah siap

ii) BuahBuah yang digunakan adalah batu kerikil, batu yang dipilih mestikan bersaiz kecil dan muat dalam papan congkak selain bersih daripada sebarang kekotoran seperti tanah.

gambar 8 : batu kerikiliii) Papan markah / jadual kalah matidiperbuat daripada polisterin, kertas berwarna mengandungi nama peserta dan pin.

gambar 9 : jadual kalah mati