Isi Kandungan

16
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahikerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi mata pelaja Amalan Pentaksiran Matematik (MTE 3112 ini dengan jayanya! "i kesempatan ini, inginsaya dahulukan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Tn! #j Muhamad bin "$raman atas kerjasama, dan tunjuk ajar yang telah diberikan! %elain itu, seribu penghargaan juga buat beliau yan meluangkan masa dalam membetuklan kesilapanyang telah saya lakukan sepanjang pr$ses menyiapkan tugasan ini! Turut membantu adalah rakan&r seperjuangan yang sudi berk$ngsi idea, meluahkan pendapat dan kritikan membina yang menjadi panduan utama kepada saya untuk melaksanakan tugasan ker kursus ini dengan sempurna! %aya berharap, dengan selesainya pelaksanaan tugasan ini, segala ilmu yan diper$lehi daripada pelaksanaan tugasan kerja kursus ini akan dapat saya man'aatkan pada masa&masa yang akan datang untuk menjadi se$rang bakal guru yang emerlang! %ekian, terima kasih!

description

Kandungan

Transcript of Isi Kandungan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi mata pelajaran Amalan Pentaksiran Matematik (MTE 3112) ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, ingin saya dahulukan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Tn. Hj Muhamad bin Doraman atas kerjasama, dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Selain itu, seribu penghargaan juga buat beliau yang sudi meluangkan masa dalam membetuklan kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Turut membantu adalah rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi idea, meluahkan pendapat dan kritikan membina yang menjadi panduan utama kepada saya untuk melaksanakan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya berharap, dengan selesainya pelaksanaan tugasan ini, segala ilmu yang diperolehi daripada pelaksanaan tugasan kerja kursus ini akan dapat saya manfaatkan pada masa-masa yang akan datang untuk menjadi seorang bakal guru yang cemerlang.Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Pentaksiran dan Penilaian merupakan salah satu daripada komponen utama yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPG) dengan pengkhususan matapelajaran matematik. Kursus ini adalah wajib diikuti oleh pelajar program ini yang sedang menduduki semester 6 dengan kod kursus MTE 3112. Kursus ini memberi penekanan khusus kepada guru berkaitan kefahaman konsep serta prinsip pentaksiran bagi matapelajaran matematik Sekolah Rendah. Sesuai dengan tugas guru yang turut menjadi pembina item ujian, penganalisa serta penilai, aspek yang ditekankan di dalam kursus ini adalah amat penting yang harus difahami oleh setiap pelatih untuk mempersiapkan diri sebelum diberi amanah sebagai seorang guru kelak. Sesuai dengan objektif pembelajaran bagi kursus ini, diharapkan agar setelah mempelajari kesemua aspek yang terkandung di dalam kursus ini, para guru akan dapat mengenal, membanding dan membezakan aspek penilaian yang terdapat di sekolah. Dengan pemahaman yang sedemikian, ia akan dapat membantu guru dalam memahami serta membantu dalam mengaplikasikan dalam situasi sebenar.Tugasan Kerja Kursus bagi kursus ini menghendaki saya, para guru untuk bertindak sebagai matematik yang turut dilantik sebagai Setiausaha Peperiksaan dimana saya dikehendaki untuk mempersembahkan analisis Ujian Bulanan 1 bagi matematik Sekolah Rendah. Seterusnya, dalam menganalisis data-data ini, kami dikehendaki memilih satu kelas dan gunakan statistik yang sesuai untuk menilai pencapaian murid-murid berkenaan.

1.0 Pentaksiran dalam Matematik.Banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.Proses pengumpulan maklumat, proses membuat analisis, ia dijalankan selepas peperiksaan dan pentaksiran. Penilaian juga dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian ersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum pereka memulakan pengajaran. Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Konsep Pentaksiran. Pentaksiran merupakan satu episode dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai maklumat temtang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian.Pentaksiran Alternatif. OMalley dan Valdez Pierce mendefinisikan pentaksiran alternatif sebagai "...mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional terutama ujian soalan aneka pilihan (Stiggins 1991)...." (1996, p.1). Tiga fasa bagi pentaksiran alternative ialah fasa Permulaan. Fasa ini melibatkan menetapkan matlamat, menentukan keperluan pembelajar, dan menyediakan data asas mengenai apa yang murid boleh lakukan dengan apa yang dipelajari, bagaimana mereka berfikir dan apa yang murid mahu lakukan dengannya (Auerbach 1992, p. 114). Seterusnya ialah fasa berterusan. Fasa pentaksiran ini melibatkan penyemakan dan kemajuan dokumentasi pada tahap-tahap tertentu dalam proses pembelajaran dan penilaian bilik darjah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan .." (Gosselin 1998, p. 44).Akhir skali ialah fasa penamat. Fasa ini melibatkan pentaksiran refleksi mengenai pembelajaran, pengajaran, kurikulum dan rekabentuk program pada penghujung proses "(Auerbach 1992, p. 115).Berikut adalah beberapa tujuan pengunaan pentaksiran alternatif (Gottlieb 1999; OMalley and Valdez Pierce 1996; Cushing Weigle & Jensen, 1997): Mengenalpasti keperluan atau kesediaan sokongan tambahan Mengekalkan atau mengkelasifikasikan semula program atau keluar dari program Memantau kemajuan murid dalam program. Mendapatkan maklumat tentang perancangan pengajaran Penilaian program dan akauntibiliti terhadap sumber pembiayaan kewanganPenilaian dalam proses pembelajaran merupakan bahagian penting dari proses pembelajaran, karena itu hendaknya dilakukan oleh guru agar guru dapat memperoleh informasi proses kemajuan belajar siswa dan informasi keefektifan pembelajaran yang sedang berlangsung. Guru yang hanya mengutamakan penilaian hasil tidak akan mendapatkan informasi yang akurat tentang siswa yang benar-benar memahami materi dan siswa yang kurang memahami. Siswa yang dapat menjawab dengan benar suatu persoalan, belum tentu mengetahui bagaimana mendapatkan jawaban tersebut. Penilaian dalam proses pembelajaran lebih dapat berfungsi memberikan informasi tentang siswa yang sudah memahami materi atau yang belum. Penilaian ini berkesinambungan dengan penilaian hasil artinya hasil penilaian dalam proses pembelajaran akan memberikan sumbangan positif terhadap penilaian hasil. Dengan demikian perlu diupayakan agar guru melakukan penilaian dalam proses pembelajaran di samping melakukan penilaian hasil belajar.Menurut Mok Soon Sang,(1996) penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.Pengertian dasar penilaian dalam proses pembelajaran mencakup serangkaian kegiatan yang dilakukan guru untuk mendapatkan informasi tentang perilaku belajar siswa, tentang proses pembelajaran, dan tentang suasana kelas. Angelo (1991) mendefinisikan penilaian dalam proses pembelajaran: Classroom assessment consist of small-scale assessment conducted continuously in college classrooms by dicipline-based teachers to determine what students are learning in that class. Penilaian dalam proses pembelajaran juga mencakup serangkaian metode yang dilakukan oleh guru untuk mendapatkan informasi yang kemudian diinterpretasi untuk memahami siswa, merencanakan dan memonitor proses pembelajaran, dan untuk menciptakan suasana kelas yang bergairah. Sebagai proses secara berkelanjutan Nitko (1996) mengistilahkan Penilaian Berkelanjutan Formatif Informal (PBFI) yaitu suatu penilaian informal yang dilakukan guru secara sambil lalu dan mendadak tanpa persiapan dan kesan mengenai kemajuan siswa dalam kaitannya dengan kurikulum. Penilaian berkelanjutan dalam proses pembelajaran dapat diinterpretasikan sebagai segala tindakan guru yang dilakukan untuk mengetahui kemajuan siswa secara terus-menerus dalam menerima pelajaran.Secara amnya pula, pentaksiran pendidikan merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan membuat rumusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan, Noraini Idris (2005). Pendapat mereka ini menunjukkan bahawa penilaian dan pentaksiran saling berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-duanya boleh membantu guru memberikan maklumbalas tentang proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, walaupun seorang guru mengajar satu kelas yang kurang daripada 40 orang, ini tidak bermakna semua pengajaran yang diajar oleh guru difahami oleh murid. Maka, disinilah pentaksiran memainkan peranan penting dalam menilai tahap kefahaman murid di dalam kelas secara berterusan. Manakala, penilaian pula mengukur sejauh mana murid mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penilaian juga, guru mampu mengesan masalah kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh murid. Sekaligus membantu guru memilih dan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap kebolehan setiap pelajar.

1.1 Ciri ciri penilaian dan pentaksiranHasil pentaksiran dan penilaian dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan'stakeholders'serta mengekalkan kewibawaan guru pentaksir.Kebolehpercayaanpula merujuk kepada ciri skor yang menggambarkan prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri pentaksiran yang lain ialah keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Ciri-ciri ini perlu dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu instrumen pentaksiran baik dan berkualiti.Keobjektifansesuatu ujian atau pentaksiran merujuk kepada ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberi skor calon. Ciri keobjektifan pemberian markah/skor ini boleh dipertimbangkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif dan markah atau skor diselaraskan. Mekanisme ini bertujuan untuk memastikan pemeriksaan mempunyai kefahaman dan kemahiran yang terselaras antara satu sama lain. Cara ini mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor di kalangan pemeriksa atau pentaksir.Kebolehtadbiransesuatu ujian dan pentaksiran, ialah ciri praktik dengan merujuk kepada sejauhmana kelicinan dan kerja-kerja susulan dapat dijalankan dengan mudah dalam proses pengujian dan pentaksiran, yang dilaksanakan sama ada secara berpusat atau pentaksiran berdasarkan sekolah.Kemudahtafsiransesuatu ujian dan pentaksiran, merujuk kepada sejauhmana ianya dapat memberi maklumat tentang calon berdasarakan skor yang diperolehi, sejauhmana ianya boleh mendiskriminasikan calon dan dapat menepati tujuan sesuatu ujian itu ditadbirkan.Kekomprehensifansesuatu ujian dan pentaksiran merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian itu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Oleh kerana itu semakin banyak bilangan item, semakin lebih baik taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh.Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian. Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya.Penilaian boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut masa dan tujuan ujian itu diberi. Antaranya ialah penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kelemahan dan kekutan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Penilaian ini berbentuk tidak formal dan contoh-contohnya ialah seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, memeriksa hasil kerja murid dan latihan congak.Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, misalnya dalam tempoh satu penggal, tengah tahun atau segenap satu tahun. Penilaian ini lebih berbentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan senarai semak.Menurut McMillan (2001). Ciri-ciri pentaksiran meliputi perkara seperti berikut:1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan.2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran.3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat dihasilkan

King dan Brathwaite (1991) mencadangkan beberapa keperluan untuk melaksanakan pentaksiran, antaranya ialah :1. Latihan yang digunakan untuk pentaksiran mestilah menggunakan sampel daripada pelbagai topik dan sukatan pelajaran serta mentaksir pelbagai kemahiran.2. Markah dibahagikan mengikut kriteria atau kemahiran yang ditaksir.3. Guru harus mnyerahkan rekod pentaksirannya dengan buku amali kepada pemeriksa sebenar untuk disetarakan.

1.2Kepentingan penilaian dan pentaksiran.Terdapat beberapa kepentingan penilaian dan pentaksiran dalam pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran memainkan peranan penting untuk menyediakan pendidikan dengan arahan atau maklumat dignostik yang berguna dan penglibatan ke arah pembelajaran yang berkesan untuk semua pelajar (Alexander dan Parsons,1991; Airasian,1997). Ia membantu dalam proses mengumpul maklumat tentang strategi dan akiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan bagaimana untuk merancang pengajaran berkesan.Kedua, penilaian dan pentaksiran penting bagi mengesan kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh pelajar, Noraini Idris (2005). Bagi pelajar yang lemah, guru boleh memberikan aktviti pemulihan mengikut tahap kefahaman mereka manakala bagi pelajar yang memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang, guru boleh menyediakan aktiviti penggayaan dan mereka pasti mampu meningkatkan kecemerlangan mereka.Keputusan daripada penilaian adalah penting kerana ia merupakan asas bagi menempatkan pelajar dalam sesuatu jurusan yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Ia mampu mempertingkatkan keberkesanan pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran jika jurusan tersebut sesuai dengan minat dan tahap mereka.Seterusnya, penilaian boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk. Maka, ia amat penting bagi guru untuk merancang suasana pembelajaran aktif di dalam kelas. Contoh penilaian yang mampu merangsang minat pelajar ialah kuiz, soal jawab, ujian bulanan, dan sebaginya mengikut kreativiti guru tersebut.Akhir sekali, penilaian dan pentaksiran sebenarnya memainkan peranan penting untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran diperoleh oleh pelajar pada akhir suatu program.

ANALISIS INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI

Gambar rajah menunjukkan analisis indeks kesukaran dan dikriminasi . Berdasarkan analisis item 40 orang murid, item soalan yang betul dijawab menunjukkan perbezaan setiap setiap murid telah . Melalui analisis item yangtelah dibuat jumlah soalan yang betu dijawab bagi kumpulan sederhana ialah 100, kumpulan sederhana 123 dan kumpulan tertinggi pula ialah 192. Ini menunjukan bahawa tahap penguasan bagi kumpulan yang tinggi dan rendah mempunyai perbezaan yang tinggi mana kala kumpulan rendah dan sederhana hanyalah sedikit. Kesimpulannya, nilai persentil antara ketiga-tiga tidak terlalu jauh dan ini menunjukkan bahawa soalan ujian berada dalam keadaan normal dan soalan ujian juga adalah sesuai untuk murid menjawabnya.

Rumusan

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

Guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid-murid dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan melaksanakan penilaian serta merekod segala maklumat yang diperolehi dan mengadakan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Berdasarkan analisis item matematik 40 orang murid tahun 6 Wira , boleh dirumuskan bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih lemah dalam ujian ini. Hal ini kerana item betul dijawab bawah 20 masih ada 6 orang dikalangan kumpulan rendah . Secara kasarnya, boleh dikatakan bahawa aras soalan ujian matematik ini bersesuai dengan tahap murid Tahun 6. Namun, masih terdapat beberapa orang murid yang kurang menguasai dan tidak menguasai pengajaran matematik. Hal ini masih boleh diatasi jika guru mengulang semula pengajaran ini terhadap beberapa murid yang gagal menguasai subjek ini.Akhir sekali ialah indeks kesukaran dan dikriminasi terhadap 40 orang murid Tahun 6 Wira menunjukan bahasa ada sesetengah soalan arasnya terlalu sukar dijawab oleh kumpulan tertinggi. Aras soalan juga mungkin agak tinggi dan sukar untuk murid yang sederhana untuk menjawabnya. Oleh hal yang demikian, pada ujian yang seterusnya, guru tersebut haruslah menyediakan set soalan ujian yang sesuai dengan aras kefahaman dan penguasaa murid disamping memberi latihan yang berterusan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 6 Wira terhadap subjek matematik ini.

RefleksiAssalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus Pentaksiran dalam matematik. Saya Md. Abu Fadrey bin Md Yusof sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari analsis dan gred markah subjek matematik. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai pentaksiran di dalam matematik untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk menganalisis ujian yang telah saya perolehi tetapi setelah di terangkan oleh Tn. Hj. Muhammad bin Doraman, saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menganalisis markah dan menterjemahkan menggunakan analisi item dan juga indeks kesukaran dan indeks dikriminisiSaya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Tn. Hj. Muhammad bin Doraman telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya . Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk mencari contoh di dalam buku rujukan utama saya iaitu. Selepas itu saya telah cuba mengambil isi di dalam buku tersebut dan membuat kerja kursus yang telah diberikan. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan haruslah sesuai dengan murid sekolah rendah.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan pula, saya telah mencari contoh analsis markah murid semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin. Selama seminggu saya telah menyediakan beberapa soalan dan pertanyaan kepada mtematik yang saya temuramah. Saya juga telah melihat bagaimana pentaksiran ini dilakukan oleh guru di sekolah. Penyediaan folio pula saya telah lakukan secara berperingkat-peringkat agar segala kerja dapat disiapkan dengan betul. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Pentaksiran Matenati 3112 yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Tn. Hj. Muhammad bin Doraman.

BIBLIOGRAFIGronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement: Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Isi Kandungan

NoPerkara

1Soalan tugasan

2Biodata

3Halaman pengakuan

4Penghargaan

51.0 Peta minda1.1 Teori Pembelajaran1.2 Tema PSK Tahun 6

62.0 Penulisan Esei

73.0 Refleksi

89.0 Bibliografi