ISI KANDUNGAN - ipbl.edu.my · Lagu-Lagu P.Ramlee dan Saloma/Lagu-Lagu Puisi (Piala Timbalan ......

24

Transcript of ISI KANDUNGAN - ipbl.edu.my · Lagu-Lagu P.Ramlee dan Saloma/Lagu-Lagu Puisi (Piala Timbalan ......

ISI K

AN

DU

NG

AN

S ida

ng Redaksi

Penasihat 1Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan

Pengarah

Penasihat 2Pn. Hamsiah binti Abdullah

MasniTimbalan Pengarah

PengerusiEn. Kamel bin Achong

Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Penyelaras / EditorPn. Tay Meng Guat

Jabatan Pengajian Melayu

JurugambarEn. Alexander Tow

En. Suhaili bin Madhi

Laporan Aktiviti Bulan Bahasa Sastera dan Budaya Melayu

Pameran Jualan Buku

Sambutan Ma’al Hijrah 1432H Peringkat IPG KBL

Eksplorasi Haji

Karnival Matematik

Aktiviti-aktiviti Jabatan Sains Sosial Semester 1-2011

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG KBL

Pelbagai Program Kelolaan Jabatan Ilmu Pendidikan

Lawatan Pendedahan Ilmu Pementasan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)

Program Sekolah Angkat IPG Kampus Batu Lintang

Gambar-gambar Aktiviti

2

4

5

7

10

12

13

16

17

18

19

Peringkat IPG Kampus Batu Lintang 2011

SaStera dan

Budaya Melayu

Pada 12 April - 21 April 2011, Jabatan Bahasa Melayu telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena Bulan Bahasa, Sastera dan Budaya Peringkat IPG Kampus Batu Lintang 2011. Aktiviti yang dirancang ini telah dijalankan oleh pelajar PISMP BM Januari 2010. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah : Pertunjukan Boneka, Deklamasi Sajak, Pidato, Syair, Kembara Bahasa, Main Peranan, Permainan Tradisional (Batu Seremban, Congkak, Teng-Teng dan membuat Wau), Pertandingan Lagu-Lagu P.Ramlee dan Saloma/Lagu-Lagu Puisi (Piala Timbalan Pengarah), Pertandingan Tarian Melayu Tradisional, Forum, Bengkel dan Pertandingan Penulisan Kreatif, Pameran Aktivti Pengajian Melayu, Permainan Bahasa Interaktif, Kuiz Bahasa (Jawab dan Menang) dan Penutupan Bulan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu.

laporan aktiviti

Bulan BahaSa

1. PERtANDINGAN tARIAN tRADISoNAL MELAyU & PERtANDINGAN BUSANA MELAyU

2. PERtANDINGAN DEKLAMASI SAJAK DAN SyAIR

2

3. PERMAINAN tRADISIoNAL

4. PAMERAN BAHAN-BAHAN

5. PERtANDINGAN FoRUM SISwA 6. MAIN PERANAN

7. KEMBARA BAHASA

8. PERtANDINGAN NyANyIAN LAGU P. RAMLEE DAN SALoMA

3

• Aktiviti ini dilaksanakan pada 28 Februari hingga 1 Mac 2011, bertempat di Dewan Brooke, IPG Kampus Batu Lintang.

• Empat buah syarikat buku dijemput untuk mengadakan pameran ini iaitu The Leading Book Store, MyBook Store, MPH Book Store dan Benzamine Book Store.

• Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan warga institut tentang judul-judul buku terkini yang terdapat di pasaran.

• Bengkel ini merupakan anjuran Perpustakaan IPG Kampus Batu Lintang pada 21 hingga 23 Mac 2011 dan disertai oleh 24 orang staf sokongan dan staf akademik.

• Fasilitator terdiri daripada En. Wan Abdillah B.Wan Mahjar, En Abdul Irwandy B. Razali dan Puan Philomena Septimus Amit.

• Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang kepentingan penjilidan bahan dan membolehkan peserta memperoleh pengetahuan untuk memelihara dokumen serta rekod rasmi dengan lebih berkesan.

Bengkel Penjilidan asas Bahan

PAMERAN JUALAN BUKU

PROgRaM jejak MaklUMaT

• Program ini disertai oleh 24 orang pelajar, bertempat di Perpustakaan IPG Kampus Batu Lintang pada 12 April 2011.

• Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca melalui usaha pencarian maklumat di perpustakaan.

4

PROgRaM saMBUTan MaUlidUR RasUl 1432h PeRingkaT iPg kaMPUs BaTU linTang, kUChing

TARIKH: 12 DAN 15 FEBRUARI 2011

TEMPAT: IPG KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

ANJURAN: GURU PELATIH PISMP PA-AQ AMBILAN JANUARI 2010 DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR BIRO AGAMA ISLAM DAN MORAL, BADAN DAKWAH DAN ROHANI MASJID AL-MUALLIMIN JABATAN AGAMA ISLAM DAN MORAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

Pelajar sedang menghayati ceramah Ma’al Hijrah

Sambutan Ma’al Hijrah 1432H Peringkat IPG KBLPada 11 Januari 2011 JAPIM bersama BADAR Masjid Al MUallimin dan Biro Agama JPP telah mengadakan Sambutan Ma’al Hijrah 1432 peringkat Institut yang bertempat di Masjid Al Muallimin. Ceramah Ma’al Hijrah telah disampaikan oleh pegawai dari HIKMAH Sarawak.

Penceramah jemputan

dari HIKMAH Sarawak.

5

PROgRaM saMBUTan MaUlidUR RasUl 1432h PeRingkaT iPg kaMPUs BaTU linTang, kUChing

TARIKH: 12 DAN 15 FEBRUARI 2011

TEMPAT: IPG KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

ANJURAN: GURU PELATIH PISMP PA-AQ AMBILAN JANUARI 2010 DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR BIRO AGAMA ISLAM DAN MORAL, BADAN DAKWAH DAN ROHANI MASJID AL-MUALLIMIN JABATAN AGAMA ISLAM DAN MORAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

BaRisan ajk Pelaksana saMBUTan MaUlidUR RasUl 1432h PeRingkaT iPg kaMPUs BaTU linTang

Pertandingan Forum Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Pertandingan Gubahan bunga dari bahan terpakai.

Panel Penilai bagi pemilihan Tokoh Maulidur Rasul

Pertandingan Perarakan dan Sepanduk setiap kontigen

Persiapan pentas untuk persembahan Puisidra.

Perasmian Sambutan Maulidur Rasul oleh Timbalan Pengarah IPGKBL

Johan Pertandingan Forum, PISMP PA-AQ Januari 2011

Tokoh-Tokoh Maulidur Rasul 1432H / 2011

Persembahan Puisidra yang di-persembahkan oleh guru pelatih

PISMP PA-AQ Januari 2010

gaMBaR-gaMBaR sePanjang saMBUTan MaUlidUR RasUl

6

Pertandingan Eja dan Menang Versi Bahasa Arab “tahajja tarbah” 2011 SK Semerah Padi Anjuran IPG Kampus Batu Lintang

KUCHING 27 April- Seramai 40 orang murid Sekolah Kebangsaan Semerah Padi terpilih menyertai Pertandingan Eja dan Menang Versi Bahasa Arab anjuran guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Agama Islam dan Al-Quran Ambilan Januari 2009 (Semester 5) bersama-sama Jabatan Pengajian Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Semerah Padi bermula dari jam 1.30 hingga 5.30 petang. Pertandingan tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Semerah Padi.

Pertandingan ini melibatkan murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 di sekolah tersebut. Menurut pihak penganjur, pertandingan Eja dan Menang dalam versi Bahasa Arab ini merupakan suatu program rintis yang julung-julung kali diadakan oleh pihak IPG Kampus Batu Lintang khas untuk murid-murid sekolah rendah yang mempelajari Bahasa Arab.

Objektif pertandingan tersebut diadakan adalah untuk memperkasakan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-quran dan meningkatkan minat murid-murid terhadap subjek Bahasa Arab melalui pendekatan yang berbeza. Majlis Perasmian dan Penutupan Pertandingan Eja dan Menang versi Bahasa Arab telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Batu Lintang iaitu Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan. Turut hadir adalah Ketua Penyelaras Bahasa Arab di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Encik Sulaiman Bin Hashim. Sementara itu, Tuan Haji Awang Hambali ketika berucap memberitahu, aktiviti ini sangat memberi manfaat kepada murid-murid sekolah rendah kerana Bahasa Arab adalah setanding dengan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain apatah lagi bahasa ini adalah bahasa syurga. Selain itu, apabila mempelajari Bahasa Arab, kita dapat mengetahui dan memahami makna Al-quran.

Staf sedang asyik mengikuti pengisian kursus

LAtIHAN PERKEMBANGAN StAF (EKSPLoRASI HAJI)

Pada 23 Febuari 2011 JAPIM telah mengadakan Latihan Perkembangan Staf berkenaan ibadah haji, bertempat di bilik latihan.Kursus sehari tersebut telah dikendalikan oleh Us Hj Ali bin Jusoh.Seramai 30 orang staf telah menyertai kursus tersebut.

7

Pada 6 Mei hingga 8 Mei 2011, Jabatan Agama Islam dan Moral (JAPIM) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching telah mengadakan satu program khusus iaitu Kursus Pemantapan Amali Fardhu Ain (Penyembelihan dan Pengurusan Jenazah) untuk para pelajar KPLI ambilan Jun 2010, KPLI ambilan Jan 2011 dan PPISMP TESL ambilan Jun 2010 dimana program ini merupakan satu program yang berbentuk amali dan praktikal yang dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang bertauliah. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini adalah bertujuan untuk memberikan persediaan awal kepada bakal guru jika ditempatkan di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai penduduk yang beragama Islam. Program yang dijalankan ini juga adalah bertujuan untuk Ia akan memberikan pendedahan dan pendekatan sebenar tentang cara-cara penyembelihan dan pengurusan jenazah dari segi teori dan praktikal. Sepanjang 3 hari 2 malam program ini dijalankan, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang turut diadakan selain daripada sembelihan dan pengurusan jenazah. Antara aktiviti lain yang turut dijalankan adalah seperti qiamulail, pembentangan oleh pelajar KPLI ambilan Jan 2011, solat secara berjemaah, ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mahadi bin Haji Khalid dan Ustaz Salehudin bin Haji Sabar, Ketua Jabatan Agama Islam dan Moral, dan bacaan Yassin. Kesemua aktiviti yang diadakan ini adalah untuk menyediakan ilmu rohani didalam diri para guru pelatih untuk menghadapi masa yang akan datang.

KURSUS PENyEMBELIHAN AyAM

Ustaz Mahadi memberi tunjuk ajar kepada peserta ketika penyembelihan dijalankan

Ayam yang telah disembelih

8

CERAMAH yANG DISAMPAIKAN oLEH PIHAK KAGAt

PENGURUSAN JENAzAH

MAJLIS PENANGGUHAN PRoGRAM KURSUS PENyEMBELIHAN DAN PENGURUSAN JENAzAH

Para peserta dan pensyarah mendengar dengan teliti ceramah yang disampaikan

Pengurusan jenazah yang dijalankan oleh pihak KAGAT ATM

Ceramah disampaikan oleh pihak KAGAT ATM

Praktikal pengurusan jenazah

Pengerusi program Pengarah IPGKBL Penyampian cenderamata kepada Tuan Pengarah IPGKBL

9

K A R N I V A L M A t E M A t I K

KARNIVALMATEMATIK

Peringkat Institut

Karnival ini telah berjaya dilaksanakan pada 7 Mei 2011. Lebih kurang 200 orang murid sekolah SK dan SJK dan 80 orang guru pelatih matematik major dan elektif dari kumpulan PISMP ambilan Jan 08, 09 dan Jan 2011 telah melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan Karnival matematik. Melalui temu bual rawak secara lisan, didapati semua guru pelatih dan murid murid sekolah rendah amat berpuas hati dengan program tersebut.

Aktiviti ini telah berjaya mencapai objektif berikut:

1. Memupuk dan meningkatkan minat guru pelatih terhadap matematik melalui pelbagai aktiviti rekreasi seperti permainan, kuiz dan kursus-kursus pendek

2. Melatih guru pelatih dalam mereka bentuk permainan matematik yang boleh diguna untuk P&P, kemahiran ICT, kemahiran pengurusan dan pentadbiran menganjurkan aktiviti serta pertandingan matematik.

3. Memupuk dan meningkatkan minat murid murid sekolah rendah terhadap matematik melalui permainan matematik yang seronok dan kreatif.

Pelbagai permainan ’hands on-minds on’ yang menarik dan seronok telah dikelolakan oleh para guru pelatih PISMP Matematik major dan minor.

10

Pertandingan Abakus & Aritmetik Mental

Pertandingan Abakus dan Aritmetik Mental bagi pelajar-pelajar sekolah rendah telah berjaya dilaksanakan pada 7 Mei 2010. Seramai 170 orang pelajar sekolah rendah dari 22 buah sekolah SJK dan SK telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut di Dewan Kuliah A. Objektif tercapai, peserta pertandingan AMA dari sekolah sangat berminat, guru pembimbing, ibu bapa dan penaja piala & hadiah (UCMAS) amat menyokong aktiviti ini. Guru pelatih berpeluang untuk belajar pengurusan dan pentadbiran pengendalian pertandingan.

Pertandingan Abakus

Pertandingan Aritmetik Mental

Majlis Penutup Pertandingan Abakus & Aritmetik Mental

11

Lawatan oleh timbalan Menteri Pelancongan dan warisan Sarawak dan Rombongan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak, Encik Mong ak Dagang telah mengadakan lawatan ke Muzium Mini dan tempat-tempat bersejarah di IPG KBL pada 16 Januari 2011. Tujuan lawatan ialah untuk melihat sendiri usaha pengekalan sejarah yang telah dilakukan oleh pihak IPG KBL. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan membincangkan untuk mewujudkan taman peringatan (tugu peringatan) Kem Tahanan Perang Dunia ke 2, di kawasan berdekatan dengan Muzium Mini.

Ceramah Kepelbagaian Budaya Masyarakat Etnik Sarawak

Ceramah telah diadakan pada 18 Febuari 2011 di Dewan Kuliah A, IPG KBL bermula jam 2.30 hingga 4.00 petang. Penceramah jemputan iaitu Encik Jibun Anak Tawai dari Majlis Adat Istiadat Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Objektif ceramah diadakan adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para guru pelatih khususnya yang akan ditempatkan ke kawasan pedalaman mengenai kehidupan ataupun adat resam kaum bumiputera di Sarawak. Selain itu, ceramah ini juga dapat memberi input baharu mengenai kaum yang terdapat di Sarawak terutamanya kepada para guru pelatih yang bukan berasal dari Bumi Kenyalang. Di samping itu juga, melalui ceramah ini guru pelatih dapat melihat pelbagai bidang atau aspek indigenous knowledge yang boleh diterokai serta dikaji dengan mendalam. Kumpulan sasar ialah semua pelatih yang mengambil mata pelajaran Pengajian Sosial, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Hubungan Etnik yang terdiri daripada pelajar PISMP. Semua pensyarah Jabatan Sains Sosial telah menghadiri ceramah tersebut.

Lawatan Pensyarah Jabatan Sains Sosial dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Seramai 7 orang pensyarah dari Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Bahasa Antarabangsa telah melawat IPG KBL khususnya Jabatan Sains Sosial untuk melihat sendiri apa yang telah dijalankan oleh Jabatan Sains Sosial IPG KBL. Mereka telah diberi taklimat oleh Ketua Jabatan, Dr. Haminah Suhaibo di Bilik Jabatan. Kemudian mereka dibawa melawat ke Muzium Mini, bilik Muzik dan Bilik Seni. Lawatan diadakan pada 9 Mac 2011.

Lawatan oleh Rombongan ANzAC ke Muzium Mini

Rombongan ANZAC dari Australia telah mengadakan lawatan ke IPG KBL khususnya Muzium Mini pada 18 April 2011. Rombongan seramai 25 orang terdiri daripada veteran perang Dunia ke 2, keluarga mereka dan pelajar-pelajar sekolah. Mereka diberi penerangan tentang peranan IPG KBL dalam memelihara dan memulihara warisan sejarah oleh Dr. Haminah Suhaibo. Meereka telah disambut oleh Tuan Haji Awang Hambali Awang Hamdan yang kebetulan melapor diri pada hari yang sama. Pada majlis ringkas, mereka telah menyerahkan beberapa artifak kepada IPG KBL untuk disimpan di Muzium Mini.

AKTIVITI-AKTIVITI jaBaTan sains sOsial seMesTeR 1-2011

Guru pelatih khusyuk mendengar ceramah yang diberikan

Ketua Rombongan memberi cenderamata kepada Ketua Jabatan Sains Sosial

Rombongan berjumpa dengan Pengarah, Encik Abdillah bin Adam

1.

2.

3.

4.

Penceramah sedang memberi ceramah beliau

12

UNIt LAtIHANDALAM PERKHIDMAtANIPG KBL

ii. Menyediakan tempat dan persekitaran kursus yang selamat, bersih, selesa dan harmoni.

iii. Memberi layanan yang mesra dan sama rata kepada semua peserta dengan mengamalkan budaya institut penyayang.

iv. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kaum di kalangan peserta kursus dengan warga institut.

v. Menepati masa dalam segala urusan rasmi.

Matlamat Unit

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan bermatlamat untuk menjadi “Training Provider” yang berkualiti demi peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran, di samping meningkatkan mutu profesionalisme staf secara keseluruhannya.

Objektif Unit

Latihan Dalam Perkhidmatan berhasrat untuk:

i. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi perubahan semasa dalam sistem pendidikan negara ini.

ii. Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-

Pengenalan Visi Unit

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang sebagai “training provider” yang berkualiti dalam peningkatan profesionalisme kependidikan dan pengurusan warga pendidik.

Misi Unit

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dapat memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti kepada:

• warga pendidik yang terdiridaripada guru sekolah, pentadbir sekolah, pensyarah dan pegawai pendidikan dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman yang terkini dalam bidang kependidikan khususnya dalam bidang metodologi pengajaran.

• staf sokongan institut dari segipentadbiran dan pengurusan berkualiti dan berkesan.

Piagam Pelanggan

Kami anggota pasukan Latihan Dalam Perkhidmatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bertekad dan beritizam untuk:

i. Memberi latihan dalam perkhidmatan yang berkualiti, kemaskini dan berterusan mengikut keperluan profesionalisme dan prosedur yang ditetapkan.

13

perkembangan semasa yang berkaitan dengan pendidikan sekolah rendah dan menengah.

iii. Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini, kemahiran berfikir dan kemahiranmenjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu profesionalisme mereka supaya menjadi guru yang berdedikasi dan berdaya saing.

akTiViTi UniTLatihan Perkembangan Staf (LPS)

Bil Kursus Tarikh Sasaran1. Kursus Pemantapan Pengurusan BIG & Tutorial untuk Pensyarah Tutor 06/01/2011

(1 hari)Staf Akademik

2.* Kursus Peningkatan Budaya Kerja Cemerlang 21-23/01/2011 (3 hari)

Staf Sokongan

3. Bengkel & Taklimat KKBI untuk Semua Pensyarah Sem 1/ 2011 27/01/2011 (1 hari)

Staf Akademik

4. Kursus Kesedaran MS ISO 9001 untuk Pensyarah dan Staf Sokongan Baharu 09/02/2011 (1 hari)

Staf Akademik & Staf Sokongan

5. Kursus Arahan Perkhidmatan dan Perintah Am 18/02/2011 (4 Jam)

Staf Sokongan

6. Kursus Pengenalan Ibadah Haji dan Umrah (Ekplorasi Haji) 23/02/2011 (1 hari)

Staf Akademik & Staf Sokongan

7. Kursus Penyelidikan Siri 1 2011 03-04/03/2011 (2 hari)

Staf Akademik

8. Basic English For Social Purposes Siri 2 16/03/2011 (1 Hari)

Staf Sokongan

9.* Bengkel Pemuliharaan dan Penjilidan Asas 21-23/03/2011 (3hari)

Staf Sokongan

10. Bengkel Amalan 5S IPG KBL 23/03/2011 (1 Hari)

Staf Akademik & Staf Sokongan

11. Bengkel Pemurnian Fail Meja untuk Staf Sokongan 25/03/2011 (1 Hari)

Staf Sokongan

12.* Kursus ’Lecture Maker’ 04 - 05/04/2011 (2 hari)

Staf Akademik & Staf Sokongan

13. Bengkel Tatarias – Solekan untuk Staf Sokongan 21/04/2011 (1 Hari)

Staf Sokongan

14. Kursus Renang 26/04/2011, 05-06/05/2011

(3 Hari)

Staf Akademik

15. Kursus Tatarias – Gubahan Bunga Untuk Staf Sokongan 19/05/2011 (1 Hari)

Staf Sokongan

16 Kursus Penggunaan Perisian Microsoft Word untuk Staf Sokongan 25/05/2011 (1 Hari)

Staf Sokongan

Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) – MBM

BIL TAJUK (KPKI) TARIKH BILANGAN PESERTA

BILANGAN KURSUS

BILANGAN PESERTA

% BILANGAN KURSUS

%

1 Kursus Pemantapan Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia (SR/SM)

1-3/3/2011 25 1 25 100 1 100

2 Bengkel Penulisan Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia (SR)

8-10/3/2011 25 1 25 100 1 100

3 Kursus Pemantapan Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia Untuk Guru-Guru SJKC

29-31/3/2011 25 1 25 100 1 100

4 Teknik Bercerita Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan (SR/SM)

29-31/3/2011 25 1 25 100 1 100

5 Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan (SR/SM)

10-12/5/2011 25 1 25 100 1 100

6 Kursus Kreativiti Dan Didik Hibur Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia (SR)

4-6/5/2011 25 1 25 100 1 100

7 Pembelajaran Berpusatkan Murid (SR/SM)

10-12/5/2011 25 1 25 100 1 100

8 Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia Berbantukan Komputer (SR/SM)

24-26/5/2011 25 1 25 100 1 100

SASARAN STATUS PELAKSANAAN

14

BIL TAJUK (KPKI) TARIKH BILANGAN PESERTA

BILANGAN KURSUS

BILANGAN PESERTA

% BILANGAN KURSUS

%

1 Peningkatan Kompetensi Berbahasa Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia (SR/SM)

3-29 2011(4 Minggu)

25 1 25 100 1 100

SASARAN STATUS PELAKSANAAN

Kursus Dalam Perkhidmatan KDP 4 Minggu Di Bawah Program MBM Tahun 2011

Kursus / Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI)

COHORT NO. OF PARTICIPANTS

PHASE 1Listening & Speaking

VENUE PHASE 2Reading

Skills

VENUE PHASE 3Writing Skills

VENUE FACILITATORS

1 21 8-10 March 2011

IPG KBL 12-14 March 2011

IPG KBL 24-26 Mei 2011

IPG KBL Pn. Ruth Wong Pn. Rosemary Lee

Pn. Angelia Lee Mrs. Marlene Howkins

2 24 22-24 March 2011

PKG Mukah 6-8 March 2011

PKG Mukah

10-12 Mei 2011

PKG Mukah Pn. Anis Alisya Cik Fraulein En. Nyolet Pn. Shirley En. George

3 23 22-24 March 2011

SK Astana 6-8 March 2011

UPP, PPD Kuching

10-12 Mei 2011

PKG Kuching

Cik Hannah En. Sanjan Pn. Allizah

Pn. Siti AzuraCik Jessica Pn. Sharifah Lina Kha-

liesah

4 23 29-31 March 2011

SK Sam Hap Hui

20-22 April 2011

PKG Kuching

18-20 Mei 2011

PKG Kuching

Pn. Tan Phaik LeePn. Kamariah Mr. Don

Nixon En. Michael Toh

PRO

FIC

IEN

CY

15

PELBAGAI PRoGRAMKELoLAANJABAtAN ILMU PENDIDIKANIPG Kampus Batu Lintang

Pelbagai Aktiviti Prasekolah IPG KBL

Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai pengisian program Semester Jan-Mei 2011. Setiap aktiviti sememangnya bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih sebelum mereka berkhidmat sebagai guru terlatih nanti. Berikut adalah senarai aktiviti yang telah sempurna dilaksanakan setakat Mei 2011.

• Hari Potensi Kanak-Kanak 25 Mei 2011

• Mesyuarat Ibu bapa & Guru serta Gotong Royong 12 Feb 2011

• Pendaftaran Kanak-Kanak Prasekolah di IPGKBL 5-7 Jan 2011

Setiap program telah dilaksanakan dengan pengisian yang amat berguna kepada guru pelatih dalam peningkatan profesionalisme keguruan mereka. Penglibatan serta sokongan dari semua pihak amat memuaskan. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program-program tersebut, terutama pensyarah penasihat, penyelaras, guru Tadika serta para guru pelatih.

Ceramah Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU)Sambutan Perayaan Peringkat Jabatan Ilmu Pendidikan

Satu ceramah tentang Sukan Orang Kelainan Upaya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Bin Basri pada 11 Mei 2011 di Dewan Kuliah A IPGKBL. Sesi ceramah ini melibatkan semua pelajar PISMP pengkhususan Pendidikan Khas dan Pemulihan. Sambutan amat memberangsangkan kerana pada akhir ceramah telah diadakan sesi praktikal berkaitan dengan sukan yang telah diceramahkan.

Lawatan Penandaarasan dari IPG Gaya, Sabah

Sekumpulan pensyarah serta guru Prasekolah dari IPG Kampus Gaya, Sabah telahpun mengadakan program penandarasan Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang, Kuching pada 24 Mei 2011.Sesi perbincangan serta bertukar-tukar pandangan telah diadakah. Banyak manfaat yang telah diperoleh daripada lawatan tersebut. Ahli rombongan berpuas hati dengan layanan diberikan dan perkongsian berguna yang diperoleh.

Pemantauan IPG Kampus Rajang Ke Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang

Demi mempertingkatkan kualiti prasekolah, pemantauan perlu dilakukan. Pada 3 Mei 2011, pemantauan oleh pihak IPG Kampus Rajang ke atas prasekolah IPG Kampus

Batu Lintang telah dilakukan. Ketua Jabatan serta pensyarah prasekoalh telah melakukan pemantauan tersebut. Terdapat beberapa teguran membina yang diperoleh yang diterima secara terbuka demi kebaikan prasekolah IPGKBL. Tuntasnya, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan apa jua program. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Timbalan Pengarah serta para pensyarah atas sokongan dan kerjasama yang telah dan pasti akan terus diberikan untuk menjaya segala program Jabatan Ilmu Pendidikan.

16

laWaTan Pendedahan ilMU PeMenTasan

Pengenalan

PeRanCangan

Pada 8, 9 dan 10 April 2011, sekumpulan pelajar PPISMP BI 4 Ambilan Jun 2010 bersama-sama dengan Puan Kamariah Hj Samsuddin, pensyarah subjek English Studies BI 4 telah ke Kuala Lumpur bagi Lawatan Pendedahan Ilmu Pengetahuan Pementasan. Lawatan tersebut turut dimeriahkan sekali oleh beberapa orang pensyarah dari Jabatan Bahasa iaitu Puan Tan Phaik Lee dan Cik Jessica Lim Su Yee. Dengan adanya bimbingan ketiga-tiga orang pensyarah ini, lawatan kami ke Kuala Lumpur sangat bermakna kerana kami

Lawatan ini merupakan inisiatif kelas tersebut dan sudah dirancang pada tahun sebelumnya. Lawatan ini merupakan langkah pendedahan secara mendalam kepada subjek English Studies, salah satu subjek major dalam pengajian PPISMP TESL.

bukan sahaja dapat memperoleh dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama-sama bahkan dapat mengeratkan hubungan antara satu dengan lain.

Lawatan tiga hari dua malam tersebut menyaksikan para pelajar BI 4 serta para pensyarah pengiring melawat Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC). Di sana, para peserta telah berpeluang menyaksikan INDECINE LIVE 3, sebuah pementasan komedi yang berkisarkan kehidupan rakyat Malaysia.

Saudara Kelvin Wong, Pengarah Urusan KLPAC sedang memberi taklimat kepada para peserta mengenai sejarah KLPAC

Para peserta dan para pensyarah pengiring di lobi KLPAC

Aktiviti pemahaman konsep ruang dalam pementasan yang dibimbing oleh saudara Kelvin.

Latihan lontaran suara serta ekspresi wajah

Latihan penghayatan watakPara peserta telah diberi kesempatan untuk menghayati suasana praproduksi persembahan INDECINE LIVE 3

Sesi fotografi bersama-sama dengan Saudara Kelvin Wong

iPgkBl/PPisMP Bi4Walaupun tempoh lawatan kami adalah suntuk tetapi kami sangat berpuas hati kerana pengalaman yang dicari tiada nilainya. Bukan itu sahaja, pendedahan tentang pementasan sangat berharga bagi kami yang perlu menyiapkan kerja kursus projek: Dramatization’s of Shakespeare’s “ Much Ado About Nothing ”.

KLPAC merupakan tuan rumah yang amat baik. Pihak KLPAC sendiri dengan baik budinya menawarkan suatu bengkel mendalami ilmu pementasan. Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan, antaranya latihan lontaran suara, penghayatan watak dan ruang. Sesungguhnya lawatan ini telah memberi banyak pengalaman serta pengetahuan baru kepada para peserta dan amat bermanfaat bagi persiapan kami untuk menghadapi pementasan Much Ado About Nothing bagi matapelajaran English Studies.

Kami berasa amat bersyukur dan bertuah kerana telah diberi peluang keemasan ini. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam

menjayakan Lawatan Pemerolehan Ilmu Pementasan ini terutama sekali kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Timbalan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang serta seluruh warga Jabatan Bahasa kerana telah menyokong penuh dan membimbing kami dalam menjayakan lawatan ini.

di kUala lUMPUR PeRFORMing aRTs CenTRe (klPaC)

17

PRoGRAM SEKoLAH ANGKAt IPGKAMPUS BAtU LINtANGSK TUNGKAH MELAYU

IPG Kampus Batu Lintang

IPG Kampus Batu Lintang adalah salah satu daripada lima IPG yang telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan Bahasa Inggeris. Selain berperanan sebagai penggerak dan penyumbang ke arah membangunkan modal ihsan yang mampu memenuhi keperluan dalam menangani transformasi pendidikan yang terkini, IPG Kampus Batu Lintang juga mengamalkan sikap perkongsian ilmu dengan ‘stakeholder’ dalam menghasilkan pendidik yang profesional terutamanya dalam bidang pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah. Inisiatif ini diperincikan oleh pihak IPG Kampus Batu Lintang melalui program Sekolah Angkat yang memberi fokus kepada pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris.

Program Sekolah Angkat ini bermatlamat menyokong kukuh usaha kerajaan mentransformasikan bidang pendidikan terutamanya dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah SK Tongkah Melayu di samping memperkemaskan serta memberi penekanan terhadap memperkasakan Bahasa Inggeris.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah program membaca, pendedahan KSSR kepada guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, choral speaking and aktiviti bercerita dalam bahasa Inggeris.

18

LAwAtAN PANEL PENILAI ANUGERAH KUALItI PERKHIDMAtAN AwAM NEGERI SARAwAK PADA 22 JUN 2011

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAySIA

GAMBARAKtIVItI-AKtIVItI

MESyUARAt tUtoR KUMPULAN HEP

19

SEMINAR INtEGRItI PADA 19 APRIL 2011

tAKLIMAt KoKURIKULUM PADA 23 JUN 2011

tAKLIMAt PRAKtIKUM UNtUK PENSyARAH DAN GURU BESAR

20

EKSPEDISI KE GUNUNG KINABALU 6-8 JUN 2011

PERtANDINGAN BERCERItA DI SK LAKSAMANA KUCHING PADA 15 APRIL 2011 SEMPENA BULAN BAHASA SAStERA DAN BUDAyA MELAyU

21

JAMUAN PERPISAHAN PENGARAH

22

KEJoHANAN oLAHRAGA tAHUNAN IPG KAMPUS BAtU LINtANG PADA 9-10 DI PADANG JUBLI KUCHING

23

Permainan Tradisional atau Sukan Tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Tujuan permainan tradisional adalah untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda, merehatkan badan, mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Selain itu, Permainan Tradisional dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan dalam kalangan peserta.

PERMAINAN tRADISIoNALPermainan Tradisional

4 METER

BAKUL

9 Meter

Petunjuk:

Pundi Kacang

Penahan

Penyerang

Pengadil

Di Institut Pendidikan Guru, pelajar Major Pendidikan Jasmani atau Minor Pendidikan Jasmani dikehendaki mengelolakan Permainan Tradisional dalam Subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM3112). Pada 25 April 2011, pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 Kumpulam BM, BC, Pra dan SN IPG Kampus Batu Lintang telah berjaya mengelolakan Permainan Tradisional. Antara Permainan Tradisional yang diadakan ialah Tuju Pot, Guli, Konda-kondi dan Galah Panjang.