Isi Kandungan LADAP

download Isi Kandungan LADAP

of 6

description

LADAP

Transcript of Isi Kandungan LADAP

PENGENALAN

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan latihan dalam perkhidmatan (LDP) sebagai satu kewajipan dan prioriti yang mesti dilaksanakan dalam perancangan kerjaya setiap guru.

LDP perlu diberi kepada guru bagi meningkatkan profesionalisme keguruan.

Perkembangan staf merupakan aspek yang sentiasa diberi perhatian terutama sekali oleh Jemaah Nazir Sekolah apabila mereka membuat pemeriksaan di sekolah.

Jemaah Nazir juga adalah berperanan memastikan sekolah mempunyai perancangan dalam perkembangan staf untuk meningkatkan profesionalisme dan menyampaikan maklumat terkini kepada guru-guru.

Bidang pembangunan staf telah dijadikan teras yang penting dalam aras pembangunan pendidikan negara.

Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemaskini dengan iklim pendidikan.

Latihan berasaskan sekolah (School Based) adalah satu kaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran (PDP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah.

Guru-guru di setiap peringkat dalam sepanjang kerjaya mereka perlu menguasai pengetahuan dan kefahaman baru dan perubahan serta inovasi dalam pendidikan yang menuntut para guru secara berterusan melengkapkan diri agar mereka tetap efektif dan memberi impak langsung terhadap pembelajaran murid.

Kualiti guru dalam konteks ini merujuk kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang dapat ditingkatkan melalui program-program perkembangan profesionalisme.

Bidang-bidang kursus yang dihadiri oleh guru-guru boleh dikategorikan kepada dua:iaitu pertama yang relevan dengan bidang pengkhususannya dan bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas lain yang juga menjadi tanggungjawab guru di sekolah.

KONSEP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Latihan dalam perkhidmatan (LDP) adalah diertikan dengan perkembangan staf dan pembangunan profesional keguruan.Latihan dalam perkhidmatan di sini ditujukan kepada perkembangan dan peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai guru-guru secara berterusan baik dalam bidang pendidikan di sekolah.Pembangunan profesionalisme dilakukan oleh program latihan dalaman dengan tujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam kalangan staf sekolah yang menekankan kesediaan, perancangan, latihan, pelaksanaan dan penilaian (Word dan Thompson 1998)Menurut Phi Delta Kappan (1983; dalam Mahadavan 1990) berpendapat pendidikan dalam perkhidmatan menyediakan maklumat dan latihan berterusan kepada para guru.

Aktiviti yang diambil kira dalam LADAP adalah:KursusBengkelTaklimat ProfessionalSeminarSesi Input In-houseHari ProfesionalTUJUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Latihan dalam perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru bagi meningkatkan profesionalisme keguruan.

Latihan dalam perkhidmatan secara school-based adalah sebahagian daripada proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagi memastikan anggota KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini.

Usaha meningkatkan pengetahuan dan menyampaikan maklumat baru bukan sahaja diperlukan oleh guru yang baru mula bertugas malah penting juga kepada guru-guru yang telah lama mengajar.

Keperluan guru mendapat maklumat terkini dianggap penting kerana mereka adalah merupakan sumber utama dalam menyampaikan ilmu dan melaksanakan dasar-dasar serta peraturan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Latihan dalaman ini penting untuk meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Latihan ini penting dijadikan sebagai asas untuk membuat keputusan cara yang lebih berkesan untuk memantapkan prestasi pekerja dan menjamin produktiviti organisasi.

Pihak pentadbir sekolah khususnya dapat merancang dan bertindak menggunakan strategi program latihan untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Keperluan latihan dalaman penting untuk meningkatkan kompetensi terutama mengajar dan membimbing pelajar.

Guru-guru merupakan pelaksana kurikulum dalam sistem pendidikan formal. Oleh itu, penyediaan guru yang profesional dengan pengisian latihan-latihan dalaman mengikut kehendak pendidikan semasa adalah penting bagi menghadapi cabaran dan perubahan dalam dunia pendidikan.

Latihan dalaman untuk guru-guru perlu diperbanyakkan dan lebih meluas serta berterusan untuk perkembangan potensi diri para pendidik dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

Latihan dalam perkhidmatan dianggap sebagai alat yang paling berkesan dalam memberi latihan dan latihan semula kepada guru-guru yang meliputi pengetahuan dan kemahiran baru kepada guru dalam meneruskan kerjaya bagi mengharungi cabaran dunia pendidikan.

Perubahan yang berlaku dalam kurikulum serta fungsi sekolah telah membawa kepada peningkatan keperluan terhadap program latihan dalam perkhidmatan (LDP) serta program-program perkembangan profesionalisme guru.

Pentingnya pembangunan profesional guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) negara.

Keperluan mengadakan latihan dalaman bergantung kepada keadaan semasa dan persekitaran sesebuah sekolah khususnya bagi kepentingan pembangunan sekolah sama ada kepada guru sebagai staf bagi mempertingkatkan kerjaya sebagai pendidik atau kepada pelajar sebagai pelanggan bagi membangunkan potensi individu untuk menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut Bradley et al. (1991), program latihan pembangunan profesional harus memainkan tiga fungsi utama pada organisasi iaitu stabilisasi, peningkatan dan inovasi.

Analisis keperluan latihan adalah penting untuk menentukan bidang-bidang latihan yang diperlukan oleh guru agar ia dapat menjayakan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan (LDP) di sekolah.

Kajian lepas telah mendapati guru yang berkhidmat dari lima hingga tujuh tahun mengajar adalah kebanyakan guru telah dianggao kurang efektif.

Menurut Sazali (1993) dengan dapatan kajian Jeff (1986) yang mendapati keperluan perkembangan staf untuk guru-guru yang lama berkhidmat.

Di Malaysia secara amnya objektif program latihan dalam perkhidmatan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan profesionalisme guru (Mohammad Mortadza, 2005)

Menurut dapatan Al-Ramalah (1992), guru-guru muda mempunyai objektif berlainan berbanding dengan guru-guru yang berpengalaman lebih dari sepuluh tahun dalam menentukan objektif mereka mengikuti LDP yang dijalankan.

Tujuan pelaksanaan ini adalah meningkatkan kapasiti dan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan secara langsungnya dapat meningkatkan pencapaian prestasi sekolah.

PERNYATAAN MASALAH:

Kajian David Hayes (1989), mendapati kekurangan pendedahan terhadap aspek kemahiran metadologi pengajaran dan pembelajaran kurikulum mata pelajaran Bahasa Inggeris menyatakan keperluan yang amat mendesak kepada kehadiran PPPG dalam bidang kurikulum. Keperluan menghadiri PPPG dilihat sebagai amat penting dalam meningkatkan pengetahuan profesionalisme guru bermula daripada setelah tamat praperkhidmatan di institut-institut perguruan mahupun universiti-universiti sebagai menerima cabaran pendidikan yang sentiasa up-to-date sejajar dengan perkembangan semasa khususnya terhadap perubahan dan perkembangan kurikulum (Cellia, 2004)

Harris et. Al (1969) telah mengatakan bahawa latihan adalah penting kepada guru kerana:

Persediaan praperkhidmatan kakitangan profesional jarang sempurna (ideal) dan pada asasnya adalah pendahuluan untuk persediaan profesion.

Perubahan pendidikan dan sosial pada sesuatu masa menjadikan amalan semasa itu ketinggalan zaman atau kurang berkesan dalam masa yang singkat. Ini adalah mengenai kaedah-kaedah, teknik dan isi pengetahuan.

Kaedah baru harus didedahkan kepada guru. Guru digalakkan memperolehi idea-idea baru untuk mempertingkatkan status profesionalisme perguruan.

Semangat guru boleh dirangsang dan dipelihara melalui pendidikan dalam perkhidmatan.

Taylor (1993) berpendapat sungguhpun guru-guru mempunyai kelayakan professional selepas tamat kursus perguruan asas, para guru masih menghadapi masalah-masalah dan kesukaran yang memerlukan bantuan untuk mengatasinya. Maka melalui kursusu dalam perkhidmatan, para guru boleh berpeluang meningkatkan kemahiran mengajar dan dengan itu mereka akan berada dalam keadaan terkini apabila berlaku perubahan.

PENGURUSAN LADAP (KAITKAN DENGAN MODEL)

Penyumbang perkembangan staf ini mungkin terdiri daripada guru-guru senior atau mereka yang baru menghadiri kursus atau pihak-pihak luar yang mempunyai kemahiran tertentu.

Dalam melaksanakan aktiviti perkembangan staf, beberapa aspek dan komponen yang perlu diberi perhatian seperti kaedah penyampaian di mana banyak teori oleh pengkaji-pengkaji tentang keberkesanan aktiviti ini.

Kaedah penyampaian boleh melalui syarahan, perbincangan, kerja kumpulan, main peranan atau kaedah simulasi. Bagi memberi kesan yang baik kepada peserta maka penggunaan alat-alat seperti kamera, video, pita perakam, komputer, OHP dan sebagainya adalah perlu digunakan.

MODEL PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (JURNAL IMPLIKASI LDP KPD GURU2 SEKOLAH RENDAH)Peringkat 1: kesediaan

Peringkat 2: merancang

Peringkat 3: latihan

Peringkat 4: pelaksanaan

Peringkat 5: pengekalan

Beberapa garis panduan pengoperasian latihan dalam perkhidmatan telah dikeluarkan bagi memastikan perlaksanaannya berjalan dengan jayanya. Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) diperlukan mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari kursus LDP setahun.

Program latihan dianjurkan oleh pihak sekolah, antara aktiviti yang diambilkira ialah kursus, bengkel, seminar, Hari Profesional, Taklimat Profesional dan In House Training.

Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri dan dikumpul 6 jam dianggap satu hari berkursus.

Menurut Al-Ramalah (1992), latar belakang peserta seperti jantina, umur, pengalamana dan kelayakan perlu diambil kira semasa mengatur program LDP.

Mengikut Ong (1992), kaedah latihan mempengaruhi keberkesanan program latihan dalam perkhidmatan. Menurut beliau lagi kaedah latihan yang diberikan seperti kaedah yang lebih aktif seperti main peranan, simulasi boleh menarik minat guru-guru terutama guru yang berpengalaman.

Lawrence (1974) juga bersetuju dengan pendapat yang sama iaitu faktor pengalaman dan latar belakang guru memberi kesan kepada kaedah kursus dalam perkhidmatan yang digunakan.

KEBERKESANAN PELAKSANAAN

Keberkesanan latihan di dalam kajian ini merujuk kepada perlaksanaan latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek kesesuaian masa, fasilitator, kaedah, kepentingan dan pemantauan yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk mencapai visi dan misi.

MASA

Dapatan Lambert (1989), terdapat juga segelintir guru yang merungut tentang masa latihan diadakan. Kegagalan program LDP yang dihadiri apabila sessi latihan merupakan bengkel yang terlalu singkat. Bengkel yang singkat tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk latihan memberi impak kepada amalan yang sebenar.

FASILITATOR

i.Faktor lain yang mendorong keberkesanan LDP ialah fasilitator.

Penggunaan dan kaedah latihan yang sesuai dengan tajuk dan objektif akan memberi kesan baik kepada peserta program LDP.

Pengendalian harus menggunakan teknik yang boleh melibatkan peserta secara aktif dan maksimum.

Fasilitator yang dipilih adalah terdiri guru-guru di sekolah yang sama yang mempunyai pengalaman.

Kaedah yang digunakan semestinya sesuai dengan berbagai peringkat kebolehan, kelulusan dan pengalaman guru yang menyertai latihan itu.

Fasilitatou yang berkesan perlu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah.

Hanya dengan cara ini fasilitator dapat menyediakan dengan keadaan sebenar dunia pengajaran dan pembelajaran.

Ini disokong oleh dapatan Mohd Radzi (1995), penggunaan pendekatan oleh fasilitator dan kaedah latihan yang sesuai akan memberi kesan yang baik kepada peserta program latihan dalam perkhidmatan.

PEMANTAUAN

i.Faktor lain yang ingin dilihat ialah proses penyeliaan terhadap latihan dalaman itu

sendiri oleh pihak pengurusan.

ii.Ini dikira aspek penting semasa dan selepas latihan untuk melihat kekuatan dan

kelemahan daripada latihan dalaman yang telah dijalankan.

iii.Dengan itu tindakan susulan wajar diambil untuk memperbaiki atau

mempertingkatkan program pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan klien,

kurikulum guru dan organisasi.

Iv.Hewton (1988), ini menunjukkan tindakan selepas berakhir program latihan itu akan

memastikan segala kekurangan diperbaiki malah segala kelebihan dipertingkatkan

bagi semua pihak yang terlibat.

Pihak pentadbiran sekolah harus peka dan mengesan keperluan sekolah dan guru-guru dalam melaksanakan program-program latihan dalam perkhidmatan dengan mengambil kira aspek-aspek pelaksanaan LDP.

Pengetua haruslah melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum latihan school-based dapat dilaksanakan:

Menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah

Mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru

Memuat turun modul latihan

Membuat rujukan dari pelbagai sumber

Mengadakan sesi pemantapan kandungan modul bersama ahli jawatankuasa school-based.

Melaksanakan school-based kepada guru-guru

Mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan

Melaksanakan kajian impak keberkesanan latihan

Semua permohonan kursus/latihan dan kehadiran peserta bagi latihan secara school-based hendaklah melalui aplikasi sistem pengurusan latihan guru (e-SPLG)

B.KAEDAH PELAKSANAAN

Latihan dalam perkhidmatan secara School-based dapat dilaksanakan di peringkat sekolah melalui kaedah berikut:

Kaedah latihan

Kursus perluasan dasar-dasar KPM

Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah

ii.Sesi pembelajaran

iii.Pembelajaran Kendiri

Pembacaan buku

Secara e-pembelajaran

Iv.Bagi kursus LDP school-based yang dirancang melebihi daripada empat jam

hendaklah menggunakan hari Sabtu sebagai hari berkursus.

V.Pelaksanaan juga boleh diadakan secara bersiri sama ada selama satu jam atau dua

jam pada hari-hari bekerja biasa dan dijadualkan mengikut keperluan.

Vi.Perkongsian pembelajaran kendiri dalam sesuatu perjumpaan juga boleh diambil kira

sebagai 1 hari berkursus sekiranya mencukupi 6 jam pembentangan.

HASIL LADAP (HUBUNGAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DENGAN PRESTASI KERJA)