Isi Kandungan Muka Surat - Sarawak
Transcript of Isi Kandungan Muka Surat - Sarawak
Isi Kandungan Muka
Surat Isi Kandungan Perutusan Pengerusi Majlis Daerah Lubok Antu i Perutusan Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu ii Penghargaan iii Ringkasan Eksekutif
iv
1. LATARBELAKANG KUMPULAN
Nama Kumpulan, Logo dan Sejarah Penubuhan Kumpulan 1 Carta Organisasi Kumpulan 2 Nama Kumpulan dan Keahlian serta Lokasi Penempatan 3 Pencapaian Kumpulan Sebelum 4 Penyertaan dan Komitmen Ahli dan Penyiapan Projek
4
2. SIGNIFIKAN PROJEK
Tajuk Projek dan Pernyataan Masalah 5 Mengenalpasti Masalah
(Fungsi Jabatan,Visi, Misi Jabatan, Piagam Pelanggan)
5
Memenuhi Kehendak Pelanggan
(Data Input : Soal Selidik)
5
Kaitan Dengan Keadaan dan Ekosistem Semasa 6 Sebelum dan Selepas Perlaksanan Inovasi 6 Signifikasi Senario Dikenalpasti (Hasil Analisa Data) 7 Garis Panduan Terlibat (Pematuhan)
7
3. TINDAKAN PENYELESAIAN
Pelan dan Strategi Tindakan Penyelesaian
Kaedah : (5W1H), Slot Analysis, Scamper, PDCA
8-10
Penghasilan Prototype 11-12 Tindakan Uji Cuba 13-14 Pengesahan Kawalan Mutu Produk Daripada Pihak Bertauliah
15
4. KEBERHASILAN PROJEK
Hasil Projek Secara Keseluruhan
(Jangka Masa Pendek –Outcome)
16
Penjimatan Hasil (Kos/Masa/Sumber Manusia) 16-17 Peningkatan Kualiti dan Produktiviti
(Jangka Masa Panjang-Impak)
17-18
Analisa Kos dan Kaedah (ROI) 18 Perbandingan Sebelum dan Selepas
(Proses Carta Alir / Model)
19
Impak Projek (Sosial, Ekonomi dan Persekitaran)
19
5. PERKEMBANGAN PROJEK
Penyeragaman di Peringkat Jabatan dan Organisasi 20 Langkah-langkah Perlindungan Inovasi (Harta Intelek) 21 Tindakan Replikasi atau Pengkomersialan 22 Kekangan Projek dan Pembelajaran Diperolehi (Lesson Learn) 23 Penutup 24
LAPORAN KIK2019_LEONORA
Saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Lubok Antu kerana berjaya menubuhkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu kumpulan LEONORA. Dengan penubuhan KIK ini akan dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada orang awam menerusi penghasilan produk baharu yang berinovasi dengan idea-idea kreatif dan segar untuk penambahbaikan perkhidmatan yang sedia ada. Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua ahli Kumpulan Leonora yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini.
Encik Richard Anak Ngumbang Pegawai Daerah Lubok Antu Merangkap Pengerusi Majlis Daerah Lubok Antu
Perutusan Pengerusi
Majlis Daerah Lubok Antu
LAPORAN KIK2019_LEONORA / i
Saya ingin merakamkan penghargaan ribuan terima kasih kepada ahli Kumpulan
Inovatif dan Kreatif LEONORA kerana berjaya menubuhkan pasukan tersebut di peringkat
Majlis Daerah Lubok Antu.
Kumpulan KIK ini akan menjadi harapan Majlis untuk mencipta idea-idea baru yang
dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan Majlis dan pencapaian yang dapat
menaikan imej Majlis Daerah Lubok Antu. Penubuhan kumpulan KIK ini adalah
bersesuaian dengan objektif sebenar KIK iaitu untuk menyemai dan menerapkan nilai
serta etika kerja yang positif dalam kalangan warga kerja Majlis Daerah Lubok Antu.
Kumpulan LEONORA juga dapat menggalakkan ahli kumpulan menghasilkan idea-
idea yang inovatif dan kreatif dalam memberi perkhidmatan yang bermutu. Selain itu, ia
dapat membantu mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pihak pengurusan dan
pekerja.
Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK) Majlis Daerah Lubok Antu. Saya percaya dan yakin Majlis Daerah Lubok Antu
berpotensi untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang di masa hadapan.
Encik Tommy Anak Laman Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu
Perutusan Pemangku Setiausaha
Majlis Daerah Lubok Antu
LAPORAN KIK2019_LEONORA / ii
Penghargaan Kumpulan LEONORA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepasa semua warga Majlis Daerah Lubok Antu yang telah terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam memberi sokongan moral untuk kami
menjayakan projek kali ini. Kumpulan kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada Pengerusi Majlis Daerah Lubok, Encik Richard Anak Ngumbang yang telah
memberi galakan serta dorongan bagi menjayakan aktiviti Jabatan seperti Kumpulan
Inovatif Dan Kreatif (KIK). Penghargaan ini juga kami tujukan kepada Encik Tommy
Anak Laman, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu di atas sokongan
sepenuhnya kepada Kumpulan kami.Tidak lupa juga kepada Encik Steve Miller Anak
Nuas sebagai penyelaras,Kumpulan KIK LEONORA yang banyak membantu kumpulan
ini.
Kumpulan LEONORA juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
Ketua Bahagian serta kakitangan Majlis Daerah Lubok Antu yang membantu dalam
tindakan penyeragaman projek Kumpulan kami. Kerjasama kalian amatlah kami
hargai. Tidak lupa juga kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Sarawak kerana banyak memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada Kumpulan
LEONORA.
Leonora,2019
Penghargaan
Kumpulan LEONORA
LAPORAN KIK2019_LEONORA / iii
Bidang Inovasi : Penyampaian Perkhidmatan
Kategori Inovasi : Kategori Penambahbaikan
Tarikh Inovasi Siap : 29 September 2017
Kumpulan KIK LEONORA terdiri daripada 9 orang ahli kakitangan Majlis Daerah Lubok Antu.
Projek yang bersifat sebagai turapan alternatif (alternative patching) untuk mengatasi masalah jalan
yang berlubang atau rosak sangat sesuai untuk dikaji. Skop kajian tertumpu di kawasan jalan
kampung yang berhubung kepada pekan serta sekitar pekan Engkilili. Masalah jalan berlubang dan
rosak yang berlaku mengundang bahaya keselamatan orang awam dan kerosakan kepada
kenderaan pengguna jalan raya.
Berdasarkan permasalahan dan isu inilah, KIK LEONORA ditubuhkan untuk bersama-sama
bergabung idea bagi memantapkan serta menaiktaraf bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan inovasi projek KIK INNOPATCH. Kekurangan dari segi tenaga kerja dalam bidang
teknikal di kalangan kakitangan Majlis telah membentuk satu gabungan idea kreatif untuk
menyelesaikan kos turapan konvensional iaitu konkrit dan premix. Dari segi kos masa juga
dititikberatkan untuk tujuan penyelesaian perlaksanaan turapan secara segera.
Produk INNOPATCH V.3 telah pun diiktirafkan oleh pihak komuniti terutamanya penduduk di
sekitar kawasan yang terlibat dengan masalah jalan yang berlubang. Ini dapat dibuktikan dengan
kejayaan ketahanan produk INNOPATCH yang mampu menyaingi produk konvensional di mana
memerlukan kos penyelenggaraan yang mahal. Selain daripada itu, produk INNOPATCH V.3
mendapat pujian pihak komuniti kerana ianya mudah dan senang untuk diselenggarakan malah kos
untuk membeli jauh lebih murah daripada produk konvensional di pasaran. Pihak PBT terutamanya
Majlis Daerah Lubok Antu diberi pujian pihak komuniti kerana berjaya memberi perkhidmatan
penyelenggaraan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jalan yang berlubang serta berisiko
kepada pengguna jalan raya.
RINGKASAN
EKSEKUTIF
LAPORAN KIK2019_LEONORA /iv
1. LATARBELAKANG KUMPULAN
NAMA KUMPULAN DAN LOGO
Nama Kumpulan : LEONORA
Rajah 1: Logo Kumpulan LEONORA
Nama Organisasi : MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU
Alamat : JALAN PENGHULU IMONG AK. AWAN, 95800 ENGKILILI
No. Telefon & Faks : 083-563015 (O), 083-563144 (F)
Tarikh Kumpulan ditubuhkan : 01 JANUARI 2016
Bilangan Ahli : 9 orang
SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN
Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi Majlis Daerah Lubok Antu dikenali dengan nama
LEONORA. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 2016. Nama LEONORA
dipilih sempena dengan nama sebuah kubu lama iaitu “Fort LEONORA” yang terletak
di pekan Engkilili. Menurut sejarah, kubu ini dibina hanya untuk memusatkan sistem
pentadbiran Sarawak Kingdom di Engkilili. Kubu tersebut dinamakan bersempena
dengan nama puteri sulung kepada Rajah CV Brooke iaitu yang bernama Dayang
LEONORA Margaret Brooke.
1.LATARBELAKANG
KUMPULAN
LAPORAN KIK2019_LEONORA / 1
PENYELARAS
Steve Miller Anak Nuas
KETUA KUMPULAN Doris Anak Henry
SETIAUSAHA KUMPULAN Fyrallina Dondon Anak Ramsay
AHLI KUMPULAN
Boniface Ak Mussin
Jimmy Ak Judan
Desmond Ak Liang
Jackson Jacob Ak Lagan
Abdul Rahman Bin Abdullah
BENDAHARI KUMPULAN Coryin Anak Chendan
CARTA ORGANISASI
KUMPULAN
Jackson Jacob,Desmond Liang,Boniface,Jimmy,Abdul Rahman Coryin,Fyrallina,Doris LAPORAN KIK2019_LEONORA / 2
Nama Ahli/Jawatan
Peranan / Fungsi /Lokasi Penempatan
Steve Miller anak Nuas Penolong Akauntan, W29
Bahagian Perbendaharaan – Unit Hasil Am
Penyelaras Kumpulan
Membimbing ahli kumpulan
Memastikan kumpulan menumpukan aktiviti terhadap projek yang dijalankan
Membuat laporan kepada pihak pengurusan terhadap setiap perkembangan projek seperti yang dirancang.
Doris anak Henry
Penolong Akauntan, W29
Bahagian Perbendaharaan
Ketua Kumpulan Merancang dan memantau projek yang dilaksanakan Memastikan perjalanan projek dijalankan mengikut
perancangan yang telah ditetapkan
Bertanggungjawab terhadap kelancaran semua aktiviti-aktiviti projek
Fyrallina Dondon Anak Ramsay Pembantu Tadbir (P/O),N19
Bahagian Pentadbiran
Setiausaha Kumpulan
Menyediakan notis,minit mesyuarat dan surat-menyurat projek
Mencatat minit mesyuarat.
Menyediakan laporan, slideshow
Membuat kertas kerja kumpulan
Coryin anak Chendan Pem. Kesihatan Awam, U19 Bahagian Kesihatan Awam
Bendahari Kumpulan Merancang perbelanjaan untuk kumpulan. Menguruskan hal logistik dan penginapan
Membantu dalam menyediakan laporan, slideshow
Membuat kertas kerja kumpulan
Boniface anak Mussin Pembantu Penilaian, W19
Bahagian Penilaian dan Kadaran
Ahli Kumpulan
Memantau perlaksanaan projek.
Memantau dan mengumpul data selepas uji cuba dijalankan.
Membantu membuat kertas kerja kumpulan
Jackson Jacob Anak Lagan Pembantu Penilaian, W19
Bahagian Penilaian dan
Kadaran
Ahli Kumpulan
Menyediakan kertas projek
Bertanggungjawab dalam menganalisis keberkesanan cadangan penyelesaian
Membuat analisa dalam bahagian teknikal Desmond anak Liang
Pembantu Operasi, N11 Bahagian Kerja Raya
Ahli Kumpulan
Menyediakan kertas kerja projek
Bertanggungjawab dalam pengumpulan data berkenaan aduan pelanggan dan borang soal selidik
Jimmy anak Judan Pekerja Awam, R1 Bahagian Pentadbiran
Ahli Kumpulan
Bertanggungjawab dalam pengumpulan data berkenaan projek iaitu melalui kaedah pemerhatian
Abdul Rahman bin Abdullah Pekerja Awam, R1
Bahagian Kerja Raya
Ahli Kumpulan
Memantau perlaksanaan projek.
Bertanggungjawab mengumpul data selepas uji cuba dijalankan.
NAMA KUMPULAN DAN KEAHLIAN SERTA
LOKASI PENEMPATAN
LAPORAN KIK2019_LEONORA /3
Tarikh Perkara PERKARA Bintang
2015 Kingwood
Resort Mukah Telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak 2015
2016 RH Hotel, Sibu Telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak 2016
2017 Imperial Hotel, Miri
Dijemput untuk mengadakan pameran semasa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Sarawak 2017.
-
Gambar 1 :Ahli Kumpulan LEONORA yang menyertai Konvesyen KIK di Miri (Kanan) dan Sibu (Kiri)
PENYERTAAN DAN KOMITMEN AHLI DAN PENYIAPAN PROJEK .
Gambar 2 : Kumpulan LEONORA mengadakan mesyuarat dan kerja - kerja penambahbaikkan serta ujicuba dilakukan
selepas waktu pejabat
PENCAPAIAN KUMPULAN
(Sebelum)
LAPORAN KIK2019_LEONORA / 4
2. SIGNIFIKAN PROJEK
Tajuk Projek : INNOPATCH VERSI 3
Pernyataan Masalah: Projek yang bersifat sebagai turapan alternatif untuk mengatasi
masalah jalan yang berlubang atau rosak sangat sesuai untuk dikaji. Skop kajian tertumpu di
kawasan Engkilili. Masalah jalan berlubang dan rosak yang berlaku mengundang bahaya
keselamatan orang awam dan kerosakan kepada pengangkutan.
Masalah yang dikenalpasti berkait secara langsung dengan perkara berikut iaitu:
VISI
Ke Arah Kelestarian Persekitaran Kehidupan. (Towards sustainable living environment.)
MISI
Kami komited untuk membangunkan persekitaran kehidupan lestari melalui tadbir urus yang baik dan perkhidmatan Majlis yang cemerlang serta berorientasikan rakyat. (We are committed to develop sustainable living environment through excellent rakyat oriented council service and governance.)
PIAGAM PELANGGAN
Memastikan piagam pelanggan tercapai iaitu “memberi respon
kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status
pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi
tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima”.
SEBAB PERMUKAAN JALAN BERLUBANG
- Faktor cuaca
- Pengangkutan Berat
MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN
DATA INPUT : SOAL SELIDIK
Kumpulan LEONORA telah menjalankan Soal Kaji Selidik dan diedarkan kepada 20
penduduk di kawasan Engkilili. Borang soal selidik ini digunakan sebagai bahan utama untuk
mengenalpasti kajian terhadap penyelenggaraan jalan Majlis yang berlubang/rosak di
kawasan Engkilili.
Dengan menggunakan kaedah ini, ianya lebih memudahkan kumpulan kami untuk membuat
kajian mengenai penyelenggaraan jalan Majlis yang berlubang/rosak dikawasan Engkilili.
Borang pengumpulan data direka untuk memudahkan tugasan merekod keputusan yang
diperoleh dari pengumpulan data tersebut.
Gambar 3: Borang Soal Selidik
diedarkan kepada
penduduk di sekitar
kawasan Engkilili
2.SIGNIFIKAN PROJEK
LAPORAN KIK2019_LEONORA /5
KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA Jalan berlubang akan menghalang kelancaran trafik lalu lintas. Ini disebabkan oleh pengguna jalan raya terpaksa mengelak jalan berlubang kerana faktor keselamatan dan kerosakan pada kereta. Di samping itu, faktor cuaca juga menyebabkan jalan berlubang. Kerja penyelenggaraan yang dipraktikkan, mengambil masa yang panjang serta menggunakan jentera bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang. Ini menyebabkan pernambahan kos bagi kerja berkaitan. Apabila kerja pembaikan mengambil masa yang lama, kualiti perkhidmatan PBT akan menurun. Rasa ketidakpuasan hati pengguna jalan raya terhadap tindakan oleh PBT sering dipertikaikan. Kaedah untuk kerja penyelenggaraan jalan berlubang sebelum ini menggunakan kaedah Asphaltic dan Conventional. Justeru itu, kumpulan telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan inovasi yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi mengurangkan kos kerja penyelenggaraan. DATA SOAL SELIDIK (SEBELUM DAN SELEPAS)
Gambar 4:
Borang Soal Selidik (Sebelum) diedarkan kepada penduduk di sekitar Kawasan Engkilili *Sila rujuk Lampiran 1
Gambar 5:
Borang Soal Selidik (Selepas) diedarkan kepda penduduk di sekitar Kawasan Engkilili *Sila rujuk Lampiran 2
LAPORAN KIK2019_LEONORA /6
Graf 1 : Soal kaji selidik sebelum dan selepas pelaksanaan INNOPatch
SIGNIFIKASI SENARIO DIKENALPASTI Hasil daripada soal selidik masalah jalan berlubang semakin menurun di kawasan
Engkilili iaitu dari 0% ke 100% berdasarkan kaji soal selidik terhadap 20 orang responden. Peningkatan sebanyak 50% menunjukkan proses penyelenggaraan jalan raya dapat
dilakukan dengan kadar segera. Ini kerana wujudnya produk INNOPatch.
90% daripada responden berpendapat bahawa kerja-kerja penampalan jalan berlubang tidak menghalang kelancaran trafik di Engkilili serta meningkatkan kadar keselamatan jalan raya di kawasan Engkilili.
Tahap keselesaan jalan raya di kawasan Engkilili mempunyai tahap yang memuaskan dengan peningkatan sebanyak 30% berdasarkan maklum balas daripada responden.
Peningkatan sebanyak 45% menunjukkan kesedaran kewujudan produk yang boleh mempercepatkan proses penampalan jalan berlubang di Engkilili.
Kesimpulannya, produk INNOPatch mampu mengurangkan masalah jalan berlubang
di kawasan Engkilili yang dihadapi oleh kumpulan sasaran iaitu penduduk sekitar Engkilili.
Peningkatan kepada 85% daripada hasil kaji soal selidik yang dijalankan selepas
pelaksanaan INNOPatch.
Piagam Pelanggan Jabatan
Piagam Pelanggan Jabatan Jenis perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan termasuk:-
1. Memberi maklum balas
terhadap aduan yang realistik
dalam tempoh tidak melebihi
tiga (3) hari bekerja dari tarikh
aduan diterima.
Pihak Berkuasa Tempatan yang memberikan perkhidmatan bagi memenuhi aspirasi rakyat, maka produk INNNOPATCH V3 ini sudah pasti akan memberikan respon terbaik dalam kadar segera. Dengan perkiraan serta anggaran bahawa produk ini dapat disiapkan dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) jam, sudah pasti matlamat di dalam Piagam Pelanggan untuk memberi respon di
dalam tempoh dua puluh empat (24) jam akan tercapai.
LAPORAN KIK2019_LEONORA /7
3. TINDAKAN PENYELESAIAN Hasil daripada sumbang saran idea ahli kumpulan, maka dipersetujui untuk menjalankan uji cuba bagi menggantikan batu dan pasir menggunakan surat khabar lama. Selain itu, ahli kumpulan juga berpendapat bahawa hingga ke hari ini, tidak pernah mana-mana syarikat pembinaan menggantikan batu dan pasir dengan komponen lain. Ahli kumpulan LEONORA juga melakukan kajian inovasi ini di internet dan mendapati bahawa tidak pernah mana-mana agensi menjalankan kajian tersebut. Keunikan idea projek ini dapat dilihat kepada penggunaan surat khabar lama bagi menggantikan komponen konvensional iaitu pasir dan batu. Hasil inovasi ini juga dapat menggantikan kaedah konvensional dalam penurapan jalan berlubang. Maka dengan itu terciptanya produk prototaip INNOPATCH V3. Fasa 1: Penjanaan Idea dan Penyelesaian Masalah (5W1H)
5W 1H Innopatch V1 Innopatch V2
What (Apa) Memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan satu campuran kerana perlu membuat satu blok sebelum kerja-kerja penampalan dibuat di tapak.
Hanya campuran kering dan mudah untuk digunakan.
Kekuatan di tapak konkrit campuran sekitar Gred 10.
Kekuatan konkrit kenaikan konkrit campuran ke Gred 20.
Menggunakan pengisar untuk menghancur kertas ke dalam serbuk kertas.
Rekabentuk mesin yang betul untuk meningkatkan kecekapan.
Why (Mengapa)
Ambil masa yang lama untuk menampal jalan yang 16 jam.
Hanya 1 jam untuk melakukan jalan menampal.
Kapasiti beban maksimum adalah 9.8 N/mm2.
Kapasiti beban maksimum adalah 20.04 N/mm2.
Memerlukan masa dan tenaga kerja untuk menyiapkan campuran kertas.
Mengoptimumkan pengeluaran serbuk kertas.
When (Bila) Semasa penyediaan blok konkrit semasa kerja penampalan di tapak.
Kerja penampalan lebih mudah di mana produk boleh terus digunakan di tapak.
Ujian makmal. Ujian makmal.
Semasa pengeluaran Semasa pengeluaran
Who (Siapa) • Pihak Berkepentingan • Kakitangan / tenaga kerja • Orang awam
• Pihak Berkepentingan • Kakitangan / tenaga kerja • Orang awam
Where (Dimana)
Bidang kuasa Majlis Daerah Lubok Antu Bidang kuasa Majlis Daerah Lubok Antu
How (Bagaimana)
Mengambil masa yang lama untuk menukar blok konkrit ke serbuk kertas dengan menggunakan pengisar untuk membuat serbuk kertas
Menambah campuran / kimia
Susun semula bahagian campuran bahan
Mereka bentuk mesin yang sesuai
3. TINDAKAN PENYELESAIAN
LAPORAN KIK2019_LEONORA /8
Jadual 2 : 5W 1H
Rajah 2 : SWOT ANALYSIS Fasa 2: Menentukan penyelesaian masalah menggunakan SWOT ANALYSIS Fasa 3: Pembentukan Idea Berfikir di luar kotak (menjana idea-idea baru) untuk mengenal pasti penyelesaian baru menggunakan teknik SCAMPER.
S Substitute Menggantikan blok konkrit ke bentuk serbuk kertas.
C Combine Penggunaan teknologi konkrit semasa untuk penambahbaikan produk sedia ada.
A Adapt Produk boleh dikategorikan sebagai konkrit ringan.
M Modify Menambahkan bahan campuran bagi mengurangkan masa pengeringan di tapak.
P Put To Another Use
Boleh digunakan sebagai konkrit pasang siap.
E Eliminate Menghapuskan blok konkrit kerana ia adalah tidak sesuai bagi tujuan komersial.
R Reverse Pengubahsuaian bahan campuran untuk mengurangkan masa pengeringan.
Jadual 4: Teknik SCAMPER
LAPORAN KIK2019_LEONORA /9
PELAKSANAAN IDEA PENYELESAIAN
Input Output (kesan ke atas
kumpulan sasaran)
Keputusan
Menukar produk dari blok konkrit ke dalam bentuk serbuk.
Produk lebih memudahkan pekerja binaan kerana tidak perlu memotong konkrit untuk dimuatkan ke dalam jalan berlubang.
Menjimatkan masa kerana produk boleh dibancuh terus dan digunakan untuk menampal jalan berlubang. Orang awam boleh mengendalikan bahan campuran mengikut sukatan yang telah disediakan.
Meningkatkan kapasiti muatan maksimum produk daripada 9.8 tan kepada 20.04 tan
Memastikan lubang jalan yang ditampal boleh menampung beban yang berat seperti lori dan sebagainya.
Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Mereka bentuk mesin yang sesuai untuk menghancurkan surat akhbar menjadi serbuk kertas.
Memaksimumkan pengeluaran serbuk kertas.
Meningkatkan jumlah jualan dan memenuhi permintaan pelanggan.
Jadual 5: Idea dan Penyelesaian
KITARAN PDCA
ACT:
1. Penjimatan masa.
2. Produk ini boleh
menampung 20 tan
muatan.
3. Meningkatkan jumlah
pengeluaran sebanyak
17%.
PLAN:
1. Menambahbaik produk
dengan menggantikan blok
konkrit ke bentuk serbuk.
2. Meningkatkan kapasiti
muatan maksimum produk
3. Mengubahsuai mesin
pengisar.
CHECK:
1. Memerlukan mesin
pemotong dan tenaga kerja
tambahan.
2. Produk ini dianggap
sebagai gred 20.
3. Mesin yang telah
diubahsuai dapat
menghasilkan serbuk kertas
sebanyak 7kg / jam.
DO:
1. Produk ini lebih mudah untuk
dikomersialkan kepada
pelanggan.
2. Menjalankan ujian kekuatan
mampatan.
3. Ujian ke atas output
maksimum serbuk kertas yang
dihasilkan oleh mesin.
LAPORAN KIK2019_LEONORA /10
Langkah proses penggunaan Mesin pengisar
Mesin Pengisar
Mesin Pengisar telah diubahsuai bagi mempercepatkan pengisar surat khabar lama yang digunakan untuk menghasilkan produk INNOPATCH V.3. Ini kerana penggunaan mesin pengisar sebelum ini tidak dapat mengoptimumkan pengeluaran serbuk kertas dalam masa yang segera.
Mesin Pengisar
Masukkan surat khabar dalam mesin
Kisar surat Khabar
Buka penutup mesin
Surat khabar siap jadi serbuk
Gambar 6 :Lakaran Mesin Pengisar Kertas
(Sila Rujuk Lampiran A1 )
LAPORAN KIK2019_LEONORA /11
PENGHASILAN PROTOTYPE
Langkah proses pembuatan prototaip INNOPATCH V3
LANGKAH-LANGKAH PEMBANGUNAN PEMBUNGKUSAN INNOPATCH V.3
Surat khabar + simen
+ air
Surat khabar yang telah
dikisar jadi serbuk
16 JAM
Prototaip
Siap
3 - 6
JAM
Surat khabar lama yang telah dikisar menjadi serbuk kertas
Serbuk kertas dan simen digaulkan bersama
Dibungkuskan bersama bungkusan INNOPATCH V3
LAPORAN KIK2019_LEONORA /12
Gambar 7 : Packaging terbaru iNNOPATCH V.3
LANGKAH-LANGKAH UJICUBA INNOPATCH V.3
UJICUBA INNOPATCH V.3
Gambar 9 : Uji cuba Ke 2
LAPORAN KIK2019_LEONORA /13
Gambar 8 : Uji cuba Pertama
Gambar 10 : Uji cuba Ke-3
Gambar 11 : Uji cuba Ke-4
LAPORAN KIK2019_LEONORA /14
PENGESAHAN KAWALAN MUTU PRODUK DARIPADA PIHAK BERTAULIAH Menjalankan ujian makmal bagi produk dengan menggunakan kekuatan mampatan kiub konkrit. Ujian kekuatan mampatan adalah bagi mengenal pasti keupayaan produk untuk menahan bebanan. Kiub konkrit 4” x 4” x 4” digunakan sebagai spesimen ujian. Kemudian kiub konkrit direndam di dalam air selama 7 hari untuk proses pengawetan. Dibawah ini adalah prosedur penyediaan kiub konkrit bagi tujuan ujian makmal:
i. Campurkan simen dan serbuk kertas ke dalam baldi. ii. Tambah air ke dalam campuran mengikut nisbah air yang diperlukan. iii. Tuangkan campuran konkrit ke dalam kiub acuan bersaiz 4” x 4” x 4”. iv. Selepas 24 jam, keluarkan kiub konkrit dari acuan kiub. v. Letakkan kiub konkrit ke dalam air untuk melakukan proses pengawetan. vi. Selepas 7 hari dan 28 hari kiub konkrit dihantar untuk proses ujian makmal.
Untuk mengenal pasti kapasiti muatan maksimum produk ini, ujian kekuatan mampatan diperlukan. Di bawah ini adalah hasil daripada ujian makmal untuk INNOPATCH V3.
PENGESAHAN UJIAN KETAHANAN
0
5
10
15
20
25
1st Sample 2nd Sample 3rd Sample 4th Sample
Compressive Strength ( N/mm2)
LAPORAN KIK2019_LEONORA /15
Gambar 13 : Surat Pengesahan ujian ketahanan
daripada Premier Geotech Enterprises bagi Produk INNOPATCH V.3 yang terbukti boleh menampung
ketahanan muatan sehingga 1703.96 KN/ 17.03 Tan
Tarikh Dikeluarkan : 21.05.2019
( Sila rujuk Lampiran 3 –Keputusan Kiub)
Gambar 12 : Encik Steve bersama Mr.Lam (Pemilik
Premier Geotech Enterprises) membuat ujian
ketahanan kiub.
4. KEBERHASILAN PROJEK Jangka Masa Pendek-Outcome
Setiap majlis harus bersikap responsif terhadap aduan atau kritikan yang diberikan. Dengan itu, projek ini dapat melunaskan aduan dan kritikan dalam kadar yang segera apabila terdapat aduan berkenaan jalan berlubang.
Berdasarkan INNOPATCH V3 ini, tempoh masa pengeringan adalah di antara satu (1) jam sehingga tiga (3) jam. Ini membuktikan, pada hari sama aduan atau kritikan yang diterima, pihak majlis akan dapat menyelesaikan perkara tersebut.
Namun, hal ini masih tertakluk kepada keadaan cuaca kerana cuaca yang baik akan mempengaruhi masa pengeringan produk. Konklusi kepada aduan jalan berlubang ini agar pihak majlis bersikap responsif adalah dengan menggunakan Produk INNOPATCH V3. PENJIMATAN HASIL KOS
4.Keberhasilan Projek
Gambar 14 : Schedule of Rates Tender 2019 for Engkilili area
LAPORAN KIK2019_LEONORA /16
Selain itu, kejayaan projek ini dapat dilihat dari segi kos produk. Terdapat perbezaan harga di antara INNOPATCH V3 dan kaedah konvensional. Daripada jadual di atas, ternyata produk INNOPATCH V3 jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.
Graf 2 : Penambahan Produk INNOPatch
PENJIMATAN HASIL MASA Projek ini juga akan dapat mengurangkan masa dari masa penyediaan produk ke masa penampalan jalan berlubang sehingga penampalan siap dilakukan. Hal ini terbukti apabila projek ini hanya memerlukan 3-6 jam berbanding sebelum ini yang memerlukan 48 jam (2 hari). PENJIMATAN HASIL SUMBER MANUSIA Dalam pada itu, projek ini juga akan dapat mengurangkan penggunaan sumber manusia. Hal ini terbukti apabila projek ini hanya menggunakan minimum dua (2) orang sahaja berbanding kaedah konvensional yang memerlukan paling kurang lima (5) orang pada satu masa tertentu. Pengurangan di dalam penggunaan sumber manusia juga akan menurunkan beban kos buruh.. PENINGKATAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI Dengan penghasilan produk INNOPATCH V3 ini, maka permasalahan jalan berlubang bukan lagi isu besar di Majlis Daerah Lubok Antu amnya dan masyarakat di kawasan sekitar khususnya. Ini disebabkan permasalahan ini telah menemui titik penyelesaiannya. Dengan adanya INNOPATCH V3 masalah jalan berlubang dapat diselesaikan dengan segera. Maka di sini, hipotesis umum semakin kurang penggunaan sumber manusia, beban kos buruh akan turun adalah benar dan dapat diterima
LAPORAN KIK2019_LEONORA /17
Jangka masa panjang .
Pihak Berkuasa Tempatan yang memberikan perkhidmatan bagi memenuhi aspirasi rakyat, maka produk INNNOPATCH V3 ini sudah pasti akan memberikan respon terbaik dalam kadar segera. Dengan perkiraan serta anggaran bahawa produk ini dapat disiapkan dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) jam, sudah pasti matlamat di dalam Piagam Pelanggan untuk memberi respon di dalam tempoh dua puluh empat (24) jam akan tercapai. ANALISA KOS DAN FAEDAH PROJEK Analisa Kos INNOPATCH V3 dengan kaedah Asphalt road dan Concrete road
Sebelum Selepas
Asphaltic road Concrete road INNOPatch V3
Kos bagi 1m2 1m x 1m x 0.1m (thickness) = RM 124.00
Kos bagi 1m2
1m x 1m x 0.1m (thickness) = RM 72.80
Kos bagi 1m2
1m x 1m x 0.1m (thickness) = RM 45.00
Jadual 6 : Perbandingan Innopatch dengan Kaedah konvensional Jadual 6 menunjukkan perbezaan kos untuk 1m x 1m x 0.1m saiz penurapan yang dilakukan di Majlis Daerah Lubok Antu. INNOPATCH dengan harga RM45.00 (10kg) didapati 64% lebih murah dari kaedah Asphaltic road dan 39% lebih murah berbanding kaedah concrete road. Pengiraan untuk Asphaltic road dan concrete road adalah berdasarkan kadar schedule of rates tender 2019 for Engkilili area.
Gambar 15: Piagam pelanggan yang digunapakai oleh Majlis Daerah Lubok Antu
LAPORAN KIK2019_LEONORA /18
PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS
Jadual 7: menunjukkan penambahbaikan setiap produk LEONORA
IMPAK PROJEK (SOSIAL, EKONOMI & PERSEKITARAN)
SOSIAL
EKONOMI
PERSEKITARAN
Aduan ke atas masalah jalan berlubang juga dapat diselesaikan. Keadaan jalan raya juga lebih selesa dan memudahkan pengguna jalan raya sampai ke destinasi yang dituju. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia mudah dibancuh.
Penjimatan kos produk. Penjimatan kos operasi dan kos buruh. Harga produk berpatutan tetapi kualiti masih diutamakan. Penjimatan dari segi pengurangan tenaga manusia.
Penggunaan surat khabar lama atau kertas dijadikan pengganti batu dan pasir untuk penampalan jalan berlubang. Ini dapat mengurangkan timbunan surat khabar lama dan kertas. Pengurangan penggunaan sumber asli bagi mendapatkan bekalan batu dan pasir.
JADUAL 8 : IMPAK Projek Bagi 3 Kategori
LAPORAN KIK2019_LEONORA /19
5. PENGEMBANGAN PROJEK PENYERAGAMAN DI PERINGKAT JABATAN DAN ORGANISASI Pelancaran projek ini telah dibuat beberapa kali berdasarkan setiap versi yang telah dihasilkan. Projek asal ini iaitu Produk LAC dilancarkan pada tahun 2016. Kemudiannya, di dalam Versi 1 (INNOPATCH) pada 2017, tiada pelancaran dilakukan memandangkan terdapat halangan dari aspek mesin pemotong jalan kerana tiada terdapat mesin tersebut di majlis pada waktu itu. Rentetan dari itu, versi baru dihasilkan tetapi tetap menggunapakai nama INNOPATCH. Produk Versi 2 (INNOPATCH) yang dihasilkan telah dilancarkan di Majlis Daerah Lubok Antu bersama-sama Ahli Majlis, Majlis Daerah Lubok Antu. Seterusnya, pada tahun 2019, setelah beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan maka terhasil versi baru iaitu Versi 3 (INNOPATCH). Mesyuarat Penyeragaman Hasil Inovasi KIK 2013 dan 2016 telah memutuskan Projek INNOPATCH untuk diseragam dan dilaksanakan oleh semua PBT di Sarawak. (MLG/ADM/414 JLD 2 (14) bertarikh 21 April 2017).Sila Rujuk Lampiran 4 & 5
Gambar 16 :Surat Jemputan Penyeragaman,Minit Mesyuarat Penyeragaman dan gambar Sesi Penyeragaman Inovasi KIK LEONORA Di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak,Kuching
5. PENGEMBANGAN PROJEK
LAPORAN KIK2019_LEONORA /20
LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN INOVASI Merujuk kepada surat PM/SWK/SMA-2018-(123) bertarikh 30 Julai 2018, Pihak PatentMall telah mengesahkan pendaftaran hakcipta LAC-Innopatch di bawah Akta Hakcipta 1987. Pengesahan ini juga membuktikan produk ini mempunyai hak ekslusif yang diberikan oleh undang-undang untuk mengawal penggunaan karya atau produk ini. Ini juga melibatkan hak ekonomi yang membolehkan pemilik hak untuk memperolehi ganjaran kewangan daripada penggunaan karya atau tujuan komersial.
Gambar 17 :Surat Permohonan untuk Hak Reka
Cipta. Sila Rujuk Lampiran 6
Gambar 18 :Surat maklumbalas untuk Hak Reka
Cipta. Sila Rujuk Lampiran 7
LAPORAN KIK2019_LEONORA /21
TINDAKAN REPLIKASI ATAU PENGKOMERSILAN Produk INNOPATCH yang direplikasi melalui Pembungkusan (5 Kg) Ianya mudah diselenggara dengan menambah air mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Kaedah ini mudah, ringkas dan senang untuk dikendalikan oleh sesiapa sahaja.
Klimaks ke atas produk ini adalah pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah membuat pesanan dan pembelian (no ruj: no ruj: MLGH/DKP/SOP JLD (10) bertarikh 21.12.2017 dan MLGH/DKP/SOP JLD (19) bertarikh 25.01.2018/) produk INNOPATCH sebanyak 50kg. Produk INNOPATCH sebanyak 50kg dan bil berdasarkan inbois bernombor INNOINV00002 telah dihantar sekali ke Majlis Perbandaran Kota Samarahan.
Gambar 18: Menunjukkan tempahan dan pembelian dari 6 buah Majlis di Sarawak.(Sila Rujuk Lampiran 8)
Gambar 17 : Pembungkusan (5KG) INNOPATCH V.3
LAPORAN KIK2019_LEONORA /22
KEKANGAN PROJEK DAN PEMBELAJARAN DIPEROLEHI Salah satu kekangan utama di dalam pelaksanaan projek ini adalah masa pengeringan produk. Masa pengeringan ini yang mengambil masa di antara tiga (3) sehinga enam (6) jam masih di anggap terlalu lama. Hal ini kerana, laluan trafik akan terganggu akibat penutupan jalan raya yang terlalu lama. Oleh yang demikian, tindakan segera yang harus diambil adalah mengatasi masa pengeringan tersebut. Dengan ini, formula baru projek ini telah menambah satu cecair yang dipastikan dapat mempercepatkan masa pengeringan.
Selain itu, kekangan lain dalam projek ini adalah proses penghasilan serbuk kertas.
Penghasilan serbuk kertas ini bergantung sepenuhnya kepada mesin pengisar biasa yang tidak mampu bertahan lama. Tambahan pula, mesin pengisar ini hanya menghasilkan serbuk kertas dalam kuantiti yang sedikit. Dengan demikian, pembelian mesin pengisar berkapasiti yang mampu mengisar serbuk kertas dalam kuantiti banyak dan mampu bertahan lama dibuat bagi mengatasi permasalahan ini.
Dalam pada itu, hasil temu bual bersama pihak Global Geotest Sdn. Bhd., pembelajaran yang diperolehi daripada pihak tersebut adalah projek ini amat mesra kepada alam sekitar atau dalam erti kata lain projek ini bertindak baik dengan aspek pengekalan bumi hijau. Ini terbukti apabila projek ini menggunakan bahan terbuang iaitu surat khabar lama sebagai agen utama di dalam penghasilan produk ini.
Produk ini juga dikenalpasti dapat digunakan di dalam penggunaan bangunan pasang siap. Menurut pihak Global Geotest Sdn. Bhd., produk INNOPATCH amat sesuai dan berpatutan dalam bangunan pasang siap. Hal ini kerana, produk ini adalah dikenalpasti sebagai bahan konkrit ringan.
Pembuktian ke atas perkara ini dapat dilihat jelas berdasarkan gambar di bawah :
Gambar 19 : Keputusan kiub ujicuba yang dihantar untuk diuji tahap ketahanan (sila rujuk lampiran 3)
LAPORAN KIK2019_LEONORA /23
PENUTUP
Setelah terlibat secara langsung dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), pelbagai
idea dan buah fikiran yang kritis dan kreatif terhasil serta setiap ahli dapat mempelajari
sesuatu yang baru, sedia menerima kritikan yang membina seterusnya dapat
memperkasakan diri setiap ahli dengan pelbagai kemahiran samada kemahiran dalam
pengurusan mahupun teknikal.
Sehubungan dengan itu juga, Majlis Daerah Lubok Antu mungkin boleh menjadi pusat
kitar semula yang pertama di daerah Lubok Antu pada masa akan datang dan ini merupakan
pengiktirafan yang boleh mengharumkan nama Majlis. Melalui projek ini juga, pihak Majlis
boleh membuat Key Performance Index (KPI) dalam kerja penyelenggaraan Jalan berlubang
di kawasan Majlis.
Apabila kesedaran terhadap kepentingan kitar semula semakin meningkat di kalangan orang ramai, ianya sekaligus dapat meningkatkan kualiti alam sekitar yang lebih baik. Ianya juga dapat mengoptimumkan penggunaan semula bahan yang boleh dikitar semula khasnya surat khabar.
Secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pembaziran terhadap penggunaan kertas sekaligus boleh memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan yang sedia ada dan dapat mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka bagi mengurangkan pemanasan global.
LAPORAN KIK2019_LEONORA /24