ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: [email protected] - . ... kata carian...

38

Transcript of ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: [email protected] - . ... kata carian...

Page 1: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.
Page 2: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Dari Sidang Editorial--> 3

Manusia Ini Pelik--> 4

Search Engine Optimization--> 6

Anda Gagal!--> 9

Resepi Kejayaan Dengan Kekuatan Minda--> 11

Anda Mahu Wang Tunai Segera--> 13

Tips Submit Laman Web Ke Direktori--> 16

Ilmu Bisnes - Proses Pembelajaran Berterusan--> 17

Giving Your Web Salesletter That Added Twist--> 21

Sekarang Dah Dapat Jualan Perta-ma..Apa Langkah Seterusnya?--> 24

Borak-borak Team FlareBiz--> 27

Soal Jawab IM--> 34

ISI KANDUNGAN

Ketua Editor | Labanon

Graphics & Layout | Zhafran

Cover | Nizam

Kartunis | Ubi

Audio | Dikmal

Penulis | Irwan Dahnil | Fuad Latip | SmartZul | Amar Mah-mood | Shamsuddin Kadir | Alang | Tazilan Ibrahim | Galadriel | Zamri Nanyan | Amirol

Penerbit: FlareBiz Network (KT0236135-D)Pengedaran dan Langganan: www.MajalahIM.comForum Perbincangan: www.wangcyber.com/forum

Komplen dan pertanyaan: [email protected] - www.flarebiz.com

Page 3: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur kepada Ilahi walaupun agak lewat namun kami masih diberi kesempatan untuk menyiapkan Majalah IM bagi edisi Jun ini . Terdapat banyak perkara yang

perlu diselesaikan sepanjang Jun ini antaranya ialah pelan-caran Pakej Rahsia 10K. Inilah faktor mengapa Majalah IM agak lewat pada edisi kali ini .

Baiklah , kehadiran penulis baru juga amat dihargai iaitu saudara Fuad Latip yang merupakan pakar Search Engine Optimization (SEO). Insyallah beliau akan terus menyum-bangkan artikel yang berkaitan SEO dalam Majalah IM. Saya berharap anda teruja dengan artikel pengenalan beliau pada edisi kali ini .

Kami tidak sempat untuk membuat sebarang interview, jadi kami hanya mengambil interview yang dilakukan oleh saya dan Zhafran untuk pre-launched produk Pakej Rahsia 10k. Harap anda memahami situasi kami pada bulan ini yang agak kelam-kabut. Namun , kami telah cuba memberikan yang terbaik buat anda semua. Terdapat banyak tajuk-tajuk yang menarik pada bulan ini seperti Anda Mahu Wang Tu-nai Segera?, Jangan Berhenti Belajar!, Resepi Kejayaan Den-gan Minda Anda!, Anda Gagal , SEO Dan Kepentingannya dan sebagainya.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua para penulis Majalah IM, Majalah IM crew, rakan-rakan IM dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam men-jayakan Majalah IM.

Sekian,Labanon,Ketua Editor Majalah IM,CEO FlareBiz Network.

Dari Sidang Editorial

Page 4: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Salam Usahawan Pembaca Blog Yang Saya Hormati,

Cuba anda fikir-fikirkan sejenak, yang mana satu anda pilih :

Antara KFC dan McDonald ? Antara nasyid dan pop rock ?

Antara warna biru atau merah ?

Kalau anda telah menjawab soalan diatas, jawapan anda tentu dalam kemungkinan berikut :

1. Anda memilih satu antara dua 2. Anda memilih yang lain dari pilihan yang ada 3. Anda tidak memilih mana-mana 4. Anda tidak berminat langsung untuk memilih!

Anda lihat, sekurang-kurangnya saya dapat tafsirkan 4 kemungkinan dari pilihan yang diberikan.

Itulah hakikatnya.

Manusia itu pelik. Berbagai ragam dan mempu nyai 1001 perbezaan dalam citarasa, pendapat dan pandangan.

Itulah sebenarnya menyebabkan wujudnya banyak bentuk produk dan perkhidmatan yang berbeza.

4

Page 5: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Contohnya, KFC lebih fokus dalam ayam-ayam gorengnya, manakala McDonalds lebih ke-pada burger-burger istimewanya.

Dalam perniagaan, wujudkan kelainanan dalam produk dan perkhidmatan anda.

“Kelainan dalam produk adalah mewu-judkan KEUNIKAN terhadap produk. Produk yang biasa itu sesuatu yang MEM-

BORINGKAN!”Disebabkan kepelikan manusia inilah yang menyebabkan produk anda akan mendapat tem-pat.

Ketika saya mula-mula nak tulis buku Buat Duit Dengan SMS, orang kata saya ni tak berapa betul!

Dalam Seminar SMS, ketika saya katakan pemasaran SMS boleh bermula dengan kos ‘zero’, semakin ramai kata saya tak betul!

Semakin pelik idea dan produk anda, sebenarnya semakin besar ruang perniagaan yang anda boleh teroka. Tapi perlu diingat :

” Just Because You Are Unique, Does Not Mean You Are Useful And Acceptable! “

Bermaksud, bila anda inginkan keunikan, pastikan ia dapat diterima kerana anda orang memerlukan. Jangan syok sendiri!

Irwan Dahnilwww.IrwanDahnil.com

5

Page 6: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Terdapat 9 Bab yang akan diterangkan secara berperingkat iaitu 1 bab setiap bulan.

1. SEO Dan Kepentingannya2. Faktor-Faktor SEO3. Kepentingan Kata Carian Dan Bagaimana Untuk Mencari Kata Carian Yang Sesuai.4. Optimasi Struktur Link Untuk SEO5. Optimasi Laman Web Untuk SEO6. RSS Membantu SEO7. Tag And Ping Membantu Backlink SEO8. Exploitasi Laman Web Percuma Untuk SEO

Seo DanKepentingannya

Search Engine Optimiza-tion (SEO) atau Optimasi Enjin Carian (OEC) meru-

pakan salah satu cara untuk mendapatkan trafik secara or-ganik atau semulajadi. Lebih 85% traffic yang masuk ke se-sebuah laman web adalah me-lalui Enjin Carian (EC) atau Search Engine (SE).

Untuk menerangkan SEO dari mula sehingga akhir adalah amat mustahil di dalam beber-apa muka surat yang terhad ini. Di bulan ini, saya akan terang-kan perkara asas berkenaan dengan SE di mana kita perlu mengetahui kepentingan SE.

Secara mudahnya untuk difaha-mi, cuba saudara fikirkan rutin harian kita yang menggunakan internet setiap hari di dalam proses mencari informasi.

1.Kita ingin mencari sesuatu informasi.2.Kita akan bukak internet browser. 3.Kemudian kita akan pergi ke laman web SE. Lebih dari pada 90% antara kita menja dikan SE sebagai default site apabila kita membuka in ternet browser termasuk diri saya.

Dengan rutin yang dilakukan oleh berjuta-juta orang di dunia ini, maka kepent-ingan SE adalah amat penting di dalam membantu menarik pengun-jung ke laman web kita seter-usnya melakukan apa jua urusan di laman web kita.

Oleh : Fuad Latipwww.myorionet.com

6

Page 7: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Lihatlah contoh dalam Rajah 1. Di dalam sehari berapa banyak kata carian yang kita gunakan untuk mencari pelbagai infor-masi yang kita inginkan? Berapa ramai yang serupa dengan kita melakukan perkara yang sama?

Dengan rutin yang dilakukan oleh berjuta-juta orang di du-nia ini, maka kepentingan SE adalah amat penting di dalam membantu menarik pengun-jung ke laman web kita seter-usnya melakukan apa jua uru-san di laman web kita.

Sekarang amat jelas bahawa di dalam perniagaan internet yang memerlukan pemasaran untuk menarik pengunjung ke laman web, SE merupakan satu cara terpenting untuk menin-gkatkan jualan. Namun perso-alannya:

1.Bagaimana kita ingin letak-kan laman web kita di antara 20 laman web teratas untuk kata carian yang berkaitan?

2.Bagaimana SE menyenarai-kan dan meletakkan (dikenali sebagai index) sesuatu laman

Rajah 1 : Hasil carian untuk keyword “Search Engine Optimization”

web bagi kata carian yang berkaitan?

3.Apakah faktor-faktor terpent-ing yang perlu kita ketahui dan lakukan untuk m e n d a p a t k a n pengunjung yang mempunyai po-tensi yang besar di dalam perni-agaan internet sebagai pembeli mengunjungi la-man web kita.

Myorionet dan SEO

Sebelum saya menerangkan lebih terperinci berkenaan dengan SE, marilah kita sama-sama melihat pencapaian la-man web saya di SE.

Jika saudara mencari informasi berkenaan dengan teknik in-ternet marketing menggunak-an Google, saudara akan dapat melihat laman web teratas adalah laman web saya seperti berikut.

Rajah 2 : Hasil carian untuk keyword “Teknik Internet Marketing”

Laman web saya juga tersena-rai di tempat pertama untuk kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah)

Begitu juga dengan kata carian berniaga di internet. (Rujuk Rajah 4 di mukasurat sebelah)

Banyak lagi kata carian yang penting dan ramai yang men-carinya telah menyenaraikan laman web saya di tempat 20 teratas SE (sewaktu saya men-ulis artikel ini) seperti

1. buat laman web percuma – No.22. pemasaran melalui email – No.43. berniaga dalam intenet – No.4

Dan banyak lagi.

Setelah saudara lihat contoh-contoh laman web saya dan pencapaian di SE, muncul per-soalan seterusnya iaitu :

1.Bagaimana untuk mengetahui kata carian yang ramai men-carinya dan ada kaitan dengan laman web kita?

7

Page 8: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

2.Bagaimana untuk mengetahui bahawa kata car-ian tersebut dapat menarik pengunjung ke laman web kita?

MENGAPA GOOGLE?

Apabila kita melakukan SEO, SE yang dipilih adalah Google? Mengapa Google?

1.Google merupakan sumber data untuk peny-enaraian laman web di internet yang terbesar.

2.Banyak SE lain menggunakan data daripada da-tabase Google sebagai data penyenaraian laman web di internet seperti rajah di sebelah. 8

Rajah 3 : Hasil carian untuk keyword “Pan-duan SEO Percuma”

Rajah 3 : Hasil carian untuk keyword “Ber-niaga di Internet”

4.Algorithm atau kaedah carian yang dibina oleh Google lebih menepati kehendak peng-guna telah menjadikan jumlah pengguna mengguna Google adalah tinggi.

5.Kaedah indexing laman web google lebih praktikal dan natural.

Di dalam bab ini, saudara telah diterang-kan kepentingan SEO iaitu kepentingan laman web kita tersenarai di dalam senarai 20 teratas di dalam SE untuk kata carian tertentu. Kita akan mempelajari bab yang seterusnya pada bulan hadapan.

Salam hormat dari sayaFuad Latip

Sumber dari http://www.bruceclay.com/searchenginerelationshipchart.htm

Page 9: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

ANDAGAGAL!Ya, anda gagal. Gagal didalam

perniagaan yang anda bina.Saya yakin, anda adalah

seorang yang gagal. Anda gagaljika…

1. Tiada Matlamat Yang Jelas

Anda perlu menetapkan matlamatuntuk perniagaan anda. Matlamatitu selain ia perlu jelas, ia jugamestilah realistik iaitu mudahuntuk dicapai.

Salah satu cara untuk mene-tapkan matlamat ialah ber-tanya pada diri sendiri sep-erti “apa yang perlu dicapai untuk memperkukuhkan perniagaan ini?”. Jawapan itulah salah satu matlamat untuk perniagaan anda.

Tanpa ada matlamat, sudah pasti anda akan berusaha umpama memandu kereta tanpa menetapkan arah dan destinasi. Anda akan mere-dah apa sahaja jalan sehing-ga kehabisan minyak.

2. Tidak Menambah Ilmu

Anda mudah kekeringan idea dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika diri anda kekurangan pengeta-huan. Kemudian bermulalah

‘musibah’ untuk diri anda dan perniagaan anda kerana anda gelisah dan keliru un-tuk mencari penyelesaian.

Di antara cara menambah ilmu pengetahuan ialah den-gan membaca buku, men-dengar ceramah, berguru atau menyertai seminar.

Tanpa ilmu, maka sudah pasti anda akan keliru dan pendek akal.

3. Tiada Rangkaian

Rangkain di sini bermaksud persahabatan atau kerjasa-ma bersama dengan usaha-wan yang lain. Anda perlu mempunyai ramai kawan daripada golongan usaha-wan di dalam perniagaan agar ada mereka dapat me-

nyokong anda pada setiap masa terutama semasa anda menghadapi masalah.

Salah satu cara untuk mem-bentuk rangkaian ialah den-gan mewujudkan kumpulan ‘mastermind’. Melalui kum-pulan ini, anda dan ahli lain akan bertukar-tukar penge-tahuan dan pengalaman ma-sing-masing di samping sal-ing memberikan idea untuk anda.

Melalui rangkaian juga, anda mampu mengembangkan perniagaan anda dengan lebih mudah dan cepat.

Soalnya, adaka anda sudah mempunyai rangkaian atau ‘connection’ dengan perni-agaan atau usahawan lain? Jika tidak, anda tidak mem-

Page 10: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Kesimpulan

Anda perlu mempunyai ‘cas positif’ untuk usaha perniagaan anda. Dengan memiliki ke-lima-lima ciri di atas, anda pasti boleh pergi jauh di dalam perniagaan dan mampu untuk meraih kejayaan yang besar.

Oleh : SmartZul (www.smartusaha.com)

punyai rangkaian atau ‘connection’ den-gan perniagaan atau usahawan lain? Jika tidak, anda tidak mempunyai kekuatan di dalam mengharungi dunia perniagaan ini kerana anda keseorangan.

4. Lambat Bertindak

Anda banyak ilmu, idea dan perancangan. Namun anda begitu lambat bertindak un-tuk setiap satu idea tersebut tertutama yang amat menguntungkan.

Kecepatan anda bertindak merupakan faktor utama secepat mana perniagaan anda menjana keuntungan atau berkem-bang maju. Jangan lambat bertindak. Jika tidak, anda boleh gagal atau kurang berjaya.

5. Tidak Yakin Dan Komited

Anda mempunyai idea yang bagus. Produk anda memang berkualiti. Tapi ia tidak akan ke mana jika usaha yang anda laku-kan tanpa keyakinan. Anda perlu yakin di dalam komunikasi dengan pelanggan. Jika tidak, bagaimana pelanggan akan yakin?

Dari aspek lain, keyakinan diri dan usaha yang berterusan juga akan me-

Salah satu cara untuk membentuk rangkaian ialah dengan mewujud-kan kumpulan ‘master-mind’. Melalui kumpu-lan ini, anda dan ahli lain akan bertukar-tu-kar pengetahuan dan pengalaman masing-masing di samping sa-ling memberikan idea untuk anda.”

“10

Page 11: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Oleh : Amar Mahmood

Seperti yang telah saya tulis dalam artikel yang lepas, kekuatan minda

adalah salah satu daripada RESEPI KEJAYAAN yang dimiliki oleh hampir keban-yakan orang yang berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Samada orang yang berjaya itu sedar yang mer-eka menggunakan kekuatan

yang dimilikinya atau tidak , bukanlah satu persoalan. Tetapi dari kajian dan pemer-hatian oleh ahli psikologis yang melakukan kajian dan pemerhatian mendapati; terbukti bahawa kekuatan minda adalah satu rahsia penting atau satu RESEPI KEJAYAAN yang perlu di-pelajari atau digunakan oleh setiap individu yang mempu-

nyai CITA-CITA atau IMPIAN yang ingin dicapai.

Maka, apakah itu KEKUA-TAN MINDA yang perlu dipe-lajari?

Otak manusia sebenarnya sangat hebat, walaupun ra-mai orang mengatakan otak hanya digunakan untuk ber-fikir sahaja. Kerana itu, ra-mai orang kita menggunakan kemampuan otak hanya un-tuk berfikir. Walhal, otak ma-nusia mempunyai kemam-puan dan ke”luarbiasa”an yang mampu digunakan un-tuk pelbagai fungsi dan pel-bagai guna yang Allah SWT telah jadikan untuk manusia itu sendiri. Maka, MINDA adalah hasil dari fungsi yang ada pada otak manusia itu.

Minda manusia bolehlah kita ibaratkan seperti enjin pada sebuah kenderean. Makin bagus enjin yang dimiliki oleh kenderaaan tersebut, maka semakin berkualiti dan hebat kenderaan tersebut di-katakan. Dan pemandu ken-deraan itu boleh disamaer-tikan sebagai diri manusia itu sendiri. Pemandu MES-TI MEMANDU kenderaan tersebut mengikut kea rah mana tujuan dan lokasi yang ingin dituju. BUKAN hanya membiarkan sahaja kender-aan tersebut bergerak tanpa

11

Page 12: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

haluan yang jelas dan lokasi yang telah ditetapkan.

Maka, RESEPI PERTAMA untuk mencapai kejayaan dengan mengunakan KEKUATAN MINDA adalah dengan menetapkan MATLAMAT atau menetapkan lokasi yang anda ingin tuju dalam ke-hidupan anda, dalam bisnes anda atau dalam apa sahaja bidang yang anda ceburi sekarang ini. Kesalahan yang PALING BESAR dalam diri orang yang selalu gagal adalah mereka tahu APA yang mereka TIDAK MAHU atau TIDAK SUKA TETAPI mereka TIDAK TAHU APA YANG MEREKA MAHU secara JELAS dan TEPAT.

MINDA seperti yang saya sebutkan mempunyai KUASA untuk memanifestasikan apa yang kita le-tak di dalam minda kita. TETAPI apa bila individu tersebut meletakan APA YANG MEREKA TIDAK MAHU ATAU TIDAK SUKA di dalam minda mereka, maka MINDA akan memandu diri individu terse-but kepada IMEJ lokasi yang dilihat di dalam minda mereka.

Oleh itu pekara yang pertama perlu anda lakukan supaya minda anda mula bekerja untuk mendapat-kan apa yang anda inginkan adalah meletakan satu matlamat atau impian anda di dalam bisnes Internet Marketing (IM) yang telah anda ceburi ini. Matlamat yang anda inginkan itu perlu anda jelaskan dan tetapkan supaya minda anda memahami dan dapat menuju ke arah lokasi@matlamat yang telah anda tetapkan dengan lebih mudah.Katakan anda mempunyai matlamat untuk mempunyai pendapatan yang dapat membantu anda dalam kehidupan anda . Maka anda perlu meletakan matlamat anda dengan jelas. Contohnya sep-erti begini:-

“Aku mempunyai pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan dari bisnes IM aku ini mulai dari bulan XXX”

Ini adalah satu contoh bagaimana anda mempunyai lokasi@matlamat yang akan dituju oleh minda anda. Ulang matlamat anda dengan kaedah-kaedah yang akan saya terangkan pada artikel yang akan datang. Tetapi untuk permulannya, tetapkan matlamat anda, sebut setiap hari matlamat anda, tuliskan di dalam buku nota anda dan bayangkan di dalam minda anda yang anda telah meneri-ma pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan di dalam ruangan minda anda. Semakin kuat anda membuat pekara yang telah saya sebutkan tadi, semakin banyak KEKUATAN MINDA ANDA DIAK-TIFKAN untuk mencapai matlamat anda.

INGAT..minda anda mempunyai kuasa untuk mendapatkanapa yang anda IMPIkan. RUGI jika anda tidakmenggunakan KEKUATAN MINDA anda dengan betul.Jadi kenapa anda tunggu lagi..?

MULAKAN sekarang, tetapkan VISI anda di dalambisnes IM ini sekarang dan mula mengunakankekuatan yang ada pada diri anda untuk menjanapendapatan anda sekarang. Biarkan MINDA bekerjauntuk diri anda dalam menuju kepada kejayaandan kemakmuran

InsyaAllah, pada keluaran hadapan saya akanberkongsi dengan anda bagaimana anda bolehmengunakan teknik-teknik KUASA MINDA yangbetul untuk mendapatkan IMPIAN anda.Salam sukses luar biasa buat semua!

AMAR MAHMOOD12

Page 13: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Bayangkan wang tunai segera ditawarkan bagi mempengaruhi pengunjung untuk me-nambahkan lagi bebanan kewangan hidup dengan melibatkan diri dengan :

Anda Mahu

Wang Tunai Segera?Jika dahulu kita yang perlu berusaha men-

cari peluang untuk mendapatkan wang tunai segera. Kini kita boleh mendapat-

kan dengan mudah apabila agen-agen bank dan pelbagai skim datang kepada kita.

Pada hari ini, selepas mendirikan sembahy-ang Jumaat di sebuah Masjid di Selangor, saya melihat ada seorang perempuan yang sedang mengedarkan ‘flyer’ di pintu masuk utama pagar masjid. Saya mendekatinya bagi mendapat tahu informa si yang sedang diagihkan kepada para jemaah Masjid.

Selepas mendapat satu, baru saya memaha-minya. Ianya adalah maklumat untuk men-arik orang ramai untuk membuat pinjaman peribadi. Katanya lagi pinjaman itu dapat diluluskan dalam masa kurang daripada 7 hari. Sungguh menarik tawarannya itu, pasti dapat mempengaruhi sebahagian daripada pengunjung.

Apabila dibaca isi kandungannya, hampir semua cadangan tujuan untuk digunakan duit itu adalah bagi membiayai :

1. Melancong 2. Perkahwinan 3. Kereta Baru 4. Rumah Baru 5. Pendidikan 6. Barangan dalam rumah

Pergi melancong walaupun tidak mampu pada ketika ini. Ini adalah bagi memuaskan nafsu.

Membeli perabut baru rumah se-dangkan perabut lama, masih boleh digunakan. Ini bagi menjadikan kita sebagai orang yang suka menunjuk-nunjuk. Apa kelebihan makan nasi di atas meja lama dengan meja baru? Adakah meja baru dapat memper-cepatkan proses penghadaman dalam perut, ataunya membantu menge-nyangkan apa yang di makan?

Melangsungkan perkahwinan diri ataupun anak, dengan meriah dan mewah, walaupun sebenarnya tidak mampu berbuat demikian. Sehingga dapat cucupun hutang ketika kahwin dahulu belum diselesaikan. Kenapa masih ingin menunjuk-nunjuk walau-pun tidak mampu.

Adakah dengan membeli kereta baru dapat memastikan perjalanan kita lebih cepat sampai dan selamat ber-banding kereta yang kita pandu sek-arang?

Adakah dengan membeli rumah baru, kita dapat hidup dengan lebih tenang? Sudah pasti ansuran di rumah baru tinggi, ianya pasti membebankan kita untuk membayarnya.

Oleh : Shamsuddin Kadirwww.ShamsuddinKadir.com

13

Page 14: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Ramai individu yang tersangkut dengan ‘nikmat sementara’ ini. Kuasa adalah ditangan anda, oleh itu tentukan yang mana terbaik untuk anda.

Dengan meminjam sebanyak RM30,000 anda perlu membayar balik ansuran selama 7 tahun. Jumlah ansuran yang anda bayar adalah RM 47,800. Iaitu 17,800 melebihi dari apa yang anda pinjamkan. Dari setiap ansuran bulanan sebanyak RM570, anda sebenarnya meng-hadiahkan kepada bank sebanyak RM 213 pada setiap bulan, kerana meminjamkan anda sebanyak RM30,000.

Bagaimana pula dengan sahabat kita yang ingin dapatkan wang tunai segera daripada ‘Skim-Skim Internet?’ Insyaa-Allah di bincangkan pada entri akan datang.

14

Page 16: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Sebagai pemilik 7 direktori, saya banyak menerima submission dari pemilik la-man web untuk diterima masuk ke direktori saya. Walaupun saya ingin

menyenaraikan kesemua laman web tersebut, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana ia tidak memenuhi kriteria tertentu yang dipraktiskan di direktori saya dan hampir kesemua direktori lain. Disini, saya akan senaraikan beberapa kriteria yang menyebabkan laman web anda tidak diterima oleh direktori.

1Kebanyakan direktori termasuk semua direktori saya tidak menerima blog yang menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti blogger dan word-

press.com. Ini adalah kerana anda tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap blog tersebut dan bila-bila masa sahaja blog anda akan dipadam oleh penawar perkhid-matan tersebut. (jangan gunakan blog per-cuma)

2Kebanyakan direktori kini menawar-kan deep links iaitu tambahan link ke subpage laman web anda. Wa-laupun direktori anda mungkin ti-

dak akan ditolak jika anda tidak mengisi ruangan ini, tetapi anda telah kerugian ker-ana deep links memberi peluang untuk me-nyenaraikan beberapa subpage laman web anda supaya ia dilawati oleh search engine. Contoh direktori yang mempunyai deep links ini ialah apabila anda melihat terdapat tam-bahan ruang seperi Title 1, Url 1, Title 2, Url 2 di submission page direktori tersebut.

3Pastikan laman web anda siap sepenuhnya sebelum submit ke direktori. Saya pernah menerima submission di mana hanya muka

depan sahaja siap tetapi halaman lain masih lagi kosong.

4Semua direktori tidak menerima laman web yang dibuat hanya untuk adsense (MFA sites). Untuk mengenal laman web seperti ini

ialah apabila ia menggunakan syndicate content, artikel yang terlalu pendek, terdapat lebih banyak iklan adsense di dalam satu muka surat berbanding artikel dan juga laman web yang kesemua isi kandungannya menggunakan artikel dari laman web lain (no unique content).

5Selain itu anda juga harus ber-hati-hati apabila menulis tajuk laman web, url dan juga descrip-tion. Jangan menggunakan huruf

besar kesemuanya untuk tajuk. Sebaik-baiknya, tajuk adalah nama rasmi untuk laman web anda, bukanlah menggunakan keyword tertentu. Terlalu banyak kesila-pan ejaan juga akan menyebabkan laman web anda ditolak.

6Laman web yang menjual produk affiliate juga tidak akan diteri-ma. Contoh laman web ini adalah laman web yang menjual ebook

yang hanya mempunyai salesletter dan juga testimonial.

Oleh : Alang (www.szab.net/blog)

16

Page 17: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

ilmu bisnesProses Pembelajaran Berterusan!

Baru-baru ini saya terbaca sebuah laporan kajian (survey) yang menyatakan secara puratanyausahawan atau peniaga di negara Malaysia

membaca sebuah buku sahaja setiap tahun; itupun90 peratus daripadanya tidak mampu menghabiskan pembacaan mereka melepasi 2 bab yang pertama. Senang cakap, kebanyakan peniaga kitatidak berminat atau malas membaca!

Bukan itu sahaja masalahnya, malah kajian ini juga mendapati kurang daripada 15% daripada peniaga kita yang menyedari kepentingan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri dengan menyertai program latihan pembangunan, seminar ataupun bengkel perniagaan.

Andaikata laporan ini benar… jika mereka malas membaca atau tidak berminat me-nyertai program latihan dan pembangunan perniagaan, di mana dan bagaimanakah mereka ini mendapatkan sumber inspirasi atau idea-idea baru dalam menjalankan bisnes mereka?

Jawapannya... kebanyakan daripada mere-ka ini sememangnya tidak memiliki sumber inspirasi atau pun idea-idea baru yang boleh digunapakai untuk kemajuan bisnes mereka. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah mereka ini akan terus mengulangi perkara sama yang telahpun dilakukan pada hari se-belumnya tetapi mengharapkan keajaiban agar bisnes mereka pada hari tersebut dan hari-hari mendatang akan bertambah baik!

Sebenarnya, banyak perkara baru yang boleh dipelajari daripada pembacaan. Begitu juga dengan menyertai program latihan, kursus keusahawanan, seminar dan sebagainya, se-lain mendapat input daripada bahan kursus atau seminar tersebut, kita berpeluang ber-temu dan bertukar-tukar fikiran dengan

fikiran dengan penceramah dan peserta lain.

Namun, proses pembelajaran ini tidak se-mestinya dalam bentuk formal sahaja iaitu dengan menyertai seminar atau kursus se-mata-mata. Jika anda rajin memerhati, ber-minat mengkaji dan komited mempelajari perkara-perkara baru... apa sahaja acara majlis yang anda sertai, mana-mana indivi-du yang anda temui dan apa pun situasinya mampu menjadi guru yang terbaik.

Setiap cubaan yang menemui kegagalan

adalah peluang untuk belajar dan memper-

baiki kelemahan. Ses-iapa sahaja yang anda

temui boleh menjadi mentor yang sedia

membantu anda.

Oleh : Tazilan Ibrahim (www.tazilan.com)

17

Page 18: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Suatu ketika dahulu saya pernah mengunjungi sebuah gerai nasi lemak yang saya perhatikan kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Setelah bertanyakan tentang sambutan gerainya itu, pemilik gerai tersebut mengakui jualannya kurang dan tak ramai yang ingin singgah ke ger-ainya

Seterusnya beliau bertanyakan jika saya ada petua untuk lariskan bisnesnya itu.

Sebenarnya sudah lama saya perasan bahawa lo-kasi gerai berkenaan tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan simpang tiga. Selain merbahaya kepada lalulintas, ia juga meyukarkan pelang-gan berhenti meletakkan kenderaan mereka. Setelah menerangkan kepadanya pendapat saya itu, saya mencadangkan agar beliau mengalihkan lokasi gerainya lebih kurang 150 meter ke hada-pan di mana terdapat pondok menunggu bas dan ada ruang meletak kereta yang agak selesa.

Syukur, pemilik gerai itu menerima cadangan saya dengan positif dan kini bisnes nasi lemak-nya semakin maju setelah berpindah ke lokasi yang dicadangkan.

Inilah yang dikatakan prosespembelajaran secaratidak formal. Bertanya jugasebahagianprosespembelajaran.

Sesungguhnyamenuntut ilmuamatlahdigalakkan danjika boleh, biarlahianya berterusan.Banyak cara ilmudiperolehi, yangpenting kita semuajangan sekali-kali jemu mencari ilmu.

18

“Syukur, pemilik ge-rai itu menerima cadangan saya den-gan positif dan kini bisnes nasi lemaknya semakin maju setelah berpindah ke lokasi yang dicadangkan.

Page 19: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Page 20: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.
Page 21: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Giving Your WebSalesletter That Added

Twist

Charles TrippyWeird and wacky salesletter

Jason Moffat’ssalescopies

“Peel away” adscool and attractive

Anyone can write a salesletter for a website. As long as you know what your product is about, what the benefits and features are and throw up a few encouraging testimoni-

als and heaps of cool bonuses, most likely you will get a few sales or so.

Nevertheless, website visitors are getting used to the normal long-winding salesletter design. Some may scroll right down to the price to just get it done and over with.

One marketer, Charles Trippy, experiments with weird and wacky salesletter to get visitors to stay longer on his website.

His use of photos, graphics, colorful fontsand zany videos for his salesletter is onethat, though some may hate the‘look’, has enabled him to garnersome big bucks for his ‘Viral VideoFever’ product.

Another marketer who createsflamboyant salescopies is JasonMoffat. In his salesletter, he tellsa ‘story’ to his readers – mostlyexaggerated and outrageous– but endearing to some ofhis loyal fans.

His rags-to-riches tale to promote his ‘Easy Video Sales’ is one of the funniest and heart-warming parts of his salescopy. He spoke of living in a hut with outdoor plumbing (no toilet inside!) and getting electricity from the nearby electric pole (I guess, illegal electricity – who knows?!), before becoming a world-famous marketer.

By : Galadriel (www.internetmelayu.com)

21

Page 22: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Whether the story is true or not, it makes for a wonderful and interesting back-ground story that many readers enjoy.

Unfortunately, the original salescopy is no longer online so you won’t be able to read it for yourself.

Of course, if you are used to reading his blog and subscribes to his newsletter, you will notice the ‘colorful’ language Jason Moffat uses. (I admit, I am a fan of his as he answers my emails. :p )

If you intend to follow the steps of Charles Trippy and Jason Moffat in creating salescopies that are bizarre and unique, you probably need to have THE personal-ity to match these guys.

These two marketers are known for their crazy antics on videos and are seen as young-and-mischievous Americans.

If you are used to addressing your lists and clients in a strict and professional manner via your autoresponder and salesletters, suddenly changing your style to reflect a vibrant and playful personality may not go down well on your subscribers and readers.

wing them photos of something that is personal to you such as a wedding or a birthday.

The use of graphics, such as ‘notes’ and ‘scribbles’ on some salesletter work quite well for some niches, especially if you’re promoting a software.

Some scribbles are like pen drawings on a whiteboard, showing arrow signs, ‘hand-written-like’ phrases and even complex mind-maps like the example above.

It would be wiser for you to ask your subscribers what ‘tone’ of writing they want and whether they like your present writing style.

Nevertheless, you can give your salesletter that added twist by psychological plays on words – stirring the emotions of your readers on a particular issue – such as sharing a trag-edy, a happy occasion or show-

22

Page 23: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Early last year, the ‘peel away’ ads were a famous twist for web salesletters, cre-ating a special effect as though you are peeling away at a sticker or turning the covers of a book.

So how about videos? Are they still relevant?

Videos are still being used on salesletters, to demonstrate earnings, product fea-tures and use and for customer testimonials.

Yes, it is still relevant to add videos on your salesletter. In fact, some folks would expect it, especially for software products.

This year, in 2008, the trend for newsletters is more towards flash effects – espe-cially for headlines and sub-headings. A number of products have cropped up re-cently, enabling the marketer to achieve a variety of flash effects for the salesletter website.

How long this trend will last before a new ‘fad’ emerges is yet to be seen. But knowing the internet marketing arena, something newer and better is never far behind.

Well, whatever ‘special effects’ you use on your salescopy, the important thing is that you don’t lose sight of your original goal – to get your visitors to click that ‘BUY’ button.

About the writer:Galadriel is the owner of www.InternetMelayu.com and several other websites and blogs. She also pro-duces her own ebooks, reports, articles, website sale-scopy and has become a ‘ghost writer’ for several marketers in Malaysia. Do visit www.internetmela-yu.com if you want to learn more about Malaysian

Internet Marketing

23

Page 24: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Bayangkan anda mempunyai sebuah produk hangat di pasaran. Produk

tersebut... harganya RM50 dan mampu dimiliki oleh hampir keseluruhan usa-hawan internet tempatan.

Anda pun mula melakukan promosi dan ternyata sam-butannya hangat. 100 sali-nan produk anda telahpun dijual dalam 7 hari dan disebabkan ianya produk digital, keuntungan anda sudah mencecah RM5,000. Anda pasti tersenyum

riang dengan hasil pendapa-tan internet anda.

Dengan RM5,000 tersebut, banyak perkara yang anda boleh lakukan. RM2,000 boleh dimasukkan kem-bali sebagai modal pusin-gan perniagaan anda dan RM3,000 sebagai wang be-lanja anda. Atau, mungkin anda sudahpun mempu-nyai angan-angan untuk menggunakan keseluruhan wang tersebut untuk pergi

melancong.

Namunpersoalan-nya di siniialah...adakahandamempu-nyai planselepasjualan pertama anda ini?

Adakah anda akan mem-buat modal pusingan untuk mempromosikan produk yang sama kepada pasaran yang sama setiap masa?

Realitinya... anda mung-kin dapat membuat jua-lan yang banyak dengan produk pertama anda seki-ranya ianya adalah produk yang benar-benar mem-punyai pasaran yang luas dan tidak akan tergugat dengan apa jua keadaan, tetapi sekiranya produk anda mempunyai jangka hayat jualan yang pendek, satu strategi jualan efektif perlu diaplikasikan.

Dari sinilah pentingnya anda membuat perancan-gan untuk melakukan jua-lan susulan - jualan yang bakal anda lakukan selepas jualan pertama anda.

Di dalam bahasa Inggeris, ianya dipanggil “Back-End Sales” dan anda tidak semestinya mempunyai produk anda sendiri untuk melakukan jualan susulan ini.Ramai di antara usaha-wan internet yang baru menceburi bidang ini tidak memahami konsep jualan sebegini. Bagi mereka, ka-lau sudah ada satu produk untuk dijual, ianya sudah memadai. Teruskan pro-mosi produk yang sama sehingga mereka rasakan tiada lagi yang akan mem-belinya. Kemudian baru-lah cipta satu produk baru untuk dipasarkan kepada pasaran yang baru.

Silap besar!

Konsep sebegini mungkin tidak dapat menghasil-kan pulangan yang luma-

24

Page 25: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Secara logiknya, pembe-li produk pertama anda merupakan prospek ter-baik untuk produk seterus-nya yang bakal anda jual kepada mereka.

Kenapa? Kerana kepercay-aan yang mereka letakkan kepada anda dan produk yang disarankan oleh anda (sama ada produk anda sendiri atau produk orang lain) membuatkan mereka lebih mudah untuk me-nerima saranan anda un-tuk produk seterusnya.

Di dalam melakukan jualan susulan sebegini, terdapat 2 cara yang sering dilaku-kan.

Sebagai contoh, ebook Rahsia Perniagaan Digital merupakan sebuah produk yang saya jadikan sebagai jualan pertama (Front-End Sale) dan di dalam sistem yang dibina, terdapat pel-bagai sumber jualan susu-lan (Back-End Sale) yang dirancang dengan teliti.

1. Jual produk ked-ua (dan seterusnya) kepada pembeli se-baik sahaja mereka membeli produk per-tama.

2. Jual produk ked-ua kepada pembeli selepas beberapa ke-tika.

Di antara jualan susulan yang terdapat di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital ialah:

...dan beberapa lagi taktik jualan yang tersirat.

Maka, tidak hairanlah saya masih mampu menjana pendapatan daripada 3 sal-uran jualan susulan di atas secara otomatik selepas ebook Rahsia Perniagaan Digital dijual.

Dari sini anda boleh lihat

1. jualan untuk membolehkan pem-beli menukar pautan (link) di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital sebelum mer-eka jual semula eb-ook ini di laman web mereka.

2. jualan untuk menaja pembeli ke dalam program MLM internet saya (www.Kiosk-Webhosting.com)

3. jualan untuk produk yang saya sarankan di dalam ebook Rahsia Perni-agaan Digital (tidak kiralah produk affili-ate atau produk saya sendiri)

Jadi, jangan terkejut jika anda lihat ada pen-jual produk digital sang-gup memberikan komi-syen sehingga 100% untuk produk yang affiliate atau rakan niaga mereka jual kerana mereka tahu jua-lan lumayan yang sebena-rnya adalah jualan susulan (back-end sale).

Walaupun contoh jualan susulan bagi ebook Rahsia Perniagaan Digital di atas berkesan, ini tidak ber-makna anda perlu meniru cara di atas secara keselu-ruhan.

Jualan susulan merupakan jualan yang anda laku-kan bagi produk yang lain selepas jualan pertama anda. Caranya boleh di-lakukan mengikut kreativ-iti anda.

Ada yang menawarkan perkhidmatan.

Ada yang menjual produk sendiri yang lebih mahal.

Dan ada yang sekadar men-jual produk affiliate yang berkualiti.

Bukan setakat itu sahaja... jika dilakukan dengan bet-ul, jualan susulan ini boleh dilakukan secara kendali sendiri (auto-pilot) tanpa menyusahkan anda men-gambil pesanan dan peng-hantaran produk.

25

Page 26: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Oleh itu, sekiranya anda menjual di internet, fikirkan bagaimana anda boleh melaku-kan jualan susulan selepas jualan pertama anda dihasilkan. Sebagai tambahan, jan-gan lupa bahawa autoresponder juga merupakan senjata yang penting untuk anda melakukan jualan susulan anda.

=================================================================================================== *nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” dan “Kiosk Webhosting”kepada link affiliate and untuk men-

jana pendapatan sampingan daripada artikel ini. ===================================================================================================

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet se-jak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata du-nia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri

Nanyan dengan lebih dekat.

26

Page 27: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

borak-borak

TEAM FLAREBIZZhafran: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pendengar. Saya Zhafran dan bersama saya pada hari ini ialah partner saya iaitu saudara Adly a.k.a Labanon, daripada www.Rah-sia10k.com yang nampaknya agak handsome dan cool. Ha ha ha! Baiklah kami pada hari ini ingin bercakap tentang sebuah perniagaan yang kami percayai bahawa pengalaman, umur, kemahiran teknikal dan sebagainya tidak langsung akan mempengaruhi kejayaan anda kelak. Ia tidak lain dan tidak bukan ialah perniagaan Internet atau ada orang gelarkannya bisnes atas angin. Sebelum kita mulakan... ok Labanon katakan sesuatu kepada para pendengar!

Labanon: Salam semua, saya adly aka Labanon daripada www.Rahsia10k.com

Zhafran: Ok. Labanon apa khabar?

Labanon: Alhamdulillah sihat dan Zhafran pula?

Zhafran: Alhamdulillah saya lebih sihat daripada anda. Ha ha ha! Ok, Orang lain tidak kira yang ma-sih baru atau yang lama masih tercari-cari rentak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 4 angka sebulan melalui perniagaan internet tapi Labanon yang baru berusia 18 tahun dapat mencecah 5 angka sebulan, apakah rahsia dan strategi yang digunakan oleh Labanon yang orang lain tidak gu-nakannya untuk dapat 10K sebulan? Macam ala-ala rahsia khas lah contohnya.

Labanon: Ok, sebenarnya langsung tiada rahsia dan strategi yang tersembunyi. Anda semua mesti kata “waaa bestnya dapat 5 figure per month”, “wah best duit banyak boleh kawin ni.. Hoho!” tapi adakah anda tahu bagaimana proses yang saya lalui sebelum saya dapat mencapai tahap ini?

Saya masih ingat ketika saya mula menceburi bidang perniagaan Internet pada Ogos 2006 setelah lebih kurang setahun cuba mengkaji tentang potensi perniagaan Internet. Ketika itu saya berumur 16thn dan sudah tentu masih dibangku sekolah lagi. Serius saya katakan saya tidak mempunyai wang untuk membeli domain dan hosting. Saya terpaksa meminjam duit untuk membeli domain dan hosting daripada kawan baik saya sebanyak RM300. Then saya gunakan separuh duit tersebut untuk membeli webhosting sendiri dan separuh lagi saya gunakan untuk membeli produk-produk yang dapat memberi saya input tambahan tentang perniagaan Internet.

Dipendekkan cerita, ada di antara produk tersebut disertakan dengan lesan hak jualan semula. So, saya cuba menjual semula produk tersebut namun memang tak semudah yang disangka kerana dalam tempoh 2-3 bulan hanya mampu membuat beberapa sales sahaja. Boleh kira dengan jari ha ha ha! Inilah rahsianya, untuk berjaya anda perlu memulakan dengan langkah pertama! Jika anda tidak mula… maka sampai bila-bila pun anda takkan bermula.

Kemudian saya tercari-cari dimana untuk belajar tentang perniagaan Internet dan akhirnya selepas itu saya berjaya mencari seorang mentor untuk menerangkan satu-persatu tentang perniagaan In-ternet kepada saya iaitu bro Mohd Faisal atau lebih dikenali sebagai fai. Beliau telah mempercepat-kan proses pembelajaran saya tentang perniagaan Internet ini dan saya sangat berterima kasih

27

Page 28: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Jika anda nampak itulah realiti proses yang anda perlu lalui un-tuk berjaya dalam perniagaan Internet iaitu cuba dapatkan RM1 pertama daripada Inter-net dahulu sebelum anda dapat meraih pendapat yang seterus-nya selepas ini. Bagi saya tiada rahsia ataupun strategi yang tertentu… semuanya adalah sama dan apa yang penting ialah anda perlu bertindak dan terus bertindak. Jangan dapat sesuatu ilmu tetapi simpan sa-haja tanpa mengaplikasikanya kerana anda juga yang akan rugi.

Sekarang saya mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang saya dapat melalui Inter-net seperti perkhidmatan de-sign, penjualan produk fizikal, melalui adsense, copywriting, menjual produk digital dan seb-againya. Anda sendiri pun tau-kan ada sesetengah sumber pendapatan yang dirahsiakan. Jadi strategi yang saya gunak-an ialah fokus. Jika anda mam-pu untuk fokus dalam banyak perkara silakan tetapi jika anda tidak mampu saya sarankan anda hanya perlu fokus kepada satu bidang sahaja yang anda rasakan sesuai dengan anda. Ramai newbie yang buat kesi-lapan ini dimana mereka tiada fokus dan mencuba segala je-nis cara buat duit di Internet yang akhirnya akan merugikan masa mereka kerana tanpa fokus agak sukar seseorang untuk berjaya.

Itu jerlah secara ringkasnya

Zhafran: Wah, ringkasnya jawapan itu.. Hehe.. Memang pengalaman mendapatkan RM1 pertama di Internet tidak bo-leh dilupakan. Saya mendapat 1st payment daripada Internet

Ok, Labanon, Saya pernah membaca kenyataan Labanon bahawa daripada 10K terse-but, projek yang menyumbang kepada itu adalah TipAdsense.com. Cuba Labanon terangkan sedikit mengapa TipAdsense.com menjadi target orang ramai walaupun banyak lagi panduan lain mengenai adsense (ya, memang agak banyak dipasa-ran juga) dan bagaimana Ti-pAdsense ini membantu orang ramai menjana wang dengan Adsense?

Labanon: Ya, salah satu yang menyumbangkan kepada 5 figure per month ialah ebook 101 Tip AdSense Terbongkar. Setelah saya buat kajian… me-mang niche adsense ini mem-punyai demand yang agak tinggi di Malaysia ini. Lagipun dimana-mana forum pasti akan ada bercakap tentang adsense ini. So, bagi saya ini adalah satu niche yang sangat-sangat baik untuk dicuba. Walaupun dah banyak ebook adsense di pasaran Malaysia namun saya tetap yakin dengan kajian yang saya lakukan. Ada kawan saya yang mengatakan kepada saya “Aku kalau nak buat ebook… takkan buat lagi pasal adsense sebab terlampau banyak sain-gan”. Bagi saya la… persaingan bukanlah faktor utama yang perlu diambil kira sebaliknya perminataan terhadap sesuatu produk perlu diberi perhatian. Jika ramai yang inginkan infor-masi tentang adsense… why not saya menjadi salah seorang yang menyediakan info terse-but? Selain itu, anda perlu ton-jolkan kekuatan anda agar mer-eka akan memilih produk anda dan bukanya produk orang lain. Terdapat beberapa kelainan yang saya cuba lakukan kepa-da produk saya kali ini.

Panduan ini sebenarnya lain daripada yang lain dimana saya lebih menekankan kepada for-mat tip-tip secara ringkas. Idea ini saya dapat setelah memba-ca ebook seperti 101 Romatic Idea dan sebagainya. Tip-tip yang diterangkan dalam ebook tersebut adalah secara point-point yang lebih memudahkan para pembaca. Jadi saya ter-fikir… “waa ini adalah perkara baru di market tempatan”.. then saya mencubanya. Nampak-nya, Alhamdulillah percubaan saya kali ini memberikan hasil yang sangat memuaskan.

Selain itu, panduan tersebut mempunyai kekuatan tersendiri dimana saya gabungkan tip-tip daripada pakar seperti kak Nor, bro Syed Ikhwan, bro Shuth, bro Inspiration, bro Liew CF dan ramai lagi yang merupakan kawan-kawan saya. Jadi, target market saya sangat yakin den-gan dengan kredibiliti mereka ini. So, lebih mudah untuk mer-eka mengeluarkan duit untuk

28

Page 29: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

mendapatkan produk saya.

Dan banyak lagi sebenarya fak-tor-faktor lain yang saya terang-kan secara detail di www.rah-sia10k.com.

Produk ini sebenarnya sangat membantu orang ramai kerana tip yang diberikan adalah dari-pada orang yang dah berjaya dalam adsense. Tip yang dik-etengahkan juga adalah me-nyeluruh dimana menyentuh hampir semua aspek. Ini ter-bukti apabila rata-rata pembeli sangat berpuas hati dengan produk tipadsense ini. Lagipun produk ini saya lakukan dengan bersungguh-sungguh bersama

bantuan pakar yang sebenar. Saya cukup bangga apabila ada pembaca ebook tipad-sense yang daripada zero, akh-irnya berjaya mendapatkan cek pertama daripada Google Ad-Sense. Wow, kepuasan yang sangat mutlak sebagai seorang penulis ebook.

Zhafran: Wow, memang memotivasikan penulis ebook yang lain diluar sana ni. Bai-klah, Labanon pernah member-itahu saya dahulu yang labanon tidak berminat untuk menerus-kan pelajaran kerana mahu kahwin awal eh silap kerana ingin fokuskan kepada bisnes internet ini. Bagaimanakah La-banon dapat meyakinkan ibu bapa Labanon bahawa bisnes internet ini mampu menjadikan masa depan Labanon cerah berbanding remaja lain?

Labanon: Haha… soalan macam ni pun ada ker? Baiklah pertamanya ingin saya jelaskan di sini bahawa saya akan me-nyambung pelajaran saya suatu hari nanti. Saya sangat minat belajar namun pada ketika ini saya terkena wabak demam usahawan yang membuatkan saya terpaksa menangguh da-hulu kemasukkan ke Universiti.

Oh, jangan ingat saya tak dapat tawaran university ya! Haha-ha… saya mendapat tawaran matrik dan panggilan ke salah satu univerisit dalam bidang computer engineering.

Ibu bapa saya marahkan saya kerana mereka ingin melihat saya berjaya ke menara gading seperti mana ibu bapa lain. Yer-lah.. mana ada ibubapa yang tak mahu melihat anak mereka sambung belajar kan… Jadi saya hanya mengambil keputu-san untuk menangguhkan dan bukanya terus tidak sambung belajar.

Saya ada plan saya sendiri mengenai perniagaan saya ini. Saya dah rancang perniagaan yang saya akan lakukan se-cara online mahupun offline. So, saya just tunjuk plan saya

dan terangkan kepada mereka. Saya nyatakan matlamat saya kepada meraka agar mereka akan berasa lebih yakin den-gan saya.

Rakan-rakan saya mengatakan ini adalah tindakan yang gila. Namun, bagi saya setiap orang mempunyai cita-cita dan wa-wasan tersendiri. Saya takkan lakukan sesuatu perkara yang melambatkan cita-cita saya dan saya berharap para pen-dengar doakan kejayaan saya. Nasihat saya ialah jangan ingat segulung ijazah itu yang mem-berikan anda rezeki, tetapi ya-kinlah selagi kita berusaha dan berdoa maka rezeki untuk kita akan bertambah.

Satu lagi benda yang saya laku-kan untuk meyakinkan ibu bapa saya ialah saya sentiasa mem-bayar segala bil-bil seperti bil elektrik, bil air dan sebagainya. Hehe… nampaknya saya men-dahului adik beradik saya yang lain dalam berjasa kepada ibu bapa dalam soal kewangan. Ha ha ha.

Saya berharap keputusan yang saya lakukan adalah berbaloi. Amin.

Zhafran: Kita dah banyak siapkan projek bersama-sama malahan projek bukannya satu atau dua tapi bertimbun-tim-bun. Akan tetapi saya lihat La-banon betul-betul bersemangat menyiapkan projek demi projek kita tanpa ada rasa letih. Mana tidaknya kadangkala saya lihat status di YM anda masih lagi available walaupun pada jam 4 pagi. Apakah faktor yang per-lu ada bagi seorang IM untuk menjadi sangat bertenaga sep-erti anda?

29

Page 30: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Labanon: Eh kamu pun tak tido lagi time tu ha ha ha! minumlah power root untuk ke-cergasan.. gurau saja.. Pada saya ialah perlu minat terha-dap sesuatu kerja. Saya en-joy melakukan sesuatu kerja kerana saya lakukan perkara yang saya suka. Lagipun jika kita buat perkara yang kita suka hidup kita tidak akan stress, se-lalu ceria dan akan tersenyum selepas menyiapkan sesuatu kerja.

Ini kerana bisnes adalah jiwa saya dan saya takkan letih untuk menyiapkan projek-pro-jek yang ada walaupun tidak mendapat sebarang wang! Itulah sebabnya kenapa saya boleh menerbitkan Majalah IM secara percuma kerana saya suka apa yang saya lakukan dan keletihan tidak sedikitpun membantut untuk saya meny-iapkan sesuatu projek.

Namun, jika anda buat sesuatu kerana wang maka anda akan sangat kecewa apabila sesuatu yang anda target tidak kesa-mpaian. Itulah faktor dominan mengapa saya mampu meny-iapkan projek demi projek tan-pa rasa jemu.

Satu pesanan saya, jika kamu tidak minat bisnes maka jangan paksa diri kamu untuk berbisnes hanya kerana wang. Anda pasti agak susah untuk berjaya!

Zhafran: Kesimpulannya disi-ni, untuk berjaya seperti Laba-non memerlukan minat bisnes rupanya. Walaupun begitu, Ramai individu yang kurang berjaya mula menyalahkan perniagaan internet ini sebagai perniagaan yang palsu. Ya, ban-yak juga antara mereka yang bergelumang dengan Skim

Selain itu anda hendaklah men-guasai komponen-komponen asas mengenai perniagaan In-tenet seperti bagaimana untuk membuat research bagi ses-uatu produk, bagaimana untuk memiliki laman web sendiri, bagaimana ingin melakukan pemasaran dan sebagainya. Pokoknya sama bagi mana-mana perniagaan anda perlulah menguasai bagaimana untuk melakukan pemasaran dengan baik. Anda perlu bijak untuk me-masarkan produk anda kepada orang yang sepatutnya.

Kesilapan yang sering dilaku-kan kepada para newbie yang memasarkan produk di Internet ialah mempromosikan produk mereka di market yang tidak te-pat. Mereka ini melakukan pro-mosi secara membuta tuli dan kesanya pemasaran mereka ti-dak berkesan. Akhirnya mereka menyalahkan perniagaan Inter-net yang katanya menipu.

Saya teringat kata-kata hikmah yang berbunyi “Manusia gagal bukan kerana kebodohan, teta-pi mereka gagal kerana melaku-kan perkara yang bodoh.” Be-gitulah lebih kurangnya…

Zhafran: Hmm.. dalam maksudnya tu.. Hehe.. Saya sendiri mengagumi Labanon kerana mengetahui banyak ilmu berkenaan dengan perni-agaan internet, marketing ma-hupun design walaupun usia agak muda. Dari manakah anda mempelajari segala ilmu-ilmu ini dan bolehkah anda cadan-gkan kepada kami semua di-manakah tempat yang sesuai untuk mempelajari perkara-perkara ini?

Labanon: Erm… cam ner eh nak cakap… boleh Zhafran ceritakan dahulu kat ner belajar

Cepat kaya dan rugi dan terus rugi. Bagaimanakah caranya untuk anda mengajar mereka agar mempelajari mengenai perniagaan internet yang se-benar yang mana merupakan perniagaan internet yang boleh menyumbang kepada kejay-aan?

Labanon: Biasalah tu, orang yang gagal memang beigitu. Ini kerana menyalahkan orang lain itu sendiri merupakan salah satu sikap orang-orang yang tidak berjaya. Jika mereka ga-gal mereka cuba menyalahkan orang lain walhal mereka sepat-utnya menyalahkan diri sendiri bukannya orang lain.

Satu jer yang saya ingin ingat-kan kepada para pembaca, per-niagaan Internet tetaplah satu perniagaan. Perniagaan Inter-net bukanlah mesin ATM yang sentiasa mengeluarkan wang biru dan merah setiap hari. Jadi, untuk berjaya dalam per-niagaan Internet samalah den-gan perniagaan biasa dimana anda perlu memiliki sifat-sifat sebagai seorang usahawan. Untuk menjadi seorang usa-hawan yang berjaya anda per-lulah kreatif, pandai mengatur strategi, bijak memanipulasikan keadaan dan banyak lagi.

Kesilapan yang sering dilakukan kepada para newbie yang memasarkan produk di Internet ialah mempromosi-kan produk mereka di market yang ti-dak tepat

30

Page 31: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Zhafran: Ok ceritakan secara ringkas. Saya sebenarnya minat design ni sejak dibangku sekolah lagi. Saya belajar sendiri jer design ni sejak form 2 lagi dengan menggunakan beberapa software ketika itu… tak ingat dah nama apa. Sayalah yang menjadi designer bagi team Majalah sekolah. Then, lepas sekolah menengah saya mula membeli beberapa buku tentang design dan mulalah menggunakan Adobe Photoshop untuk menghasilkan design-design yang lebih power. Saya juga belajar cara untuk membuat design dengan membeli ebook, video tutorial dan sebagainya. Video tutorial ni agak mahal harganya, namun ia amat banyak membantu saya memahami trik-trik dalam design. Ya, ada video tutorial yang anda boleh lihat di Youtube dan sebagainya namun ianya tak lengkap. Agak susah nak ikut video tutorial percuma ni… Macam tulah secara ringkas bagaimana saya belajar tentang design ni..

Labanon: Owh.. sangat menarik! Hrm… Ingat satu pepatah ni “Size doesn’t matter.” Sebenarnya ilmu saya masih cetek tentang perniagaan Internet. Kalau bab design memang tak boleh nak lawan Zhafran kan ha ha ha! Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar. Saya banyak belajar tentang perniagaan Internet di forum WangCyber lah… banyak ilmu-ilmu perniagaan Internet yang saya dapat melalui forum tersebut. Di sana anda dapat berforum dengan orang-orang yang sudah ber-jaya dan ini secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada anda. Selain itu, saya juga banyak belajar dengan membaca blog-blog usahawan Internet seperti SaifulSham, SmartUsaha, Alang, Shuth dan banyak lagi. Melalui pembacaan blog-blog mereka yang berjaya ini membuatkan saya sering meletakkan target untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Alhamdulillah segala tips yang diberikan oleh mereka saya segera praktikkan dan hasilnya sangat memuaskan.

Satu lagi medium untuk belajar yang anda tidak boleh lari ialah dengan pembacaan. Saya banyak jugak membeli ebook daripada usahawan Internet tempatan dan luar negara untuk mengetahui ses-uatu cara buat duit dengan lebih mendalam. Saya telah membaca mungkin sudah sampai beratus ebook yang menerangkan tentang perniagaan Internet dan saya rasa inilah sumber terbaik untuk kita mendapat ilmu yang berguna. Dengan membayar wang untuk mengetahui sesuatu ilmu dengan cepat dan menjimatkan masa.

Ramai yang tak mahu membeli ebook kerana merasakan mereka boleh mendapatkan maklumat secara percuma di Internet namun ingatlah masa itu emas. Saya lebih rela membayar sedikit wang untuk mendapatkan sesuatu ilmu daripada meluangkan masa yang banyak semata-mata untuk mencari satu per satu di Internet. Saya pun tak tahulah macam mana nak terangkan kepada mereka ni.. Mereka ni agaknya boleh jatuh pengsan jika mengeluarkan sedikit duit untuk ilmu.

Realitinya, banyak ilmu yang marketing yang gila-gila saya dapatkan daripada pembacaan ebook dan saya segara aplikasikanya. Inilah hakikat yang kita perlu terima bahawa untuk mendapatkan sesuatu yang bagus anda perlu melaburkan sedikit wang

Selain itu, saya banyak belajar daripada pengalaman laa… seperti design saya belajarnya dengan membuat khidmat design percuma bagi kawan-kawan dan dari situ saya dapat improvekan skills design saya. Skills design ni kalau tak cuba sendiri ianya takkan improve walapun anda menon-ton berjam-jam video tutorial. Percayalah kalau bab-bab teknikal, try and error adalah guru terbaik anda. Apa yang penting… kita semua tidak boleh berhenti daripada terus belajar.

31

Page 32: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Zhafran: Ya Labanon, walaupun usia tua bukanlah bermaksud masa kita untuk belajar dah expired kan.. Hehe.. Ok Labanon, Kita telah memiliki banyak projek-projek yang sedang berjalan sekarang ini antaranya Tipadsense, Majalah IM, Galeri Batik dan sebagainya. Apa yang pasti setiap daripada kita mempunyai tu-gas yang berbeza dan sangat banyak hendak dilakukan sampai pening-pening lalat dibuatnya.. Saya sendiri pun kadang-kadang stress dengan kerja yang bertimbun-timbun yang hampir mustahil untuk menyiapkanya. Bagaimanakah caranya anda membahagi-kan masa untuk melakukan semua ini walaupun anda tahu sehari hanya ada 24jam sahaja dan bukannya 36 jam? :P

Labanon: Ahaha… sebenarnya dalam bab management ni saya masih lemah. Namun apa yang saya praktikkan ialah men-gagihkan kerja kerana dengan mengagihkan kerja anda akan mendapat pulangan yang maksimum. Percayalah bahawa den-gan mengagihkan kerja, anda akan mendapat hasil yang berlipat kali ganda dengan syarat masa yang dapat dijimatkan tersebut anda gunakan untuk menumpukan kepada perkara yang lebih penting. Selepas mengamalkan tip ini, kini saya telah muncul dengan pelbagai projek terbaru dalam masa yang singkat.

Dulu dalam tempoh beberapa bulan saya hanya mampu untuk menyiapkan satu projek, kini saya mampu melancarkan dua pro-jek sebulan dengan menggunakan tip ini.

Namun sekarang masa lebih banyak dapat dijimatkan setelah ke-hadiran anda dalam Team FlareBiz hehe…

Zhafran: Haha ye la tu… Labanon dah mempunyai kepakaran, kredibiliti dan projek-projek yang dijalankan untuk mencecah tar-get melebihi 10K sekarang ini. Kalau anda diberikan peluang un-tuk bermula dari kosong semula, apakah jenis perniagaan internet yang anda ceburi agar anda dapat mengulangi pendapatan 10K yang anda dapat pada Januari lalu malah dapat lebih dari itu?

Labanon: Haha… soalan yang sangat baik. Jika saya bermula daripada kosong… erm.. saya akan menjual produk digital iaitu dengan menjual idea saya. Ini dikatakan sebagai pemasaran maklumat. Pemasaran maklumat merupakan salah satu industri yang sedang hebat berkembang pada era globalisasi ini. Ia akan terus berkembang pesat kerana semakin ramai yang menyedari nilai maklumat. Lebih baik lagi, mereka sanggup membayar anda wang yang banyak untuk mendapatkan sesuatu maklumat.

Sebenarnya pemasaran maklumat ini telah lama menjadi bidang yang besar di dunia luar. Bill Gates, orang terkaya di dunia adalah dalam bidang menjual maklumat. Dia tidak mendapat wang dari-padi komuditi, hartanah atau barangan pengeluaran tetapi melalui penjualan satu perisian yang dikenali sebagai windows. Sebena-rnya untuk berjaya dalam bidang ini anda perlulah memasarkan satu maklumat yang mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada orang ramai.

Sekiranya anda mengatakan untuk mendapatkan pulangan lumayan di Internet anda perlu menjual produk sendiri meru-pakan satu maklumat umum. Ia bukanlah satu yang me-merlukan perahan otak kerana semua orang tahu mengenai perkara ini. Tetapi, jika anda boleh menunjukkan cara, satu kaedah yang terjamin, tentang bagaimana ingin menghasilkan produk yang booom! meletup dan cara memasarkanya, ini adalah maklumat khusus.

Sekali lagi jawapan saya ialah dengan menjual produk digital.

Zhafran: Kita sering di-beritahu dan diceritakan oleh rakan-rakan di forum-forum, email dan sebagainya bahawa ibubapa tidak suka anak-anak mereka membuat bisnes yang tiada masa depan dan biasan-ya mereka mengatakan perni-agaan internet ini tiada masa depan. Adakah 10K yang anda perolehi pada bulan Januari lalu telah membukakan mata orang sekeliling anda dan lebih ramai ibu bapa diluar sana bahawa “internet ialah lubuk emas” per-niagaan?

Paling melucukan saya pernah mendapat emel yang berbunyi “bo-leh tak bagitau saya bagaimana ingin men-jadi jutawan? Boleh bagi cadangan tak nak berniaga apa di Inter-net ni? Kalau boleh saya nak jadi jutawan dalam masa 2-3 bulan yang terdekat ni..”

32

Page 33: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Labanon: Well, harapanya begitulha… agar dapat mem-buka mata beberapa pihak. Ini kerana Internet merupakan salah satu medium yang sangat mudah untuk kita mendapatkan wang. Kenapa saya kata mu-dah? Ini kerana anda tidak perlu bertentang empat mata dengan pelanggan semata-mata untuk mereka membeli produk anda. Hanya dengan pelawat mela-wat web kita, maka kita sudah berupaya untuk mendapatkan pelanggan. Hanya dengan semudah itu

Ramai kawan-kawan saya yang tidak percaya walaua-pun telah lama saya katakan bahawa Internet ni boleh buat duit. Sehingga hari ini mereka masih bertanya soalan yang sama iaitu “Eh, betulker dengan menggunakan Internet kita bo-leh dapatkan wang?”. Entahlah agak sukar untuk saya terang-kan kepada mereka. Apa yang boleh saya katakan ialah anda perlu mencubanya sendiri.

Paling melucukan saya per-nah mendapat emel yang berbunyi “boleh tak bagitau saya bagaimana ingin menjadi jutawan? Boleh bagi cadangan tak nak berniaga apa di Internet ni? Kalau boleh saya nak jadi jutawan dalam masa 2-3 bu-lan yang terdekat ni..” haha… nak marah pun ada, nak ket-awa pun ada lepas baca emel ini. Saya fikir, inilah mentaliti segelintir masyarakat kita yang menganggap perniagaan Inter-net ni sebagai skim cepat kaya. Ingatlah bahawa perniagaan Internet tetaplah sebuah perni-agaan dimana anda tetap perlu menanggung risiko, bersaing dan sebagainya.

Zhafran: So, kamu tak reply

ke emel tu?

Labanon: Ada reply… saya reply ringkas jer… nak jadi jutawan dalam masa 2-3 bu-lan… berkahwinlah dengan jutawan! Ha ha ha!

Zhafran: Ketawa.

Zhafran: Akhir sekali apakah pelan jangka panjang Labanon untuk bersaing dalam perni-agaan internet dan mendapat lebih 10K atau 6 angka ataupun 1 juta sebulan?

Labanon: Ok Zhafran, Pelan masa panjang saya ialah ingin menjadi jutawan dalam bidang perniagaan Internet ni. Saya ingin memiliki sebuah perni-agaan Internet berlandaskan produk fizikal dan digital yang benar-benar berjaya dan mam-pu memberi pendapatan yang constant setiap bulan. Harap kita Team FlareBiz akan beker-ja lebih kuat untuk menukarkan pelan ini menjadi kenyataan.

Itu jerlah plan jangka panjang saya

Zhafran: Alhamdulillah plan yang amat menarik yer, kami akan sama-sama doakan agar perancangan ini berjaya. Ok, mungkin Labanon boleh beri-kan sepatah dua kata sebagai penutup kepada para penden-gar.

Labanon: Ok… akhir kata… untuk berjaya dalam perni-agaan Internet anda perlu fokus dalam satu-satu bidang sahaja. Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan produk digital wa-laupun anda bukanlah seorang pakar… anda boleh lakukanya dengan mendapatkan Panduan lengkap untuk berjaya dalam

pemasaran produk informasi yang sedang hangat di pasaran - www.rahsia10k.com

33

Page 34: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

SOAL JAWAB IMbersama amirol

Oleh Amirol (www.mohdamirol.com)

Soalan:

Melalui kajian saya sejak beberapa bulan lepas product informasi mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna internet. Namun saya tiada product yang boleh saya hasilkan sendiri untuk dijual.

Salah satu cara adalah dengan menjual semula product dengan menggu-nakan sumber informasi sedia ada di internet (mengolah utk dijadikan e-book sendiri contohnya)..ini dapat dicapai dengan kaedah menggunakan product PLR,RR & MRR..

Jd saya ingin mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari saudara bagaimana saya boleh menggunakan ini semua utk saya hasilkan product sendiri..

Jawapan:

Untuk menghasilkan produk sendiri tanpa idea sendiri, anda memerlukan produk yang berasaskan PLR (Private Label Rights) kerana dengan adanya lesen PLR ini, anda boleh ubah produk tersebut mengikut kehendak anda dan mengakui (claim) bahawa produk tersebut hak milik anda.

Sebagai contoh, jika anda mendapatkan produk ebook PLR berkaitan resepi membuat kek coklat, maka dengan adanya kelebihan PLR ini, anda boleh ubah isikandungan ebook tersebut supaya menjadi lebih menarik seperti menambah lain – lain info tambahan, memasukkan gambar – gambar proses membuat kek dan seterusnya meletakkan nama anda sebagai pencipta eb-ook tersebut.

Anda juga boleh ubah rekabentuk (design) ebook dan jadikan ia tampak lebih menarik daripada rekabentuk asal. Selain daripada itu juga, jika produk PLR tersebut adalah di dalam bahasa lain seperti English, maka anda boleh alih bahasakan produk tersebut kepada bahasa Malaysia. Maka dengan ini, anda sudah memiliki produk anda sendiri.

Atau mungkin produk PLR tersebut adalah dalam berbentuk script web. Jika fungsi asal script PLR tersebut hanya ada 3 sahaja, maka anda boleh mengupah programmer untuk menambah lagi beberapa fungsi lain supaya ia menjadi lebih unik dan menarik.

34

Page 35: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Soalan:

Boleh saya dapatkan penerangan mengenai OTO (one time offer) dan juga downsell, saya kurang faham..harap dapat sertakan contoh mudah..

Produk – produk PLR ini juga boleh anda jadikan sebagai produk MRR atau RR anda sendiri. Brandkan produk – produk PLR ini dengan nama anda dan kemudian jualkan produk tersebut dengan hak lesen MRR atau RR kepada pembeli. Tawarkan beberapa lesen untuk mendapatkan keuntungan ber-ganda sebagai contoh :

Personal use : RM20.00, Resale Rights : RM40.00

Jawapan:

OTO (One Time Offer) adalah halaman istimewa yang terpapar dalam 1 tem-poh masa sahaja iaitu sama ada sewaktu proses “subscribe” atau sewaktu proses pembelian produk. Tujuan OTO ni adalah untuk mendapatkan keun-tungan tambahan.

Sebagai contoh jika anda jual produk utama iaitu handphone nokia den-gan harga RM100.00… sewaktu tempoh pembelian ingin selesai / subscribe telah dibuat oleh pengguna, anda akan buat satu lagi tawaran tambahan is-timewa seperti 7 casing handphone nokia dengan harga yang sangat murah seperti RM20.00 dan tawaran ini sekali sahaja pada waktu itu serta tidak akan terdapat di mana – mana promosi lain.

Jika mereka lepaskan tawaran tersebut, maka tidak ada lagi peluang kedua buat mereka untuk membeli 7 casing tersebut kerana tawaran yang diberi-kan adalah sekali sahaja pada tempoh yang diberikan.

OTO yang baik dan berkesan mampu meningkatkan “nafsu” pengguna un-tuk membuat belian tambahan pada tawaran yang diberikan. Berdasarkan contoh diatas, tawaran OTO mampu untuk membuatkan pengguna berfikir bahawa jika mereka membeli secara berasingan casing handphone terse-but pada lain waktu atau daripada pihak lain, harganya adalah jauh lebih mahal daripada tawaran OTO yang anda berikan itu.

Hal ini akan menyebabkan pengguna akan mengambil tawaran tersebut kerana mereka mungkin tidak mahu melepaskan peluang tersebut dan ti-dak mahu mengalami kerugian di masa hadapan. Anda sebagai penjual pula bakal menerima keuntungan tambahan hasil daripada tawaran OTO terse-but.

35

bersama amirol

Page 36: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

Tentang downsell pula, produk yang berharga mahal akan dikurangkan harganya sewaktu pelawat ingin meninggalkan laman web. Sebagai con-toh; andaikata produk yang anda jual tersebut adalah berharga RM100.00. Mungkin ada dikalangan pelawat tidak mampu untuk untuk membeli produk tersebut dengan harga yang ditawarkan.

Maka untuk mengelakkan anda kehilangan bakal pembeli, anda akan buat satu tawaran dengan harga lebih rendah daripada harga asal sebagai con-toh RM50.00. Tawaran ini diberikan sewaktu pelawat ingin meninggalkan web tersebut. Biasanya, apabila diberi downsell, produk tersebut mungkin akan kurang serba sedikit fungsinya.

Sebagai contoh : Jika pembeli membeli handphone yang anda jual den-gan harga penuh iaitu RM100.00, pembeli dapat handphone, casing, dan charger. Tetapi sewaktu downsell, pembeli mungkin hanya mendapat hand-phone sahaja kerana harganya lebih

murah daripada harga asal. Dan kerana inilah anda perlu mengeluarkan beberapa fungsi / kelebihan yang diberikan.

Tujuan utama downsell adalah supaya pengguna tetap menjadi pembeli dan mendapat manfaat daripada produk yang dipasarkan.

Ikhlas,

Amirol Zolkifliwww.WebJualan.com

36

Page 37: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

www.akademisms.com/ebook.htm www.modelbisnesinternet.com

www.bloggingsteps.com/kit

www.tipadsense.com www.rahsiaonline.biz

www1.bisnesdigital.com

Page 38: ISI KANDUNGAN - PNM€¦ · Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com - . ... kata carian panduan SEO per-cuma. (Rujuk Rajah 3 di muka-surat sebelah) ... tuk mencari penyelesaian.

www.smartstudy.com.my

www.design-hut.com

www.rapidfirestudio.com

www.galeribatik.com

www.mysticdreamworks.com

www.internetmelayu.com