Isl m3 Edu3103

download Isl m3 Edu3103

of 3

Transcript of Isl m3 Edu3103

ISL M3 EDU3103

2-6 JULAI 2012ISL M3 EDU3103

Satu proses yang berterusan,Secara formal dan tak formal,Secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira dsb.,Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis.proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.pembelajaranguru dan murid,guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,hanya bermakna apabila ada pembelajaran,melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,meliputi rancangan mengajar (KOPI),proses yang melibatkan interaksi dua hala,ada unsur sains dan seni.tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.PengajaranPengertian Pengajaran Dan Pembelajaran

1) Penggunaan Teori Pembelajaran Behavioris Teori Pavlov Menurut Pavlov kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. Contohnya, kalau guru hendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan dengan amalan berbaris (gerak balas), apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang. Dengan itu, murid-murid terus berbaris tanpa arahan guru.

Kaitan antara rangsangan dengaan gerak balas dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak bals terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa berterusan.

Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Contohnya, dalam eksperimen Pavlov, anjing dilaparkan dahulu. Dalam bilik darjah, guru hendaklah

Teori Thorndike Menurut Thorndike, untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini bermakna guru hendaklah menyediakan pelbagai sumber pengajaran-pembelajaran yang menarik serta mengagumkan agar pembelajaran akan berlaku. Pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya. Ini bermakna seseorang murid boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru. Contohnya, seseorang murid boleh menyelesaikan satu masalah matematik tanpa bimbingan guru dengan melakukan pelbagai cubaan, tetapi ini memakan masa yang panjang. Untuk menjimatkan masa, guru bolehlah memberi bimbingan yang sewajarnya. Kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid kearah pencapaian yang lebih baik. Dengan itu, guru hendaklah menyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid-murid. memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.

Teori Pelaziman Operan Skinner Objektif pendidikan yang ingin dicapai hendaklah realistik. Jika tidak murid akan mengalami kegagalan. Kegagalan membawa perasaan malu yang boleh menyebabkan berlakunya peneguhan negative. Contohnya, seseorang yang sentiasa tidak dapat menjawab soalan guru akan berasa malu di hadapan murid-murid lain. Ini merupakan satu contoh peneguhan negative. Maka peneguhan positif perlulah dilakukan bagi menjamin tidak berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.

Pembelajaran berunsurkan kemahiran boleh dijalankan secara berperingkat seperti mempelajari kemahiran permainan, gimnastik dan sebagainya. Tingkah laku yng tidak diingini boleh dikikis melalui proses penghapusan. Contonya, murid yang suka menjeritkan jawapan tanpa mengangkat tangan tidak harus dilayan. Ini dilakukan berulang kali sehingga amalan itu dapat dihentikan.