Isl Minggu 13
description
Transcript of Isl Minggu 13
ISL MINGGU 13
Bincang bersama rakan untuk menyenaraikan perbezaan antara teknologi mod
tutorial dan mod penerokaan. Kemudian fikirkan bagaimana kedua-dua mod tersebut
boleh digabungkan dan digunakan dalam menghasilkan produk multimedia
pengajaran dan pembelajaran.
Aspek Mod Tutorial Mod Penerokaan
Konsep TMK digunakan untuk
menyampaikan
kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang
telah ditetapkan dan
merangkumi;
i. Pendedahan kandungan
(pembelajaran ekspositori)
ii. Tunjuk cara sesuatu
fenomena dengan kawalan
sistem
iii. Latihan atau latih tubi
yang disampai dan dikawal
oleh sistem
Melalui mod penerokaan, murid
dapat menentukan dan
mengawal maklumat yang
diterima berbanding mod tutorial
yang mana murid hanya
menerima bahan pembelajaran
yang ditentukan dan dikawal oleh
sistem.
Tujuan utama mod penerokaan
bukannya untuk mencari jawapan
tetapi memfokuskan penglibatan
murid dalam membentuk konsep
atau kefahaman tentang sesuatu
perkara.
Dalam mod penerokaan, TMK
digunakan sebagai medium
untuk:
i. mencari dan mengakses maklumat
secara penerokaan daripada bahan
sumber seperti CDROM, portal
maklumat dan internet
ii. mempelajari dan mengkaji sesuatu
fenomena secara tunjuk cara di
bawah
kawalan murid sendiri
iii. mengalami, mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi
di bawah kawalan sistem
Kelebihan 1.Pembelajaran individu
2.Belajar ikut kemampuan
sendiri
3.Meningkatkan motivasi
4.Penyeliaan
minimum
1.Pelajar bebas pilih gaya/haluan
pembl. masing-masing
2.Pelajar aktif bina pengetahuan
3.Peluang menangani masalah
sebenar
4.Sesuai dengan konsep
pembelajaran terkini konstruktivis
atau kecerdasan pelbagai
Kelemahan 1. Perisian tidak bermutu –
pembaziran
2. Tidak produktif
3. Penyalahgunaan ICT
4. Masa lebih digunakan
1.Pelajar sesat/hilang haluan dalam
P&P
2.Masa pembelajaran lebih lama
Contoh Sistem computer yang
standalone atau yang
dirangkaikan, perisian
pendidikan dalam bentuk
courseware yang
disimpan sama ada pada
hard disk, CD-Rom, atau
berbentuk laman web,
sistem kawalan
berbentuk computer-
aided instruction (CAI)
yang menjalankan
pengarahan proses
pengajaran dan seliaan
proses pembelajaran.
Situasi yang sesuai bagi
menggunakan mod
tutorial ialah kelas yang
ramai murid, kelas yang
Contoh teknologi yang boleh
digunakan dalam mod
penerokaan termasuk akses
kepada sumber yang pelbagai di
internet melalui enjin gelintar,
perisian kursus berkonsepkan
pelbagai pilihan, penerokaan dan
permainan berbentuk simulasi.
Situasi yang sesuai
menggunakan mod ini ialah
pembelajaran berbentuk inkuiri
penemuan, pembelajaran yang
menjurus kepada penyelesaian
masalah, pembelajaran
berbentuk simulasi, dan strategi
pembelajaran kajian masa depan
terutama dalam mata pelajaran
Geografi ataupun Kajian
mempunyai murid yang
berkeupayaan berbeza,
pembelajaran kendiri
apabila guru bertugas di
luar, pemulihan untuk
murid yang menghadapi
kesukaran belajar,
pengayaan untuk murid
yang cerdik dan
pendekatan
pembelajaran direktif.
Tempatan.
Dalam penghasilan produk multimedia, guru boleh menggabungkan dan
menggunakan kedua-dua mod ini. Sebagai contoh, dalam tajuk “Suku kata terbuka”,
guru boleh mengaplikasikan Mod Tutorial dalam mengajar konsep suku kata
terbuka. Guru juga boleh menyenaraikan beberapa contoh suku kata terbuka untuk
mengukuhkan kefahaman dalam kalangan murid. Dengan ini, murid-murid mendapat
pendedahan dan pengetahuan tentang konsep suku kata terbuka.
Di samping itu, Mod Penerokaan boleh digunakan oleh guru dalam produk
multimedia, iaitu meminta murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Sebagai
contoh, membina perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka serta mencari
nama objek yang terdiri daripada suku kata terbuka. Dengan ini, murid-murid perlu
menerokai sendiri dan belajar secara aktif dalam proses menyelesaikan masalah.
Melalui aktiviti yang dijalankan, murid-murid dapat membentuk konsep atau
kefahaman tentang suku kata terbuka dengan lebih mantap.