ISLAM DAN - · PDF filePENGASINGAN KUASA Ahmad Hidayat Buang 275-280 29. PERAN PERADILAN...
Transcript of ISLAM DAN - · PDF filePENGASINGAN KUASA Ahmad Hidayat Buang 275-280 29. PERAN PERADILAN...
ISLAM DAN ALAM MELAYU
TRADISI ILMU, KEROHANIAN, PENDIDIKAN, EKONOMI, PERUNDANGAN DAN MASYARAKAT
Editor Bersama:
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff Mustaffa Abdullah Abdul Karim Ali
Mohammad Taqiuddin Mohamad Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi
Selamat Amir Mohd Akmal Sidik
Nurulwahidah Fauzi
Muhammad Syahid Zulkifli Nurwadjah Ahmad
Anton Athoillah Dindin Jamaluddin
Rudi Heryana Yadi Janwari.
-2012-
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu. ISLAM DAN ALAM MELAYU Tradisi Ilmu, Kerohanian, Pendidikan, Ekonomi, Perundangan dan Masyarakat
Cetakan Pertama November 2012
ISBN 978-967-5534-25-6
Editor: Mohd Roslan Mohd Nor dan Khadher Ahmad
Editor Bersama: Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Mustaffa Abdullah, Abdul Karim Ali, Mohammad Taqiuddin Mohamad, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Selamat Amir, Mohd Akmal Sidik, Nurulwahidah Fauzi, Muhammad Syahid Zulkifli, Nurwadjah Ahmad, Anton Athoillah, Dindin Jamaluddin, Rudi Heryana dan Yadi Janwari. Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Garamond.
Diterbitkan oleh: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur. Emel: [email protected]. Tel: +603-79676122/ +603-79676046 Faks: +603-79560705
ISLAM DAN ALAM MELAYU
i
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN i PRAKATA vii
SUMBANGAN TOKOH DAN PENGKARYAAN Halaman
1. TOKOH MAULIDUL RASUL 1433H: SUMBANGANNYA DI DALAM BIDANG FALAK Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi Muhammadin Abdul Niri Saadan Man Mohd Zambri Zainuddin
1-8
2. SYEIKH ABDULLAH BASMEIH DAN SUMBANGANNYA TERHADAP PENGAJIAN HADITH DI MALAYSIA: TUMPUAN TERHADAP KITAB MASTIKA HADITH JILID KEDUA DAN KETIGA. Ishak Suliaman Mohd Murshidi Bin Mohd Noor Selamat Bin Amir
9-17
3. KINANTI [TUTUR TEU KACATUR BATUR]:TASAWUF ALAM KESUNDAAN HAJI HASAN MUSTAPA (1852-1930) Jajang A Rohmana
19-32
4. KONSEP WILÂYAT AL-FAQÎH IMAM KHOMEINI DAN PENGARUHNYA TERHADAP PEMIKIRAN ISLAM INDONESIA KONTEMPORER H. Hasan Bisri
33-45
PEMBINAAN KEROHANIAN
5. KONSEP PERKHIDMATAN PEMBINAAN MENTAL DAN HAL EHWAL KEROHANIAN ISLAM DI DALAM KETENTERAAN ISLAM Khairul Fauzi Bin Azmi Badlihisham bin Mohd Nasir
47-58
6. KONSELING ISLAMI LAYANAN PENDIDIKAN DAN KESEHATAN MENTAL MASYARAKAT Saiful Akhyar Lubis
59-64
7. RELIGIOUS INFLUENCE ON THE SPIRITUAL HEALTH: A STUDY ON THE PSYCHO SPIRITUAL MODULE Mohd Afifuddin Bin Mohamad Khairul Hamimah Mohamad Jodi Noor Naemah Abdul Rahman Azizi Che Seman Mohd Roslan Mohd Nor Nurhanisah Senin Siti Fairuz Ramlan
65-73
8. KOMUNIKASI KAUM TAREKAT: STUDI FENOMENOLOGI POLA-POLA KOMUNIKASI DALAM KELOMPOK TAREKAT QADIRIYAH NAQSYABANDIYAH DI PESANTREN SURYALAYA TASIKMALAYA Asep Salahudin
75-86
ii
9. PENERAPAN NILAI ISLAM PADA PEMBELAJARAN FISIKA Chaerul Rochman
87-94
10. EFFECTIVENESS OF RATIONAL EMOTIVE COUNSELING BEHAVIOR ON BULLYING DOER Hj. Ulfiah, M.Si
95-105
11. THE GENUINE INDONESIAN ISLAMIC TRADITION: THE INABAH THE SUFI HEALING METHOD FOR TAKING CAREVNORCATIC ADICTIVE AND OTHER MENTAL DESEASES Juhaya S. Praja
107-117
PENDIDIKAN ISLAM
12. BIBLIOGRAFI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA: DAPATAN AWAL Shamsiah binti Mohamad Asyraf Isyraqi bin Jamil Mohd Anuar bin Mamat Hamza Abed al-Karim Hammad Muhammad Lukman bin Ibrahim Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Abdul Muizz Abd Talib
119-124
13. SISTEM PENARAFAN IPT DUNIA DAN IMPAKNYA TERHADAP IPT ISLAM DI MALAYSIA: SATU ANALISIS KRITIKAL Rahimin Affandi Abdul Rahim Ruzman Md Nor Nor Adina Abdul Kadir
125-137
14. PERCEPTIONS OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS ON SEX EDUCATION ELEMENTS IN ISLAMIC EDUCATION Siti Suhaila Ihwani Ab. Halim Tamuri Isa Hamzah Zetty Nurzuliana Rashed
139-144
15. CREATING ORGANIZATIONAL CULTURE TO INCREASE ACADEMIC ATHMOSPHERE IN HIGHER EDUCATION INSTITUTE Hilda Ainissyifa Ijudin Fakry Hamdani
145-153
16. KNOWLEDGE MANAGEMENT AS THE CATALYST OF HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT IN HIGHER EDUCATION INSTITUTE M. Ali Ramdhani Dindin Jamaluddin Hilmi Aulawi
155-162
17. THE DEVELOPMENT OF HIGH SCHOOL VOCATIONAL EDUCATION LEVEL IN ISLAMIC SCHOOL (MADRASAH) Ijudin
163-169
18. PENGEMBANGAN KEWIRAUSAHAAN UNTUK MENINGKATKAN PENDIDIKAN LIFE SKILLS DI MADRASAH: SEBUAH ALTERNATIF PENGEMBANGAN PENDIDIKAN LIFE SKILLS ISLAMI Asis Saefuddin
171-178
19. FORUM KERUKUNAN UMAT BERAGAMA DI INDONESIA SEBUAH IMPLEMENTASI PENDIDIKAN MULTIKULTURAL. H.Rodani
179-186
20. PENDIDIKAN KARAKTER ISLAM MODERN DI SEKOLAH BERBASIS PESANTREN Mohammad Mustari
187-200
ISLAM DAN ALAM MELAYU
iii
KEPIMPINAN DAN PEMBINAAN MASYARAKAT
21. KERJASAMA SERANTAU: DARI DUNIA MELAYU KE KOMUNITI ASEAN LukmanThaib
201-209
22. WANITA MELAYU DAN PILIHAN RAYA DI SEMENANJUNG MALAYSIA DARI TAHUN 1959-2008 Siti Zafrina Mohd Zahari Mohd Roslan Mohd Nor
211-218
23. KEPEMIMPINAN KIAI DALAM MEMELIHARA BUDAYA ORGANISASI: STUDI KASUS DI PONDOK PESANTREN TEBUIRENG JOMBANG, JAWA TIMUR, INDONESIA Hj. Mardiyah, M.Ag Suwandi, M.Ed
219-230
24. RUANG POLITIK HUBUNGAN AKTIVISME CIVIL SOCIETY DAN PEMERINTAH DALAM MENGEMBANGKAN TATA PEMERINTAHAN DEMOKRATIS Sahya Anggara
231-241
25. ISLAM ABOGE: ISLAM AND CULTURAL JAVA DIALOGUE: A STUDY OF ISLAM ABOGE COMMUNITIES IN UJUNGMANIK, CILACAP, CENTRAL JAVA INDONESIA Abdurrahman Misno BP
243-255
26. THE EFFECT OF SITUATIONAL LEADERSHIP BEHAVIOR, ORGANIZATIONAL CULTURE AND HUMAN RESOURCES MANAGEMENT STRATEGY ON EDUCATION AND TRAINING INSTITUTION PRODUCTIVITY (SURVEY ON EDUCATIONAL AND VOCATIONAL TRAINING INSTITUTIONS IN WEST JAVA PROVINCE) I. Iskandar
257-263
27. INDONESIAN ISLAMIC WOMEN MOVEMENT ( A CASE STUDY OF BKSWI WEST JAVA) Masripah
265-274
PERUNDANGAN DAN KEADILAN MASYARAKAT
28. DINAMIKA SYARIAH DI DALAM PEMAKAIAN HUKUM SYARAK DALAM REALITI KEHAKIMAN SEMASA: SATU TINJAUAN KEPADA PRINSIP PENGASINGAN KUASA Ahmad Hidayat Buang
275-280
29. PERAN PERADILAN AGAMA DALAM SISTEM HUKUM NASIONAL Aden Rosadi
281-290
حقوق غري املسلمني يف الشريعة اإلسالمية .30 امحدالدلبحي
291-300
EKONOMI ISLAM
31. STUDI TENTANG PENULISAN LITERATUR EKONOMI SYARIAH DI INDONESIA Yadi Janwari
301-312
32. RASUAH DAN PERTUMBUHAN EKONOMI SERANTAU: PERBANDINGAN MALAYSIA DAN INDONESIA Mohd. Hafiz Abdul Wahab Mohammad Taqiuddin Mohamad Sanep Ahmad Md Zyadi Md Tahir
313-322
33. RELEVANCE FINANCIAL PERFORMANCE AND GOOD CORPORATE GOVERNANCE DETERMINANT OF SUSTAINABILITY CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DISCLOUSURE IN ISLAMIC BANK IN INDONESIA Fitriyah Ulfi Kartika Oktaviana
323-334
iv
34. THE UTILIZATION OF THE COBB- DOUGLAS PRODUCTION FUNCTION FOR ANALYZING INDONESIA‟S AND MALAYSIA‟S ECONOMIC GROWTH Elis Ratna Wulan
335-339
35. MARKETING ANALYSIS STRATEGY ORGANIC RICE AT UD. PADI MARKETING REGION BEKASI WITH SINGLE AGENT (YASIN HOLISTIC SUPER ORGANIC) Euis Dasipah Is Zunaini Nursinah Taryadi
341-349
36. PEMBERDAYAAN LEMBAGA KEUANGAN MIKRO SYARIAH BERBASIS PESANTREN (ANALISIS LEMBAGA MANDIRI YANG MENGAKAR DI MASYARAKAT (LM3) PONDOK PESANTREN AL-ITTIFAQ KECAMATAN RANCABALI KABUPATEN BANDUNG) Rudy Heryana
351-364
37. KONSEP GADAI SYARIÁH DAN IMPLEMENTASINYA PADA PERBANKAN SYARIÁH DI INDONESIA DIHUBUNGKAN DENGAN UU NO. 21 TAHUN 2008 TENTANG PERBANKAN SYARIÁH Iwan Setiawan
365-374
38. PRINSIP-PRINSIP POLITIK KAWASAN DALAM KONSTITUSI MADINAH Deddy Ismatullah
375-386
TRADISI DAN PERKEMBANGAN ILMU
39. PENGAJIAN HADITH DI MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM : SATU TINJAUAN AWAL Mohd Azrin Bin Johari
387-390
40. PENULISAN SEJARAH ISLAM DALAM KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL: SATU TINJAUAN AWAL TERHADAP CERITA NABI MUHAMMAD DAN PARA SAHABAT Mohd Akmal bin Sidik Niswa Noralina Abdullah Ahmad Zaki Berahim @Ibrahim
391-397
41. RAWATAN ISLAM DI NUSANTARA: ANALISIS TERHADAP PENGAMALAN KAEDAH RAWATAN YANG MERAGUKAN Khadher Ahmad Sedek Ariffin Thuraya Ahmad Norhasnira binti Ibrahim
399-407
42. SURAH AL-IKHLAS SEBAGAI SURAH TAWHIDIK Mohd Fauzi Hamat Mohd Sobri Ellias Mohd Hasrul Shuhari
409-420
43. STRUKTUR SINTAKSIS BAHASA ARAB: SATU ANALISIS KANDUNGAN DALAM “AL-KITAB” OLEH SIBAWAYH Ahmad Arifin Sapar Salman Jonaid Mardan Mustafa
421-431
44. DAKWAH MELALUI MEDIA PENYIARAN : SATU PENGAMATAN AWAL Muhammed bin Yusof
433-440
45. PENGEMBANGAN SYARAH DAN KRITIK HADITS DENGAN METODE TAKHRIJ (TEORI DAN APLIKASINYA DALAM STUDI HADITS KONTEMPORER) Endang Soetari Ad.
441-458
46. „INDIANIZATION‟ OF INDONESIA IN AN HISTORICAL SKETCH M. Taufiq Rahman
459-464
47. ISLAMIC COUNSELLING MODEL TO INCREASE RELIGIOUS COMMITMENT (STUDY OF STUDENTS AT THE UNIVERSITY UIN BANDUNG) Fenti Hikmawati
465-475
ISLAM DAN ALAM MELAYU
v
48. A COMPARATIVE STUDY ABOUT COST OF THE PILGRIMAGE CHARACTERISTICS-BASED RUPIAH AND DINAR (SURVEY ON PT. BANK SYARIAH MANDIRI BRANCH BANDUNG AND DINAR TAUHID BANDUNG) M. Anton Athoillah Firmansyah
477-488
49. ISLAM DAN MASYARAKAT MUSLIM DI FILIPINA: KAJIAN MENGENAI ISU DAN CABARAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali Ahmad Zuhdi Ismail
489-498
(قرآنية رؤية)اجملهول اخلطر ذاك الكسري البنكي النظام .50JilaniBen Touhami Meftah
499-505
51. APLIKASI HUKUM EKONOMI SYARIAH Deden Effendi
507-516
vi
ISLAM DAN ALAM MELAYU
vii
PRAKATA
Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w, keluarga dan sahabat-sahabat baginda semuanya.
Perbincangan ilmiah dalam kalangan para ilmuan dan mereka yang mencintai ilmu
harus menjadi budaya akademik yang mengakar. Pelbagai usaha dilakukan untuk
menyemarakkan dan membudayakannya ilmu seperti melalui penganjuran seminar, kongres,
konferen, perbincangan meja bulat, usrah kelompok atau melalui usaha penerbitan buku, artikel
dan sebagainya.
Buku “ISLAM DAN ALAM MELAYU: Tradisi Ilmu, Kerohanian, Pendidikan,
Ekonomi, Perundangan dan Masyarakat” adalah penerbitan yang telah menyahut seruan
tersebut. Buku ini mengandungi 50 artikel terpilih yang merangkumi pelbagai bidang ilmu
Islam yang utama iaitu seperti kerohanian (tasawuf), ekonomi, perundangan, isu masyarakat,
pendidikan dan lain-lain. Ia lebih berkonsepkan perbincangan aspek-aspek Islam di alam
Melayu. Ia merupakan sejumlah artikel terpilih daripada beberapa artikel yang telah dihantar
untuk pembentangan dalam International Conference on Islam in Malay World II (Seminar
Antarabangsa Islam di Dunia Melayu II) yang diadakan pada 6 dan 7 November 2012
bertempat di Akademi Pengajian Islam.
Buku ini diterbitkan sebagai salah satu sumbangan seminar ini kepada dunia penerbitan
dan ke arah meluaskan lagi pengembangan ilmu-ilmu Islam khususnya di alam Melayu. Oleh
yang demikian, artikel yang dimuatkan dalam buku ini merupakan hasil penyelidikan ilmiah
antara para ahli akademik di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan Program Pasca
Sarjana, Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung. Diharapkan kerjasama ini
akan terus berkekalan demi mengembangkan lagi penyelidikan terhadap ilmu-ilmu Islam.
Keseluruhan artikel di dalam buku ini adalah daripada kajian ilmiah yang mempunyai
rujukan-rujukan turath dan terkini. Isu-isu yang diketengahkan adalah berbentuk semasa yang
dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi oleh masyarakat seharian. Perbahasan di
dalamnya mempunyai nilai ilmu yang begitu tinggi kerana dijalankan oleh mereka yang pakar
dalam bidang masing-masing.
Akhirnya, diharapkan segala perbahasan yang dipaparkan akan memberikan sumbangan
kepada masyarakat dan negara serta membangunankan umat Islam dengan jayanya.
Wabillahi al-Tawfiq
Editor.
viii
399
RAWATAN ISLAM DI NUSANTARA: ANALISIS TERHADAP PENGAMALAN KAEDAH RAWATAN YANG
MERAGUKAN
Khadher Ahmad1, Sedek Ariffin1, Thuraya Ahmad1 dan Norhasnira Ibrahim2
Abstrak: Dalam perkembangan semasa kini, didapati bahawa pertumbuhan pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” berkembang dengan pesat sekali sejajar dengan perkembangan teknologi kini. Hal ini memperlihatkan kepada permintaan terhadap rawatan berasaskan “tibb al-nabawi” kian mendapat perhatian ramai. Persoalannya, adakah perkhidmatan rawatan yang ditawarkan tersebut benar-benar berasaskan rawatan Nabawi? Melalui kajian di 23 pusat rawatan Islam di Malaysia, terdapat 20 kaedah dan pendekatan rawatan yang dipraktikkan dalam rawatan penyakit. Daripada 20 kaedah tersebut terdapat lapan kaedah dan pendekatan yang tidak mempunyai dalil nas yang jelas membenarkannya. Namun, dua daripadanya mempunyai dalil yang menunjukkan pengharam. Oleh itu, melalui metode deduktif, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci terhadap enam kaedah yang meragukan tersebut dan pada akhirnya menetapkan statusnya dari sudut hukum Islam semasa.
Kata Kunci: Rawatan Islam, Rawatan Alternatif, Nusantara, Pusat Rawatan Islam, Analisis.
PENGENALAN
Sambutan terhadap rawatan alternatif di Malaysia kini dilihat semakin menggalakkan sejajar dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan alternatif yang tidak lagi berteraskan klinikal semata-mata seperti hospital dan klinik. Namun, pusat-pusat rawatan alternatif tersebut menggunakan pelbagai pendekatan dalam rawatan yang ditawarkan. Antaranya perubatan berasaskan doa-doa yang disebutkan rawatan Islam, perubatan homeopathy, perubatan aura (rekki), perubatan berasaskan warna (terapi warna), perubatan herba dan lain-lain lagi.
Demikian juga perubatan bertunjangkan kepada “rawatan Islam” yang didapati berkembang dengan pesat dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan Islam. Daripada penelitian yang dijalankan, pertumbuhan pusat rawatan Islam berlaku melalui beberapa cara iaitu diasaskan melalui sesuatu pertubuhan atau persatuan seperti Darussyifa‟, Persatuan Perubatan Islam Darussalam dan Pusat Rawatan Islam al-Manarah (PRIM), atau berteraskan syarikat perniagaan, atau premis tertentu, atau di kediaman peribadi dan ada yang bergerak secara solo dan berkumpulan tanpa sebarang premis. Antaranya seperti Perubatan Islam al-Hidayah, Sinar Zamdurrani, Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Pusat Rawatan Sinar Nur, Pusat Rawatan Terapi Hikmah (Kedai Bekam dan Resdung), Kartika Buana: Pusat Rawatan Tradisional Islam Berasaskan al-Quran dan Pusat Rawatan Qalbun Sakinah yang bergerak dalam sebuah premis khusus. Manakala Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE), Pusat Rawatan Islam Gshahmisteri, Rawatan Islam Darul Manzil (RIDA), Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa‟ (PURIDAS), Pusat Rawatan Islam al-Madani (PRIA), Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna, Perubatan Islam 7 Puteri, dan Pusat Rawatan Islam al-Musataqim adalah antara pusat rawatan Islam yang beroperasi berhampiran dengan kediaman pengasasnya.
Pertumbuhan ini menunjukkan bahawa sambutan terhadap rawatan berasaskan kepada pedekatan rawatan Islam semakin mendapat perhatian masyarakat. Dalam isu ini, adakah semua pusat rawatan yang melebalkan perkhidmatan rawatan yang dijalankan itu sebagai “rawatan Islam” benar-benar berada di bawah petunjuk al-Quran, hadith, dan sejajar dengan pandangan para ulama atau sebaliknya?
1 Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 2 Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, N. Sembilan.
400
SKOP DAN METODOLOGI
Berdasarkan kepada analisis yang telah dijalankan terdapat 20 kaedah yang dipraktikkan dalam rawatan penyakit di pusat-pusat rawatan Islam. Daripada 20 kaedah tersebut, sebahagian kaedah dipraktikkan berdasarkan sumber dalil yang jelas daripada al-Quran, hadith atau pandangan para ulama. Pada sebahagian kaedah yang lain, didapati bahawa tiada dalil jelas yang mengharuskan penggunaan kaedah rawatan tersebut sehingga sebahagiannya meragukan dan tidak sewajarnya dilabelkan sebagai “rawatan Islam.” Jadual 1.0 di bawah menyenaraikan 20 kaedah rawatan dan sumber pendalilannya berdasarkan sama ada dari al-Quran, hadith atau sunnah, pandangan ulama atau tiada sebarang sumber yang membenarkan dan tidak pula melarangnya.
Jadual 1.0: Ketepatan Kaedah dan Pendekatan Rawatan di Pusat-Pusat Rawatan Islam di
Malaysia Mengikut Sumber Pendalilannya
Bil. Pendekatan dan Kaedah Rawatan
Sumber Pendalilan
Al-Quran Hadith Pandangan
Ulama
Tiada
Dalil
1. Kaedah Bacaan Ruqyah al-Shar„iyyah / /
2. Kaedah Jampi dan Mentera /
3. Kaedah “Scanning” (Diagnosis) /
4. Kaedah Tepukan Dan Sapuan /
5. Kaedah Pukulan Dengan Alatan Tertentu /
6. Kaedah Mencari Barang Sihir /
7. Kaedah Membatalkan Sihir dan Memusnahkan Bahan
Sihir /
8. Kaedah Memberi Minum Air Jampi/Ruqyah / /
9. Kaedah Memberi Minum Air Yang Dilarutkan Dari
Tulisan Ayat al-Quran Atau Doa /
10. Kaedah Mandi / /
11. Kaedah Batin Atau Kekuatan Jiwa /
12. Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir /
13. Kaedah Bekam / /
14. Kaedah Rawatan Jarak Jauh / /
15. Kaedah Membunuh Jin /
16. Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin /
17. Kaedah Memerangkap Jin /
18. Kaedah Terapi Solat / /
19. Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin /
20. Kaedah Terapi al-Quran / /
Artikel ini tidak akan menjelaskan secara terperinci setiap daripada kaedah dan pendekatan yang disenaraikan di atas. Fokus utama perbahasan adalah perbincangan terhadap lapan kaedah yang tiada sumber dalil. Walaupun demikian, jika kaedah rawatan tersebut jelas diharamkan atau dilarang berdasarkan sumber nas yang jelas, maka ia turut tidak termasuk dalam perbincangan ini. Oleh itu, hanya kaedah dan pendekatan yang tidak mempunyai sumber yang jelas sahaja akan diteliti dan dibahaskan dengan terperinci bagi menentukan status kaedah rawatan tersebut sama ada dibenarkan ataupun tidak. HASIL DAN DAPATAN KAJIAN
1. Kaedah dan Pendekatan Rawatan Yang Tiada Sumber Dalil
Melalui penelitian yang telah dilakukan, terdapat lapan daripada 20 kaedah yang tidak mempunyai dalil yang jelas membenarkan penggunaan kaedah rawatan tersebut dalam rawatan penyakit. Lapan kaedah tersebut adalah Kaedah Jampi dan Mentera; Kaedah “Scanning” (Diagnosis); Kaedah Batin Atau Kekuatan Jiwa; Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir; Kaedah Membunuh Jin; Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin; Kaedah Memerangkap Jin dan Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin.
Apabila dirujuk kepada dalil yang melarang sesuatu pendekatan atau kaedah rawatan, terdapat dua kaedah yang jelas dilarang dan diharamkan penggunaannya dalam rawatan penyakit. Dua kaedah tersebut adalah Kaedah Jampi dan Mentera dan Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir.
401
Bagi Kaedah Jampi dan Mentera, terdapat dalil yang jelas daripada hadith Nabi SAW yang melarang menggunakan jampi dan mentera khususnya daripada jenis jampi dan mentera yang memuja dan menyeru makhluk halus, mengandungi kata-kata kufur atau kata-kata yang tidak difahami maknanya. Daripada „Awf bin Malik al-Ashja„i berkata: Ketika zaman Jahiliah, kami melakukan jampi. Maka kami bertanyakan Rasulullah (tentang perkara itu): “Wahai Rasulullah, bagaimanakah hukum, terhadap yang demikian?” Maka sabda Nabi SAW: “Kemukakan kepada ku jampi kamu itu; tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi syirik (kepada Allah).” (Muslim, 2000, no.hadith 5732, h.1068)
Manakala Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir larangnya adalah jelas berdasarkan
kepada hadith Nabi SAW yang melarang pendekatan sedemikian digunakan untuk merawat
orang yang terkena sihir. Kaedah ini dinamakan dalam hadith sebagai “al-Nushrah”. Daripada
Jabir RA berkata: “Rasulullah SAW telah ditanya tentang al-Nushrah. Maka sabda Nabi SAW: “(al-
Nushrah) adalah amalan syaitan.” (Abu Dawud, 2000, h.1507; al-Fifi, t.t, h.152)
Walaupun terdapat perbezaan pandangan para ulama berhubung dengan al-Nushrah ini,
namun apa yang dimaksudkan dalam hadith adalah merujuk kepada penggunaan ilmu sihir
untuk merawat sihir yang dikenakan ke atas seseorang. Al-Hasan al-Basri mengatakan bahawa
al-Nushrah adalah daripada (jenis) sihir (Ibn Athir, 1979, j.5, h.128) dan tidak dihalalkan
(dibatalkan) sihir melainkan melalui tukang sihir. Musa al-Fifi yang memetik pendapat Ibn Baz
mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan menghalalkan (membatalkan) sihir melalui
tukang sihir adalah dengan menggunakan al-Nushrah al-Shaytaniyyah yang menjadi amalan tukang
sihir. Perkara ini tidak diharuskan bahkan ia merupakan amalan syaitan seperti mana disebutkan
oleh Nabi SAW dalam hadith riwayat Abu Dawud tersebut. (Khadher, 2012, h.159)
2. Kaedah Rawatan Islam Yang Meragukan
Daripada lapan kaedah yang disebutkan sebelum ini, dua daripadanya terdapat dalil yang jelas
melarang penggunaannya dalam rawatan penyakit. Oleh itu, hanya enam kaedah dan
pendekatan sahaja yang memerlukan penelitian dan penjelasan lanjut berhubung dengan status
pengamalannya. Kaedah rawatan tersebut adalah:
Pertama: Kaedah “Scanning” (Diagnosis)
Kaedah ini bertujuan untuk mengimbas atau mengesan kehadiran makhluk halus dalam tubuh
badan pesakit. Teknik imbasan dilakukan oleh perawat dengan meletakkan tangan dan
menyentuh badan pesakit atau memicit pada bahagian tertentu seperti celah jari antara ibu jari
dan jari telunjuk untuk mengesan keberadaan makhluk halus dalam badan. Teknik imbasan ini
juga dilakukan tanpa sentuhan melainkan dengan cara perawat meletakkan tapak tangan hampir
dengan tubuh pesakit yang disertakan bacaan ruqyah. Tindak balas pesakit seperti mengerang
kesakitan, meronta-ronta meminta dilepaskan atau berlaku perubahan suara pesakit kepada
suara orang lain selepas dilakukan imbasan tersebut menunjukkan kewujudan makhluk halus
dalam tubuh badan pesakit. (Khadher, 2012, h.255)
Walaupun demikian, terdapat juga kaedah “scanning” yang dilakukan dengan cara
pesakit dikumpulkan dalam satu bilik bersama dengan perawat untuk melalukan proses rawatan.
Bagi pesakit yang kali pertama datang untuk rawatan, proses rawatan tersebut dinamakan
sebagai proses “scanning” dan pesakit diminta untuk mengamalkan bahan-bahan rawatan yang
dibekalkan untuk tempoh tertentu. Selain itu, terdapat juga perawat yang melakukan “scanning”
untuk mengesan kehadiran makluk halus atau mengesan jenis penyakit dengan menggunakan
gerak hati dan ilhamnya. Walaupun begitu persoalan yang timbul adalah adakah seseorang itu
sentiasa diberi ilham dan gerak hati setiap kali melakukan rawatan dan bagaimana gerak hati dan
ilham tersebut boleh didapati oleh perawat?
Berhubung dengan kaedah ini, terdapat dua pandangan yang boleh dirujuk dalam
menentukan statusnya sama ada dibenarkan atau tidak dalam rawatan penyakit. Pertama, iaitu
402
tidak boleh atau haram untuk menggunakan kaedah ini dalam proses rawatan jika perawat
mendakwa bahawa terdapat jin yang mendiami tubuh pesakit itu dengan jumlah tertentu seperti
lima ekor, sepuluh ekor dan sebagainya. Hal ini kerana, dakwaan tersebut memperlihatkan
bahawa perawat itu mempunyai pengetahuan tentang hal-hal yang ghaib dan dakwaan tersebut
menyamai dakwaan dalam kalangan tukang sihir, tukang tilik, bomoh, dukun dan lain-lain.
Tambahan lagi, ia merupakan sesuatu dakwaan yang tidak dapat dibuktikan secara jelas.
Persoalan berhubung dengan perkara-perkara ghaib adalah urusan Allah SWT dan hanya Dia
yang Maha Mengetahui. Firman Allah SWT dalam surah al-Naml ayat 65: “ Katakanlah lagi: tiada
sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" dan dalam surah
al-Jinn ayat 26: "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara
ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun.”
Dalam ayat yang lain, Allah SWT menjelaskan bahawa makhluk jin tersebut dapat
melihat dan memerhati gerak laku manusia, sedangkan manusia tidak diberi kelebihan tersebut
untuk melihat makhluk halus itu. Dari itu, jelas menunjukkan bahawa perawat sama sekali tidak
dapat untuk menetapkan jumlah jin secara pasti yang mendiami tubuh seseorang pesakit. Jika
diketahui jumlah tersebut bermakna terdapat unsur dakwaan seperti tukang sihir atau bomoh
dan terdapat persahabatan antara perawat dengan makhluk yang membantu dalam rawatan yang
dijalankan serta kemungkinan ia juga hanya penipuan semata-mata. Firman Allah SWT dalam
surah al-A„raf ayat 27: "Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu
tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-
orang yang tidak beriman.”
Tambahan lagi, syaitan dan makhluk halus juga tidak mengetahui persoalan-persoalan
ghaib sepertimana penjelasan al-Quran yang menyebutkan kisah kewafatan Nabi Sulaiman AS.
Kewafatan baginda hanya diketahui oleh syaitan atau jin yang bekerja untuk baginda setelah
baginda terjatuh disebabkan oleh tongkat yang digunakan untuk mengelak baginda jatuh reput
dimakan oleh anai-anai. Firman Allah SWT dalam surah Saba‟ ayat 14: “Setelah Kami tetapkan
berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya
melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah
kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak
tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.”
Manakala kaedah scanning menggunakan gerak hati atau ilham untuk mengesan jenis
penyakit atau mengesan kehadiran makhluk halus dalam badan pesakit, ia memerlukan suatu
perbahasan yang khusus. Hal ini kerana, dalam persoalan gerak hati atau ilham, maka tidak
boleh untuk mengatakan bahawa apa yang dikatakan atau apa yang didakwa tersebut adalah
benar. Kemungkinan dakwaan tersebut adalah sangkaan semata-mata. Jika demikian,
kemungkinan menyamai ucapan dan dakwaan para bomoh, dukun dan pawang. Sedangkan
menyerupai amalan para bomoh adalah dilarang dalam Islam.
Kedua, sekiranya proses scanning dilakukan dengan hanya membacakan ruqyah-ruqyah
tertentu ke atas pesakit yang disihir, lalu terdapat tindak balas dari pesakit maka keadaan ini
dibenarkan dengan syarat tiada sebarang dakwaan daripada perawat yang mengatakan bahawa
terdapat sejumlah jin (dengan bilangan tertentu) yang mengganggu atau mendiami tubuh pesakit
tersebut. Antara tindak balas pesakit selepas di ruqyah adalah seperti tiba-tiba mengerang
kepanasan, menjerit dan meronta-ronta, berubah perwatakan dari sudut percakapannya atau
bersuara garau, bertindak agresif, melawan dan lain-lain keadaan lagi. (Khadher, 2011, h.6).
Kedua: Kaedah Rawatan Batin atau Kekuatan Jiwa
Melalui kaedah rawatan batin atau kekuatan jiwa ini, pesakit dirawat tanpa kehadiran perawat
atau perawat datang merawat pesakit ketika pesakit tidur pada waktu malam, merawat dalam
mimpi atau perawat hadir bertemu dengan pesakit tanpa disertai jasadnya. Dalam keadaan yang
403
lain, terdapat juga kaedah batin digunakan untuk meminta jin yang berada dalam tubuh pesakit
yang disihir mencari dan mendapatkan bahan-bahan yang telah digunakan untuk menyihir
individu itu. Selepas itu, diminta pula jin itu untuk mengambil bahan-bahan itu dan seterusnya
bahan-bahan itu dibakar dengan menyebutkan ayat-ayat al-Qur‟an. Semua teknik mencari dan
membatalkan sihir dilakukan secara batin sahaja. Pesakit yang dikuasai oleh jin sihir itu akan
melakukan isyarat mengambil barang sihir dan seterusnya membakar barang sihir itu
menggunakan ayat-ayat al-Qur‟an atau doa tertentu berdasarkan kepada arahan perawat.
(Khadher, 2012, h.285).
Kaedah rawatan batin atau melalui kekuatan jiwa adalah hampir menyerupai kaedah
rawatan jarak jauh, tetapi kedua-dua kaedah ini adalah berbeza. Kaedah rawatan jarak jauh
melibatkan penggunaan alatan perhubungan untuk berkomunikasi di antara perawat dan
pesakit. Namun, kaedah batin atau kekuatan jiwa tidak melibatkan sebarang perantaraan atau
alatan ketika rawatan berlangsung. (Khadher, 2012, h.286).
Penggunaan kaedah ini dalam rawatan banyak menimbulkan keraguan. Bahkan,
kesahihan rawatan sedemikian turut diragui. Tambahan pula, menggunakan khidmat jin dalam
rawatan adalah suatu perbuatan yang dilarang dalam Islam kerana makhluk tersebut tidak
mendatangkan kebaikan kepada manusia melainkan menambahkan lagi kesesatan. Hal ini dapat
dirujuk kepada ayat 6 surah al-Jin, maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah
perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada
ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong
dan jahat.” (Khadher, 2012, h.288).
Ketiga: Kaedah Rawatan Jarak Jauh
Kaedah rawatan jarak jauh adalah kaedah yang dilakukan untuk rawatan penyakit tanpa
kehadiran pesakit dan dilakukan melalui penggunaan alatan perhubungan tertentu seperti
telefon, internet dan lain-lain. Rawatan yang dilakukan oleh perawat adalah melalui percakapan
dalam telefon di mana perawat dan pesakit tidak bersemuka, tetapi mereka berkomunikasi
ketika itu antara satu sama lain walaupun jarak antara mereka beribu batu. Dalam keadaan lain,
perawat juga merawat pesakit dengan menggunakan gambar pesakit yang dibawa oleh keluarga
pesakit. Keadaan ini lazim berlaku disebabkan pesakit yang disihir enggan datang mendapatkan
rawatan. Ini bermakna, perawat akan membacakan ruqyah ke atas pesakit yang berada di dalam
gambar tersebut.
Berhubung dengan penggunaan kaedah ini dalam rawatan penyakit, pengkaji mendapati bahawa konsep “jarak jauh” adalah menepati konsep seseorang saudara itu mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saudaranya tanpa pengetahuan saudara itu. Berdoa dengan cara demikian, lebih mengundang kemakbulan daripada Allah SWT. Daripada Abi al-Darda‟, berkata, Rasulullah SWT bersabda: Maksudnya:“Sesiapa sahaja dari kalangan hamba yang Muslim berdoa untuk saudaranya dibelakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu), kecuali Malaikat akan berdoa kepada seperti itu juga.” (Muslim, 2000, no.hadith 6927, h.1152).
Walaupun secara konsepnya sama, namun apa yang amat perlu diberi perhatian adalah
dari sudut cara pengalaman kaedah ini ketika rawatan dijalankan. Rawatan tersebut mestilah
menggunakan ruqyah-ruqyah yang dibenarkan iaitu bukan menggunakan jampi serapah atau
mentera yang menyeru makhluk halus, tidak menggunakan bahan-bahan rawatan yang
diharamkan seperti bahan daripada najis atau darah, tiada sebarang dakwaan palsu atau yang
meragukan dan beri„tiqad bahawa kesembuhan dari Allah dan usaha yang dilakukan itu adalah
ikhtiar semata-mata. Tambahan lagi, jika perawat mendakwa bahawa rawatan jarak jauh
tersebut akan dibantu oleh makhluk halus yang akan datang merawat pesakit pada waktu
malam, maka kaedah sedemikian adalah termasuk dalam erti kata memohon pertolongan
makhluk halus yang merupakan kaedah yang ditegah seperti disebutkan dalam ayat 6 surah al-
Jinn. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)
404
beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-
ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan
jahat.”
Keempat: Kaedah Membunuh Jin
Kaedah membunuh jin adalah kaedah yang digunakan untuk merawat penyakit yang berkaitan
dengan rasukan makhluk halus. Perawat akan menggunakan pelbagai cara untuk membunuh jin
ada mendiami tubuh pesakit itu. Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membunuh jin
seperti menyembelih jin dengan menggunakan alatan tertentu seperti kayu atau rotan dan
dilakukan isyarat sembelihan, meracun jin menggunakan air ruqyah dengan niat meracun jin yang
berada dalam tubuh pesakit, atau membakar jin menggunakan ayat-ayat ruqyah tertentu.
Persoalannya, adakah manusia boleh membunuh jin sesuka hati dan benarkah jin
tersebut terbunuh dengan kaedah yang dijalankan tersebut? Berhubung dengan membunuh jin,
terdapat hadith yang menceritakan tentang seorang pemuda yang telah membunuh jin yang
menyerupai seekor ular hitam sehingga menyebabkan beliau terbunuh. “Abu Sa„id RA
melanjutkan ceritanya: „Kami menghadap Rasulullah SAW dan menceritakan kejadian itu
kepada baginda. Lalu kami berkata kepadanya: “Mohonlah kepada Allah agar menghidupkan kami
dengan kebahagiaan kami. Baginda menjawab: “Mohonlah ampun untuk sahabat kalian itu.” Baginda
bersabda: “Sesungguhnya di Madinah terdapat golongan jin yang telah masuk Islam, maka jika kalian
melihat sebahagian mereka –dalam rupa ular– berilah peringatan tiga hari. Dan apabila kamu masih
melihatnya setelah itu, bunuhlah ia kerana sebenarnya dia adalah syaitan.” (Muslim, 2000, no.hadith
5839, h.1075).
Walaupun demikian, dalam hadith menunjukkan bahawa jin tersebut terbunuh
disebabkan oleh penyeruaannya sebagai seekor ular hitam. Sedangkan, dalam pengamalan di
pusat rawatan Islam, hanya sekadar isyarat sahaja dilakukan untuk membunuh jin tersebut dan
benarkah jin itu dapat dibunuh dalam rupa asal kejadiannya? Ibn al-„Abbas mengatakan bahawa
membunuh jin tanpa hak adalah tidak harus sepertimana tidak harus untuk membunuh seorang
manusia. Ini kerana berlaku zalim tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan. Begitu juga, tidak
dibenarkan seseorang untuk menzalimi orang lain walaupun dalam kalangan orang kafir seperti
disebutkan dalam ayat 8 surah al-Ma‟idah: Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.”
Ibn Taymiyyah dalam risalahnya “Idah al-Dalalah fi „Umum al-Risalah” mengatakan
bahawa sesungguhnya seorang perawat (al-Raqi) telah membunuh jin, tetapi khabarkan
kepadanya bahawa sesungguhnya jin itu telah menipu golongan perawat dengan cara
sedemikian. (Ibn Taymiyyah, t.t, h.33) Beliau juga menyatakan bahawa membunuh jin tanpa
sebarang sebab atau alasan yang kukuh adalah haram sebagaimana haramnya membunuh
manusia, sebab yang demikian itu adalah termasuk dalam perlakuan zalim sepertimana
diharamkan untuk membunuh seorang kafir. (Ibn Taymiyyah, t.t, h.33). Perkara ini dijelaskan
dalam ayat 8 surah al-Ma‟idah. (Ibn Taymiyyah, 2005, j.19, h.52-53).
Pada pandangan pengkaji, jin dapat dibunuh secara pasti apabila ia berupa sesuatu
makhluk Allah seperti anjing hitam, kala jengking ataupun ular sepertimana dijelaskan dalam
hadith. Walaupun demikian, apabila membunuh jin dengan keadaan asal kejadiannya, perkara ini
sangat meragukan kerana tidak ada bukti yang jelas menunjukkan bahawa jin itu benar-benar
telah terbunuh, tidak pula dapat dilihat dengan mata kasar dan kemungkinan besar ia penipuan
semata-mata.
405
Kelima: Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin
Kaedah menarik keluar atau menyedut jin adalah kaedah yang dilakukan oleh perawat dengan
melakukan isyarat menarik menggunakan tangan pada bahagian kaki atau mana-mana anggota
badan pesakit sambil membaca ruqyah tertentu. Kaedah ini dilaksanakan setelah perawat
mengenalpasti keberadaan jin dalam tubuh pesakit dan ia enggan untuk berunding secara baik
serta tidak mahu keluar dari tubuh pesakit.
Berhubung dengan masalah ini, pengkaji melihat bahawa jika dikatakan benar-benar
menarik keluar seekor jin itu dari tubuh seseorang kemungkinan ia adalah perkara yang tidak
logik akal. Namun, apa yang diperhatikan dan difahami perawat hanya melakukan isyarat tarik
sahaja dengan menggunakan tangan dengan disertakan arahan supaya jin tersebut segera
meninggalkan tubuh pesakit itu. Dalam kontek tersebut, terhadap hadith yang menyebutkan
bahawa Nabi SAW mengarahkan agar syaitan yang merasuk dalam tubuh seseorang sahabat itu
keluar. Daripada „Uthman bin Abi al-„As RA berkata: Maksudnya: “Ketika Rasulullah SAW
melantik aku sebagai gabenor di Taif, ada sesuatu yang mendatangiku di dalam solat sehingga aku tidak
mengetahui solatku itu. Apabila aku melihat keadaan demikian, aku pergi menemui Nabi SAW. Baginda
bertanya (kepadaku): “(Kamu) Ibn Abi al-„As?” Aku menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Sabda Nabi
SAW: “Apakah yang menyebabkan engkau datang kemari?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, ada
sesuatu yang mendatangiku ketika dalam solatku sehingga aku tidak mengetahui hal keadaan solatku itu.”
Sabda Nabi SAW: “Itu adalah syaitan (yang mengganggu mu), dekatkan lah dirimu”. Maka aku
mendekati baginda SAW dan aku duduk dihujung atas tapak kakiku.” Lalu baginda SAW memukul
dadaku dengan tangannya dan meludahi mulutku, sambil berkata: “Keluarlah wahai musuh Allah!” Baginda
mengulanginya tiga kali lal bersabda: “Kembalilah kepada tugasmu”. Kata Uthman: “Sesungguhnya aku
tidak menyangka ada lagi yang mengganggku selepas itu.” (Ibn Majah, t.th, no.hadith 3548, j.2, h.117)
Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hadith lain daripada Ya„la bin Murrah daripada
bapa berkata: Maksudnya: “Seorang wanita datang bertemu dengan Nabi SAW bersama dengan anaknya
yang mengalami lamam. Lalu Nabi SAW bersabda: “Keluarlah musuh Allah, aku Rasulullah”. Kata
Murrah lagi: “Maka dia pun sembuh.” (Ahmad, 2001, no.hadith 17549)
Oleh itu, dalam konteks menarik atau menyedut keluar jin dari tubuh seseorang,
pengkaji melihat bahawa perawat hanya melakukan isyarat untuk menarik sahaja dan belum
tentu jin itu mengikut arahan yang diberikan untuk keluar dari tubuh tersebut. Hal ini
bermakna, kaedah ini boleh dilakukan dengan arahan yang jelas disertakan dengan isyarat
menarik keluar, tetapi dari sudut kesahihan sama ada jin itu benar-benar keluar atau tidak dari
tubuh badan pesakit itu hanya berserah pada Allah SWT. Mungkin selepas tarikan itu di buat,
perawat perlu membacakan ruqyah lagi bagi mengetahui keadaan sebenar pesakit. Bahkan, sangat
perlu bagi setiap peraway supaya sentiasa berwaspada dan jangan mudah percaya dengan
makhluk halus tersebut kerana kemungkinan besar untuk golongan itu menipu adalah sangat
tinggi.
Keenam: Kaedah Memerangkap Jin
Kaedah memerangkap jin ini dilakukan setelah proses rundingan antara perawat dengan jin yang
menguasai tubuh pesakit yang disihir tersebut gagal dan jin enggan keluar secara baik dari tubuh
pesakit. Perawat akan memasukkan tapak tangan sehingga pergelangan tangan pesakit ke dalam
balang kaca tersebut dan ditarik jin masuk ke dalam botol itu sambil membaca ruqyah serta
menggunakan isyarat tangan menarik jin ke dalam balang kaca itu.
Berhubung dengan Kaedah Memerangkap Jin tiada dalil yang menyatakan bahawa
Rasulullah SAW pernah berbuat demikian. Walaupun begitu, terdapat hadith yang
menyebutkan bahawa Nabi SAW pernah bercadang untuk menangkap Ifrit atau Iblis yang
datang mengganggu baginda ketika solat. Namun, apabila baginda teringat doa Nabi Sulaiman
406
AS, baginda membatalkan niat tersebut. (Muslim, 2000, no.hadith 1211). Dari hadith berkenaan
dapat difahami bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya berusaha untuk mengelak atau
berlindung daripada gangguan itu, bukan bertujuan untuk menangkap atau memerangkap jin
tersebut. Bahkan, secara logik akalnya, golongan jin ini tidak terperangkap dengan sesuatu bekas
kerana mereka bebas bergerak dan dapat menembusi sesuatu jirim atau benda.
Oleh yang demikian, menangkap jin dan mengurungnya dalam sesuatu bekas adalah
perkara yang meragukan sehingga tidak terdapat bukti jelas bahawa golongan tersebut dapat
diperangkap sedemikian rupa.
Ketujuh: Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin;
Kaedah rawatan melalui pendekatan ini adalah dengan cara perawat berusaha untuk memanggil
jin yang mendiami tubuh pesakit supaya masuk ke dalam badan waris pesakit. Selepas itu, jin
tersebut akan dipaksa keluar dengan pendekatan berdialog dan berhujah dengan jin itu. Pada
masa yang sama perawat cuba untuk berdakwah kepada jin itu supaya menganut agama Islam.
Menurut sebahagian perawat, pendekatan ini sesuai dilakukan kerana jin yang mendiami tubuh
pesakit adalah sangat wajar dipaksa keluar kerana ia telah menyakiti tubuh badan pesakit yang
bukan merupakan haknya. Jika usaha mengislamkan jin itu berjaya, ini akan dapat mengelakkan
daripada penyakit atau sihir tersebut berulang dan sebagai makhluk Allah sesama Islam adalah
tidak wajar menyakiti antara satu sama lain. Terdapat dua hadith yang menyatakan bahawa
Rasulullah SAW telah mengislamkan Qarin yang mendampingi baginda (Muslim, 2000,
no.hadith 7108 dan 7110).
Walaupun demikian, persoalannya adakah boleh dipaksa jin itu memeluk Islam dan jika
jin itu masuk Islam, adakah di atas kerelaannya untuk berbuat demikian? Tidak ada bukti yang
jelas untuk menunjukkan tindakan ini benar-benar dapat membantu menghalau jin itu keluar
dari tubuh pesakit dan seterusnya sembuh. Namun, tidak dinafikan perkara sedemikian boleh
berlaku walaupun pada realitinya ia banyak menimbulkan keraguan.
Pada pandangan pengkaji, jika perawat itu dapat berdialog dan berdakwah kepada jin
tersebut sehingga jin itu rela untuk memeluk agama Islam, maka tindakan tersebut adalah wajar
dilakukan. Perawat itu perlu menjelaskan kedudukan jin itu setelah Islam dan tidak wajar untuk
menyakiti sesama saudara seIslam.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa dalam menyebut tentang rawatan Islam, tidak semua rawatan yang dipraktikkan tersebut menepati ciri-ciri rawatan Nabi SAW. Sebahagian daripada kaedah rawatan yang dipraktikkan tersebut adalah yang bercanggah dengan syariat Islam, ada yang meragukan dan ada juga yang memerlukan penelitian dan perbincangan yang lebih terperinci untuk mengetahui status pengamalannya dalam rawatan penyakit.
Oleh yang demikian, berhubung dengan kaedah dan pendekatan yang tidak mempunyai dalil yang jelas ini, pengkaji dapat meringkas status pengamalan dan keterangannya seperti dalam Jadual 2.0 di bawah;
Jadual 2.0: Keterangan Ringkas Berhubung dengan Status Rawatan Menurut Islam
Bil. Pendekatan dan Kaedah Rawatan
Keterangan Ringkas Berhubung dengan Status Rawatan Menurut Islam
1. Kaedah Jampi dan Mentera
Jelas diharamkan berdasarkan terdapat dalil dari hadith yang melarang menggunakan jampi atau mentera.
2. Kaedah “Scanning” (Diagnosis)
Kaedah ini dilarang sekiranya disertakan dengan dakwaan secara pasti jumlah jin yang berada dalam tubuh seseorang pesakit. Sekirannya dikenalpasti hanya melalu tanda-tanda tertentu atau melalui pengalaman perawat, maka ia dibenarkan.
3. Kaedah Batin Atau Kekuatan Jiwa
Penggunaan kaedah ini dalam rawatan banyak menimbulkan keraguan. Bahkan, kesahihan rawatan sedemikian turut diragui. Tambahan pula, menggunakan khidmat jin dalam rawatan adalah suatu perbuatan yang dilarang dalam Islam kerana makhluk
407
tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada manusia melainkan menambahkan lagi kesesatan
4. Kaedah Ilmu Sihir Untuk Merawat Sihir
Kaedah ini jelas diharamkan kerana sesuatu yang jahat atau tidak baik bukanlah ubat kepada sesuatu yang daripada unsur jahat jua.
5. Kaedah Rawatan Jarak Jauh
Kaedah ini adalah kaedah yang dibenarkan sekalipun perawat dan pesakit tidak bersemuka. Namun, apa yang lebih utama ada lah rawatan tersebut perlulah menggunakan ruqyah yang dibenarkan, menggunakan bahan yang halal, tiada pemujaan atau memohon pertolongan makhluk halus.
6. Kaedah Membunuh Jin
Jin boleh dibunuh sekiranya mengancam nyawa manusia. Pembunuhan itu boleh sekiranya dalam bentuk penyamaran dengan rupa binatang seperti ular hitam, kala jengking dan lain-lain. Namun, jika membunuh jin dalam rupa bentuk asal perkara tersebut meragukan kerana tidak ada bukti yang dapat menunjukkan bahawa jin tersebut tersebut atau terbakar. Tambahan lagi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
7. Kaedah Menarik dan Menyedut Keluar Jin
Kaedah ini meragukan dari sudut sama ada jin tersebut benar-benat dapat ditarik keluar ataupun tidak. Namun, dari sudut cara tarikan dengan menggunakan isyarat dan arahan yang jelas adalah tidak menyalahi hukum.
8. Kaedah Memerangkap Jin
Kaedah ini meragukan dari sudut sama ada jin tersebut boleh ditangkap dan dikurung dalam satu bekas. Tiada dalil yang jelas berhubung perkara ini.
9. Kaedah Dialog dan Mengislamkan Jin
Kaedah ini boleh dilakukan dengan tujuan untuk berdakwah kepada jin. Namun, amat perlu untuk berhati-hati kerana kemungkinan ia adalah tipu helah mahkluk tersebut.
RUJUKAN
Abu Dawud, Sulayman bin al-Asy„at al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud, dalam dalam Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„.
Ahmad bin Hanbal Abu „Abd Allah al-Syaibani (1421H/2001M), Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, ditahqiqkan oleh Shu„aib al-Arnu‟ut et.al, Beirut: Mu‟assasah al-Risalah.
Ibn Taymiyyah, Taqiy al-Din Ahmad bin „Abd al-Halim bin Taymiyyah al-Harrani (1426H/2005M), Majmu„ al-Fatawa, ditahqiqkan oleh Anwar al-Baz dan „Amir al-Jazzar, al-Mansurah: Dar al-Wafa‟.
__________________ (t.t) Idah al-Dalalah fi „Umum al-Risalah, al-Riyad: Maktabah al-Riyad al-Hadithah. Jazari, Abu al-Sa„adat al-Mubarak bin Muhamad al- (1399H/1979M), al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-
Athar, ditahqiq oleh Tahir Ahmad al-Zawi dan Mahmud Muhammad al-Tanahi, Beirut: al-Maktab al-„Ilmiyyah
Khadher Ahmad & Rushdi Ramli, “Hukum Semasa Dalam Rawatan Islam: Isu Terhadap Pengamalan Kaedah “Scanning” Dalam Rawatan Penyakit Gangguan Makhluk Halus”, (Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Hukum Islam Semasa VII, 14 & 15 Disember 2011).
Khadher Ahmad (2012), “Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia” (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Khadher Ahmad dan Ishak Suliaman (2011), “Hadith-Hadith Mengenai Sihir dan Rawatannya Dalam al-Kutub al-Sittah: Satu Analisis Kualitatif” dalam al-Bayan: Jurnal of al-Quran & al-Hadith, Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Muhammad bin Yazid Abu „Abd Allah al-Qazwaini selepas ini Ibn Majah (t.t), Sunan Ibn Majah, ditahqiqkan oleh Muhammad Fuad „Abd al-Baqi, Beirut: Dar al-Fikr.
Musa bin Muhammad bin Jabir al-Fifi, (t.t), Ahadith al-Sihr wa al-Ruqiyyah fi al-Kutub al-Sittah: Riwayah wa Dirayah, (Tesis di al-Jami„ah al-„Alamiyyah al-Amrikiyyah (American‟s International University), Beirut dibawah penyeliaan al-Husayn bin Muhammad Shawat.
Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi (2000M), Sahih Muslim dalam Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„.
408