Islam Di Alam Melayu

6
Islam di Alam Melayu Buku ‘ Islam di Alam Melayu’ karya Mahayudin Haji Yahaya menceritakan mengenai kedatangan agama islam di kepulauan Melayu. Penyebaran agama islam di alam Melayu melalui dua tahap iaitu ketibaan dan tahap perkembangan. Ketibaan islam di alam Melayu adalah melalui perdagangan antara pedagang Arab. Tidak dinafikan bahawa pedagang Arab yang datang berdagangan di kepulauan Melayu bukan sahaja datang untuk berdagang malahan berkahwin dengan orang tempatan dan menyebarkan agama islam. Manakala tahap perkembangan agama islam di alam Melayu adalah melalui peranan orang Arab itu sendiri. Pedagang Arab yang singgah bukannya sekejap tetapi memakan masa berbulan-bulan. Oleh itu, dalam masa yang sama pedagang Arab menyebarkan agama islam. Selain itu, peranan ahli tasawuf. Jelas kelihatan dalam sumber-sumber Melayu lama seperti Hikayat Raja- Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Contohnya dalam Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan kisah seorang tokoh sufi yang bergelar Syeikh Ismail yang berasal dari Makkah, telah datang ke Samudera untuk menyebarkan agama islam. Beliau berjaya mengislamkan Raja Samudera. Sejarah Melayu pula menceritakan seorang Arab bernama Syed Abd al-Aziz yang mengislamkan Raja Tengah Melaka dan setelah itu bergelar Raja Muhammad. Seterusnya, agama islam juga telah tersebar sebelum lahirnya kerajaan Melayu Melaka. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan batu nisan yang tertua yang bertarikh tahun 903, di Tanjung Inggeris Kedah. Hal ini membuktikan bahawa negeri Kedah merupakan negeri pertama yang menerima agama islam sebelum lahirnya Melaka. Seterusnya, penemuan batu nisan tertua di Permatang Pasir Pekan, Pahang yang bertarikh tahun 999M dan Batu Bersurat Terangganu bertarikh tahun 1303M. Melaka merupakan sebuah emporium dan pusat perdagangan pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Melaka menerima

Transcript of Islam Di Alam Melayu

Islam di Alam MelayuBuku Islam di Alam Melayu karya Mahayudin Haji Yahaya menceritakan mengenai kedatangan agama islam di kepulauan Melayu. Penyebaran agama islam di alam Melayu melalui dua tahap iaitu ketibaan dan tahap perkembangan. Ketibaan islam di alam Melayu adalah melalui perdagangan antara pedagang Arab. Tidak dinafikan bahawa pedagang Arab yang datang berdagangan di kepulauan Melayu bukan sahaja datang untuk berdagang malahan berkahwin dengan orang tempatan dan menyebarkan agama islam. Manakala tahap perkembangan agama islam di alam Melayu adalah melalui peranan orang Arab itu sendiri. Pedagang Arab yang singgah bukannya sekejap tetapi memakan masa berbulan-bulan. Oleh itu, dalam masa yang sama pedagang Arab menyebarkan agama islam. Selain itu, peranan ahli tasawuf. Jelas kelihatan dalam sumber-sumber Melayu lama seperti Hikayat Raja- Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Contohnya dalam Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan kisah seorang tokoh sufi yang bergelar Syeikh Ismail yang berasal dari Makkah, telah datang ke Samudera untuk menyebarkan agama islam. Beliau berjaya mengislamkan Raja Samudera. Sejarah Melayu pula menceritakan seorang Arab bernama Syed Abd al-Aziz yang mengislamkan Raja Tengah Melaka dan setelah itu bergelar Raja Muhammad. Seterusnya, agama islam juga telah tersebar sebelum lahirnya kerajaan Melayu Melaka. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan batu nisan yang tertua yang bertarikh tahun 903, di Tanjung Inggeris Kedah. Hal ini membuktikan bahawa negeri Kedah merupakan negeri pertama yang menerima agama islam sebelum lahirnya Melaka. Seterusnya, penemuan batu nisan tertua di Permatang Pasir Pekan, Pahang yang bertarikh tahun 999M dan Batu Bersurat Terangganu bertarikh tahun 1303M. Melaka merupakan sebuah emporium dan pusat perdagangan pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Melaka menerima ajaran agama islam selepas pengislaman Raja Melaka kedua Megat Iskandar Shah. Raja Megat Iskandar Shah telah mengahwini puteri Raja Pasai. Selain Melaka, terdapat beberapa negeri Melayu di datangi oleh pedagang seperti Kelantan dan Terangganu. Di Kelantan, terdapat beberapa catatan bahawa islam tersebar di Kelantan terlebih dahulu sebelum Melaka. Ini dibuktikan melalui catatan Wang Ta-Yuan dalam Tao-i Chih lioh bahawa terdapat sebuah negeri di pantai timur Tanah Melayu yang di panggil Chi-lan-tan. Menurut Ibn Battutah (1304-1377) terdapat sebuah kerajaan islam di Kelantan di suatu kawasan yang di sebut Kaylukari atau Kuala Kerai. Beliau pernah singgah di tempat tersebut dalam perjalanannya ke China pada tahun 1342. Negeri Terangganu pula bukannya menerima islam dari Melaka. Antara bukti terpenting ialah penemuan batu bersurat bertarikh tahun 1303. Ini membuktikan bahawa sekitar abad ke 13 terdapat kerajaan atau penempatan islam di sekitar kawasan Kuala Berang Terangganu. Bahr al-Lahut merupakan naskah Melayu yang tertua berkaitan agama islam. Daripada 701 naskah yang diselidik, sebanyak 74 naskah telah dikaji dan diteliti. Naskah ini telah menimbulkan kontroversi fahaman dan tasawuf dan falsafah ketuhanan yang diperdebatkan sejak abad ke 17 lagi. Naskah Melayu abad ke 16 berjudul kitab Aqaid karangan Abu Hafs ditemui oleh Syed Muhammad Naquib. Namun begitu, beliau tidak mengatakan bahawa penemuan itu sesuatu yang mutlak kerana beliau sedar kegiatan penulisan dan penterjemahan kitab-kitab Arab di rantau ini sudah bermula awal setidaknya pada awal abad ke 13 kerana pada masa itu agama islam telah berkembang di Pasai. Seterusnya terdapat bukti penyebaran islam di alam Melayu yang terdapat di Eropah. Kita sedia maklum bahawa pada zaman dahulu, tempat penyimpanan manuskrip melayu kebiasaannya di istana, rumah pembesar dan cendekiawan. Tempat-tempat tersebut diperbuat daripada kayu yang mudah terbakar. Sejarah Melayu melaporkan bahawa istana Sultan Mansur Syah pernah musnah di jilat api. Pada tahun 1824 sejumlah 300 manuskrip Melayu kepunyaan Raffles telah musnah dalam kebakaran sewaktu dalam perjalanan ke England. Sebahagian besar masih tersimpan di Nusantara dan yang paling banyak ialah di Belanda dan Great Britain berjumlah 2926 buah. Sebanyak 2145 buah berada di Leiden, London, Oxford dan Cambridge. Kajian tentang manuskrip Melayu umumnya mendapat sambutan menggalakkan di kalangan sarjana Barat. Oleh itu, sejumlah besar manuskrip tersebut di bawa ke Barat untuk di simpan dan dijadikan kajian. Sebanyak 3343 buah manuskrip Melayu tersimpan di benua Eropah yang kebanyakkannya berada di Belanda, Britain dan Perancis. Hampir kesemua naskah yang terdapat di Eropah telah di dokumentasi dan katalog. Penyebaran agama islam di alam Melayu mendatangkan kesan yang ketara kerana pada mulanya, masyarakat di alam Melayu kebanyakkan menganut agama Hindu Buddha dan animisme. Agama Hindu Buddha ini datang kira-kira pada abad pertama Masihi ke rantau Asia Tenggara. Keadaan ini sedikit mencabar bagi perkembangan agama islam itu sendiri kerana agama Hindu Buddha sudah lama bertapak di alam Melayu. Banyak kepercayaan kuno masih di amalkan walaupun masyarakat di alam Melayu sudah memeluk agama islam. Sebagai contoh, masyarakat Melayu masih lagi mempercayai bomoh atau pawing. Golongan bomoh atau pawang ini mendapat tempat dalam masyarakat kerana kebijaksanaan mereka dan keakraban mereka dengan makhluk ghaib.Kesan penyebaran agama Hindu Buddha sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu adalah menjadikan masyarakat Melayu sebagai primitif orang Melayu. Sistem kasta dalam masyarakat dan sistem feudal dalam pemerintahan kerajaan di alam Melayu sebelum kedatangan Islam menjadi pilihan. Namun segalanya berubah apabila agama Islam mula bertapak di alam Melayu. Ini dapat dibuktikan selepas kejatuhan kerajaan Majapahit yang di ambil alih oleh kerajaan Melaka pada tahun 1400. Walaupun bukti ini tidak kukuh namun walaupun kerajaan Melaka sebuah kerajaan yang agung selepas Majapahit tetapi sebelumya sudah terdapat dua buah kerajaan islam di Sumatera iaitu kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai. Selepas Islam bertapak di alam Melayu barulah pengaruh agama Hindu Buddha berkurangan. Seterusnya, tamadun Islam di Sepanyol sebagai pendorong kuasa Portugis dan Sepanyol meluaskan pengarunya ke dunia Melayu. Dalam konteks ini, pengaruh tamadun Islam mula masuk ke benua Eropah apabila terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara. Sepanyol dan Portugis boleh di anggap sebagai jambatan yang menghubungkan tamadun Islam dengan negara-negara Eropah lain. Proses pemindahan tamadun Islam ke Eropah berlaku melalui Perang Salib. Masyarakat Eropah telah meniru dan mengambil banyak unsur tamadun Islam untuk dibawa ke negara mereka termasuklah dalam bidang perdagangan, pentadbiran politik serta ilmu pengetahuan yang lain. Namun begitu, agama islam di Sepanyol jatuh di sebabkan pihak pemerintahan Islam tidak menjadikan Islam sebagai alat penyatuan di kalangan masyarakat dan dasar utama negara. Selain itu, Islam hanya dianggap sebagai agama untuk ibadat dan tidak dijadikan sebagai moto jihad. Berikutan itu, Sepanyol telah di tawan semula oleh orang kristian selepas kerajaan Islam di Granada menyerah kalah pada tahun 1492. Pada tahun 1499, pemerintah Kristian di Granada bertindak kejam dengan memaksa orang Islam memeluk agama Kristian dan buku-buku mengenai Islam telah dimusnahkan. Pada tahun 1502, kerajaan Kristian Granada telah mengeluarkan arahan bahawa mereka yang enggan memeluk agama Kristian akan dihalau keluar dari bumi Sepanyol. Pada waktu itu, ilmu pengetahuan orang islam dikatakan sudah berpindah ke tangan orang Eropah. Sumbangan kerajaan Islam di Sepanyol telah dunia khususnya masyarakat Islam ialah di kalangan tokoh islam Sepanyol terdapat ramai ahli geografi dan ahli pelayaran yang terkenal. Antaranya Ibn Battutah dalam bidang pelayaran. Pengalaman beliau amat luas. Beliau berjaya menjelajah dunia yang bermula dari Tanjah hingga ke India, dari India ke Asia Tenggara dan setelah itu ke negara China. Kesemua pengalamannya sewaktu dalam pelayaran direkodkan dalam bukunya Rihlah atau Pelayaran.

Akhir sekali, Islam dan Pembangunan di Malaysia. Sejarah bandar dan pembandaran di Malaysia bermula sejak kemunculan bandar-bandar di Semenanung Tanah Melayu. Pertumbuhan bandar di persisir pantai telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi dan setelah itu berkembang dan menjadi makmur apabila di datangi kaum pedagang islam yang terdiri daripada Arab, Parsi dan India. Sebagai contoh kerajaan di persisir pantai seperti kerajaan Melayu Melaka. Bandar Melaka dianggap sebagai bandar Islam kerana raja dan rakyatnya beragama islam. Di samping itu, kerajaan Melayu Melaka telah mengamalkan syariat islam sebagai teras undang-undang negara. Contohnya hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri dan hukum sebat dan rejam bagi kesalahan berzina seperti yang termaktub dalam Hukum Kanun Melaka. Di samping itu, corak pemerintahan di negara ini mempunyai implikasi yang besar terhadap perancangan bandar dan pembandaran. Semasa zaman pemerintahan British, hampir kesemua orang Melayu tiada tinggal dii bandar. Hanya orang Melayu yang berpangkat pegawai kecil dan bangsa asing yang bekerja dengan kerajaan pada ketika itu tinggal di bandar. Pada waktu tersebut juga, kedudukan bandar-bandar tidak langsung menampakkan ciri keislaman kerana kebanyakkan penduduknya terdiri daripada orang bukan islam dan pentadbirannya juga di laksanakan oleh orang bukan islam. Oleh itu, kerajaan sekarang yang memerintah telah melancarkan pelbagai dasar-dasar yang bertujuan untuk membantu dan melindungi hak orang Melayu tetapi dalam masa yang sama hak golongan minority turut tidak di pinggirkan. Antara salah satu dasar yang membantu orang melayu ialah melalui Dasar Ekonomi Baru yang menitikberatkan ekonomi masyarakat orang Melayu. Selepas tahun 1970-an, kehidupan masyarakat Melayu yang tinggal di bandar khususnya seperti di Kuala Lumpur semakin baik. Hal ini kerana, Malaysia pada ketika itu sedang mengalami proses pembangunan yang amat pesat khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Universiti telah di bina pada ketika itu untuk membantu orang Melayu mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi. Kemajuan dari segi keagamaan juga tidak kurang pesatnya membangun. Beberapa badan dakwah sama ada dari pihak kerajaan mahupun pihak swasta telah di tubuhkan. Antaranya ialah seperti ABIM dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.