Islamic Way

download Islamic Way

of 13

Transcript of Islamic Way

  • 7/30/2019 Islamic Way

    1/13

    Bayi yang Berkata-kata

    Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: Tidak ada yang bercakapdalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah

    seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat.

    Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata(memanggil): Juraij .... Juraij..... Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya:

    Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku? Akhirnya

    dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa danpulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan

    solat. Ibunya memanggil: Juraij.....Juraij. Juraij berkata dalam hatinya: Tuhanku,

    apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku? Dia memilih untuk

    meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagidalam keadaan kecewa. Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan

    kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: Juraij....... Juraij. Juraij ragu lagi:

    Tuhanku, ibuku atau solatku? Dia masih juga mengutamakan solatnya. Ibunya yang

    semakin kecewa itu berkata: Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihatwajah wanita-wanita penzina. Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan

    Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorangwanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka:

    Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia. Wanita itu pergi ke tempat

    peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya.Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh

    dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan

    akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak

    itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Merekamemukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan

    berkata: Ada apa ini? Mereka menjawab: Engkau telah berzina dengan wanita liaryang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri. Juraij berkata:Di mana anak itu? Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta

    kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan

    solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya danberkata: Wahai bayi, siapa ayahmu? Bayi yang baru lahir itu menjawab: Ayahku si

    Polan, seorang pengembala.Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij,

    memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: Biarlah tempat

    peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.Juraijberkata: Tidak, binalah semula dari tanah. Mereka pun membangunnya semula dari

    tanah. Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka

    seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnyadan berkata: Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu. Tiba-tiba anak itu

    melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: Ya Allah,

    jangan jadikan aku seperti dia. Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Sayamasih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang

    menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk

    tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang

    menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: Tidak lama kemudian lalu di hadapan

  • 7/30/2019 Islamic Way

    2/13

    mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari

    belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: Wanita penzina....

    pencuri. Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: CukuplahAllah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.

    Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: Ya Allah, jangan jadikan

    nanti anakku ini seperti dia. Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepadawanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.

    Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya. Ibunya merasa hairan dan berkata:

    Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supayaengkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: Ya Allah, jangan jadikan aku

    seperti dia. Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang,

    dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan

    dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu? Bayi itu menjawab: Lelaki yang

    kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada

    Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka

    menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Diasebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia. Dari

    sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman

    Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang

    dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.

    10 Sikap Wanita Yg Disukai Lelaki

    1.Sikap Keibuan

    Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan

    penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu

    sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan

    dalam diri masing-masing.

    2.Keanak-anakkan

    Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata

    lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-

    anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan ygmenyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan

    kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

    3.Penuh Pengertian

    Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini

    tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang

    masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita ygberpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya

    cuba mengerti duduk persoalannya.

  • 7/30/2019 Islamic Way

    3/13

    4.Menghargai

    Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka

    diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberikepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

    5.Menjaga Penampilan

    Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatancantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut

    menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan

    kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengandirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga

    menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan

    dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri

    yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

    6.Pandai berbicara

    Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau

    topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut

    dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberirespon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta

    mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga sukadengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki

    dgn baik dan berfikiran terbuka.

    7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

    Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki.

    Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg

    lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah

    cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.

    8.Menghormati Diri Sendiri

    Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikapsopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai

    keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap

    dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruahdirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki

    memperlakukan dirinya sesuka hati.

    9.Simpati dan Prihatin

    Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah,sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan

    mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar

    dgn indah dan mempesona.

    Cara Wanita Berjalan

    1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita

    yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual,

    mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini

    juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka

  • 7/30/2019 Islamic Way

    4/13

    membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu

    masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya

    menjadi pujaan ramai lelaki.2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai

    menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka

    menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusahauntuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

    3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki

    sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya danboleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk

    ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan

    kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara

    berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis inisangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

    4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian

    yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali

    menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleterpanjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan

    hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalamanluas.

    5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya

    yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yangada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan

    kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak

    persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya

    sendiri.6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia

    tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti

    ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, diabertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang

    berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

    7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya iakelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya.

    Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan

    wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini

    mudah mengalirkan air mata.

    Rama-rama dan wanita; sekadar renungan

    Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadisuka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.Rama-rama

    mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga

    tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.Cubalahtangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda

    warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.Kemudian lepaskan

    kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya

    kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan

  • 7/30/2019 Islamic Way

    5/13

    mahukan diawetkan.Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya

    cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.

    Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mulatercemar.Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak

    indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.Harga rama-rama

    terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masihtulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.Rama-rama terpaksa berjuang untuk

    memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan

    mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjangberada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih

    dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan

    evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu

    yang amat menyenangkan.Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapabernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya

    kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.Sewaktu anda digoda, dihambat dan

    dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah

    memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak munculsendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.Usah jadi rama-rama

    yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang

    perlu dipertahankan.Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda

    memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf "A1".Sebaik sahaja andatidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa

    depan.Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia,

    dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan

    sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.Namun rama-rama tidak pernah tahu iasebenarnya indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu

    kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama

    yang tidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimilikisemakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki

    tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.Usah terperangkap ke

    dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna ituhilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan

    lebih dihormati.Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.

    Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas

    bagaikan sang rama-rama.Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanitayang membanggakan semua orang.

    Bingkisan Puteri Balqis

    Semadah Kasih.. Sejambak Ikhlas dan Sayang dariku untukmu..

    Salam perkhabaran ukhuwwah dariku. Moga dirimu tika ini bersulamkan kenikmatanIman dan Islam dariNya. Di perkhabaran ini, izinkan kulayangkan secebis bingkisan

    ingatan buat tatapan arjunamu. Moga ia bak sinar pelita, bila kelam menyapa jua bak

    desiran angin lembut menderu bila taufan agung, laluannya ditingkah bisu. Pandanglah ia

  • 7/30/2019 Islamic Way

    6/13

    sebagai kata-kata ikhlas dari seorang sahabat untuk sahabatnya yang disayangi kerana

    Allah

    Saudariku yang dihormati,Diri ini amat kerdil dan tidak layak kurasakan untuk menasihati insan lain. Walau diri ini

    penuh disaluti dosa dan noda, kugagahi jua tangan dan mindaku mencoretkan kalam

    terindah untuk tujuan yang satu buat teman yang kurasakan lebih mulia akhlak dansempurna peribadinya.. Demi Allah! Apa yang bakal kutitipkan ini adalah keranaNYA.

    Lihatlah pada apa yang disampaikan, bukan pada yang menyampaikan.. Namun

    sahabatku, renung-renungkanlah kata-kata ikhlasku ini. Untuk menerima mahupun tidak,terpulanglah pada dirimu.. Jua kutujukan khas buat diriku yang serba dhaif ini. Satu

    hakikat yang pasti, tangan yang menaip ini lebih dekat dengan keyboard di komputer dan

    hati yang berbisik ini lebih hampir dengan jiwa yang merasai

    Ukhti yang dirahmati Allah,Aku meyakini, dirimu mendambakan keinginan disayangi dan menyayangi. Ia fitrah

    insani. Fitrah yang Allah lemparkan sebagai nikmat yang cukup berharga. Alangkah

    bahagianya diri andai ada insan yang sudi berkongsi cerita suka duka bersama. Insan

    yang berjanji kan sentiasa disamping. Insan yang boleh dirindui selalu. Insan sebagaipembakar semangat dan pengubat jiwa. Insan yang boleh dicurahkan segala kasih dan

    sayang. Insan yang boleh dijadikan teman pendamping setia dikala susah dan senang.Namun saudariku, beringat-ingatlah ..Usah terlalu mudah memberi dan menerima cinta.

    Simpan dan berilah sepenuhnya cinta itu kepada orang yang selayaknya sahaja. Bukan

    pada insan yang bergelar kekasih hati dan bukan yang bergelar teruna pujaan sukma.Tetapi, insan yang bukan sahaja bergelar kekasih hati, malah pendamping setia dan

    tempat rujukan serta berbincang segala perkara. Itulah suamimu, kekanda pujaan hati.

    Cinta dan sayang itu hanyalah untuk dirinya.Terimalah diri suamimu seadanya. Allah

    pasti menjanjikan yang terbaik buat dirimu andai itu yang dipinta dan itu yang didoakan.Tiada manusia yang sempurna di dunia ini termasuk juga dirimu. Insan biasa bukanlah

    para nabi, bukan para malaikat malah bukan juga Tuhan!.Saudariku, Tidak perlu

    mencari teman seindah Sulaiman jika diri tidak secantik Balqis, mengapa mengharapteman setampan Yusoff jika kasih tidak setulus Zulaikha, tidak perlu diri mencari teman

    seteguh Ibrahim jika diri tidak sekuat Sarah dan Hajar. Jangan mengharap teman sehebat

    Ali jika diri tidak semulia Fatimah, Mengapa mendamba teman sesempurna Rasulullahjika diri tidak seistimewa Khadijah Ingat dan yakin satu sahaja pada firman

    Allah;Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah

    untuk perempuan yang baik (An-Nur: 26)Syurga Allah untuk dirimu segala-galanya

    terletak bagaimana dikau membina syurga untuk dirinya. Oleh itu, jadilah seperti tanahyang berbakti. Tanah yang boleh dipijak oleh kedua tumit suamimu agar dia menjadi

    insan yang paling bahagia didunia.Namun saudariku, aku amat pasti, apakan daya diri

    seandainya cinta itu datang tanpa diduga. Cinta itu hadir tanpa dipinta dan Cinta itu lahirtanpa dipaksa. Sekiranya itulah yang dikau hadapi, berpada-padalah dalam menerima

    kehadiran insan yang sudi menjadikan dirimu suri dan permaisuri hati di dalam hidupnya.

    Jagalah perhubungan yang dilalui dengan berpaksikan cintaNya yang satu. Perhubunganyang berniatkan ikhlas untuk memenuhi tuntutan Ilahi dan Sunnah Rasul

    junjungan.Namun demikian, berwaspadalah wahai saudariku,syaitan sentiasa mencari

    peluang untuk menyuntik jiwa manusia dengan suntikannya yang tajam lagi berbisa.

    Suntikan pelalian yang bisa mengkhayalkan manusia dengan kemaksiatan. Khayalan

  • 7/30/2019 Islamic Way

    7/13

    yang bisa memalingkan cinta Ilahi kepada cinta duniawi. Ramai yang terkorban kerana

    cinta. Ramai yang hanyut dek gelodak asmara. Ramai yang rosak disebabkan cinta.

    Kerana kasih dan sayang yang diberikan bukan kepada insan yang belum lagi sahmenjadi milikmu..

    Saudariku yang dikasihi, ingatlah..Memberi dan menerima cinta insani amat mudah

    berbanding memberi dan menerima cinta Ilahi. Cinta Ilahi.. Itulah hak yang perlu dikautunaikan terlebih dahulu. Amanah dan tanggungjawab seorang hamba sebagai khalifah di

    muka bumi. CintaNya itu memerlukan dikau supaya sentiasa muraqabah (sentiasa hampir

    denganNya) dan mujahadah diri (melawan hawa nafsu) sentiasa. Ingatlah 5 wasiatRasulullah yang telah ditiggalkan buat umatnya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada

    Abdullah bin Abbas r.s, katanya: Aku pernah menjadi pendamping Rasulullah s.a.w lalu

    baginda berkata :Wahai anak, sukakah engkau aku ajarkan beberapa kalimat yang

    dengannya Allah mendatangkan manfaat bagimu? Aku menjawab: Tentu sekali, yaRasulullah! Maka baginda berkata: Peliharalah (hak-hak) Allah, nescaya Allah

    memelihara engkau, peliharalah Allah maka engkau mendapati Dia mengadap kepadamu,

    kenalilah Allah ketika senang, maka Allah mengenalimu ketika susah. Dan jika engkau

    meminta, mintalah kepada Allah; dan jika engkau minta tolong, meminta tolonglahkepada Allah.Ya Ukhti alkarimah,Namun, seandainya belum ada lagi insan yang sudi

    menjadikan dikau permata hatinya, usah resah dan gelisah. Usah terasa gersang dangundah gulana. Allah ingin memelihara dirimu sebenarnya. Allah pasti menjanjikan yang

    terbaik buat dirimu selagimana dikau thabat dan yakin denganNya. Cuma masanya bukan

    sekarang. InsyaAllah, waktu dan saat itu pasti akan tiba. Saudariku yang disayangi,Usahjemu untuk meminta kepada Allah. Itu yang disukai Allah malah, jauh sekali untuk

    ditolak olehnya. Sebagaimana Allah menyebut di dalam Al-Quran, Berdoalah kepadaku,

    nescaya akan aku perkenankan. Dan syair juga ada menyatakan, Allah marah jika tidak

    memohon kepadanya; sedang manusia marah ketika ia sedang diminta.Berdoalahkepada Allah semoga Allah menemukan dirimu dengan insan yang sentiasa melabuhkan

    cintanya kepada Allah. Cintanya itu pula boleh membawa dikau menemui cinta agung

    Ilahi. Seseorang yang sentiasa mengharapkan redha dan berkat dari Allah. Seseorangyang sentiasa hatinya terikat dengan rumah Allah. Seseorang yang sentiasa memikirkan

    dan membantu untuk kebaikan ummah. Seseorang yang sentiasa membaiki dirinya untuk

    mencapai maqam hasanah (kedudukan kebaikan yang mulia di sisi Allah). Yakinlahbahawa hanya Allah adalah penentu kejayaan sesuatu usaha dan ikhtiar.

    Saudariku yang dirahmati Allah,

    Kunoktahkan kalam hati ini dengan bunga puisi, moga taman ukhuwah makin berseri

    Sayap kiri sejati,(khas buat Srikandi Islam: Sayap kiri sejati)

    Sayap kiri, srikandi sejati..,

    Tunjangilah hatimu dengan Iman yang hakikiWarisilah Akalmu dengan Ilmu duniawi dan ukhrawi..

    Latihlah dirimu dengan Syariat dan Akhlak Islami..

    Sayap kiri, srikandi mithaliPerkasailah ilmu mendepani cabaran

    Sebagai persediaan mengharungi rintangan

    Untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan berperanan

    demi mendaulatkan Islam yang suci..

  • 7/30/2019 Islamic Way

    8/13

    Teguhkan pendirian..tingkatkan kekuatan..

    Sematkan dijiwa..

    Pahatkan diminda..Bukan atas desakan cinta..

    Bukan atas kelalaian jiwa

    Bukan atas dorongan nafsuTetapi berpaksikan dorongan cintaNya yang satu..

    Taati Allah..Taati Rasulullah..

    membentuk dirimu menjadi Mujahidah Ansarullah..Itulah sayap kiri yang sejati

    Semoga dirimu terus Istiqamah mendepani cabaran..

    Jangan Menipu Allah Dengan TudungAwal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita

    bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan

    umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan

    ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal beginiboleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga

    mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat.Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat

    semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan

    syariat.Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung,maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup

    aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul

    bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan,

    bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlisyang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-

    tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah,

    akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibirsentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu

    kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa

    mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-samamenutup aurat. Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang

    pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka

    kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam

    dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudahhafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan

    mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat.

    Untuk menjawabnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nasAl-Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai

    memandang tinggi kepada mereka. Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin

    ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama adadi kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah

    beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang

    menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga,

    di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung

  • 7/30/2019 Islamic Way

    9/13

    wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat

    make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran

    dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikutfesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun

    tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak

    tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih burukdaripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung

    tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita

    yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan.Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang,

    malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung

    sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam

    lembah maksiat. Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslahwanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan

    pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut

    dengan suasana. Mereka lihat adik-beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah

    ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidakbertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun

    hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakaitudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun

    memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya

    apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka punhendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.

    Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang

    mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah

    nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanitayang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan

    berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah

    sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkatawal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta

    faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang

    dibuat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong.Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk

    menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di dunia mereka

    berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.

    Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akandiselongkar dan didedahkan oleh Allah di padang Makhsyar di hadapan jutaan umat

    manusia. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dengan

    apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orangitu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa

    yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."Di samping tiada niat untuk

    menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untukmenutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki

    memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat

    yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna

    menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu

  • 7/30/2019 Islamic Way

    10/13

    menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup

    aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan

    menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmutetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan

    syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada

    di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudahtidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang

    sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat

    keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah. Di

    samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan

    kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita dan mempunyai

    kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul didalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan. Renung-renungkanlah wahai

    wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen

    semata-mata...

    Bercakap benar

    DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan Lukman Hakim, pada suatu hari seorang lelaki

    berjumpa Rasulullah saw kerana hendak memeluk agamaIslam. Selepas mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata : Ya

    Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa

    dan payah hendak meninggalkannya. Maka Rasulullah menjawab : Mahukah engkau

    berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?Ya, saya berjanji jawab lelaki itu. Selepas itu, dia pun pulang ke rumahnya.

    Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia terkenal sebagai seorang

    yang jahat. Kegemarannya hanya mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka,setelah memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan

    itu. Sebab itulah dia meminta nasihat daripada Rasulullah.

    Dalam perjalanan pulang, lelaki itu berkata dalam hatinya: Berat juga aku hendakmeninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu. Maka,

    setiap kali hatinya terdorong untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

    Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh

    Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya. Bisik hati kecil.Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah

    dan setiap kali hatinya berkata: Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah

    mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar, bererti aku akanmenerima hukuman sebagai orang Islam.

    Oh Tuhan... Sesungguhnya dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah

    yang sangat berharga.Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya dalam

    perjuangannya menentang kehendak nalurinya.

  • 7/30/2019 Islamic Way

    11/13

    Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia

    berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh

    Rasulullah. Hingga ke akhirnya dia berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

    "May Allah's Love Stay In Our Hearts"1 Minute for Allah

    Step 1:

    Say with your heart and tongue:*SUBHANA'LLAH

    *ALHAMDULI'LLAH

    *LA I LAHA ILLA'LLAH

    *ALLAHU AKBAR*ASTAGHFIRU'LLAH

    *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

    *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA

    UHAMMAD*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

    Step 2:Contemplate in their meaning sentence by sentence and word by word

    Step 3:

    Forward this email onto at least seven other peopleResult 1:

    Within hours you have caused a multitude of people to remember, praise and glorify The

    Almighty ALLAH

    Result 2:Within hours you have caused a multitude of people to Salute, pray for and glorify the

    Prophet (P.B.U.H.)

    Result 3:Within hours at least seven people would have prayed for you with Angels saying

    AMEEN, INSHA'A'LLAH

    NOW.......... Sit back and watch the power of ALLAH work in your life for doing thething that you know HE loves.

    ^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,............._....,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,

    BENIFITS OF AAYATUL QURSI

    1) RECITE AAYATUL QURSI AT THE TIME OF LEAVING HOUSE

    BECAUSE 70000 ANGELS PROTECT PERSON FROM LEFT, RIGHT, FRONT

    AND BACK AND IF A PERSON DIES BEFORE RETURNING HE WILLGET 70 MARTYRS REWARD.

    2)RECITE AAYATUL QURSI 40 TIMES EVERY DAY AT THE TIME OFSUNSET, PERSON WILL GET REWARD OF 40 HAJJ.

    3)RECITE AAYATUL QURSI EVERY NIGHT AT BED, THIS CREATES ONE

    ANGEL WHO WILL GUARD THE PERSON TILL MORNING.

  • 7/30/2019 Islamic Way

    12/13

    4) RECITE AAYATULQURSI EVERY TIME AFTER DOING ABLUTION (WUZU)

    THIS WILL RAISE PERSON 40 TIMES IN RANK FROM EACH WORD.

    5)RECITE AAYATUL QURSI EVERY TIME AFTER RETURNING HOME

    BECAUSE IT KEEPS AWAY POVERTY.

    PASS THIS INFORMATION TO ALL MUSLIM BROTHERS AND SISTERS

    AND EARN VIRTUE.^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,............._....,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,

    The following message in the next seven days should reach at least FIVE MILLION

    Muslims all over the world, Insha-Allah. Please forward this

    message TODAY to your friends and relative and earn abundant Rewards from AllahSubhanawatala.

    SAYINGS (HADITH) OF PROPHET MUHAMMAD (Sallallaahu alaihi wa sallam)

    The one who disdains the prayers will receive Fifteen punishments from Allah.

    Six punishments in this lifetimeThree while dying

    Three in the grave &

    Three on the Day of Judgment.

    THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE:

    1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate)

    2.Allah does not accept his plea (Dua's)3.Allah erases the features of good people from his face.

    4.He will be detested by all creatures on earth.

    5.Allah does not award him for his good deeds. (No thawab)6.He will not be included in the Dua's of good people.

    THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING:1. He dies humiliated.

    2. He dies hungry.

    3. He dies thirsty. Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.

    THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE:

    1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other.

    2. Allah pours on him fire with embers.3. Allah sets on him a snake called "the brave", "the bold" which hits Him

    from morning until afternoon for leaving Fajr prayer, from the afternoon until Asr for

    leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground.

    THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT:

    1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face.

    2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down.

  • 7/30/2019 Islamic Way

    13/13

    3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell.

    Note: If you get this copy, please make copies of it and distribute them among all

    Muslims. You will be earning a Reward as well as helping to show your brother the RightPath. May Allah give guidance to all of us.

    AAMEEN!!!!!!!

    ----------------------------------------------THOSE WHO DO NOT SAY THEIR PRAYERS OF:

    FAJAR: the glow of their face is taken away.

    ZOHAR: the blessing of their income is taken away.ASAR: the strength of their body is taken away.

    MAGHRIB: they are not benefacted by their children.

    ISHA: the peace of their sleep is taken away.

    -----------------------------------------------------------------THE HOLY QUR'AN:

    Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".

    "Namaz Parh Is Se Pehle Ke Teri Namaz Parhi Jaye".