islamisasi

2
Islamisasi ialah merujuk kepada satu proses meng’islam’kan sesuatu dengan memasukkan nilai-nilai suci yang terdapat di dalam ajaranIslam. Akhiran ‘si’ pada perkataan tersebut itulah yang membuktikan ianya merupakan satu proses sebagaimana akhiran ‘isme’ merujuk kepada ideologi.Dalam konteks Malaysia, Islamisasi diertikan sebagai proses menerapkan nilai-nilai Islam dalam segenap segi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Selepas tanah melayu dipengaruhi oleh proses islamisasi, Tanah Melayu telah mengalami beberapa perubahan positif hingga ke hari ini untuk masyarakat pada zaman ini. Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi tunggak sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Sesetengah kerajaan Melayu mengisytiharkan kerajaan dan pemerintahan mereka sebagai Kesultanan, seperti yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka selepas tanah melayu mengalami proses islamisasi. Ini sempena gelaran yang diguna pakai oleh jawatan pemerintah, iaitu sultan. Selain itu, pengisytiharan ini juga sebagai menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan Melayu tersebut berteras kepada ajaran Islam. Gelaran ‘sultan’ masih digunapakai di negara kita sehingga kini. Proses islamisasi juga memberi impak positif dari segi ekonomi dan perdagangan. Selepas proses islamisasi, negeri Melaka melarang para pedagang mengamalkan riba berdasarkan Hukum Kanun Melaka/Hukum Kanun Pahang memuatkan larangan amalan riba. Proses islamisasi mensyorkan faedah bukannya riba. Sehingga hari ini, baitulmal masih meneruskan

description

sejarah

Transcript of islamisasi

Page 1: islamisasi

Islamisasi ialah merujuk kepada satu proses meng’islam’kan sesuatu dengan memasukkan nilai-nilai suci yang terdapat di dalam ajaranIslam. Akhiran ‘si’ pada perkataan tersebut itulah yang membuktikan ianya merupakan satu proses sebagaimana akhiran ‘isme’ merujuk kepada ideologi.Dalam konteks Malaysia, Islamisasi diertikan sebagai proses menerapkan nilai-nilai Islam dalam segenap segi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Selepas tanah melayu dipengaruhi oleh proses islamisasi, Tanah Melayu telah mengalami beberapa perubahan positif hingga ke hari ini untuk masyarakat pada zaman ini.

Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi tunggak sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Sesetengah kerajaan Melayu mengisytiharkan kerajaan dan pemerintahan mereka sebagai Kesultanan, seperti yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka selepas tanah melayu mengalami proses islamisasi. Ini sempena gelaran yang diguna pakai oleh jawatan pemerintah, iaitu sultan. Selain itu, pengisytiharan ini juga sebagai menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan Melayu tersebut berteras kepada ajaran Islam. Gelaran ‘sultan’ masih digunapakai di negara kita sehingga kini.

Proses islamisasi juga memberi impak positif dari segi ekonomi dan perdagangan. Selepas proses islamisasi, negeri Melaka melarang para pedagang mengamalkan riba berdasarkan Hukum Kanun Melaka/Hukum Kanun Pahang memuatkan larangan amalan riba. Proses islamisasi mensyorkan faedah bukannya riba. Sehingga hari ini, baitulmal masih meneruskan perdagangan tanpa mengamalkan proses riba dan berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan untuk kemakmuran negara

Para pedagang berusaha mencari rezeki melalui perdagangan dengan merentasi samudera yang luas hanya untuk memenuhi tuntutan

Page 2: islamisasi

agama Islam yang menegaskan 9/10 daripada rezeki terkandung dalam bidang perniagaan.

Dengan berbekal iman dan fahaman agama Islam yang mantap, golongan saudagar belayar ke mana-mana pelabohan yang menjanjikan perniagaan. Bekal iman yang teguh ini menjadi pendorong untuk saudagar muslim turut bertindak sebagai mubaligh Islam. Marco Polo dalam catatan pengembaraannya memberi contoh pengislaman Alam Melayu menerusi faktor ini ialah pengislaman Perlak pada 1292M. Para pedagang Islam telah berjaya menawan hati kebanyakan penduduk Perlak sehingga mereka rela menganuti Islam. (Ibid) Selain itu peranan pegawai perdagangan dalam wilayah-wilayah Islam di Alam Melayu seperti peranan Syahbandar Melaka yang memberi layanan istimewa kepada pedagang Islam turut menyumbang ke arah pengislaman para pedagang lain yang berdagang di pelabuhan-pelabuhan wilayah kerajaan Islam.