ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin...
Transcript of ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin...
ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA (TITAS) DALAM KALANGAN
MAHASISWA NON-MUSLIM INSTITUT
PENDIDIKAN GURU (IPG)
AZIZAH BINTI HUSSIN
DOKTOR FALSAFAH
2016
Islamofobia Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS) Dalam Kalangan Mahasiswa Non-muslim
Institut Pendidikan Guru (IPG)
oleh
Azizah binti Hussin
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat memperolehi ijazah Doktor Falsafah
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
2016
PENGESAHAN
TESIS
Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini
adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah
tinggi kepada mana-mana universiti atau institusi.
TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhah
keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)
SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhak
keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang
diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah.
Dari tarikh hingga
SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi
1972)*
TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh
organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*
Saya mengaku bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.
1. Tesia adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian.
Tarikh Tarikh: 26 Julai 2016
Tandatangan
Tandatangan Penyelia Utama
710317-03-5102 Nawi@Mohd Nawi bin Ismail
Nama Penyelia Utama
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurniaNya serta izinNya tesis ini dapat disempurnakan dalam jangka
waktu yang dirancang.
Tesis ini dapat disiapkan dengan bantuan dan kerjasama daripada penyelia di
samping pihak-pihak lain. Kesemuanya sanggup memberi tunjuk ajar, bimbingan
serta nasihat yang berterusan. Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan ribuan
terima kasih yang tak terhingga kepada penyelia saya Dr. Nawi@ Mohd. Nawi bin
Ismail yang sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan sokongan serta kata-kata
semangat. Membetulkan setiap kali ada kesilapan. Amat senang didekati dan mudah
dibawa berbincang. Berfikiran terbuka dan tidak pernah mengecewakan sepanjang
perbincangan tesis. Beliau amat prihatin, peka dan teliti serta memberi komitmen
yang tinggi dalam melaksanakan amanah sebagai penyelia. Jasa beliau tidak akan
dilupakan.
Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Professor Dr. Khairul Anwar
Mastor (UKM), Prof. Madya Dr. Arip Kasmo (UKM), Dr. Ilham Salimun (UMT)
serta Dr. Hamdan (UMT) kerana sudi menjadi pakar rujuk untuk kandungan dan
pembinaan item soal selidik. Tidak lupa juga kepada para pensyarah UMK sendiri
yang membantu dari sudut kandungan dan metodologi iaitu Dr. Nik Yusri, Dr.
NoorHisyam, Prof. Madya Dr. Suria Baba, Prof. Madya Dr. Mokhtaruddin, Prof
Madya Dr. Rafi dan Prof Madya Dr. Noorani Mustapha. Semoga segala ilmu yang
dikongsi mendapat keredhaan Allah.
Begitu juga kepada semua pengarah dan pensyarah serta pelajar IPG Zon Timur yang
terlibat iaitu IPGK Kota Bharu, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Dato Razali
Ismail serta IPGK Sultan Mizan serta IPG Induk KPM yang memberi kerjasama
sebaik mungkin dalam menyempurnakan pemerolehan data. Segala sumbangan serta
kerjasama yang diberikan amat saya hargai.
Semua kawan yang sentiasa berfikiran positif membantu saya, memotivasi saya serta
mendorong saya menyiapkan tesis ini. Penghargaan turut ditujukan kepada Bahagian
Tajaan KPM kerana mengurus segala urusan kewangan serta surat menyurat yang
berkaitan dengan tesis saya.
Terakhir ucapan setinggi-tinggi terima kasih dikhaskan kepada suami tercinta
Mohamad Zamri bin Ali yang merestui dan memberi sokongan saya meneruskan
perjuangan mencari ilmu. Membantu saya dalam urusan pendidikan anak-anak.
Untuk anak-anak tersayang Ahmad Nasrullah, Ahmad Fakhrullah, Ahmad Saifullah,
Ahmad Ubaidullah dan Ahmad Abdullah, terima kasih kerana memahami tugas umi.
Tidak dilupakan kepada ibu bapa saya Ramlah binti Omar dan Hussin bin Awang
yang sentiasa memberi restu. Terima kasih buat semua.
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS i
PENGHARGAAN ii
ISI KANDUNGAN iii
SENARAI LAMPIRAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH x
SENARAI AKRONIM xi
ABSTRAK xiii
ABSTRACT xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Kerangka Konseptual 9
1.5 Tujuan Kajian 12
1.5.1 Objektif Kajian 13
1.5.2 Persoalan Kajian 13
1.5.3 Hipotesis Kajian 14
1.6 Kepentingan Kajian 15
1.7 Batasan Kajian 18
1.8 Definisi Operasi 19
1.8.1 Islamofobia 20
1.8.2 Pembelajaran 21
1.8.3 Isu semasa TITAS 21
1.8.4 Mahasiswa Non-muslim 22
1.8.5 Institut Pendidikan Guru (IPG) 22
1.8.6 Zon Timur 23
1.8.7 Jihad 23
1.8.8 Hudud 24
1.8.9 Poligami 24
1.9 Penutup 25
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 26
2.2 Sejarah TITAS Sebagai Kursus Wajib IPTA/S dan IPG 27
2.3 Tamadun Islam 31
2.4 Tamadun Asia (China, India, Jepun) 37
2.4.1 Tamadun China 38
2.4.2 Tamadun India 43
2.4.3 Tamadun Jepun 47
2.5 Konsep Jihad Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 51
2.6 Konsep Hudud Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 59
2.7 Konsep Poligami Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 67
2.8 Sejarah Islamofobia dan Evolusi Ancaman 72
2.9 Model Islamofobia 79
2.10 Teori Pengukuran Islamofobia (Islamophobia Measurement Theory) 82
2.11 Teori Pembelajaran 83
2.12 Pemikiran Imam al-Ghazali Dalam Pendidikan 84
2.13 Kajian-kajian Berkaitan 88
2.13.1 TITAS Membentuk Masyarakat Berbilang Bangsa 88
2.13.2 Tamadun Islam dan Kesan Terhadap Pelajar Bukan Islam 91
2.13.3 Pendidik Sebagai Pendakwah dan Pemudah Cara 94
2.13.4 Salah Faham Tentang Islam dan Islamofobia 97
2.13.5 Peristiwa 11 September, Rekaan dan Realiti 108
2.13.6 Ketamadunan Islam Inspirasi Ketamadunan Barat 113
2.14 Penutup 114
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 116
3.2 Reka Bentuk Kajian 116
3.3 Populasi, Pemilihan Sampel Kajian dan Peserta Kajian 117
3.3.1 Pemilihan Sampel Kajian 118
3.3.2 Pemilihan Peserta Kajian 120
3.4 Alat Kajian 121
3.4.1 Soal Selidik 122
3.4.2 Temu bual 124
3.4.3 Kaedah Bergabung (Mix Method) 125
3.4.4 Interpretasi Skala 127
3.4.5 Pembolehubah Kajian 129
3.4.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 130
3.4.7 Kajian Rintis 132
3.5 Tata cara Pengumpulan Data 135
3.5.1 Tata cara Pengumpulan Data Soal Selidik 136
3.5.2 Tata cara Pengumpulan Data Temu bual 138
3.6 Tata Cara Penganalisisan Data 141
3.6.1 Analisis Deskriptif Melalui SPSS 142
3.6.2 Analisis Inferensi Melalui SPSS 142
3.6.3 Analisis Deduktif Melalui ATLAS.ti 144
3.7 Penutup 149
BAB 4 HASIL DAPATAN
4.1 Pendahuluan 151
4.2 Profil Sampel dan Peserta Kajian 151
4.3 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim Terhadap Isu Jihad, Hudud
Dan Poligami
153
4.4 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Demografi 162
4.4.1 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Agama 162
4.4.2 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Jumlah Kawan Muslim 164
4.5 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap TITAS 167
4.6 Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim tentang
Islamofobia Stelah Mempelajari TITAS
170
4.7 Pembolehubah yang Boleh Menyumbang Kepada Islamofobia
Mahasiswa Non-muslim IPG
176
4.7.1 Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Islamofobia 182
4.8 Penutup 188
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 190
5.2 Ringkasan Kajian 190
5.3 Perbincangan 192
5.3.1 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim di IPG Terhadap Isu
Jihad, Hudud dan Poligami 192
5.3.2 Perbezaan Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPG
Berdasarkan Agama
195
5.3.3 Perbezaan Islamofobia Mahasiswa Non- muslim IPG
Berdasarkan Jumlah Kawan Muslim
196
5.3.4 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap TITAS 197
5.3.5 Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim
Tentang Islamofobia Setelah Mempelajari TITAS
199
5.3.6 Faktor Yang Menyumbang Kepada Islamofobia 204
5.4 Implikasi Kajian 215
5.4.1 Dasar IPG dan KPM 216
5.4.2 Diri Pensyarah 218
5.4.3 Badan Bukan Kerajaan 220
5.5 Cadangan Kajian 222
5.5.1 Cadangan Terhadap Teori dan Model 222
5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 225
5.6 Penutup 228
Bibliografi 231
Lampiran 262
SENARAI LAMPIRAN
MUKA SURAT
LAMPIRAN A - Senarai Pembentangan
253
LAMPIRAN B - Senarai Penerbitan 255
LAMPIRAN C - Soal Selidik 258
LAMPIRAN D - Perakuan Kebenaran Oleh Peserta Kajian Untuk
Merakam Temu bual
267
LAMPIRAN E - Protokol Temu bual 268
LAMPIRAN F - Transkripsi Temu bual 270
LAMPIRAN G - Surat Kelulusan dari Pihak Terlibat 282
LAMPIRAN H - Senarai Pakar Rujuk 294
LAMPIRAN I - Bacaan Alpha Cronbach (Reliability) 295
LAMPIRAN J - Pro Forma TITAS IPG 312
LAMPIRAN K - Senarai Kod dan Memo Berkaitan Perasaan
Mahasiswa Non-muslim Tentang Islamofobia Setelah
Mempelajari TITAS
317
LAMPIRAN L - Normal P-P Plot Regression Standardized Residual 326
LAMPIRAN M - Scatterplot 327
LAMPIRAN N - Korelasi dan Rumusan Model 328
LAMPIRAN O - Senarai Kod dan Memo Tentang Pengaruh Jihad,
Hudud dan Poligami Terhadap Islamofobia
329
LAMPIRAN P - Rajah Faktor-faktor yang Mempengaruhi Islamofobia 337
LAMPIRAN Q - Gambar Hukuman Tamadun Jepun dan China 339
SENARAI JADUAL
NO. MUKA SURAT
2.1 Senarai Kursus Utama yang Ditawarkan di IPGM 29
2.2 Senarai Kursus Wajib yang Ditawarkan di IPGM 29
3.1 Perincian Item Soal Selidik 122
3.2 Interpretasi Skala Likert dan Skor Min 127
3.3 Interpretasi Skala Tahap Fobia 128
3.4 Interpretasi Skala Peratusan 128
3.5 Nilai Alpha Cronbach untuk Setiap Pembolehubah dan Kategori 134
3.6 Tarikh Kelulusan Menjalankan Kajian 136
3.7 Tata cara Pengumpulan Soal Selidik 137
3.8 Tata cara Pengumpulan Data Temu bual 139
3.9 Pembahagian Tema dan Kod 148
3.10 Persoalan Kajian dan Cara Penganalisisan 150
4.1 Profil Sampel Berdasarkan IPG, Agama dan Jumlah Kawan
Muslim
152
4.2 Profil Peserta Kajian Berdasarkan Jantina, IPGM, Opsyen, Negeri
Asal dan Agama
153
4.3 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Jihad 154
4.3.1 Ringkasan Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap
Jihad.
155
4.4 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Hudud 156
4.4.1 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Jihad. 158
4.5 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Poligami 159
SENARAI JADUAL
NO. MUKA SURAT
4.5.1 Ringkasan Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Poligami
160
4.6 Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPGM Berdasarkan
Agama
163
4.7 Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPG Berdasarkan Jumlah
Kawan Muslim
165
4.71 Post Hoc Scheffe dan Bonferroni Bagi kategori Jumlah Kawan
Muslim Terhadap Islamofobia
166
4.8 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPGM Terhadap TITAS 167
4.9 Susunan Persepsi Positif Terhadap TITAS Mengikut Ketinggian
Frekuensi/Peratus 169
4.10 Matriks Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim
Tentang Islamofobia Setelah Mempelajari TITAS 171
4.11 Peramal yang Masuk Dalam Persamaan Regresi dan yang
Terkeluar Dari Persamaan Regresi
177
4.12 Bacaan ANOVA dan Koeffisien 179
4.13 Matriks Pengaruh Jihad, Hudud dan Poligami Terhadap
Islamofobia
181
4.14 Matriks Faktor-faktor Lain yang Menyumbang Kepada Islamofobia 183
SENARAI RAJAH
NO. MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konseptual Islamofobia Dalam Pembelajaram TITAS
Dalam Kalangan Mahasiswa Non- muslim IPG
10
2.1 Model Proses Islamofobia 80
2.2 Peranan Pelajar dan Pendidik Mengikut Pemikiran Imam al-
Ghazali
87
3.1 Pemilihan Sampel 119
3.2 Proses Analisis Data Temu bual 146
5.1 Teori Tahap Fobia 223
5.2 Model Faktor Islamofobia 224
SENARAI AKRONIM
ANOVA Analysis Of Variance
AS Amerika Syarikat
BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan
BPG Bahagian Pendidikan Guru
CEDAW Committee for the Elimination of Discrimination Against
Women
DAP Democrate Action Party/ Parti Tindakan Demokrat
EUMC Europeon Monitoring Centre
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HAMKA Haji Abdul Malik Karim Amrullah
IFC Inter Faith Commission
IPT Institusi Pengajian Tinggi
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
IPG Institut Pendidikan Guru
IPGK Institut Pendidikan Guru Kampus
ITM Institut Teknologi Mara
JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
JPP Jawatankuasa Perancangan Pendidikan
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
LSD Least Significant Difference
MUR Malaysian University Requirement
NGO Non Government Organization
PAS Parti Islam SeMalaysia
PdP Pengajaran dan Pembelajaran
PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
PK Peserta Kajian
PPP Pelan Pembangunan Pendidikan
PPS Pusat Pengajian Siswazah
RECOVH Regional Conference on Values and Humanities/
Persidangan Serantau Mengenai Isu Nilai dan
Kemanusiaan
RIMUP Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
SCL Student Centered Learning
SIS Sister In Islam
SPSS Statistical Package for the Social Sciences
TI Tamadun Islam
TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia
ToT Training of Trainer
UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UMK Universiti Malaysia Kelantan
UMNO United Malay Nation Organisation/
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
UMT Universiti Malaysia Terengganu
UPNM Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
SJK Sekolah Jenis Kebangsaan
SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMPC Sekolah Menengah Persendirian Cina
Islamofobia Dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Dalam Kalangan Mahasiswa Non-muslim
Institut Pendidikan Guru (IPG)
ABSTRAK
Tesis ini adalah sebuah kajian kes tentang Islamophobia dalam kalangan mahasiswa
non-muslim di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini meneliti tahap fobia dan
pengaruh jihad, hudud serta poligami terhadap Islamophobia dalam pembelajaran
kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kajian ini menggunakan kaedah
bergabung melalui tinjauan soal selidik dan temu bual. Seramai 270 sampel dan
empat peserta kajian terlibat dipilih daripada empat IPG Zon Timur menggunakan
teknik rawak berstrata dan rawak bertujuan. Data kuantitatif dianalisis melalui
perisian SPSS manakala data kualitatif dianalisis melalui perisian ATLAS.ti. Secara
keseluruhan, isu jihad, hudud dan poligami tidak mempengaruhi Islamofobia.
Namun, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada Islamofobia seperti
faktor menukar agama, larangan- larangan dalam Islam serta faktor budaya. Dapatan
tahap fobia pula mencatatkan bahawa tahap fobia terhadap jihad dan poligami ialah
takut manakala tahap fobia terhadap hudud adalah terancam. Namun tiada perbezaan
ketara Islamofobia berdasarkan agama tetapi wujud perbezaan Islamofobia dari sudut
jumlah kawan muslim. Secara umumnya, kajian ini mendapati pembelajaran kursus
TITAS diakui membawa kesan yang positif kepada mahasiswa non-muslim. Kajian
ini mencadangkan pembelajaran kursus TITAS diteruskan di IPG di seluruh
Malaysia dengan beberapa penambahbaikan untuk mengurangkan Islamofobia dalam
kalangan mahasiswa non-muslim.
Islamophobia In Islamic and Asian Civilizations (TITAS) Course Among
Non-muslim Students at Teachers Education Institute (TEI)
ABSTRACT
This thesis is a case study on Islamophobia among non-muslim students at Teachers
Education Institute (TEI). It examines the level of phobia and the influence of jihad,
hudud and polygamy towards Islamophobia in Islamic and Asian Civilizations
(TITAS) course. This study employs mixed-method design through survey and
interview. A total of 270 samples and four participants involved in the study was
selected from four TEI in the Eastern Zone using stratified random and purposive
sampling technique. Quantitative data was analyzed through SPSS software while
qualitative data was analyzed using ATLAS-ti. In general, the finding of the study
indicates that jihad, hudud and polygamy issues do not affect Islamophobia.
However, there are other factors that contribute to Islamophobia including conversion
issues, prohibitions in Islam and cultural factor. The study discovers that the level of
phobia related to jihad and polygamy issues is fear while the level of phobia
associated with hudud issues is threat. However, there are no significant differences
on Islamophobia based on religion but there are differences based on the number of
muslim friends. In conclusion, the study finds that TITAS course contributed
significant and positive impact on non-muslim students. Therefore, the study
recommends the continuation of the teaching and learning of TITAS course at TEI in
the country with some significant improvements in order to reduce Islamophobia
among non- muslim students.
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Institusi pendidikan mempunyai falsafah tertentu yang telah ditetapkan
sebagai panduan dalam menentukan masa depan generasi akan datang. Falsafah
pendidikan di Malaysia dinamakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia
berbunyi :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 2001
FPK bermatlamat untuk menghasilkan insan yang sempurna dari
pelbagai sudut khususnya sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Demi
mencapai matlamat tersebut, kerajaan mengambil langkah terkini dengan
memperkenalkan Misi Nasional 2006-2020 dengan pelbagai tujuan. Antaranya
untuk kesaksamaan sosioekonomi, keteguhan institusi, kualiti hidup dan
keseimbangan pendidikan. Salah satu matlamat dalam keseimbangan pendidikan
ialah untuk membangunkan modal insan iaitu pendidikan, inovasi dan nilai.
Konsep modal insan ialah membina serta membangunkan modal insan
yang bersifat holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta
mempunyai nilai moral dan etika yang teguh. Daripada pelbagai bidang, bidang
pendidikan merupakan jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi,
minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke
suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan
negara (Zahir Zainudin, 2008). Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara
yang aset materialnya sangat sedikit namun berjaya membuktikan bahawa
pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan
negara di Asia Timur jauh lebih baik dari negara-negara maju yang lain (Zahir
Zainudin, 2012).
Dalam bidang pendidikan, kita boleh melahirkan modal insan yang
mantap dari sudut JERI melalui penerapan elemen nilai-nilai murni ke dalam
kurikulum. Kesemua mata pelajaran di sekolah rendah, menengah, Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan
Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu secara langsung dan tidak langsung
menerapkan elemen nilai-nilai murni atau akhlak mulia dalam mata pelajaran
tersebut.
Nilai-nilai murni perlu merentas kurikulum (Nooraini Sulaiman et al.,
2008). Mohammad Kamil Abd. Majid & Rahimin Affandi Abd. Rahim (2006),
antara lain membuktikan dalam penulisan mereka bahawa penerapan nilai murni
telah membuahkan hasil yang memberangsangkan khususnya dalam pentadbiran
negara. Namun begitu masih terdapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat
non-muslim terhadap usaha tersebut. Mohd Kamil Abd. Majid (2007) turut
menambah bahawa salah faham antara muslim dan non-muslim telah berakar
dalam tradisi pemikiran masing-masing. Justeru, pengkaji yakin kefahaman yang
lebih jelas dan keyakinan yang lebih mendalam berlaku kepada non-muslim
melalui proses pendidikan yang dilaluinya.
Kesinambungan itu juga, kesemua 27 buah IPG di Malaysia, mewajibkan
kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kepada semua mahasiswa
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang beragama Islam dan
bukan Islam. Kumpulan pertama PISMP di IPG ialah pada ambilan Januari
2007. TITAS ditawarkan pada semester pertama pengajian sahaja. Kod yang
digunakan ialah WAJ 3101 dengan membawa 2 jam kredit (2+1) dan perlu
menghabiskan 30 jam interaksi pada satu semester.
Mohd Rosdi Mahamud (2001) mencadangkan agar keberkesanan
tamadun Islam diberi perhatian memandangkan peranan yang dimainkan oleh
mata pelajaran ini amat besar. Justeru pengkaji akan meneruskan kajian dengan
memfokuskan kepada peranan dan pengaruh isu semasa TITAS iaitu jihad,
hudud dan poligami terhadap islamofobia dalam kalangan non-muslim di IPG.
Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan latar belakang kajian,
pernyataan masalah, objektif kajian diikuti tujuan kajian, persoalan kajian,
hipotesis kajian serta kepentingan kajian. Diterangkan juga definisi operasi dan
diakhiri dengan kerangka konseptual kajian.
1.2 Latar Belakang Kajian
TITAS adalah kursus wajib di kebanyakan Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan di semua Institut Pendidikan Guru (IPG). Ini selaras dengan
dasar Kementerian Pelajaran yang mewajibkan semua pelajar universiti
mendaftarkan TITAS sebagai kursus wajib. Peranan yang dimainkan oleh kursus
ini amatlah besar dari sudut membentuk modal insan dan mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pelbagai ras, etnik, kaum, bangsa dan agama.
Mahasiswa perlu serius dalam mempelajari kursus ini walaupun pada
tanggapan mereka ia senang dikuasai dan mudah untuk lulus (Mohamad Azhari
Abu Bakar et al., 2012). Berdasarkan kajian-kajian lepas, kebanyakan
mahasiswa non-muslim mempersoalkan keperluan mempelajari TITAS
sedangkan kandungannya cenderung kepada pembelajaran agama Islam. Kajian
Khairul Anwar Mastor (1995). menyentuh tentang pengajaran Tamadun Islam
kepada pelajar bukan Islam telah menyedarkan banyak pihak bahawa pelajar
non-muslim berpandangan negatif terhadap kursus Tamadun Islam.
Dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan
budaya, keperluan persefahaman dan sikap tolak ansur serta saling hormat-
menghormati antara satu sama lain sangat diperlukan. Sebarang perasaan benci,
tidak puas hati dan ragu-ragu harus segera dipadamkan kerana ia boleh
memercikkan gelombang kemarahan. Peristiwa-peristiwa perkauman seperti
peristiwa 13 Mei 1969 menjadi satu pengajaran berguna dalam meneruskan
kehidupan pelbagai kaum. Kefahaman yang mendalam tentang sesuatu agama
dan budaya akan mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan lagi hubungan
antara kaum di Malaysia. Secara idealnya harapan ini menjadi landasan bagi
meneruskan kejayaan Malaysia.
Selain itu, golongan mahasiswa tidak menyedari serta tidak menghayati
kepentingan TITAS kepada mereka pada masa hadapan. Mereka sentiasa
dikelilingi dengan ideologi asing yang banyak menyimpang daripada ajaran
agama. Bekalan ilmu untuk menepis dakyah tidak dikuasai oleh golongan
remaja. Rentetan dari itu, berlakulah pengikisan nilai-nilai agama dari hidup
mereka. Dan kesannya, selama empat di tahun di universiti, remaja menjadi
hamba kepada budaya kebendaan serta mengenepikan agama. Menyedari
hakikat ini, kerajaan khususnya yang terlibat secara langsung dengan kurikulum
telah memperkenalkan Tamadun Islam di universiti dan terbaru dengan
penambahbaikan diperkenalkan pula Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang
diwajibkan kepada muslim dan non-muslim. Mereka turut mendalami ilmu Islam
di samping ilmu ketamadunan India, Jepun, China (Al-Faruqi, 1991).
Mahasiswa non-muslim tidak perlu mempertikaikan kenapa mereka perlu
mempelajari TITAS kerana konsep mencari ilmu adalah mempelajari pelbagai
ilmu selagi ia boleh membentuk diri kita sebagai insan sempurna terhadap
Tuhan, masyarakat dan negara. Melalui kajian-kajian lepas yang mutakhir, hasil
telah menunjukkan jawapan yang positif tentang pembelajaran TITAS ini
antaranya kajian Ahmad Nasir Mohd Yusoff (2003) mendapati 14%
menyatakan amat setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non muslim, 57%
menyatakan setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non-muslim dan hanya 29%
menyatakan kurang setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non muslim
(Ahmad Nasir Mohd Yusoff, 2003). Harapan yang sangat tinggi terhadap kajian
yang akan dijalankan ini semoga ia dapat menjawab beberapa persoalan
mahasiswa non-muslim khususnya dari sudut kefahaman tentang Islam,
pembentukan modal insan dan perpaduan kaum serta agama.
1.3 Pernyataan Masalah
Kursus TITAS yang merupakan kursus wajib di universiti, diajar kepada
semua mahasiswa pelbagai agama dan opsyen. Kursus TITAS dianggap sebagai
platfom membentuk masyarakat berbilang bangsa dalam mewujudkan Tamadun
Malaysia. Kursus ini mempunyai sejarah kontroversi yang agak hebat daripada
masyarakat bukan Islam. Antaranya kenyataan akhbar berbunyi “Kursus
Tamadun Islam akan menimbulkan kesangsian dalam kalangan pelajar bukan
Islam”(Lim, K. S, 1990) dan “Pendidikan Tamadun Islam memberi beban baru
kepada pelajar” (Lim, K. S, 1991). Kedua-dua pernyataan menggambarkan
mereka (bukan Islam) fobia terhadap Islam (islamofobia). Isu yang menjadi
kontroversi ini disokong oleh salah seorang ahli Parlimen DAP yang lain,
dengan menggesa KPM menarik balik kursus TITAS kerana tidak memberi
manfaat kepada pelajar. Pertikaian beliau dibidas oleh Ketua Program
Kenegaraan, kepimpinan dan ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) dengan menegaskan TITAS bukan semata-mata belajar
tamadun Islam bahkan dipelajari juga tamadun India, Cina dan Jepun. Menurut
beliau TITAS wajib dipelajari sebagai pemangkin integrasi nasional (Riduan Tee
Abdullah. (2008).
Sehubungan dengan itu juga, terdapat kajian oleh Mohd Arip Kasmo
(2011) yang dijalankan ke atas mahasiswa bukan Islam, menunjukkan bahawa
terdapat beberapa ajaran dalam Islam seperti berperang (jihad), hukuman yang
ada dalam Islam (hudud), kebebasan hak wanita, poligami serta larangan-
larangan lain telah mencatatkan peratus yang tinggi untuk tajuk-tajuk yang tidak
disukai dan paling tidak disukai. Beliau mengulas bahawa beberapa ajaran dalam
Islam yang tidak disukai pelajar perlu dibendung untuk mengelak daripada
tersebarnya kesan-kesan yang lebih parah seperti fobia pada Islam (islamofobia)
atau benci pada Islam.
Isu berkaitan islamofobia banyak berlaku di luar negara begitu juga
dalam negara Malaysia yang merupakan negara Islam. Antara contoh berkaitan
salah faham dan persaan takut ini apabila “Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam
dalam Pentadbiran” diperkenalkan pada tahun 1985 dan pengisytiharan
Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001, semasa
merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan. Kedua-dua dasar
tersebut mendapat maklum balas negatif daripada penganut agama lain.
Setiausaha Majlis Uskup-uskup Katolik Malaysia mengakui isu islamisasi yang
wujud ketika ini memang membimbangkan penganut bukan Islam. Ia bukan
sahaja mencabar Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan beragama
malah amalan dan budaya hidup masyarakat bukan Islam akan terhakis (Lee, B.
C., 2002). Lee turut melahirkan kebimbangan proses Islamisasi di Malaysia
kewujudan budaya mempolarisasikan rakyat Malaysia kepada muslim dan bukan
muslim. Khoo, K. Kim (2005) pula mengakui bahawa kurang maklumat tentang
agama Islam membawa sifat takut dan salah faham kepada Islam yang akhirnya
timbullah beberapa peristiwa yang tidak diingini berlaku.
Isu yang sama lebih hebat berlaku di luar negara. Laporan Weller, P.
(2006), membongkar kes-kes ketidakadilan layanan United Kingdom dalam
urusan imigresen, penjara, kesihatan, perkhidmatan sosial dan banyak lagi.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga melabelkan muslim sebagai “homogenous,
antagonistic and fanatical group”. Di Sweden peristiwa yang berlaku hasil
salah faham terhadap Islam membawa kepada perasaan takut terhadap agama
Islam (EUMC: 2011). Dikuatkan lagi hujah oleh Chahuan (2005); Gottschalk &
Greenberg (2008) yang menyatakan bahawa rakyat Amerika dan masyarakat
barat telah tercatat dalam sejarah mempunyai persepsi negatif terhadap Islam
dan pengikutnya.
Kesimpulannya, berdasarkan isu-isu islamofobia yang berlaku di dalam
dan luar negara, ciri-ciri fobia yang dituduh terdapat dalam kursus TITAS,
ditambah pula dengan dapatan kajian Mohd Arip Kasmo (2011) serta cadangan
beliau agar kajian lanjutan tentang TITAS yang berfokus pada tajuk-tajuk
TITAS diperbanyakkan, maka pengkaji terpanggil untuk menjalankan kajian
yang membincangkan tentang islamofobia dalam pembelajaran TITAS. Pengkaji
memilih tiga tajuk daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam isu semasa TITAS
iaitu jihad, hudud dan poligami. Pengkaji akan menyelongkar pengaruh ketiga-
tiganya terhadap islamofobia. Jihad, hudud dan poligami dipilih bukan hanya
disebabkan ia merupakan tajuk-tajuk TITAS, tetapi ketiga-tiganya juga
merupakan antara faktor islamofobia dalam Model Proses Islamofobia Zafar
Iqbal (2010), di samping faktor-faktor islamofobia yang lain. Hasil daripada
kajian diharap dapat membuka mata pengkaji sendiri, badan-badan dakwah,
pihak yang terlibat secara langsung dengan pendidikan Islam serta pihak-pihak
yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Pengkaji
yakin kebimbangan terhadap Islam tidak akan wujud sekiranya masyarakat non-
muslim sangat faham tentang konsep-konsep dalam Islam.
1.4 Kerangka Konseptual
Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) serta Merriam (2009),
kerangka kajian merupakan satu unsur yang amat penting dalam sebarang kajian.
Sekaran (2000) menggariskan ciri-ciri yang perlu ada dalam kerangka kajian
iaitu pertama, mengenal pasti dan melabelkan variabel yang sesuai dengan
kajian. Kedua, menyatakan bagaimana variabel bebas dan bersandar
berhubungan. Ketiga, mengandaikan sifat dan arah hubungan berdasarkan kajian
yang lepas. Keempat, dapat menjelaskan bagaimana jangkaan hubungan tersebut
dapat berlaku dan kelima, rajah yang sistematik untuk memberi gambaran
tentang hubungan antara variabel-variabel.
Menurut Nik Azis Nik Pa (2003) pula, kerangka kajian yang
dibincangkan adalah sebagai satu penjelasan tentang perkaitan konsep-konsep
yang dikaji yang dapat menjelaskan keseluruhan kajian. Pada asasnya, kerangka
kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu
perancangan, pelaksanaan dan laporan sesuatu kajian. Cline (2003) menjelaskan
bahawa kerangka konsep merujuk kepada penghuraian yang ringkas dan padat
tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah utama yang beroperasi dalam ruang
lingkup permasalahan yang dikaji. Lazimnya, penghuraian tersebut disertai