ISRAK DAN MIKRAJ cerita ppuan.docx

6
Assalamualaikum Pembuka bicara Terima kasih kepada pengerusi acara Guru-guru dan rakan semua Mari dengar cerita Kisah Isra’ dan Mikraj Isra’ dan Mikraj telah didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah s.a.w. Antaranya kematian bapa saudara baginda , Abu Talib, kewafatan isteri baginda, Saidatina Khadijah dan penolakan penduduk Taif terhadap dakwah baginda. Justeru, Isra’ dan Mikraj menjadi penawar kepada kedukaan tersebut. Hati dicuci siraman zam-zam Dituang iman,ilmu dan hikmat Buraq hadir sedia ditunggang Kembara merentas penuh fadilat Isra’ ialah perjalanan Rasullullah dari Masjidil Haram Ke Masjidil Aqsa . Mikraj pula perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidrathul Muntaha. Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud: ”Maha suci Allah ,yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang kami berkati bagi memperlihatkan kepadanya

Transcript of ISRAK DAN MIKRAJ cerita ppuan.docx

AssalamualaikumPembuka bicaraTerima kasih kepada pengerusi acaraGuru-guru dan rakan semuaMari dengar cerita

Kisah Isra dan MikrajIsra dan Mikraj telah didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah s.a.w. Antaranya kematian bapa saudara baginda , Abu Talib, kewafatan isteri baginda, Saidatina Khadijah dan penolakan penduduk Taif terhadap dakwah baginda. Justeru, Isra dan Mikraj menjadi penawar kepada kedukaan tersebut.Hati dicuci siraman zam-zamDituang iman,ilmu dan hikmatBuraq hadir sedia ditunggangKembara merentas penuh fadilatIsra ialah perjalanan Rasullullah dari Masjidil Haram Ke Masjidil Aqsa . Mikraj pula perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidrathul Muntaha. Surah Al-Isra ayat 1 yang bermaksud: Maha suci Allah ,yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang kami berkati bagi memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran )kami. Sesungguhnya dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Ya kawan-kawan, Sifat sabar amat dituntut dalam diri, lebih-lebih lagi ketika kita ditimpa musibah, sebagaimana kesabaran tinggi yang telah dizahirkan oleh mangsa-mangsa banjir besar yang melanda Negara baru-baru ini.Sepanjang perjalanan Isra, Rasulullah telah bermalam dirumah Ummu Hani, singgah di Madyan,Bukit Tursina dan Baitul laham.Pelbagai gambaran baginda saksikanTamsilan hidup umat budimanPedoman diri buat renunganSaksi segala kuasa TuhanAntara yang disaksikan Baginda ialah kaum yang bercucuk tanam yang dapat menuai segera hasil tanaman mereka.Ada pula yang sengaja memecahkan kepala sendiri, menggunting lidah berulang kali dan terdapat wanita yang digantung sehingga otaknya menggelegak. Masya Allah, itulah balasan orang yang mengingkari peritah Ilahi.Firman Allah: Surah Al-Isra ayat 5. Maksudnya: Dan sebenarnya peristiwa itulah yang menjadi satu janji yang tetap berlaku.Ya kawan-kawan,segala amalan yang kita lakukan akan dibalas dengan adil dan saksama. Keikhlasan para sukarelawan yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi membantu mangsa banjir sudah pasti akan mendapat ganjaran Allah.Sidratul muntaha tempat tertinggiKembara nabi bertemu IlahiIbadat solat amanah diriMenjadi fardu setiap hari.Rasulullah turut bertemu nabi Adam, nabi Isa ,nabi Musa,nabi Idris dan Nabi Harun diantara lapisan langit yang Baginda lalui.

Firman Allah Taala Surah An-Nisa ayat 103 .maksudnya :Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya kepada orang-orang yang beriman.Ya kawan-kawan ,ibadat solat perlu dillakukan sebagaimana ajaran Rasulullah.Perlakuan solat sebagaimana ajaran sesat syiah perlu dijauhi oleh semua umat Muhammad.Apabila kembali kebumi Mekah , Baginda telah menceritakan perihal apa yang telah baginda lalui dan saksikan sepanjang peristiwa Isra dan Mikraj kepada penduduk Mekah. Malangnya mereka sedikit pun tidak mempercayai apa yang Baginda sampaikan , kecuali Saidina Abu Bakar.Firman Allah Taala:

Surah Al-Baqarah ayat 142.maksudnya:Katakanlah: Kepunyaan Allah jua dari Timur dan Barat; dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.Ya kawan-kawan, sahabat yang baik akan sentiasa menjaga tingkah laku dan sentiasa menghormati sesama sendiri. Akhlak mulia yang dizahirkan oleh Tuanku Sultan Kelantan umpamanya akan menjadi ikutan rakyat jelata.Peristiwa Isra dan Mikraj merupakan ujian dan mukjizat membuktikan kekuasaan Allah . peristiwa ini bukan sahaja telah menenangkan jiwa Rasulullah , bahkan sebagai umat Baginda, ianya dapat memantapkan keimanan kita kehadrat Ilahi.Firman Allah Taala: Surah Al-Ahzab , ayat 71 yang bermaksud:sesiapa yang mantaati Allah dan Rasul-Nya , maka sesugguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.Ya kawan-kawan,Ketaatan dalam melaksanakan ibadat akan menguatkan keimanan dalam diri. Berhati-hatilah dengan dakyah ajaran sesat dan kemunculan nabi palsu diakhir zaman.Sekian saja secebis kisah Isra Mikraj untuk muhasabah kita bersama.Wassalamulaikum wrt wbt.

KISAHISRAK DAN MIKRAJ(PEREMPUAN)