ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_ogos_sept2016.pdf · Mereka...

13
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 1 Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | ZULKAEDAH/ZULHIJJAH 1437H | OGOS/SEPTEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 176 MS/4 Usaha Kerajaan Negeri Beri Peluang Pekerjaan KERAJAAN NEGERI SARAN KIBAR JALUR GEMILANG MENARIK DI DALAM KOTA BHARU- Kerajaan negeri menyeru masyarakat supaya mengibarkan bendera kebangsaan sepanjang bulan ini bagi menunjukkan salah satu cara bersyukur menjadi rakyat yang merdeka. bersambung di muka 5 Datin Bentara Setia Penerus Perjuangan TGNA MS/7

Transcript of ISSN 1311-6891 - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_ogos_sept2016.pdf · Mereka...

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 1

    Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | ZULKAEDAH/ZULHIJJAH 1437H | OGOS/SEPTEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 176

    MS/4

    Usaha Kerajaan Negeri Beri Peluang Pekerjaan

    KERAJAAN NEGERI SARAN KIBAR JALUR GEMILANG

    MENARIKDI DALAM

    KOTA BHARU- Kerajaan negeri menyeru masyarakat supaya mengibarkan bendera kebangsaan sepanjang bulan ini bagi menunjukkan salah satu cara bersyukur menjadi rakyat yang merdeka.

    bersambung di muka 5

    Datin Bentara Setia Penerus Perjuangan TGNA

    MS/7

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 20162 3Sidang Redaksi

    PENAUNGYB DATO HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

    PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

    PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPengarah Penerbitan dan Dokumentasi

    SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL BAHRIN

    WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

    CHE MAZIAH BINTI [email protected]

    JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

    PEGAWAI PENYELIDIKNAZIRATUL AINI BT MOHD [email protected]

    PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

    PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

    ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

    KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

    Merakyatkan Membangun Bersama Islam

    Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

    Pena Pengarah

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kenangilah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu ketika kaum musyrikin yang memusuhi kamu menghulurkan tangan untuk menyerang kamu, lalu Allah menahan tangan mereka daripada menyerang kamu. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Maidah: 11)

    1) Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa disaat perutusan Nabi Muhammad S.A.W, umat manusia berada dalam kegelapan dan kejahilan. Mereka menjadi hamba

    kepada hawa nafsu dan sesat dalam mencari hala tuju kehidupan.

    2) Golongan yang kuat bermaharajalela merebut kuasa dan merampas takhta. Golongan bijak pandai meracuni minda menyebarkan fahaman khurafat. Golongan yang lemah terus dijajah sementara kezaliman terus mencengkam masyarakat.

    3) Rasulullah S.A.W. memainkan peranan memerdekakan masyarakat Arab dan manusia umumnya daripada segala bentuk penjajahan. Hasil usaha Baginda S.A.W. berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan thaghut, maka Allah telah kurniakan dengan suatu pembukaan dan kemenangan yang besar di Kota Mekah.

    4) Sementara di zaman kepesatan teknologi maklumat pada hari ini, penjajahan datang dalam pelbagai versi tidak sama seperti dahulu, penjajah datang dengan kapal perang dan senjata. Sekarang mereka menyelinap masuk menerusi senjata media baru. Arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan kini, adalah lebih mudah untuk mereka yang tidak bertanggungjawab mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial umat Islam.

    5) Oleh kerana itu, umat Islam perlu kembali merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan hidup bermasyarakat dan bernegara supaya zaman jahiliah dan kuasa penjajah tidak mudah bertapak dalam dunia umat Islam.

    6) Mengambil semangat Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, marilah

    kita jalinkan hubungan yang harmoni sesama kaum di negeri dan negara kita dengan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Walaupun pegangan agama dan adat resam yang berlainan, namun ia tidak bererti kita menjadikan perbezaan tersebut sebagai asas permusuhan sesama kaum.

    7) Alhamdulillah, di Negeri Kelantan Darulnaim, semangat toleransi dan bergandingan bahu antara kaum Cina, Siam, India dan Melayu sentiasa dipupuk dalam semua agenda pembangunan masyarakat dan negeri. Kita tidak mahu rakyat terjajah dengan sebab permusuhan sesama sendiri akan tetapi kita berusaha mewujudkan sebuah kemerdekaan yang hakiki demi mencapai negeri yang disifatkan Allah sebagai;

    Negeri Yang Sejahtera Dan Tuhan Yang Mengampuni Masyarakatnya.

    USTAZ DATO HAJI AHMAD BIN YAKOB Menteri Besar Kelantan26 Zulkaedah 1437/29 Ogos 2016

    Firman Allah S.W.T

    PERUTUSAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016

    .

    Setiap kali bencana banjir melanda Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga bumi Kelantan Serambi Mekah maka terpampanglah laporan di muka depan akhbar dan media arus perdana sebagai tajuk utama berita kegagalan pimpinan kerajaan negeri ini mentadbir.

    Sebuah akhbar arus perdana pada hari negara menyambut Hari Kemerdekaan ke- 59, Rabu 31 Ogos 2016 baru-baru ini di muka surat 12 dan 13 nya (bukan di muka depan, bukan juga menjadi tajuk utama) terlapor bahawa Kota Raya Kuala Lumpur mengalami banjir kilat sekali lagi dalam tempoh sebulan. Namun ini bukanlah merupakan kegagalan pentadbiran sebuah kerajaan, tapi disebut sebagai sistem perparitannya tidak diselanggara dengan baik, dipenuhi dengan sampah sarap hingga mengganggu aliran air yang meyebabkan banjir kilat di situ.

    Ia disebabkan hujan lebat yang bermula dari jam 7.30 pagi yang menyebabkan laluan di bandaraya itu dinaiki air setinggi 0.3m hingga 0.6m. Puan Ketua Penerangan sebuah parti politik bagi salah satu bahagian di Kuala Lumpur mengatakan Pihak Berkuasa Tempatan perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan banjir kilat di kawasan terbabit diselesaikan.

    Info banjir kilat mengikut Jabatan Meteorologi pula mengatakan hujan lebat itu berpunca daripada fenomena cuaca yang dikenali sebagai Garis Badai, iaitu sekumpulan barisan awan ribut petir yang bergerak dari arah laut ke kawasan daratan. Katanya fenomena Garis Badai ini berlaku sewaktu monsun Barat Daya yang sedang dialami pada masa ini. Bagi menguatkan lagi alasan, kalau-kalau terberlaku lagi banjir dalam tempuh bulan-bulan terdekat, Jabatan Meteorologi membuat persediaan awal dengan mengatakan fenomena ini dijangka berlarutan sehingga pertengahan September ini.

    Banjir kilat ini berlaku akibat hujan lebat yang berlaku dalam masa 2 jam. Akibatnya beberapa jalan di Bandaraya Kuala Lumpur mengalami kesesakan teruk, dengan beratus-ratus kenderaan tidak dapat bergerak disebabkan air melimpahi jalan.

    Suasana yang sama telah dialami pada 22 Julai lalu, yang mengakibatkan kesesakan sejauh beberapa kilometer di laluan yang sama.

    Keadaan ini bukan disebabkan oleh kegagalan para pentadbir atau pimpinan politik atau sesiapa, tetapi disebabkan masalah perparitan dan struktur jalan yang rendah, kerana hujan lebat selain dari saliran perparitan yang sempit yang gagal menampung kapasiti air yang banyak dan memburukkan keadaan. Ianya disebabkan sistem saliran yang tidak efisien dipercayai menyebabkan punca air tersekat hingga menyebabkan banjir berlaku di beberapa lokasi di sana dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan sisa binaan daripada pemaju dan kontraktor diuruskan dengan baik sebagaimana sepatutnya, bukan sebagaimana yang berlaku yang gagal mematuhi syarat pembangunan

    Siapa pun, bagi rakyat dan orang ramai yang membaca laporan berita ini akan dengan mudah untuk tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, organisasi atau individu tertentu, tetapi ia adalah fenomena alam dan yang bersalah adalah sistem infrastruktur yang tidak mampu menerima kedatangan air yang banyak dalam tempoh masa yang singkat, Walaupun kejadian ini bukanlah berlaku setiap puluhan tahun, malah hampir setiap kali hujan lebat dan tidak di musim fenomena Garis Badai sebagaimana dilaporkan.

    Bagaimanakah laporan akhbar arus perdana itu kiranya banjir begitu berlaku di Negeri Kelantan berulang dalam masa sebulan agaknya?. Dan tak berapa lama lagi lazimnya, di setiap penghujung tahun, musim tengkujuh di daerah ini akan tiba lagi. Negeri-negeri Pantai Timur, Kelantan khususnya akan sekali lagi menerima curahan hujan yang berlebihan dari musim-musim biasa.

    Tengoklah, kalau-kalau berlaku banjir, apakah ianya akibat kitaran musim monsun, atau sekali lagi sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini. Yang pasti, setakat ini belum pernah terbaca laporan yang megatakan antara penyebab banjir di Kelantan adalah kerana fenomena Garis Badai......

    Fenomena Garis Badai

    RALATBaka Durian Kunyit sebagaimana di dalam Buletin keluaran Bil.175 adalah

    dari baka D197

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 20164 5

    JELI : Usaha kerajaan negeri untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung sekitar jajahan Jeli menjadi kenyataan apabila Kilang Kelapa Sawit Tapis di Jerimbong Kuala Balah sudah pun siap dibina. Kilang ini dibangunkan dengan kos

    pembinaan bernilai RM44.66 juta di dalam kawasan seluas 54 hektar di Ladang Tapis Mukim Bunga Tanjong. Ianya dibina dengan teknologi terkini yang dikenali dengan sistem Continuous Sterilization dibina secara turnkey dengan pihak Modipalm Engineering Sdn Bhd dan perunding oleh Allied Engineering Sdn Bhd.

    Perasmian kilang ini telah

    disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. Kilang Sawit Tapis adalah sebuah projek terkini kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB ) yang dimiliki oleh anak syarikatnya iaitu Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd.

    Dengan adanya kilang ini, ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di mana seramai 43 orang pekerja dalam pelbagai bidang telah pun diambil bertugas sehingga kini. Manakala tambahan pekerja diperlukan dengan tambahan kapasiti secara berperingkat dalam tempoh 2 tahun akan datang.

    USAHA KERAJAAN NEGERI BERI PELUANG PEKERJAAN

    Perasmian Kilang Sawit Tapis Pertama di Parlimen Jeli yang telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan.

    Dengan adanya kilang ini, ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di mana seramai 43 orang pekerja dalam pelbagai bidang telah pun diambil bertugas sehingga kini.

    KOTA BHARU- Kerajaan negeri menyeru masyarakat supaya mengibarkan bendera kebangsaan sepanjang bulan ini bagi menunjukkan salah satu cara bersyukur menjadi rakyat yang merdeka.

    Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Mohd Amar B. Haji Nik Abdullah berkata, ia bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan kerana ia tidak menuntut kepada pengorbanan

    nyawa, wang ringgit dan masa. Saya yakin dengan adanya

    sambutan kemerdekaan dan kempen kibar Jalur Gemilang kali ini akan mencetuskan fenomena baru dalam menyemarakkan lagi semangat perjuangan dan juga patriotisme yang tinggi di kalangan masyarakat di negeri ini dan Malaysia secara amnya, katanya ketika berucap di Majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang.

    Majlis tersebut dirasmikan oleh

    YAB. Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob, Menteri Besar Kelantan dan turut dihadiri oleh barisan Exco Kerajaan Negeri, Wakil-wakil agensi dan jabatan-jabatan kerajaan.

    Menurutnya lagi, perjuangan menyemai, memartabatkan dan meningkatkan peri pengetahuan berkenaan dengan pentingnya semangat patriotisme ini digambarkan melalui kasih sayang kepada bendera dan ia perlu dipupuk sejak kecil lagi.

    KERAJAAN NEGERI SARAN KIBAR JALUR GEMILANG

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 20166 7

    PELAJAR KRABI DITAWAR BELAJAR DI KELANTAN

    KOTA BHARU, Perasmian Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana di sini. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan.

    Secara khususnya, kita di Kelantan telah 26 tahun mentadbir negeri ini dengan didikan dan dasar Membangun Bersama Islam. Saya sekali lagi ingin tegaskan kepada kaum wanita sekalian agar meneruskan tekad dan usaha di dalam mempertahankan Kepimpinan Ulama di Negeri Kelantan, Negeri Serambi Mekah ini. Alhamdulillah, tertegaknya

    tiang seri Kerajaan Negeri yang diasaskan di atas dasar Membangun Bersama Islam ini sebahagiannya disumbang oleh pengundi-pengundi daripada kalangan wanita.

    Persidangan Muslimah Kelantan Antarabangsa (MISK 2016) yang julung kali diadakan turut berlangsung sempena Sambutan HSK tersebut. Para pembentang dari luar negara turut di jemput bagi menjayakan MISK 2016, antaranya Dr Houda Aouada, Wakil Muslimah Kesatuan Ulama Sedunia, Qatar, Dr Rufaida Abdel Rahman Al-Habash, Tokoh Muslimah Syiria dan beberapa yang lain.

    Ucaptama dalam MISK 2016 bertajuk; Wanita Islam Kontemporari; Cabaran Semasa Dan Amalan Terbaik telah disampaikan oleh Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada hari kedua Sambutan HSK.

    Sempena Sambutan HSK tersebut, Kerajaan Negeri Kelantan telah menganugerahkan Tokoh Siti Khadijah kepada Datin Bentara Setia Hajah Tuan Sabariah Tuan Ishak. Manakala anugerah Tokoh Wanita Kelantan Antarabangsa disandang oleh Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim.

    KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menawarkan tempat di sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada pelajar muslim di Krabi tanpa dikenakan yuran. YB. Dato Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan negeri menawarkan kepada mereka belajar di sekolah-sekolah agama di Kelantan. Katanya, mereka dikecualikan bayaran yuran kecuali keperluan sara hidup sepanjang belajar di sini.

    Kita kemukakan tawaran itu ketika kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Krabi dalam lawatan sambil belajar baru-baru ini, katanya di sini. Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah (JHET) Negeri Kelantan baru-baru ini mengadakan seminar pengurusan tanah di Krabi, Thailand di samping menganjurkan lawatan sambil belajar.

    Pada lawatan tiga hari itu rombongan kerajaan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar turut mengunjungi Pejabat Gabenor Krabi dan melawat pusat pemulihan dadah secara Islam. Krabi sebuah wilayah terletak di pinggir pantai Laut Andaman, selatan Thailand. Lebih 50 peratus daripada 400,000 penduduknya beragama Islam.

    Di Krabi juga ada Jawatankuasa Islam Krabi. Di Thailand terdapat

    sembilan jawatankuasa atau Majlis Agama Islam. Mohd Amar berkata, kerajaan Kelantan menawarkan tempat di sekolah menengah agama YIK sebelum dilanjutkan ke pusat pengajian lebih tinggi.

    Kita juga mengundang Majlis Agama Islam Krabi melawat Kelantan bagi merapatkan lagi hubungan sedia terjalin, ujarnya. Pada kunjungan itu juga rombongan kerajaan Kelantan melawat pusat pemulihan dadah secara Islam di sebuah pulau di Krabi yang mempunyai seramai 1,300 pelatih.

    Mereka tawarkan kaedah itu untuk digunakan di Kelantan. Kita boleh perkasakan lagi Baitul Taubah di Pasir Puteh, katanya.

    Ditanya lawatan itu dengan kapasiti 130 peserta boleh membebankan kewangan kerajaan, kata Mohd

    Amar, lawatan sambil belajar dan seminar itu hanya membabitkan kos kira-kira RM60,000.

    Katanya, kos tersebut hampir serupa dengan apa yang dibelanja ketika seminar dan lawatan sambil belajar diadakan di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini. Menurutnya perancangan membuat lawatan dan seminar di Krabi dipersetujui ketika seminar diadakan di Pulau Pinang.

    Kita rancang buat lawatan ke Krabi pada 2014. Bagaimanapun pada akhir 2014 berlaku banjir besar. Jadi kita tumpu menyelesaikan masalah banjir terlebih dahulu.

    Lagi pun JHET ada bajet khusus bagi tujuan itu bagi mencari pengalaman baru di negeri-negeri lain, ujarnya

    DATIN BENTARA SETIA PENERUS PERJUANGAN ARWAH TGNA

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 20168 9

    KOTA BHARU Mewujudkan persefahaman dan kesepakatan strategik yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua sektor iaitu sektor kerajaan dan sektor swasta merupakan matlamat penting kerajaan.

    Demikian menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Haji Adnan Hussin sewaktu berucap mewakili Dato Setiausaha Kerajaan Negeri pada Majlis Perasmian Penutup Dialog Sektor Perhutanan Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel terkemuka dekat sini baru lalu.

    Katanya, komitmen yang tinggi semua pihak dalam usaha untuk memberikan kesedaran kepada semua peringkat mengenai kepentingan pencegahan rasuah yang secara tidak langsung dapat mengurangkan ketirisan dan meningkatkan hasil melalui majlis seumpama ini telah pun beberapa kali diadakan di peringkat jabatan kerajaan.

    Majlis dialog yang bertemakan Cegah Rasuah Dan Ketirisan : Tingkat Hasil itu membabitkan pegawai-pegawai SPRM dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan diadakan bersama dengan pengusaha-pengusaha perkayuan Negeri Kelantan.

    Pada tahun 2016 ini bajet Negeri Kelantan telah mensasarkan anggaran hasil sebanyak RM593.8 juta yang mana 53 peratus daripadanya adalah datangnya daripada hasil hutan dan hasil tanah. Manakala selebihnya pula adalah daripada hasil perlombongan, hasil air, pelaburan, rumah awam kos rendah dan terimaan daripada agensi kerajaan serta terimaan-terimaan lain.

    Walau bagaimanapun alangkah malangnya sekiranya kita tidak dapat mengutip hasil sebagaimana yang kita harapkan disebabkan oleh berlakunya ketirisan, katanya.

    Tambahnya, betapa pentingnya

    menjaga ketirisan hasil daripada berlaku, kerana ini sahajalah satu-satunya punca-punca utama yang kita ada yang dapat kita gunakan untuk pembangunan Negeri Kelantan dan pentadbiran kerajaan.

    Oleh itu saya menyerulah kepada semua pengusaha-pengusaha perkayuan agar dapat memberikan komitmen dan kerja sama yang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah kerajaan Negeri Kelantan supaya ketirisan yang tidak kita ingin ini dapat kita kurangkan atau sebaik-baiknya kita jadikan ianya sebagai ketirisan sifar.

    Program yang kita adakan pada hari ini adalah merupakan satu platform yang terbaik untuk kita rapatkan lagi hubungan baik di antara pegawai-pegawai kerajaan Negeri Kelantan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta pengusaha perkayuan. Pada saya melalui hubungan rapat ini kita dapat memupuk kesedaran untuk mencegah rasuah dan melaporkan rasuah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 25 akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, katanya.

    Katanya lagi, jika kita tidak membiasakan diri dengan pejabat SPRM atau pegawai-pegawai SPRM, hubungan itu menjadi jauh dan

    semangat untuk melaporkan apa-apa kejadian rasuah itu lama-kelamaan akan menjadi pudar. Secara tidak langsung sokongan kita terhadap usaha untuk menjauhi perbuatan rasuah akan tinggal di atas kertas sahaja.

    Dari segi istilah orang kebanyakan perbuatan rasuah itu adalah merupakan perbuatan dua hala. Ada pemberi dan ada penerima. Sekiranya kita dapati adanya perbuatan itu, maka saya amat menyeru supaya peserta-peserta yang ada di hadapan kita ini supaya jangan ragu-ragu untuk melaporkan kepada barisan pegawai SPRM dan perhutanan yang ada bersama-sama kita pada hari ini.

    Dengan berlangsung majlis dialog di antara Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, saya percaya ketiga-tiga pihak iaitu SPRM, pejabat perhutanan dan peserta-peserta telah mendapat manfaat yang baik dari dialog ini. Saya sukacita menyeru agar masing-masing hendaklah sentiasa meningkatkan inisiatif dan usaha-usaha dalam membendung kejadian rasuah ini daripada berlaku, katanya.

    Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan, Dato Moh Samsudin Yusof dan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Haji Zahari Ibrahim.

    Majlis Perasmian Penutup Dialog Sektor Perhutanan Bersama SPRM

    KOTA BHARU - Expo Tani Negeri Kelantan 2016 telah diadakan di Padang Hoki, Kompleks Padang Perdana 3 hingga 7 Ogos yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato Hj. Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan dan ucapan penutup oleh YB Dato Hj. Che Abdullah Mat Nawi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan.

    Antara pimpinan yang hadir pada majlis penutup adalah YBhg. Datin Hjh. Siti Zabedah Abdul Hamid isteri Menteri Besar Kelantan, YM Dato Dr Tg. Mohamed Faziharudean Tg. Fiessal (Tengku Kaya Perkasa), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), YB Hj. Ab Azizz Kadir, YB Dato Hj. Hassan Mahmood, YB Ust Abd. Rahman Yunus, wakil daripada Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI, Jabatan Perhutanan, pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta NGO-NGO.

    Turut hadir juga adalah pempamer dari UPEN Pulau Pinang beserta 8

    pengusaha dari negeri tersebut dan tetamu istimewa dari Thailand, General Krisda Punyavuttipong, Senior Member of The Economic Working Group, National Council For Peace and Order Central Government of Thailand dan Mr. Kongkaphan Siriwan, Chairman of Pooton Agriculture Industrial Co. Ltd.

    Majlis yang disasarkan kepada para petani, penternak dan nelayan tersebut dimulakan dengan persembahan Kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Kelantan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi kesemua johan Pertandingan Buah-buahan serta pertandingan bola sepak. Antara kategori buah-buahan yang dipertandingkan adalah nenas, kelapa, tembikai, ubi kayu, jagung, halia, buah salak, rambutan dan pelbagai lagi.

    Dalam ucapan penutup pada 7 Ogos yang lalu, YB Dato Che Abdullah berkata melalui expo ini, kerajaan negeri ingin membantu pengusaha dalam bidang pertanian memperluaskan pasaran, rangkaian kerjasama dan menggembeleng idea bagi menghasilkan produk

    yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.

    Expo kali ini telah berjaya mempamerkan kejayaan para petani, penternak dan nelayan melalui pertandingan yang diadakan dimana kita dapat lihat sendiri mutu pengeluaran yang baik. Bahkan, tetamu yg kita jemput khas dari negara India telah melihat produk kita dan memperkatakan bahawa produk dengan pakaging yang ada hari ini sepatutnya dapat dipasarkan keseluruh Malaysia bahkan keluar negara.

    Sementara itu Pengarah UPEN berkata 25% atau 350,000 hektar tanah telah dibangunkan dengan sektor pertanian. Penglibatan peserta Expo kali ini juga telah meningkat 50% berbanding 2014. Kita harapkan expo ini menjadi hub perkongsian ilmu bagi golongan petani, penternak dan nelayan, ujar beliau.

    Acara cabutan bertuah telah berjaya memeriahkan majlis. Sehingga jam 5 petang, masih ramai tidak berganjak dan mengharapkan tuah bagi membawa pulang hadiah kambing tajaan agensi-agensi yang terlibat.

    EXPO TANI 2016- PERTANIAN MASA DEPAN KITA

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201610 11

    KOTA BHARU Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kali Ke-18 telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Lundang pagi tadi. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berkata:

    KIAS kini yang telah mempunyai 13 program Diploma, 2 program Peringkat Sarjana Muda dengan KUIN Kedah, 1 program diperingkat

    Sijil dan setelah mendapat kelulusan MQA, KIAS akan memulakan 2 program baru iaitu Diploma Takaful dan Diploma Pengurusan Halal. Ini adalah suatu pencapaian yang sangat membanggakan. Disamping kerjasama Akademik dengan IPT dalam dan luar negara yang sentiasa dipertingkatkan bagi memberi lebih banyak peluang kepada lepasan KIAS menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

    Seramai 260 orang graduan pelbagai bidang telah diraikan sempena Istiadat Konvokesyen tersebut. Turut berucap di majlis penuh gemilang tersebut, Profesor Dr Abdul Aziz Mohd Zin, Ketua Eksekutif KIAS dan YB Dato Hj Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS Darulnaim Sdn Bhd.

    KOTA BHARU- Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT) dan Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK) telah diadakan bertempat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Majlis tersebut telah disaksikan oleh YB Dato Haji Abdul Fattah B. Haji Mahmood Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Belia dan Sukan. Turut hadir sama YB. Hajjah Mumtaz Bt. Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Kebajikan.

    Beliau juga sempat beramah mesra dengan wakil daripada Palestin yang secara kebetulan berangkat pulang ke negara mereka yang di bawah khas oleh Cakna Palestin.

    KOTA KINABALU- Tiada perbezaan yang wujud antara era kepimpinan Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob. Bahkan memiliki keistimewaan dan kehebatan masing-masing dalam pentadbiran negeri.

    Berucap di majlis Aidilfitri bersama anak perantauan di Sabah, YB. Dr Haji Ramli B. Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan berkata, YAB Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob banyak membantu Tok Guru dalam pentadbiran sewaktu menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar.

    Menurutnya, Tok Guru tidak dinafikan akan kehebatan ilmu dan kealimannya dengan pelbagai perubahan yang diasaskan oleh bekas Menteri Besar itu, sewaktu mentadbir Negeri Kelantan. Manakala Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob menguasai ilmu pengurusan.

    Sebelumnya, YB. Dr Haji Ramli

    B. Mamat, hadir bersama YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmod, ADUN Chempaka dan En. Abdul Shakur Sharrire, Pengurus Besar Kifaalah Sdn. Brhd. Rombongan tersebut dalam misi bertemu rakyat Kelantan di Sabah melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

    Taklimat Skim Kifaalah dan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad disampaikan oleh Abdul Shakur.

    Tok Guru memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam dan ia disambung oleh Ustaz Dato Ahmad Yakob dengan meletak sasaran ia

    membudayakan kalangan masyarakat melalui gagasan Merakyatkan Membangun Bersama Islam.

    Adalah kurang wajar membandingkan keduanya kerana keduanya mempunyai karekter berbeza dan kelebihan masing-masing, tegas beliau lagi.

    Program ini adalah kerjasama dengan Persatuan Anak-anak Di Perantauan (PERAKAN) cawangan Sabah yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ariff Yusoff.

    TOK GURU DAN DATO AHMAD, ANUGERAH BUAT KELANTAN

    KGT & PKWK Bersetuju Menandatangani Persefahaman MOU

    260 PELAJAR KIAS TERIMA DIPLOMA

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201612 13Lensa Lensa

    YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi Pengerusi Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan melakukan lawatan kerja di Kandang Penternakan Lembu milik Mohd Asri di Perupok,Bachok. Beliau juga turut ditemuramah oleh Stesyen BERNAMA berkaitan potensi dan peningkatan penternakan lembu di Negeri Kelantan terutama lembu yang lebih dikenali dengan panggilan Lembu Sado oleh para penternak lembu di Negeri Kelantan ketika ini.

    YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat delegasi Pertanian Selangor yang diketuai oleh YB Hj.Zaidy Abdul Talib,Pengerusi Tetap Jawatankuasa Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Kerajaan Negeri Selangor di Kompleks Kota Darulnaim.

    YB Dato Haji Mohd Nassuruddin Hj Daud, Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan mewakili kerajaan negeri di Majlis Ulangtahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-71 oleh Pemerintah Kepulauan Mentawai, wilayah Sumatera Barat, Republik Indonesia. Di majlis meraikan tetamu kemudian YB Dato diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucapan yang dihadiri oleh pemerintah dan pembesar kepulauan tersebut.

    YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan meraikan delegasi pelancongan daripada Negeri Sabah yang diketuai oleh YB Datuk Kamarlin Bin Haji Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Sebanyak 35 agensi pelancongan daripada Sabah telah mengambil bahagian di dalam program Travel Mart yang diadakan selama 3 hari di Negeri Kelantan. Pelbagai program dan aktiviti dijalankan bagi menggalakkan pembinaan jaringan pelancongan diantara Kelantan dan Sabah.

    YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan yang juga Penyelaras DUN Salor menziarahi dan menyampaikan sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada 4 buah rumah yang mengalami kebakaran. Antara mangsa yang terlibat ialah Khalid Bin Abdul Rahman, Emmysuzuanty Binti Yusof, Khadijah Omar dan Ashari Abdullah.

    EXCO DR RAMLI

    YB Dato Hj Abdullah B. Yakob mewakili YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan menyampaikan sumbangan cek kepada wakil pihak pengurusan pembangunan Pondok Gua Setir Pasir Dusun. Pondok ini dijangka akan menjadi pusat pengajian islam tradisional yang sulung di jajahan Jeli bagi memenuhi tuntutan rakyat setempat yang dahagakan ilmu agama.

    Yb. Dr. Ramli bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam, Sekitar dan NGO mengangkat placard Sokong RUU Akta 355 bersama1064 orang peserta Himpunan Kenegeraan YIK 2016 selepas menyampaikan ucapan perasmian.

    Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2016 dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan ke Majlis Perasmian petang tadi. Sambutan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menghimpunkan anak muda daripada pelbagai peringkat dan latar belakang. Majlis perasmian penutup diakhiri dengan bacaan ikrar anak muda dalam mempertahankan Kelantan yang diketuai oleh Pengarah U-Bes, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

    YAB Ustaz. Dato Menteri Besar Kelantan berserta YAB Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian-Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan. Penstrukturan ini telah dilaksanakan di tujuh buah negeri sebelum ini iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Selangor

    YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan ketika menghadiri Solat Ghaib keatas jenazah Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam pagi tadi. Hadir bersama YB DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Dato Mohd Amar Nik Abdullah, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kepimpinan PAS Pusat, kepimpinan PAS Selangor dan beberapa yang lain. Solat Ghaib tadi telah diimamkanoleh cucu Allahyarham, Hakim Hamdi

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201614 15

    PASIR MAS Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mahu golongan asnaf yang menerima bantuan zakat, menjaga hubungan dengan ALLAH SWT.

    Yang Berhormat, Dr Nik Azlan Abd Hadi berkata, langkah itu bagi memastikan mereka sentiasa diberikan rahmat dan perlindungan daripada sebarang musibah.

    Saya lihat perkara ini perlu diberikan keutamaan. Bila kita jaga hubungan dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan jaga dan lindungi kita semua. Sebab itulah, Islam selalu menggalakkan kita berdoa supaya dijauhkan daripada kekufuran, kefakiran dan azab kubur sebagai amalan harian, katanya.

    Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa melawat Zabedah Hashim, 54, yang koma hampir setahun di Kampung Pengkalan Batu, semalam.

    Dalam lawatan itu, MAIK turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga Zabedah.Lawatan itu dibuat susulan laporan

    Sinar Harian mengenai seorang anak yang sanggup mengorbankan masa depan dengan tidak hadir ke sekolah semata-mata mahu menjaga ibunya yang koma.

    Mohammad Idham Mohd Noor, 17, memaklumkan, dia terpaksa berbuat demikian kerana memikirkan nasib ibu dan masa depan adik berusia 12 tahun yang juga masih bersekolah.

    Menurutnya, dia hanya bersekolah

    selama tiga hari dalam seminggu apabila bapa saudaranya, Amran Hashim, 51, tidak keluar bekerja.

    Dalam perkembangan lain, Nik Azlan berkata, pihaknya setakat ini menerima sumbangan zakat berjumlah RM104 juta.

    Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada golongan asnaf bagi membantu meringankan beban mereka.

    Jaga hubungan dengan ALLAHLensa

    YB Hjh. Mumtaz binti Md. Nawi, menziarahi Arwah Che Omar bin Muhammad, Bekas YB Tanah Merah meninggal

    dunia

    YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Bangunan Baru Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah Gelang Mas. Pembinaan bangunan tersebut dibina semula ekoran kebakaran rumah pondok yang lama. Bangunan tersebut telah dibina hasil daripada sumbangan Kerajaan Negeri, BBC Kelantan serta sumbangan orang ramai. Turut Hadir YB Dato Hj Hanifa Ahmad, Exco Kerajaan Negeri, YB Adun Tendong, YB Ahli-Ahli BBC dan pemimpin setempat.

    Lensa

    Munajat Perdana Rakyat Kelantan Menyokong Pindaan Akta 355 di Dataran Stadium bermula solat maghrib berjemaah. Kuliah maghrib disampaikan oleh Alfadhil Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, SU Majlis Syura Ulama dan solat hajat setelah solat Isya diimami oleh Alfadhil Tuan Guru Hj Nik Razi Nik Mat. Semoga Allah memberkati usaha ke arah pindaan Akta 355 pada Oktober nanti.

    Yb. Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Mengkebang, menyampaikan sijil dan plate penghargaan kepada tokoh bina ummah dun mengkebang

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201616 17

    Rombakan Kabinet Jokowi Singkir Lima MenteriOleh : Azhar Che Lah

    SESUDAH hampir separuh penggal pentadbirannya, Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan rombakan kabinet dalam usaha menangani jurang pendapatan Indonesia dan meletak negara itu pada kedudukan mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh.

    Antara perubahan utama ialah pelantikan Dr Sri Mulyani Indrawati, sebelumnya merupakan pengarah urusan di Bank Dunia, sebagai Menteri Kewangan.

    Untuk memimpin pelan induknya menjadikan Indonesia sebuah kuasa maritim, Jokowi memindahkan orang kuat politiknya, Luhut Pandjaitan, daripada Kementerian Penyelaras bagi Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan untuk menggantikan Rizal Ramli sebagai Menteri Penyelaras bagi Ehwal Maritim.

    Luhut akan digantikan oleh mantan jeneral Wiranto, yang bertanding bagi jawatan presiden pada 2014.

    Presiden Jokowi memberitahu media semasa mengumumkan rombakan kabinet kedua dalam tempoh dua tahun itu bahawa Indonesia perlu terus menangani kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi.

    Dalam tempoh dua tahun lalu, kita menghadapi pelbagai cabaran tidak mudah, katanya.Kita mesti meningkatkan usaha menangani masalah ini (kemiskinan), kita mesti mempercepat pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi kelemahan global dan pada masa yang sama, daya saing global. Kita mesti mewujudkan lebih banyak pekerjaan, untuk mencipta kemakmuran,

    Sebelum membahas keempat poin tersebut, harus disedari atsmosfer politik yang ada pada Jokowi saat ini. Ia sejatinya seorang lone ranger. Dia bukan anggota parti politik dengan darah politik. Kerananya, meski di awal masa pemerintahannya sempat diragukan dalam perjalanan waktu, Jokowi mampu menjaga jarak untuk tidak bertindak sebagai petugas parti secara total.

    Dalam reshuffle kali ini, Jokowi tidak menyentuh menteri-menteri yang berasal dari PDI-Perjuangan, parti politik yang menyokongnya sebagai presiden dalam Pilpres 2014.

    Posisi lone ranger itu yang membuka peluang masuknya parti politik lain merapat ke dirinya. Ini ditandai dengan bergabungnya sejumlah perwakilan parti politik baru dalam kabinet Jokowi yang baru, sebagai ganti haluan yang mereka canangkan. Komposisi kabinet baru seperti ijab qabul masuknya Golkar dan PAN ke dalam blok pendokong Jokowi.

    Dari sisi Golkar, tunai sudah teori bahawa Golkar tak punya tradisi dan tak bertindak sebagai oposisi. Ini kerja yang terbilang ajaib. Hanya diperlukan waktu dua bulan untuk mengubah pandangan Golkar secara 180 darjah. Padahal sebelumnya, sejak kekalahan KMP (Kerjasama Merah Putih) pada Pilpres 2014 lalu, Golkar selama dua tahun bersikukuh untuk bertindak sebagai pembangkang.

    Untuk kerja ini, beruntung Jokowi memiliki seorang Luhut Pandjaitan, mantan Wakil Ketua Dewan Pertimbangan Golkar (sebelum memutuskan mundur untuk menyokong Jokowi) ini dinilai banyak

    Terdapat sembilan muka baru dalam barisan kabinet itu, termasuk Dr Sri Mulyani, yang pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan dari 2005 hingga 2010 semasa Presiden Dr Susilo Bambang Yudhoyono.

    Beliau mengambil alih daripada Susilo yang akan mengetuai Badan Perancangan Pembangunan Nasional.

    Muka baru lain yang mengetuai kementerian utama ialah Dr Archandra Tahar (Menteri Tenaga), Budi Karya Sumadi (Menteri Pengangkutan), Muhadjir Effendy (Menteri Pelajaran). Dr Enggartiasto Lukita (Menteri Perdagangan) dan Airlangga Hartarto (Menteri Pertanian dan Industri).

    Ramai pemerhati terkejut, Luhut dipindahkan daripada Kementerian Penyelaras Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, walaupun beberapa penganalisis percaya ia sebahagian daripada strategi Jokowi untuk menggerakkan pelan induk maritim beliau.

    Mengapa Jokowi harus melakukan bongkar pasang kabinet? Pasti akan banyak jawapan dan spekulasi untuk pertanyaan tersebut. Tapi jika harus bermain dalam ruang spekulasi, memang ada beberapa hal yang secara logik menuntut Jokowi untuk segera melakukan reshuffle, iaitu:

    1. Mengakomodasi perubahan peta politik.

    2. Membersihkan menteri kontra produktif.

    3. Memperkuat soliditi kabinet.4. Meningkatkan kerja pos

    kementerian kunci.

    pihak punya andil atas terpilihnya Setya Novanto (Setnov) dalam Munaslub Golkar lalu.

    Penting bagi Golkar untuk merapat kepada Jokowi, demikian juga sebaliknya. PDI-Perjuangan yang mestinya menjadi parti politik yang memiliki hak preferen gagal memanfaatkan keuntungan yang dimilikinya, kerana bersikap keras kepala dengan terus berlagak mencuba mengendalikan pemerintahan.

    Peserta aliansi baru yang diketengahkan adalah Parti Amanat Nasional (PAN). Pemimpinnya, Asman Abnur mengisi pos yang ditinggalkan Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara-Reformasi Birokrasi (PAN-RB) sebelumnya dari Hanura, Yuddy Chrisnandi. Asman adalah seorang pengusaha daerah yang lantas berkecimpung dalam arena politik. Ia pernah menjadi Ketua Komisi IX yang membidangi persoalan BUMN.

    Sri Mulyani adalah magnet dalam reshuffle kali ini. Mahfum diketahui, kedudukan kewangan pemerintah kurang stabil. Postur APBN yang agresif memerlukan pendanaan yang kuat. Padahal yang sudah berjalan, pencapaian pajak jauh dari target, dan program tax amnesty yang baru saja dilancarkan, memerlukan pengawalan yang ketat dan profesional.

    Rombakan kabinet pada hakikatnya dilakukan untuk membuat kabinet itu lebih solid, lebih efektif, dan lebih gesit bekerja. Hakikat itulah yang menjadi semangat dalam perombakan jilid II Kabinet Kerja oleh Presiden Jokowi.

    Perombakan kabinet merupakan hal biasa dalam bertata negara. Perombakan kabinet merupakan hal yang lumrah, bahkan sebuah kemestian ketika diperlukan.

    Sebanyak 13 posisi menteri dan setingkat menteri diganti atau ditukar posisi, serta 9 nama baru masuk jajaran

    kabinet. Presiden sudah pasti punya alasan sangat kuat untuk kembali menggunakan hak prerogatif dalam mengangkat dan memberhentikan menteri-menterinya. Seperti halnya perombakan jilid I pada Ogos tahun lalu, reshuffle jilid II dilakukan sebagai jawapan atas tentangan yang pernah dinamika dan selalu berubah.

    Jokowi tentu tidak sesuka hati mengganti atau menukar posisi para pembantunya. Sebagai komandan, ia ingin pasukannya lebih mantap dan lebih cepat dalam bekerja. Ia tak ingin lagi kabinetnya berkutat dalam kegaduhan dan disibukkan perseteruan internal.

    Meski sudah pernah dirombak, kabinet kerja belum sepenuhnya padu. Di antara menteri masih ada yang saling berseberangan, saling menyalahkan, bahkan saling serang.

    Meski survey terbaru menunjukkan bahawa tingkat kepuasan awam terhadap pemerintahan Jokowi-JK kian mantap, masih banyak hal yang masih merisaukan rakyat. Berkait pemenuhan keperluan asas, pemerataan kesejahteraan, penyerapan tenaga kerja, dan penindakan terhadap isu rasuah masih jauh dari memuaskan.

    Kabinet hanya bisa efektif menuntaskan persoalan-persoalan tersebut jika mereka solid. Amat tidak mungkin kabinet bisa maksimal memutar roda pembangunan jika mereka berpecah belah. Rakyat berharap perombakan jilid II betul-betul membangun soliditi sehingga kerja kabinet lebih efektif, lebih cepat, dan lebih optimal.

    Merupakan hal yang wajar apabila perombakan kabinet disambut pro dan kontra. Tentu saja ada yang mempersoalkan, kenapa si A diganti padahal kerjanya bagus, sementara si B, si C, atau si D tak tersentuh memandangkan kerja mereka tak terjejas. Namun, akan lebih bijak

    jika kita memberikan kesempatan kepada para menteri terpilih untuk membuktikan bahawa mereka memang layak dipilih presiden.

    Keraguan awam semestinya menjadi penyemangat bagi menteri-menteri baru dengan kapasiti dan kapabiliti belum teruji untuk tunjuk kemampuan. Muka-muka lama yang mendapat sorotan, tetapi tetap dipertahankan pun sudah seharusnya melipatgandakan kerja.

    Kita yakin pilihan presiden akan membuat kerja pemerintah semakin baik. Fakta bahawa perombakan kabinet jilid II disambut positif oleh umum membuktikan bahawa langkah presiden berada di landasan yang benar. Itulah modal berharga yang harus terus dipupuk dan dipelihara agar reshuffle kali ini tak sia-sia.

    Meski perombakan kabinet

    merupakan hal yang wajar, tak elok pula bila para menteri terlalu kerap berganti. Reshuffle kali ini harus membuahkan kabinet yang benar-benar mantap dan andal sehingga tak ada lagi reshuffle jilid III, IV, dan seterusnya. Apa lagi masa kepemimpinan Jokowi-JK tinggal tiga tahun, sementara masih banyak tantangan terutama di bidang ekonomi yang menghadang.

    Presiden Jokowi meminta para menterinya harus solid. Tak ada lagi yang saling menyalahkan. Semua kementerian dan lembaga harus satu garis lurus dengan visi misi saat ini, kata Jokowi saat membuka persidangan kabinet di Pejabat Presiden.

    Jika persidangan kabinet sudah mengambil keputusan, selanjutnya, semuanya harus satu suara dan memberikan sokongan penuh. Tak ada lagi yang jalan sendiri, apalagi kalau sudah keluar pejabat Presiden misalnya. Semua harus satu, tegas Jokowi.

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201618 19

    KUALA KRAI - Pembinaan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai bertujuan bagi memperingati bencana banjir yang berlaku pada Disember 2014. Ia meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa serta memusnahkan harta benda sebahagian besar penduduk.

    YAB. Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob Menteri Besar Kelantan berkata, pembinaan tugu ini juga sebagai penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama membantu mangsa banjir dari daerah ini.

    Pembinaan tugu ini bukan sahaja

    sebagai tanda peringatan terhadap banjir besar melanda daerah ini, tetapi bakal menjadi satu lagi produk pelancongan ke Kuala Krai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai.

    Sebelum itu, beliau hadir merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai di Tapak Monumen Banjir berhadapan Stesen Caltex Guchil.

    Tambahnya lagi, Tugu Peringatan ini akan menjadi mercu tanda baru bagi bandar Kuala Krai dan dianggap sebagai salah satu produk pelancongan yang

    boleh menarik pelancong tempatan dan luar negara. Juga sebagai suatu simbol penghargaan kepada usaha-usaha yang tidak mengenal lelah, jasa, bakti dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir.

    Inisiatif pembinaan tugu tersebut telah diusahakan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Majlis Daerah Kuala Krai dan juga Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah (PEJUTA).

    PRODUK PELANCONGAN BARU DI KUALA KRAI

    pencapaiannya dalam memenangi Sony National Award-World Photography Organization (WPO) 2015 sekaligus telah mengharumkan nama Negeri Kelantan ke peringkat global.

    Dalam majlis yang sama, YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Bin Yakob turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada Saudara Ruzely Abdullah di atas

    KEBUDAYAAN HARUMKAN NAMA KELANTAN KE PERINGKAT GLOBALKOTA BHARU : YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan kali ke-24 bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu.

    Turut bersama, YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang juga Presiden Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan, Ahli Jawatankuasa, perwakilan dan pemerhati daripada seluruh ahli gabungan di bawah MKN.

    Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan setakat ini mempunyai 16 ahli gabungan dan akan terus dipe rkasakan dari semasa ke semasa serta akan sentiasa mendokong hasrat Kerajaan Kelantan bagi Merakyatkan Membangun Bersama Islam.

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201620 21

    .

    . ( , , ) . & .

    . .

    , , .

    .

    DR.J.P. .

    .

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201622 23

    355

    355 355 355

    60 80

  • ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201624

    Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

    KOTA BHARU- Semua lantikan politik dan penghulu masyarakat bukan Islam akan meletak jawatan serta-merta, sekiranya Pindaan Akta 355 menyentuh masyarakat bukan Islam di Negeri ini.

    Masyarakat bukan Islam di Negeri ini dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap pindaan Akta 355.

    Cadangan pindaan yang terkandung dalam draf (RUU) Rang Undang-undang 355, ianya hanya sekadar untuk mengubah serta menaiktaraf hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah. Ini bermakna bidang kuasa Mahkamah Syariah masih kekal seperti sedia ada iaitu sekadar kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam dan rukun agama sahaja.

    Sebelum itu, seramai 32 orang masyarakat bukan Islam hadir terdiri daripada lantikan politik,

    penghulu dan juga Ahli Majlis untuk mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kekeliruan pindaan Akta 355.

    Pegawai Penerangan Zon Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Encik Lim Guan Seng berkata pindaan itu hanya bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Kelantan.

    Katanya pindaan yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di parlimen sebelum ini tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.

    Pindaan yang hendak dibuat hanya bagi meningkatkan taraf Mahkamah Syariah dan ia tiada kaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam katanya.

    Kerajaan negeri sudah menjelaskan berkali-kali isu terbabit namun keadaan menjadi keliru kerana pemimpin MCA, MIC dan Gerakan pula cuba

    mengeruhkan keadaan, katanya di sini.Pada 19 Mac tahun lepas persidangan

    Dewan Undangan Negeri Kelantan melulus pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II.

    Beberapa pindaan dibuat iaitu hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu.

    Berikutan itu PAS membawa rang undang-undang persendirian Akta 355 ke parlimen bagi membolehkan pindaan dibuat untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    Pada sidang media tersebut, beliau turut menyuarakan hasrat masyarakat bukan Islam menyeru pimpinan kerajaan negeri untuk menjelaskan berkaitan isu-isu yang dimainkan oleh MCA, MIC dan Gerakan.

    Non Muslim Menyokong Penuh PINDAAN AKTA 355

    Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | ZULKAEDAH/ZULHIJJAH 1437H | OGOS/SEPTEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 176