istiadat krs
-
Upload
shaidan-aera -
Category
Documents
-
view
881 -
download
64
description
Transcript of istiadat krs
BUKU PANDUAN KRS/TKRS : ISTIADAT & PROTOKOL
SEKRETARIAT KRS TERENGGANU 2009
BUKU PANDUAN
KADET REMAJA SEKOLAH
DAN
TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH
ISTIADAT DAN PROTOKOL
Disediakan oleh :
Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Diedar oleh:
Sekretariat KRS Terengganu
Jabatan Pelajaran Terengganu 2009
BUKU PANDUAN KRS/TKRS : ISTIADAT & PROTOKOL
SEKRETARIAT KRS TERENGGANU 2009
Kandungan
Pendahuluan 3
Bab 1 : Tatacara Perkhemahan 5
Bab 2 : Tatacara Dalam Pertandingan Kawad 16
Bab 3 : Tatacara Dalam Majlis Pentauliahan,Penganugerahan
Sijil dan Pemakaian Pangkat 33
Bab 4 : Tatacara Majlis Dalam Kursus-Kursus KRS 49
Bab 5 : Istiadat Dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun KRS 65
Bab 6 : Majlis Makan Malam Beradat 78
Bab 7 : Perbarisan 84
Bab 8 : Istiadat Perarakan dan Mengibar Bendera 117
1
Pendahuluan
PENGENALAN
Kadet Remaja Sekolah (KRS) Malaysia merupakan satu-satunya pasukan
beruniform yang ditubuhkan di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pasukan ini telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995.
Penubuhannya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul
Razak pada 20 Jun 1995 di Kuala Lumpur. Pada penghujung tahun tersebut, seramai 300
orang guru seluruh negara telah diberikan kursus pendedahan dan asas kejurulatihan KRS
yang membolehkan mereka ditauliahkan sebagai pegawai.
Penubuhan KRS ini bermatlamat untuk ‘melahirkan pelajar cemerlang yang
beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah
Pelajaran Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020’. Rasionalnya, aktiviti-
aktiviti KRS diharap akan dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi.
Antara objektif penting yang terkandung dalam buku Kurikulum Latihan, Kadet
Remaja Sekolah yang diterbitkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia pada tahun 1997 ialah membina semangat patriotik, memberi sumbangan
kepada kesejahteraan masyarakat, memberi peluang kepada pelajar dalam mengurus dan
memimpin, memahami isu-isu semasa serta menjiwai semangat perpaduan,
berketrampilan, berdaya saing, berdaya juang, kreatif dan inovatif dalam menempuh
pelbagai cabaran hidup.
Ketika ini, usia Kadet Remaja Sekolah telah pun lebih daripada satu dekad.
Dalam tempoh tersebut, pelbagai kemajuan dan kejayaan telah dicapai. Pelbagai aktiviti
telah dilaksanakan termasuk aktiviti besar seperti perkhemahan perdana, pertandingan
kawad, kursus-kursus pegawai dan kadet, sambutan ulang tahun, kembara duga dan
sebagainya. KRS juga telah menganjurkan beberapa aktiviti yang melibatkan majlis-
majlis rasmi seperti perarakan bendera, majlis pentauliahan, penyampaian sijil dan
kenaikan pangkat, majlis makan beradat, upacara pembukaan dan penutupan latihan,
kursus, seminar, bengkel dan sebagainya.
Pada ketika ini, belum ada panduan khusus yang boleh digunakan untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Kebanyakan program tersebut
dilaksanakan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman pegawai-pegawai berkenaan
yang diperoleh daripada kegiatan mereka dalam pasukan beruniform seperti Askar
Wataniah, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Pasukan Bomba dan
Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan-pasukan beruniform yang lain.
Walaupun secara amnya aktiviti-aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan, namun terdapat
beberapa kelemahan yang ketara khususnya dalam aspek pengendalian, tatacara dan
protokolnya. Oleh sebab itu, akan terdapat perbezaan-perbezaan tertentu semasa
pelaksanaannya yang bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman pegawai-
pegawainya.
2
Penerbitan Buku Panduan Istiadat Kadet Remaja Sekolah (BPI) ini adalah satu
usaha untuk menyelaras setiap aktiviti yang dirancang oleh pasukan ini supaya dapat
mengurangkan perbezaan-perbezaan dalam aspek pengendalian aktiviti-aktiviti tersebut.
Oleh itu, walau di mana program atau aktiviti KRS dilaksanakan maka akan terdapat
persamaan daripada aspek tatacara dan protokolnya. Secara tidak langsung, semua
program dan aktiviti yang dilaksanakan menjadi lebih mantap dan sistematik.
MATLAMAT
Matlamat Buku Panduan Istiadat Kadet Remaja Sekolah ini diterbitkan adalah
untuk dijadikan rujukan kepada semua organisasi Kadet Remaja Sekolah sama ada di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam melaksanakan program dan
aktivitinya. Buku ini mengandungi tatacara pelaksanaan program yang melibatkan
istiadat dan protokol sama ada di peringkat pengurusan, pelaksanaan, pegawai atau
anggota bawahan supaya setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan dalam buku ini.
OBJEKTIF
a) Memberikan panduan mengenai tatacara, protokol dan istiadat yang perlu
diikuti semasa melaksanakan majlis.
b) Memberikan panduan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
oleh setiap jawatankuasa yang dilantik untuk melaksanakan majlis.
c) Menambah ilmu dan pengetahuan setiap anggota dalam semua aspek
perancangan, pentadbiran dan pengurusan majlis.
d) Memupuk kerja secara sistematik dan bekerjasama dalam satu kumpulan serta
membina sikap positif dalam konsep berorganisasi.
e) Membina keprihatinan mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai,
anggota atau ahli dalam organisasi.
3
Bab 1 Tatacara Perkhemahan
1.1.PENDAHULUAN.
Sewaktu Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan,
Negeri tuan rumah akan menerima kunjungan peserta dari Negeri di Malaysia. Dalam hal
ini, sewajarnya pihak tuan rumah mempunyai satu sistem terancang untuk menerima
tetamu dan menanamkan sikap memuliakan tetamu yang hadir dari negeri lain supaya
mereka tidak terasa tersisih dan dapat menyumbang idea dan kepakaran
dalam melaksanakan aktiviti bersama.
.
1.2 TATACARA MENERIMA KONTINGEN
1.2.1 Pelaksanaan
A. Pendaftaran
Meja dan kerusi hendaklah disediakan mengikut kesesuaian tempat bilik
yang digunakan untuk pendaftaran. Setiap kontingen negeri yang .Hadir
hendaklah di sambut oleh Penyambut tetamu (Laison oficer )negeri yang
dipertanggungjawabkan. LO negeri tersebut hendaklah membawa Pengawai
KRS negeri yang membawa borang pendaftaran ke tempat pendaftaran
peserta. Pengawai yang bertugas di kaunter hendaklah memakai uniform
lengkap KRS atau separuh uniform. Setelah pendaftaran selesai, petugas
pendaftaran hendaklah mengagihkan tag nama peserta dan pengawai kepada
negeri berkenaan. Semua pengawai dan peserta negeri yang terlibat akan
bergerak ke tempat perhimpunan dengan berjalan secara berkawad untuk
istiadat menaikkan bendera negeri, bacaan ikrar dan doa. Kedudukan anggota
hendaklah menghadap bendera. Bendera negeri hendaklah disusun mengikut
kekananan berdasarkan kepada tarikh pertabalan Sultan atau Raja. Bagi negeri
yang tiada Sultan atau Raja pulabergantung kepada tarikh perlantikan Yang
4
Dipertua Negeri. Semasa upacara menaikan bendera dan nyanyian lagi rasmi
negeri, penawai KRS yang memakai uniform lengkap dan half uniform
hendaklah memberi tabik hormat sehingga nyanyian selesai. Pengawai yang
tidak memakai uniform hendaklah berada di dalam keadaan sedia.
B. Susun Atur Kedudukan Anggota Semasa Menaikan Bendera.
a. Kedudukan Anggota Secara Melintang
Pegawai
Pegawai
komander Peserta Peserta
5
b. Kedudukan anggota secara melajur.
d. Pakaian
Pakaian semua petugas kaunter pendaftaran dan helpers adalah uniform
separa dengan kasut ’jungle boot’ atau ’spike boot’ atau memakai
pakaian nombor 3 atau nombor 4.
e. Bantuan Khidmat ( Rujuk lampiran).
1.3 TATACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PERKHEMAHAN
1.3.1 Pelaksanaan
Pegawai
Pegawai
komander Peserta Peserta
6
A. Persiapan Tempat
a. Pentas
Pentas adalah bahagian penting dan merupakan ‘wajah’ kepada
majlis yang diaturkan.
b. Kerusi VIP
Kerusi’VIP’ hendaklah disusun dengan betul mengikut kekanan.
Rujuk Lampiran.
c. Backdrop dan hiasan pentas
Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop ditengah-
tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan
kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau
warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur
warna.
d. Rostrum VIP
Rostrum VIP diletakkan pada bahagian sudut kanan pentas. Rostrum
hendaklah di alas. Pastikan VIP yang berucap tidak terlindung
daripada penglihatan para tetamu.
e. Rostrum Pengacara Majlis
Rostrum pengacara majlis boleh di letak pada mana-mana bahagian
yang sesuai tetapi tidak berada dihadapan selari dengan Rostrum VIP
atau kerusi VIP. Boleh juga diletakkan di bahagian bawah sebelah
kiri dewan (tidak di atas pentas) atau pada kedudukan kiri belakang
kerusi VIP dan berhampiran meja hadiah (jika ada meja hadiah).
f. Meja Hadiah
Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara
dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga meja
meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) pada kedudukan
kiri (menghadap pentas) di bawah pentas.
B. Pembawa Dulang
7
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada dua orang petugas yang
lengkap berunifrom KRS yang berpangkat sarjan kebawah. ( Sila rujuk
lampiran)
C. Penyambut Tetamu
Bagi tetamu atau ’VIP’ usher hendaklah disediakan akan
membawa VIP ketempat duduk yang diperuntukkan kepadanya.
Usher akan berada dipintu utama dan menunggu VIP turun daripada
kenderaan.( Sila rujuk lampiran).
D. Bilik Menunggu atau Rehat Sementara V IP
Bilik tetamu disediakan bagi VIP yang melalui perjalanan yang jauh.
Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara
menunggu persiapan akhir majlis.
E. Juru Acara
Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan majlis.
Adalah sangat penting bagi juruacara menyediakan skrip juruacara yang
mengandungi perkara-perkara seperti masa, perkara, skrip juruacara dan
catatan. Rujuk Lampiran.... Hal ini penting supaya tidak timbul
kekalutan, kesilapan atau ada perkara-perkara yang tertinggal. Juruacara
hendaklah mengkordinasi skrip dengan setiap agenda dalam aturcara
majlis. Juruacara juga hendaklah menyusun setiap perkara dengan betul
termasuk kordinasi dengan pegawai pelapor, pembaca doa, pemain
muzik dan bahagian hadiah. Juruacara juga dikehendaki memastikan
kehadiran VIP atau wakilnya dan diumumkan kepada hadirin.
Pembantu juruacara juga boleh disediakan untuk membantu juruacara
menyiapkan tugasannya. Antaranya ialah untuk memastikan kehadiran
VIP dan nama-nama ini di serahkan kepada pemberi ucapan. Selain itu,
pembantu juruacara juga boleh membantu mengkordinasi juruacara
dengan jawatankuasa yang lain dan bersedia mengambil tugas
pengacaraan jika diperlukan.
Juruacara juga bertanggungjawab untuk memperolehi biodata atau latar
belakang mengenai penerima sijil, tauliah atau pangkat seperti sejarah
keluarga, perkhidmatan, sumbangan-sumbangan dan sebagainya. Biodata
dan maklumat ini boleh dibacakan ketika majlis penyampaian dilakukan.
F. Raptai Majlis Perasmian Pembukaan
Raptai mesti dibuat, sebelum majlis sebenar dilangsungkan. Semua
pengawai dan peserta yang terlibat mestilah mengambil bahagian. Untuk
melancarkan perjalanan majlis raptai-pengurus pentas hendaklah
8
memberi taklimat kepada peserta/pengawai yang terlibat supaya mereka
memdapat gambaran bagaimanakah acara itu akan dilaksanakan.
1.3.2 Pakaian
A. Anggota kadet - TKRS-Pakaian no 3
- KRS -Pakaian no 4
B. Pengawai - Pakaian no 4
- Pakaian no 3
- Pakaian no 2
C. Tetamu jemputan yang tidak memakai uniform hendaklah memakai
pakaian kerja seperti baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher,
bush jacket atau blazer.
1.3.3 Bantuan khidmat ( Rujuk lampiran)
1.4 TATACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI PERKHEMAHAN
1.4.1 Pelaksanaan
A. Persiapan Tempat
a. Pentas
Pentas adalah bahagian penting dan merupakan ‘wajah’ kepada
majlis yang diaturkan.
b. Kerusi VIP
Kerusi’VIP’ hendaklah disusun dengan betul mengikut kekanan.
Rujuk Lampiran.
c. Backdrop dan hiasan pentas
Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop ditengah-
tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan
kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau
9
warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur
warna.
d. Rostrum VIP
Rostrum VIP diletakkan pada bahagian sudut kanan pentas. Rostrum
hendaklah di alas. Pastikan VIP yang berucap tidak terlindung
daripada penglihatan para tetamu. Rujuk gambar tatacara
pertandingan kawad).
e. Rostrum Pengacara Majlis
Rostrum pengacara majlis boleh di letak pada mana-mana bahagian
yang sesuai tetapi tidak berada dihadapan selari dengan Rostrum VIP
atau kerusi VIP. Boleh juga diletakkan di bahagian bawah sebelah
kiri dewan (tidak di atas pentas) atau pada kedudukan kiri belakang
kerusi VIP dan berhampiran meja hadiah (jika ada meja hadiah).
Rujuk gambar tatacara pertandingan kawad.
B. Persiapan Padang Kawad
a. Susun atur kedudukan kontinjen
Kontingen hendaklah diletakkan secara melintang atau melajur
bergantung kepada keluasan padang kawad. Ketua perbarisan
hendaklah setentang dengan pentas tabik hormat yang akan
diletakkan di tengah-tengah kontingen. Pembahagian kontingen
hendaklah sama banyak diantara kanan dan kiri.
b. Pentas Tabik Hormat
Pentas tabik hormat hendaklah diletakkan ditengah-tengah kontingen.
Ianya terbentuk seperti empat segi sama. Pentas tabik hormat ini
digunakan oleh perasmi untuk upacara menerima tabik hormat.
c. Permaidani Merah atau Kuning
Permaidani merah akan dihamparkan dari tempat tabik hormat ke
tempat pemeriksaan perbarisan kehormatan. Ianya di guna pakai apabila
tetamu VIP yang dipanggil untuk perasmian penutupan bergelar
Dato’ dan memegang jawatan yang paling tinggi dalam sesuatu
organisasi. Permaidani warna kuning perlu digunakan apabila
tetamu VIP dari golongan DiRaja. Lakaran kedudukan kontinjen
adalah seperti dibawah.
10
Ketua perbarisan
Permaidani merah/
kuning.
Pentas tabik hormat
Khemah tetamu pentas utama khemah tetamu
d. Meja Hadiah dan Cenderamata Perasmi
Meja hadiah hendaklah disediakan sebanyak 2 buah dan diletakkan
sebelah kanan dan kiri pentas utama. Meja hadiah hendaklah diletakkan
selari dan berlapik dengan kain yang sesuai. Keluasan meja hadiah
adalah bergantung kepada jumlah sijil dan hadiah yang diletakkan.
C. Cara Menerima Sijil atau Hadiah
Apabila nama dipanggil oleh juru acara, ketua kontinjen hendaklah sedia
menyahut dengan panggilan ’TUAN’, memberikan hukuman ’Sedia’ kepada
kontinjennya dan berjalan pantas (140 langkah seminit) dengan langkah
pendek dan tajam mengikut laluan yang telah ditetapkan dan berhenti betul
dihadapan pemberi hadiah penerima hadiah hendakalah melakukan kawad
Kontingen Negeri Kontingen Negeri Kontingen Negeri Kontingen Negeri
11
selaku menerima sijil. Selepas menerima sijil hendaklah mengucapkan terima
kasih. Berpusing kekanan dan hadiah / sijil hendaklah dikepit menggunakan
tangan kiri dan berjalan lenggang. Hanya tangan kanan sahaja yang lengang
dan letakkan hadiah/sijil diatas meja yang telah disediakan di sebelah kiri
pentas. Setelah itu berjalan balik ke arah kontinjen dan seterusnya memberikan
hukuman ’Senang Diri’ kepada kontinjen. Jika hadiah yang diterima banyak, 2
orang anggota boleh bergerak keluar serentak. Rujuk gambar tatacara
pertandingan kawad.
D. Pembawa Hadiah/Peserta
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada dua oarang petugas yang lengkap
dengan unifrom KRS yang berpangkat sarjan kebawah. Seoarang pengawai
KRS sekurang-kurangnya berpangkat Leftenen Muda bertanggungjawab untuk
menyeliakan dan mengatur pemberian hadiah kepada kontijen negeri yang
terlibat.
Orang pertama ialah membawa dulang dan menghulurkan hadiah kepada
pemberi hadiah. Petugas pertama tadi hendaklah memberikan tabik hormat dan
berada disebelah kanan pemberi hadiah. Apabila hadiah yang dibawa oleh
orang pertama telah habis disampaikan, orang kedua akan membuat aktiviti
yang sama secara silih berganti. Pegawai yang menyelia akan memastikan sijil
atau hadiah yang disampaikan itu betul. Selepas selesai uapacara penyampaian
sijil ataupun cenderamata, orang yang terakhir hendaklah tabik hormat sekali
lagi.
E. Sijil Penyertaan
Kertas sijil penghargaan dan penyertaan hendaklah dimasukkan kedalam
sampul surat mengikut bilangan anggota yang terdapat dalam kontigen.
Sampul surat tersebut hendaklah diikat dengan reben. Nama penerima
hendaklah ditulis dihadapan sampul surat.
F. Pembawa Hadiah / Cenderamata Perasmi
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada dua orang petugas yang lengkap
berunifrom KRS yang berpangkat sarjan kebawah.Orang pertama ialah oarang
yang membawa dulang hadiah/cenderamata.Sebelum memberi hadiah orang
pertama mestilah memberikan tabik hormat.Kedududkan semasa menghulur
hadiah/cenderamata ialah menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua
hendaklah membawa dulang kosong dan berjalan serentak dengan orang
pertama.
Orang kedua hendaklah memberi tabik hormat dan hendaklah berada disebelah
kiri penerima hadiah/cenderamata. Hadiah /cenderamata yang diterima oleh
pengawai perasmi hendaklah diletakkan di atas dulang orang yang kedua.
12
Pemberi dan penerima cenderamata hendaklah mengadap kepada para
tetamu/peserta perkhemahan.
G. Penyambut Tetamu
Bagi tetamu atau VIP (pengiring)hendaklah disediakan akan membawa VIP
ketempat duduk yang diperuntukkan kepadanya akan berada dipintu utama dan
menunggu VIP turun daripada kenderaan.
Bagi tetamu lain, adalah memadai dengan meletakkan beberapa orang
pengawai lelaki dan perempuan untuk menunjukkan arah tempat duduk.
Pengawai ini akan berada di kawasan khemah tetamu.
H. Bilik Menunggu atau Rehat Sementara VIP
Bilik tetamu disediakan bagi VIP yang melalui perjalanan yang jauh. Bilik ini
disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara menunggu persiapan
akhir majlis.
Minuman ringan boleh disediakan pada ketika ini di bilik menunggu VIP. Pada
masa ini juga ’usher’yang dilantik boleh memberi taklimat mengenai
aturcara,protokol,atau perkara yang perlu dilakukan oleh VIP semasa majlis
berjalan.
I. Juru Acara
Juru acara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan majlis.
Adalah menjadi keperluan kepada juru acara menyiapkan skrip juru acara yang
mengandungi perkara seperti masa,perkara,skrip juru acara dan catatan. Bagi
mengelakkan kesilapan, juru acara hendaklah menyelaraskan skrip dengan
setiap agenda dalam aturcara majlis. Juru acra juga bertanggungjawab
menyusun setiap perkara dengan betul disamping berkerjasama dengan
pengawai pelapor,pemain muzik,pembaca doa dan pengawai hadiah. Juru acara
juga dikehendaki memastikan kehadiran VIP dan nama ini diserahkan kepada
pemberi ucapan. Pembantu juru acara juga bersedia mengambil tugas
pengacara jika diperlukan.
J. Raptai Majlis Perasmian Penutup.
Raptai mesti dibuat, sebelum majlis sebenar dilangsungkan. Semua pegawai
dan peserta yang terlibat mestilah mengambil bahagian. Untuk melancarkan
perjalanan majlis raptai-pengurus pentas hendaklah memberi taklimat kepada
peserta/pengawai yang terlibat supaya mereka mendapat gambaran
bagaimanakah acara itu akan dilaksanakan.
K. Istiadat Menurunkan Bendera Kadet Remaja Sekolah.
13
Selepas juruacara mengumumkan ’Upacara menurunkan Bendera’ ketua
perbarisan hendaklah memberikan hukuman ’Sedia’ semua tetamu dikehendaki
berdiri. Petugas yang menurunkan bendera yang terdiri daripada tujuh orang
anggota hendaklah melipatkan bendera tersebut berbentuk tiga segi. Ketua
petugas hendaklah berjalan menuju ke pentas utama untuk diserahkan kepada
penganjur tahun hadapan. Setelah selesai penyerahan bendera, tetamu boleh
duduk kembali dan ketua perbarisan memberikan hukuman ’Senang Diri’.
Rujuk tatacara pertandingan kawad.
1.4.2 Pakaian
A. Anggota kadet - TKRS-Pakaian no 3
- KRS -Pakaian no 4
B. Pengawai - Pakaian no 4
- Pakaian no 3
- Pakaian no 2
C. Tetamu jemputan yang tidak memakai uniform hendaklah memakai
pakaian kerja seperti baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher,
bush jacket atau blazer.
1.3.3 Bantuan khidmat ( Rujuk lampiran)
1.3.4 Penutup.
Memang tidak dapat dinafikan untuk melaksanakan sesuatu majlis penutup
bukanya mudah. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi yang dapat menyelaraskan
semua jawatankuasa yang terlibat supaya upacara dapat berjalan dengan lancar.
Sehubungan dengan itu para petugas jawatakuasa perlu memainkan peranan masing-
masing tanpa diselia oleh ketua bahagian.Para petugas jawatankuasa perlu mencari
inisiatif sendiri dan bersikap pro aktif untuk membolehkan upacara ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
14
Bab 2
Tatacara Dalam Pertandingan
Kawad
2.1 PENDAHULUAN.
Pertandingan kawad kaki merupakan acara tahunan bagi badan beruniform yang
benaung di bawah Kementerian Pelajaran, khususnya di bawah pengurusan Bahagian
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai sebuah unit uniform yang bernaung
terus di bawah Kementerian Pelajaran, Kadet Remaja Sekolah setiap tahun mengadakan
pertandingan Kawad Kaki di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Pada setiap
pertandingan kawad kaki akan diadakan majlis penyampian hadiah, jesteru itu sebagai
sebuah badan beruniform perlu ada tatacara perlakuan yang mempunyai protokol yang
betul dan tepat. Majlis-majlis ini biasanya melibatkan jemputan-jemputan khas atau VIP
yang memerlukan kepada perlaksanaan majlis yang tertib dan teratur. Oleh itu,
pelaksanaanya perlu kepada standard yang ditetapkan.
2.2 JENIS MAJLIS.
Majlis pertandingan Kawad Kaki adalah majlis rasmi. Oleh itu segala
perancangan dan perlaksanaan majlis ini tertakluk kepada peraturan, protokol atau
istiadat rasmi yang biasa dilakukan.
2.3. PENERIMAAN KONTINGEN.
( Rujuk lampiran Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah).
2.4 PELAKSANAAN.
2.4.1 . Persiapan Tempat.
Persiapan tempat memainkan peranan yang penting dalam
kelancaran sesebuah majlis. Persiapan tempat yang teratur dan mempunyai
perancangan yang rapi akan menjadikan majlis yang diadakan akan
berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan banyak ganguan semasa majlis
sedang berlangsung.
15
A. Pentas.
Pentas merupakan satu elemen yang sangat penting di dalam satu-
satu majlis. Pentas merupakan “satu pandangan” awal terhadap majlis
yang akan diadakan. Kehebatan sesebuah pentas bukan sahaja kepada
hiasan malah bergantung kepada susunan yang perlu untuk berada di atas
pentas.( Sila rujuk lampiran).
I. Kerusi ‘ VIP’: Kerusi ‘ VIP’ hendaklah disusun dengan
betul mengikut kekanan jawatan dimulai dengan kedudukan di
kecil tengah-tengah. Kerusi ‘VIP’ boleh disusun dalam angka
ganjil atau genap. Jika di susun dalam angka ganjil, kedudukan
kerusi ‘ VIP’ berada di tengah-tengah. Jika dalam angka genap
kedudukan kerusi ‘VIP’ maka jawatan terkanan akan berada
ditengah-tengah sebelah kanan. Di hadapan kerusi ‘VIP’ mestilah
ada sebuah meja yang diletakan sejambak bunga di sudut kanan.
Kedudukan VIP di atas pentas bergantung kepada keluasaan dan
ketahanan pentas . ( Kekanan VIP merujuk kepada Bintang
kebesaran, Jusa atau Kekanan Sultan yang memerintah ). Rujuk
lampiran
II. Bendera: -Kedudukan bendera mestilah di bahagian
belakang pentas atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah
16
kanan pentas. Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan ke
kanan yang betul . rujuk lampiran.
III. ‘ Backdrop’ dan hiasan pentas: ‘ Backdrop’ hendaklah
diletakan pada papan backdrop ditengah-tengah bahagian belakang
pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan penglihatan
tetamu. Pengunaan warna yang bersesuaian adalah perlu untuk
memudahkan tetamu membacanya. Pemilihan warna mestilah
bersesuaian dengan tempat dan suasana majlis diadakan.
IV. Rostrum VIP: Rostrum VIP diletakan pada sebelah kanan
pentas. Rostrum hendaklah diletkan alas dan letakan sejambak
bunga yang kecil di atas sudut sebelah kanan. Pastikan VIP yang
berucap tidak terlindung daripada penglihatan para tetamu.
V. Rostrum Pengacara Majlis: Rostrum pengacara majlis
boleh diletak pada mana-mana bahagian yang bersesuaian tetapi
tidak berada di hadapan selari dengan rostrum VIP atau kerusi
VIP . Boleh diletakan di bahagian bawah sebelah kiri pentas atau
pada sebelah kiri belakang kerusi VIP dan berhampiran dengan
meja hadiah.
VI. Meja Hadiah: Kedudukan meja hadiah hendaklah
berhampiran Rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri
belakang kerusi VIP. Sediakan juga meja meletak hadiah ( selepas
penerima menerima hadiah ) pada kedudukan kiri ( menghadap
pentas) di bawah pentas.( Sila rujuk lampiran).
B. Tanda laluan naik ke pentas.
Laluan naik ke pentas untuk penerima di bawah pentas untuk
menerima hadiah mestilah ditanda. Tanda-tanda yang perlu di buat ialah
17
tempat menerima hadiah, pada tempat menunggu di atas tangga naik,
tempat menunggu di bawah tangga naik dan tempat menunggu di luar
dewan. Penerima akan naik ke pentas melalui tangga sebelah kiri pentas
(menghadap tetamu) dan turun melalui tangga sebelah kanan pentas.
Pastikan terdapat ruang laluan penerima hadiah di hadapan meja/kerusi
VIP.
C. Keududukan Kerusi Tetamu
Kedudukan kerusi tetamu hendaklah disusun mengikut keluasaan
dewan dalam dua Kolum. Setiap kolum mengndungi bilangan kerusi yang
sama banyak. Terdapat ruang berjalan di bahagian tengah antara dua
kolum dan pada bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakan
pada bahagian hadapan dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang
mengcukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.
D. Kedudukan Naik Turun Pentas.
Peserta yang akan naik turun untuk menerima sijil dan hadiah
hendaklah lebih dari seorang( 2-3 orang). Setiap penerima hadiah dan sijil
hendaklah bersedia apabila nama negeri atau individu dipanggil oleh
juruacara.
E. Cara menerima sijil dan hadiah di atas pentas.
Penerima hadiah dan sijil hendaklah berjalan mengikut lalauan
yang ditanda. Apabila berada di hadapan untuk menerima sijil dan hadiah ,
penerima hendaklah melakukan kawad selaku menerima hadiah, Jika
penerima hadiah tidak memakai uniform penerim hadiah hendaklah
membei hormat dengan cara sedikit membongkok ( sudut 45 darjah ) pada
kedudukan dua langkah di hadapan penyampai hadiah , kamudian
melangkah satu langkah ke hadapan , bersalam dan menerima hadiah.
Selepas menerima hadiah hendaklah melangkah satu langkah ke
belakang dan memberi hormat dengan membongkok sedikit badan dan
tunduk 45 darjah, berpusing ke kiri dan terus berjalan keluar turun dari
pentas.
18
F. Cara-cara menerima hadiah di Padang Kawad.
Penerima hadiah dan sijil hendaklah berjalan bersama-sama
pembantu untuk mengambil hadiah apabila nama individu atau negeri
diumumkan oleh juruacara. Penerima atau ketua akan berjalan secara
berkawad di bahagian hadapan dan diikuti oleh pembantu- pembantunya
yang berjalan di sebelah di sebelah kiri. Apabila sampai di hadapan
penyampai hadiah, penerima berhenti dengan jarak dua langkah di
hadapan penyampai hadiah, perbuatan yang sama juga perlu dilakukan
oleh pembantu-pembantunya. Penerima hadiah dan pembantu-
pembantunya akan memberi tabik hormat secara serentak , hanya ketua
sahaja yang bersalam dengan penyampai hadiah. Penerima akan
mengambil hadiah dan memberikan kepada pembantu-pembantunya.
Selepas menerima hadiah penerima hadiah dan pembantunya akan
memeberikan hormat sekali lagi secara serentak dan undur satu langkah ke
belakang dan berpusing 45 darjah. Ketua akan berjalan dahulu baharulah
diikuti oleh pembantu-pembantunya. Ketua dan pembantunya akan
berjalan ke tempat meja hadiah untuk meletak hadiah dan berjalan masuk
semula ke dalam barisan atau kontinjenya.
G. Pembawa dulang
Pembawa dulang hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas.
Seelok-eloknya pembawa hadiah terdiri daripada pelajar yang berpakaian
lengkap sekurang-kuranya berpangkat koperal (KRS) , pegawai bertindak
sebagai penyelaras sahaja. Pembawa dulang akan menghulurkan kepada
penyampai hadiah. Sebelum memberi hadiah , petugas pertama hendaklah
memberi hormat ( sekali ) sama ada tabik hormat jika memakai uniform
atau membongkok dan tunduk sedikit 45 darjah sebaik sahaja berada di
hadapan penyampai hadiah. Kedudukan semasa menghulur hadiah dan
sijil menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan bersedia
memberikan sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala orang ketiga
berada di meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil dan hadiah
yang disampaikan adalah betul. Selepas selesai memberi hadiah , orang
pertama akan memberikan sekali lagi hormat atau tunduk.
19
H. Penyampai hadiah.
Penyampai hadiah adalah merupakan tetamu utama (seorang
sahaja). Jika keadaan terlalu terdesak, contohnya tetamu utama ada hal
yang amat mustahak perlu diberi keutamaan, hadiah boleh disampaikan
oleh tetamu yang mempunyai kedudukan selepas tetamu utama. Tetamu
utama boleh juga menyampaikan hadiah untuk acara yang utama sahaja,
contohnya hadiah untuk Johan sahaja. Lihat Lampiran.
I . Sijil.
Sijil hendaklah dimasukan dalam skrol. Jika tidak ada skrol maka
kertas sijil hendaklah di gulung dan diikat dengan kemas menggunakan
riben. Jika terlalu banyak sijil yang hendak disampaikan boleh juga
dimasukkan dalam sampul surat dan diluar sampul surat diikat riben
supaya lebih menarik.
J. Penyambut tetamu.
Bagi tetamu utama atau VIP, pegawai pengiring hendaklah
disediakan. Pegawai pengiring akan membawa VIP ke tempat duduk yang
diperuntukan kepadanya. Pegawai pengiring ini hendaklah dilantik dari
kalangan Pegawai Istiadat atau pegawai yang mengetahui berkenaan
protokol dan Istiadat. Pegawai pengiring akan berada di pintu utama
menunggu VIP turun dari kenderaan. Bagi tetamu lain atau hadirin adalah
dengan memadai dengan meletakan beberapa orang pegawai lain untuk
menunjukkan arah tempat duduk. Pegawai-pegawai akan berada di pintu
masuk utama. Pegawai-pegawai yang diberikan amanah ini hendaklah
diberikan taklimat terlabih dahulu apa yang perlu dilakukkan.
K . Bilik Menunggu /Rehat VIP
20
Bilik tetamu perlu disediakan bagi VIP yang membuat pejalanan
yang jauh. Bilik VIP ini perlu sebagai tempat VIP berehat sebentar
sementara menungu majlis bermula. Semasa di bilik ini hanya beberapa
orang sahaja yang boleh berada bersama-sama dengan VIP termasuklah
pegawai protokol untuk membetulkan pakaian VIP dan memberi taklimat
berkenaan dengan perjalanan majlis nanti.
L. Susunan Pergerakan Kenderaan VIP
Pergerakan kenderaan ke majlis di mulakan oleh pegawai yang
paling Junior dan diikuti oleh pegawai-pegawai senior, VIP di bahagian
belakang sekali. Bagi tuan rumah jika beliau pegawai senior sekalipun
beliau mesti bertolak awal ke majlis untuk menerima tetamu yang akan
datang ke majlisnya. Pergerakan semasa balik dimulakan oleh VIP
kamudian diikuti oleh pegawai-pegawai senior dan pegawai-pegawai
junior. Semasa perjalanan pergi dan balik dari majlis VIP dan Pegawai-
Pegawai ini hendaklah diiringi oleh Juruiring dan Pegawai protokol
ataupun Pegawai yang tahu berkenaan dengan protokol majlis. Pegawai-
pegawai pengiring hendaklah terdiri daripada pegawai yang mempunyai
kedudukan yang lebih rendah dari pegawai yang diiring. Pegawai-pegawai
pengiring juga perlu dipanggil untuk bermesyuarat dan ditaklimatkan
berkenaan perjalanan majlis.
M. Jurucara.
Juruacara bertindak sebgai pengendali dan pengawal perjalanan
majlis. Juruacara perlu menyediakan skrip yang slengkapnya dengan
bertaip kemas supaya senang untuk disemak. Skrip juruacara mestilah
mengandungi perkara-perkara seperti masa,perkara dan catatan. Hal ini
penting supaya tidak timbul kekalutan dalam pengendalian majlis.
Juruacara perlu mengkordinasi skrip dengan setiap agenda dalam aturcara
majlis. Juruacara perlu mengkordinasi dengan pegawai pelapor, pembaca
doa, pemain muzik dan bahagian hadiah. Juruacara perlu memastikan
kehadiran VIP dan diumumkan kepada hadirin.
N. Pegawai Pengurus Majlis Penutup.
Pegawai pengurus majlis penutup perlu dilantik khususnya untuk
mengendalikan keseluruhan majlis penutup. Sebaik-baiknya pegawai ini
terdiri daripada pegawai yang mahir berkenaan susunan perjalanan majlis
penutup. Perkara ini penting untuk mengelakan daripada timbul banyak
pendapat yang boleh mengganggu perjalanan majlis. Pegawai ini perlu
berkordinasi dengan pengacara majlis, pegawai audio visual, pegawai
21
perbarisan, pengerusi majlis penutup, pegawai bahagian teknikal seperti
hiasan pentas, meja hadiah, sistem pendawaian elektrik, tempat
jamuan , pasukan pancaragam dan bahagian-bahagian lain yang terlibat di
dalam majlis penutup .
O. Raptai.
Raptai mestilah dilakukkan sekurang-kurangnya 2 kali sebelum
majlis sebenar bermula. Raptai penuh mestilah dilakukan dengan
melibatkan semua pihak. Pegawai pengurus majlis penutup perlu
memberikan taklimat sebelum dan selepas majlis penutup.
P . Juruacara.
Juruacara mestilah tediri daripada individu yang mahir dalam pengurusan
pengendalian majlis. Pengerusi majlis boleh memakai uniform KRS atau
pakaian rasmi dalam pengendalian majlis.
2.5 BANTUAN KHIDMAT.
2.5.1. Pakaian.
Pakaian semasa majlis penutup pertandingan kawad mestilah berpakaian
lengkap . Pakaian kawad ialah pakaian no. 4 di pakai bersama dengan kasut ‘ drill
boot ’ atau ‘ spike boot’ . Petugas-petugas , ahli jawatankuasa dan pegawai-
pegawai lain hendaklah memakai pakaian no. 2 atau no. 4 . Bagi tetamu yang tidak
memakai uniform hendaklah memakai pakaian kerja.
2.6 . Urutan Tatacara Majlis Penerimaan Kontingen.
2.6.1 Ketibaan Kontingen-kontingen dari seluruh negeri di Malaysia.
A. Kedatangan kontingen akan disambut oleh LO atau penyambut tetamu
yang di lantik oleh negeri yang menjadi tuan rumah.
B. Peserta akan di bawa ke tengah padang kawad untuk upacara menaikan
bendera negeri masing-masing.
C. Peserta bergerak ke tengah padang diketuai oleh seorang Pegawai ( ketua
kontingen ) dalam pergerakan berkawad.
D. Ketua kontigen akan melapor kepada pegawai yang menunggu di tiang
bendera untuk upacara menaikan bendera negeri.
E. Ketua kontingen akan menyerahkan bendera negeri kepada pegawai yng
ditugaskan oleh negeri yang menjadi tuan rumah untuk menaikan bendera
negeri.
22
Gambar : Menaikkan bendera Negeri
F. Pegawai yang ditugaskan akan menaikan bendera negeri dengan iringan
muzik ( minus one ). Semasa menaikan bendera semua anggota kadet dan
pegawai mesti berdiri tegak sebagai menghormati bendera yang dinaikan.
G. Selepas menaikan bendera ketua kontigen akan membawa pasukanya ke
tempat yang telah ditetapkan.
H. Sebelum bergerak ke tempat penginapan Ketua Kontingen akan
menyerahkan butiran peserta seperti nama peserta dan dokumen-dokumen
yang dipinta oleh negeri yang menjadi tuan rumah.
I. Selepas semua dokumen diselesaikan, t-shirt akan diberikan kepada kepada
ketua kontingen.
J. Kontingen akan di bawa oleh LO atau pegawai pengiring ke tempat
penginapan yang disedikan oleh pihak penganjur
2.7. Urutan Tatacara Majlis Penutup Pertandingan Kawad Kaki.
2.7.1 Pasukan Perbarisan Kehormat .
A. Pasukan akan berkumpul di tepi padang kawad.
B .Pasukan akan diperiksa pakaian dan kelengkapanya oleh seorang pegawai
Istiadat KRS Negeri atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pegawai Istaiadat
KRS Negeri dari segi kedudukan aksesori dan sebagainya.
C. Pasukan Perbarisan Kehormat akan terdiri daripada dua platun ( satu platun
lelaki dan satu Platun Perempuan atau kedua-dua platun lelaki ataupun
perempuan).
D.Pasukan Perbarisan akan di bawa masuk ke dalam Padang Kawad oleh seorang
Pegawai Waran 1 atau 2 (KRS) ataupun oleh Staff Sarjan (KRS) lelaki atau
perempuan. Sebelum pergerakan masuk Pasukan Perbarisan Kehormat ‘ Step
Orderly ‘ terlebih dahulu akan mengambil tempat di kiri kanan pentas tabik
hormat. ( Contoh : Bahasa Hukuman : Baris , Baris sedia.
Bergerak ke kanan/kiri pusing.
Dari kanan/ kiri cepat jalan.
E. Pasukan Tambor akan mengiringi pasukan Kawalan Perbarisan berjalan
masuk ke padang kawad.
23
( Pergerakan masuk Pasukan Perbarisan akan diringi oleh persembahan
Pasukan Tambor- contohnya lagu ‘Barisan Kita’ ).
F. Pasukan Perbarisan akan berjalan masuk ke padang dan berhenti ditengah-
tengah pentas Tabik Hormat.( Pergerakan masuk padang akan di lakukan
oleh PW (KRS) atau Staff Sarjan (KRS).
G. PW (KRS) seterusnya akan memberi hukuman ‘ Senang diri, ‘ sedia ‘.
Ketua Perbaisan bersedia dan terus megambil alih Pasukan Perbarisan
Kehormatan daripada Pegawai Waran (KRS).
Ketua Perbarisan ( Mejar(KRS) akan berjalan masuk dari sebelah kanan
atau sebelah kiri petas tabik hormat , berjalan 7 atau 9 langkah bergantung
kepada keluasaan padang kawad dan mengambil kedudukan PW 1 (KRS ) .
PW 1 atau 2 akan bergerak ke belakang dan berada di tengah-tengah
antara Platun A dan Platun B setentang denga Ketua Perbarisan.
H. Ketua perbarisan biasanya akan menyusaikan dirinya dengan Pasukan
dengan memberikan hukuman ‘ Senang diri’ dan ‘ Sedia’.
I. Ketua Perbarisan akan memanggil Ketua Platun A dan B ( Kapt (KRS)
dengan bahasa hukuman “ Pegawai masuk baris”.
J. Ketua Platun A dan B akan berjalan masuk dari sebelah
kanan dan sebelah kiri pentas Tabik Hormat , dan berada di tengah-tengah
platun A dan B. Langkah yang diambil 7 atau 9 langkah, mereka bejalan
secara serentak.
K . Apabila sampai di hadapan platun masing-masing mereka akan berhenti
berpusing ke belakang .Luruskan barisan dan sedia.
Kedudukan mereka dengan platun masing-masing jaraknya 3 langkah.
Mereka akan berada dalam kedudukan sedia menanti tetamu.
L. Ketua Perbarisan akan memberikan hukuman ‘ Senang Diri’ ‘ Sedia’
untuk menjadikan barisan lebih kemas.
M. Pasukan Perbarisan Kehormat menunggu ketibaan VIP dalam kedudukan
“senang diri”.
N. Setelah kedatangan VIP yang pertama Ketua perbarisan akan
memberikan hukuman ‘ baris, baris…. sedia’. Semua anggota kawalan
dalam kedudukan sedia.
O. Ketua Perbarisan akan memberikan hukuman ‘ Hormat ke hadapan
hormat ‘ diiringi oleh Drum Roll- hanya Ketua perbarisan dan
ketua-ketua platun sahaja yang memberi hormat, anggota
Perbarisan kehormatan yang lain akan berada dalam kedudukan
sedia sahaja.
P. Pergerakan yang sama akan diulang-ulang sehingga kepada ketibaan YB
Menteri Pelajaran, kerana YB Menteri Pelajaran akan memeriksa pasukan
Perbarisan Kehormatan.
Apabila ketibaan YB Menteri Pelajaran
Ketua Perbarisan akan memberikan hukuman ‘ baris, baris…. sedia ‘
Ketua Perbarisan akan memberi hukuman ‘ Hormat ke hadapan hormat
‘dan melakukan pergerakan hormat ke hadapan hormat – diiringi
oleh Drum Roll. hanya Ketua perbarisan dan
24
Ketua-ketua Platun sahaja yang memberi hormat, anggota
Perbarisan Kehormatan yang lain akan berada dalam kedudukan
sedia sahaja.
a. Nyanyian Nyanyian Lagu Kadet Remaja Sekolah.
b. Ketua Perbarisan akan berjalan 5 langkah dan berhenti, memberi hormat
dan melapor . Contoh bahasa Hukuman “ Assalamualaikum/ Selamat
Pagi Dato Seri’ Perbarisan Kehormat Kadet Remaja Sekolah terdiri
daripada Tiga Orang Pegawai dan Enam Puluh Empat orang Kadet
siap untuk di periksa Dato Seri’
c. Selepas melapor Ketua perbarisan akan berpusing 45 darjah, ‘Stape
Ordely’ akan berjalan serentak dan berhenti di hadapan barisan pertama
Pasukan Perbarisan Kehormat menunggu YB Menteri Pelajaran.
d. Semasa YB menteri pelajaran memeriksa Perbarisan Kehormatan , lagu
‘ slow march ‘ dimainkan oleh Pasukan Tambor.
e. Ketua Perbarisan akan berjalan ke Pentas Tabik hormat dan memberi
hormat sekali lagi kepada YB Menteri Pelajaran. Seterusnya melapor
untuk keluar dari padang kawad. Contoh : ‘ Assalamulaikum Dato Seri’
mohon menjalankan tugas-tugas yang lain ‘ .
f. Ketua Perbarisan akan menunggu sehingga YB Menteri Pelajaran turun
dari pentas tabik hormat, kamudian berpusing 45 darjah ke kedudukannya.
Ketua Perbarisan akan memberi hukuman ‘ Hormat ke hadapan hormat
‘ sekali lagi . Hanya Ketua Perbarisan dan Ketua Platun sahaja yang
memberi tabik hormat dan diiringi dengan drum roll dari pasukan Tambor.
g. Selepas tetamu kehormat turun dari Pentas Tabik Hormat dan berada di
pntas utama , Ketua perbarisan akan memberi hukuman ‘ ‘ Bergerak ke
kiri’ atau ‘Ke kanan’ dan berjalan keluar dari padang kawad dengan
diiringi pasukan tambor
2.8. Para jemputan mengambil tempat.
2.9. Ketibaan pengelola.
a. Ketibaan Pengerusi Pengelola ( Pengarah Pelajaran Negeri ) di umumkan
oleh Juruacara.
b. Ketibaan Pengarah Pelajaran Negeri di sambut oleh Ketua Sektor
Kemanusian sera Ahli Jawatankusa yang terlibat.
c. Di berikan tabik hormat oleh pasukan Perbarisan Kehormat.
d. Pengarah dan Ahli Jawatankuasa akan beredar untuk menunggu tetamu
VIP .
2.10 Ketibaan VIP – Pengarah Bahagian Sekolah.
a. Ketibaan Pengarah Bahagian Sekolah di umumkan oleh Pengacara Majlis.
b. Diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri ke Pentas Tabik Hormat.
c. Diberikan tabik hormat oleh Pasukan Perbarisan kehormatan.
d. Di iringi ke tempat duduk VIP oleh Pengarah Pelajaran Negeri atau boleh
-sama menyambut ketibaan VIP.
2.11 Ketibaan VIP- Menteri Pelajaran Malaysia.
a. Ketibaan YB Menteri Pelajaran Malaysia diumumkan oleh Juruacara.
b. Diberikan tabik hormat oleh Pasukan Perbarisan Kehormat.
c. Diirngi ke pentas tabik oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
25
d. YB menteri akan memeriksa pasukan Perbarisan Kehormat.
e. YB Mentei akan diringi ke tempat duduk oleh Pengerusi Pengelola.
f. Nyanyian lagu ‘ Kadet Remaja Seolah ‘
i. ( Pergerakan – lihat kepada contoh Srip Majlis Penutup).
2.12 Ucapan alu-aluan oleh Juruacara.
( Jangan terlalu panjang).
2.13 Bacaan Doa.
a. Bacaan doa dilakukkan seeloknya-eloknya oleh Pegawai yang berunifom
penuh.
b. Sebelum membaca doa beliau hendaklah bergerak ke tempat membaca
doa dengan pergerakan yang cergas, seolah-olah seperti berkawad.
c. Sampai di Rostrum, berpusing ke arah VIP dan memberi hormat sebelum
membaca doa.
i. ( Pasukan Tambor akan “drum roll” untuk menadah tangan
majlis bacaan doa.)
ii. ( Pasukan Tambor akan drum roll untuk turun tangan ).
2.14 Ucapan Pengarah Pelajaran Negeri.
Juruacara akan menjemput Pengerusi pengelola memberi ucapan.
a. Dua orang Ahli Kadet Remaja Sekolah akan membawa teks ucapan.
a. Dua orang ahli KRS akan berjalan dan berhenti di sebelah kanan / hadapan Rostrum
Pengarah pelajaran Negeri.
b. Seorang pembawa teks ucapan, seorang lagi pengiring/ pembawa dulang.
c. Sampai dihadapan Pegarah Pelajaran Negeri , anggota kadet yang membawa teks
ucapan akan memberi Hormat dan menghulurkan teks ucapan yang terdapat di
dalam bekas yang dibawanya.
d. Selepas menyerahkan teks ucapan, pembawa teks ucapan akan berpusing 45 darjah
dan bergerak ke belakang pentas.
e. Setelah selesai teks ucapan dibaca, pembawa teks ucapan akan datang semula untuk
mengambil teks ucapan yang di baca oleh Pengarah Pelajaran Negeri tadi.
2.15 Ucapan YB Menteri Pelajaran.
( perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh pembawa teks ucapan
Pengarah Pelajaran Negeri ).
a.Penyampaian Hadiah.
b.Pengerusi Majlis akan menjemput para pemenang.
c.Wakil pasukan yang menang akan datang ke hadapan dan melakukkan pergerakan
kawad selaku menerima sijil.
d. Wakil pasukan yang menang akan meletakan hadiah yang dimenangi di atas meja
hadiah yang disediakan oleh urusetia hadiah. Pasukan tidak dibenarkan membawa
masuk hadiah ke dalam pasukan.
e. Semasa menyampaikan hadiah, YB Menteri akan diiringi oleh Pengarah Pelajaran
Negeri sahaja.
f. Menyaksikan Persembahan Tempur Tanpa Senjata.
g. Pengerusi Majlis akan menjemput YB Menteri Pelajaran untuk duduk di
kerusinya untuk menyaksikan persembahan tempur tanpa senjata.
26
h. Pasukan Tempur Tanpa senjata akan memberikan sembah hormat sebelum
memulakan persembahanya.
i. Persembahan jangan terlalu lama.
2.16 Menikmati jamuan.
a. Setelah selesai menyaksikan persembahan, YB Menteri akan dijemput untuk
menikmati jamuan.
b.Kontijen masih berada di atas padang kawad.
c.Setelah YB Menteri beredar ke bilik khas untuk menikmati jamuan , barulah
kontijen bergerak keluar dari padang kawad.
d.Di bilik jamuan, hanya beberapa orang VIP sahaja yang menikmati jamuan
bersama YB Menteri Pelajaran.
2.17 .Kepulangan YB Menteri Pelajaran.
a. setelah selesai menjamu selera, YB Menteri pulang.
b.Di mulakan pergerakan kereta oleh YB Menteri Pelajaran
c.Pengarah Bahagian Sekolah.
d.Pengarah-Pengarah Negeri.
e.Pengarah Negeri yang menjadi tuan rumah akan pulang paling akhir kerana
hendak meraikan tetamu.
2.17. Istiadat penyerahan bendera.
Istiadat penyerahan bendera adalah bertujuan untuk mengumumkan tuan rumah
majlis tersebut pada tahun berikutnya. ( bendera yang perlu diserahkan ialah bendera
KRS). Istiadat menurunkan bendera Kadet Remaja Sekolah akan dilakukan oleh 7 orang
ahli Kadet Remaja Sekolah yang dilatih khas untuk menurunkan bendera. Apabila
juruacara mengumumkan “ upacara menurunkan bendera’ perkara berikut hendaklah
dipatuhi :
i. Ketua perbarisan akan memberi hukuman sedia.
ii. Para tetamu hendaklah berdiri tegak.
iii. Kumpulan petugas berjalan masuk dalam 2 barisan menuju ke arah tiang
bendera Kadet Remaja Sekolah di kibarkan.
iv. Tiba di tempat bendera KRS berkibar ketua petugas akan memberikan
hukuman ‘ henti ‘.
v. Ketua perbarisan memberi hukuman ‘ menghadap ke kanan/ ke
kiri....kanan/kiri pusing. Semua petugas berpusing menghadap bendera.
vi. Ketua petugas berjalan ke arah tiang bendera dan berhenti.
vii. Isyarat ‘up’ akan diberikan , semua petugas akan berpusing menghadap
antara satu sama lain. Ketua petugas akan berjalan ke arah tiang bendera
dan berhenti serta menurunkan bendera.
viii. Bendera yang diturunkan akan disambut oleh kumpulan petugas. Kumpulan
petugas hendaklah memastikan bendera tidak mencecah tanah. Bendera
yang diturunkan akan dilipat oleh petugas.
27
ix. Bendera yang dilipat akan diserahkan kepada ketua kumpulan petugas.
Ketua kumpulan petugas akan membawa bendera kepada VIP yang menjadi
tuan rumah.
A. Ketua petugas akan berjalan dan berhenti di hadapan VIP dan akan
memberi tabik hormat kepada VIP.
B. Setelah memberi hormat Ketua Petugas akan di balas oleh VIP yang
menerima tabik homat.
C. Ketua petugas akan menyerahkan bendera KRS kepada VIP.
D. VIP akan menerima bendera dari Ketua petugas dan bendera
tersebut akan diserahkan kepada wakil yang akan menjadi tuan
rumah pada tahun hadapan.
x. Ketua petugas akan memberi hormat sekali lagi kepada VIP dan berjalan
kepada pasukanya.
xi. Ketua petugas dan pasukanya akan berjalan keluar.
2.18. PENUTUP
28
Adalah diharapkan dengan adanya panduan yang dinyatakan ini akan menjadikan
sesuatu perjalanan majlis akan berjalan dengan lebih lancar . panduan-panduan ini akan
menjadi rujukan kepada para pegawai yang mengendalikan majlis yang dirancang.
Tajuk : Susunatur kedudukan majlis penutup pertandingan kawat.
Jarak antara Pentas tabik Homat dengan
Khemah VIP 7 langkah atau 5 langkah
mengikut kesesuaian tempat majlis
penutup.
Jarak antara Pentas tabik Hormat dengan
Ketua Perbarisan 5 atau 7
langkah.
Khemah 2
- Pegawai-
pegawai
Kementerian.
- Pegawai-
Pegawai
Kanan
JPN/PPD
Khemah/Pentas
- VIP.
- YB Menteri
- Pengarah
Bahagian
Sekolah.
- Pengarah
Pelajaran
Negeri
Khemah 3
- Pengetua.
- KPP
- Ketua Unit
- Wakil-wakil
Jabatan.
- Pegawai
Sakretariat
KRS Negeri.
Pentas Tabik Hormat
KEDUDUKAN BENDERA NEGERI MENGIKUT SUSUNAN ( 1 )
K
E
D
U
D
U
K
A
N
B
E
N
D
E
R
A
2
Khemah P.A. System.
Khemah Hadiah.
Pegawai Perbarisan
29
Jarak Ketua Platun A dan Ketua
Platun B atau 7 langkah dari Ketua
Perbarisan
( Berada di tengah-tengah Platun)
3 langkah 3 langkah
3 langkah
PW
Jarak antara ketua perbarisan pelajar dengan Pembawa Papan Tanda 3 langkah.
( J – adalah pembawa Papan Panda ).
X
Jarak antara Pembawa Papan Tanda dengan Ketua Kontijen 3 langkah.
( K – adalah Ketua Kontijen).
Jarak antara Ketua Kontijen dan Kontijen 3 langkah.
Ketua Platun
A
Ketua Platun
B
Platun A Platun B
Ketua
Perbarisan
Kapt.(KRS
)
K
O
N
T
I
J
E
N
N
E
G
E
R
K
O
N
T
I
J
E
N
N
E
G
E
R
K
O
N
T
I
J
E
N
N
E
G
E
R
K
O
N
T
I
J
E
N
N
E
G
E
R
K
O
N
T
I
J
E
N
N
E
G
E
R
K
O
N
T
I
J
E
N
N
E
G
E
R
J J J J J J
K K
K K K K
30
* susun atur kedudukan kontingen dan kedudukan pentas utama/khemah mengikut
kesesuian padang kawad.
PASUKAN TAMBOR
KHEMAH BANTU MULA
31
Bab 3
Tatacara
Dalam Majlis Pentauliahan,
Penganugerahan Sijil dan
Pemakaian Pangkat (oleh: MOHD SUBHI MARSAN)
3.1 PENDAHULUAN
Majlis pentauliahan merupakan satu majlis rasmi yang terancang dan disusun
secara sistematik. Majlis pentauliahan sama dengan majlis penerimaan sijil, penerimaan
pingat, penerimaan darjah kebesaran, kenaikan pangkat dan anugerah. Majlis-majlis ini
selalunya melibatkan jemputan-jemputan khas atau VIP yang memerlukan satu standard
pelaksanaan program yang standard agar kelihatan tersusun, kemas dan lancar. Oleh itu,
pelaksanaan dan pengurusan majlis-majlis ini mestilah mematuhi standard yang
ditetapkan.
3.2 JENIS MAJLIS
Majlis pentauliahan, penerimaan sijil dan kenaikan pangkat ini adalah majlis
rasmi. Oleh itu segala perancangan dan pelaksanaan majlis ini tertakluk kepada
peraturan, protokol atau istiadat yang rasmi yang biasanya dilakukan. Terdapat tiga
keadaan bagaimana majlis ini dapat diadakan iaitu;
3.2.1 Majlis di dalam dewan.
3.2.2 Majlis di luar dewan.
3.2.3 Majlis dalam pejabat.
Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan khususnya bagi kumpulan
penerima yang ramai. Majlis boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang.
Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika penerimanya tidak ramai atau
sebagai majlis istimewa kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan. Secara amnya,
pelaksanaan majlis pentauliahan, penganugerahan sijil atau pangkat mempunyai cara
yang sama. Perbezaannya ialah cara menyesuaikan sistem atau protokolnya bersesuaian
dengan keadaan tempat.
32
Pemakaian Pangkat Kadet
3.3 JAWATANKUASA
3.3.1 Jawatankuasa Induk:
Jawatankuasa Induk terdiri daripada kalangan ahli yang berada pada
peringkat legistatif (kementerian) atau pengurusan (jabatan) bergantung kepada
peringkat majlis ini diadakan iaitu sama ada peringkat kebangsaan, negeri, daerah,
sekolah dan sebagainya. Jawatankuasa ini yang akan membuat dasar, peraturan
atau membuat keputusan tertentu untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa
pelaksana. Rujuk topik Jawatankuasa.
3.3.2 Jawatankuasa Pengelola:
Jawatankuasa pengelola ialah ahli-ahli yang dilantik dan mereka ini
bertanggungjawab ke atas pelaksanaan majlis. Ahli-ahlinya akan mengadakan
persiapan, menyediakan keperluan peralatan, memantau dan kerja-kerja di bawah
bidang kuasanya. Rujuk topik jawatankuasa.
33
3.4 PELAKSANAAN
3.4.1 Majlis Di Dalam Dewan
A. Persiapan Tempat:
a. Pentas:
Pentas adalah bahagian penting dan merupakan ‘wajah’
kepada majlis yang diaturkan. Seorang pengurus pentas (stage
manager) boleh dilantik untuk mengurus dan mengendalikan
pentas. Susun atur pentas perlu dilakukan dengan betul bagi
menggambarkan pengetahuan, pengalaman dan ilmu yang
berhubungkait dengan istiadat.
b. Kerusi Tetamu Utama dan Tetamu Khas (VVIP dan VIP):
Kerusi tetamu utama dan tetamu khas hendaklah disusun
dengan betul bagi menunjukkan kekananan jawatan. Rujuk
Lampiran ....
c. Bendera:
Susunan bendera hendaklah dibuat mengikut kedudukan
yang betul. Terdapat beberapa untuk mengibarkan bendera seperti
bendera pada satu tiang, tiga tiang dan bendera-bendera negeri.
Rujuk Lampiran....
d. Backdrop dan hiasan pentas :
Backdrop hendaklah di letakkan pada papan backdrop
ditengah-tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada
keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo,
gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh
tetamu kabur warna.
e. Rostrum VIP :
Rostrum VIP diletakkan pada bahagian sudut kanan pentas.
Rostrum hendaklah di alas. Pastikan VIP yang berucap tidak
terlindung daripada penglihatan para tetamu.
f. Rostrum Pengacara Majlis:
Rostrum pengacara majlis boleh di letak pada mana-mana
bahagian yang sesuai tetapi tidak berada dihadapan selari dengan
Rostrum VIP atau kerusi VIP. Boleh juga diletakkan di bahagian
bawah sebelah kiri dewan (tidak di atas pentas) atau pada
kedudukan kiri belakang kerusi VIP dan berhampiran meja hadiah
(jika ada meja hadiah).
34
g. Meja Hadiah:
Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum
juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan
juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah)
pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas.
h. Tanda laluan naik ke pentas:
Laluan naik ke pentas untuk penerima di bawah pentas
untuk menerima hadiah mestilah di tanda. Tanda-tanda yang perlu
di buat ialah pada tempat menerima hadiah, pada tempat
menunggu di atas tangga naik, tempat menunggu di bawah tangga
naik dan tempat menunggu di luar dewan. Penerima akan naik ke
pentas melalui tangga sebelah kiri pentas (menghadap tetamu) dan
turun melalui tangga sebelah kanan pentas. Pastikan terdapat ruang
laluan penerima hadiah di hadapan meja/kerusi VIP.
B. Kedudukan Kerusi Tetamu:
Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut keluasan
dewan atau tempat. Rujuk susunan kerusi tetamu.
C. Kedudukan Kerusi Penerima Sijil, Tauliah atau Pangkat:
Kedudukan kerusi penerima tauliah hendaklah pada kedudukan
tengah-tengah antara kedudukan kerusi tetamu khas dan tetamu biasa.
D. Aliran Naik Turun Pentas:
Peserta yang akan naik ke pentas untuk menerima tauliah atau sijil
hendaklah secara kumpulan. Biasanya kumpulan-kumpulan ini di bentuk
berdasarkan barisan pada setiap kolum. Setiap penerima sijil dalam kolum
barisan akan bergilir-gilir seorang demi seorang naik ke pentas mengikut
‘masa’ yang betul. Satu baris penerima sijil akan naik ke pentas seorang
demi seorang. Apabila seorang menerima hadiah, seorang akan menunggu
pada hentian menunggu di atas tangga naik, seorang akan berada pada
hentian menunggu di bawah tangga naik dan yang lain di hentian
menunggu di luar dewan dalam barisan kolum. Satu barisan kolum akan
berdiri dan keluar menuju tempat menunggu di luar dewan melalui
bahagian tepi kolum.
E. Tatacara menerima sijil, tauliah atau pangkat di atas pentas:
Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang ditanda.
Apabila berada di hadapan untuk menerima sijil, penerima hendaklah
melakukan kawad selaku terima iaitu hormat, membuat satu langkah ke
hadapan, bersalam dan menerima sijil. Selepas menerima sijil hendaklah
35
mengucapkan terima kasih. Ketika beredar, melakukan satu langkah undur
ke belakang, memberi hormat, berpusing ke kiri dan terus berjalan keluar
turun pentas.
Selaku Terima Sijil
F. Tatacara Majlis Di Dalam Dewan.
Tatacara atau susunan majlis hendaklah di susun dengan betul.
a. Ketibaan tetamu jemputan.
I. Penerima tauliah mengambil tempat duduk.
II. Tetamu jemputan mengambil tempat duduk masing-
masing.
b. Ketibaan Tetamu kehormat (VIP)
I. Tetamu VIP terdiri daripada pegawai atasan
program atau tetamu kehormat yang lain seperti
menteri dan wakil rakyat.
II. Tetamu kehormat diberi penghormatan untuk
menerima tabik hormat.
III. Ketibaannya diumumkan oleh juruacara.
c. Ketibaan Tetamu Utama (VVIP).
I. Acara sambutan dilakukan seperti perarakan bunga
manggar, kompang, persembahan silat dan
sebagainya tetapi hendaklah dilaksanakan di luar
dewan. (jika dirancang).
II. Tetamu utama terus dibawa ke pentas hormat untuk
menerima tabik hormat.
III. Ketibaannya diumumkan oleh juruacara.
36
d. Tabik hormat dan nyanyian lagu pasukan (KRS).
I. Tabik hormat diberi sebaik sahaja tetamu VVIP
berada di atas pentas hormat.
II. Nyanyian lagu KRS beramai-ramai dengan `minus
one`.
e. Lapor
Ketua perbarisan melapor kepada tetamu VVIP.
f. Bacaan doa
Bacaan doa adalah sebagai tanda acara majlis dimulakan.
Teks doa hendaklah disediakan sebelum doa dibaca dan
bersesuaian dengan majlis.
g. Ucapan-ucapan
I. Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu
ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan
tetamu VVIP.
II. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk
mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan
menjelaskan mengenai nama program, tujuan
program, masa atau tarikh program dan kehadiran
peserta.
III. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk
menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah
atau pengelola.
IV. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan
ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk menutup
rasmi kursus di akhir ucapan. Kompang, gendang,
atau muzik boleh dimaikkan untuk mengiringi
pengumuman perasmian.
h. Penyampaian tauliah/sijil
Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk menyampaikan sijil
atau tauliah dan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawai
pengelola, pengerusi atau yang sesuai.
i. Penyampaian Cenderamata
I. Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan
mengikut urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu
utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya.
II. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan
memberi isyarat bahawa acara majlis akan berakhir
seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung,
majlis kita sudahpun hampir berakhir" atau kata-
37
kata lain yang bersesuaian. Tujuannya supaya ketua
perbarisan sedia untuk menjalankan tugas
seterusnya.
j. Nyanyian lagu kebangsaan
I. Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun
jika majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di
luar dewan.
II. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku akan
dinyanyikan beramai-ramai dengan iringan minus-
one.
k. Ketua Perbarisan Melapor.
I. Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas
hormat.
II. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya
melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas
yang lain`.
III. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP,
VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum
melaksanakan tugas yang seterusnya.
l. Tetamu Utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu
meninggalkan majlis.
I. Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP)
akan dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat
jamuan.
II. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat
pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh
dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu
dibawa tempat jamuan.
m. Jamuan
I. Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan
sempurna sama ada secara hidang atau buffet .
II. Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi
tersusun dan kemas.
III. Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat,
beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di
tempat yang sesuai.
n. Bersurai
Setelah selesai semua acara.
38
3.4.2 Majlis Di Luar Dewan
Majlis pentauliahan, penyampaian sijil atau pemakaian pangkat di luar
dewan boleh diadakan di kawasan yang sesuai seperti padang kawad, padang
permainan, gelanggang sukan dan sebagainya. Cara pelaksanaannya bergantung
kepada kesesuaian tempat yang dipilih. Pada kebiasaannya, majlis ini akan
diadakan bersama satu perbarisan. Anggota-anggota yang akan menerima tauliah,
hadiah atau sijil akan berada di luar perbarisan dan akan masuk sama ada secara
berseorangan atau berkumpulan apabila dipanggil oleh juruacara majlis.
Majlis Di Luar Dewan
A. Persiapan Tempat:
Secara umumnya, penyediaan tempat untuk majlis di luar dewan
hampir sama dengan majlis di dalam dewan. Walaupun demikian terdapat
beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam menyediakan tempat
tersebut antaranya;
B. Pentas:
Pentas hendaklah disediakan di bawah khemah terbuka (khemah
VIP) atau khemah kanopi. Khemah ini juga dikenali sebagai khemah atau
pentas utama. Cara susunan kerusi VIP, bendera, back drop, rostrum, meja
hadiah dan hiasan di atas pentas adalah sama seperti kedudukan majlis di
dalam dewan. Rujuk lampiran .... bagi mengetahui kedudukan di atas
pentas dan khemah-khemah.
C. Kerusi Tetamu :
Para tetamu jemputan akan berada di kiri-kanan khemah (pentas)
utama atau di belakangnya. Susunan kerusi hendaklah secara teratur dan
memenuhi setiap ruang yang ada. Jumlah kerusi hendaklah mencukupi
mengikut senarai tetamu jemputan yang akan hadir.
39
D. Kedudukan Penerima Tauliah, Sijil atau Kenaikan Pangkat:
Terdapat dua keadaan kepada anggota-anggota yang akan
menerima tauliah, sijil atau kenaikan pangkat iaitu sama ada secara
berseorangan atau secara kumpulan.
I. Berseorangan:
Apabila dipanggil nama untuk menerima sijil, tauliah atau
kenaikan pangkat, dalam masa sendiri berdiri, anggota hendaklah
berdiri, sedia dan berjalan menuju tempat penyampai hadiah.
Semasa hendak menerima sijil atau tauliah penerima tauliah
hendaklah melaksanakan kawad selaku terima sijil. Jika penerima
hendak dipakaikan pangkat yang baru, ketika kawad selaku terima
sijil iaitu selepas hormat dan satu langkah ke hadapan hendaklah
diam dan pegawai yang akan memakaikan pangkat akan
melaksanakan tugasnya. Setelah selesai, satu langkah ke belakang,
hormat, berpusing dan berjalan menuju kembali ke tempat
duduknya.
II Berkumpulan:
Jika majlis tersebut ialah majlis pemakaian pangkat,
anggota-anggota penerima dalam kumpulan akan bersedia di luar
kumpulan perbarisan. Biasanya berada di sebelah kanan pentas
utama. Apabila juruacara memanggil masuk, semua akan sedia dan
berjalan bersama-sama (berkawad) menuju tempat penerima sijil,
tauliah atau kenaikan pangkat. Kedudukan berhenti adalah di
tengah-tengah menghadap pentas utama, di hadapan kumpulan
perbarisan. Kemudian kumpulan penerima akan berhenti,
menghadap kehadapan, luruskan barisan, memberi hormat dan
diam. (Kesemua arahan pergerakan kawad diberi oleh salah
seorang anggota penerima).
Pegawai yang akan memakaikan pangkat akan
memakaikan pangkat seorang demi seorang hingga selesai. Setelah
selesai, kesemua penerima pangkat akan serentak memberi hormat
ke hadapan bersama-sama, berpusing dan berjalan menuju tempat
permulaan masuk tadi.
Jika majlis tersebut ialah majlis pentauliahan atau
penyampaian sijil dan penerimanya terlalu ramai, untuk
menjimatkan masa maka kaedah berwakil boleh dilakukan iaitu
menjemput salah seorang penerima tauliah atau sijil bagi mewakili
semua penerima-penerima sijil atau tauliah itu.
40
Menerima Sijil Secara Berkumpulan
E. Tatacara Majlis Pentauliahan, Penyampaian Sijil atau Pemakaian
Pangkat Di Luar Dewan
Tatacara atau susunan majlis yang dirancang untuk diadakan di
luar dewan seperti di padang kawad, tempat lapang, di padang dan
sebagainya hendaklah di susun dengan betul.
a. Ketibaan tetamu jemputan.
I. Penerima tauliah mengambil kedudukan iaitu
berbaris di hadapan pentas utama.
II. Tetamu jemputan yang hadir mengambil tempat
duduk di khemah-khemah yang disediakan.
b. Ketibaan Tetamu kehormat (VIP)
I. Tetamu kehormat VIP terdiri daripada pegawai atasan
program atau tetamu kehormat yang lain seperti
menteri dan wakil rakyat.
II. Tetamu kehormat diberi penghormatan untuk menerima
tabik hormat.
III. Ketibaannya diumumkan oleh juruacara.
c. Ketibaan Tetamu Utama (VVIP).
I. Acara sambutan dilakukan seperti perarakan bunga
manggar, kompang, persembahan silat dan
sebagainya tetapi hendaklah dilaksanakan di luar
dewan. (jika dirancang).
41
II. Tetamu utama terus dibawa ke pentas hormat untuk
menerima tabik hormat.
III. Ketibaannya diumumkan oleh juruacara sebaik sahaja
berada berhampiran tempat perbarisan.
d. Tabik hormat dan nyanyian lagu pasukan (KRS).
I. Tabik hormat diberi sebaik sahaja tetamu VVIP
berada di atas pentas hormat.
II. Nyanyian lagu KRS beramai-ramai dengan minus
one.
e. Lapor
Ketua perbarisan melapor kepada tetamu VVIP.
f. Bacaan doa
I. Bacaan doa sebagai tanda acara majlis dimulakan.
II. Ketua perbarisan memberi hukuman sedia dan ‘up’
(untuk mengaminkan doa).
III. Tetamu mengaminkan doa dalam keadaan duduk.
g. Ucapan-ucapan
I. Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu
ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan
tetamu VVIP.
II. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk
mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan
menjelaskan mengenai nama program, tujuan
program, masa atau tarikh program dan kehadiran
peserta.
III. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk
menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah
atau pengelola.
IV. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan
ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk menutup
rasmi kursus di akhir ucapan. Kompang, gendang,
atau muzik boleh dimaikkan untuk mengiringi
pengumuman perasmian.
i. Penyampaian tauliah/sijil
Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk menyampaikan sijil
atau tauliah dan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawai
pengelola, pengerusi atau yang sesuai.
i. Penyampaian Cenderamata
42
I. Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan
mengikut urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu
utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya.
II. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan
memberi isyarat bahawa acara majlis akan berakhir
seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung,
majlis kita sudahpun hampir berakhir" atau kata-
kata lain yang bersesuaian. Tujuannya supaya ketua
perbarisan sedia untuk menjalankan tugas
seterusnya.
j. Nyanyian lagu kebangsaan
I. Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun
jika majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di
luar dewan.
II. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku akan
dinyanyikan beramai-ramai dengan iringan minus-
one.
k. Ketua Perbarisan Melapor.
I. Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas
hormat.
II. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya
melapor untuk memohon `menjalankan tugas lain`.
III. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP,
VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum
melaksanakan tugas yang seterusnya.
l. Tetamu Utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu
meninggalkan majlis.
I. Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP)
akan dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat
jamuan.
II. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat
pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh
dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu
dibawa tempat jamuan.
m. Jamuan
I. Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan
sempurna sama ada secara hidang atau buffet .
II. Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi
tersusun dan kemas.
III. Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat,
beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di
tempat yang sesuai.
43
n. Bersurai
Setelah selesai semua acara.
3.4.3 Majlis Dalam Pejabat
Majlis di dalam pejabat boleh dilakukan secara mudah, ringkas dan
menjimatkan. Tidak seperti majlis di dalam dewan atau di luar dewan, majlis ini
tidak memerlukan persiapan yang rapi. Acara yang akan dilakukan bermula
dengan tetamu bersama penyampai sijil, tauliah atau pemakaian pangkat akan
memasuki pejabat penerima sijil, tauliah atau pangkat. Setelah bersalam-salaman,
berkenalan dan berbual seketika, juruacara akan memulakan majlis dengan
memberikan ucapan aluan dan seterusnya menjemput penerima untuk bersedia.
Setelah dijemput oleh juruacara pemberi sijil, tauliah atau pangkat akan
kehadapan untuk menyampaikan sijil, tauliah atau pangkat. Penerima pangkat
terlebih dahulu dalam masa sendiri sedia, memberi hormat sebelum pemberian
sijil, tauliah atau pemakaian pangkat. Setelah selesai bersalaman dan ucapkan
terima kasih hormat dan senang diri.
Walaupun majlis ini ringkas tetapi boleh juga diberikan ruang untuk
penerima dan pemberi atau penyampai sijil, tauliah atau pemberi pangkat berucap.
Setelah selesai, berdoa, menikmati jamuan (jika ada) dan bersurai.
3.4.4 Perkara-Perkara Lain Yang Perlu Diambil Kira Ketika Pelaksanaan Majlis
A. Penyampai Hadiah.
Penyampai sijil atau hadiah adalah merupakan tetamu utama
(seorang sahaja.sahaja). Jika penerima sijil terlalu ramai, maka hendaklah
ada masa rehat 5 minit untuk pemberi sijil duduk sebentar. Semasa rehat
ini, bolehlah diadakan selingan seperti permainan muzik gamelan atau
tambor.
B. Pembawa dulang.
Pembawa dulang hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas.
Orang pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil
kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini
hendaklah memberi hormat (sekali) sama ada tabik hormat sebaik sahaja
berada di hadapan pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil
atau hadiah ialah menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan
bersedia memberikan sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala
orang ketiga berada di meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil
atau hadiah yang disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah,
orang pertama akan memberikan sekali lagi hormat atau tunduk kepada
pemberi hadiah, sijil atau pangkat.
44
Pembawa Dulang
C. Sijil, Tauliah dan Pangkat
Kertas sijil atau tauliah hendaklah dimasukkan dalam skrol. Jika
tidak ada skrol maka kertas sijil itu hendaklah digulung dan diikat kemas
menggunakan riben. Bagi pemakaian pangkat, appuleete dan pangkat
hendaklah terlebih dahulu disediakan. Bagi pangkat yang perlu dilekatkan
di bahu, maka hendaklah disediakan pin pelekat yang siap dijahit untuk
memudahkan pangkat dilekatkan.
D. Penyambut tetamu
Bagi tetamu Utama atau VIP, pegawai pengiring hendaklah di
sediakan. Pegawai pengiring akan membawa VIP ke tempat duduk yang
diperuntukkan kepadanya. Pegawai pengiring ini di lantik dalam kalangan
pegawai yang mengetahui istiadat atau protokol. Pegawai pengiring akan
berada di pintu utama dan menunggu VIP turun dari kenderaan. Bagi
tetamu lain atau hadirin adalah memadai dengan meletakkan beberapa
orang pegawai lain untuk menunjuk arah tempat duduk. Pegawai ini akan
berada di pintu masuk utama.
E. Bilik Menunggu/Rehat VIP
Bilik tetamu di sediakan bagi VIP yang melalui perjalanan yang
jauh. Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara
menunggu persiapan akhir majlis. Minuman ringan boleh disediakan pada
ketika ini di bilik menunggu VIP ini. Pada ketika ini juga pegawai
pengiring yang dilantik boleh memberikan taklimat mengenai aturcara,
protokol atau perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh VIP semasa
majlis berjalan.
45
F. Juruacara
Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan
majlis. Adalah sangat penting bagi juruacara menyediakan skrip juruacara
yang mengandungi perkara-perkara seperti masa, perkara, skrip juruacara
dan catatan. Rujuk Lampiran.... Hal ini penting supaya tidak timbul
kekalutan, kesilapan atau ada perkara-perkara yang tertinggal. Juruacara
hendaklah mengkordinasi skrip dengan setiap agenda dalam aturcara
majlis. Juruacara juga hendaklah menyusun setiap perkara dengan betul
termasuk kordinasi dengan pegawai pelapor, pembaca doa, pemain muzik
dan bahagian hadiah. Juruacara juga dikehendaki memastikan kehadiran
VIP atau wakilnya dan diumumkan kepada hadirin.
Pembantu juruacara juga boleh disediakan untuk membantu
juruacara menyiapkan tugasannya. Antaranya ialah untuk memastikan
kehadiran VIP dan nama-nama ini di serahkan kepada pemberi ucapan.
Selain itu, pembantu juruacara juga boleh membantu mengkordinasi
juruacara dengan jawatankuasa yang lain dan bersedia mengambil tugas
pengacaraan jika diperlukan.
Juruacara juga bertanggungjawab untuk memperolehi biodata atau
latar belakang mengenai penerima sijil, tauliah atau pangkat seperti
sejarah keluarga, perkhidmatan, sumbangan-sumbangan dan sebagainya.
Biodata dan maklumat ini boleh dibacakan ketika majlis penyampaian
dilakukan.
G. Raptai
Raptai mesti dilalukan sebelum majlis sebenar dilaksanakan.
Semua yang terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus Pentas (event
manager) mestilah memberikan taklimat sebelum dan selepas raptai.
H. Aturcara Pentadbiran
Aturcara pentadbiran bagi majlis pentauliahan, penyampaian sijil
atau kenaikan pangkat perlu disusun dengan teratur. Kebiasaannya,
terdapat format khas dalam membuat skrip aturcara pentadbiran. Skrip
aturcara pentadbiran akan menjadi senarai semak mengenai perjalanan
majlis dari mula hingga akhir yang mesti diketahui oleh semua ahli
jawatankuasa.
I. Pembawa Teks Ucapan
Pembawa teks ucapan hendaklah meletakkan teks ucapan di atas
meja ucapan. Pergerakan adalah secara berkawad. Memberi hormat
sebelum dan selepas meletakkan teks ucapan kepada tetamu utama.
Selepas selesai ucapan melakukan pergerakan yang sama.
J. Sijil dan Appuleete (Pangkat)
46
Kertas sijil atau tauliah hendaklah dimasukkan dalam skrol. Jika
tidak ada skrol maka kertas sijil itu hendaklah digulung dan diikat kemas
menggunakan riben. Jika kenaikan pangkat, appuleete setiap pangkat
hendahlah di sediakan dan dipasangkan oleh pemberi pangkat setelah
membuka pangkat yang lama (jika ada). Jika pangkat yang hendak
dipakaikan itu dipasang pada bahu maka ’klip’ untuk melekatkan pangkat
itu hendahkan terlebih dahulu disediakan.
K. Penutup:
Lain-lain perkara yang berkaian dengan majlis di luar dewan ini
seperti tugasan bagi penyembut tetamu, bilik menunggu VIP, aturcara
majlis dan juruacara adalah sama seperti majlis di dalam dewan.
Bagaimanapun, raptai mesti dilalukan sebelum majlis sebenar
dilaksanakan. Semua yang terlibat mesti menghadiri raptai. pengurus acara
(event manager) mestilah memberikan taklimat sebelum dan selepas
raptai.
3.5 TATACARA PAKAIAN:
Pakaian semasa majlis pentauliahan atau penyampaian sijil hendaklah memakai
uniform lengkap. Biasanya terdapat pakaian khas iaitu pakaian istiadat atau pakaian
nombor 1. Jika tiada, boleh memakai pakaian nombor 4. Petugas-petugas, jawatankuasa
dan pegawai-pegawai lain hendaklah memakai pakaian nombor 2 atau bush jecket. Bagi
tetamu yang tidak beruniform hendaklah memakai pakaian rasmi seperti bush jecket,
blazer atau batik.
3.6 BANTUAN KHIDMAT:
Bantuan khidmat ialah elemen-elemen fizikal seperti peralatan dan tugas-tugas
atau kerja-kerja yang perlu disediakan atau dijalankan sepanjang majlis dilaksanakan.
Rujuk Lampiran Bantuan khidmat.
3.7 PENUTUP
Setiap bahagian dalam jawatankuasa dan petugas-petugas yang telah dilantik
hendaklah merancang tugasannya dengan teliti dan tidak perlu mendapat arahan
sepenuhnya daripada urusetia atau pengurus acara (event manager). Dalam hal ini,
beberapa perkara seperti peralatan yang diperlukan , disediakan sendiri oleh mereka
dengan inisiatif sendiri. Namun begitu, jika ada masalah mereka boleh merujuk kepada
yang arif seperti pengurus acara, pengerusi atau urusetia.
Setiap bahagian dalam jawatankuasa perlu dikoordinasi dan saling berkerjasama.
Arahan, taklimat hendaklah diberi dengan jelas oleh pengerusi, penyelaras atau pengurus
acara dan diketahui oleh semua ahli. Justeru itu, mesyuarat dan taklimat pelarasan
hendaklah diadakan beberapa kali untuk memastikan setiap perancangan dapat berjalan
seperti yang dirancang.
47
Bab 4
Tatacara Majlis
Dalam Kursus-Kursus KRS (oleh: MOHD SUBHI MARSAN)
4.1 PENDAHULUAN
Dalam program-program Kadet Remaja Sekolah, salah satu aspek penting ialah
pelaksanaan kursus-kursus seperti kursus asas, kenaikan pangkat, kemahiran, kerjaya,
jurulatih, pemimpin dan pemantapan pegawai dan kadet. Dalam pelaksanaan kursus-
kursus tersebut terdapat beberapa majlis rasmi yang perlu diadakan mengikut adat istiadat
KRS. Program ini mestilah diatur secara terancang dan sistematik. Seperti majlis-majlis
yang lain, majlis beristiadat ini selalunya melibatkan jemputan-jemputan khas atau VIP
yang memerlukan pelaksanaan program yang standard agar kelihatan tersusun, kemas
dan lancar.
4.2 JENIS MAJLIS
Majlis-majlis yang terdapat semasa pelaksanaan kursus-kursus KRS adalah majlis
yang rasmi. Oleh itu, segala perancangan dan pelaksanaan majlis ini tertakluk kepada
peraturan, protokol atau istiadat yang rasmi yang biasanya dilakukan. Terdapat dua majlis
yang boleh dilaksanakan dalam pelaksanaan kursus-kursus tersebut iaitu;
4.2.1 Majlis Pembukaan
4.2.2 Majlis Penutupan
Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan. Bagaimanapun, majlis
pembukaan dan penutup boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang.
Secara amnya, pelaksanaan sama ada majlis pembukaan atau penutup mempunyai
tatacara, istiadat dan protokol yang hampir sama. Perbezaannya ialah cara menyesuaikan
sistem atau protokolnya bersesuaian dengan keadaan tempat dan aturcara majlis. Kedua-
dua majlis pembukaan dan majlis penutupan adalah perlu dilakukan pada satu-satu siri
kursus namun begitu jawatankuasa pelaksana kursus boleh juga memilih sama ada majlis
pembukaan sahaja atau majlis penutupan sahaja bergantung kepada keperluan kursus
berkenaan.
Rujuk topik majlis pembukaan dan penutupan rasmi.
48
4.3 JAWATANKUASA
Jawatankuasa majlis pembukaan atau majlis penutupan boleh ditubuhkan dalam
kalangan pegawai atau jurulatih yang terlibat dalam kursus-kursus berkenaan. Peserta-
peserta kursus juga boleh dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Seperti dalam pelaksanaan
majlis-majlis yang lain, terdapat dua jawatankuasa yang perlu ditubuhkan iaitu
jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana.
4.3.1 Jawatankuasa Induk:
Jawatankuasa Induk terdiri daripada kalangan ahli yang berada pada peringkat
legistatif (kementerian) atau pengurusan (jabatan) bergantung kepada peringkat majlis ini
diadakan. Jawatankuasa ini yang akan membuat dasar, peraturan atau membuat
keputusan tertentu untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa pelaksana. Rujuk lampiran.
4.3.2 Jawatankuasa Pengelola:
Jawatankuasa pengelola ialah ahli-ahli yang dilantik dan mereka ini
bertanggungjawab ke atas pelaksanaan majlis. Ahli-ahli mungkin terdiri daripada
kalangan pengelola, jurulatih atau peserta-peserta kursus itu sendiri. Merekalah yang
akan mengadakan persiapan, menyediakan keperluan peralatan, dan memantau kerja-
kerja di bawah bidang kuasanya. Rujuk lampiran.
4.4 PELAKSANAAN
Pelaksanaan tatacara majlis dalam kursus-kursus KRS sama ada upacara
pembukaan atau penutupan mempunyai prosedur pelaksanaan yang sama. Majlis yang
dirancang boleh diadakan di dalam dewan atau di luar dewan seperti di padang kawad,
tempat perhimpunan dan sebagainya. Secara umumnya, prosedur pelaksanaan adalah
seperti berikut;
4.4.1 Majlis Di Dalam Dewan
A. Persiapan Tempat:
a. Pentas:
Pentas adalah bahagian penting dan perlu disediakan
dengan cara yang teratur. Bahagian pentas perlu diatur dengan
teliti kerana ia mencerminkan kepakaran, pengetahuan dan ilmu
dalam aspek istiadat atau protokol. Lihat Lampiran .... untuk
mendapat gambaran susunan (layout) di atas pentas.
b. Kerusi ‘VIP’:
49
Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut
kekananan jawatan dimulai dari kedudukan di tengah-tengah.
Rujuk lampiran...., susunan kerusi.
c. Bendera:
Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas
atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas.
Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang
betul. Rujuk lampiran.... bendera.
d. Backdrop dan hiasan pentas :
Backdrop hendaklah di letakkan pada papan backdrop
ditengah-tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada
keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo
dan warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu
kabur warna.
e. Rostrum VIP:
Rostrum VIP diletakkan pada bahagian sudut kanan pentas.
Rostrum hendaklah dialas. Pastikan VIP yang berucap tidak
terlindung daripada penglihatan para tetamu.
f. Rostrum Pengacara Majlis:
Rostrum pengacara majlis boleh di letak pada mana-mana
bahagian yang sesuai tetapi tidak berada dihadapan selari dengan
Rostrum VIP atau kerusi VIP. Boleh juga diletakkan di bahagian
bawah sebelah kiri dewan (tidak di atas pentas) atau pada
kedudukan kiri belakang kerusi VIP dan berhampiran meja hadiah
(jika ada meja hadiah).
g. Meja Hadiah:
Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum
juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan
juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah)
pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas.
h. Kedudukan Kerusi Tetamu:
Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut
keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi
bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada
bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap
kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan
dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi
mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.
50
i. Kedudukan Kerusi Peserta Kursus
Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada
kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas manakala
tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas
peserta-peserta kursus.
j. Kedudukan Naik Turun Pentas:
Peserta yang akan naik ke pentas untuk menerima sijil
tamat kursus hendaklah secara kumpulan jika terlalu ramai dan
berseorangan jika jumlahnya sedikit. Jika bilangannya ramai,
kebiasaannya kumpulan-kumpulan akan di bentuk berdasarkan
barisan pada setiap kolum. Setiap penerima sijil dalam kolum
barisan akan bergilir-gilir seorang demi seorang naik ke pentas
mengikut ‘masa’ yang betul. Satu baris penerima sijil akan naik ke
pentas seorang demi seorang. Apabila seorang menerima hadiah,
seorang akan menunggu pada hentian menunggu di atas tangga
naik, seorang akan berada pada hentian menunggu di bawah tangga
naik dan yang lain di hentian menunggu di luar dewan dalam
barisan kolum. Satu barisan kolum akan berdiri dan keluar menuju
tempat menunggu di luar dewan melalui bahagian tepi kolum.
k. Tanda laluan naik ke pentas:
Laluan naik ke pentas untuk penerima sijil untuk
menerima sijilnya mestilah di tanda. Tanda-tanda yang perlu di
buat ialah pada tempat menerima hadiah, pada tempat menunggu
di atas tangga naik, tempat menunggu di bawah tangga naik dan
tempat menunggu di luar dewan. Penerima akan naik ke pentas
melalui tangga sebelah kiri pentas (menghadap tetamu) dan turun
melalui tangga sebelah kanan pentas. Pastikan terdapat ruang
laluan penerima hadiah di hadapan meja atau kerusi VIP.
m. Cara menerima sijil kursus di atas pentas:
Upacara menerima sijil hanya dilakukan semasa majlis
penutupan rasmi sahaja. Penerima sijil dikehendaki berjalan
mengikut laluan yang ditanda. Apabila berada di hadapan untuk
menerima sijil, penerima hendaklah melakukan kawad selaku
terima sijil. jika beruniform. Jika tidak beruniform, penerima sijil
hendaklah memberi hormat (solute) kepada pemberi sijil iaitu
dengan cara sedikit membongkok dan tunduk sedikit pada sudut 45
darjah pada kedudukan dua langkah di hadapan penerima sijil,
kemudian membuat satu langkah ke hadapan, bersalam dan
menerima sijil. Selepas menerima sijil hendaklah mengucapkan
terima kasih. Ketika beredar, melakukan satu langkah undur ke
belakang, memberi hormat dengan membongkok dan tunduk 45
darjah, berpusing ke kiri dan terus berjalan keluar turun pentas.
51
K. Tatacara Majlis Di Dalam Dewan.
Tatacara majlis hendaklah di susun dengan betul. Sama ada majlis
pembukaan rasmi atau penutupan rasmi, tatacaranya adalah sama. Hanya
sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya.
a. Ketibaan tetamu jemputan.
I. Peserta kursus mengambil tempat duduk yang
disediakan.
II. Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk
masing-masing yang telah disediakan di bahagian
hadapan tempat duduk peserta kursus.
III. Tetamu-tetamu lain mengambil tempat duduk di
bahagian belakang selepas tempat duduk peserta.
b. Ketibaan tetamu kehormat (VIP).
I. Ketibannya diumumkan oleh juruacara.
II. Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi
penghormatan untuk menerima tabik hormat.
c. Ketibaan Tetamu Utama.
I. Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh
jawatankuasa penyambut tetamu.
II. Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar,
persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan
tidak memakan banyak masa.
III. Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik
sahaja berada dipintu masuk atau tempat yang
hampir dengan kedudukan majlis.
d. Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS.
I. Tetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas
hormat untuk menerima tabik hormat daripada
ketua perbarisan.
II. Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang
ada di dalam dewan untuk bangun bagi majlis yang
diadakan di dalam dewan. Jika majlis diadakan di
luar dewan maka semua hendaklah berdiri sedia.
III. Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai
dengan minus-one.
e. Lapor
Ketua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian
selesai.
52
f. Bacaan doa
I. Doa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis.
II. Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan
majlis.
g. Ucapan-ucapan
V. Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu
ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan
tetamu VVIP.
VI. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk
mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan
menjelaskan mengenai nama program, tujuan
program, masa atau tarikh program dan kehadiran
peserta.
VII. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk
menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah
atau pengelola.
VIII. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan
ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk membuka
rasmi atau menutup rasmi kursus pada akhir
ucapannya. Kompang, gendang, atau muzik boleh
dimaikkan untuk mengiringi pengumuman
perasmian.
h. Penyampaian sijil kursus (Dijalankan semasa majlis
perasmian penutup sahaja).
I. Tetamu utama (VVIP) boleh dijemput untuk
menyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu
kehormat, pegawai pengelola, pengerusi atau yang
sesuai.
II. Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk
menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya
hendaklah disusun dengan betul iaitu penyampaian
di akhiri dengan tetamu utama (VVIP).
i. Penyampaian Cenderamata
III. Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan
mengikut urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu
utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya.
IV. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan
memberi isyarat bahawa acara majlis akan berakhir
seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung,
majlis kita sudahpun hampir berakhir" atau kata-
kata lain yang bersesuaian. Tujuannya supaya ketua
53
perbarisan sedia untuk menjalankan tugas
seterusnya.
j. Nyanyian lagu kebangsaan
I. Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun
jika majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di
luar dewan.
II. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan
beramai-ramai dengan iringan minus-one.
k. Ketua perbarisan melapor
I. Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas
hormat.
II. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya
melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas
yang lain`.
III. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP,
VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum
melaksanakan tugas yang seterusnya.
l. Tetamu Utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu
meninggalkan majlis.
I. Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP)
akan dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat
jamuan.
II. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat
pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh
dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu
dibawa tempat jamuan.
l. Jamuan
I. Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan
sempurna sama ada secara hidang atau buffet .
II. Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi
tersusun dan kemas.
III. Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat,
beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di
tempat yang sesuai.
m. Bersurai
I. Setelah selesai semua acara.
54
4.4.2 Majils Di Luar Dewan
Majlis pembukaan atau penutupan kursus boleh juga diadakan di luar
dewan seperti di padang kawad, padang permainan, dan sebagainya. Cara
pelaksanaannya bergantung kepada kesesuaian tempat yang dipilih. Pada
kebiasaannya, majlis ini akan diadakan bersama satu perbarisan yang terdiri
daripada peserta-peserta kursus.
A. Persiapan Tempat:
Secara umumnya, penyediaan tempat untuk majlis di luar dewan
berbeza dengan majlis di dalam dewan. Terdapat beberapa perkara yang
perlu diambilkira dalam menyediakan tempat tersebut antaranya;
a. Pentas:
Pentas hendaklah disediakan di bawah khemah terbuka
(khemah VIP) atau khemah kanopi. Khemah ini juga dikenali
sebagai khemah atau pentas utama. Cara susunan kerusi VIP,
bendera, back drop, rostrum, meja hadiah dan hiasan di atas pentas
adalah sama seperti kedudukan majlis di dalam dewan.
b. Kerusi Tetamu :
Para tetamu jemputan akan berada di kiri dan kanan
khemah pentas utama atau di belakangnya. Susunan kerusi
hendaklah secara teratur dan memenuhi setiap ruang yang ada.
Jumlah kerusi hendaklah mencukupi mengikut senarai tetamu
jemputan yang akan hadir.
Kedudukan Kerusi VVIP dan VIP
55
B. Kedudukan Penerima Sijil Tamat Kursus
Terdapat tiga keadaan kepada anggota-anggota yang akan
menerima sijil iaitu sama ada berseorangan, berkumpulan atau secara
berwakil.
a. Berseorangan:
Apabila dipanggil nama untuk menerima sijil, tauliah atau
kenaikan pangkat, dalam masa sendiri, berdiri, anggota hendaklah
berdiri, sedia dan berjalan menuju tempat penyampai hadiah
kemudian anggota hendaklah berhenti, hormat ke hadapan (jika
memakai uniform), satu langkah ke hadapan dan menerima sijil
atau tauliah atau sedia untuk dipakaikan pangkat yang baru.
Setelah selesai, satu langkah ke belakang, hormat, berpusing dan
berjalan menuju tempat duduknya.
Cara menerima sijil secara berseorangan ini adalah sama
untuk penerima-penerima hadiah peserta kursus terbaik, akademik
terbaik dan hadiah-hadiah lain.
b. Berkumpulan:
Jika majlis tersebut ialah majlis pemakaian pangkat,
anggota-anggota penerima dalam kumpulan akan bersedia di luar
kumpulan perbarisan. Biasanya berada di sebelah kanan pentas
utama. Apabila juruacara memanggil masuk, semua akan sedia dan
berjalan bersama-sama (berkawad) menuju tempat penerima sijil,
tauliah atau kenaikan pangkat. Kedudukan berhenti adalah di
tengah-tengah menghadap pentas utama, di hadapan kumpulan
perbarisan. Kemudian kumpulan penerima akan berhenti,
menghadap kehadapan, luruskan barisan, memberi hormat dan
diam. (Kesemua arahan pergerakan kawad diberi oleh salah
seorang anggota penerima).
56
Bergerak Ke Pentas Secara Kumpulan
c. Berwakil:
Jika penerima sijil kursus terlalu ramai, untuk menjimatkan
masa, kaedah menerima sijil secara berwakil boleh dilakukan.
Maksudnya, juruacara akan menjemput salah seorang wakil
daripada kalangan peserta untuk mewakili semua peserta-peserta
kursus untuk menerima sijil tamat kursus.
C. Tatacara Majlis Di Luar Dewan
Tatacara majlis di luar dewan sama ada majlis pembukaan rasmi
kursus atau majlis penutupan kursus hendaklah di susun dengan betul.
Kedua-dua jenis majlis ini mempunyai tatacara yang sama. Hanya sedikit
perbezaan daripada segi kandungan acaranya.
b. Ketibaan tetamu jemputan.
I. Peserta kursus mengambil kedudukan iaitu berbaris
di tempat atau kawasan yang disediakan.
II. Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk
masing-masing di khemah tetamu yang disediakan.
b. Ketibaan tetamu kehormat (VIP).
III. Ketibannya diumumkan oleh juruacara.
IV. Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi
penghormatan untuk menerima tabik hormat.
c. Ketibaan Tetamu Utama.
I. Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh
jawatankuasa penyambut tetamu.
II. Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar,
persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan
tidak memakan banyak masa.
57
III. Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik
sahaja berada dipintu masuk atau tempat yang
hampir dengan kedudukan majlis.
d. Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS.
I. Tetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas
hormat untuk menerima tabik hormat daripada
ketua perbarisan.
II. Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang
ada di dalam dewan untuk bangun bagi majlis yang
diadakan di dalam dewan. Jika majlis diadakan di
luar dewan maka semua hendaklah berdiri sedia.
III. Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai
dengan minus-one.
f. Lapor
Ketua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian lagu
KRS selesai.
f. Bacaan doa
I. Doa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis.
II. Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan
majlis.
g. Ucapan-ucapan
IX. Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu
ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan
tetamu VVIP.
X. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk
mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan
menjelaskan mengenai nama program, tujuan
program, masa atau tarikh program dan kehadiran
peserta.
XI. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk
menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah
atau pengelola.
XII. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan
ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk membuka
rasmi atau menutup rasmi kursus pada akhir
ucapannya. Kompang, gendang, atau muzik boleh
dimaikkan untuk mengiringi pengumuman
perasmian.
h. Penyampaian sijil kursus (Dijalankan semasa majlis
perasmian penutup sahaja).
58
III. Tetamu utama (VVIP) boleh dijemput untuk
menyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu
kehormat, pegawai pengelola, pengerusi atau yang
sesuai.
IV. Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk
menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya
hendaklah disusun dengan betul iaitu penyampaian
di akhiri dengan tetamu utama (VVIP).
i. Penyampaian Cenderamata
V. Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan
mengikut urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu
utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya.
VI. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan
memberi isyarat bahawa acara majlis akan berakhir
seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung,
majlis kita sudahpun hampir berakhir" atau kata-
kata lain yang bersesuaian. Tujuannya supaya ketua
perbarisan sedia untuk menjalankan tugas
seterusnya.
j. Nyanyian lagu kebangsaan
I. Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun
jika majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di
luar dewan.
II. Nyanyian lagu kebangsaan iaitu Negaraku akan
dinyanyikan beramai-ramai dengan iringan minus-
one.
k. Ketua perbarisan melapor
I. Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas
hormat.
II. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya
melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas
yang lain`.
III. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP,
VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum
melaksanakan tugas yang seterusnya.
l. Tetamu Utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu
meninggalkan majlis.
I. Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP)
akan dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat
jamuan.
59
II. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat
pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh
dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu
dibawa tempat jamuan.
l. Jamuan
I. Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan
sempurna sama ada secara hidang atau buffet .
II. Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi
tersusun dan kemas.
III. Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat,
beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di
tempat yang sesuai.
m. Bersurai
II. Setelah selesai semua acara.
4.4.3 Perkara-Perkara Lain Yang Perlu Diambil Kira Ketika Pelaksanaan Majlis
A. Penyampai Hadiah.
Penyampaian sijil dan hadiah boleh dilakukan dalam majlis
penutupan sahaja dan disampaikan oleh tetamu utama atau tetamu khas
secara bergilir-gilir tetapi VIP paling kanan adalah penyampai yang
terakhir.
C. Pembawa dulang:
Pembawa dulang hendaklah terdiri daripada dua orang petugas
secara bergilir-gilir. Orang pertama ialah orang yang membawa dulang
dan menghulurkan sijil kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi sijil
atau hadiah, petugas pertama ini hendaklah memberi hormat (sekali).
Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah ialah menghadap ke arah
kanan pentas. Orang kedua akan bersedia untuk mengambil alih tugas
bergilir apabila anggota pertama selesai tugas dan begitulah seterusnya.
Selepas selesai memberi hadiah, orang pertama akan memberikan sekali
lagi hormat.
F. Pembawa sijil, hadiah atau cenderamata.
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas.
Orang pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil
kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini
hendaklah memberi hormat (sekali) sebaik sahaja berada di hadapan
pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah ialah
60
menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan bersedia memberikan
sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala orang ketiga berada di
meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil atau hadiah yang
disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah, orang pertama
akan memberikan sekali lagi hormat (solute) atau tunduk.
H. Sijil:
Kertas sijil kursus hendaklah dimasukkan dalam skrol. Jika tidak
ada skrol maka kertas sijil itu hendaklah digulung dan diikat kemas
menggunakan riben.
I. Penyambut tetamu:
Bagi tetamu utama atau VIP, ‘usher’ (pengiring) hendaklah di
sediakan. Usher akan membawa VIP ke tempat duduk yang diperuntukkan
kepadanya. Usher ini di lantik dalam kalangan pegawai yang mengetahui
istiadat atau protokol. Usher akan berada di pintu utama dan menunggu
VIP turun dari kenderaan. Bagi tetamu lain atau hadirin adalah memadai
dengan meletakkan beberapa orang pegawai lain untuk menunjuk arah
tempat duduk. Pegawai ini akan berada di pintu masuk utama.
J. Bilik Menunggu/Rehat VVIP
Bilik tetamu di sediakan bagi VIP yang melalui perjalanan yang
jauh. Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara
menunggu persiapan akhir majlis. Minuman ringan boleh disediakan pada
ketika ini di bilik menunggu VIP ini. Pada ketika ini juga ‘usher’ yang
dilantik boleh memberikan taklimat mengenai aturcara, protokol atau
perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh VIP semasa majlis berjalan.
D. Penyampai Sijil dan Hadiah.
Penyampai sijil atau hadiah adalah merupakan tetamu utama, boleh
seorang atau lebih secara bergilir-gilir mengikut kekananan jika penerima
sijil terlalu ramai. Jika penyampai hadiah tidak beruniform, penerima
hendaklah melakukan kawad selaku terima sijil seperti biasa.
L. Juruacara
Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan
majlis. Adalah sangat penting bagi juruacara menyediakan skrip juruacara
yang mengandungi perkara-perkara seperti masa, perkara, skrip juruacara
dan catatan. Hal ini penting supaya tidak timbul kekalutan, kesilapan atau
ada perkara-perkara yang tertinggal. Juruacara hendaklah mengkordinasi
skrip dengan setiap agenda dalam aturcara majlis. Juruacara juga
hendaklah menyusun setiap perkara dengan betul termasuk kordinasi
dengan pegawai pelapor, pembaca doa, pemain muzik dan bahagian
61
hadiah. Juruacara juga dikehendaki memastikan kehadiran VIP atau
wakilnya dan diumumkan kepada hadirin.
Pembantu juruacara juga boleh disediakan untuk membantu
juruacara menyiapkan tugasannya. Antaranya ialah untuk memastikan
kehadiran VIP dan nama-nama ini di serahkan kepada pemberi ucapan.
Selain itu, pembantu juruacara juga boleh membantu mengkordinasi
juruacara dengan jawatankuasa yang lain dan bersedia mengambil tugas
pengacaraan jika diperlukan.
Juruacara juga bertanggungjawab untuk memperolehi biodata atau
latar belakang mengenai penerima sijil, tauliah atau pangkat seperti
sejarah keluarga, perkhidmatan, sumbangan-sumbangan dan sebagainya.
Biodata dan maklumat ini boleh dibacakan ketika majlis penyampaian
dilakukan.
M. Teks Ucapan
Jawatankuasa yang berkenaan hendaklah menyediakan teks ucapan
untuk perasmi dan juga tetamu utama yang akan berucap mengikut format
yang telah ditetapkan. Teks ucapan ini hendaklah dikemukakan terlebih
dahulu kepada pegawai yang berucap sebelum majlis dijalankan untuk
tujuan semakan. Pada ketika ini juga, senarai nama dan jawatan tetamu
utama yang hadir boleh diberikan kepada pegawai yang akan memberikan
ucapan tersebut.
Sekiranya teks ucapan yang disediakan itu untuk perasmi acara
pembukaan atau penutup maka diakhir ucapan itu perlu disertakan dengan
kata-kata perasmian. Rujuk Lampiran...
N. Raptai
Raptai mesti dilalukan sebelum majlis sebenar dilaksanakan.
Semua yang terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus Acara (event
manager) atau penyelaras mestilah memberikan taklimat sebelum dan
selepas raptai.
O. Aturcara Pentadbiran
Aturcara pentadbiran bagi majlis pentauliahan, penyampaian sijil
atau kenaikan pangkat perlu disusun dengan teratur. Kebiasaannya,
terdapat format khas dalam membuat skrip aturcara pentadbiran. Skrip
aturcara pentadbiran akan menjadi senarai semak mengenai perjalanan
majlis dari mula hingga akhir yang mesti diketahui oleh semua ahli
jawatankuasa.
F. Penutup:
62
Lain-lain perkara yang berkaian dengan majlis di luar dewan ini
seperti tugasan bagi penyembut tetamu, bilik menunggu VIP, aturcara
majlis dan juruacara adalah sama seperti majlis di dalam dewan.
Bagaimanapun, raptai mesti dilalukan sebelum majlis sebenar
dilaksanakan. Semua yang terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus
Pentas (event manager) mestilah memberikan taklimat sebelum dan
selepas raptai.
4.5 PAKAIAN.
Pakaian semasa majlis pentauliahan atau penyampaian sijil hendaklah
memakai uniform lengkap. Biasanya terdapat pakaian khas iaitu pakaian istiadat
atau pakaian nombor 1. Jika tidak ada, pakaian no.4 juga boleh dipakai dengan
kasut spike boot. Petugas-petugas, jawatankuasa dan pegawai-pegawai lain
hendaklah memakai pakaian nombor 2 atau bush jacket. Bagi tetamu yang tidak
beruniform hendaklah memakai pakaian rasmi seperti bush jacket, blazer atau
batik.
4.6 BANTUAN KHIDMAT.
Bagi memastikan perlajanan program berjalan lancar, bantuan khidmat
juga perlu diadakan. Rujuk Lampiran....
4.7 PENUTUP
Setiap bahagian dalam jawatankuasa dan petugas-petugas yang telah dilantik
hendaklah merancang tugasannya dengan teliti dan tidak perlu mendapat arahan
sepenuhnya daripada urusetia. Dalam hal ini, beberapa perkara seperti peralatan yang
diperlukan , disediakan sendiri oleh mereka dengan inisiatif sendiri. Namun begitu, jika
ada masalah mereka boleh merujuk kepada yang arif seperti pengerusi, penyelaras atau
urusetia.
Setiap bahagian dalam jawatankuasa perlu dikoordinasi dan saling berkerjasama.
Arahan, taklimat hendaklah diberi dengan jelas oleh pengerusi, atau penyelaras dan
diketahui oleh semua ahli. Justeru itu, mesyuarat dan taklimat pelarasan hendaklah
diadakan beberapa kali untuk memastikan setiap perancangan dapat berjalan seperti yang
dirancang.
63
Bab 5
Istiadat Dalam Majlis Sambutan
Ulang Tahun KRS
5.1 PENGENALAN
Hari ulang tahun KRS jatuh pada 20 Jun setiap tahun. Sempena ulang tahun ini,
majlis sambutan perlu dilaksanakan bagi mengenang sejarah penubuhannya dan
mengimbas kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh tersebut. Dicadangkan
supaya acara sambutan ini dijadikan aktiviti tahunan di peringkat sekolah, daerah, negeri,
dan kebangsaan. Semoga majlis yang diadakan ini akan menjadi pendorong kepada
kemajuan KRS pada masa depan.
5.2 JAWATANKUASA
5.2.1 Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa Induk terdiri daripada pegawai yang berada di peringkat
legistatif (kementerian) atau pengurusan (jabatan) bergantung kepada peringkat
majlis ini diadakan. Jawatankuasa ini akan membuat dasar, peraturan atau
membuat keputusan tertentu untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa pelaksana.
Rujuk Lampiran
5.2.2 Jawatankuasa Pengelola
Jawatankuasa pengelola ialah ahli-ahli yang dilantik dan mereka
bertanggungjawab terhadap pelaksanaan majlis. Ahli-ahlinya akan mengadakan
persiapan, menyediakan keperluan peralatan dan memantau kerja-kerja di bawah
bidang kuasanya.
Jawatankuasa Pengelola
Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
64
Timbalan Pengerusi I : Timbalan Pengarah Pelajaran
Negeri
Timbalan Pengerusi 2 : Ketua Sektor Pembangunan
Kemanusiaan (JPN)
Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum (JPN)
Pen.S/Usaha I : Penyelia Unit Beruniform (JPN)
Pen. S/Usaha 2 : Pegawai Tadbir (KRS) Negeri
Bendahari : Pegawai Kewangan (JPN)
Penyelaras : Dilantik.
Penolong Penyelaras : Dilantik.
Ahli Jawatankuasa
Persiapan Tempat :
Sajian :
Logistik :
Sambutan :
Protokol :
Sijil/Cenderamata :
Buku Aturcara :
Pengurusan Peserta :
Penempatan :
Siar Raya :
5.3 PELAKSANAAN
5.3.1 MAJLIS DI LUAR DEWAN
A. Penetapan tarikh, masa dan tempat
Jawatankuasa Induk perlu menetapkan tarikh, masa dan tempat
majlis ini akan diadakan. Pemilihan tempat perlulah sesuai dengan
keperluan maljis ini, misalnya mempunyai dataran kejat atau
dewan.
B. Persiapan Tempat:
I. Dataran Perhimpunan
Dataran perhimpunan yang sesuai dengan bilangan peserta perlu
ditentukan kerana di sinilah aktiviti utama akan dilangsungkan.
65
II. Khemah/ kanopi
Bilangan khemah yang secukupnya diperlukan untuk
menempatkan tetamu-tetamu jemputan dan VIP. Khemah VIP
hendaklah ditempatkan di tengah bahagian hadapan dataran
manakala khemah tetamu di kiri dan kanan khemah VIP.
III. Kerusi VIP
Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekananan
jawatan dimulai dari kedudukan di tengah-tengah. Boleh disusun
dalam bilangan ganjil atau genap.
Rujuk Lampiran
IV. Kerusi Tetamu
Kerusi tetamu hendaklah disediakan secukupnya. Susunan
hendaklah dibuat di belakang kerusi VIP mengikut bilangan tetamu
yang dijemput. Pelan tempat duduk boleh dibuat bagi mengelakkan
kekeliruan tetamu. Jika tetamu ramai, khemah tetamu boleh
didirikan di kiri dan kanan khemah VIP.
V. Bendera
Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau
pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas.
Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang
betul. Rujuk Lampiran
VI. Pentas Tabik Hormat
Pentas tabik hormat diperlukan bagi upacara menerima tabik
hormat oleh tetamu-tetamu kehormat yang dijemput. Pentas ini
perlu diletakkan di tengah-tengah kedudukan pasukan perbarisan
kehormat yang ditentukan. Tidak lebih 3 tetamu kehormat yang
patut naik ke pentas tabik hormat.
VII. Rostrum VIP
Rostrum VIP diletakkan di bahagian sudut kanan. Pastikan VIP
yang berucap tidak terlindung daripada penglihatan para tetamu.
66
VII. Rostrum Pengacara Majlis
Rostrum pengacara majlis boleh diletak di mana-mana bahagian
yang sesuai seperti di kiri belakang kerusi VIP atau berhampiran
meja hadiah (jika ada meja hadiah).
VIII. Meja Hadiah
Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara
dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga
meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) pada
kedudukan sebelah kanan.
IX. Tanda laluan penerima sijil/ anugerah
Laluan penerima sijil atau anugerah mestilah ditanda. Tanda-tanda
yang perlu dibuat ialah pada tempat menerima anugerah dan pada
tempat menunggu. Penerima akan berjalan masuk melalui
bahagian sebelah kiri khemah VIP (menghadap tetamu) dan keluar
ke sebelah kanan. Pastikan terdapat ruang laluan penerima hadiah
di hadapan meja/ kerusi VIP.
C. Perbarisan Kehormat
Pasukan perbarisan perlu disediakan bagi upacara tabik hormat. Pasukan
ini terdiri daripada 3 pegawai dan 38 anggota kadet. Latihan yang
secukupnya diperlukan bagi memastikan kelancaran majlis.
D. Kedudukan Kontingen
Kontingen-kontingen yang mengambil bahagian dalam majlis ini perlu
disusun di bahagian belakang pasukan perbarisan kehormat dengan
seorang ketua kontingen berada di hadapan kontingen masing-masing.
E. Aturcara Majlis
Aturcara majlis hendaklah disusun mengikut tatacara yang betul. Terdapat
beberapa situasi majlis di luar dewan yang boleh dilaksanakan. Situasi
yang hendak dilaksanakan perlu diputuskan.
Situasi 1 (Pasukan Perbarisan Kehormat telah mengambil kedudukan)
a. Ketibaan tetamu jemputan
67
b. Ketibaan VIP
c. Ketibaan Tetamu Utama
d. Tabik Hormat dan nyanyian lagu KRS
e. Lapor
f. Bacaan doa
g. Bacaan Ikrar
h. Ucapan-ucapan
i. Persembahan
j. Penyampaian anugerah/sijil
k. Tetamu meninggalkan majlis
l. Jamuan
m. Bersurai
Situasi 2 (Pasukan Perbarisan Kehormat belum masuk padang)
a. Ketibaan tetamu jemputan
b. Perbarisan Kehormat masuk padang
c. Ketibaan VIP (2 orang dan diberi tabik hormat)
d. Ketibaan Tetamu Utama
e. Tabik Hormat dan nyanyian lagu KRS
f. Lapor
g. Bacaan doa
h. Bacaan Ikrar
i. Perbarisan hormat keluar padang
68
j. Ucapan-ucapan
k. Persembahan
l. Penyampaian anugerah/ sijil
m. Perbarisan Hormat masuk padang
n. Tetamu meninggalkan majlis
o. Perbarisan Hormat keluar padang
p. Jamuan
q. Bersurai
Situasi 3 (Lintas Hormat)
a. Ketibaan tetamu jemputan
b. Ketibaan VIP (2 orang dan diberi tabik hormat)
c. Ketibaan Tetamu Utama
d. Tabik Hormat dan nyanyian lagu KRS
e. Lapor
f. Pemeriksaan perbarisan
g. Bacaan doa
h. Bacaan Ikrar
i. Ucapan-ucapan
j. Lintas hormat
k. Lapor untuk keluar padang
l. Tetamu meninggalkan majlis
m. Perbarisan bersurai
n. Jamuan
69
F. Juruacara
Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan majlis.
Penyediaan skrip juruacara yang mengandungi perkara-perkara seperti
masa, perkara, skrip juruacara dan catatan mesti dilakukan. Hal ini penting
supaya tidak timbul kekalutan, kesilapan atau keciciran aturcara. Juruacara
hendaklah menyelaraskan skrip dengan setiap agenda dalam aturcara
majlis. Juruacara juga hendaklah menyusun setiap perkara dengan betul
termasuk penyelarasan dengan pegawai pelapor, pembaca doa, pemain
muzik dan bahagian hadiah. Juruacara juga dikehendaki memastikan
kehadiran VIP atau wakilnya dan mengumumkan kepada hadirin.
Pembantu juruacara boleh dilantik untuk membantu juruacara menyiapkan
tugasannya. Antaranya ialah untuk memastikan kehadiran VIP dan nama-
nama ini diserahkan kepada pemberi ucapan. Selain itu, pembantu
juruacara juga boleh membantu membuat penyelarasan di antara juruacara
dengan jawatankuasa yang lain dan bersedia mengambil tugas
pengacaraan jika diperlukan.
G. Raptai
Raptai mesti dilakukan sebelum majlis sebenar dilaksanakan. Semua yang
terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus Pentas (event manager)
mestilah memberikan taklimat sebelum dan selepas raptai. Raptai pelan
kontingensi juga perlu dibuat.
H. Cara menerima sijil/anugerah
Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang ditanda. Apabila
berada di hadapan untuk menerima sijil, penerima hendaklah melakukan
kawad selaku terima sijil jika beruniform.
I. Pembawa hadiah
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas. Orang
pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil
kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini
hendaklah memberi hormat (sebanyak sekali) sebaik sahaja berada di
hadapan pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah
ialah menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan bersedia
memberikan sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala orang ketiga
berada di meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil atau hadiah
yang disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah, orang
pertama akan memberi hormat sekali lagi.
70
J. Penyambut tetamu
Bagi tetamu utama atau VIP, ‘usher’ (pengiring) hendaklah disediakan.
Usher akan membawa VIP ke tempat duduk yang diperuntukkan
kepadanya. Usher ini dilantik dari kalangan pegawai yang mengetahui
istiadat atau protokol. Usher akan berada di pintu utama dan menunggu
VIP turun dari kenderaan.
Bagi tetamu lain atau hadirin adalah memadai dengan meletakkan
beberapa orang pegawai lain untuk menunjuk arah tempat duduk. Pegawai
ini akan berada di pintu masuk utama.
K. Bilik Menunggu/Rehat VIP
Bilik tetamu disediakan bagi VIP yang menempuh perjalanan yang jauh.
Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara
menunggu persiapan akhir majlis.
Minuman ringan boleh disediakan pada ketika ini di bilik menunggu VIP
ini. Pada ketika ini juga ‘usher’ yang dilantik boleh memberikan taklimat
mengenai aturcara, protokol atau perkara-perkara yang perlu dilakukan
oleh VIP semasa majlis berjalan.
5.3.2 MAJLIS DI DALAM DEWAN
A. Penetapan tarikh, masa dan tempat
Jawatankuasa Induk perlu menetapkan tarikh, masa dan tempat majlis ini
akan diadakan. Pemilihan tempat perlulah sesuai dengan keperluan maljis
ini.
B. Persiapan Tempat:
a. Dewan
Dewan yang sesuai dengan bilangan peserta perlu ditentukan kerana di
sinilah aktiviti utama akan dilangsungkan.
b. Kerusi VIP
Kerusi VIP hendaklah disusun di atas pentas dengan betul mengikut
kekananan jawatan dimulai dari kedudukan di tengah-tengah. Boleh
disusun dalam bilangan ganjil atau genap. Jika bilangan VIP genap maka
jawatan terkanan akan berada pada kedudukan tengah-tengah sebelah
kanan. Di hadapan kerusi VIP mestilah ada meja kecil yang diletakkan
sejambak bunga di sudut kanan. Rujuk Lampiran
71
c. Tempat Duduk Tetamu
Kerusi tetamu hendaklah disediakan secukupnya. Susunan hendaklah
dibuat di bahagian bawah pentas di bahagian paling hadapan mengikut
bilangan tetamu yang dijemput. Pelan tempat duduk boleh dibuat bagi
mengelakkan kekeliruan tetamu.
d. Tempat Duduk Peserta
Kerusi peserta hendaklah disusun di belakang tempat duduk tetamu.
Bilangan kerusi mestilah cukup mengikut bilangan peserta. Susunan boleh
dibuat di bahagian kiri dan kanan dewan dengan lorong laluan di bahagian
tengah.
e. Bendera
Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau pada tiang
tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera
mestilah mengikut susunan kekananan yang betul. Lihat Rajah:
f. Rostrum VIP
Rostrum VIP diletakkan pada bahagian sudut kanan pentas. Pastikan VIP
yang berucap tidak terlindung daripada penglihatan para tetamu.
g. Rostrum Pengacara Majlis
Rostrum pengacara majlis boleh diletakkan pada mana-mana bahagian
yang sesuai tetapi tidak berada di hadapan selari dengan rostrum VIP atau
kerusi VIP. Boleh juga diletakkan di bahagian bawah sebelah kiri dewan
(tidak di atas pentas) atau pada kedudukan kiri belakang kerusi VIP dan
berhampiran meja hadiah (jika ada meja hadiah).
h. Meja Hadiah (jika perlu)
Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan
berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga meja meletak
hadiah (selepas penerima menerima hadiah) pada kedudukan kiri
(menghadap pentas) di bawah pentas.
72
i. Tanda laluan naik ke pentas
Laluan naik ke pentas untuk penerima di bawah pentas untuk menerima
hadiah mestilah ditanda. Tanda-tanda yang perlu dibuat ialah pada tempat
menerima hadiah, pada tempat menunggu di atas tangga naik, tempat
menunggu di bawah tangga naik dan tempat menunggu di luar dewan.
Penerima akan naik ke pentas melalui tangga sebelah kiri pentas
(menghadap tetamu) dan turun melalui tangga sebelah kanan pentas.
Pastikan terdapat ruang laluan penerima hadiah di hadapan meja/kerusi
VIP.
C. Perbarisan Kehormat
Perbarisan kehormat dibuat di luar dewan bagi upacara tabik hormat.
Pasukan ini perlu dianggotai oleh 3 pegawai dan 38 anggota kadet.
Latihan yang secukupnya diperlukan bagi memastikan kelancaran majlis.
Sebaik sahaja selesai upacara tabik hormat dan memeriksa barisan, VVIP
akan terus masuk ke dalam dewan untuk upacara seterusnya. Rujuk
Tatacara Perbarisan.
D. Pentas Tabik Hormat
Pentas tabik hormat diperlukan bagi upacara menerima tabik hormat oleh
tetamu-tetamu kehormat yang dijemput. Pentas ini perlu diletakkan di
tengah-tengah kedudukan pasukan perbarisan kehormat yang ditentukan.
Tidak lebih 3 tetamu kehormat yang patut naik ke pentas untuk menerima
tabik hormat.
E. Aturcara Majlis
Aturcara majlis hendaklah disusun mengikut tatacara yang betul. Lihat
contoh.
a. Ketibaan tetamu jemputan
b. Ketibaan VIP
c. Ketibaan Tetamu Utama
d. Tabik Hormat
e. Lapor dan memeriksa barisan
f. Nyanyian Lagu KRS (dalam dewan)
g. Lapor untuk memulakan majlis di dalam dewan
h. Bacaan doa
i. Lafaz Ikrar
j. Ucapan-ucapan
73
k. Persembahan
l. Penyampaian anugerah/sijil
m. Nyanyian Lagu Negaraku
n. Lapor tamat majlis
o. Tetamu meninggalkan majlis
p. Bersurai
q. Jamuan
F. Juruacara
Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan majlis.
Adalah sangat penting bagi juruacara menyediakan skrip juruacara yang
mengandungi perkara-perkara seperti masa, perkara, skrip juruacara dan
catatan. Hal ini penting supaya tidak timbul kekalutan, kesilapan atau ada
perkara-perkara yang tertinggal. Juruacara hendaklah menyelaraskan skrip
dengan setiap agenda dalam aturcara majlis. Juruacara juga hendaklah
menyusun setiap perkara dengan betul termasuk penyelarasan dengan
pegawai pelapor, pembaca doa, pemain muzik dan bahagian hadiah.
Juruacara juga dikehendaki memastikan kehadiran VIP atau wakilnya dan
diumumkan kepada hadirin.
Pembantu juruacara juga boleh disediakan untuk membantu juruacara
menyiapkan tugasannya. Antaranya ialah untuk memastikan kehadiran
VIP dan nama-nama ini diserahkan kepada pemberi ucapan. Selain itu,
pembantu juruacara juga boleh membantu membuat penyelarasan di antara
juruacara dengan jawatankuasa yang lain dan bersedia mengambil tugas
pengacaraan jika diperlukan.
G. Teks Ucapan
Teks ucapan pegawai dan VIP yang akan memberi ucapan perlu
disediakan. Teks ini perlu diserahkan kepada pegawai yang berkenaan
lebih awal. Pegawai protokol dan istiadat perlu ada salinan sebagai
backup. Teks yang lengkap perlu dijilid kemas.
I. Raptai
Raptai mesti dilalukan sebelum majlis sebenar dilaksanakan. Semua yang
terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus Pentas (event manager)
mestilah memberikan taklimat sebelum dan selepas raptai.
74
J. Cara menerima sijil/anugerah di atas pentas
Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang ditanda. Apabila
berada di hadapan untuk menerima sijil, penerima hendaklah melakukan
kawad selaku terima sijil jika beruniform. Jika tidak beruniform, penerima
sijil hendaklah memberi hormat kepada pemberi sijil iaitu dengan cara
sedikit membongkok dan tunduk sedikit pada sudut 45 darjah pada
kedudukan dua langkah di hadapan penerima sijil, kemudian membuat
satu langkah ke hadapan, bersalam dan menerima sijil. Selepas menerima
sijil, penerima hendaklah mengucapkan terima kasih. Ketika beredar,
lakukan satu langkah undur ke belakang, memberi hormat dengan
membongkok dan tunduk 45 darjah, berpusing ke kiri dan terus berjalan
keluar turun pentas.
K. Pembawa hadiah
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas. Orang
pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil
kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini
hendaklah memberi hormat (sekali) sama ada tabik hormat jika
beruniform atau membongkok dan tunduk sedikit 45 darjah sebaik sahaja
berada di hadapan pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil
atau hadiah ialah menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan
bersedia memberikan sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala
orang ketiga berada di meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil
atau hadiah yang disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah,
orang pertama akan memberikan hormat sekali lagi atau tunduk.
L. Penyambut tetamu
Bagi tetamu Utama atau VIP, ‘usher’ (pengiring) hendaklah disediakan.
Usher akan membawa VIP ke tempat duduk yang diperuntukkan
kepadanya. Usher ini dilantik dalam kalangan pegawai yang mengetahui
istiadat atau protokol. Usher akan berada di pintu utama dan menunggu
VIP turun dari kenderaan.
Bagi tetamu lain atau hadirin adalah memadai dengan meletakkan
beberapa orang pegawai lain untuk menunjuk arah tempat duduk. Pegawai
ini akan berada di pintu masuk utama.
75
M. Bilik Menunggu/Rehat VIP (jika perlu)
Bilik tetamu disediakan bagi VIP yang menempuh perjalanan yang jauh.
Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara
menunggu persiapan akhir majlis.
Minuman ringan boleh disediakan pada ketika ini di bilik menunggu VIP
ini. Pada ketika ini juga ‘usher’ yang dilantik boleh memberikan taklimat
mengenai aturcara, protokol atau perkara-perkara yang perlu dilakukan
oleh VIP semasa majlis berjalan.
5.4 PAKAIAN
6.4.1 Pakaian Pegawai
Pegawai hendaklah memakai pakaian No. 2 lengkap.
6.4.2 Pakaian Kadet
Anggota kadet hendaklah memakai pakaian No. 4 selengkapnya.
5.5 BANTUAN KHIDMAT
Rujuk Lampiran.
5.5 PENUTUP
Setiap prosedur dalam tatacara sambutan ulang tahun KRS ini seharusnya menjadi
rujukan utama dalam melaksanakan majlis di semua peringkat. Diharapkan agar semua
majlis yang diadakan walau di mana sekalipun, akan mempunyai persamaan yang dapat
menyatukan keseluruhan pasukan KRS yang menjadi lambang kesatuan dan kekuatan
KRS seluruh negara.
76
Bab 6
Majlis Makan Malam Beradat
Majlis amakan beradat adalah merupakan istiadat yang praktikan bagi
memantapkan pasukan ini sebagai pasukan yang tebal dengan tradisi dan imej yang
mantap dengan tradisi. Majlis ini dijalankan sempena sesuatu peristiwa yang penting,
sebagai contoh Hari Ulangtahun, perpisahan pegawai tinggi dan sebagainya.
Pelaksanaan
6. 1. Pelaksanaan Majlis Makan Beradat terbahagi kepada dua peringkat:
6.1.1) Peringkat Persiapan
6.1.2) Peringkat Perjalanan Majlis.
6.1.1. Peringkat Persiapan
Persiapan adalah perkara yang perlu dilakukan sebelum majlis berlangsung. AJK
kecil yang dilantik akan melaksanakan persiapan ini..Senarai ajk adalah seperti berikut.
A. AJK Jemputan
B. AJKMakanan
C. AJK Persiapan Tempat
D. AJK Cenderahati
E. AJK Penyelaras majlis (tatacara pentadbiran dilaksana)Juruacara
F. Kawalan Lalulintas dan keselamatan
G. Sistem PA danTeknik
H. AJK Sambutan
I. AJK Skrip ucapan VIP dan doa
Agihan Tugas
A. AJK Jemputan.
a. Membuat draf jemputan, mencetak dan menghantar kad jemputan dalam masa
yang ditetapkan.
b. Membuat catatan pengesahan kehadiran.
c. Memaklumkan pengesahan kehadiran kepad a Pengerusi AJK pelaksana untuk
memastikan jemputan gantian .
77
B. AJK Makanan
a. Mencadangkan kepada mesyuarat menu majlis makan dan anggaran kos
b. Mmbuat penyelarasan dengan pihak pengusaha makan tentang keperluan-
keparluan yang telah ditetapkan oleh ahli mesyuarat. Contoh; Tidak menggunakan
pinggan plastik atau makanan yang tidak berkualiti.
c. Melakukan food testing supaya menepati kualiti dan rasa.
d. Memaklumkan kepada pengusaha makan supaya menepati waktu dan
memastikan aspek penampilan pramusaji.
C. AJK Persiapan Tempat
a. Mengenalpasti tempat yang sesuai dan mencadangkan kepada ahli mesyuarat
untuk pertimbangan.
b. Menyelaraskan penyediaan tempat seperti format yang ditetapkan. (rujuk
format tempat majlis makan beradat.)
D. AJK Cenderamata.
a. Memastikan jenis, jumlah cenderamata yang akan diberi
b. Memastikan ia berkeadaan baik
c. Memastikan meja berada di tempat yang ditetapkan
E Juruacara
a. Menyediakan skrip juruacara yang telah diselaraskan dengan Penyelaras
Majlis(Koordinator)
b. Menghadiri raptai yang dijalankan.
F. AJK Penyelaras Jamuan.
a. Memastikan urutan peristiwa majlis dan mencadangkan kepada ahli mesyuarat.
b. Menyediakan kad aturcara pentadbiran
c.Menyelaras perjalana majlis. Contoh mempersilakan tetamu selain V VIP
mengambil tempat duduk dan memberi isyarat kepada Penyambut tetamu
mempersilakan vip bergerak ke dewan jamuan.
d.Memberi isyarat kepada juruacara untuk membuat pengumuman ketibaan.
e. Memberi isyarat kepada juruteknik untuk memulakan musik ‘minus one’.
f. Menyediakan minuman “Selamat Datang” di ruang menunggu.
G AJK Kawalan Lalulintas dan keselamatan.
a. Menyediakan papan tanda arah yang sesuai ke tempat Majlis Jamuan.
b. Menyediakan orderly lalulintas
c. Menyelaras kelancaran laluan kenderaan tetamu.
d. Menyediakan kawasan tempat letak kereta.
78
H. AJK Sistem PA dan Teknik.
a. Menyediakan peralatan PA dan alternatif jika berlaku black out
b. Sentiasa siap sedia semasa majlis berjalan untuk memastikan system PA
berfungsi
c. Membuat ujian suara sebelum majlis bermula dan pelarasan kekuatan bunyi
d. Hadir semasa raptai
I. AJK Sambutan
a. Meyediakan “usher” dan ‘Usherette’ mengikut jumlah keperluan .
b. Memastikan kumpulan ‘Usher dan “Usherette’ mengetahui arah dan laluan
dan tempat duduk VVIP
c.Menunggu ketibaan dan mengiring kepulangan VVIP
d. Melantik petugas membuka pintu kereta V VIP
e. Menjemput V VIP bergerak ke dalam dewan setalah mendapat isyarat dari
penyelaras majlis
J. AJK Teks Ucapan V VIP dan Pembaca Doa
a. Meyediakan teks Ucapan V VIP dan pengesahan daripada Pengerusi AJK
Pengelola
b.Membawa teks Ucapan semasa majlis berlangsung
cMelantik pembaca doa dan menyemak teks Doa dan hadir semasa Raptai
6.1.2. Peringkat Perjalanan Majlis
Majlis terbahagi kepada dua fasa itiu
A. Di Ruang menunggu
B. Di dalam Dewan.
A. Ruang Menunggu
a. Semua tetamu berada di ruang ini untuk menunggu ketibaan V VIP
dan memastikan tempat duduk masing merujuk pelan tempat duduk.
b. Minuman selamat dating disediakan untuk para tetamu yang menu nggu
c. Para tetama bersedia untuk beredar mengambil tempat duduk sebelum V VIP,
apabila mendapat isyarat dari Penyelaras Majlis ( berpakaian long suit)
d. Penyelaras Majlis akan memberi isyarat kepada “Usher” dan “Usherette”
untuk mengiring V VIP masuk ke dewan majlis. ( Isyarat telah diselars dan
disetuju bersama )
79
B Di Dalam Dewan
Tatacara Perjalanan Majlis Dalam Dewan
BIL MASA ACARA TINDAKAN CATATAN
1 8.3O Mlm Ketibaan V VIP Di tempat
Menunggu
2 8.4O VVIP masuk dewan Pengacara Majlis Tetamu berdiri
3 Lagu KRS Juru Teknik dan
PM
Hadirin menyanyi
4 Ucapan Alu-Aluan MC
5 Bacaan Doa Al Fadhil Ustaz
6 Makan MC mempersila
tetamu makan dan
Juruteknik
Muzik yang sesuai
boleh dimainkan
7 Ucapan VVIP AJK Teks Ucapan Teks diletak di atas
Rostrum
8 Penghargaan dan
Cenderamata
AJK Cenderamata
9 Lagu Kebangsaan Pengacara Majlis
dan Juruteknik
Hadirin berdiri dan
menyanyi bersama
10 VVIP berangkat pulang AJK Sambutan
a Hiasan Meja
Keperluan asas meja hendaklah disediakan iaitu jambangan bunga, piala, tempat
menu, Lapik meja, gelas air, susunan meja, side plate, napkin siap dibentuk dan kad nama
disediakan setiap pegawai yang hadir.
b Susunan Meja
Susunan Meja dan kerusi hendaklah mengikut bentuk “U ” dan “T” Maklumat
Kedudukan VVIP dan VIP hendakah rujuk pegawai protokol. Lihat Rajah.
MEJA VVIP & VIP
1 3 2 4 5
80
b.I Susunan Meja bentuk Ladam Kuda atau “U”
b.II Susunan Meja “ T1”
b.III Susunan Meja “ T3”
Rujuk kepada bab susunan kerusi untuk rajah b.II dan b.III.
c. Hiasan Meja
Tempat diadakan Majlis Makan beradat hendaklah kondusif dan selesa. Bunga
hiasan boleh menambah keselesaan suasana. Lampu juga memainkan peranan yang
penting. Pelan kedudukan tetamu majlis hendaklah dibuat supaya tetamu mengetahui
kerusi yang hendak diduduki serta wujudkan plan kedudukan meja letak peak cap dan
tongkat serta beg tangan.
MEJA VVIP & VIP
MEJA VVIP & VIP
81
d. Backdrop
Sekiranya ada tempat yang sesuai back drop boleh dibuat supaya majlis Makan
Beradat mempunyai kelainan dari satu masa ke satu masa. Tajuk, tarikh dan tempat
boleh damasukkan supaya dokumentasi lebih spesifik dan tepat.
e. Rostrum
Rostrum (Letak di sebelah kanan hadapan meja VVIP) dan alatan siaraya hendaklah
diuji dan berfungsi. Elakkan menguji alatan siaraya ketika tetamu V VVIP telah berada di
dalam Dewan Majlis Makan Beradat. Pastikan lagu-lagu yang hendak digunakan elok
dan sesuai. Jangan letak bunga hiasan di atas rostrum.
f.Adab Ketika Makan
Tidak menggoyang kaki
Tidak makan gula-gula, gula getah, merokok
Tidak meletak kedua-dua siku atas meja
Jangan mengelap sudu dengan napkin/tisu
Minum/bercakap ketika mulut penuh makanan
Menghirup dengan bunyi yang kuat
Mencelup makanan seperti roti ke dalam kopi atau sup
Tinggalkan sisa makanan dalam pinggan
Buang sisa makanan di atas/bawah meja
Meluahkan makanan kembali ke pinggan
Guna tangan ketika makan daging/ayam
Gelojoh
Senduk/sudu/garfu/pinggan/cawan berlaga atau berbunyi
Tunjuk muka masam, makanan tidak digemari
Bancuh the/kopi dengan kencang
Menuang minuman panas atas piring dan hirup
g. Susunan Alat dan Makanan
I. Cara Melayu
Makan menggunakan tangan.
Satu hidangan untuk 4 atau lima orang.
Meja 4 atau 8 atau 12 orang.
Lauk, sayur, manisan, pencuci mulut di hidang sekali.
Tetamu ambil sendiri.
Nasi dalam bekas dan bersenduk. Pinggan hanya diisi oleh pelayan/isi
sendiri selepas doa makan dibaca.
Tisu, tempat basuh tangan, jug berisi air di sediakan sekali.
82
II. Cara Barat
Makanan akan dihidang mengikut susunan menu dan di hidangkan satu
persatu.
Tiada makanan tersedia di atas meja.
Makanan/alatan disediakan dalam satu meja khas.
Pencuci Mulut, manisan, sup, air minuman diletakkan di satu sudut asing
dengan makanan.
Tempat/meja makan kosong.
ii.Susunan Alatan dan Makanan
Duduk di meja.
Menggunakan alatan makan.
Letak kain napkin di atas pangkuan.
Makan sup dahulu, ketika mengambilnya sudu menghala keluar.
Pencuci mulut, makanan terakhir.
Gunakan sudu, garfu, pisau untuk makan steak/daging/ayam.
Selesai makan, rapatkan sudu/garfu terlangkup.
Susunan Alatan dan Makanan
Jika ingin rehat dan sambung semula makan, sudu/garfu terbuka dan letak
di kiri kanan atas pinggan.
Semasa makan pencuci mulut, guna sudu khas.
Selesai makan, letak kain napkin di sebelah kiri meja begitu sahaja.
III. Cara Buffet
Berbaris untuk mengambil makanan atau minuman secara sehala.
Jangan terlalu lama mengambil/pilih makanan. Beredar segera.
Jangan berpatah balik dalam barisan.
Ambil makanan secukupnya, jangan membumbung tinggi.
Melayu/Islam boleh buat dua bahagian lelaki/wanita.
.
h. Adab Pergaulan
Perbualan sekadar topik ringan
Tidak bersikat, bergincu, bercermin, berbedak
Tidak mencelah perbualan orang lain dan menukar tajuk.
Jangan menggigit kuku, korek hidung/telinga atau tidur
Tidak mencungkil gigi melainkan dengan menutup mulut
Tidak meludah, berkahak, sendawa di khalayak
Bercakap dengan rakan sebelah sahaja dengan nada suara yang rendah
sahaja.
83
Bab 7
Perbarisan
7.1 PENDAHULUAN
Perbarisan merupakan satu bentuk kawat yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota
yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu
formasi kawat. Ia diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi
sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima
sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut
pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya
perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi.
7.2 TUJUAN
Tujuan panduan perbarisan ini adalah untuk memberi garis panduan bagaimana
menlaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada
harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam.
7.3 KEPERLUAN-KEPERLUAN PERBARISAN
Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan
setelah menerima arahan mengadakan perbarisan. Mesyuarat hendaklah diadakan.
Pada asasnya perbincangan tentang perbarisan tersebut adalah terdiri daripada keperluan-
keperluan berikut :
7.3.1 Tarikh, tempat dan masa
Tarikh, tempat dan masa hendaklah ditetapkan supaya persiapan bagi menjayakan
perbarisan dapat dilakukan dengan jayanya. Tarikh yang dipilih hendaklah
disesuaikan dengan jadual-jadual ‘orang penting’ dalam menjayakan perbarisan.
Begitu juga masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pemilihan tempat
hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan.
Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira.
7.3.2 Format Perbarisan
Format perbarisan hendaklah ditentukan dahulu. Ia mestilah meliputi bentuk atau
corak perbarisan yang akan dilaksanakan berpandukan aturcara yang
dirancangkan.
84
7.3.3 Kekuatan Perbarisan
Kekuatan sesuatu perbarisan itu tidaklah ditetapkan. Ia bergantung/tertakluk
kepada kesesuaian padang kawat yang boleh menampung peserta dan kehendak
perbarisan. Pada lazimnya jumlah kekuatan pada perbarisan ialah :
A. Kadet
a. Kontijen Utama/Besar.
Pangkat Perjawatan
I. 1 x Mej/Kapt. KRS - Ketua Kontinjen
II. 2 x Lt. /LTM - Pegawai Muda
III. 1 x PW 1 KRS - Pegawai Waren Perbarisan
IV. 1 x PW 11 KRS - Penanda kanan
V. 1 x Ssjn. KRS - Penanda kiri
VI. 1 x Sjn KRS - Penanda kanan/kiri
VII. 144 Kadet - Anggota Perbarisan
b. Kontijen Kecil
Pangkat Perjawatan
I. 1 x Kapt./Lt./Lt.Muda KRS - Ketua Kontijen
II. 1 x PW11/Ssjn - Penanda kanan
III. 1 x Sjn KRS - Penanda kiri
IV. 36 kadet - Anggota Perbarisan
B. Pegawai
Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah yang
berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan jika
melebihi anggota 36 orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika
kurang 36 anggota adalah sebagai Kontigen kecil.(Pangkat dan perjawatan adalah
mengikut para A)
7.4 Perjawatan perbarisan.
Perjawatan perbarisan hendaklah dilantik termasuk anggota simpanan. Perlantikan
mereka hendaklah mengambil kira bentuk fizikal, kawat persendirianya cergas (Personal
Drill) suara kuat dan jelas. Perjawatan yang perlu dilantik ialah :
85
a. Ketua Perbarisan - 1 x Mej. KRS
b. Penolong Ketua Perbarisan - 1 x Mej/Kapt KRS
c. Ajutan Perbarisan - 1 x Kapt KRS
d. Ketua Kontijen - 1 x Mej/kapt KRS
e. Ketua Detasmen - 1 x Kapt/Lt/Ltm KRS
f. PW 1 Perbarisan - 1 x PW 1 KRS
g. Pemandu Kanan - 1 x PW 11 KRS
h. Pemandu kiri - 1 x Ssjn KRS
i. Penanda kiri/kanan - 2 x Sjn KRS
7.4 Kumpulam Pancaragam
Pancaragam diadakan bagi mengiringi sesuatu perbarisan. Status pancaragam
tertakluk kepada saiz perbarisan.
a. Perbarisan biasa melibatkan Lagu kebangsaan atau Negeri boleh sama ada
mengunakan rakaman muzik atau sebagainya
b. Semua perbarisan berbentuk istiadat atau perbarisan bertaraf pusat hendaklah diiringi
oleh Pancaragan atau Brass Band
c. Kedudukan pancaragam dalam perbarisan adalah 15 langkah di belakang perbarisan
(tertakluk kepada kesesuaian Padang Kawat)
d. Semasa masuk padang, pancaragam akan mendahului perbarisan 10 langkah di
hadapan perbarisan, semasa keluar padang pancaragam akan berada di belakang
perbarisan dan akan melintasi Pentas hormat. Ketua pancaragam akan memberi
hormat (sekiranya Pegawai Tabik hormat masih berada di atas pentas).
e. Dalam keadaan tertentu, kumpulan pancaragam berada dalam keadaan statik dan
masuk/keluar padang kawat secara berasingan.
3.6. Pembacaan Doa.
Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan.
Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara
yang jelas, terang dan baik. Ia hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. Teks
doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan, sederhana dan tidak terlalu panjang.
Pembaca doa boleh dilantik di kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah
3.7. Juruacara.
Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah
mempunyai suara yang baik di samping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisan-
perbarisan yang lepas. Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat, juruacara
hendaklah seorang pegawai. Juruacara mestilah hadir semasa raptai perbarisan diadakan.
Skrip juruacara mestilah tepat, jelas dan ringkas.
3.8. Aturcara.
86
Aturcara perbarisan mestilah disediakan apabila sesuatu perbarisan itu akan diadakan.
Aturcara mestilah meliputi masa-masa setiap aktiviti, susunan ketibaan VIP dan pegawai
Tabik Hormat. Berikut adalah contoh aturcara :
Bil Masa Perkara Catatan
1
2
3
4
5
6
7
0800
0820-0835
0835
0845
0850
0855
0900
Perbarisan Berkumpul
Ketibaan para Jemputan
Perbarisan masuk padang
Ketibaan Para Jemputan
Ketibaan Pegawai *
Ketibaan Pengarah Pendidikan
Ketibaan Pegawai Penerima
Tabik Hormat
- Ketua Perbarisan melapor
- Pemeriksaan barisan
- Bacaan Doa
- Ucapan 1
- Ucapan 2
- Ucapan 3
- Anugerah/Sijil
- Jamuan
Hormat kehadapan hormat
Hormat kehadapan hormat
Hormat kehadapan hormat
*Panggilan mengikut Pangkat,Nama & Jawatan
cth; Lt Kol (KRS) Mohd Yasin B Mohd Yunus
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah
*Urutan ketibaan pegawai yang paling kanan dalam perjawatan adalah pegawai yang
terakhir akan tiba
*Pegawai Istiadat memastikan susunan ketibaan dan mengiringi pegawai penerima tabik
hormat.
* Pegawai penerima tabik hormat tidak lebih daripada tiga orang
4.0 PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT/ TAMAT LATIHAN/
TERIMA SIJIL
87
Upacara ini boleh diadakan khusus untuknya atau boleh dilakukan semasa perbarisan
menyambut harijadi pasukan, tamat kursus, terima sijil dan perbarisan lain yang sesuai.
Perbarisan ini akan diadakan kawalan kehormat, iaitu satu kumpulan/platun akan
melakukan prosedur kawat tertentu seperti hormat ke hadapan hormat, berjalan lalu dan
lain-lain serta menerima tabik hormat daripada pegawai tabik hormat.(Lampiran A)
Bagi unit kecil yang tidak mempunyai kekuatan yang ramai, maka bolehlah dipecahkan
kepada detasmen-detasmen. Sekiranya anggota yang akan menerima
pangkat/Sijil/Cenderahati/Hadiah itu ramai maka satu perbarisan khas hendaklah
diadakan untuknya tanpa penglibatan anggota lain. Maka pada keadaan ini Pegawai
Penerima tabik hormat atau VIP berkenaan akan turun dan menyempurnakan acara pada
tiap-tiap anggota dengan diiringi oleh ketua perbarisan atau pegawai yang berkenaan. 2 x
Pengiring pembawa dulang akan mengikut upacara ini. Berikut adalah aturcara
perbarisan kawalan kehormat bagi sesuatu majlis hendak diadakan :
Bil Hukuman Oleh Tindakan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Baris,baris sedia
Bergerak ke kiri, kiri pusing
Dari kanan cepat jalan
Baris Henti
Menghadap ke hadapan, kanan
pusing.
Buka barisan, gerak
Kekanan lurus
Baris, pandang hadapan
Pegawai, masuk baris
PW II
PW II
PW II
PW I
PW I
PW I
PW I
Penanda
kanan
Ejutan
a. Anggota berbaris dalam
tiga barisan di luar padang di
bawah PW II
b. anda telah diambil
kedudukan di bawah PW I
Penanda kanan luruskan
barisan
a. ejutan ambil kedudukan di
atas padang.
b. PW I serah perbarisan
c. PW I ambil kedudukan di
belakang perbarisan
a. Pen Peg. Perbarisan ambil
tempat di atas padang.
b. Ejutan serah perbarisan
kepada Pen Peg.
88
10
11
12
13
14
15
Baris, senang diri
Baris, sedia
Ketua Kompeni masuk baris
Baris, senang diri
Menunggu Penerima Tabik
Hormat
Baris sedia
Hormat, hormat ke hadapan
hormat
Pemeriksaan Barisan
Bacaan Doa
Ucapan Penerima Tabik Hormat
Upacara Pemakaian
Pangkat/Sijil/Hadiah
PKP
PKP
PKP
Ketua
Perbarisan
(KP)
Ketua
Perbarisan
Ketua
Perbarisan
KP
Perbarisan (PKP) dan
ambil tempat 3 langkah di
hadapan nombor 4 Platun.
a. Ketua Perbarisan ambil
tempat di atas padang
b. PKP serah perbarisan
kepada Ketua Perbarisan
Ketua Perbarisan melapor
kepada Pegawai Penerima
Tabik Hormat
a. 2 x Pengiring yang berada
di kiri/kanan pentas akan
berjalan dahulu diiringi
oleh Ketua Perbarisan.
b. Selesai pemeriksaan
Ketua Perbarisan mohon
kebenaran menjalankan
tugas lain.
Baris …UP(Ketua Perbarisan)
atau Drum Rol untuk angkat
tangan dan turun tangan.
Diumumkan oleh Juruacara
a. Diumumkan oleh
Juruacara
b. Anggota yang menerima
pangkat/Sijil/Hadiah
berbaris dalam satu
barisan di kiri pentas
diluar padang.
c. 2 x Pengiring bawa dulang
mara ambil tempat 2
langkah di sebelah kanan
orang pertama,
89
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
Skuad.. sedia
Dari depan cepat jalan
Hentak kaki
Skuad.. henti
Menghadap
Ke hadapan, kanan pusing
Luruskan barisan
Hormat,hormat ke hadapan hormat
Hormat,hormat ke hadapan hormat
Bergerak ke kanan, kanan pusing
Dari kiri cepat jalan
Penerima Tabik Hormat
Meninggalkan Majlis
Ketua kompeni keluar baris
Anggota
Terkanan(AT)
AT
AT
AT
AT
AT
AT
AT
AT
AT
AT
KP
KP
menghadap ke kiri.
a. Peg.Penerima Tabik
Hormat turun dari pentas
untuk menyempurnakan
acara
b. Juruacara akan sebutkan
nama dan pangkat satu
persatu
Setelah selesai upacara ,Peg.
Penerima tabik Hormat naik
ke pentas
Balik tempat asal di luar
padang tetapi tidak bersurai
Diumumkan oleh Juruacara
KP mohon kebenaran
menjalankan tugas yang lain
Peg. Penerima Tabik Hormat
beredar meninggalkan majlis
KP serah perbarisan kepada
PKP
Ketua Kompeni berjalan
keluar ,berhenti digarisan lalu
lintas, hormat, pusing kanan
dan bersurai.
90
28
29
30
31
32
33
Ejutan
Pegawai, keluar baris
PW I
Tutup barisan…gerak
Baris Berjalan keluar bergerak ke
kiri, kiri pusing
Dari kanan cepat jalan
PKP
Ejutan
Ejutan
PW 1
PW I
PW I
PKP serah perbarisan kepada
ejutan
Semua Pegawai muda
berjalan arah ejutan,berhenti
dan hormat bersama-sama dan
keluar baris ditepi padang.
Ejutan serah perbarisan
kepada PW I
a. Anggota akan disuraikan
diluar padang.
b. Anggota yang memakai
pangkat/Sijil keluar baris
apabila perbarisan keluar
padang.
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DAN SUKAN
Bagi perbarisan kebangsaan ia adalah mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.
Walaubagaimana pun ia juga mempunyai asas-asas serta prosedur yang harus dipatuhi,
jika ianya dilaksanakan secara Rejimental/istiadat, maka aturcara perbarisan kawalan
kehormat perlulah diadakan. Jika tidak dilakukan secara istiadat ia hanya memadai
mengikut aturcara biasa/bebas yang tidak melibatkan perbarisan kawalan kehormat.
(Lampiran B dan C)
PENGURUSAN PADANG KAWAT
Apabila sesuatu perbarisan diadakan sama ada di padang kawat atau padang rumput
maka satu padang perbarisan mestilah disiapkan. Keluasan padang mestilah mencukupi
dengan kekuatan perbarisan dan bentuk perbarisan, perkara-perkara berikut hendaklah
disediakan :
91
a. Bendera padang
b. Garisan Ketua Perbarisan
c. Garisan lalu lintas
d. Tanda-tanda pengenalan(marker) yang berkaitan
1. Ketua Perbarisan
2. Penolong Ketua Perbarisan
3. Ejutan
4. Ketua Detesmen
5. Pemandu kanan/kiri
6. Tempat melapor ketua perbarisan
7. Ketua Pancaragam
8. Lain-lain tanda mengikut keperluan
e. Ukuran padang kawat sebaik-baiknya tidak kurang dari 300 langkah panjang dan 150
langkah lebar.
PROTOKOL
Protokol adalah merupakan prosedur-prosedur/peraturan tertentu yang mesti dipatuhi
oleh semua anggota yang ada di dalam mana-mana unit beruniform. Prosedur atau
peraturan ini perlu dipatuhi di mana-mana juga anggota berada. Ia adalah bertujuan untuk
membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib, cergas dan taat setia.
Protokol ini adalah melibatkan majlis-majlis tertentu yang melibatkan anggota. Sama ada
dilakukan di dalam dewan atau diluar dewan.
Jika di luar dewan protokol ini dapat dilihat jelas melalui aturcara perbarisan yang
dilangsungkan. Ini meliputi aturcara perbarisan serta persiapan padang perbarisan. Selain
daripada itu terdapat peraturan lain yang perlu dipatuhi. Antaranya :
a. Persiapan Pentas Hormat.
Pentas hormat hendaklah disediakan dengan sewajarnya. Pentas hormat mestilah berada
5 langkah dari tepi padang kawat dan 5 langkah dibelakang garisan lalu lintas. Bagi acara
Rejimental pentas hormat hendaklah di alas dengan permaidani (baldu) merah, manakala
perbarisan yang melibatkan Raja-raja hendaklah di alas dengan permaidani kuning.
Pentas hormat boleh dihias dengan bunga-bunga yang bersesuaian.
b. Pentas Ucapan.
92
Pentas ucapan berukuran 4 x 4 x 8 hendaklah disediakan. Pentas ini khas untuk ucapan
Pegawai Tabik hormat samada awam atau Pegawai kanan. Bagi perbarisan yang
melibatkan Raja-raja Melayu dan Tuan Yang Terutama/Gabenor, pentas ini tidak
diperlukan. Kedudukan pentas ucapan ini ialah 4 kaki kehadapan dan I kaki kanan tangga
pentas. (Lampiran D)
c. Kedudukan Di Pentas Hormat (Stage)
Kedudukan mengikut protokol di atas pentas hormat sentiasa berubah mengikut situasi
dan bentuk perbarisan. Kebiasaannya susunan ini diatur mengikut taraf Pegawai Tabik
hormat. (Lampiraan E)
d. Panggilan Orang Kenamaan.
Pegawai-pegawai kanan yang berpangkat Brigedier Jeneral ke atas, pada lazimnya
menerima gelaran Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri. Bagi penyelarasan terhadap panggilan
ini dalam sesuatu perbarisan terutama semasa melapur peraturan berikut hendaklah
digunakan.
1. Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri.
Gelaran khusus ini adalah sebagai panggilan apabila bercakap dengan Menteri
Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan semua Pegawai-pegawai kanan
yang menyandang gelaran berkaitan.
2. Tuan.
Sebagai bahasa panggilan Pegawai-pegawai Kanan (Brigedier Jeneral Ke atas)
yang belum menyandang gelaran khusus. Sebagai bahasa panggilan kepada semua
pegawai-pegawai, selain daripada Pegawai-pegawai kanan di perenggan 1 dan 2.
f. Peraturan Melapur.
Melapur hendaklah dibuat oleh Ketua Perbarisan (Parade Comd). Lapuran mestilah
merangkumi jenis perbarisan, kekuatan Pegawai/LLP yang terlibat. Melapur dibahagikan
kepada 4 bahagian.
1. Melapur untuk pemeriksaan (Di padang kawat).
“Perbarisan Hari Ulangtahun KRS ke 2 terdiri dari…… Pegawai dan….LLP siap
untuk diperiksa Tuan”.
93
2. Melapur tidak ada pemeriksaan(Di padang kawat).
“Perbarisan Serah Terima Tugas……..terdiri dari …….Pegawai dan …..LLP siap
dalam perbarisan Tuan”
3. Melapur Semasa dalam Dewan (Kontijensi Cuaca).
“Perbarisan Tamat Krusus Pegawai Tadbir Siri 2/2001
terdiri……Pegawai….. Jurulatih siap untuk upacara Tuan”
4. Melapur untuk diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kumpulan/Pasukan,
kebiasaannya seperti Perbarisan Sukan dan seumpamanya.
“Perbarisan Sukan…………………….siap untuk diperkenalkan kepada Ketua-
ketua kumpulan Tuan”
94
LAMPIRAN A
SATU KOMPENI DALAM PERBARISAN KEHORMAT
Penerangan
1. Ketua kompeni berada 6 langkah di hadapan di tengah-tengah Nombor Dua dan tiga
Platun
2. Pen. Ketua Kompeni berada 3 langkah di hadapan anggota yang pertama pada satu
platun.
3. Ejutan berada 3 langkah di hadapan anggota dua akhir pada Nombor empat Platun
4. Ketua platun berada 3 langkah di tengah-tengah hadapan platun masing-masing
5. Seorang PW I berada di 6 langkah di belakang di tengah-tengah Nombor 2 dan 3
platun
6. Sjn Platun berada 3 langkah di tengah Platun masing-masing
7. Jarak-jarak antara Platun 3 langkah.
95
LAMPIRAN B
KONTIJEN DALAM PERBARISAN HARI KEBANGSAAN
Penerangan
1. A ialah kontijen kawalan kehormat
2. B ialah pembawa bendera Malaysia berukuran besar
3. C ialah pembawa bendera negeri
4. D ialah kontijen yang menyertai perbarisan yang terdiri daripada pelbagai agensi
D
A
D
D
D D
B
D
C
96
LAMPIRAN C
PERBARISAN HARI SUKAN
Penerangan
1. A ialah kontijen kawalam kehormat
2. B ialah kontijen Persatuan atau Kelab
3. C ialah kontijen Unit Beruniform
B
B
B
B
C
C
C
C
A
97
LAMPIRAN D
KEDUDUKAN PENTAS HORMAT
Penerangan
1. A adalah Pentas Ucapan
2. Pentas ucapan dari jenis mudah alih berwarna putih
3. Pembesar suara dan ‘rostrum’ hendaklah siap diletakkan dihadapan pentas.
PENTAS HORMAT
Tangga
A
98
LAMPIRAN E
KEDUDUKAN DI PENTAS HORMAT
MAJLIS PERINGKAT NEGERI
MAJLIS PERINGKAT KEBANGSAAN
Penerangan
1. A 1 ialah Menteri Pendidikan Malaysia
2. A ialah Pengarah Pendidikan Negeri
3. B ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri
4. C ialah Ketua Sektor
5. D ialah Kem Komandan
6. E ialah Ketua Unit Ko Kurikulum
7. J ialah Pengarah Pendidikan Negeri lain
E
A
C B D
C C
J J
W
J
B A
J
C C
99
1.9 ETIKA PEGAWAI TADBIR
PENDAHULUAN
Etika pegawai tadbir adalah berorientasikan tugas dengan mengendalikan tenaga manusia
di dalam pelaksanaannya. Justeru, untuk menjadi seorang pegawai tadbir yang efektif
dan dapat melaksanakan tugas dengan jayanya, seorang itu perlu benar memiliki etika
diri yang baik serta mempunyai pengetahuan teknik yang mantap juga pengetahuan
tentang ciri-ciri dan sifat kelakuan manusia yang dipimpinnya.
TUJUAN
Untuk membina pengertian dan penghayatan konsep asas serta fungsi-fungsi etika
pegawai tadbir
ETIKA PEGAWAI TADBIR
Seseorang pegawai Tadbir itu perlulah mempunyai kualiti-kualiti diri berikut bagi
menghasilkan etika yang baik demi membina keyakinan, kerelaan dan kerjasama serta
penghormatan orang lain terhadapnya. Antaranya :
a. Kewibawaan
b. Disiplin
c. Ketegasan
d. Boleh dipercayai
e. Minat/gigih
f. Inisiatif
g. Kejujuran
h. Adil
i. Pengetahuan
j. Tidak penting diri
100
Berikut adalah jalan bagi mencapai etika pegawai tadbir yang baik untuk dijadikan
pedoman.
a. Sentiasa mengkaji diri dan meningkatkan kemampuan. Analisa diri secara objektif.
Sedari kemampuan dan kelemahan. Setelah itu tingkatkan daya usaha untuk
memantapkan dan meninggikan mutu kebolehan. Ia boleh dicapai :
1. mintalah buah fikiran orang lain bagaimana cara hendak memperbaiki
keadaan
2. pelajari melalui kejayaan dan kegagalan orang lain
3. bina minat terhadap orang lain, amalkan sifat-sifat kemanusiaan
4. kuasailah seni penulisan dan percakapan yang berkesan dan efektif.
b. Kemantapan ilmu pengetahuan. Harus cekap dan mahir di dalam aspek yang
diceburinya. Ia mampu memimpin dan melaksanakan tugas yang diberi dengan baik.
Untuk mencapainya :
1. tuntutlah pelajaran yang berkaitan melalui pembelajaran, pembacaan,
penyelidikan dan pengkajian.
2. Jalinkan perhubungan dengan pemimpin yang cekap, perhati dan selidiki
tindakan mereka.
3. Kembangkan pengetahuan melalui perhubungan/pergaulan dengan orang lain.
c. Tunjukkan contoh. Anggota lain akan memerhati anda untuk mencontohi sesuatu
atau sebaliknya menggunakan contoh itu melindungi kelemahan mereka. Gerakgeri dan
tingkahlaku anda hendaklah mencerminkan kepatuhan, kemegahan dan keinginan oleh
anggota lain memenuhi standard yang anda tetapkan. Anda hendaklah :
1. Sentiasa sihat fizikal, berfikiran cerdas, segak dan berpakaian dengan betul
dan teratur.
2. Mengawal emosi. Pegawai yang tertakluk kepada keadaan yang marah-marah
atau keadaan kedukacitaan tentunya sukar untuk mendapatkan dan seterusnya
meyakinkan kepatuhan dan kesetiaan anggota lain terhadapnya.
3. Sentiasa bersikap optimis serta berazam untuk mencapai objektif yang
ditetapkan.
4. Hendaklah setia dan patuh kepada pegawai atasan dan anggota bawahan.
5. Hindar dan haramkan perkembangan dan berpuak-puak dan kumpulan atau
seseorang yang disayangi. Terutama terhadap anggotan bawahan.
101
d. Kesesuaian dan ketepatan keputusan. Anda mestilah melakukan pertimbangan
situasi yang pantas dan mencapai keputusan yang bijak. Seseorang pagawai tadbir yang
tegas akan berupaya menggunakan anggota bawahannya dengan berkesan. Untuk
membolehkan anda mencapai keputusan yang bijak anda hendaklah :
1. binakan proses pemikiran yang lojik lagi teratur dengan mengamalkan
pertimbangan situasi secara objektif.
2. Jika diizinkan masa dan keadaan, rancang dengan teliti semua kegiatan.
3. Beritahu keputusan segera untuk membolehkan anggota bawahan membuat
persiapan.
4. Kaji dan nilai kesan dan implikasi keputusan ke atas semua pihak
e. Bersedia menerima tanggungjawab atas segala tindakan. Dengan bersedia
menerima tanggungjawab pemimpin membina dirinya dari segi ikhtisas dan
menambahkan kemampuan mentadbir. Menerima tanggungjawab ke atas urusan dan
kegagalan pasukan adalah tugas pegawai Tadbir. Kaedah yang boleh digunakan adalah
seperti berikut :
1. pelajari tugas pihak atasan dan bersedia menerima tanggungjawab.
2. Laksanakan tiap tugas, besar atau kecil dengan sempurna. Ganjarannya ialah
peluang melaksanakan tugas yang lebih penting.
3. Terima kritik dan kesilapan dengan tenang dan fikiran terbuka.
4. Tegaskan fikiran yang mana anda fikir betul
PENUTUP
Dengan penghayatan perkara-perkara yang dibincangkan di atas dapat kita simpulkan
bahawa pegawai Tadbir yang efektif adalah seorang yang mempunyai etika diri yang baik
serta mempunyai kualiti-kualiti diri yang disebutkan. Ia adalah merupakan faktor-faktor
yang mempengaruhi sikap kelakuannya. Ianya kenal dan faham dengan ciri-ciri
keperibadiannya, tanggungjawab dan tugasnya secara mantap dan berkesan.
Di sediakan oleh
Kapt KRS Roslan Kamarudin
Pegawai Tadbir Negeri Sembilan
102
Contoh ; BORANG MAKLUMAT PASUKAN KRS NEGERI
1. NAMA SEKOLAH
2. DAERAH
3. TARIKH PENUBUHAN KRS
4. SENARAI NAMA PEGAWAI DI SEKOLAH
Bil PANGKAT DAN NAMA KURSUS KRS YANG TELAH
DIHADIRI/TARIKH
5. Senarai anggota mengikut tahun(Isi tahun yang berkenaan)
Tahun 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001
Jum.Ang
gota
6. Kejayaan yang dicapai oleh Platun yang dikendali
Bil Kejayaan yang dicapai Peringkat Tarikh/Tahun
7. Senarai pemegang pangkat Pegawai Tidak Tauliah(PTT) di kalangan pelajar.
PANGKAT LKPL KPL SJN SSJN PW II PW 1
JUMLAH
PTT
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Tingkatan 6
JUMLAH
BESAR
PTT
8. Rancangan aktiviti tahun 2001
(seperti latihan mingguan/perkhemahan tahunan/kursus dalaman/pertandingan/dll
yang berkenaan)
103
Tarikh Aktiviti Tindakan
PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MASA KINI DAN CABARAN MASA DEPAN
PENGENALAN Kebelakangan ini selalu benar terdengar berbagai pihak menekankan keperluan diadakan pendidikan yang seimbang. Dalam hal ini para cendiakawan dan masyarakat umum telah menyuarakan perasaan kebimbangan mereka terhadap keadaan ketidakseimbangan yang terdapat di antara AKADEMIK dan kegiatan KOKURIKULUM. Semua pihak berpendapat bahawa kurikulum sekarang, TERUTAMA di sekolah terlalu memberi penekanan kepada pelajaran akademik dan tidak dapat mengawal dengan sempurna kegiatan pelengkapnya iaitu kokurikulum. Keadaan ini menyebabkan suasana pembelajaran sentiasa tertekan, timbulnya polarisasi kelompok di kalangan pelajar dan perkembangan menyeluruh watak dan sahsiah pelajar kurang memuaskan. Konsep Kurikulum dan Kokurikulum Kurikulum adalah apa yang dipelajari secara FORMAL sama ada dalam bilik darjah atau di tempat-tempat lain. Kokurikulum pula adalah kesinambungan kurikulum iaitu kegiatan tidak formal/praktikal/pengamalan (pendidikan secara aktiviti) berhubung apa yang dipelajari dalam kurikulum Jenis dan bidang kegiatan ko-kurikulum Kegiatan kokurikulum, yang lebih dikenali dengan singkatan koko bermaksud kepada kegiatan tidak formal yang dilakukan di luar bilik darjah dan berteraskan kesinambungan P & P. Kegiatan ini merangkumi aspek pembelajaran yang ada kaitan dengan kurikulum formal, jika di sekolah menerusi tiga bidang kegiatan iaitu (1) kegiatan sukan, (2) pasukan pakaian seragam, dan (3) persatuan-persatuan/kelab yang berbentuk akademik. Kegiatan kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam
104
Terdapat dua bidang kegiatan kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam. Pertama, aktiviti yang melibatkan pertandingan dan kedua aktiviti yang melibatkan perkhemahan. Melalui aktiviti tersebut bukan sahaja dapat membantu peserta melakukan kegiatan tertentu, bahkan juga dapat menolong mereka mendapat pengalaman secara ’hands-on’ dari segi kepimpinan yang bermutu. Dalam rancangan tersebut peserta sepatutnya didedahkan kepada kegiatan pasukan pakaian seragam tertentu secara berpasukan dan individu, perancangan dan penyeliaan, serta kegiatan kepegawaian seperti pengurusan, penyeliaan dan kepengadilan. Falsafah dan Objektif Kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam(PPS) Kokurikulum PPS adalah gabungan di antara elemen pendidikan jasmani, penggunaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari dalam kegiatan unit-unit uniform. Oleh kerana terdapat perubahan hidup yang memerlukan kegiatan jasmani untuk mengimbangkan di antara tugas harian dengan kesihatan tubuh badan, masyarakat kini menganggapkan program ko-kurikulum unit-unit uniform salah satu daripada keperluan dalam pendidikan. Dalam dunia moden yang penuh dengan kerisauan, ketakutan, salah penyesuaian, kompleks dan penyekatan, segala pengalaman dan latihan menerusi kegiatan unit-unit uniform boleh membantu mengatasi cabaran tersebut. Penyertaan dalam kegiatan uniform boleh mengendurkan ketegangan hidup, mendampingi orang lain dengan mudah, dan lain-lain kemahiran yang berhubung. Antara objektif unit-unit beruniform adalah seperti berikut :
1. kecergasan jasmani dan kesihatan akal 2. riadah dan kesihatan fizikal 3. pengukuhan kemahiran 4. nilai sosial dan semangat bekerjasama 5. kemajuan prestasi akademik 6. peragaan bakat terpendam 7. membantu memilih kerjaya.
Objektif tersebut diterapkan dari segi kesesuaian dengan keadaan masa kini menerusi penglibatan aktif, fokus kepada kecemerlangan pendidikan dan juga mengikut trend masa akan datang. PENUTUP Keseimbangan dalam dua bidang utama dalam pendidikan iaitu bidang akademik dan ko-kurikulum adalah sangat dituntut seperti yang terpancar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketidakseimbangan antara dua bidang tersebut akan mengakibatkan masalah kemanusiaan yang lebih teruk dan rencam. Oleh itu semua warga pendidikan termasuk pegawai perancang, pegawai pelaksana, pegawai pendidik di sekolah termasuk pelajar serta ibu bapa / penjaga harus sedar betapa pelajar perlulah melibatkan diri dalam kedua-dua
105
bidang tersebut bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelik. Disediakan En Roslan Kamarudin SMK Palong Tuj
Kursus Pegawai Tadbir KRS Peringkat Negeri Sembilan ,
12 hingga 15 Ogos 2003 , di Air Keroh Country Resort Melaka.
1. Perkembangan Kadet Remaja Sekolah Negeri Sembilan
Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran KRS peringkat kebangsaan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Razak pada 20 Jun 1995 di SMK Raja Abdullah kuala Lumpur. Dalam tahun yang sama pada bulan November hingga Disember sejumlah 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih KRS peringkat negeri. Di Pusat kokurikulum Bachok (Kelantan) singkir (Kedah) Bukit kolam (Terengganu dan Santubong (Sarawak) Manakala di peringkat Negeri Sembilan, pihak sekolah menengah telah menerima Surat Pekeliling JPNS yang bertarikh 23 Mei 1995 berkenaan penubuhan pasukan KRS. Pihak Sekolah juga telah menerima kertas kerja cadangan penubuhan KRS yang bertarikh 20 Jun 1995. Pihak sekolah telah diminta untuk merujuk kertas kerja berkenaan untuk menubuhkan pasukan KRS. Selepas pelancaran KRS peringkat Kebangsaan, kementerian pendidikan Malaysia melalui JPNS telah menghantar Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1995 yang bertarikh 11 Ogos 1995 berkenaan dengan perlaksanaan pasukan KRS. Beberapa sekolah telah menubuhkan pasukan KRS masing-masing. KRS SMK Palong Tujuh telah ditubuhkan pada 18 Januari 1995 dan dilancarkan secara rasmi oleh ketua unit ko Kurikulum pada 25 Oktober 1995 dengan kekuatan 1 pegawai dan 110 anggota.Manakala KRS SMK Seri Perpatih telah ditubuhkan pada 10 Jun 1995 dengan sejumlah 3 orang pegawai dan 90 anggota.SMK Lui Barat pada 17/1/1996, SMK Batu Kikir pada 10/1/1996. Bermula tahun 1997 setelah pelancaran KRS di Peringkat Negeri Sembilan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan banyak sekolah telah menubuhkan pasukan KRS masing-masing.
106
Beberapa kursus telah diadakan antaranya Kursus Pegawai Kadet Remaja Peringkat Negeri Sembilan telah dijalankan pada penghujung tahun 1995 di Empangan Ulu Muar Talang, Kuala Pilah. Perasmian Kadet Remaja Sekolah peringkat Negeri Sembilan telah dijalankan di SMK Seri Perpatih oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Hj. Isa bin Abdul Samad pada Mei 1997. Pusat Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Sungai Jelutung Batu Kikir (Kem PUSAKO) pada tahun 1998 dan telah dirasmikan pada bulan Ogos 1998. Pelbagai Kursus peningkatan untuk pelajar dan pegawai telah diadakan di Kem tersebut. Sejak penubuhan Kadet Remaja Sekolah pelbagai program telah diadakan. Antaranya beberapa siri pertandingan kawat kaki telah dijalankan. Pertama sekali, Pertandingan Kawat Kaki Unit-unit Beruniform Peringkat Negeri Sembilan pada Ogos 1999 di SMK Datuk Mansur Bahau dan Pasukan SMK Batu Kikir telah mendapat tempat ke tiga. Pada tahun 2000, Pertandingan Kawat Kaki KRS iaitu khusus untuk pasukan KRS telah dijalankan. Pada 30 Ogos 2000(di SMK Chan Hua Kuala Pilah) 25 Ogos 2001 (di PUSASDA Port Dickson), 13 Ogos 2002 (di SMK Palong Tujuh) dan 30 April 2003 (di SM Teknik Port Dickson) pasukan SMK Palong Tujuh telah menjadi Johan selama empat tahun berturut-turut dan mewakili KRS Negeri Sembilan ke Pertandingan Kawat Kaki KRS Peringkat Kebangsaan di Perak 2000 (Tempat Kelima Putera) di Pulau Pinang 2001 (Johan kebangsaan KRS Putera dan Puteri) di Kelantan 2002 (Johan kebangsaan KRS Puteri dan Naib Johan Putera) dan di Pulau Pinang 2003 (Naib Johan kebangsan KRS Puteri dan Ke empat Putera). Program Perkhemahan juga telah turut diadakan antaranya Perkhemahan Ijtimak Al Kubra KRS Kebangsaan 1999(Kelantan), Perkhemahan Perdana 2000 (Pahang) Perkhemahan Perdana 2001 (Johor) Perkhemahan Perdana KRS 2002 (Selangor) dan Karnival Perkhemahan 2003 (Pulau Pinang). Perkhemahan tersebut ada yang berbentuk penyertaan aktiviti dan ada yang berbentuk pertandingan. Di peringkat negeri juga turut diadakan
1.2 Arah dan Matlamat Kadet Remaja Sekolah
Matlamat Program Pendekatan Hasil
Berilmu Rohani & Disiplin Fardu ain, Ibadat, Perbincangan Kumpulan, Yasin, Bahas dll
Pelajar yang
Berakhlak Khidmas Gotong royong, ziarah, lawatan, anak angkat,
• berilmu
• berakhlak
107
gunatenaga, persembahan
• berkemahiran
• berdaya saing
• ketahanan diri
• peka kepada isu semasa
• bijaksana dalam tindakan untuk agama, bangsa dan negara.
Patriotik Ketahanan diri & Kebudayaan
Kawat kaki, orienteering, senjata, kembara, berenang, latihan lasak, silat, nasyid, berzanji, syair, puisi, lukisan, muzik tridisional dll
Beramal Alam Sekitar Ilmu bintang, ekologi, mengenal haiwan dan tumbuhan, kajian bahan pencemaran dll
Berketerampilan
Usahawan & Akademik
Ilmu usahawan, kecemerlangan akademik, kerjaya usahawan, khidmat usahawan, rekacipta dan latihan kemahiran.
1.6 Organisasi Di Peringkat Sekolah Sesebuah pasukan mestilah terbentuk dalam sebuah organisasi untuk pengurusan anggotanya. Pengurusan organisasi yang cekap akan melahirkan anggota yang cekap dan berkesan. Pentadbir sekolah perlu memainkan peranan. Perjawatan dalam pasukan adalah tertakluk kepada jawatan hakiki yang disandang oleh seseorang pegawai. Mereka menggunakan pangkat kehormat. Pangkat Majer (Pengetua), Kapten (GPK HEM , GPK Koku dan Penyelia Petang) Pangkat kehormat akan gugur dan dianugerahkan dengan
108
pangkat yang setara. sekiranya pegawai berkenaan mengikuti Kursus Pegawai Tadbir KRS dengan jayanya. Jawatan kuasa boleh dibentuk mengikut kesesuaian pasukan. Berikut adalah contoh jawatan kuasa yang boleh dibentu; 1.6.1 Peringkat Pegawai Pegawai Memerintah/Komandan Pengetua 1 x Mejar Penolong Peg. Memerintah/Timb. Kom. GPK HEM 1 x Kapten Pegawai Tadbir/Ejutan GPK Ko Ku 1 x Kapten Pegawai khas Kompeni (Sesi Petang) Penyelia Petang 1 x Kapten Pegawai Data Guru Penasihat 1 x Leftenan /LTM Pegawai Latihan Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Pegawai Kewangan Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Pegawai Kerohanian Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Pegawai Kebajikan Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Pegawai Tatatertib Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Jurulatih kanan Bekas pelajar 1.6.2 Peringkat Pelajar Kompeni Sarjan Mejar/Ketua Kompeni Kadet 1 x Staff Sarjan/PW 11 Ketua Platun A (Setiausaha) Kadet 1 x Sarjan/Kopral Ketua Platun B ( Bendahari) Kadet 1 x Sarjan/Kopral Ketua Platun C (Peralatan) Kadet 1 x Sarjan/Kopral Ketua Platun D (Perhubungan) Kadet 1 x Sarjan/Kopral Unit Data kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Unit Latihan Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Unit Kerohanian Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Unit Kebajikan Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Unit Tatatertib Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Platun Ketua Platun Kadet 1 x Sarjan Ketua Seksyen 1 (Setiausaha) Kadet 1 x Kopral Ketua Seksyen 2 (Bendahari) Kadet 1 x Kopral Ketua Seksyen 3 (Peralatan) Kadet 1 x Kopral
109
Unit Data Kadet 1 x Lans Kopral Unit Latihan Kadet 1 x Lans Kopral Unit Kerohanian Kadet 1 x Lans Kopral Unit Kebajikan Kadet 1 x Lans Kopral Unit Tatatertib Kadet 1 x Lans Kopral 1.7 KEKUATAN DAN TUGAS KADET REMAJA SEKOLAH Pasukan di bentuk adalah bergantung kepada jumlah anggota yang mendaftar sebagai ahli dalam pasukan. Pasukan dibentuk sebagai seksyen (12 anggota), Platun (38 anggota), Kompeni (154 anggota). Peringkat Seksyen - mempunyai satu seksyen terdiri daripada 12 anggota termasuk ketua seksyen -setiap seksyen diketua seorang ketua berpangkat kopral dan dibantu oleh penolong ketua seksyen berpangkat Lans Kopral -Antara tugas ketua seksyen ialah mendapatkan dan mengemaskini maklumat anggota -menjaga disiplin tingkahlaku dan kehadiran anggota -mengutip yuran -mengetuai program/aktiviti di peringkat seksyen -menyampaikan maklumat kepada ketua platun Kekuatan – 1 X Kopral 1X Lans Kopral 10 lain-lain anggota Peringkat Platun -mempunyai tiga seksyen -satu platun terdiri daripada 38 anggota termasuk komander Platun (Guru) dan dibantu oleh ketua platun (pelajar) -Setiap platun diketuai seorang komander platun berpangkat Leftenan Muda atau Leftenan dan di bantu oleh ketua platun berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan (Pelajar) -antara bidang tugas ketua platun adalah seperti mempastikan rekod-rekod anggota diurus dengan cekap -menjaga kebajikan anggota -mempastikan yuran dikutip -menjaga disiplin dan kehadiran anggota -mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama ketua sesyen dan anggotan bawahan -menjadi ketua perbarisan Platun -menjadi perantara Komander platun dengan anggotan bawahan -mengadakan dan mengemaskini maklumat keanggotaan platun
110
Kekuatan – 1 X Leftenan Muda 1 X Sarjan 3 X Kopral 3 X Lan Kopral 30 lain-lain anggota Peringkat Kompeni -mempunyai 3 atau 4 Platun -satu Kompeni terdiri daripada 114 hingga 155 anggota(4 Platun X 38 =152 anggota termasuk Pegawai Memerintah kompeni (Guru) Pegawai tadbir/Ejutan dan ketua kompeni(Pelajar)) -setiap kompeni diketuai oleh Pegawai Memerintah kompeni berpangkat kapten atau Leftenan dan dibantu oleh ketua kompeni berpangkat Pegawai Waren 1 atau 11 -Tugasnya mengetuai empat buah platun dan dibantu oleh pegawai-pegawai atau pegawai tanpa tauliah -merancang , mengeluarkan arahan dan membuat keputusan penting untuk pasukan -menyedia dan mencari anggota untuk kenaikan pangkat dan berkursus -sebagai perantara antara komandan dengan anggota bawahan -menjadi ketua perbarisan kompeni -Antara tugas ketua kompeni pula adalah seperti mempastikan disiplin pasukan diamal dan dilaksanakan dengan berkesan -membuat teguran/nasihat dan amaran dari segi tingkahlaku, pakaian, tutur kata, akademik dan sebagainya. -membuat laporan kepada Pegawai Memerintah Kompeni untuk diambil tindakan -mengurus data dan maklumat pasukan sama ada biodata, surat menyurat, rekod kesalahan dan lain-lain. Kekuatan – 1 x Majer/Kapten 1 x Leftenan 1 x PW 1/PW 11/Staf Sarjan 4 x Leftenan Muda 4 x Sarjan 12 x Kopral 12 x Lans Kopral 120 lain-lain anggota
111
1.8 SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH PANGKAT KEHORMAT DI SEKOLAH Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan
1 MEJAR
(Kehormat) -Pengetua -Berfungsi sebagai Pegawai Memerintah -mengisi borang dan memohon kepada Pengarah Bahagian sekolah/Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri
-Lantikan berdasarkan Jawatan hakiki -Mesti menghadiri Kursus -Surat perlantikan dan sijil dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan -Pangkat akan gugur sekiranya berlaku pertukaran yang tidak setara
2 KAPTEN (Kehormat)
-Penolong Kanan HEM -Penolong Kanan Kokurikulum -Berfungsi sebagai Penolong Pegawai Memerintah -Mengisi Borang dan memohon kepada Pengarah Bahagian Sekolah/Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri
-Lantikan berdasarkan Jawatan Hakiki -Mesti menghadiri kursus -Surat perlantikan dan sijil dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan -Pangkat akan gugur sekiranya berlaku pertukaran yang tidak setara
PANGKAT LANTIKAN BERDASARKAN KELAYAKAN DI SEKOLAH Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan
1 KAPTEN -Jurulatih Kanan JPN/KRS Negeri -Jurulatih Kanan- dilantik oleh JPN dengan menghantar surat rasmi -Mengisi borang dan memohon ke JPN melalui PPD
-Pegawai Pendidikan (Guru) yang dipilih daripada kumpulan jurulatih di peringkat negeri yang mempunyai pengalaman
112
kemahiran/kepakaran tertentu -Surat perlantikan dan sijil dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
2 KAPTEN -Guru (Kompeni Komander) -Mengisi borang dan memohon ke JPN melalui PPD
-Pegawai Pendidikan (Guru) telah menghadiri semua kursus yang ditetapkan -memimpin sati kompeni yang terdiri daripada 4 Platun (rujuk Buku Kurikulum Latihan ms 37- Carta organisasi kompeni)
3 LEFTENAN -Guru (ejutan – Pegawai tadbir) -Mengisi borang dan memohon ke JPN melalui PPD
-Pegawai Pendidikan (Guru) telah hadiri semua kursus yang ditetapkan -pembantu/ memimpin satu kompeni yang terdiri daripada 4 platun
4 LEFTENAN MUDA
-Guru (Platun Komander) -Mengisi borang dan memohon ke JPN melalui PPD
-Pegawai Pendidikan (Guru) telah menghadiri kursus yang ditetapkan -memimpin satu Platun yang terdiri daripada 3 seksyen
PANGKAT PELAJAR DIANUGERAHI SELEPAS LULUS SYARAT Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan
1 Lans Kopral -Ahli biasa yang telah lulus
peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi ahli biasa sekurang-kurangnya 6 bulan
-Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah
113
-Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan
dan diselia oleh AJK KRS Daerah
2 Koperal -Lans Koperal yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi Lans Koperal sekurang-kurangnya 6 bulan -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan
Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang oleh pelajar tingkatan 2 ke atas
3 Sarjan -Koperal yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi koperal sekurang-kurangnya 6 bulan -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan
Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang pelajar tingkatan 3 ke atas
4 Staf Sarjan -Sarjan yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi Sarjan sekurang-kurangnya 6 bulan -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan
Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang pelajar tingkatan 4 ke atas
5 Pegawai Waren 11
-Staf Sarjan yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat)
Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang
114
-Telah menjadi Staf Sarjan sekurang-kurangnya 1 tahun -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan
dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang pelajar tingkatan 4 ke atas
6 Pegawai Waren 1
-Pegawai waren 11 yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi Pegawai waren 11 sekurang-kurangnya 1 tahun -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan
Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang pelajar tingkatan 5 ke atas
SISTEM KEAHLIAN KRS/(Nombor kod sekolah/Kod Jantina (L/P) dan nombor anggota. Contohnya KRS/NE6007/L0001 atau KRS/NE6007/P0001.Nombor anggota lelaki dan perempuan diasingkan.
115
Bab 8
Istiadat Perarakan dan Mengibar
Bendera
PENDAHULUAN
Perarakan dan kibarkan bendera bagi pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
adalah merupakan satu upacara rasmi yang diadakan bagi menyambut sesuatu peristiwa
penting. Oleh yang demikian perlu diadakan satu garis panduan bagi menyempurnakan
majlis tersebut. Walaubagaimanapun upacara perarakan dan kibarkan bendera ini
perlulah mengikuti garis panduan atau format yang perlu diselaraskan dan telah
ditetapkan.
8.1 JENIS-JENIS PERARAKAN DAN KIBARKAN BENDERA
Terdapat beberapa jenis perarakan dan kibarkan bendera yang diadakan.
Pemilihan jenis perarakan dan kibarkan adalah bergantung kepada upacara yang
diadakan. Secara umumnya terdapat tiga jenis perarakan bendera iaitu perarakan bendera
secara berderet , perarakan bendera scara berderet dihadapan dan perarakan panji-panji.
Tempat-tempat dan upacara-upacara yang memerlukan mengibarkan bendera adalah
seperti perasmian perkhemahan, perasmian mesyuarat agong dan lain-lain acara.
8.1 JAWATANKUASA
8.3.1 Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa induk terdiri daripada kalangan ahli yang terdiri daripada pihak
pengurusan yang tertinggi (Kementerian) atau (Jabatan) bergantung kepada majlis yang
diadakan samada peringkat kebangsaan atau negeri. Jawatankuasa ini akan membuat
dasar, peraturan atau membuat keputusan tertentu untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa
pelaksanaan.
8.3.2 Jawatankuasa Pengelola
Adalah individu yang dilantik untuk menguruskan perjalanan majlis perarakan
bendera. Ahli-ahli yang dilantik akan mengadakan persiapan, penyediaan keperluan
peralatan, pemantauan. Lihat Lampiran
116
Jawatankuasa Pengelola
1. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
2. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
3. Timbalan Pengerusi I : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri
4. Timbalan Pengerusi II : Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan (JPN)
5. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum (JPN)
6. Pen. S/Usaha I : Penyelia Unit Beruniform (JPN)
7. Pen. S/Usaha II : Pegawai Khas KRS/ Pegawai Tadbir
(KRS) Negeri.
8. Bendahari : Pegawai Kewangan (JPN)
9. Penyelaras : Dilantik
10. Pen. Penyelaras : Dilantik
11. AJK Protokol dan Istiadat : Dilantik
12. AJK Persiapan Tempat : Dilantik
13. AJK Peralatan : Dilantik
14. AJK Siaraya : Dilantik
15. AJK Jemputan : Dilantik
16. AJK Jamuan : Dilantik
8.4 ADAB DAN TERTIB PENGURUSAN BENDERA
Sebagai warganegara yang berdualat, adalah menjadi tanggungjawab kita
menghormati dan menjaga kedaulatan bendera sebagai lambang negara, negeri atau
institusi. Antara adab dan tertib semasa menguruskan bendera adalah seperti berikut;
8.4.1 Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi
memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan
bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
8.4.2 Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
8.4.3 Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian
kemas
8.4.4 Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila
mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu
sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang.
Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera
sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
8.4.5 Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
117
8.4.6 Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia
hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke
bawah.
8.4.7 Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik
di tempat yang tertentu.
8.4.8 Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup
sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian
Negara.
8.4.9 Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang
uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan.
Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah
membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak
hormat kepada bendera tersebut.
8.5 PENETAPAN HARI BENDERA DIKIBARKAN
Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur
Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran
Persekutuan dan Negeri.
Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.
Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:
8.5.1 Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
8.5.2 Hari Kebangsaan
8.5.3 Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.
118
8.6 PERLAKSANAAN
8.6.1 Protokol
Menyediakan protokol susunan bendera-bendera bagi sesuatu perarakan. Peranan
protokol adalah sangat penting bagi memastikan majlis rasmi dilaksanakan mengikut
garis panduan yang telah ditetapkan. Protokol bagi setiap acara adalah berbeza dan
bergantung kepada upacara itu dilaksanakan. Pemilihan protokol adalah daripada tiga
jenis perarakan. Protokol juga memastikan kedudukan tetamu-tetamu kehormat semasa
upacara dan memastikan peranan kenamaan yang terlibat dalam upacara perarakan
tersebut.
A. Protokol Susunan Bendera Semasa Perarakan (Sebaris)
B. Protokol Susunan Bendera Semasa Perarakan (Sederet)
*Susunan Bendera Sebaris Adalah Mengikut Kekananan Negeri-negeri Persekutuan
119
8.7 SUSUNAN KEUTAMAAN
8.7.1 Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut:
A. Bendera Malaysia Jalur Gemilang
B. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan)
C. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah
diwujudkan)
D. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
E. Bendera Pertubuhan dan Persatuan
F. Bendera Syarikat
Keutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut
Susunan Keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri
(Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).
Susunan sekarang* seperti di bawah. Susunan ini berubah sekiranya berlaku pertukaran
dalam Susunan Keutamaan disebabkan adanya perlantikan baru.
* tidak dapat dipastikan sama ada Susunan Keutamaan ini berubah akibat kemangkatan
Al-Marhum DYMM Sultan Terengganu dan perlantikan DYMM Sultan Terengganu yang
baru.
Susunan bendera semasa perarakan perlulah mengikuti keutamaan negeri-negeri
dalam persekutuan seperti yang telah ditetapkan oleh persekutuan.
Lihat Lampiran
8.8 SUSUNAN KEDUDUKAN
Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-
bendera tersebut berada:
i. Di Luar dan Di Dalam Bangunan
ii. Semasa Perarakan
iii. Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik
120
8.8.1 Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan
Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.
Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.
8.8.2 Hari-Hari Kebesaran Negeri
Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Negeri di Negeri berkenaan.
121
Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Negeri di Negeri berkenaan
122
8.8.3 Mengibarkan Jalur Gemilang Dengan Bendera Negeri-Negeri
Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan bermula dari kiri ke kanan.
Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan bermula dari tengah-tengah.
Dikibarkan secara sebaris dengan dibahagi dua belah dan
keutamaannya bermula dari dalam.
123
8.8.4 Persidangan Antarabangsa
Bendera hendaklah dikibarkan atau disusun mengikut dua cara; berdasarkan susunan
abjad nama negara-negara berkenaan dan seperti yang ditetapkan oleh pertubuhan
berkenaan jika ada.
Dikibar secara dibahagi dua.
Dikibarkan secara sebaris.
124
Susunan bendera di atas meja.
(Mengikut abjad arah lawan pusingan jam)
125
8.8.5 Kedai / Rumah
Bila bendera dikibarkan di deretan kedai atau rumah, ia hendaklah dikibarkan pada
tiang yang dicondongkan ke arah jalanraya. Jika 2 bendera dikibarkan, Jalur Gemialng
dikibarkan di sebelah kiri.
8.8.6 Kedudukan Bersilang
Dalam keadaan dikibarkan bersilang, Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan
disebelah kiri dan di atas bendera yang lain.
126
Jika Jalur Gemilang diletakkan di dalam satu kumpulan bendera negeri dan bendera
swasta, Jalur Gemilang hedndaklah dikibarkan di tengah-tengah di antara dua bendera
dan tiangnya lebih tinggi sedikit dari tiang-tiang yang lain. Bendera Negeri dikibarkan di
sebelah kiri manakala bendera swasta di sebelah kanan.
8.8.7 Semasa Lawatan Negara/Rasmi
Menjadi amalan biasa negara kita memberi penghormatan kepada pelawat, bendera
negara pelawat akan diberikan keutamaan. Contoh di bawah menunjukkan lawatan
Presiden Indonesia ke Malaysia.
127
a. ) Acara Dalam Dewan / Bangunan / Stadium
Susunan bendera semasa seminar.
128
Susunan bendera semasa mesyuarat.
129
Susunan bendera semasa majlis perundangan / perbincangan.
130
Susunan bendera semasa majlis perundangan / perbincangan antara dua negara.
131
a) Bendera Terbentang
Jika bendera dibawa secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung
mendahului perarakan.
Jalur Gemilang Diarak Secara Terbentang
(iii) Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik
Kedudukan Bendera Pada Dinding
132
Kedudukan Bendera Pada Tempat Orang Berucap
Apabila dua atau lebih bendera dipamerkan di dinding, keutamaan diberikan kepada
Jalur Gemilang, Susunannya sama seperti susunan Jalur Gemilang dan bendera negeri-
negeri mengikut keutamaan.
Di majlis sempena lawatan negara / rasmi, kedudukan bendera negara pelawat di
sebelah kiri.
Kedudukan Dua Bendera Pada Dinding
133
8.8.8 Persiapan Tempat
Persiapan tempat bagi upacara perarakan bendera adalah berseuaian dengan
persekitaran tempat. Antara tempat atau kawasan yang perlu diberi keutamaan semasa
upacara ialah kawasan lapang untuk perbarisan pasukan dan kawasan bendera akan
diarakkan. Kawasan ini penting bagi mamastikan perarakan dapat dilakukan dengan baik.
Selain itu terdapat juga tempat-tempat lain yang penting semasa perarakan iaitu tempat
tetamu kehormat, tempat terima hormat, tempat siaraya, tempat simpan peralatan dan
tempat jamuan.
PERSIAPAN TEMPAT PERARAKAN BENDERA
7.3.1.B Pelayan tetamu
Pelayan tetamu sangat penting dalam menentukan kejayaan makan beradat.
Pelayan hendaklah melakukan raptai bagi satu-satu majlis, supaya kesalahan dapat
diperbaiki sebelum majlis sebenar. Pelayan tetamu yang terlatih dapat mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku seperti air atau makanan tertumpah kepada tetamu
lebih-lebih lagi jika makanan dihidang mengikut menu tertentu.. Pakaian pelayan tetamu
hendaklah mengikut pakaian yang ditentukan oleh penganjur. Pelayan hendaklah dalam
keadaan senyum dan ceria sentiasa.
Tempat Tetamu
Kehormat
Tempat
Terima
Hormat
Siaraya Peralatan
Tempat Jemputan
Kawasan Perarakan
Kawasan Perbarisan Pasukan
134
8.8.9 PERARAKAN KONTINJEN
Perarakan bendera bagi upacara kontinjen pula mestilah diatur dengan sempurna.
Kedudukan bendera dan kontinjen mestilah pada kedudukan yang betul. Persiapan tempat
semasa perarakan kontinjen pula adalah seperti berikut,
a. Peralatan
Peralatan semasa melakukan upacara perarakan bendera atau panji-panji adalah
seperti bendera, tiang bendera dan sling pembawa bendera. Peralatan ini perlulah
disediakan sebelum upacara bagi memastikan tiada kekalutan semasa perarakan.
Peralatan-peralatan sampingan yang lain yang berkaitan dengan upacara perarakan perlu
juga disediakan sebaiknya.
135
Lampiran 1
JAWATANKUASA
Contoh:
JawatanKuasa Induk (Peringkat Kebangsaan)
1. Penaung : Menteri Pelajaran
2. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
3. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
4. Timbalan Pengerusi I : Timbalan Pengarah Bahagian
Sekolah
5. Timbalan Pengerusi II : Pengarah Pelajaran Negeri
(Jika Negeri dilantik sebagai tuan
rumah)
6. Setiausaha I : Ketua Penolong Pengarah
7. Setiausaha II : Ketua Unit Kokurikulum
8. Pen. S/Usaha I : Penolong Pengarah (JPN)
9. Pen. S/Usaha II : Ketua Unit (JPN)
10. Bendahari : Pegawai Kewangan (KPM)
11. Pen. Bendahari : Pegawai Kewangan (JPN)
12. Ex-Oficio : Penolong-penolong pengarah di
KPM
13. Ahli Jawatankuasa : Terdiri daripada Pengarah-pengarah
negeri
136
Contoh:
Jawatankuasa Pengelola
1. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
2. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
3. Timbalan Pengerusi I : Timbalan Pengarah Pelajaran
Negeri
4. Timbalan Pengerusi I : Ketua Sektor Pembangunan
Kemanusiaan (JPN)
5. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum (JPN)
6. Pen.S/Usaha I : Penyelia Unit Beruniform (JPN)
7. Pen. S/Usaha II : Pegawai Tadbir (KRS) Negeri
8. Bendahari : Pegawai Kewangan (JPN)
9. Penyelaras : Dilantik.
10. Penolong Penyelaras : Dilantik.
11. Ahli Jawatankuasa : Dilantik.
11.1 AJKK Persiapan Pentas
11.2 AJKK Back Drop
11.3 AJKK Susunan Kerusi
11.4 AJKK Sambutan
11.5 AJKK Buku Aturcara
11.6 AJKK Kad Jemputan
11.7 AJKK Jamuan
11.8 AJKK Hadiah dan Sijil
11.9 AJKK Perbarisan
dan sebagainya yang perlu
137
LAMPIRAN 2
SUSUNATUR PENTAS
Papan Backdrop
Tangga Turun Tangga Naik
Petunjuk:
Meja Tetamu Kerusi Tetamu Utama
Rostrum VIP Kerusi Tetamu Khas
Rostrum Juruacara Kerusi Tetamu Jemputan
Meja Hadiah Kerusi Peserta/Penerima Sijil
Pergerakan Penerima Sijil Kerusi Tetamu
Ruang Penyampaian Tauliah, Sijil,
Hadiah atau Cenderamana
138
Lampiran 3
Susuan Kerusi Tetamu Utama (VVIP) dan tetamu Khas (VIP)
Kedudukan kerusi VIP dan VVIP hendaklah di susun mengikut kekananan
jawatan iaitu dimulai dari kedudukan di tengah-tengah. Kerusi boleh disusun dalam
angka ganjil atau genap. Jika bilangan VIP ganjil maka jawatan terkanan akan berada
pada kedudukan tengah-tengah. Jika bilangan VIP genap, kedudukan kerusi VVIP adalah
di tengah-tengah sebelah kanan. Di hadapan kerusi VIP mestilah ada meja kecil yang
diletakkan sejambak bunga di sudut kanan. Lihat Contoh.
5 3 1
VVIP
2 4
Rajah I: Kedudukan Kerusi VIP Bilangan Ganjil
5 3 1
VVIP
2 4 6
Rajah II: Kedudukan Kerusi VIP Bilangan Genap
Kerusi Tetamu
Dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama banyak.
Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi
setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan (menghadap
pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.
Lampiran 5
139
BACKDROP
2. Perkara-perkara penting yang perlu tertulis dalam backdrop ialah
i. Nama majlis
Ditulis dengan huruf besar pada bahagian atas sekali
ii. Siri majlis (jika ada)
Ditulis dengan huruf besar pada bahagian bawah Nama Majlis
iii. Tarikh
Hari : Ditulis angka
Bulan : Tulisan rumi huruf kecil, awal huruf pada nama bulan
adalah huruf besar.
Tahun : Ditulis angka
Kedudukannya ialah pada bahagian tengah antara kiri dan kanan dan
tengah antara atas dan bawah.
iv. Tempat
Nama tempat ditulis selepas tarikh, pada bahagian bawah.
v. Nama perasmi/penyampai hadiah, sijil tauliah atau kenaikan pangkat
Nama dan jawatan ditulis huruf besar.
Nama di atas dan jawatan dibawahnya.
vi. Logo kementerian/pasukan
Dua logo sahaja iaitu logo Kementerian Pelajaran Malaysia di sebelah
kanan dan logo KRS pada sebelah kiri.
vii. Penaja program (jika ada)
Diletakkan pada bahagian bawah sekali secara sebaris jika ada banyak
penaja.
b. Warna
i. Warna tulisan mestilah hitam atau biru sahaja.
ii. Kain alas/dasar mestilah berwarna putih.
Contoh:
140
MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI KRS
PERINGKAT KEBANGSAAN
SIRI 1/2007
Tarikh: 20 Januari 2007
Disempurnakan Oleh:
DATO’ HJ ISA BIN HASSAN PENGARAH KRS KEBANGSAAN
QuickTime™ and aGraphics decompressor
are needed to see this picture.